Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA-21NCvC-21-12/2024 ANTARA KCSB KONSORTIUM SDN. BHD. (NO. SYARIKAT 399408-A) ……PLAINTIF
JA-21NCvC-21-12/2024
High Court of Malaysia23 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“satu lagi kes iaitu kes Cosco Shipping Heavy Industry (Dalian) Co Ltd (previously known as Cosco (Dalian) Shipyard Co Ltd) & Anor v Registrar of Malaysian Ships at the Port of Kota Kinabalu & Anor [2021] MLJU 00829, Mahkamah (dalam konteks tindakan berasingan yang mengangkat isu sama) menekankan kemudaratan ‘multiplici”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA-21NCvC-21-12/2024 ANTARA KCSB KONSORTIUM SDN. BHD. (NO. SYARIKAT 399408-A) ……PLAINTIF
1
1.
2
JOHOR CORPORATION …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [Lampiran 14 – Permohonan Defendan Kedua di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b) dan/atau (d) KKM 2012 untuk membatalkan Writ & Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan Kedua-‘duplicity of proceedings’ / ‘abuse of process’)]
1
Permohonan di hadapan Mahkamah ini ialah Notis Permohonan oleh Defendan Kedua (“D2”) untuk membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif bertarikh 13.12.2024, antara lain atas alasan bahawa tindakan 20/04/2026 11:50:39 JA-21NCvC-21-12/2024 Kand. 99 ini adalah ‘duplicity’/’multiplicity of proceedings’ dan/atau ‘abuse of process’ di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”). Antara relief yang dipohon termasuk perintah bahawa keseluruhan tindakan ini dibatalkan serta kos.
2
Perkara tunjang dan menjadi ‘nadi’ yang membawa permohonan D ini ialah bahawa subjek dan perkara tindakan ini telah pun menjadi subjek dua prosiding lain yang lebih awal, melibatkan pihak yang sama, iaitu:
i
Saman Pemula No. JA-24NCvC-1017-09/2023 (“SP 1017”); dan
II
(ii) Permohonan Semakan Kehakiman No. JA-25-41- 11/2023 (“JR 41”). D2 menegaskan tindakan ini “secara jelas” berciri perduaan prosiding (‘duplicity’).
3
Plaintif membantah. Secara ringkas, Plaintif menegaskan bahawa kehendak undang-undang untuk ‘strike out’ adalah tinggi, dan isu ‘duplicity’ mesti diuji secara tepat, yakni sama ada punca tindakan dan relief adalah sama dan Plaintif berhujah tiada ‘multiplicity’ kerana tindakan ini berasaskan punca tindakan dan relief yang berbeza.
4
Mahkamah ini sedar bahawa kuasa membatalkan pliding adalah kuasa ringkas yang tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya. Prinsipnya ‘plain and obvious cases’ dan Mahkamah tidak sepatutnya ‘pre-empt trial’ kecuali keadaan menuntut dan prinsip ini berakar dari jurisprudens Aturan 18 kaedah 19(1) KKM 2012 yang telah lama mantap. Lihat misalnya pendekatan ‘plain and obvious’ yang dirumuskan di dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36 (SC).
5
Namun, pada masa yang sama, Mahkamah ini juga terikat dengan tanggungjawab awam (‘public policy’) untuk memastikan proses kehakiman tidak digunakan secara tidak ‘bona fide’, tidak menimbulkan risiko keputusan bercanggah, dan tidak memanjangkan pertikaian melalui ‘multiplicity’ yang menjejaskan integriti pentadbiran keadilan. Ini adalah “ketegangan” (‘tension’) yang perlu ditimbang secara kehakiman.
6
Dalam rangka peruntukan itu, Mahkamah ini akan menilai permohonan D2 berdasarkan: Aturan 18 kaedah 19(1) KKM 2012, prinsip ‘plain and obvious’, doktrin ‘abuse of process’ dan ‘multiplicity’ dan fakta unik kes ini terutamanya kewujudan prosiding SP 1017 dan JR 41 yang masih berjalan dan masih aktif.
7
Walaupun permohonan ini dirujuk kepada Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b) dan (d) KKM 2012, Mahkamah ini menegaskan dari awal bahawa isu utama yang timbul dalam kes ini bukanlah ketiadaan kausa tindakan pada asasnya, dan bukan semata-mata sifat remeh atau menyusahkan sesuatu pliding. Teras persoalan di sini adalah sama ada struktur litigasi yang diwujudkan melalui kewujudan prosiding selari tersebut merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dalam erti kata kaedah 19(1)(d) KKM 2012.
