Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA
JA-22NCvC-34-03/2024
High Court of Malaysia4 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kan untuk mencerminkan jawapan sedemikian yang diberikan oleh kedua-dua pihak Bank ini. Mahkamah turut bersetuju dengan keputusan kes yang dirujuk oleh Plaintif kes Law Lai Lian v Tamang Prem Chandr [2018] HKCU 90 di atas kegagalan mengemukakan bukti surat sebagai sandaran. Namun, Mahkamah menangguhkan hukuman komital”
“penemuan berlakunya perbuatan ‘contempt’ atau perbuatan penghinaan pada Perintah Mahkamah, bersetuju dengan apa yang telah diputuskan dalam kes Datuk Beh Kim Ling & Anor v NEP Holdings (Malaysia) Bhd [2023] MLJU 2502 yang dirujuk oleh Plaintif di dalam hujahannya seperti berikut: “[56] CCP stated he is a non-executive”
“kuman denda RM20,000.00. Jumlah denda ini dijatuhkan mengambil kira tren penghukuman Mahkamah terdahulu (lihat: Able Oils & Fats Sdn BHd (previously known as Able Export Sdn Bhd v Tan See Meng & Ors [2024] MLJU 1155 denda RM25,000.00, Datuk Beh Kim Ling (supra). **Note : Serial number will be used to verify the origina”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA
1
NIK MOHD ASRYZAN BINTI NIK MAT [No. K/P : 950413-03-5201]
2
NUR KHAIRUNNISA HUSNA BINTI MOHD SHAMSUL YAMIN [No. K/P : 950908-02-5590] …PERAYU [No. Pendaftaran Syarikat : 200701032444 …RESPONDEN PERINTAH KOMITAL TERHADAP D17 & NUR KHAIRUNNISA HUSNA BINTI MOHD SHAMSUL YAMIN (LAMPIRAN 285) 21/10/2025 17:19:30 JA-22NCvC-34-03/2024 Kand. 398 30/10/2025 06:34:14 JA-22NCvC-34-03/2024 Kand. 401 NIK AIZUDDIN BIN NIK MAT [No. K/P : 880614-03-5979] …PERAYU [No. Pendaftaran Syarikat : 200701032444 …RESPONDEN PERINTAH KOMITAL TERHADAP D15 (LAMPIRAN 284) DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA WRIT NO. : JA-22NCVC-34-03/2024 [No. Pendaftaran Syarikat : 200701032444 …PLAINTIF
1
NIKS KB JEWEL [No. Pendaftaran Perkongsian : 201603008321 (UA0012251-D)]
2
KEHL EMPIRE SDN. BHD. [No. Pendaftaran Perkongsian : 202201023615 (1469312-H)]
3
KEDAI EMAS HARGA LELONG SA SDN. BHD. [No. Pendaftaran Perkongsian : 202101003005 (1403303-U)]
4
KEDAI EMAS HARGA LELONG PP SDN. BHD. [No. Pendaftaran Perkongsian : 202101007347 (1407646-A)]
5
EMAS HARGA KASIH SAYANG SDN. BHD. (dahulunya dikenali sebagai EMAS KASIH SAYANG SDN. BHD.) [No. Pendaftaran Perkongsian : 202301037678 (1531601-H)]
6
AURA IMPIAN GLOBAL ENTERPRISE [No. Pendaftaran Perkongsian : 201703129105 (AS0382342-P)]
7
DARUL AMAN GOLD SDN. BHD. [No. Pendaftaran Syarikat : 201601031963 (1202904-W)]
8
FLAG GOLD ENTERPRISE [No. Pendaftaran Perkongsian : 201903218738 (AS0405113-U)]
9
KOPERASI KEDAI EMAS HARGA LELONG BERHAD [No. Pendaftaran Koperasi : 202361501039]
10
NIK MOHD SUWARDY BIN NIK MAT [No. K/P : 750519-03-5035]
11
NIK MAT BIN NIK MUSTAFFA [No. K/P : 500325-03-5027]
12
SITI FATIMAH BINTI MAT [No. K/P : 551122-03-5190]
13
NIK NORMANIZA BINTI NIK MAT [No. K/P : 810508-03-5736]
14
NIK NORZIHAN BINTI NIK MAT [No. K/P : 860806-29-5160]
15
NIK AIZUDDIN BIN NIK MAT [No. K/P : 880614-03-5979]
16
