Subparagraph
(iii) hakim bicara yang bijaksana khilaf mengenai prinsip undang-undang yang digunakan untuk menilai amaun pampasan. Keputusan Kami Alasan Rayuan (i) – Kegagalan Untuk Membuat Keputusan Yang Bebas [19] Sehubungan dengannya, peguam bela yang bijaksana telah menarik perhatian kami kepada keputusan hakim bicara yang bijaksana yang dicerminkan di bawah seksyen 47(1) dan (3) APT 1960, seperti yang terkandung di Tab 8, m.s. 90, 91, Ikatan Teras Bersama (‘ITB’), Jilid 1. Dalam keputusan yang ditandatangani oleh hakim bicara yang bijaksana berserta dengan dua orang pengapit tersebut, hakim bicara menyatakan (di m.s. 90) seperti yang berikut: “I have considered this joint opinion of both the learned assessors. Having considered the joint opinion vis-a-vis the evidence tendered 9 before us, I see no reason to depart or disagree. I hereby award as follows: ………” [20] Peguam bela yang bijaksana juga memetik alasan penghakiman di perenggan 40, m.s. 26, Tab 9, di mana hakim bicara yang bijaksana menyatakan seperti yang berikut: “40] Having discussed with the Assessors, I agreed Comparable 1 by the Respondents’ valuer is preferred. We therefore agreed to award the Applicant: ……….” [21] Peguam bela berhujah, petikan-petikan di atas menunjukkan bahawa hakim bicara yang bijaksana telah membuat keputusan berkenaan dengan kuantum tersebut secara bersamaan (jointly) dengan pengapit-pengapitnya dan tidak membuatnya secara bebas seperti yang diputuskan dalam kes Semenyih Jaya (supra). Dengan itu keputusan Mahkamah Tinggi tersebut tidak boleh dipertahankan. [22] Menurut peguam bela yang bijaksana, pendapat (opinion) para pengapit hendaklah diberikan secara bertulis seperti kehendak seksyen 40C APT 1960. Selepas itu, selaras dengan keputusan dalam kes Semenyih Jaya, pengapit-pengapit sewajarnya keluar dari proses 10 membuat keputusan tersebut. Tetapi perkara ini tidak berlaku dalam kes semasa. Seperti ditunjukkan dalam perenggan 40, m.s. 26, alasan penghakiman di atas, pengapit-pengapit masih bersama hakim bicara yang bijaksana dalam membuat keputusan tersebut apabila hakim bicara menyatakan "…..We therefore agreed to award the Applicant…..". Jika pengapit-pengapit tidak bersama, perkataan tersebut sepatutnya berbunyi “…..I therefore agreed to award the Applicant…….”. [23] Peguam bela pada akhirnya menghujahkan bahawa hakim bicara yang bijaksana gagal mengikuti garis panduan sebagaimana dibentangkan dalam kes Semenyih Jaya (supra) tetapi telah membuat keputusan yang selaras dengan seksyen 40D APT 1960, yang telah dibatalkan oleh kes Semenyih Jaya tersebut. [24] Pada hemat kami, kes Semenyih Jaya (supra) memuktamadkan bahawa penentuan (determination) berkenaan dengan pampasan yang perlu dibayar dalam prosiding rujukan tanah yang melibatkan pengambilan balik tanah merupakan satu penilaian kehakiman (judicial assessment) di mana kuasa untuk mengawardkan pampasan untuk pengambilan balik tanah tersebut adalah kuasa kehakiman (judicial power) yang sewajarnya dilaksanakan oleh hakim seorang dan bukan 11 pihak lain. Oleh itu pelaksanaan kuasa kehakiman oleh seseorang yang tidak berkelayakan atau bukan kehakiman seperti diperuntukkan di bawah seksyen 40D, APT 1960, menjadikan pelaksanaannya ultra vires Perkara 121, Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 40D memperuntukkan bahawa amaun pampasan untuk diawardkan hendaklah amaun yang diputuskan oleh pengapit-pengapit. Dengan itu Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa seksyen 40D tersebut ultra vires Perlembagaan Persekutuan dan sewajarnya dibatalkan (should be struck down). [25] Hanya hakim seorang yang wajar mengarahkan mindanya dan seterusnya menentukan (determine) isu-isu di hadapannya, berdasarkan kepada nasihat yang diberikan oleh pengapit-pengapitnya. [26] Seterusnya hakim bicara tidak boleh sewenang-wenangnya “rubber stamp” keputusan pengapit-pengapitnya tetapi mestilah berpuas hati bahawa pengapit-pengapit, dalam memberi pandangan (opinion), telah mengambil kira semua perkara-perkara yang relevan. Pendek kata pengapit-pengapit tidak boleh menjadi pihak atau turut mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan tersebut. 