8
Tindakan sivil ini (JA-21NCvC-21-12/2024) difailkan oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan, termasuk D2, dengan tuntutan yang pada hemat Mahkamah ini “berpaksikan” kepada pertikaian berhubung pengambilan tanah, kesan Borang D, dan implikasi seksyen 8(4) Akta Pengambilan Tanah 1960 (dirujuk sebagai ‘lapse’ Borang D).
9
Di dalam dokumen Plaintif sendiri menunjukkan tumpuan isu adalah kepada Plaintif yang mahu deklarasi bahawa Warta atau Borang D (gazet 18.8.2016 dan Borang D bertarikh 28.7.2016) telah ‘lapse’ di bawah s 8(4) Akta Pengambilan Tanah 1960, serta seterusnya deklarasi bahawa Defendan-Defendan berada dalam salah milik (‘trespass’) dan pelbagai relief restoratif termasuk pembatalan dokumen hak milik pihak lain.
10
Pada masa yang sama, kronologi prosiding lain menunjukkan bahawa isu utama itu bukan baharu dan telah pun “diangkat” ke dua tindakan prosiding yang lain iaitu SP 1017 dan JR 41. Pertama, berdasarkan pliding D2, SP 1017 difailkan pada
11
11.9.2023 melibatkan Pentadbir Tanah dan Plaintif, untuk mendapatkan deklarasi bahawa setelah memorial bertarikh
30
30.3.2017 dimasukkan pada dokumen hak milik Lot 139 dan Lot 1876, tanah telah diambil dan terletak hak pada Pihak Berkuasa Negeri, dan bahawa pengambilan itu telah disempurnakan. SP 1017 juga memohon perintah sampingan berhubung kebebasan Pentadbir Tanah membahagi pampasan di bawah Borang D bertarikh 28.7.2016.
11
Kedua, wujud JR 41 yang dimulakan oleh Plaintif sendiri (sebagaimana dinyatakan dalam Notis Permohonan D2 di
Lampiran
Lampiran 14) sebagai salah satu prosiding yang menyentuh perkara sama. Daripada petikan ringkasan hujahan Plaintif, jelas JR 41 juga berkisar pada deklarasi berkaitan ‘lapse’ Borang D di bawah s 8(4) Akta Pentadbir Tanah 1960, disertai permohonan mandamus terhadap pihak berkuasa untuk menarik balik pengambilan dan melaksanakan proses ‘withdrawal’. 12. Pada tahap ini, Mahkamah ini menekankan satu pemerhatian metodologi iaitu apabila pihak yang sama mengemukakan “naratif undang-undang” yang sama (lapse Borang D, kesan s8(4), status hak milik dan pemulihan), walaupun dimulakan melalui mekanisme prosiding berbeza (writ/OS/JR), Mahkamah mesti menilai substans dan bukan semata-mata “mekanisme” prosedur. Prinsip ini inheren dalam doktrin ‘abuse of process’. 13. D2 berhujah bahawa ketiga-tiga prosiding ini (tindakan writ sekarang, SP 1017 dan JR 41) berisiko menghasilkan dapatan yang bertembung dan satu forum mungkin mengisytiharkan ‘lapse’/’void’ manakala forum lain mengisytiharkan ‘vesting’/’completion’ dan forum ketiga memberi ‘mandamus’ menarik balik. Secara praktikal, kesannya ialah ketidaktentuan kehakiman dan ‘forum shopping’. Plaintif pula menegaskan bahawa wujud “perbezaan relief” dan punca tindakan yang memerlukan perbicaraan, serta ‘strike out’ tidak sesuai kerana isu memerlukan ‘mature consideration’. 14. Maka, pertikaian sebenar bukan sekadar “wujud prosiding lain”, tetapi sama ada tindakan ini pada sisi undang-undang menyalahi ‘bona fide doctrine, menimbulkan ‘multiplicity’, dan dengan itu jatuh di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(d) KKM 2012. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG - ATURAN 18 KAEDAH 19(1) KKM 2012 15. D2 meletakkan pergantungan pada Aturan 18 kaedah 19(1)(a), (b) dan (d) KKM 2012. Petikan yang dirujuk D2 adalah seperti berikut iaitu Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat memerintahkan mana-mana pliding atau endorsemen writ dipotong atau dipinda atas alasan bahawa ia: (a) tidak mendedahkan kausa tindakan munasabah; (b) skandal, remeh atau menyusahkan; atau (c) selainnya adalah penyalahgunaan proses Mahkamah dan Mahkamah boleh menggantung atau membuang tindakan. 