Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-87-1105-08/2025 PENDAKWA RAYA LWN KEENEE ENTERPRISE [No. Syarikat: AS0286636-X]
KA-87-1105-08/2025
Magistrates Court of Malaysia4 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“21. Prinsip ini telah diperjelaskan di dalam kes SAU SOO KIM v. PUBLIC PROSECUTOR [1975] CLJU 158, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: ‘Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country”
“ak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras namun budibicara hakim bicara hendaklah dilaksanakan menurut prinsip-prinsip hukuman sebagaimana yang digariskan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] CLJU 28 serta Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Pendakwaraya [2000] 3 CLJ 302; [2000] 3 AMR 2621.’’”
“25. Mahkamah juga dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKS telah mempertimbangkan hukuman bagi kes-kes terdahulu yang telah dijatuhkan. Di dalam kes Pendakwa Raya lwn Teh Ling Hock [2017] MLJU 2368, responden telah dipertuduhkan dengan tiga pertuduhan dan bagi pertuduhan ketiga adalah di bawah seksyen yang sama dengan OKS”
“26. Dalam kes Pendakwa Raya lwn Infinity Logistics & Transport Sdn Bhd [2022] MLJU 2665, Tertuduh telah dituduh kerana membawa muatan batu kapur sebanyak 64,900kg melebihi muatan sebanyak 28,900kg (80.3%) dari Berat Dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan di dalam lesen iaitu sebanyak 36,00”
“27. Dalam kes Pendakwa Raya lwn Chop Sin Huat Heng [2022] MLJU 2666, Majistret yang sama telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5500 gagal bayar 6 bulan penjara. Tertuduh di dalam kes ini telah membawa muatan **Note : Serial number will be used to verify the or”
“18. Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Tanabalan Nagarajah & Satu Lagi [2024] CLJU 1216, yang menyatakan bahawa: “Kuasa hukuman adalah terletak di atas budi bicara mahkamah yang membicarakan sesuatu kes. Mahkamah bicara mempunyai hak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES KA-87-1105-08/2025 PENDAKWA RAYA LWN KEENEE ENTERPRISE [No. Syarikat: AS0286636-X]
1
PENGENALAN Pada 04.09.2025, OKS yang diwakili oleh pemilik syarikat telah dituduh dengan satu pertuduhan dibawah Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 juga dibaca bersama seksyen 80(4) Akta yang sama sebagaimana berikut: “Bahawa kamu pada 19.07.2025 jam lebih kurang 03.35 petang di KM 48.2 Lebuhraya Utara Selatan di dalam Negeri Kedah Darul Aman sebagai Pengendali Berlesen sebuah kenderaan jenis Penggerak Utama / Semi Trailer-Kargo Am bernombor pendaftaran BFN6237 T/K3092 yang dilesenkan kepada kamu di bawah Lesen Pengendali 1K0017099-8/07 & 1K0017100-8/07 telah membenarkan Zulmajdi Hafiz Bin Abdullah No. Kad Pengenalan 940212095129 menggunakan kenderaan tersebut di atas jalanraya dengan gagal mematuhi Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dengan membawa muatan sebanyak 86,400 kg iaitu lebihan berat 38,400 kg (80.00%) daripada had yang dibenarkan sebanyak 48,000 Kg dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama dan kenderaan berkaitan boleh dilucuthak dibawah Seksyen 80(4) Akta yang sama” HUKUMAN Didenda tidak kurang daripada RM1,000.00 (satu ribu ringgit) tetapi tidak lebih daripada RM 500,000.00 (lima ratus ribu ringgit) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. DAN Seksyen 80 (4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) Apabila disabitkan suatu kenderaan yang berkaitan hendaklah dilucuthakan atau pelepasan oleh mahkamah
2
Selepas pertuduhan dibacakan kepada OKS dalam Bahasa Melayu, OKS mengesahkan faham akan pertuduhan, mengaku salah dan faham sebab dan akibat pengakuan bagi pertuduhan tersebut. Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKS telah memahami pertuduhan dan hukuman serta mengaku salah tanpa syarat dan telah menerima pengakuan bersalah OKS.