NIK AIZUWAN BINTI NIK MAT [No. K/P : 920227-03-5999]
17
NIK MOHD ASRYZAN BINTI NIK MAT [No. K/P : 950413-03-5201]
18
HASMAWI BIN ALIM [No. K/P : 830923-02-5939]
19
MOHD SHAHIMI BIN ISHAK [No. K/P : 860705-02-5321]
20
ROHAZLIZA BINTI DEMANAH [No. K/P : 861030-02-5650]
21
HASMIRUL IRWAN BIN ALIM [No. K/P : 940116-02-5833]
22
HAASRIZAL BIN ALIM …DEFENDAN-DEFENDAN [No. K/P : 882226-02-5557] (TUNTUTAN ASAL) (Lampiran 285 & 284)
1
Ini adalah rayuan Perayu/Defendan D17 dan Nur Khairunnisa terhadap perintah komital bertarikh 24.4.2025 setelah mendengar permohonan komital di lampiran 285 oleh pihak Plaintif terhadap Defendan 17 (D17) dan Nur Khairunnisa. Permohonan komital ini dibuat kerana D17 dan Nur Khairunnisa telah:-
a
mengingkari perintah Ex-Parte Mahkamah di para 2 dan 4 yang diberikan pada 28.3.2024 lampiran 35 (dibaca dengan perenggan 1(a) Perintah Ad-Interim bertarikh 9.4.2024 lampiran 86) di mana D17 telah gagal, abai dan/atau enggan menzahirkan nilai dan butiran akaun-akaun bank D3, D5 dan D17; dan
b
terhadap Nur Khairunnisa pula gagal, abai dan/atau enggan menzahirkan nilai dan butiran akaun-akaun bank D3.
2
Bagi rayuan terhadap hukuman RM30,000.00 atas perintah komital bertarikh 17.7.2025 di lampiran 284 oleh pihak Plaintif terhadap Defendan 15 (D15) pula kerana mengingkari perintah Ex-Parte Mahkamah di para 2 dan 4 yang diberikan pada 28.3.2024 (dibaca dengan perenggan 1(a) Perintah Ad-Interim bertarikh 9.4.2024) di mana D15 telah gagal, abai dan/atau enggan menzahirkan sepenuhnya nilai dan butiran akaun-akaun bank D7 dan D15.
3
Perintah Ad-Interim telah dikeluarkan oleh Mahkamah ini pada 9.4.2024 sementara menunggu pelupusan permohonan Injunksi inter-parte. Injunksi Inter-Partes di lampiran 179 telah pun dikeluarkan oleh Mahkamah ini, berikutnya pada 1.8.2024 setelah Mahkamah ini berpuashati terdapat keperluan untuk perintah Mareva Injunksi dan Perintah Pemeliharaan Interim (Interim Preservation of Property Orders) dikeluarkan oleh Mahkamah ini. Ia bagi melindungi barang kemas emas yang telah dijual kepada Defendan tetapi tidak dibayar berjumlah RM23,159,316.65.
4
Kebenaran untuk memulakan prosiding komital ini telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 1.12.2024 bagi kedua-dua lampiran 284 dan 285, menurut Aturan 52 kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Permohonan pengkomitan ini didengar oleh Mahkamah ini kerana, meskipun terdapat rayuan yang telah difailkan oleh D15 dan D17 terhadap Perintah Inter-Partes yang dikeluarkan oleh Mahkamah ini, tiada permohonan untuk penggantungan Perintah Inter-partes dipohon oleh D15 dan D17 melainkan permohonan lampiran 337 (difailkan D17 dan Nur Khiarunnisa pada 2.5.2025) dan lampiran 365 (difailkan D15 pada 23.7.2025).
5
Kedua-dua lampiran 337 dan 365 ini adalah permohonan penggantungan pelaksanaan perintah dan/atau hukuman pengkomitan, masing-masing terhadap perintah yang diberikan pada 24.4.2025 dan 17.7.2025. Permohonan penggantungan ini dipohon sementara menunggu pelupusan rayuan terhadap perintah dan/atau hukuman tersebut.
