Content
10 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BL-A51KJ-7-08/2020 ANTARA KAJENDRAN A/L SUPRAMANIAM … PLAINTIF
BL-A51KJ-7-08/2020
Sessions Court of Malaysia29 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“4] 4 CLJ 173). [38] Prinsip kewajipan berjaga-jaga tidak boleh diwakilkan atau “non-delegable duty” ini telah di gariskan dalam kes Mahkamah Agung United Kingdom Woodland v. Essex County Council [2013] UKSC 66 yang telah diterima pemakaian dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docume”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
10 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BL-A51KJ-7-08/2020 ANTARA KAJENDRAN A/L SUPRAMANIAM … PLAINTIF
1
1.
2
PENGARAH JABATAN KERJA RAYA, NEGERI SELANGOR JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR...DEFENDAN-DEFENDAN GAS MALAYSIA BERHAD …PIHAK KETIGA ALASAN PENGHAKIMAN (KEPUTUSAN SELEPAS PERBICARAAN PENUH) [1] Ini merupakan rayuan oleh pihak Defendan-defendan (Defendan kedua dan ketiga) dan pihak Ketiga terhadap keputusan Mahkamah ini berkenaan keseluruhan keputusan (liabiliti dan kuantum) yang telah diputuskan selepas perbicaraan penuh pada 29.07.2024.Notis rayuan telah difailkan pada 8.08.2024 dan 19.08.2024. [2] Seramai 4 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan iaitu 2 orang saksi Plaintif, seorang saksi Defendan-defendan dan seorang saksi pihak ketiga. A) FAKTA SECARA RINGKAS [3] Pada 15.07.2018 jam lebih kurang 2.10 pagi, Plaintif telah menunggang sebuah motorsikal no. BMN 6337 dalam perjalanan dari rumahnya Batang Berjuntai menghala ke tempat kerja di Kota Puteri ,Ijok. Apabila sampai di satu selekoh di KM 19.7 Jalan Kuala Selangor-Rawang , Plaintif telah dihimpit oleh sebuah motorlori yang memotongnya dari arah belakang dan kemudiannya Plaintif telah berlanggar dengan longgokan paip yang diletakkan ,ditinggalkan atau dibiarkan begitu sahaja hampir di tepi jalan tanpa sebarang amaran, isyarat dan/atau pengawasan. Akibat kemalangan jalan raya tersebut Plaintif telah mengalami kecederaan yang parah sehingga menyebabkan kekudungan kaki . [4] Pada awalnya, Plaintif telah membawa tindakan kes ini terhadap Majlis Daerah Kuala Selangor sebagai Defendan pertama,Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor sebagai Defendan kedua dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai Defendan ketiga untuk bertanggungjawab atas kemalangan yang dialami oleh Plaintif. [5] Ketiga-tiga Defendan ini telah memfailkan permohonan pembatalan tindakan ini di bawah Atruan 18 K19 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu telah membenarkan permohonan tersebut. Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Plaintif. Seterusnya, Plaintif telah meneruskan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap Defendan kedua dan ketiga. Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Plaintif. Oleh yang demikian, Defendan pertama iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor bukanlah lagi pihak dalam kes ini. [6] Tuntutan Plaintif terhadap pihak Defendan-defendan (Defendan kedua dan ketiga) adalah kewujudan paip-paip tersebut telah menyebabkan pengguna jalan raya iaitu Plaintif dalam keadaan bahaya lebih-lebih lagi apabila keadaan jalan di jalan tersebut adalah gelap. Kewujudan keadaan yang membahayakan ini adalah satu bentuk kecuaian yang mana pihak Defendan-defendan telah gagal dan/atau cuai dalam melaksanakan kewajipan mereka untuk menyelenggara jalan awam seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7 Akta Prosiding Kerajaan 1956. [7] Defendan-defendan di dalam pembelaannya menyatakan mereka tiada kewajipan untuk menyelenggara mana-mana jalan awam yang telah dikontrakkan untuk diselenggara oleh mana-mana Syarikat konsesi yang dilantik. Selanjutnya, pihak Defendan kedua dan ketiga telah membawa prosiding pihak ketiga terhadap Gas Malaysia Berhad. Syarikat Gas Malaysia Berhad sebagai pihak ketiga adalah sebuah Syarikat yang mendapat permit daripada pihak JKR untuk menanam gas-gas di jalan tersebut.Longgokan paip-paip besi tersebut adalah dibawah milikan atau kawalan pihak ketiga. B) SAKSI – SAKSI DALAM PERBICARAAN [8] Saksi-saksi dalam perbicaraan adalah seperti berikut: i) Saksi Plaintif Pertama – SP1-Plaintif ii) Saksi Plaintif Kedua –SP2-ASP Muhamad Izam Bin Ibrahim iii) Saksi Defendan-defendan-SD1-Syed Nurfahmi Effendi Bin Syed Abdul Malik(Jurutera JKR Kuala Selangor); iv) Saksi pihak ketiga-SPK1-Eadie Bin Mohamad-Penolong Kanan Kejuruteraan Gas Malaysia Berhad. C-Isu-isu [9] Isu-isu di dalam kes ini adalah seperti berikut:
i
Samada Plaintif terlibat dengan satu kemalangan jalan raya pada 15.07.2018 yang melibatkan yang melibatkan motorsikal BMN 6337 yang ditunggang oleh Plaintif dengan longgokan besi paip yang diletakkan, ditinggalkan atau dibiarkan tepi jalan?
II
(ii) Samada Defendan-defendan mempunyai tanggungjawab statutori untuk menyelenggara tempat awam dan tidak membahayakan pengguna-pengguna jalan raya?
III
(iii) Samada tanggungjawab pihak Defendan-defendan tersebut tidak boleh diwakilkan (“non-delegable duty”) ?
IV
(iv) Samada Pihak ketiga yang telah diberikan permit oleh JKR (defendan kedua) untuk menanam gas-gas tersebut di jalan raya adalah bertanggungan terhadap liabiliti Defendan-defendan? C) LIABILITI
i
Samada Samada Plaintif terlibat dengan satu kemalangan jalan raya pada 15.07.2018 yang melibatkan yang melibatkan motorsikal BMN 6337 yang ditunggang oleh Plaintif dengan longgokan besi paip yang diletakkan, ditinggalkan atau dibiarkan tepi jalan?