16. Dua konsep perlu dibezakan: (i)(a) merujuk “kecacatan yang jelas daripada pernyataan” kausa tindakan itu sendiri; (ii)(b) merujuk kepada penyalahgunaan proses Mahkamah termasuk isu polisi awam seperti ‘multiplicity’,’ lis alibi pendens’, dan risiko dapatan bercanggah. Dalam kes ini, walaupun D2 menggunakan limb (a) dan (b), namun penentu sebenar pada analisis Mahkamah ini adalah (d) iaitu ‘abuse of process’ melalui ‘duplicity’ dan/atau ‘multiplicity’. ISU UNTUK DIPUTUSKAN 17. Setelah meneliti hujahan bertulis pihak-pihak, Mahkamah merumuskan isu seperti berikut: Isu (1): Apakah prinsip “plain and obvious” dan pendekatan Mahkamah terhadap ‘strike out’ di bawah Aturan 18 kaedah 19(1) KKM 2012? Isu (2): Sama ada tindakan ini adalah ‘duplicity’ dan/atau ‘multiplicity of proceedings’ yang menyalahi ‘bona fide doctrine’ dan dengan itu suatu ‘abuse of process’ di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(d) KKM 2012 khususnya dalam konteks kewujudan SP 1017 dan JR 41. Isu (3): Jika ya, apakah akibat yang wajar iaitu ‘strike out’/’dismissal’, serta perintah kos. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu (1): Apakah prinsip ‘plain and obvious’ dan pendekatan Mahkamah terhadap ‘strike out’ di bawah Aturan 18 kaedah 19(1) KKM 2012? 18. Mahkamah bermula dengan prinsip asas iaitu ‘strike out’ ialah remedi ringkas yang tidak boleh menggantikan perbicaraan. Kes Bandar Builder (supra) menegaskan bahawa kuasa ini hanya untuk kes yang jelas (‘plain and obvious’), dan selagi pliding mendedahkan isu yang patut diputuskan, kelemahan kes bukan alasan untuk ‘strike out’. 19. Prinsip ini bukan sekadar slogan. Ia mencerminkan falsafah proses sivil dimana keadilan substantif lazimnya dicapai melalui keterangan ‘viva voce’, pemeriksaan balas, dan penemuan fakta. Sebab itu, Mahkamah lazimnya berhati-hati agar tidak “mematikan” tuntutan sebelum waktunya. 20. Namun, kehendak undang-undang yang tinggi tidak bermaksud Mahkamah mesti menutup mata kepada penyalahgunaan proses. Aturan 18 kaedah 19(1)(d) KKM 2012 wujud tepat untuk mengekang litigasi yang tidak ‘bona fide’, yang mengheret sistem ke arah keputusan bercanggah, atau yang memanjangkan konflik melalui prosiding yang pelbagai. 21. Justeru, Mahkamah menerima pendekatan berikut: (i) Jika isu memerlukan penentuan fakta yang serius maka perbicaraan penuh lebih sesuai tetapi, (ii) Jika struktur litigasi itu sendiri menunjukkan penyalahgunaan yang jelas (contohnya ‘multiplicity’ pada isu asas yang sama), Mahkamah bukan sahaja boleh, malah patut, bertindak di bawah limb (d) demi polisi awam. 22. Pada tahap ini, Mahkamah beralih kepada jurisprudens khusus ‘multiplicity’ di mana mahkamah lebih bersedia bertindak awal kerana “kemudaratan” ‘multiplicity’ berlaku sekarang, bukan menunggu perbicaraan. Mahkamah ini mendapati bahawa Penyata Tuntutan Plaintif, secara literalnya, mempunyai kausa tindakan. Plaintif memperincikan fakta, dakwaan pelanggaran hak serta relief yang dipohon. Justeru, tindakan ini tidak wajar dibatalkan di bawah kaedah 19(1)(a) KKM 2012 atas alasan tiada kausa tindakan munasabah. Isu yang timbul bukanlah kecacatan yang terzahir daripada pliding itu sendiri, tetapi penyalahgunaan forum melalui penduplikasian prosiding. Isu (2): Sama ada tindakan ini adalah ‘duplicity’’/multiplicity of proceedings’ yang menyalahi ‘bona fide doctrine’ dan dengan itu suatu ‘abuse of process’ di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(d) KKM 2012 khususnya dalam konteks kewujudan prosiding SP 1017 dan JR 41. 23. Mahkamah memulakan dengan petikan yang sangat jelas dalam kes Penang Port Commission v Kanawagi s/o Seperumaniam [2008] 6 MLJ 686. Dalam petikan yang dirujuk dalam ikatan otoriti D2, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa kewujudan tindakan writ dan Saman Pemula yang ‘touching on an identical issue’ adalah bercanggah dengan ‘bona fide doctrine’, ‘militate against public policy’ and ‘interests of justice’, dan ‘multiplicit’y itu ‘plainly an abuse’ di bawah O 18 r 19(1)(d) KKM 2012. 