6
6.
Lampiran
Lampiran 337 permohonan D17 dan Nur Khiarunnisa telah dibenarkan oleh Mahkamah ini pada 26.5.2025 kerana bersandarkan keputusan PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim & Anor appeal [2010] 4 CLJ 331 di mana Mahkamah Rayuan dalam permohonan pihak Perayu (pendakwaan) telah membenarkan penggantungan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi yang memerintahkan pihak pendakwaan untuk menyerahkan penyataan 112 saksi kepada pihak pembelaan. 7. Bagi lampiran 365 permohonan penggantungan oleh D15, Mahkamah ini telah menolak permohonan tersebut pada 4.8.2025 kerana tiada alasan mitigasi yang munasabah untuk membenarkan permohonan penggantungan tersebut. Pada masa yang sama, tiada rayuan difailkan D15 terhadap Perintah Pengkomitan bertarikh 24.4.2025. Namun, Mahkamah telah membenarkan lanjutan masa, untuk denda dibayar pada hari yang sama pada waktu kaunter ditutup pada jumlah RM30,000.00. Denda ini telah dibayar. 8. Tiada rayuan dibuat atas kedua-dua keputusan Mahkamah dalam lampiran 337 membenarkan penggantungan dan menolak penggantungan lampiran 365 ini oleh mana-mana pihak. Meskipun keputusan kedua-dua lampiran ini dibuat selepas tarikh keputusan komital lampiran 284 dan 285 (17.7.2025 dan 24.4.2025 di mana alasan penghakiman ini disediakan), kedudukan terkini ini diturunkan dalam alasan penghakiman ini supaya status keputusan yang dirayu ini, jelas. 9. Sebaliknya, meskipun rayuan difailkan tehadap perintah inter-parte injunksi Mareva, tiada permohonan khas untuk menggantungkan pelaksanaan perintah ex-parte bertarikh 28.3.2024 mahupun perintah inter-partes bertarikh 1.8.2024 tersebut. Atas alasan ini, Mahkamah telah meneruskan dengan pendengaran prosiding komital terhadap D15, D17 dan Nur Khairunnisa kerana gagal mematuhi sepenuhnya Perintah ex-parte 28.3.2024 dibaca dengan Perintah Ad-Interim 9.4.2024. Latarbelakang Kes 10. Fakta di dalam alasan penghakiman Mahkamah ini bertarikh 24.11.2024 (lampiran 273) bersabit rayuan terhadap perintah inter-parte adalah dirujuk dan di mana relevan, disalin sebahagiannya. D15 dan D17 adalah adik-beradik, dengan D17 sebagai pemegang saham majoriti D3 manakala Nur Khairunnisa, isteri D17 adalah Pengarah D3. D15 dan D17 juga adalah rakan kongsi D1. D5 pula mempunyai alamat perniagaan sebagaimana D2 dengan D17 sebagai Pengarah dan pemegang saham D5. D15 pula adalah pengarah dan pemilik saham majoriti D7. 11. Perintah Mareva ex-parte bertarikh 28.3.2024 (lampiran 35), Perintah Ad-Interim bertarikh 9.4.2024 (lampiran 153), Perintah lanjutan Ad-Interim bertarikh 9.6.2024 (lampiran 158) telah dibenarkan oleh Mahkamah ini. Perintah ex-parte dan Perintah Ad-Interim telah diendorskan dengan notis penal di bawah A45 k7 Kaedah Mahkamah 2012. Para 1, 2, 4, 5 dan 7 perintah ex-parte dibaca bersama Perintah Ad-Interim telah dirujuk oleh Plaintif dalam permohonan komital kerana hanya para ini yang dikatakan Plaintif sebagai telah dilanggari oleh D15, D17 dan Nur Khairunnisa. 12. Asas permohonan Plaintif ialah melalui Afidavit Penzahiran Aset lampiran 74 oleh D17, D17 telah gagal, abai dan/atau enggan menzahirkan nilai dan butiran akaun Bank D3, D5 dan D17. Ia juga bersabit perihal pelupusan aset D3 dalam Bank Muamalat Malaysia di akaun nombor XXXXX oleh D17 serta kegagalan D17 untuk menyerahkan emas yang dikenalpasti dan dikedap pada 2.4.2024 dalam premis Kedai Emas Harga Lelong Adda Heights. 