Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62-33-12/2024 PENDAKWA RAYA 5 LAWAN KARTIK A/L KRISHNAN
BC-62-33-12/2024
Sessions Court of Malaysia3 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO: BC-62-33-12/2024 PENDAKWA RAYA 5 LAWAN KARTIK A/L KRISHNAN
1
Ini adalah rayuan OKT yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah bagi kes ini pada 3/12/2025. Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara dari 15 tarikh tangkap di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Rayuan ini adalah terhadap hukuman tersebut.
2
OKT dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan seperti berikut: 20 “ Bahawa kamu pada 15/12/2024, jam lebih kurang 2:30 pagi di hadapan bengkel KPK Auto & Tyre Service Sdn Bhd, No. 5, Jalan Permai Jaya 2, Taman Permai Jaya, 68000 Ampang, di dalam daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor telah melakukan khianat dengan membakar kenderaan jenis Toyota Alphard warna 25 putih no. pendaftaran WSJ6881 milik Jehleemoh Jehlaeh No Pasport: AC2029491. Oleh itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 435 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. 30 Hukuman: Penjara selama tempoh boleh sampai empat belas tahun dan boleh juga dikenakan denda” 35 [3] Pertuduhan ini telah dibacakan, diterangkan dalam Bahasa Tamil oleh Jurubahasa Tamil mahkamah. OKT faham sebab dan akibat pengakuan dan dia telah mengaku salah. Mahkamah berpuas hati bahawa OKT ini faham pertuduhan yang dibacakan, hukuman serta sifat dan akibat pengakuannya. Fakta kes telah dikemukakan dan 40 dibacakan dalam Bahasa Tamil kepada OKT. OKT faham P1 dan mengakui benar P1 tersebut. Fakta kes ditandakan sebagai P1. FAKTA KES PENDAKWAAN [4] Berikut adalah fakta kes bagi kes ini yang telah diakui oleh OKT: 45 “Pada 15/12/2024 jam lebih kurang 2:30 pagi semasa pengadu berada di rumah anak pengadu telah terima panggilan daripada majikan anak pengadu memaklumkan bahawa m/kar no pendaftaran WSJ6881 jenis Toyota Alphard warna putih yang 50 diletakkan di alamat bengkel no. 5, Jalan Permai Jaya 2, Taman Permai Jaya, 68000 Ampang terlibat dalam kebakaran. Pengadu dengan segera telah pergi ke tempat kejadian bersama anak pengadu dapati pihak bomba telah sampai untuk 3 memadamkan api tersebut dan setelah membuat pemeriksaan 55 CCTV dapati api merebak dari bahagian belakang tayar sebelah kanan dan merebak ke 2 buah m/kar yang lain. Pada 17/12/24 jam l/kurang 1:00 pagi, semasa anak pengadu berada di rumah alamat diatas, anak pengadu telah buat semakan cctv bengkel di alamat No.5, Jalan Permai Jaya 2, Taman Permai Jaya, 68000 Ampang, 60 Selangor dapati tertuduh telah membakar m/kar No Pendaftaran: WSJ6881 jenis Toyota Alphard warna putih milik pengadu. Hasil siasatan: Hasil siasatan berdasarkan keterangan dan bukti mendapati, 65 tertuduh telah membakar kenderaan jenis Toyota Alphard warna putih No. Pendaftaran WSJ6881 dimana tertuduh telah melakukan perbuatan khianat dengan api sehingga kenderaan tersebut hangus dan perbuatan tersebut dirakam CCTV ditempat kejadian dan terdapat saksi melihat perbuatan tersebut dilakukan oleh tertuduh. 70
5
Puan TPR telah mengemukakan Laporan Polis Pengadu ,Laporan Polis pemilik CCTV, Laporan tangkapan, , 8 gambar pegun CCTV, salinan sijil pemilik kenderaan, 2 gambar tempat kejadian dan 75 laporan kawad cam. Semua ekshibit ini dilihat oleh OKT dan diakui benar oleh OKT. Barang kes itu ditandakan sebagai P2-P8.
