Dadah Cannabis tersebut dalam kawalan dan jagaan tertuduh secara fizikal dan tertuduh mempunyai pengetahuan tentang kewujudannya. Pemilikan telah dibuktikan oleh pihak pendakwa. Pihak pendakwa telah membuktikan bahawa tertuduh mempunyai pemilikan ke atas dadah Cannabis tersebut. Saya mendapati bahawa tertuduh mempunyai pemilikan ke atas dadah Cannabis tersebut.” [21] Memang benar dalam kes ini, berdasarkan keterangan yang ada, Hakim bicara bijaksana “membuat inferens bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan tentang kewujudan dadah Cannabis tersebut di 10 dalam beg hitam yang dipegang di tangan kanannya”. Ini, pada pendapat kami tidak bermakna Hakim bicara bijaksana telah mengguna pakai anggapan bawah 37 (d) untuk mendapati Perayu mempunyai milikan atas dadah yang dirampas. Kami juga dapati adalah tidak salah untuk Hakim bicara bijaksana memutuskan bahawa Perayu mempunyai pengetahuan dengan membuat inferens berdasarkan fakta yang telah dibuktikan dan juga keadaan sekeliling yang ada. Richard Malanjum FCJ (ketika itu) dalam kes Emmanuel Yau Teiku v PP [2006] 3 CLJ 597 ada berkata di muka surat 215: “It should be borne in mind that proof of intention of knowledge is generally inferred from proved facts and circumstances. It is difficult to do so by other means unless there is a clear admission by the person himself. This difficulty had been acknowledged in the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17: [1956] MLJ 237 when Thomson J said this (at p 239):- “Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” Begitu juga di dalam kes Wong Nam Loi v. PP [1997] 3 MLJ 795 Shaik Daud JCA ada berkata: “In most cases, knowledge cannot be adduced by direct or tangible evidence but only by inference from the surrounding circumstances.” 11 [22] Berbalik kepada rayuan ini, kami bersependapat dengan Hakim bicara bijaksana yang mendapati fakta yang dibuktikan melalui keterangan yang ada menunjukkan Perayu memiliki dadah yang dirampas tersebut tanpa perlu bergantung atas anggapan di bawah seksyen 37(d). Oleh itu Hakim bicara bijaksana adalah betul apabila mengguna pakai seksyen 37 (da) (vi) bagi membuktikan pengedaran. [23] Berdasarkan alasan-alasan di atas, kami dapati dakwaan peguambela terpelajar bahawa Hakim bicara bijaksana mengguna pakai anggapan atas anggapan dalam mensabitkan Perayu adalah tidak berasas. Oleh itu kami dapati alasan pertama rayuan tiada bermerit. [24] Berhubung alasan kedua rayuan, menjadi hujah peguambela terpelajar bahawa Hakim bicara bijaksana terkhilaf apabila mensabitkan Perayu dengan pertuduhan sedangkan keterangan forensik menunjukkan tiada kaitan Perayu dengan barang kes yang dirampas memandangkan tiada kesan cap jari dan tiada kesan DNA Perayu atas beg hitam dan bungkusan dadah yang dirampas. Peguambela terpelajar seterusnya berhujah bahawa Hakim bicara bijaksana terkhilaf apabila gagal mengambil kira keterangan SP10 bahawa “dusting” dan “swabbing” yang dilakukan oleh SP10 ke atas barang kes yang dirampas tidak menimbulkan cap jari atau cap jari yang tidak cukup sifat. [25] Berhubung isu ini, Hakim bicara bijaksana sedia maklum tentang ketiadaan DNA dan cap jari Perayu atas barang kes. Walaupun begitu Hakim bicara bijaksana mendapati kes pendakwaan masih boleh berdiri 12 dengan sendiri berdasarkan keterangan lain. Hakim bicara bijaksana menulis di perenggan 26 alasan penghakiman3: “26 Keterangan DNA dan cap jari adalah suatu keterangan sokongan untuk menguatkan lagi / menyokong kes pendakwaan. Walaupun tiada profil DNA dan kesan cap jari tertuduh ditemui pada barang kes, kes pendakwaan masih boleh berdiri dengan sendiri berdasarkan keterangan lain iaitu keterangan SP5, SP6 dan SP8”. [26] Setelah kami meneliti keterangan SP5, SP6 dan SP8, tiada sebab untuk kami tidak bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bijaksana dalam perkara ini. Mahkamah Rayuan dalam kes Amala Johnson v PP [2019] MLJ 127 telah memetik keputusan dalam kes Gade Laksmi Mangaraju v State of Andra Pradesh AIR [2001] Supreme Court 2677: "Presence of finger print at the scene of occurrence is a positive evidence, but the absence of a finger print is not enough to foreclose the presence of the person's concerned at the scene. If during perpetration of the crime, the finger print of the culprit could possibly be remitted at the scene, it is equally a possibility that such a remnant would not be remitted at all. Hence absence of finger impression is not a guarantee of absence of the person concerned at the scene". [27] Meneliti keterangan yang ada, kami bersependapat dengan Hakim bicara bijaksana yang mendapati tanpa keterangan DNA dan cap jari sekalipun pun, pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa Perayu memiliki dadah yang dirampas. Oleh itu kami dapati alasan kedua yang dibangkitkan Perayu juga tidak bermerit. 3 Mukasurat 18 Jilid 1 Rekod Rayuan 13 [28] Berhubung alasan ketiga, peguambela terpelajar berhujah bahawa Hakim bicara bijaksana terkhilaf apabila membuat dapatan bercanggah apabila mendapati Perayu tidak mengedar dadah tersebut seperti ditakrifkan bawah Seksyen 2 Akta, tetapi kemudian mendapati Perayu mempunyai milikan dan seterusnya mengguna pakai anggapan 37 (da) (vi) Akta untuk mensabitkan Perayu dengan kesalahan mengedar. Peguambela terpelajar merujuk kami kepada petikan dari perenggan 16, 17,18, 28, 29 dan 30 alasan penghakiman bagi menunjukkan terdapat percanggahan yang dimaksudkan. Perenggan-perenggan berkenaan adalah seperti berikut: “16. Bagi membuktikan elemen kedua iaitu tertuduh mengedar dadah Cannabis tersebut, pihak pendakwa boleh membuktikannya dengan menunjukkan perbuatan pengedaran seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 ADB atau ditunjukkan bahawa tertuduh mempunyai pemilikan ke atas dadah Cannabis tersebut dan kemudiannya mengguna pakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da) ADB (Nasaruddin Daud & Anor v PP v. PP [2010] 8 CLJ 21.