24. Mahkamah juga meneliti secara terperinci kes Penang Port (supra) dalam ikatan otoriti D2. Apa yang paling penting ialah bagaimana Mahkamah Rayuan meletakkan soalan asas iaitu adakah pemfailan Saman Pemula untuk mendapatkan perintah yang ‘identical to the ‘triable issue’ dalam tindakan Writ tanpa perbicaraan dan hanya berdasarkan afidavit dan ini merupakan penyalahgunaan proses di bawah A.18 k.19(1)(d) KKM 2012. 25. Prinsip ‘pre-empting trial’ juga terzahir secara implisit iaitu jika satu isu telah ditetapkan sebagai ‘triable issue’ dalam writ, maka pihak tidak bebas memintasnya melalui prosiding alternatif yang mendapatkan hasil substantif yang sama tanpa trial. Kes Penang Port (supra) menekankan kewajipan mematuhi kerangka perbicaraan dalam tindakan Writ dan pihak tidak diberi kelebihan untuk memfailkan Saman Pemula yang menentang struktur itu. 26. Mahkamah ini mengambil prinsip kes Penang Port (supra) sebagai “pendirian yang tegas” (‘hard edge’) terhadap ‘multiplicity’ dan bukan sekadar kerana dua prosiding wujud, tetapi kerana dua prosiding itu menuntut Mahkamah memberi jawapan substantif yang sama melalui laluan prosedur berbeza yang akhirnya menghakis ketertiban litigasi. Dalam kes Penang Port (supra), Mahkamah Rayuan membincangkan secara mendalam implikasi pemfailan dua prosiding yang menyentuh isu yang sama iaitu satu melalui writ dan satu lagi melalui saman pemula. Kes ini memutuskan seperti berikut: “This duplicity of proceedings in the writ action and the originating summons touching on an identical issue is contrary to the bona fide doctrine. It militates against public policy and the interests of justice. This multiplicity of actions is plainly an abuse of the process of the court within the scope of O 18 r 19(1)(d).” [Penekanan ditambah] 27. Mahkamah Rayuan dalam kes yang sama menegaskan bahawa apabila sesuatu isu telah dikenal pasti sebagai “triable issue” dalam tindakan writ, pihak tidak boleh secara unilateral memintas perbicaraan itu dengan memfailkan saman pemula pula untuk mendapatkan penentuan isu yang sama melalui afidavit: “The plaintiff was not at liberty to file the originating summons to obtain the identical relief without trial. The issue had been fixed for trial in the writ action. The filing of the originating summons was an attempt to pre-empt the trial.” [Penekanan ditambah] Mahkamah Rayuan dalam kes ini telah menolak hujahan bahawa perbezaan bentuk prosiding menyelamatkan keadaan. Apa yang diteliti ialah substans isu dan relief, bukan bentuk prosedur. 28. Petikan di atas menggariskan satu prinsip yang lebih luas iaitu apabila sesuatu isu telah pun ditempatkan dalam rangka adjudikasi yang teratur (contohnya, melalui tindakan writ dengan ‘triable issues’), pihak tidak boleh memintas atau menggandakannya melalui saluran alternatif untuk mendapatkan kelebihan prosedur. Dalam kes Penang Port (supra) ini mahkamah tidak sekadar memutuskan soal teknikal tetapi ia menegaskan kepentingan ‘discipline of litigation’ iaitu bahawa struktur prosiding mesti dihormati, dan pihak tidak boleh mencipta laluan yang sama untuk memaksa mahkamah membuat keputusan awal yang akan menjejaskan atau menggantikan proses perbicaraan yang telah ditetapkan. Mahkamah ini melihat prinsip tersebut sebagai sangat relevan dalam konteks kes di hadapan ini. 29. Dalam kes ini, prosiding SP 1017 dan JR 41 telah pun menjadi forum yang sah untuk memutuskan isu teras berkaitan kesahan ataupun ‘lapse’ pengambilan dan kesan ‘vesting’. Dengan memfailkan tindakan writ baharu yang sekali lagi menuntut deklarasi ‘lapse’, pemulihan hakmilik dan dakwaan ‘wrongful possession’, Plaintif pada hakikatnya cuba mewujudkan satu lagi platform adjudikasi untuk isu yang sama. 30. Walaupun Plaintif berhujah bahawa bentuk tindakan adalah berbeza (‘tort’/’private law’), Mahkamah ini mendapati bahawa isu ‘substantive’ yakni kesahan pengambilan dan status hak milik tidak dapat dielakkan daripada menjadi isu utama dalam ketiga-tiga prosiding. 