II
(ii) Samada Defendan-defendan mempunyai tanggungjawab untuk menyelenggara tempat awam dan tidak membahayakan pengguna-pengguna jalan raya? Hujahan Plaintif [10] Plaintif berhujah bahawa Plaintif telah membuktikan kes dan melepaskan beban pembuktian dengan mengemukakan keterangan saksi-saksi Plaintif (SP1 dan SP2) dan dokumentari yang menyokong seperti rajah kasar, gambar-gambar tempat kejadian, dokumen dan keterangan SD1 dan SPK1 yang mengesahkan kewujudan longgokan paip-paip di jalan seperti yang didakwa oleh Plaintif. Defendan-defendan yang mempunyai tanggungjawab statutori telah gagal dan cuai dalam menyelenggara jalan-jalan awam seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 . Hujahan Defendan-defendan [11] Pihak Defendan-defendan telah berhujah bahawa tuntutan Plaintif patut ditolak atas alasan berikut:
i
kemalangan yang berlaku kepada Plaintif adalah bermula daripada tindakan Plaintif sendiri yang menukar lorong secara tiba-tiba apabila risau akan keadaan dirinya yang dipotong oleh sebuah motolori;
II
(ii) tiada sebarang bukti yang dibawa oleh Plaintif dalam kes ini bahawa kemalangan tersebut adalah berpunca daripada perlanggaran dengan paip selain daripada pernyataan beliau sendiri;
III
(iii) tuntutan Plaintif ini adalah dihalang oleh peruntukan Seksyen 7 Akta 359. Kerana Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga tidak pernah mengakui sedang menjalankan apa-apa kerja penyelenggaraan atas jalan tersebut sebelum kemalangan yang diadukan oleh Plaintif berlaku;
IV
(iv) memandangkan paip tersebut adalah milikan Pihak Ketiga, maka adalah menjadi tanggungjawab Pihak Ketiga untuk membayar ganti rugi kepada Plaintif sekiranya Plaintif mengalami kecederaan akibat daripada perbuatan mereka meninggalkan paip tersebut di tepi jalan. maka sewajarnya tuntutan Plaintif ini dibuat terus terhadap pemilik paip bukannya kepada Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga yang tidak mempunyai apa-apa milikan ke atas paip mahupun projek tersebut Dapatan Mahkamah
i
Samada Samada Plaintif terlibat dengan satu kemalangan jalan raya pada 15.07.2018 yang melibatkan yang melibatkan motorsikal BMN 6337 yang ditunggang oleh Plaintif dengan longgokan besi paip yang diletakkan, ditinggalkan atau dibiarkan tepi jalan? [12] Mahkamah ini mendapati dakwaan pihak Defendan-defendan bahawa tiada sebarang bukti yang dibawa oleh Plaintif dalam kes ini bahawa kemalangan tersebut adalah berpunca daripada perlanggaran dengan paip selain daripada pernyataan beliau sendiri adalah tidak benar kerana keterangan Plaintif SP1, disokong oleh keterangan pihak polis yang menyiasat kes ini, (SP2), Keterangan saksi Defendan-defendan sendiri SD1 yang menyatakan bahawa pihak JKR Selangor (Defendan kedua) telah memberikan permit (eksibit D7) kepada Gas Malaysia untuk menanam paip-paip besi di jalan tersebut dan saksi pihak ketiga, SPK1 telah mengesahkan bahawa projek penanaman paip-paip besi tersebut adalah projek sakit dan paip-paip tersebut telah diletakkan di kawasan kemalangan tanpa tanda amaran, pengawasan dan penyelenggaraan. [13] Semasa perbicaraan, Plaintif (SP1) telah memberi keterangan bahawa pada hari kejadian, beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan syif malam dari pukul 7 petang hingga 7 pagi, sebelum kemalangan berlaku, SP1 pulang ke rumah untuk makan dan kemudian kembali semula ke tempat kerja. Ketika dalam perjalanan dari arah Kuala Selangor ke Rawang, SP1 menunggang motorsikalnya di laluan utama di Lorong A2-A3 sebelum sebuah lori dengan nombor pendaftaran yang tidak pasti datang dari arah belakang dan memotong serta menghimpitnya. Bagi mengelakkan bahaya, SP1 bergerak ke tepi jalan di Lorong A1-A2 tetapi melanggar salah satu paip besi yang ditinggalkan di tepi jalan tanpa sebarang amaran, pengawasan dan/atau penyelenggaraan menyebabkan kaki kirinya terputus. [14] SP1 telah menunjukkan tempat kemalangan dengan menandakan “x” pada rajah kasar (eksibit P4) dan gambar paip (eksibit P5B) untuk menjelaskan lokasi tempat kejadian.Menurut SP1, berdasarkan gambar-gambar tersebut, hanya terdapat satu paip di tepi jalan yang dibalut dengan material warna putih, berbeza dengan gambar yang menunjukkan batang paip-paip yang lain. Batang paip inilah yang dilanggar oleh SP1 dan telah dialihkan sedikit ke tepi jalan. Kedudukan sebenar adalah seperti gambar “Y” yang ditunjukkan oleh SP1 pada eksibit tersebut. [15] SP2 telah memberi keterangan bahawa pihak polis iaitu IO asal SM Mazlan Bin Ramli yang telah bersara telah menyiasat kes kemalangan ini. SP2 adalah pegawai atasan kepada SM Mazlan pada masa siasatan dijalankan dan beliau menyelia siasatan tersebut, SP2 telah memberi keterangan seperti berikut: Soal Utama S: Adakah terdapat gambar paip besi yang diambil oleh pegawai penyiasat asal? J; ada S: Boleh maklumkan di mukasurat mana? J: ms 61, gambar P5B. S: Berdasarkan siasatan, adakah ada menyiasat bilangan paip besi tersebut? J: Tidak. Tetapi dipercayai lebih daripada satu. S: Mengapa tuan nyatakan dipercayai lebih daripada satu? J: sebab dalam kunci rajah kasar yang dibuat oleh pegawai penyiasat terdapat longgokan besi paip. S: Rujuk semula eksibit P5B di ms 61. Adakah Tuan boleh lihat daripada 1 paip besi dalam gambar tersebut? J: lebih daripada 1 [16] Saksi Defendan iaitu SD1 telah mengesahkan bahawa Syarikat Gas Malaysia (pihak ketiga) adalah satu-satunya pihak yang telah diberikan permit untuk menanam gas-gas di jalan-jalan tersebut sejak Mac 2018 iaitu 4 bulan sebelum kemalangan berlaku. Seterusnya saksi pihak ketiga SPK 1 telah memberi keterangan dan mengesahkan bahawa paip-paip tersebut adalah paip penyuap Syarikat Gas Malaysia yang digunakan untuk kerja-kerja tersebut apabila ditunjukkan gambar P5A dan P5B. Keterangan SPK1 adalah seperti berikut: S: saya cadangkan ini adalah paip-paip besi yang digunakan untuk projek pemasangan gas-gas tersebut? J: saya tidak pasti sebab gambar tidak berapa clear. S: Tetapi Gas Malaysia adalah satu-satunya yang diberikan kebenaran. J: betul S: Jadi betul lah walaupun ini di kilometer 5, tetapi pada 4 bulan yang pertama itu, sekitar Julai memang dah boleh letak besi di kilometer yang ke-5 itu. Betul? J: Betul S: Rujuk gambar P5A dan P5B. Rod besi itulah yang kita panggil penyuap ya. J: Saya tidak pasti. Sebab mengikut planning dia, dia akan letak mengikut area-area yang dia boleh buat kerja dulu lah. So, kalau ikut chain 5 ini memang boleh diletakkan.” [17] Mahkamah ini mendapati pihak Plaintif telah terpaksa untuk menunggang di bahu jalan kerana mengelak dihimpit oleh sebuah kenderaan motorlori adalah satu kecemasan dan ianya bukan satu sumbang cuai atau kecuaian Plaintif seperti yang di dakwa oleh pihak Defendan-defendan. Keterangan pihak polis, SP2 adalah seperti berikut: “Soal Utama S: Adakah terdapat bahu jalan di tempat kejadian? J: Ada S: Secara ringkasnya, apakah fungsi bahu jalan? J; Fungsi bahu jalan adalah pengguna jalan raya boleh berhenti sekiranya berlaku kecemasan. S: Dalam kes ini , adakah penunggang motorsikal memberi maklumat tentang hal kecemasan? J: Ada, iaitu semasa Plaintif melalui jalan itu,dia telah dihimpit oleh sebuah kenderaan dan menyebabkan dia elak ke kiri…” [18] Berdasarkan keterangan-keterangan saksi-saksi diatas dan bukti-bukti dokumentar yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati ianya jelas menunjukkan Plaintif terlibat dengan satu kemalangan jalan raya pada 15.07.2018 yang melibatkan yang melibatkan motorsikal BMN 6337 yang ditunggang oleh Plaintif dengan longgokan paip-paip besi milik pihak Gas Malaysia , pihak ketiga yang diletakkan, ditinggalkan atau dibiarkan tepi jalan tanpa amaran,pengawasan dan/atau penyelenggaran pihak Defendan-defendan. Tanggungjawab dan Kecuaian Defendan-defendan [19] Pihak Defendan-defendan telah berhujah bahawa tuntutan Plaintif ini adalah dihalang oleh peruntukan Seksyen 7 Akta 359. kerana Defendan-Defendan Kedua dan Ketiga tidak pernah mengakui sedang menjalankan apa-apa kerja penyelenggaraan atas jalan tersebut sebelum kemalangan yang diadukan oleh Plaintif berlaku. [20] Para 5 dan para 10 , pembelaan Defendan-defendan telah menyatakan seperti berikut: “5. Defendan kedua dan ketiga menegaskan bahawa Defendan kedua dan tiga tidak mempunyai tanggungjawab untuk menyelenggarakan mana-mana jalan yang telah dikontrakkan untuk diselenggara oleh mana-mana syarikat konsesi yang telah dilantik.” “10. Defendan kedua dan ketiga menegaskan bahawa pada tarikh 15.07.2018 tersebut jalan KM19.7 yang dirujuk sedang terlibat dalam kerja-kerja pemasangan talian paip gas asli oleh Gas Malaysia Berhad(No. Syarikat 240409)(“syarikat Gas tersebut”) sejak 12.03.2018 sehingga 30.09.2020.” [21] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Peguam Plaintif bahawa kerja-kerja pemasangan paip gas asli ini bukan satu kontrak penyenggaraan jalan. Gas Malaysia Berhad telah diberikan permit oleh pihak Defendan kedua (eksibit D7) untuk membuat kerja-kerja pemasangan paip di jalan raya. Namun begitu, pihak Defendan-defendan tidak boleh melepaskan tanggungjawab dan liabiliti setelah memberikan permit (eksibit D7) kepada pihak Ketiga di bawah seksyen 85 Akta Pengangkutan Jalan 1967. Ianya adalah undang-undang mantap bahawa pihak Defendan-defendan mempunyai tanggung jawab statutori untuk menyelenggara jalan raya dan jalan-jalan awam supaya tidak membahayakan pengguna daripada apa-apa bendasing mahupun paip-paip besi gas yang dipasang, Pihak Defendan-defendan mempunyai tanggungwab untuk menyelenggara dan membuat pemeriksaan berkala walaupun tiada aduan. [22] Mahkamah ini merujuk kepada 5 dan 7 Akta Prosiding Kerajaan 1956 seperti berikut:
5
Liability of government in tort Subject to this Act, the Government shall be liable for any wrongful act done or any neglect or default committed by any public officer in the same manner and to the same extent as that in which a principal, being a private person, is liable for any wrongful act done, or any neglect or default committed by his agent, and for the purposes of this section and without prejudice to the generality thereof, any public officer acting or purporting in good faith to be acting in pursuance of a duty imposed by law shall be deemed to be the agent of and to be acting under the instructions of the Government.