3
Pihak pendakwaan melalui Pegawai Pendakwa, kemudiannya telah mengemukakan fakta kes dan fakta kes telah dibacakan oleh jurubahasa Mahkamah. Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan ekshibit-ekshibit dan OKS telah mengesahkan dan mengakui benar bagi ekshibit-ekshibit yang dirujuk kepadanya. Mahkamah kemudiannya telah menerima pengakuan salah OKS dan mendengar rayuan daripada OKS dan pemberatan daripada pihak pendakwaan.
4
Setelah mempertimbangkan fakta kes, mendengar rayuan mitigasi OKS dan pemberatan daripada Pegawai Pendakwa, Mahkamah ini kemudiannya telah menjatuhkan hukuman denda RM6000 dan waran levi dikeluarkan sekiranya OKS gagal membayar denda. Kenderaan penggerak utama / semi-trailer-kargo am bernombor pendaftaran BFN6237 T/K3092 dilucuthakkan kepada kerajaan Malaysia.
5
Tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah ini, OKS telah memfailkan notis rayuan ke atas keseluruhan keputusan tersebut.
6
FAKTA KES PENDAKWAAN Sebelum membincangkan mengenai hukuman yang telah dijatuhkan ke atas OKS, adalah wajar untuk mahkamah ini meneliti fakta kes bagi pertuduhan yang telah dipertuduhkan ke atas OKS.
7
Pada 19.07.2025, lebih kurang jam 03.35 petang bertempat di Km 48.2 Lebuhraya Utara Selatan anggota penguatkuasa yang diketuai oleh KP5 Muhammad Firdaus Bin Adzeme telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan ke atas kenderaan perdagangan bersama dua anggota penguatkuasa yang lain iaitu KP1 Muhammad Syazwan Bin Idris dan AB5 Mohd Najme Bin Mohd Dahan telah menahan sebuah kenderaan jenis Penggerak Utama bernombor pendaftaran BFN6237 yang menarik Semi Trailer-Kargo Am bernombor pendaftaran T/K3092 dan telah diperiksa oleh AB5 Mohd Najme Bin Mohd Dahan, dimana kenderaan tersebut membawa muatan Granulate Slag yang telah diambil dari Prai, Pulau Pinang untuk dihantar ke CIMA, Perlis.
8
Pada 19.07.2025, masa lebih kurang jam 04:37 petang, kenderaan Penggerak Utama bernombor pendaftaran BFN6237 yang menarik Semi Trailer-Kargo Am bernombor pendaftaran T/K3092 telah ditimbang menggunakan alat timbang mudah alih JPJ bertempat di JPJ Alor Setar oleh KP5 Muhammad Firdaus Bin Adzeme. Berdasarkan kepada Lesen Pengendali yang dikeluarkan ke atas kenderaan tersebut no.rujukan Permit 1K0017099-8/07 & 1K0017100-8/07, satu pelanggaran Syarat-Syarat Am No.1 telah dilakukan, dimana kenderaan tersebut telah membawa muatan sebanyak 86,400 kg iaitu lebihan berat 38,400 kg (80.00%) daripada had yang dibenarkan sebanyak 48,000 kg, seperti mana slip timbang yang telah dikeluarkan.
9
Kenderaan telah disita dibawah Seksyen 80(1) APAD 2010. Kenderaan tersebut dipandu oleh Zulmajdi Hafiz bin Abdullah No. Kad Pengenalan 940212095129 beralamat di Batu 5 1/4, Kampung Paya, Jalan Kaki Bukit, 02400, Kangar, Perlis dan beliau merupakan pemandu kepada syarikat Keenee Enterprise.