31. Dalam kes Penang Port(supra), pertindihan berlaku antara tindakan writ dan saman pemula yang menyentuh isu yang secara substans adalah sama. Dalam kes ini, pertindihan adalah lebih luas iaitu satu Saman Pemula (SP), satu ‘Judicial Review’ (JR) dan satu Tindakan Writ dimana semuanya bersandarkan pada paksi yang sama. Jika Mahkamah membenarkan tindakan ini diteruskan, Mahkamah berisiko menghasilkan satu keputusan mengenai ‘lapse’ dan ‘trespass’ yang akan “mendahului” atau “mempengaruhi” dapatan dalam JR atau SP. Inilah yang disebut oleh Mahkamah Rayuan sebagai ‘pre-empting trial’. Dalam erti kata lain, Mahkamah ini tidak boleh membenarkan satu forum membuat dapatan substantif yang akan memintas atau merosakkan struktur adjudikasi yang telah sedia berjalan dalam forum lain. 32. Kes Penang Port(supra) ini juga menekankan bahawa ‘multiplicity’ bukan sahaja soal kaedah prosedur, tetapi soal polisi awam dan kepentingan keadilan. Di sinilah konsep ‘inherent jurisdiction’ memainkan peranan iaitu Mahkamah mempunyai kuasa untuk mencegah penyalahgunaan proses walaupun tanpa bergantung semata-mata kepada teks literal A.18 k.19 KKM 2012. ‘Inherent jurisdiction’ ini berakar pada prinsip bahawa mahkamah adalah tuan kepada prosesnya sendiri dan wajib memastikan ia tidak dimanipulasi untuk tujuan taktikal atau ‘forum shopping’. 33. Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa membenarkan tiga prosiding berjalan serentak akan meletakkan sistem kehakiman dalam keadaan yang tidak teratur dan membuka ruang kepada keputusan bercanggah. Risiko ini bukan hipotesis malah ia nyata berdasarkan struktur relief dan isu yang telah dikenal pasti dalam pliding. 34. Dalam kes Penang Port (supra), hanya terdapat dua prosiding yang bertembung. Tetapi didalam kes ini, terdapat tiga prosiding. Dalam Penang Port (supra), isu yang dipertikaikan adalah sama dan relief yang dituntut juga bersamaan. Dalam kes ini, walaupun relief tidak sama secara literal, terdapat ‘substantial duplication’ seperti yang ditegaskan dalam kes Lai Kim Loi v Dato Lai Fook Kim & Anor [1989] 2 MLJ 290 (SC) yang tidak memerlukan identiti total untuk menjadikan prosiding itu ‘vexatious’. 35. Maka, jika dalam Penang Port (supra) dua prosiding sudah memadai untuk dianggap abuse, dalam kes ini kewujudan tiga prosiding menjadikan justifikasi ‘strike out’ lebih kukuh. Oleh itu Mahkamah ini menegaskan bahawa dapatan ‘multiplicity’ dalam kes ini adalah berasaskan rekod objektif prosiding dan tidak memerlukan penentuan fakta merit seperti siapa pemilik sebenar atau sama ada ‘lapse’ benar-benar berlaku. Isu yang diputuskan di sini adalah isu undang-undang dan prosedur dan adakah struktur litigasi ini menyalahgunakan proses Mahkamah? 36. Jawapannya adalah “YA”. Oleh itu, keputusan ini tidak memutuskan merit substantif tuntutan Plaintif dalam mana-mana forum lain tetapi ia hanya menapis satu tindakan yang secara struktur tidak wajar wujud secara serentak dan bersesama. Dengan ini, Mahkamah ini berpuas hati bahawa penggunaan Aturan 18 kaedah 19(1)(d) KKM 2012 adalah selaras dengan prinsip dalam kes Penang Port (supra) dan kes Lai Kim Loi (supra) serta tidak melampaui kehendak ‘plain and obvious’. Mahkamah ini juga berpuas hati bahawa keputusan ini tidak ‘pre-empt trial’ mengenai merit, tetapi mencegah ‘pre-emption’ yang cuba dilakukan melalui tindakan secara serentak. Maka, keputusan ini adalah konsisten dengan kepentingan keadilan, polisi awam dan disiplin litigasi. 