7
Savings of acts done in exercise of public duties
1
Notwithstanding any other provisions of this Act to the contrary no proceedings, other than proceedings for breach of contract, shall lie against the Government on account of anything done or omitted to be done or refused to be done by the Government or any public officer in exercise of the public duties of the Government.
2
For the purposes of subsection (1) the expression “exercise of the public duties” includes—
a
the construction, maintenance, diversion and abandonment of railways, roads, bridle-paths or bridges; (b) the construction, maintenance and abandonment of schools, hospitals or other public buildings; (c) the construction, maintenance and abandonment of drainage, flood prevention and reclamation works; and (d) the maintenance, diversion and abandonment of the channels of rivers and waterways.
3
Nothing in this section shall prevent the bringing of any suit for damages or compensation arising out of negligence or trespass in the execution of any works of construction or maintenance undertaken by the Government in the exercise of the said public duties.
4
Nothing in this Act shall subject the Government, in its capacity as a highway authority, to any greater liability than that to which a local authority is subject in that capacity. [23] Bagi menjelaskan apa dan setakat mana tanggungjawab yang dipikul oleh pihak kerajaan yang boleh mencapai maksud “kecuaian” dalam melaksanakan tanggungjawab statutori, Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Raymond Cheah Choon Sing v Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Tengah & Ors [2017] 9 CLJ 543, yang telah memutuskan seperti berikut: “..Bahasa Malaysia Headnotes ..
1
Perkataan 'cuai' ditakrifkan sebagai 'gagal memberi jagaan atau perhatian baik' atau 'gagal membuat sesuatu'. Berdasarkan pembentukan ss. 5 dan 7(3) APK, tanggungan Kerajaan bagi apa-apa kecuaian pegawai awam bawah s. 5 mesti dibaca bersekali dengan s. 7(3) yang memperuntukkan bagi pengemukaan tindakan ganti rugi yang timbul daripada kecuaian.
2
(2)Seksyen 7 APK jelas dalam menyatakan penyenggaraan jalan-jalan awam adalah tanggungjawab awam defendan-defendan. Oleh itu, defendan-defendan memikul tanggungjawab awam menyenggara jalan awam tersebut berdasarkan makna s. 7(2) APK. Satu tanggungjawab awam yang dikenakan terhadap defendan-defendan bawah APK bersifat tanggungjawab statutori. Tanggungjawab statutori ditakrifkan sebagai apa-apa tanggungjawab yang dikenakan oleh undang-undang bertulis. Dalam erti kata lain, penyenggaraan jalan-jalan awam adalah tanggungjawab statutori defendan-defendan.
3
(3)Akta Prosiding Kerajaan 1956 tidak mentakrifkan maksud perkataan 'maintenance'. Tindakan plaintif terhadap defendan-defendan adalah bagi kecuaian dan bukan pelanggaran kontrak. Defendan-defendan tidak boleh bersandar pada s. 7(1) untuk menghujahkan bahawa tiada apa-apa prosiding yang boleh dikenakan terhadap mereka bagi tindakan atau ketinggalan dalam menjalankan tanggungjawab awam mereka. Bacaan biasa s. 7(2) APK jelas menunjukkan perkataan-perkataan 'construction' dan 'maintenance' dalam frasa 'in the execution of any works of construction or maintenance' adalah penyarak. Perkataan 'or' jelas menggariskan dan membezakan ekspresi 'works of construction' dengan 'maintenance'.
4
Penyenggaraan jalan-jalan awam agar berada dalam keadaan baik adalah untuk memastikan jalan-jalan awam tidak membahayakan pengguna-pengguna jalan. Tanpa mengambil kira pengetahuan defendan-defendan tentang kewujudan lubang-lubang dalam tersebut, defendan gagal memperbaiki lubang-lubang dalam tersebut dengan segera dan membiarkan jalan awam dalam keadaan tidak dibaiki. Defendan-defendan wajib membuat pemeriksaan kerap dan membaiki lubang-lubang dalam dengan segera dan tepat pada waktunya untuk mengurangkan risiko bahaya kepada pengguna-pengguna jalan. Oleh itu, defendan-defendan, dalam kegagalan menyenggara jalan awam yang dipertikaikan, gagal melepaskan tanggungjawab statutori mereka bawah s. 7(2) APK.