13. Nur Khairunnisa pula sebagai pengarah D3 telah mengingkari para 1, 2, 4 dan 5 apabila gagal, abai dan/atau enggan menzahirkan nilai dan butiran akaun-akaun bank D3. Sebagaimana D17, permohonan komital terhadap Nur Khairunnisa juga bersandarkan pelupusan, berurusan dengan atau menyusutkan nilai asset D3 dalam Bank Muamalat Malaysia di akaun nombor XXXXX dengan mengeluarkan dan/atau menggunakan jumlah dari akaun Bank Muamalat tersebut tanpa memaklumkan peguamcara Plaintif terlebih dahulu. 14. Nur Khairunnisa juga dikatakan telah gagal, abai dan/atau enggan untuk mematuhi para 7 Perintah apabila gagal, abai dan/atau enggan menyerahkan emas yang dikenalpasti dan dikedap pada 2.4.2024 dalam premis Kedai Emas Harga Lelong Adda Heights yang merupakan alamat cawangan D3. 15. Melalui Afidavit Penzahiran Aset Pertama D15 (lampiran 79) pula, D15 dikatakan telah gagal menzahirkan apa-apa maklumat dan/atau dokumentasi berkenaan apa-apa aset dimiliki D7. D15 juga tidak menzahirkan apa-apa maklumat dan/atau dokumentasi berkenaan akaun-akaunnya di bawah CIMB Bank Berhad dan Public Bank Berhad seperti baki, penyata akaun tahunan dan/atau bulanan. 16. Untuk tujuan ini, Mahkamah memetik para 1,2,4,5 dan 7 Perintah Mareva ex-parte yang dibenarkan, yang memerintahkan sebagaimana dirujuk Plaintif di atas, seperti berikut: “BAHAGIAN A. INJUNKSI MAREVA (1) Bahawa setiap Defendan, sama ada secara dirinya, dan/atau bertindak melalui ejen-ejen dan/atau pegawai-pegawai dan/atau pekhidmat-pekhidmat dan/atau pekerja-pekerja mereka, tidak boleh mengeluarkan dari Malaysia dan di luar Malaysia atau dengan apa-apa cara melupuskan, berurusan dengan atau menyusutkan nilai mana-mana asset mereka sama ada atas nama mereka sendiri atau tidak dan sama ada dimiliki tunggal atau dimiliki bersama yang berada dalam Malaysia dan di luar Malaysia sehingga nilai tuntutan terhadap setiap daripada mereka seperti yang diindorskan pada Writ dan Lampiran A seperti berikut: (a) Terhadap D1, D10 ..., D15, …dan D17, sebagai nilai keseluruhan tuntutan terhadap D1 hingga D9 berjumlah RM23,159,316.65; (b) … (c) Terhadap D3 nilai tuntutan berjumlah RM1,796,111.83; (d) … …. (2) Bahawa setiap Defendan perlu memaklumkan secara bertulis kepada Plaintiff semua aset-aset masing-masing yang berada dalam Malaysia dan di luar Malaysia sama ada atas nama mereka sendiri atau tidak dan sama ada dimiliki tunggal atau dimiliki bersama (antara satu sama lain atau tidak), dengan memberi nilai, lokasi dan butiran semua aset-aset tersebut. Maklumat ini perlu disahkan dalam afidavit yang perlu disampaikan kepada peguamcara Plaintif dalam masa tujuh (7) hari selepas Perintah ini disampaikan kepada Defendan-Defendan; (3) …; (4) Aset-aset yang disebut dalam perenggan (1) hingga (3) di atas akan termasuk apa-apa harta sama ada boleh alih atau tidak boleh alih (moveable or immoveable), termasuk tetapi tidak terhad kepada emas dalam apa-apa bentuk dan Emas Lain seperti yang ditakrifkan di bawah, dan apa-apa wang yang berada dalam kredit mana-mana akaun bank termasuk jumlah daripada sebarang cek yang dikeluarkan dari akaun tersebut yang belum dijelaskan dan termasuk apa-apa aset yang mereka mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk melupuskan atau berurusan dengannya seolah-olah ia adalah milik mereka. Defendan-Defendan hendaklah dianggap mempunyai kuasa sedemikian