37. Mahkamah ini dengan merujuk kes Lai Kim Loi (supra) juga menegaskan bahawa walaupun isu dan relief tidak ‘totally similar’, ‘substantial duplication’ memadai untuk menjadi ‘multiplicity’ dan ‘vexatious abuse’ dan remedi yang wajar ialah ‘strike out’, bukan stay atau amend. Ini penting kerana ujian bukan “adakah semuanya seratus peratus sama”, tetapi adakah terdapat pertindihan substansial yang mewujudkan beban litigasi berganda dan risiko keputusan bercanggah. 38. Dalam satu lagi kes iaitu kes Cosco Shipping Heavy Industry (Dalian) Co Ltd (previously known as Cosco (Dalian) Shipyard Co Ltd) & Anor v Registrar of Malaysian Ships at the Port of Kota Kinabalu & Anor [2021] MLJU 00829, Mahkamah (dalam konteks tindakan berasingan yang mengangkat isu sama) menekankan kemudaratan ‘multiplicity’ dan ‘duplicity’ akan mewujudkan risiko keputusan bercanggah oleh dua mahkamah. Mahkamah ini menerima dan bersetuju dengan prinsip itu sebagai manifestasi polisi awam iaitu sistem kehakiman tidak boleh dipaksa menghasilkan “dua kebenaran kehakiman” atas isu yang sama antara pihak yang sama. 39. Dengan prinsip di atas, Mahkamah kembali kepada fakta kes ini. Notis Permohonan D2 menyatakan secara terang bahawa subjek prosiding ini sudah pun menjadi subjek dua prosiding lebih awal iaitu SP 1017 dan JR 41 dan pihak-pihak sedang giat mengambil bahagian, malah tarikh pendengaran telah ditetapkan dalam prosiding tersebut. Plaintif juga tidak menafikan kewujudan SP 1017 dan JR 41, cuma bantahan Plaintif ialah pada “perbezaan punca tindakan dan relief” serta keperluan perbicaraan penuh. Namun, apabila Mahkamah menyemak relief dalam ringkasan hujahan Plaintif, Mahkamah dapati asas utamanya ialah deklarasi ‘lapse’ Borang D di bawah s 8(4) Akta Pentadbir Tanah 1960, deklarasi salah milik/’trespass’, perintah membatalkan/’restore’ hak milik dan arahan tindakan pentadbiran (‘mandamus’withdrawal’) terhadap pihak berkuasa. Pada masa yang sama, SP 1017 (menurut Pembelaan D2) memohon deklarasi bahawa selepas memorial 30.3.2017, tanah telah terletak hak pada Pihak Berkuasa Negeri dan pengambilan telah disempurnakan. 40. Mahkamah ini mendapati, dari segi substans, ketiga-tiga prosiding ini bertembung pada persoalan utama yang sama iaitu status undang-undang pengambilan dan kesannya kepada hak/’vested title’, khususnya sama ada s 8(4) Akta Pentadbir Tanah 1960 menjadikan Borang D ‘lapse’ atau sebaliknya, dan apakah kesan ‘memorial’/’vesting’ terhadap kebolehbalikan. Dalam erti kata lain, satu prosiding (JR 41) meminta Mahkamah mengisytiharkan ‘lapse’ dan memaksa pentadbiran menarik balik dan satu prosiding lagi iaitu (SP 1017) meminta Mahkamah mengisytiharkan ‘vesting’/’completion’ dan tindakan writ ini, walau bagaimanapun dirangka, akhirnya memerlukan Mahkamah memberikan jawapan substantif yang akan “mengunci” salah satu naratif itu. 41. Di sini, Mahkamah meminjam petikan keputusan kes Penang Port (supra) iaitu bila sesuatu isu patut diputus melalui forum yang telah dipilih dan sedang berjalan, pihak tidak bebas memfail prosiding lain untuk mengundang dapatan substantif selari atau bertentangan. Kes Penang Port(supra) melihat perbuatan itu sebagai ketidakpatuhan terhadap struktur adjudikasi yang sedia ada. 42. Mahkamah tidak menyatakan bahawa plaintif tidak boleh, dalam apa keadaan sekali pun, memfail lebih daripada satu prosiding. Tetapi apabila tiga prosiding itu berjalan serentak, melibatkan pihak yang sama, dan berpusat pada pertanyaan undang-undang dan fakta yang bertindih secara substansial, Mahkamah mesti bertanya apakah tujuan sebenar pemfailan ketiga ini? Jawapannya adalah pada penilaian Mahkamah ini ialah tindakan ini mewujudkan risiko yang ditekankan sebagaimana yang diputuskan dalam kes Cosco (supra) iaitu dua (atau tiga) mahkamah boleh membuat dapatan yang sukar diselaraskan dan litigasi menjadi tidak ekonomik, tidak teratur dan menekan pihak lawan dengan beban berganda. 