5
Pesuruhjaya Kehakiman terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam memutuskan (i) plaintif gagal membuktikan defendan-defendan cuai dalam ruang lingkup s. 7(3) APK; dan (ii) defendan-defendan terlindung bawah s. 7(1) APK bagi apa-apa ketinggalan atau keengganan menyenggara jalan yang rosak akibat dua lubang dalam tersebut. Bahagian dapatan PK bahawa motosikal plaintif jatuh ke dalam lubang-lubang dalam tersebut disahkan. Walau bagaimanapun, bahagian keputusan PK yang menolak tuntutan tersebut atas alasan kecuaian bawah s. 7(3) APK gagal dibuktikan diketepikan..” [24] Seterusnya, dalam kes yang sama, Mahkamah Rayuan telah memutuskan: “17]Section 7 of the GPA 1956 makes it clear that the maintenance of public roads is one of the public duties of the defendants. As it is not disputed that the road in question is under the care and maintenance of the defendants, it follows that the defendants are under a public duty to maintain the public road in question within the meaning of sub-s. 7(2) of the GPA 1956. A public duty which is imposed upon the defendants under the GPA 1956 is in the nature of statutory duty; a statutory duty is defined as any duty imposed by any written law (sub-s. 2(2) of the GPA 1956 ). In other words, the maintenance of public roads is the defendants' statutory duty. .. [22] Maintenance has been defined as the act of maintaining something (Oxford Advanced Learner's Dictionary ); the act of maintaining, the state of being maintained, the upkeep of property or equipment (Merriam Webster's Collegiate Dictionary, 10th edn); the process of maintaining or the state of being maintained (Concise Oxford English Dictionary, 11th edn, Revised 2008). It appears that maintenance is not a static but it is an active and on-going process of maintaining something. [23] In the context of the present case, the maintenance of public roads includes the act of maintaining ie, the act of keeping the public roads in good repair and condition by conducting regular inspections and necessary repairs. It goes without saying that keeping public roads in good repair and condition also goes toward ensuring that the public roads do not pose any danger to road users. Indeed, under the GPA 1956 it is the defendants' statutory duty to construct and maintain public roads which are intended for the use of the general public. Accordingly, the maintenance of public roads includes the regular inspection of public roads and the act of carrying out timeous and prompt repair and maintenance works to keep the public roads in good repair and condition. It follows that where as in this case, notwithstanding the defendants' knowledge of the existence of the potholes, the defendants failed to promptly repair the potholes and thereby left the public road in a state of disrepair. Of particular significance is the defendants' stated position that the public road in question is a busy thoroughfare used by heavy vehicles including lorries, buses and prime movers. Given the defendants' stand, it is incumbent upon the defendants to conduct regular inspections and effect timeous and prompt repair to the potholes to reduce the risk of danger to road users. As such, the defendants in failing to maintain the public road in question have failed to discharge their statutory duty under sub-s. 7(2) of the GPA 1956. [25] Berdasarkan kes otoriti diatas, ianya jelas menunjukkan pihak Defendan-defendan mempunyai tanggungjawab statutori untuk menyelenggara jalan-jalan raya awam supaya tidak membahayakan pengguna. Pihak Defendan-defendan mempunyai tanggungjawab untuk membuat pemeriksaan berkala walaupun tiada aduan. Penyelengaraan ini termasuklah kepada membuang apa-apa bendasing atau menutup lubang yang membahayakan pengguna mahupun paip gas yang dipasang. [26] Saksi pihak ketiga telah memgakui semasa perbicaraan bahawa longgoan paip-paip besi telah diletakkan di bahu jalan tanpa sebarang pemantuan daripada kakitangan pihak ketiga dan juga Defendan-defendan . Gambar-gambar di dalam eksibit-eksibit P5A dan P5B (mukasurat 61, ikatan B), adalah jelas menunjukkan bahawa longgokan paip-paip besi tersebut diletakkan di bahu jalan . Tiada apa-apa keterangan mahupun dokumen daripada pihak Defendan-defendan dikemukakan bahawa kakitangannya telah menjalankan pemantuan di kawasan paip-paip besi yang dipasang dan/atau dilonggokan. Selain itu,tiada tanda amaran atau bahaya juga diletakkan di kawasan tersebut. Keterangan saksi pihak ketiga SPK1 adalah seperti berikut: “S: Dan besi-besi longgokan tersebut diletakkan dalam kawasan jalan maksudnya bukan di luar divider. Betul? J: mengikut gambar A, betul. .. S: Waktu bekerja di projek ini dari pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang sahaja. J: Betul S: Kemudian, selepas tamat tempoh bekerja tamat, semua staff akan balik. J: Betul. S: Memandangkan encik setuju jalan ini jalan yang sempit dan utama. Saya cadangkan adalah selamat jika kita pastikan ada staff yang menjaga paip-paip besi tersebut pada waktu malam. J; tidak pasti S: Encik juga tidak pernah menerima notis daripada pihak JKR tentang ketiadaan staff-staff menjaga tapak di luar waktu operasi, betul? J : tidak pasti S: Kamu tahu meletakkan objek di bahu jalan adalah suatu yang membahayakan pengguna-pengguna jalan raya. J; betul [27] Ianya adalah undang-undang mantap bahawa pihak Defendan-defendan mempunyai tanggungjawab untuk memberikan notis kepada mana-mana pihak yang dilantik untuk antara lain mengalihkan kemungkinan bahaya kepada lalulintas. Keterangan SP2 (IO) seperti berikut: “S: Tuan, dalam kes ini terdapat sedikit percanggahan tentang siapa yang bertanggungjawab pada besi tersebut. Cuma sebagai seorang pegawai penguatkuasa, boleh Tuan maklumkan kepada Mahkamah, apakah tanggungjawab bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab berkenaan objek yang diletakkan di jalan termasuk bahu jalan? J: Untuk kes ini, sepatutnya orang yang membuat jalan ataupun meninggalkan binaan seperti ini sepatutnya meletakkan satu papan tanda sekurang-kurangnya 50 meter daripada batang besi paip itu. S: Papan tanda apa? J: Papan tanda “Awas” ataupun “Jalan Sedang Dibaiki”. Keterangan saksi Defendan-defendan SD1 adalah seperti berikut: S: Kamu juga tahu subseksyen 2, seksyen 85 , memperuntukkan pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab untuk memberikan notis kepada mana-mana pihak yang dilantik untuk antara lain mengalihkan kemungkinan bahaya kepada lalulintas. J: tidak pasti S: Adakah kamu tahu antara tanggungjawab Kerajaan Negeri adalah untuk menyelenggara jalan? J: tahu .. S: Jadi, kamu katakan, jawapan kamu dibaris 8 dan 9, menyelia, memantau, penyelenggaraan secara berkala oleh pihak konsesi, tidak benar. J: Kita tidak membuat penyelenggaraan. Kita hanya menyelia dan memantau. Penyelenggaraan dilaksanakan oleh pihak konsesi. JKR hanya memantau. S: Jadi kamu sahkan, ya. Kamu masih walaupun sudah melantik konsesi masih ada tanggungjawab untuk memantau penyelenggaraan jalan.Betul? J: Betul..” [28] Keterangan saksi-saksi diatas termasuk saksi Defendan-defendan (SD1) sendiri mengakui bahawa pihak JKR (Defendan kedua) masih mempunyai tanggungjawab untuk memantau penyelenggaraan jalan walaupun permit (eksibit D7) telah diberikan kepada pihak ketiga, Gas Malaysia Berhad untuk memasang paip-paip gas tersebut. Memandangkan tiada tanda amaran diletakkan, tiada kakitangan yang memantau paip-paip gas tersebut selepas waktu bekerja, tiada sebarang rekod atau dokumen penyelenggaraan dikemukakan bahawa penyelenggaraan paip-paip di kawasan jalan tempat kejadian telah dibuat mahupun notis kepada pihak ketiga dikemukakan oleh pihak Defendan kedua bahawa longgokan paip-paip besi mewujudkan bahaya kepada pengguna jalan raya di jalan tersebut, kegagalan atau tinggalan (“omission”) ini adalah satu kecuaian oleh pihak Defendan-defendan dalam menjalankan