10
Pihak pendakwaan kemudiannya telah mengemukakan ekshibit-ekshibit berikut kepada Mahkamah bagi menyokong fakta kes pendakwaan: - P1- SSM P2 - Permit Kenderaan Penggerak Utama P3 - Permit Kenderaan Bagi Semi Treler P4 - Sijil Pemilikan Bagi Penggerak Utama Dan Semi Treler P5 - Pengesahan Maklumat Butiran Kenderaan P6- Notis Penentuan Berat Kenderaan Seksyen 82(1) P7 - Sijil Tiket Timbang Berat P8 - Notis Penyitaan Di Bawah Seksyen 80(1) Apad P9 - Akuan Penerimaan Dokumen/ Barang Yang Disita P10- Perakuan Penentuan Timbang Dan Sukat P11A-E - 5 Keping Gambar [pengecaman melalui gambar]
11
HUJAHAN MITIGASI OKS OKS yang diwakili oleh pemilik syarikat telah memohon untuk dikurangkan denda. OKS memaklumkan bahawa pada hari kejadian OKS membawa muatan tersebut kerana sewa barangan yang murah. OKS memohon agar kenderaan lori tersebut tidak dilucuthak. OKS perlu menyara 3 keluarga yang mana isteri OKS tidak bekerja dan OKS mempunyai 7 orang anak. OKS turut menyara keluarga mertua OKS dan bapa OKS.
12
HUJAHAN PEMBERATAN PIHAK PENDAKWAAN Pihak pendakwaan telah berhujah bahawa kesalahan membawa lebihan muatan boleh menyebabkan kerosakan kepada struktur jalan raya dan juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Pihak pendakwaan berhujah bahawa kesalahan yang melibatkan kenderaan berat semakin meningkat hingga telah menyebabkan kematian dan impak yang besar. Pihak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah mempelbagaikan usaha bagi meningkatkan keselamatan dengan pelbagai kempen namun pengusaha-pengusaha syarikat masih gagal mematuhi saranan tersebut dan menunjukkan sikap cuai dan tidak bertanggungjawab. Pihak pendakwaan turut berhujah dengan merujuk kes-kes Mahkamah Rayuan dengan mengatakan bahawa elemen memuaskan hati mahkamah di bawah seksyen 80(3) APAD telah dipenuhi dan mohon untuk kenderaan tersebut dilucuhakkan sebagaimana peruntukan seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
13
ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH Mahkamah setelah mempertimbangkan pengakuan salah OKS berpuas hati bahawa OKS telah memahami pertuduhan, faham sebab dan akibat pengakuan serta mengaku salah.
14
Mahkamah telah berpuas hati dengan pengakuan salah OKS selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 173(a) dan (b) Kanun Prosedur Jenayah.
15
Seterusnya, Mahkamah ini telah mendengar rayuan mitigasi daripada OKS dan pemberatan daripada Pegawai Pendakwa. Dalam mempertimbangkan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKS, Mahkamah ini telah mempertimbangkan beberapa faktor yang diperjelaskan seperti berikut: a. Hukuman berdasarkan peruntukan undang-undang
16
Dalam kes ini pertuduhan terhadap OKS adalah bagi kesalahan dibawah Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
17
Peruntukan seksyen 241A Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 juga memberi bidang kuasa kepada Majistret untuk menjatuhkan hukuman penuh. ‘Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan boleh menjatuhkan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.’
18
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Tanabalan Nagarajah & Satu Lagi [2024] CLJU 1216, yang menyatakan bahawa: “Kuasa hukuman adalah terletak di atas budi bicara mahkamah yang membicarakan sesuatu kes. Mahkamah bicara mempunyai hak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras namun budibicara hakim bicara hendaklah dilaksanakan menurut prinsip-prinsip hukuman sebagaimana yang digariskan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] CLJU 28 serta Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Pendakwaraya [2000] 3 CLJ 302; [2000] 3 AMR 2621.’’
19
Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas OKS iaitu Denda RM6,000 adalah mengikut peruntukan undang-undang di bawah kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKS. b. Pengakuan salah dapat menjimatkan masa dan kos.