43. Plaintif menekankan hujahannya bahawa ujian ‘multiplicity’ ialah ‘cause of action and reliefs sought are the same’. Mahkamah menerima itu sebagai satu formulasi, tetapi menegaskan bahawa kes Lai Kim Loi (supra) memperluaskannya dan tidak perlu identiti total dan ‘substantial duplication’ sudah memadai. Maka, walaupun Plaintif cuba membezakan relief (contohnya, satu forum mahu ‘mandamus’, satu forum mahu deklarasi vesting), Mahkamah mendapati ia tetap “substantial duplication” kerana relief-relief itu berkisar pada paksi substantif yang sama yang berkisar pada status undang-undang pengambilan atau ‘vesting’ dan akibatnya kepada hak milik. 44. Di tahap ini, Mahkamah menilai bahawa tindakan ini bukan sekadar ‘parallel narratives’ bahkan ia adalah ‘parallel adjudications’ yang saling menekan antara satu sama lain di mana dapatan dalam satu prosiding berpotensi digunakan untuk menyokong atau mempengaruhi pendirian dalam prosiding yang lain, sekali gus meletakkan pihak lawan dalam kedudukan yang terpaksa mempertahankan isu yang sama di pelbagai forum secara serentak. Itulah mengapa doktrin ‘abuse of process’ tidak semestinya menunggu perbicaraan penuh dan kemudaratan ‘multiplicity’ berlaku sebaik sahaja tindakan difailkan dan digerakkan. 45. Mahkamah ini turut menerima bahawa selain Aturan 18 kaedah 19 (1) KKM 2012, mahkamah mempunyai kuasa sedia ada (‘inherent jurisdiction’) untuk mengawal proses agar tidak disalah guna di mana konsep yang dalam amalan sering dirujuk sebagai kuasa ‘to prevent injustice or abuse’. Dalam konteks ini, kes Penang Port(supra) sendiri menekankan dimensi polisi awam (‘public policy and interests of justice’) dan ‘bona fide doctrine’. Ini selari dengan prinsip kawalan proses oleh Mahkamah melalui kaedah formal (A.18 k.19 KKM 2012) atau kuasa sedia ada apabila keadaan menuntut. Mahkamah ini menggunakan prinsip itu untuk menilai bahawa membenarkan tindakan ini diteruskan, dengan SP 1017 dan JR 41 masih wujud ianya akan melemahkan keupayaan Mahkamah mengurus litigasi secara tersusun, serta membuka ruang “taktik prosedur” yang tidak ‘bona fide’. 46. Secara subsidiari, Mahkamah ini menerima bahawa kewujudan tiga prosiding selari atas isu yang secara substans adalah sama boleh juga dilihat sebagai menekan dan membebankan pihak lawan serta sistem kehakiman, dan dengan itu bersifat ‘vexatious’ dalam erti kaedah 19(1)(b) KKM 2012. Namun demikian, Mahkamah ini menegaskan bahawa dapatan utama adalah di bawah kaedah 19(1)(d) KKM 2012, iaitu penyalahgunaan proses Mahkamah. Isu (3): Apakah Remedi yang wajar iaitu ‘strike out’ dan/atau ‘dismissa’l, serta perintah kos 47. Setelah Mahkamah membuat dapatan bahawa tindakan ini adalah ‘multiplicity’/’duplicity’ yang jatuh di bawah abuse, langkah seterusnya ialah memilih remedi. Kes Lai Kim Loi (supra) adalah autoriti terus bahawa apabila ‘substantial duplication’ menjadikan prosiding ‘vexatious’/’abuse’, remedi yang wajar boleh berupa ‘strike out’ dan bukan sekadar ‘stay’ atau ‘amend’ terutamanya apabila isu teras tidak boleh “dipulihkan” hanya melalui pindaan. 48. Dalam kes ini, Mahkamah mendapati isu asas ialah kewujudan dan perjalanan dua prosiding lain yang menyentuh isu substantif yang sama. Pindaan pada Penyata Tuntutan tidak akan menukar realiti itu. Oleh itu, dari perspektif pengurusan keadilan, remedi yang paling konsisten dengan polisi awam ialah membatalkan tindakan ini pada peringkat awal, supaya pihak-pihak menumpukan kepada prosiding yang telah sedia berjalan bagi mendapatkan penentuan muktamad. 