kewajipan statutorinya di bawah seksyen 7(2) Akta Prosiding Kerajaan 1956. [29] Pihak Defendan-defendan dan pihak ketiga telah membangkitkan isu Plaintif menyumbang cuai dalam kemalangan ini kerana Plaintif telah memasuki bahu jalan semasa mengelak daripada dihimpit oleh sebuah motorlori. Namun begitu, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa bahu jalan adalah sebahagian daripada jalan. Plaintif berhak menggunakan bahu jalan sekiranya terdapat kecemasan atau bahaya semasa menggunakan lorong utama. Keterangan Plaintif ini tidak disangkal oleh mana-mana saksi atau bukti dokumen pihak Defendan-defendan atau pihak ketiga yang membuktikan bahawa Plaintif telah dengan sengaja dan cuai menunggang di bahu jalan tanpa kecemasan.Oleh yang demikian, tiada sumbang cuai daripada pihak Plaintif dalam kemalangan yang menimpanya. (Kes Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Ali & Anor v Thigayu Rajagopal [2014] 10 CLJ 133 adalah dirujuk). [30] Berikutan daripada kecuaian pihak Defendan-defendan menyelenggara dan mengawal selia tempat kejadian yang mengandungi paip-paip besi yang membahayakan pengguna-pengguna jalan raya tersebut seperti yang dinyatakan di perenggan 28 diatas, pihak Defendan-defendan adalah bertanggungjawab terhadap kecederaan yang dialami oleh Plaintif akibat daripada kemalangan tersebut.Oleh yang demikian, pihak Defendan-defendan adalah bertanggungan liabiliti sebanyak 100% terhadap Plaintif. [31] Isu seterusnya seperti berikut:
III
(iii) Samada tanggungjawab pihak Defendan-defendan tersebut tidak boleh diwakilkan (“non-delegable duty”) ? [32] Pihak Plaintif telah berhujah bahawa pihak Defendan-defendan yang mempunyai tanggungjawab statutori telah gagal dan cuai dalam menyelenggara jalan-jalan awam seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 dan tanggungjawab tersebut adalah tidak boleh diwakilkan (“non-delegable duty”).Kesalahan tersebut hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Pihak Defendan-defendan dan bukan mana-mana kontraktor atau pihak ketiga yang dilantik. [33] Pihak Defendan-defendan telah berhujah bahawa pihak Defendan-defendan tidak bertanggungan terhadap kecederaan Plaintif kerana paip-paip besi tersebut adalah milik pihak ketiga iaitu pihak Gas Malaysia Berhad yang telah diberikan permit.Pihak ketiga sepatutnya mengawal selia paip-paip gas di kawasan kejadian. Pihak Defendan-defendan juga telah mengambil tindakan pihak ketiga (lampiran 72) tanggung rugi Defendan-defendan di bawah Aturan 16 Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. [34] Seterusnya, pihak Ketiga telah berhujah bahawa pihak ketiga telah melantik syarikat Fussionspace Solutions Sdn Bhd (“FSSB”) melalui satu surat award bertarikh 18.04.2017 sebagai kontraktornya untuk memasang paip-paip besi di jalan-jalan raya bagi Projek tersebut yang melibatkan lebih kurang 8.5 km di sepanjang jalan Kuala Selangor-Rawang termasuk tempat kejadian. [35] Menurut pihak Ketiga,pada sekitar 12.03.2018, 27.08.2018, 29.03.2019,
11
11.11.2019 dan 1.06.2020 , permit-permit kerja pemasangan paip-paip besi tersebut telah dikeluarkan ke atas nama pihak ketiga dan dipohon oleh FSSB, namun pihak FSSB adalah kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pemasangan tersebut.Pihak Ketiga hanya memantau projek tersebut dan tidak terlibat dalam kerja-kerja perlaksaaannya. [36] Seterusnya,pada 17.08.2022, projek tersebut telah ditamatkan oleh pihak ketiga kerana prestasi FSSB adalah tidak memuaskan.Tiada aduan daripada pihak Defendan-defendan bahawa pihak ketiga dan/atau FSSB telah cuai dalam melaksanakan kerja-kerja pemasangan paip-paip tersebut. Sekiranya Mahkamah mendapati terdapat kecuaian, pihak ketiga berhujah liabiliti sepatutnya diletakkan kepada pihak Defendan-defendan yang mempunyai tanggungjawab untuk memastikan jalan raya adalah selamat untuk digunakan oleh pengguna-pengguna jalan raya. Dapatan Mahkamah Non-delegable duty [37] Prinsip kewajipan berjaga-jaga tidak boleh diwakilkan atau “non-delegable duty” adalah tort dalam common law, iaitu pada prinsipnya, defendan yang mewakilkan pelaksanaan kewajipan asasnya pada kontraktor bebas, akan sentiasa dipertanggungjawabkan atas kecuaian kontraktor bebas. Ini mengenakan kewajipan peribadi atas defendan untuk pelaksanaan secara berhati-hati kerja-kerja integral yang diwakilkan pada orang lain. Itu adalah terma yang digunakan untuk menunjukkan kewajipan yang tidak boleh dilepaskan dengan mengamanahkan pelaksanaannya pada kontraktor bebas. (rujuk kes Mahkamah Persekutuan Hemraj & Co. Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd [2023] 1 CLJ 651 dan Siow Ching Yee (Menyaman Melalui Isteri dan Wakil Litigasinya, Chau Wai Kin) v Columbia Asia Sdn Bhd [2024] 4 CLJ 173). [38] Prinsip kewajipan berjaga-jaga tidak boleh diwakilkan atau “non-delegable duty” ini telah di gariskan dalam kes Mahkamah Agung United Kingdom Woodland v. Essex County Council [2013] UKSC 66 yang telah diterima pemakaian dan rujukannya di Malaysia di dalam kes Mahkamah Persekutuan Dr Kok Choong Seng & Anor and Dr Hari Krishnan & Anor v. Megat Noor Ishak Megat Ibrahim & Anor And Another Appeal [2018] 3 CLJ 427; [39] Di dalam kes Woodland v. Essex County Council [2013] UKSC 66 (supra) , Lord Sumption telah menggariskan kerja rangka (“framework”) dua kaetgori kes dimana kewajipan tidak boleh diwakilkan dikenakan (“non-delegable duty is imposed”): “ (i) where the defendant employs an independent contractor to perform some work which is either inherently hazardous or extraordinarily hazardous or liable to become so in the course of his work. In such situation the duty of care cannot be delegated to the independent contractor and the principal will remain liable throughout; or
II
(ii) where there exist special relationships between the principal and the victim such that the principal is not permitted to delegate his tortious liability to an independent contractor..” [40] Intipati kategori pertama yang digariskan dalam Woodlands, merujuk pada aktiviti-aktiviti yang berbahaya secara luar biasa, tanpa mengira di mana aktiviti itu dijalankan. Woodlands tidak membentuk kelas baharu dalam kategori pertama, tetapi semata-mata menjelaskan dan memberi contoh perkembangan tort dalam kes-kes terdahulu yang berkaitan dengan pembentukan bahaya di kawasan awam, yang boleh menjadi kacau ganggu awam. Kewajipan berjaga-jaga tidak boleh diwakilkan tersebut hanya boleh diguna pakai dalam hal keadaan terhad dan tertentu kerana doktrin tersebut mengenakan kewajipan ketat dan dalam banyak keadaan, itu akan menjadi tidak realistik dan hampir mustahil untuk orang yang menanggung kewajipan itu memenuhi kewajipan yang dipersoalkan. Keadaan semasa adalah untuk menghapuskan pengkategorian apa yang dikatakan amat berbahaya, yang dianggap pengkategorian sembarangan tetapi untuk membuat penilaian aktiviti dan sama ada terdapat langkah pencegahan yang ada untuk mengalihkan atau mengurangkan bahaya.(rujuk kes Mahkamah Persekutuan Hemraj & Co. Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd [2023] (Supra). [41] Bagi intipati kategori kedua pula, hubungan istimewa bawah kategori kedua, mahkamah selanjutnya perlu mempertimbangkan sama ada adil dan munasabah untuk mengenakan kewajipan berjaga-jaga tidak boleh diwakilkan dalam keadaan tertentu, mengambil kira pertimbangan polisi. .(rujuk kes Mahkamah Persekutuan Hemraj & Co. Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd [2023] (Supra). [42] Di dalam kes Mahkamah Persekutuan Hemraj & Co. Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd [2023] (Supra), Plaintif, Tenaga Nasional Berhad ('TNB'), telah menuntut kos dan perbelanjaan yang ditanggung untuk pembaikan dan penggantian kecemasan kabel-kabel bawah tanahnya, yang rosak akibat kerja-kerja penggalian yang dilakukan oleh kontraktor pihak ketiga, diupah oleh defendan pertama ('perayu') dan defendan kedua, di hadapan rumah milik defendan-defendan. Kerja-kerja penggalian itu adalah untuk menyambung tangki najis rumah itu dengan sistem pembetungan awam utama. TNB menyatakan bahawa semenjak defendan-defendan melantik pihak-pihak ketiga sebagai perunding-perunding dan kontraktor-kontraktor untuk penggalian tersebut, defendan-defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga tidak boleh diwakilkan terhadap TNB. Berikutan itu, TNB menyatakan bahawa defendan-defendan bertanggungan terhadap kecuaian perunding-perunding/kontraktor-kontraktor lantikan mereka. Defendan-defendan memulakan prosiding pihak ketiga untuk indemniti terhadap perunding-perunding dan kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh mereka. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “(5) The activity of excavation works in this case could not reasonably be said to be extraordinarily hazardous. There was no evidence that there was a particular risk from the renovation works that remained substantial even if the renovation works were done properly. Excavation works carried out by the independent contractors were routine residential construction works carried out by a homeowner through its independent contractors and could not be described as extraordinarily hazardous activity, whereby the homeowner owes a non-delegable duty of care to a public utility company, namely TNB, for the negligence of those independent contractors..” Bahasa Melayu Headnotes
5
Aktiviti kerja-kerja penggalian dalam kes ini tidak boleh secara munasabah dikatakan membahayakan secara luar biasa. Tiada keterangan bahawa terdapat risiko tertentu daripada kerja-kerja pengubahsuaian yang masih banyak walaupun kerja-kerja pengubahsuaian itu dibuat sewajarnya. Kerja-kerja penggalian yang dibuat oleh kontraktor-kontraktor bebas adalah kerja-kerja pembinaan rutin di kawasan perumahan oleh pemilik rumah melalui kontraktor-kontraktor bebas dan tidak boleh dinyatakan sebagai aktiviti yang membahayakan secara luar biasa, di mana pemilik rumah mempunyai kewajipan berjaga-jaga tidak boleh diwakilkan terhadap syarikat utiliti awam, iaitu TNB, atas kecuaian kontraktor-kontraktor bebas tersebut. [43] Berdasarkan kes Mahkamah Persekutuan Hemraj & Co. Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd [2023] (Supra) diatas, Mahkamah ini mendapati tiada kewajipan berjaga-jaga tidak boleh diwakilkan terhadap pihak ketiga, Gas Malaysia yang merupakan kontraktor bebas yang telah diberikan permit oleh pihak Defendan kedua untuk memasang paip-paip besi di kawasan kejadian. Aktiviti kerja-kerja pemasangan paip-paip besi adalah kerja-kerja pembinaan rutin seperti kerja-kerja pemasangan utiliti lain di jalan raya yang diberi permit oleh pihak Defendan-defendan kepada syarikat-syarikat utiliti lain. Ianya tidak boleh dinyatakan sebagai aktiviti yang membahayakan secara luar biasa, di mana pihak Defendan-defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga tidak boleh diwakilkan terhadap syarikat utiliti awam seperti pihak Ketiga. Oleh yang demikian, tiada prinsip kewajipan berhati-hati tidak diwakilkan (“non-delegable duty”) boleh dikenakan (“imposed”) kepada pihak Defendan-defendan terhadap Plaintif. [44] Seterusnya isu berikut di bawah: (iv ) Samada Pihak ketiga yang telah diberikan permit oleh JKR untuk menanam gas-gas tersebut di jalan raya adalah bertanggungan terhadap liabiliti Defendan-defendan? [45] Pihak Defendan-defendan telah berhujah bahawa pihak ketiga tidak pernah menafikan paip-paip besi adalah milik pihak ketiga. Paip-paip besi tersebut juga adalah dalam kawalan dan seliaan pihak ketiga. Selain itu di dalam dokumen-dokumen permit eksibit D7 dan borang permohonan (eksibit D9, mukasurat 3, ikatan F) , pihak ketiga telah mengakui bertanggungan terhadap kerugian mana-mana pihak akibat daripada kerja-kerja yang dilaksanakan seperti berikut: “..5. Saya/kami secara bersama-sama dan berasingan dengan Jurutera professional, bertanggungjawab ke atas keselamatan orang ramai, kerosakan harta benda dan lain-lain “third party liabilities” akivat daripada kerja-kerja yang dipohon dan juga bersetuju melepaskan pihak JKR dari pihak ketiga , apa-apa jua tuntutan , prosiding, kerugian, kerosakan, pampasan, kos dan tindakan mahkamah..” [46] Pihak ketiga telah berhujah balas bahawa pihak ketiga tidak terlibat dengan kerja-kerja pemasangan paip-paip tersebut kerana telah melantik kontraktornya syarikat FSSB dan tiada aduan pernah dibuat oleh pihak Defendan-defendan. Dapatan Mahkamah Liabiliti pihak ketiga [47] Mahkamah ini mendapati pihak Ketiga telah mengakui dalam pembelaannya para 4 bahawa pihak Ketiga terlibat dalam projek pemasangan paip-paip besi sepanjang 8.5 km di jalan Rawang-Kuala Selangor dan telah melantik kontraktor syarikat FSSB untuk melaksanakan kerja-kerja pemasangan tersebut. [48] Seterusnya, Mahkamah ini telah meneliti keterangan soal balas saksi pihak ketiga iaitu SPK1 oleh Peguam Defendan-defendan seperti berikut: Soal balas SPK1 “S: Berdasarkan permit ini, ada dinyatakan tak bahagian kilometer yang ke berapa yang terlibat dengan pemasangan gas atau pun berapa jarak kilometer yang terlibat. Adakah the whole jalan atau sebahagian jalan. Ada dmaklumkan dalam permit ke skop kerja ke. J: Kalau dalam permit ini sepanjang jalan tersebut. Kalau location KM 18.7 ini, tak sama dengan drawing kerja kita orang lah.Kalau ikut km 18.7 ini dalam drawing kita itu saya anggarkan rantaian 5000. Mahkamah: 5000 itu maksudnya apa? J: Daripada take off point sayalah. Take off itu maksudnya tempat pemgorekan permulaan sehingga ke sinus 5000.Maksudnya 5 kilometer daripada tempat permulaan ke lokasi kemalangan. Mahkamah: ke lokasi kemalangan itu, adakah maksudnya daripada tempat pengorekan itu sampai ke lokasi kemalangan ke ataupun sampai ke lokasi kemalangan itu maksudnya apa. Ataupun ia melepasi. J: maksudnya di tengah-tengah lah. Mahkamah: kemalangan itu ditengah-tengah lah. J: Ya, ditengah-tengah Mahkamah: Ia berada di rantaian itu. J: Ya, betul, Mahkamah: ok, jadi lokasi kemalangan adalah berada dalam rantaian. S: Tadi encik cakap pasal lokasi. Bagaimana encik sahkan lokasi itu dekat mana. Berdasarkan yang mana? J: Berdasarkan 18.7 ini dalam repot polis. S: Jadi, km 18.7 ini termasuk dalam rangkaian kerja-kerja pemasangan gas. Betul? J: Ya, betul. S: Lebih kurang berapa kilometer. J: Keseluruhan projek itu 8.5 km jadi 18.7 ini adalah anggaran rantaian 500 iaitu 5 km dari tempat permulaan pengorekan saya. S: Tadi, encik cakap antara kerja-kerja adalah pengorekan. Adakah meletakkan paip-paip di tepi jalan juga skop kerja. J: Ya, betul. S: Adakah pihak JKR memaklumkan atau dimaklumkan berapa jarak paip itu dengan lauan jalan untuk diketakkan? J: Kita maklumkan pada dia masa site visit atau keluasan road shoulder. So, itu adalah bacaan anggaran point yang dibenarkan. Sebab bila kita tengok road shoulder itu agak sempit, so tempat letak paip itu kena ke bahu jalan sedikit. .. S: Setuju dengan saya, tanpa permohonan ini dihantar, tiada permit akan dikeluarkan. Betul? J: Betul. S: Encik Eddie, boleh tak juga sahkan bahawa antara perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab pihak Gas Malaysia Berhad adalah dinyatakan dalam perenggan D ini. Rujuk m/s 3, Ikatan F. Terutama sekali di D5. J: Ya S: Setuju, dalam permohonan ini ada terdapat perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab kepada pihak Gas Malaysia Berhad. Betul? J: Ya, Betul. S: Termasuklah di D5 ini dimana dinyatakan saya atau kami secara bersama-sama dan berasaingan dengan jurutera professional bertanggungjawab ke atas keselamatan orang ramai, kerosakan harta benda dan lain-lain third party liability akibat daripada kerja-kerja yang dipohon. Boleh sahkan? J: Ya, betul. S; Jadi, setuju dengan saya, memandangkan adanya tanggungjawab begini, maka sebab itulah pihak encik perlu memastikan kerja-kerja dijalankan dengan berhati-hati. Betul tak? J: Betul. .. S: Rujuk soalan dan jawapan no,14.Projek tersebut telah ditamatkan oleh Gas Malaysia Berhad pada atau sekitar 17.08.2022 kerana prestasi FSSB tidak memuaskan. J: Ya, betul. .. S: Ini adalah antara kerja-kerja yang diberikan kepada FSSB untuk dilaksanakan.Betul? J; Betul. .. S: Berapa lama tempoh projek ini dilaksanakan? J: Sepatutnya 2017, 4 tahun. Tapi disebabkan prestasinya kurang memuaskan dan sehingga 17.08.2022 itu, kerja-kerja masih dijalankan. Projek tersebut telah ditamatkan oleh Gas Malaysia sekitar 17.08.2022. Pipeline itu jadi abandon. Tak Terpakai lagi, Kita dah bawa keluar maksudnya paip yang telah sedia ada ditanam dibiarkan dekat dalam itu. Yang paip-paip tepi jalan telah diambil keluar. 