jika pihak ketiga memegang atau mengawal aset itu mengikut arahan langsung atau tidak langsung mereka; (5) Bahawa setiap Defendan berhak untuk mengeluarkan dan membuat perbelanjaan dari akaun bank atau sumber lain, yang identitinya hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan oleh Defendan-Defendan kepada peguamcara Plaintiff: (a) Sejumlah wang tidak melebihi RM1,000.00 seminggu yang diperlukan oleh Defendan-Defendan yang merupakan individu masing-masing untuk perbelanjaan hidup biasa mereka dan untuk nasihat dan perwakilan undang-undang. (b) Jumlah wang tidak melebihi RM3,000.00 seminggu yang diperlukan oleh Defendan-Defendan yang bukan individu masing-masing untuk menjalankan urusan perniagaan yang biasa dan benar dan untuk nasihat dan perwakilan undang-undang; dan (c) Apa-apa jumlah atau jumlah tambahan, jika ada, sebagaimana yang dipersetujui oleh peguamcara Plaintif dari semasa ke semasa secara bertulis, sama ada melalui Perintah dan/atau surat-menyurat. BAHAGIAN B. PEMELIHARAAN INTERIM HARTA (6) … (7) Bahawa Defendan-Defendan, sama ada secara dirinya, dan/atau bertindak melalui ejen-ejen dan/atau pegawai-pegawai dan/atau pekhidmat-pekhidmat dan/atau pekerja-pekerja mereka, hendaklah menyerahkan penjagaan (surrender the custody of): (a) Baki Emas Plaintif termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa yang dikenalpasti dan dikedap (as identified and sealed) seperti dalam pelaksanaan syarat-syarat Perintah Pemeriksaan di Bahagian C di bawah ini; dan (b) Emas yang Dipertikaikan yang dikenalpasti dan dikedap seperti dalam pelaksanaan syarat-syarat Perintah Pemeriksaan di Bahagian C di bawah ini (jika ada), kepada Plaintif di Pejabat peguamcara Plaintif dalam kehadiran mana-mana satu Peguamcara Penyelia …pada satu tarikh dan masa yang dipersetujui dalam tempoh tujuh (7) hari dari penyampaian Perintah ini… sementara menunggu pelupusan guaman atau sehingga perintah lanjut … oleh Mahkamah… BAHAGIAN C. PERINTAH PEMERIKSAAN (8) … (9) … …“ Kegagalan penzahiran sepenuhnya oleh D3, D17 dan Nur Khairunnisa. 17. Dilihat kepada Affidavit Penzahiran Aset lampiran 74 oleh D17, telah menzahirkan akaun dan Bank masing-masing milik D3 dan D17. Bagi akaun-akaun D3 dan D17 ini, apa yang dikemukakan (jika ada) bagi menunjukkan penzahiran akaun Bank hanyalah sekadar tangkapan skrin ‘screenshot’ baki akaun di Bank-Bank ini (lihat: para 9 dan ke atas di lampiran 74). 18. Namun, untuk akaun D3 di Bank Muamalat pula tiada apa kandungan kepada Penyata Akaun yang dilampirkan di affidavit D17 di lampiran 74, setakat D17 mendeposkan di lampiran 74, baki akaun tidak dapat disahkan. Hanya melalui affidavit penzahiran lanjut di lampiran 116, D17 mendeposkan bersabit maklumat lanjut baki akaun Bank Muamalat setakat 30.4.2024 adalah RM250,111.54. Jumlah ini dideposkan sebagai digunakan oleh D17 menerusi kemudahan overdraft dengan Penyata Akaun Bank Muamalat dilampirkan sebagai eksibit “ASRY(SA)-14”. 19. Eksibit “ASRY(SA)-14”, walau bagaimanapun mengandungi kandungan transkasi yang telah disunting dengan dihitamkan pada beberapa tarikh, menjadikan ia tidak dapat dilihat untuk diteliti lebih lanjut. Malahan, D17 juga menyatakan pengeluaran pada 2.4.2024 telah dibuat sebelum Perintah ex-parte Injunksi Mareva disampaikan pada D17 (Perintah ex-parte disampaikan pada pagi 2.4.2024. 