20
Mahkamah ini juga mengambil kira faktor bahawa OKS telah mengaku salah atas pertuduhan pada sebutan kali pertama dan tidak menafikan bahawa pengakuan salah OKS telah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak.
21
Prinsip ini telah diperjelaskan di dalam kes SAU SOO KIM v. PUBLIC PROSECUTOR [1975] CLJU 158, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: ‘Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.”
22
Walaupun pengakuan salah OKS telah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak, itu bukanlah alasan utama Mahkamah ini dalam pertimbangan menjatuhkan hukuman ke atas OKS. Mahkamah ini turut mengambil kira alasan-alasan serta faktor-faktor lain yang turut menyumbang dalam pertimbangan hukuman yang wajar dijatuhkan ke atas OKS. c. Kepentingan Awam
23
Kepentingan awam merupakan salah satu faktor yang dinilai oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKS. Mahkamah mengambil kira keseriusan kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKS. Selain itu, mahkamah ini juga mempertimbangkan hukuman yang sewajarnya berbentuk pencegahan terhadap OKS sendiri dan juga kepada masyarakat secara keseluruhannya.
24
Mahkamah ini juga memberikan penekanan yang lebih terhadap kepentingan awam berbanding kepentingan OKS sendiri. Prinsip ini dapat dilihat di dalam kes, Azwel Mohd Ali v PP [2012] 6 CLJ 809 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah mengambil kira bahawa di dalam kes ini terdapat isu kepentingan awam (public interest) dan juga isu kepentingan peribadi perayu yang perlu dipertimbangkan sebelum hukuman dikenakan. Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah memakai prinsip bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, Hashim Yeop Sani J, pernah memutuskan: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest...’ d. Kes-kes terdahulu
25
Mahkamah juga dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKS telah mempertimbangkan hukuman bagi kes-kes terdahulu yang telah dijatuhkan. Di dalam kes Pendakwa Raya lwn Teh Ling Hock [2017] MLJU 2368, responden telah dipertuduhkan dengan tiga pertuduhan dan bagi pertuduhan ketiga adalah di bawah seksyen yang sama dengan OKS dalam kes ini iaitu Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang dihukum di bawah seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Responden dalam kes itu telah membawa lebihan muatan bauksit sebanyak 43% dan Responden telah mengaku salah dan telah dijatuhkan hukuman Denda RM8000 gagal bayar 3 bulan penjara oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Kes kemudiannya telah dirayu ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut telah menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah gagal untuk meneliti fakta dan keadaan kes ini di mana akibat dari tindakan responden, ia telah menyebabkan kehilangan nyawa kepada seseorang. Yang Arif HMT tersebut juga menyatakan hukuman yang dijatuhkan ke atas responden jelas tidak mencukupi dan dia sengaja mewujudkan suatu keadaan yang merbahaya dan mendatangkan bencana kepada pengguna jalan raya yang lain. Yang Arif HMT juga di dalam kes tersebut telah mengetepikan dan menggantikan hukuman ke atas pertuduhan ketiga itu dan reponden telah di Denda RM15,000 jika gagal bayar 6 bulan penjara.
26
Dalam kes Pendakwa Raya lwn Infinity Logistics & Transport Sdn Bhd [2022] MLJU 2665, Tertuduh telah dituduh kerana membawa muatan batu kapur sebanyak 64,900kg melebihi muatan sebanyak 28,900kg (80.3%) dari Berat Dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan di dalam lesen iaitu sebanyak 36,000kg. Majistret yang bijaksana telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 6500 gagal bayar 5 bulan penjara ke atas Tertuduh.
27
Dalam kes Pendakwa Raya lwn Chop Sin Huat Heng [2022] MLJU 2666, Majistret yang sama telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5500 gagal bayar 6 bulan penjara. Tertuduh di dalam kes ini telah membawa muatan kernel sebanyak 40,550kg melebihi muatan sebanyak 13,550kg (50.2%) dari Berat Dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan di dalam lesen iaitu sebanyak 27,000kg.