4 km dibiarkan dan baki yang ada belum ditanam kita bawa ke projek lain. S: Setuju dengan saya, matlamat projek ini tidak tercapailah. J: Tak tercapai. S: Adakah apa-apa tindakan undang-undang yang dibawa oleh Gas Malaysia terhadap FSSB? J: saya tidak pasti..” [49] Seterusnya, keterangan soal balas saksi SPK1 oleh Peguam Plaintif adalah seperti berikut: Soal balas SPK1: “S: Kalau ikut gambar A, kalau encik ;ihat gambar A, diatas itu boleh encik lihat itu adalah pekan Batang Berjuntai. Boleh nampak? J; Ya, boleh nampak. S: Cuma dalam gambar B, encik boleh nampak hanya satu sahaja besi paip yang ditutup dengan satu kain putih. Betul? J: Betul. S: Yang longgokan dibelakangnya semuanya tidak ditutup. Betul? J; Betul. S: Tarikh cetak gambar pada tahun 2018. Saya cadangkan, ini adalah keadaanjalan pada sekitar tahun 2018. Setuju? J: Ya, setuju S: Bererti tidak ada apa-apa papan tanda di belakang paip-paip besi yang ditunjukkan dalam gambar A dan B. Betul? J; Ya, betul. S: Disebabkan kemalangan ini dikatakan pada bulan Julai 2018.Lebih kurang 4 bulan daripada projek ini dimulakan. Jadi, pada sekitar Julai 2018 tersebut, penumpuan pekerja-pekerja adalah pada titik awal projek ini bermula. Sebab baru sahaja 4 bulan bermula, kan. Masih tidak sampai 1 km lagi. Jadi, soalan saya, penumpuan pekerja-pekerja ini adalah kepada kilometer yang awal tersebut. Betul? J: Ya, betul. .. S: Encik tahu, pertama sekali bila dapat projek ini, kita akan letak dahulu paip-paip besi di jalan yang terlibat. J: Ya , betul. .. S: Pada sekitar bulan Julai 2018, tidak ada staff-staff yang ditempatkan di kilometer yang belum lagi projek itu dimulakan. Betul? J: Betul. .. S: Di km 19.7 ini di seksyen yang ke berapa? J: kalau ikutkan 5 kilometer. .. S: Jadi, betullah, walaupun ini di kilometer ke-5, tapi pada 4 bulan yang pertama itu, sekitar Julai, memang dah boleh letak besi di kilometer yang ke-5 itu. Betul? J; Saya tidak pasti. Sebab mengikut planning dia, dia akan letak mengikut area-area yang dia boleh kerja dululah. So, kalau ikur chain 5 ini, memang boleh diletakkan. .. S: Waktu bekerja projek ini dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.30 petang sahaja. J:Betul S: Kemudian, selepas tamat tempoh bekerja, semua staff akan balik. J: Betul. S: Tidak ada staff yang ditempatkan di tapak. J: Tiada. Tapi satu inspection akan dibuat oleh pihak kontraktor. S: Tapi sahkan memang tiada staff specific berada di tempat itu pada waktu di luar operasi. J: saya tidak pasti. S: Encik adalah pengurus site. J: Kalau ikutkan selepas 5.30 petang, memang dah tak ada. Tiada. S: Memandangkan jalan ini sempit dan jalan utama, Saya cadangkan, adalah lebih selamat jika kita pastikan ada staff yang menjaga paip-paip tersebut pada waktu malam. J: Tidak pasti…” [50] Berdasarkan keterangan saksi pihak ketiga SPK1, ianya jelas menunjukkan bahawa permit (eksibit D7) untuk pemasangan paip-paip besi di tempat kejadian telah diberikan kepada pihak ketiga dan pihak ketiga telah melantik kontraktornya FSSB (eksibit PK11 (“letter of award” bertarikh 18.04.2017) untuk melaksanakannya. Projek ini merupakan projek sakit yang mana terdapat paip-paip besi yang ditanam dan ada baki yang ada belum ditanam. Matlamat projek juga tidak tercapai dan perkhidmatan FSSB telah ditamatkan kerana tidak memuaskan. Setersunya, SPK1 telah mengakui bahawa penumpuan projek telah dilakukan pada tahun 2018 kepada kilometer awal dan pada masa yang sama paip-paip besi telah diletakkan di tempat-tempat yang belum dimulakan pemasangannya. SPK1 juga mengakui apabila dirujuk gambar P5 B ,bahawa bahawa terdapat paip-paip tersebut yang dibiarkan tidak ditutup dan melalui gambar P5 A & B, tiada sebarang tanda di belakang paip-paip besi diletakkan. [51] Selain itu, waktu bekerja projek ini adalah bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang dan selepas tamat tempoh bekerja, kesemua staf akan balik dan tiada staf akan mengawasi tempat tersebut. Kejadian kemalangan berlaku pada 15.07.2018 jam 2.10 pagi dan adalah gelap.Mahkamah mendapati, pihak ketiga telah gagal untuk menutup paip-paip besi dan longgokan paip-paip besi telah dibiarkan terdedah tanpa sebarang papan tanda amaran dan kakitangan yang menyelia selepas tempoh bekerja tamat jam 5.30 petang jelas menunjukkan pihak ketiga telah cuai dalam melaksanakan tugas dan kewajipannya seperti yang telah digariskan dalam permit yang diberikan (eksibit D7).Borang permohonan permit (eksibit D9), mukasurat 3, ikatan F, pihak ketiga telah bersetuju dengan syarat-syarat di perenggan 5, antara lainnya, bertanggungjawab ke atas keselamatan orang ramai, kerosakan harta benda,dan lain-lain “third party liabilities” akibat daripada kerja-kerja yang dipohon dan juga bersetuju melepaskan pihak JKR (Defendan kedua) dari pihak ketiga, apa-apa tuntutan, prosiding, kerugian, pampasan,kos dan tindakan Mahkamah yang dialami oleh pihak JKR. [52] Memandangkan pihak Ketiga telah bersetuju dalam borang permohonan mendapatkan permit (reksibit D9) untuk menanggung rugi kerugian pihak Defendan kedua dan memandangkan kecuaian-kecuaian pihak ketiga yang dinyatakan diatas telah mewujudkan keadaan bahaya kepada pengguna jalan raya termasuk Plaintif yang telah mengalami kemalangan dan cedera sehingga menyebabkan kekudungan kaki apabila terlanggar longgokan paip-paip besi yang sepatutnya berada di bawah kawal seliaan dan pengawasan pihak ketiga Oleh itu, pihak ketiga adalah bertanggungan 100 % terhadap liabiliti yang ditanggung oleh pihak Defendan-defendan. [53] Alasan pihak Ketiga bahawa tiada liabiliti boleh dikenakan terhadap pihak ketiga kerana tidak menerima sebarang aduan daripada pihak Defendan-defendan adalah tidak munasabah. Tanggungjawab berhati-hati pihak Ketiga adalah dipikul sepanjang melaksanakan kerja-kerja pemasangan paip-paip besi seperti yang dibenarkan oleh permit (eksibit D7) tanpa aduan daripada pihak Defendan-defendan. Selain itu,hujahan pihak ketiga bahawa tiada liabiliti boleh dikenakan terhadap pihak ketiga kerana telah melantik kontraktornya FSSB untuk melaksanakan juga adalah tidak boleh diterima. Sekiranya benar, pihak ketiga sepatutnya memfailkan tuntutan ganti rugi prosiding pihak keempat terhadap FSSB di bawah Atruran 16 Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Memandangkan pihak ketiga telah gagal berbuat demikian, ianya adalah wajar pihak ketiga bertanggungan 100 % terhadap liabiliti pihak Defendan-defendan. D) KUANTUM [54] Dalam memberikan award ini, Mahkamah telah menjadikan kes duluan dan juga Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 sebagai panduan. Pihak-pihak telah bersetuju kesemua laporan perubatan dan laporan pakar adalah dipersetujui tertakluk kepada hujahan seperti berikut:
i
Laporan perubatan dari Jabatan Ortopedik, Hospital Sungai Buloh bertarikh 10.01.2019 (eksibit P13);
II
(ii) Laporan perubatan dari Jabatan Kecemasan & Trauma , Hospital Sungai Buloh bertarikh 15.01.2019 (eksibit P14);
III
(iii) Laporan pakar ortotik dari Pusat Anggota Tiruan Central Sdn Bhd bertarikh 27.12.2020 (eksibit P15) yang disediakan oleh CPO Santosh Kumar Prasad.