49. Akhirnya, Mahkamah ini mendapati isu ‘duplicity’/’multiplicity’ di sini adalah isu undang-undang yang boleh diputuskan melalui dokumen prosiding sedia ada, tanpa memerlukan penemuan fakta substantif melalui perbicaraan dan justeru itu dapatan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(d) KKM 2012 adalah wajar dibuat pada tahap ini sebagai langkah kawalan proses. RUMUSAN 50. Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan ini merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(d) KKM 2012, memandangkan kewujudan prosiding SP 1017 dan JR 41 yang masih berjalan dan menyentuh isu yang secara substans adalah sama. 51. Dapatan ini adalah dapatan utama dan muktamad Mahkamah ini. Walaupun permohonan turut dirujuk kepada kaedah 19(1)(a) dan (b) KKM 2012, Mahkamah ini tidak bersandarkan kepada peruntukan tersebut sebagai asas utama keputusan. Pembatalan tindakan ini adalah berasaskan penyalahgunaan struktur litigasi dan bukan kerana ketiadaan kausa tindakan. Oleh itu, ratio keputusan ini terletak sepenuhnya pada kaedah 19(1)(d) KKM 2012. Isu ini adalah isu undang-undang dan polisi proses yang boleh diputuskan tanpa perbicaraan fakta penuh. 52. Mengambil keseluruhan analisis di atas, Mahkamah merumuskan bahawa walaupun kuasa strike out lazimnya digunakan secara berhati-hati (kes Bandar Builder (supra)), kes ini jatuh dalam kategori yang memerlukan campur tangan awal kerana ia merupakan penyalahgunaan proses dalam bentuk ‘multiplicity’/’duplicity’. 53. Kes Penang Port (supra) memperincikan prinsip yang jelas dan tegas bahawa tindakan serentak yang menyentuh isu yang secara substans adalah sama atau berkaitan secara teras, yang memintas struktur adjudikasi yang sedia ada serta menyalahi ‘bona fide doctrine’, merupakan suatu penyalahgunaan proses yang jatuh terus di bawah kaedah 19(1)(d) KKM 2012. Kes Lai Kim Loi (supra) pula menegaskan lagi bahawa identiti total tidak perlu dan ‘substantial duplication’ mencukupi, dan ‘strike out’ boleh menjadi remedi yang tepat. Kes Cosco (supra) pula menjelaskan justifikasi polisi awam iaitu bagi mengelak keputusan bercanggah yang akan memudaratkan sistem pentadbiran keadilan. 54. Dalam fakta kes ini, kewujudan prosiding SP 1017 dan JR 41 yang diketahui dan sedang berjalan menjadikan tindakan ini tidak lagi satu tuntutan “berdiri sendiri”, tetapi satu litigasi yang bertindih secara substansial dan mewujudkan risiko yang tidak wajar. Oleh itu, bagi memastikan proses Mahkamah digunakan secara ‘bona fide’, untuk memelihara polisi awam dan kepentingan keadilan dan untuk mengelakkan pertindihan yang menekan pihak lawan serta sistem, Mahkamah memutuskan permohonan D2 patut dibenarkan. PERINTAH MAHKAMAH 55. Berdasarkan dapatan khusus Mahkamah di atas, Mahkamah ini memerintahkan seperti berikut: (1) Writ Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif bertarikh 13.12.2024 dalam Guaman Sivil No. JA-21NCvC-21- 12/2024 adalah dibatalkan dan diketepikan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(d) KKM 2012 atas alasan ia adalah ‘abuse of process’ melalui ‘duplicity’/’multiplicity of proceedings’. Keputusan ini juga secara tidak langsung membawa kesan juga untuk Defendan Pertama, Writ dan Penyatata Tuntutan adalah dengan ini dibatalkan. (2) Kos bagi permohonan ini setelah mendengar hujahan pihak-pihak Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM3,000.00, dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Kedua. BERTARIKH: 30 MAC 2026 MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam Bagi Pihak Plaintif Mohd Hafarizam Bin Harun bersama Muhammad Amin Bin Othman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Kuala Lumpur Peguam Bagi Pihak Defendan Pertama Muhammad ‘Azzam bin Zainal Abidin Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Peguam Bagi Pihak Defendan Vijay Raj Bersama Arif Umar Faruq Bin Kedua Faruq bin Faiz Tetuan Skrine, Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.