12 [27] Kami mengambil maklum bahawa keputusan kes Semenyih Jaya (supra) telah diberikan pada 28.4.2017 dan keputusan (decision) dalam kes semasa telah diberikan kira-kira satu minggu kemudian, pada 28.4.2017. Dengan itu pendengaran kes ini yang mengambil beberapa waktu telah dilakukan mengikut format di bawah seksyen 40D APT 1960, di mana kedua-dua pengapit menjadi pembuat keputusan (decision makers) ke atas kuantum pampasan yang perlu diawardkan. [28] Oleh kerana seksyen 40D tersebut telah dibatalkan kerana ultra vires Perlembagaan Persekutuan, dan oleh kerana keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut telah mengisytiharkan bahawa pembatalan seksyen tersebut hanya mempunyai kesan prospektif, di mana ia hanya mengikat kes-kes yang pending di mahkamah, maka keputusan Mahkamah Tinggi tersebut sepatutnya dibuat dengan mengambil kira bahawa seksyen 40D tidak lagi mempunyai kuat kuasa undang-undang dan hakim bicara sewajarnya merujuk kepada garis panduan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan apabila seksyen 40D tersebut dibatalkan sementara menanti penggubalan seksyen 40D yang baru. Seterusnya, hakim bicara mesti mengambil tindakan bahawa hanya beliau seorang sahaja yang membuat keputusan berhubung dengan kuantum pampasan yang diawardkan tersebut. 13 [29] Selanjutnya, di m.s. 565, Mahkamah Persekutuan telah menurunkan senario (garis panduan) berikut jika seksyen 40D dibatalkan: “[116] What then would the consequence be if s.40D of the Act is struck down? Since the preceding ss.40A, 40B and 40C of the Act are not impugned, a proposed new s.40D would have to be put in place, without affecting the efficacy and legality of ss.40A, 40B and 40C. The new s.40D of the Act would have to take into account the following: Any objection as against the amount of compensation awarded by the Land Administrator would continue to be determined by a judge sitting in a Land Reference Court. The provision of sub-s. 36(4) of the Act is to be given full effect. Only that this time, the role of the assessors would have to be redefined. [117] In this new provision the assessors are expected to listen to the proceedings and evaluate the evidence. They may also be required to answer any questions of fact within their competence, consonant with their role as advisors under sub-s. 40(2) of the Act. [118] At the end of the proceedings, they are required to give their opinion as to the appropriate amount of compensation to be awarded in a particular case. [119] At the conclusion of the proceedings, it is requisite under s.40C of the Act that they put their opinion in writing as to the appropriate amount of compensation to be awarded in a particular case. [120] It is then for the judge and the judge alone to deliberate on the issue of quantum before him, after taking into account all the issues. [121] In so doing, it is not uncommon for the judge to give weight to the opinion of the assessors, for as experts in valuation of property, their opinion stand persuasively to be considered by the judge. [122] However, the assessors have no more role as soon as they put their opinion in writing. At the risk of tedium, it bears repeating that it is for the judge and the judge alone to exercise his mind and determine the issues before him, based on the advice given by the assessors. [123] It is reiterated that the opinion of the assessors are not binding on the judge. In the event the assessors disagree (as between themselves regarding the amount of compensation to be awarded in a particular case), the judge may, after considering both opinions, elect to consider which of the two opinions in his view is appropriate in the circumstances of the case. 14 However, he is not bound by either one of the opinions. Should the judge finds himself in disagreement with the opinion of both the assessors, he is at liberty to decide the matter, giving his reasons for so doing. These then are to be