IV
(iv) Laporan pakar perubatan ortopedik dari Manu Ortopedik & Trauma Clinic bertarikh 14.01.2019 (eksibit P16) yang disediakan oleh Dr. Mohd Noor Manukaran. [55] Kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif dalam kemalangan telah diperihalkan dalam laporan-laporan perubatan dan pakar seperti berikut: .(i) Loss of Conciousness
II
(ii) Fracture of distal third of the left femur with implants in-situ;
III
(iii) Fracture of distal of the left patella;
IV
(iv) Fracture of posterior cruciate ligament (“PCL”) avulsion;
v
Traumatic left below knee amputation (left tibia fracture with mangled left foot);
VI
(vi) Multiple scars over the left hip , thigh, knee stump and frontal scalp;
VII
(vii) Muscle wasting over the left thigh and calf. [56] Bagi kuantum, hanya Peguam Plaintif telah memfailkan hujahan bertulis , pihak Defendan-defendan tidak berhujah berkenaan kuantum kecuali berkenaan kehilangan pendapatan dan pihak ketiga langsung tidak berhujah berkenaan kuantum.Oleh yang demikian, hujahan Peguam Plaintif bagi kuantum kecuali kehilangan pendapatan adalah tidak disangkal (“unchallenged”) oleh pihak Defendan-defendan dan pihak ketiga. Setelah meneliti Hujahan Bertulis pihak-pihak dan otoriti-otoriti yang dikemukakan, Mahkamah membuat keputusan award bagi ganti rugi (atas dasar 100% liabiliti) seperti berikut: Ganti rugi am (atas dasar 100%):
1
Loss of consciousness-award RM6,000.00 adalah wajar dan munasabah.
2
Fracture of distal third of the left femur with implants in-situ-award RM36,000.00 adalah wajar dan munasabah.
3
Fracture of distal of the left patella-award RM16,000.00 adalah wajar dan munasabah
4
Fracture of posterior cruciate ligament (PCL) avulsion-award RM25,000.00 adalah wajar dan munasabah
5
Traumatic left below knee amputation (left tibia fracture with mangled left foot) - award RM79,000.00 adalah wajar dan munasabah
6
Multiple scars over the left hip, thigh, knee stump and frontal scalp-award
7
RM15,000.00 adalah wajar dan munasabah Muscle wasting over the left thigh and calf-award RM5,000 adalah wajar dan munasabah Ganti rugi Khas
1
Kos rawatan-award RM1,1386.00 adalah wajar dan munasabah
2
Kos membeli kaki palsu (“prosthesis”) -award RM569,390.00 adalah wajar dan munasabah.Dibenarkan berdasarkan laporan prostehic eksibit P15 bertarikh 27.12.2018 dan sebut harga di mukasurat 20,ikatan B).(Tiada keterangan dan hujahan daripada pihak Defendan-defendan dan pihak ketiga membantah atau menyangkal award ini).
3
Kehilangan pendapatan-award RM57,600.00 adalah wajar dan munasabah
4
Kos dokumen polis, kos laporan perubatan,kos carian JPJ, kos laporan ortopedik & kos laporan prostetik-dibenarkan di bawah kos.
5
Faedah dibenarkan: -5% setahun ke atas ganti rugi am dari tarikh penyampaian writ sehingga tarikh penghakiman -2.5% setahun ke atas ganti rugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman -5% setahun ke atas jumlah penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh jumlah penghakiman. [57] Pihak Defendan-defendan berhujah bahawa tuntutan kehilangan pendapatan Plaintif wajar ditolak kerana tidak dibuktikan. Pihak ketiga tiada hujahan berkenaan perkara ini. Namun begitu, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa hujahan lisan Plaintif adalah satu bentuk pembuktian di Mahkamah bahawa beliau bekerja di sebuah kilang di Kota Puteri selama lebih kurang sebelum kemalangan dan menerima gaji tunai RM1,200.00 sebulan. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak serta anak dalam kandungan isterinya. Pada masa kemalangan berlaku, beliau bekerja secara shift iaitu 7 malam sehingga 7 pagi. Walaupun tiada keterangan dokumentar, Mahkamah ini masih boleh menerima keterangan lisan Plaintif tertakluk isu kredibiliti. Sepanjang keterangan Plaintif di mahkamah, didapati tiada kredibiliti Plaintif yang disangsikan. [58] Mahkamah ini telah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Mahmod Bin Kailan v Goh Seng Choon & Anor [1976] 2 MLJ 239 yang melibatkan tuntutan kehilangan pendapatan seorang Plaintif yang berumur 39 tahun dan mengalami pengudungan (“amputation”) kaki kanannya, Mahkamah telah membenarkan tuntutan untuk kehilangan pendapatan masa depannya dengan mengambil kira Plaintif telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Suffian LP memutuskan: “As for loss of future earnings, at the time of the trial, the plaintiff was 39, and normally, barring all accidents, he could have worked until age 55, i.e. he had a working life expectancy of 16 years. Before the accident he was earning about $200 as a labourer, after the accident he was unemployed and earning nothing because he said when contractors saw him they would not engage him (he had his right leg amputated above the knee). However, I think that the court could reasonably suppose that he could find some way of making a living, or else how is he going to support his wife and five children? Perhaps he can still make say about $100 a month, in which case he will after the date of the trial suffer diminution of income at the rate of say $100 p.m. or $1,200 a year, or $19,200 in 16 years. But for his injuries he would have earned this amount only by the end of 16 years. But as he will get a lump sum now he should be awarded only the present sum of $13,000 which if invested now at 6% p.a. will yield approximately $19,200 in 16 years..” [59] Seterusnya kes Mahkamah Tinggi kes Ranhome Bricks Factory Sdn Bhd v Watah Umpin [2009] 9 CLJ 494, Mahkamah telah memutuskan: “[9] It is trite that proof of earnings in accident claims does not necessarily require formal documents such as Income Tax, EPF or SOCSO contributions, Support for this proposition is found in number of cases.. [10] In such a case, if the defendants want to say a lesser sum must be awarded for earnings then the defendants must adduce some evidence to assist the court to assess the reasonable court amount. Mere challenge and/or putting the Plaintiff to strict proof will be of no value”. [60] Oleh yang demikian, berdasarkan otoriti-otoriti diatas, Mahkamah ini telah mendapati pihak Plaintif mempunyai pendapatan sebanyak RM1,200.00 , telah berkahwin dengan 3 orang anak.Jumlah 1/3 daripada RM1,200.00 adalah RM400.00 adalah wajar ditolak sebagai perbelanjaan harian dan kos sara hidup untuk tujuan pekerjaan. Oleh itu, jumlah pembilang adalah RM800.00 setahun. [61] Pihak Plaintif berhujah bahawa sekiranya tuntutan kaki palsu dibenarkan, beliau pasti dapat bekerja semula. Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan tuntutan kehilangan pendapatan selama 6 tahun sahaja iaitu dari tahun 2018 sehingga 2024. Oleh itu award sebanyak RM57,600.00 ( RM800 x 12 bulan x 6 tahun) adalah dibenarkan sebagai wajar dan munasabah. [62] Bagi tuntutan ganti rugi am , Pihak Defendan-defendan dan pihak ketiga langsung tidak berkenaan award-award ini. Namun begitu, Mahkamah ini telah memberikan award menurut Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 sebagai panduan sebagai award wajar dan munasabah. [63] Bagi tuntutan ganti rugi khas yang lain, Pihak Defendan-defendan dan pihak ketiga langsung tidak berhujah berkenaan award-award ini. Bagi tuntutan kos membeli kaki palsu (“prosthesis”) -award sebanyak RM569,390.00 dibenarkan adalah wajar dan munasabah berdasarkan laporan prosthetic yang disediakan oleh CPO Santosh Kumar Prasad, eksibit P15 bertarikh 27.12.2018 dan sebut harga di mukasurat 20,ikatan B).Tiada keterangan mahupun hujahan daripada pihak Defendan-defendan dan pihak ketiga membantah atau menyangkal award ini. Seterusnya, award-award ganti rugi khas yang lain telah diberikan adalah award-award yang wajar dan munasabah setelah dokumen-dokumen dikemukakan. KESIMPULAN [64] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa keputusan mengenai liabiliti dan kuantum dalam kes ini yang diputuskan adalah tepat ,wajar, adil dan munasabah. Sekian, untuk pertimbangan YA Hakim zarifah Zarifah Binti Zainal Abidin Hakim Mahkamah Sesyen Klang Klang, Selangor 21 hb November 2024
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.