28
Di dalam kes semasa, OKS telah membawa muatan Granulate Slag dengan lebihan sebanyak 38,400 kg iaitu 80.00% lebihan daripada had yang dibenarkan. Alasan OKS membawa lebihan muatan tersebut adalah kerana sewa barangan murah adalah satu alasan yang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab OKS. Alasan ini hanya menunjukkan sikap OKS yang mementingkan diri berbanding kemaslahatan umum serta keselamatan pengguna jalan raya lain. Mahkamah ini turut mengambil kira keadaan semasa terkini yang mana terdapat banyak kes yang melibatkan kenderaan-kenderaan berat dan hukuman yang sewajarnya harus diberikan kepada OKS sebagai pengajaran kepadanya dan juga kepada masyarakat secara keseluruhannya.
29
PERINTAH PEMULANGAN KENDERAAN KEPADA OKS Berkenaan perintah pelucuthakan penggerak utama dan semi-trailer-kargo am bernombor pendaftaran BFN6237 dan T/K3092, mahkamah ini merujuk semula peruntukan seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 yang menyatakan seperti berikut:
80
Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan bagi kesalahan tertentu
1
Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai dilantik, di mana-mana tempat. ……
3
Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berkaitan dengan perkara itu telah dilakukan.
4
Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
5
Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan sebelum itu.
30
Mahkamah ini dalam memerintahkan untuk kenderaan tersebut dilucuthakkan telah menerima pakai Seksyen 80(3) APAD 2010 yang mana jelas memperuntukkan kuasa Mahkamah untuk mengeluarkan perintah pelepasan atau lucut hak jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesaIahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) teIah diIakukan dan bahawa kenderaan itu iaIah haI perkara bagi kesaIahan itu.
31
Seksyen 80(4) APAD 2010 adalah rentetan kepada seksyen 80(3) yang mana sekiranya mahkamah berpuas hati kesalahan telah dilakukan maka mahkamah hendaklah membuat perintah pelucuthakan.
32
Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Reza Kianmehr v. PP [2013] 7 CLJ 265 yang menyatakan [21] Learned counsel for the appellant talks about the Magistrate’s discretion in ordering the forfeiture of the said vehicle without due regard to the mitigating factors put forward by the appellant. On a bare reading of s. 80(4) of Act 715, this court has no hesitation in concluding that the Magistrate shall order the forfeiture if it is proved to the satisfaction of the court that an offence against specified subsection (1) has been committed and that the vehicle was the subject matter of the offence. There is no ambiguity in the said provision. In the present case, the appellant pleaded guilty to the charge of an offence under s. 16, which is listed under subsection (1) and was convicted for the same offence. This means that the offence under subsection (1) had been committed by the appellant. The facts presented by the prosecution and admitted by the appellant shows that the said vehicle had been used by the appellant in the commission of the same offence. The said vehicle had been proven as the subject matter of the offence. The conditions provided under subsection (4) of s. 80 had been fulfilled. Therefore, the Magistrate shall order forfeiture of the said vehicle. Once the conditions under that subsection (4) of s. 80 of Act 715 had been fulfilled, the forfeiture therefore becomes mandatory. There is no discretion given to the Magistrate because of the words “shall be made” in s. 80(4) of Act 715. When the provision of the statute is clear without any ambiguity, then the court must give effect to the clear and explicit language of the enacting words of the statute. The learned Magistrate was correct in making an order for the forfeiture of the said vehicle.