made clear in place in the proposed new s.40D”. [30] Maka, isu material yang berbangkit ialah sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Semenyih Jaya tersebut telah diterjemahkan oleh hakim yang bijaksana dalam kes semasa vide keputusan yang dicerminkan di bawah seksyen 47(1) dan (3) APT 1960 bertarikh 28.4.2017? [31] Kami mengambil maklum bahawa notis rayuan perayu adalah berkenaan dengan keputusan yang disampaikan pada 28.4.2017 di bawah seksyen 47(1) dan (3) APT 1960 – seperti di Tab 8, m.s. 90, ITB, Jilid 1. [32] Kami kembali menghalusi apa yang diputuskan oleh hakim yang bijaksana pada tarikh tersebut, iaitu: “I have considered the joint opinion of the accessors. Having considered the joint opinion vis-a-vis the evidence tendered before us, I see no reason to depart or disagree. I hereby award as follows:…….”. 15 [33] Pada hemat kami penzahiran di atas menunjukkan bahawa hakim yang bijaksana telah meneliti serta mengambil maklum pendapat bersama (joint opinion) pengapit-pengapitnya. Beliau kemudiannya telah menyemak pendapat bersama tersebut dengan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh kedua-dua perayu dan responden. Pada akhirnya, beliau bersetuju dengan pendapat pengapit-pengapit tersebut, lalu menyampaikan awardnya. Kami berpendapat ini merupakan keputusan beliau seorang. Perihal hakim yang bijaksana bersetuju dengan pendapat pengapit-pengapit tidak membawa maksud bahawa hakim telah membuat keputusan bersama (jointly) dengan pengapit-pengapit tersebut. [34] Hakim yang bijaksana telah ‘apply’ mindanya kepada isu-isu yang berbangkit dan keterangan yang wujud di hadapannya dan telah membuat satu keputusan yang bebas, konsisten dengan apa yang dianjurkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Semenyih Jaya. Perkataan ‘have considered….’ yang digunakan oleh hakim yang bijaksana juga tidak membawa maksud pengapit-pengapit tersebut telah bersama-sama membuat keputusan dengan hakim. Ia hanya membawa maksud bahawa hakim tersebut telah memikirkan serta menimbangkan pendapat bersama tersebut dengan teliti dan penuh berhati-hati dan telah 16 mengambil kira semua faktor dan isu yang relevan sebelum mencapai keputusannya sendiri. Tidak menjadi satu kesalahan bagi hakim untuk mengambil kira (consider) pendapat pengapit-pengapitnya sebelum membuat keputusannya. Mahkamah Persekutuan dalam kes Semenyih Jaya juga tidak menghalang, malah menggalakkan hakim bicara supaya mengambil kira pendapat pengapit-pengapit sebelum membuat keputusan. Molek dipaparkan semula apa yang Mahkamah Persekutuan telah menyatakan: “[119] At the conclusion of the proceedings, it is requisite under s.40C of the Act that they put their opinion in writing as to the appropriate amount of compensation to be awarded in a particular case. [120] It is then for the judge and the judge alone to deliberate on the issue of quantum before him, after taking into account all the issues. [121] In so doing, it is not uncommon for the judge to give weight to the opinion of the accessors, for as experts in valuation of property, their opinion stand persuasively to be considered by the judge”. [35] Hakim bicara yang bijaksana nyata amat sedar tentang implikasi keputusan kes Semenyih Jaya. [36] Kami juga memerhatikan bahawa kedua-dua pengapit tersebut telah memberikan pendapat bersama mereka tentang amaun pampasan berpatutan yang layak diawardkan kepada perayu. 17 [37] Kami juga mendapati bahawa di akhir prosiding, kedua-dua pengapit telah menurunkan pendapat bersama mereka tentang amaun pampasan yang berpatutan yang wajar diawardkan kepada perayu secara bertulis, konsisten dengan keperluan di bawah seksyen 40C APT 1960 – lihat Tab 8, m.s. 92 hingga m.s 108, ITB, Jilid 1. [38] Kami berpuas hati bahawa keputusan yang disampaikan pada 28.4.2017 tersebut telah dibuat oleh hakim yang bijaksana seorang diri tanpa penglibatan pengapit-pengapit tersebut. Penglibatan pengapit-pengapit tersebut berakhir sebaik sahaja mereka menurunkan pendapat bersama mereka secara bertulis seperti kehendak seksyen 40C APT