20. Bagi D5 pula, selain D17 mendeposkan bahawa D5 merupakan sebuah syarikat yang baru dibuka dan belum beroperasi, tiada penzahiran dokumen oleh D17 bagi menjelaskan penyata mengenai butir-butir Bank dan akaun yang tertera, yang dipamerkan di premis D5. Ini terkandung dalam affidavit Plaintif semasa memohon Perintah bertarikh 28.3.2024 ex-parte Injunksi Mareva (lihat: affidavit sokongan Plaintif lampiran 9 bermula muka surat 334 pdf. eksibit “TYC-37” dan affidavit balasan Plaintif lampiran 108 para 23 di muka surat 18 pdf.). 21. Lampiran ini menunjukkan poster di D5 yang boleh dikaitkan khususnya dengan D7 “Darul Aman Gold Sdn Bhd” kerana nama D7 dipamerkan di poster di premis D5 di mana melalui perbualan menerusi ‘WhatsApp’ Plaintif dan wakil D5, pembelian boleh dibuat untuk membeli barang kemas Plaintif di cawangan D5 tetapi bayaran dibuat ke akaun “KEHL Kuba Guling” (yang dinamakan sebagai ‘Pihak Terkilan’ dalam prosiding). 22. Barang kemas ini telah dideposkan oleh Plaintif sebagai keluaran Plaintif kerana ada tandaan ‘tag’ dengan endorsmen ‘YF’. Sebagaimana alasan penghakiman Mahkamah ini terdahulu di lampiran 273, tiada deposisi sebaliknya oleh D17 melainkan affidavit lampiran 83 oleh D13 menyatakan ‘YF’ merujuk kepada pengeluar “Yee Fok”, namun tidak dicerminkan dalam eksibit “NN-4” Penyata Kemasukan Stok “KEHL Kuba Guling” bagi menyokong deposisi ini. Oleh itu, barang kemas ini pada tahap ini, dianggap milik Plaintif. 23. D5 melalui D17 hanya memfailkan Afidavit Tambahan lampiran 129 menzahirkan Bank Akaun Bank Muamalat D5 tetapi hanya mengeksibitkan penyata bank bertarikh 21.5.2024 dan bukan penyata bank bagi tempoh bermula Perintah ex-Parte Injunksi Mareva diserahkan. Ini semestinya boleh diputuskan oleh Mahkamah ini sebagai satu tindakan di pihak D5 dan D17 untuk menyembunyikan fakta yang jika dikemukakan, akan menunjukkan satu fakta yang tidak memihak kepada kedua-duanya. Kegagalan pertama dan berikutnya oleh D15 24. Afidavit Penzahiran Aset oleh D15 lampiran 79 pula, tiada penzahiran sama ada dalam bentuk maklumat ataupun dokumen bagi akaun Bank CIMB dan Public Bank. Tiada juga penzahiran kedudukan D15 sebagai Pengarah dan/atau pemilik saham di dalam beberapa entiti yang dikenalpasti oleh Plaintif. Ini berupa kegagalan pertama di pihak D15 mematuhi Perintah Mahkamah. 25. Atas kegagalan D15 ini dan Notis Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh Plaintif bertarikh 15.5.2024 dan 17.5.2024, D15 telah memfailkan Afidavit Penzahiran Aset Ke-2 diikrarkan pada 26.1.2025 (lampiran 120). D15 telah mengakui kegagalan menzahirkan D15 mempunyai akaun di CIMB Bank dan Maybank. Apa yang jelas daripada lampiran 120 ini, D15 telah menzahirkan Bank dan akaun, namun tanpa dinyatakan jumlah simpanan yang ada dengan penyata bank tidak dilampirkan. 26. Turut dizahirkan bahawa D15 dan D7 mempunyai akaun di Public Bank. Walau bagaimanapun, akaun Public Bank D7 dan akaun Malayan Banking Berhad/Maybank Islamic Berhad D15 dikatakan dibekukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Perintah ini yang dilampirkan sebagai eksibit “NA-1” yang menunjukkan tempoh sah Perintah untuk 90 hari bermula dari 3.4.2024. (Pada dapatan Mahkamah, Perintah ini akan tamat pada 3.7.2024). 