33
Di dalam kes yang sama juga, pihak peguam telah menimbulkan isu bahawa pendakwaan ke atas OKS telah dibuat melebihi tempoh sebulan, maka perintah pelucuthakan tidak sepatutnya dibuat oleh Majistret. Namun, berkenaan isu tersebut, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: [18] Under Chapter XVI and ss. 136 and 137 of the CPC provides provisions regarding commencement of proceedings before a Magistrate Court. In respect of proceedings by summons, under s. 136(1) of the CPC the proceedings for indictment of the person summoned of starts after the Magistrate take cognizance of the offence complained of and there is sufficient ground for summons to be issued to the person and thereby summons issued for the appearance of the person named in the summons. When the summons is issued and if it is so required, the sanction, consent or requisition of the PP is issued, then the proceedings for the prosecution of the person so summoned starts to commence (see PP v. Leonard [1959] 1 LNS 75). In the present case, the consent dated 6 April 2012 shows serious intention by the prosecution to prosecute the appellant. The summons was issued by the Magistrates’ Court on 17 April 2012 which is well within one month after the said vehicle had been seized. Therefore, the Magistrate has the power to order for the forfeiture of the said vehicle. I hold that the issue raised by learned counsel for the appellant is without merits.
34
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes rayuan jenayah Mahkamah Tinggi Johor Bahru No. JA-41H-[8 hingga 13]-05/2024 PP v. Ever Youth Sdn Bhd dan 5 lagi, di mana Yang Arif Dato’ Abu Bakar Katar menyatakan dalam penghakimannya: [24] Mahkamah ini bersetuju dan sependapat dengan kes Reza Kianmehr [supra] berkaitan isu s. 80(4) Akta itu. Mahkamah ini tidak bersetuju peruntukan s. 80(3) Akta itu memberi budibicara kepada Majistret untuk memulangkan lori tersebut sebaik Perayu mengaku bersalah atas pertuduhan s.57(1)(b)(vi) Akta itu. Peruntukan s.80(3) Akta itu perlu dibaca bersama peruntukan s.80(4) Akta itu. [25] Mahkamah ini berpendapat kesusahan yang bakal ditanggung oleh Perayu sekiranya lori dilucuthakan kepada Kerajaan Malaysia bukanya alasan yang boleh diterima sehingga peruntukan s. 80(4) Akta itu dipinggirkan. Mahkamah ini berpendapat Badan Parlimen melihat kesalahan pelanggaran syarat-syarat Lesen Pengendali yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Darat Awam suatu kesalahan yang berat. Apatah ianya melibatkan membawa barangan lebih muatan sehingga melanggari syarat-syarat Lesen Pengendali yang dikeluarkan ke atas Perayu.
35
Di dalam kes semasa, mahkamah ini telah berpuas hati bahawa kenderaan yang terlibat iaitu penggerak utama dan semi-trailer-kargo am bernombor pendaftaran BFN6237 dan T/K3092 telah digunakan semasa melakukan kesalahan membawa lebihan muatan sepertimana yang dipertuduhkan ke atas OKS, OKS juga telah mengakui akan fakta dan ekshibit yang telah dikemukakan. Mahkamah juga mendapati bahawa kejadian berlaku pada 19.7.2025, izin yang dikeluarkan timbalan pendakwa raya adalah pada 11.8.2025, pengaduan dibuat pada 13.8.2025 dan saman yang dikeluarkan juga adalah pada 13.8.2025. Oleh itu, saman yang dikeluarkan itu adalah dalam tempoh sebulan dari tarikh kenderaan tersebut disita dan mahkamah ini mempunyai kuasa untuk melucuthakan kenderaan setelah berpuas hati bahawa kenderaan tersebut telah digunakan bagi melakukan kesalahan sebagaimana diperuntukan di bawah seksyen 80(1) APAD 2010. KESIMPULAN [38] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan, Mahkamah ini berpendapat bahawa sabitan ke atas OKS adalah selamat dan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKS adalah berlandaskan undang-undang, setimpal dan wajar. Bertarikh 21.09.2025 NUR SYIFA BINTI MOHD HAMZAH Majistret Mahkamah Majistret (3) Alor Setar Kedah Darul Aman Pihak – Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya Pegawai Pendakwa, Nik Suffian Bagi Pihak Tertuduh Tertuduh tidak diwakili
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.