6
Mahkamah telah mendapati OKT ini bersalah dan mensabitkan OKT dengan kesalahan seperti mana pertuduhan. 80
7
OKT berumur 33 tahun dan bekerja sebagai perngawal keselamatan . OKT ada 4 anak. OKT menyatakan dia kini mengidap 85 pernyakit stroke dan akan membuat pembedahan di kepalanya dengan bantuan dana daripada NGO di India. OKT menjaga ibu yang sedang uzur. OKT juga menyatakan dia sedang mengambil ubat psikiatri. OKT menyatakan dia telah diupah untuk membakar kenderaan tersebut. OKT minta maaf dan pohon hukuman ringan. 90 OKT berjanji tidak akan buat jenayah lagi.
8
DPP berhujah bagi hukuman berat kerana isu kepentingan awam, 95 pengakuan salah tidak secara automatik mendapat hukuman ringan dan bagi memberi pengajaran kepada orang lain di luar sana, maka TPR pohon hukuman yang setimpal. Kes ini melibatkan kerugian kepada pengadu / mangsa. 100 HUKUMAN
9
Setelah Mahkamah menimbangkan rayuan peguam dan hujahan TPR, Mahkamah memerintahkan OKT ini dihukum 6 tahun penjara dari tarikh tangkap. 105 ALASAN 110 [10] Berdasarkan fakta kes yang ringkas, mahkamah mendapati terdapat rakaman CCTV yang merakam perbuatan OKT yang membakar kenderaan mangsa sehingga hangus. Malahan kebakaran itu telah merebak kepada ke bahagian belakang dan mengena kepada 2 kenderaan yang lain. Perbuatan khianat OKT 115 ini telah melibatkan kerugian kepada mangsa dan juga orang awam yang lain. Kesalahan OKT adalah serius dan sebagai pengajaran kepada orang awam yang lain supaya tidak memgambil tindakan sendiri. 120 [11] Pengakuan salah OKT tidak secara otomatik mahkamah memberikan hukuman ringan. Mahkamah berpendapat hukuman hendaklah setimpal dengan kesalahan jenayah yang dilakukan yang juga telah melibatkan kerugian harta benda kepada orang awam. Faktor OKT akan menjalani pembedahan tidak dapat 125 disokong oleh bukti dan faktor OKT sedang menjaga ibu yang uzur juga bukanlah suatu faktor yang boleh meringankan hukuman.
12
Mahkamah juga pada masa yang sama turut menimbangkan juga pengakuan salah OKT di peringkat yang paling awal. Ini juga telah 130 menjimatkan masa mahkamah dan pihak yang lain. Mahkamah juga menimbangkan juga faktor bahawa OKT tidak membazirkan masa dan kos mahkamah apabila membuat pengakuan di peringkat paling awal. Mahkamah mendapati tiada hukuman lain berdasarkan peruntukan undang-undang bagi kes ini selain hukuman penjara 135 6 kerana hukuman bagi kesalahan ini adalah mandatori penjara sahaja.
13
Setelah Mahkamah menimbangkan semua fakta dalam kes ini, juga pengakuan salah OKT serta menimbangkan faktor kepentingan 140 awam, Mahkamah mendapati hukuman penjara selama 6 tahun dari tarikh tangkap adalah memadai dan wajar bagi kesalahan yang dipertuduhkan terhadap OKT. (NORSHILA BINTI DATO’ HJ. KAMARUDDIN) 145 HAKIM MAHKAMAH SESYEN (4) AMPANG Bertarikh: 14/1/2026 150 Pihak Responden: Timbalan Pendakwa Raya Puan Nadiah Malik Fauzie d/a Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 155 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Pihak Perayu: KARTIK A/L KRISHNAN
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.