27. Selain penzahiran secara memberikan maklumat Bank dan nombor akaun, tiada perincian mengenai jumlah wang yang ada mahupun dokumen penyata bank bagi menyokong deposisi D15 ini. Ini menjadi asas kepada permohonan komital oleh Plaintif terhadap D15 kerana telah berlaku kegagalan kedua. Kegagalan ini masih berlaku meskipun ruang telah diberikan oleh Plaintif berikutnya untuk meremedikan ketinggalan ini. Tiada juga penzahiran asset oleh D15 meskipun Perintah Pembekuan di bawah AMLA telah tamat. Dapatan Mahkamah 28. Mahkamah dalam membuat penemuan berlakunya perbuatan ‘contempt’ atau perbuatan penghinaan pada Perintah Mahkamah, bersetuju dengan apa yang telah diputuskan dalam kes Datuk Beh Kim Ling & Anor v NEP Holdings (Malaysia) Bhd [2023] MLJU 2502 yang dirujuk oleh Plaintif di dalam hujahannya seperti berikut: “[56] CCP stated he is a non-executive director, that his position is an honorary posit ion, that he is not involved in any operation of NEP and office. I do not think it is open to CCP to advance such an argument and I reject this explanation as unacceptable; further each officer can be found to be jointly and/or severally liable for contempt. In this regard, the Court’s attention was drawn to the case of William Jacks & Co (M) Sdn Bhd v. Chemquip (M) Sdn Bhd & Anor [1994] 3 MLJ 40, where the Court held that it is no answer in a case of contempt for directors to say that he or she is merely a nominee or sleeping director. … [60] The law recognises that directors and officers are the human agencies responsible for the conduct of the affairs of the company and therefore they are liable for any breach of Court Order by the company…” 29. Mahkamah berpuashati ketiga-tiga D15, D17 dan Nor Khairunnisa telah gagal memenuhi perintah bertarikh 28.3.2024 dan Perintah Ad-Interim yang dikeluarkan Mahkamah dan memutuskan berlaku ketidakpatuhan perintah tersebut. Mahkamah ini bersetuju dengan keputusan kes BYD Auto Industry Company Ltd v AMDAC (M) Sdn Bhd [2017] 11MLJ 513 dan Malaysia Venture Capital Management Bhd v Teang Soo Thong & Anor [2016] 9 MLJ 766 yang mengkehendaki penyata akaun bank dilampirkan untuk menyokong deposisi Defendan berhubung butiran akaun. Oleh itu, dapatan Mahkamah ini ialah Defendan perlu diperintahkan untuk dikemukakan di hadapan Mahkamah untuk tujuan menjatuhkan hukuman prosiding komital yang dibawa Plainitf. 30. Pihak pemohon Plaintif, semasa perintah komital kali pertama diputuskan oleh Mahkamah ini pada 24.4.2025, telah memberi peluang tempoh 30 hari kepada D15 mana kala D17 dan Nor Khairunnisa, tempoh 14 hari diberi untuk meremedi kegagalan mereka (“purge their contempt”). Tarikh lanjut telah ditetapkan pada 13.5.2025 bagi D17 serta Nur Khairunnisa. Tarikh ini kemudiannya ditangguhkan ke 26.5.2025. Tarikh 26.5.2025 juga ditetapkan bagi D15 untuk menzahirkan apa yang tertinggal. 31. Malangnya pada tarikh 26.5.2025 masih berlaku kegagalan ini di pihak D15 manakala bagi D17 dan Nur Khairunnisa, atas permohonan lampiran 337 satu perintah penggantungan telah diberi (lihat: para [6] alasan penghakiman ini). D15, meskipun menzahirkan nombor akaun dan ketiga-tiga Bank iaitu Public Bank, Maybank dan CIMB Bank melalui lampiran 354 yang difailkan pada 25.5.2025 namun, D15 telah mengeksibitkan “NA-2” hingga “NA-4” akaun Bank Kedai Emas Harga Lelong UDA dan D15. 32. Tiada apa-apa perincian penyata bank CIMB Bank yang dilampirkan bagi tempoh 1.4.2024 hingga 31.5.2024 (tempoh aktif bagi asset D15 tertakluk kepada Injunksi Mareva) atas alasan ia berstatus ‘tidak aktif’. Alasan D15 menurut deposisinya ialah pihak Bank CIMB dan Public Bank sedang meneliti lanjut permohonan D15 dan menunggu lampu hijau dari Bahagian Perundangan untuk membekalkan penyata bank yang dipohon. 33. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa surat dieksibitkan untuk mencerminkan jawapan sedemikian yang diberikan oleh kedua-dua pihak Bank ini. Mahkamah turut bersetuju dengan keputusan kes yang dirujuk oleh Plaintif kes Law Lai Lian v Tamang Prem Chandr [2018] HKCU 90 di atas kegagalan mengemukakan bukti surat sebagai sandaran. Namun, Mahkamah menangguhkan hukuman komital atas D15 untuk memberi peluang kepada D15 melaksanakan pematuhan Perintah Mahkamah. 34. Tarikh 17.7.2025 telah diberikan oleh Mahkamah untuk D15 menzahirkan apa yang tertinggal (dengan mengambil kira Perintah Pembekuan AMLA tamat pada 3.7.2024). D15 gagal berbuat demikian sepenuhnya. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM30,000.00 kerana hanya berlaku separa penzahiran di mana pemulangan asset dan penzahiran pemegangan kepentingan dalam entity dibuat. Mahkamah telah menyatakan bahawa meskipun jika bayaran denda dibuat, ia tidak melepaskan D15 daripada keperluan mematuhi Perintah Mahkamah. 35. Tarikh lanjutan 4.8.2025 telah diberikan oleh Mahkamah dan pada tarikh ini, D15 telah juga melalui lampiran 365, membuat permohonan untuk menggantungkan Perintah Pengkomitan yang diberi pada 24.4.2025 dan Perintah pelaksanaan Perintah Hukuman Komital yang dijatuhkan Mahkamah pada 17.7.2025. Alasan D15 ialah terdapat rayuan difailkan atas keputusan Perintah Hukuman RM30,000.00 yang diberi pada 17.7.2025. 36. Notis Rayuan ini di lampiran 364 difailkan pada 17.7.2025. Tiada rayuan difailkan atas keputusan Perintah Pengkomitan bertarikh 24.4.2025 meskipun affidavit sokongan mendeposkan memohon penggantungan Perintah Pengkomitan bertarikh 24.4.2025. Oleh itu, Perintah Pengkomitan tidak dicabar oleh D15 melalui satu Notis Rayuan untuk mengubah keputusan Mahkamah ini. 37. Plaintif telah memohon untuk hukuman penjara dijatuhkan. Mahkamah berpendapat hukuman penjara tidak sesuai kerana peguam D15 telahpun mengeksibitkan surat-surat yang ditulis kepada Bank-Bank ini melalui eksbit “NA-1” di lampiran 354 dan telah menyatakan secara terang implikasinya jika berlaku kegagalan mematuhi Perintah Mahkamah ini. Namun, dikatakan pihak Bank telah memberi alasan sebagaimana di para 32 di atas. 38. Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM20,000.00 ke atas D15 kerana kegagalan yang berterusan oleh D15 meskipun peluang telah diberikan oleh Plaintif dan Mahkamah. Mahkamah juga telah menolak lampiran 365 ini dan memerintahkan hukuman denda RM20,000.00. Jumlah denda ini dijatuhkan mengambil kira tren penghukuman Mahkamah terdahulu (lihat: Able Oils & Fats Sdn BHd (previously known as Able Export Sdn Bhd v Tan See Meng & Ors [2024] MLJU 1155 denda RM25,000.00, Datuk Beh Kim Ling (supra). Bertarikh : 14 Oktober 2025 (Nurulhuda Nur’Aini Binti Mohamad Nor) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Johor Darul Ta’zim Peguamcara Plaintif : Keng Heng Goldtech Sdn. Bhd. Tetuan Skrine Peguamcara Defendan : Kedai Emas Harga Lelong SA Sdn. Bhd. (D3) & Nik Mohd Asryzan Bin Nik Mat (D17) Nur Khairunnisa Binti Mohd Shamsul Yamin Tetuan Shukor Baljit & Partners Peguamcara Defendan : Nik Aizuddin Bin Nik Mat (D15) Tetuan Najib Hisham Isa
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.