Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM GUAMAN SIVIL NO: JA-A71KJ-24-07/2022 ANTARA KERAJAAN MALAYSIA ...PLAINTIF DAN 1.TEO BEE GUNG [ No.Kad Pengenalan : 730825016328]
JA-A71KJ-24-07/2022
Magistrates Court of Malaysia10 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM GUAMAN SIVIL NO: JA-A71KJ-24-07/2022 ANTARA KERAJAAN MALAYSIA ...PLAINTIF DAN 1.TEO BEE GUNG [ No.Kad Pengenalan : 730825016328]
2
GOH KENG SENG [ No.Kad Pengenalan : 660531015695] ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PERBICARAAN PENUH PRAEFATIO: [1] Ini adalah rayuan oleh Plaintif yang tidak berpuas hati terhadap keputusan isu liabiliti oleh Mahkamah Majistret Sivil (1) Johor Bahru pada 10 Julai 2024 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kes pada tahap imbangan kebarangkalian terhadap Defendan dengan liabiliti 30% ke atas Plaintif dan 70% ke atas Defendan. [2] Seramai (4) orang saksi Plaintif telah dipanggil memberikan keterangan iaitu:
i
SP1: Adrian bin Kadir
II
(ii) SP2: Mohd Rafiq bin Rohani
III
(iii) SP3: Bazli Baheram bin Masridin
IV
(iv) SP4: Mohd Azuan bin Ali [3] Manakala saksi Defendan adalah (1) orang iaitu Defendan Pertama sebagai SD1. Mahkamah juga telah membuat tandaan ekshibit seperti berikut: Bil Jenis Dokumen Tandaan 1 Ikatan Pliding A 2 Ikatan Dokumen Bersama Plaintif B 3 Ikatan Dokumen Plaintif C 4 Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif D 5 Rajah Kasar dan Kunci P1 6 Keputusan Penyiasatan kes P2 7 Gambar-gambar kemalangan daripada pihak Polis P3 (a)-(k) 8 Repot Polis Pemandu Plaintif (WA2158X) P4 9 Borang Laporan Kerosakan JKR P5 10 Gambar kerosakan kenderaan Plaintif P6 (a) – (f) daripada JKR 11 Pesanan Kerajaan P7 12 Invois Cukai P8 13 Tax Invoice daripada bengkel IDP9 14 Baucar Bayaran P10 15 Repot Polis Pemandu Defendan (JLY 9972) D11 FAKTA KES: A.VERSI PLAINTIF [4] Pada 4.12.2016 lebih kurang jam 11.15 malam, SP2 bersama pasukan sedang dalam tugas rasmi memandu kenderaan pasukan PDRM No. Pendaftaran WA2158X (MPV JOH 73) jenis Proton Preve (Selepas ini disebut Motorkar PDRM tersebut) telah menerima panggilan set walkie-talkie dari Balai Polis Kangkar Pulai yang meminta SP2 bersama pasukan dari Taman Pulai Mesra, Bandar Baru Kangkar Pulai menuju ke Flat Nuri A2 Kangkar Pulai berikutan terdapat aduan cubaan mencuri motosikal. [5] Apabila Motorkar PDRM tersebut sampai di KM 26 Jalan Johor Bahru – Pontian iaitu di kawasan lampu isyarat simpang empat, sebuah motorkar No. Pendaftaran JLY 9972 jenis Mercedes Benz (Selepas ini disebut Motorkar Defendan) yang dipandu oleh SD1 telah melanggar bahagian belakang sebelah kiri Motokar PDRM tersebut. Akibat dari perlanggaran tersebut, Motokar PDRM tersebut mengalami kerosakan. Menurut SP2, ketika itu Motorkar PDRM tersebut telah bergerak perlahan dengan memasang lampu beacon (biru,merah,oren) dan siren meminta pengguna jalanraya untuk memberikan laluan. Tiba-tiba datang jauh dari arah sebelah kiri dengan laju Motorkar Defendan telah melanggar belakang Motorkar PDRM tersebut menyebabkannya berpusing sebanyak dua kali lalu naik di atas batu penghadang jalan. B. VERSI DEFENDAN [6] Defendan mendakwa sewaktu kejadian, SD1 sedang memandu lurus kerana lampu isyarat berwarna hijau dan tiba-tiba Motorkar PDRM tersebut datang dari simpang sebelah kanan bergerak lurus dan masuk ke jalan SD1. SD1 cuba menekan brek dan elak tetapi terlanggar juga dengan Motorkar PDRM tersebut di bahagian belakang sebelah kiri. PRINSIP UNDANG-UNDANG: [7] Adalah menjadi prinsip undang-undang mantap bahawa onus probandi kecuaian kes ini pada tahap imbangan kebarangkalian di bahu Plaintif selaras seksyen 101 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan seperti berikut:
101
Beban membuktikan
1
Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang, dengan bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
2
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu. [8] Ong CJ (ketika itu) di Mahkamah Persekutuan ketika membuat keputusan dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151 : “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence. Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself”. Dalam kes ini,memandangkan rayuan hanya melibatkan isu liabiliti,maka berikut dapatan Mahkamah bagi isu tersebut sahaja. PENILAIAN MAHKAMAH:
a
(A) ISU LIABILITI
i
SAMA ADA PLAINTIF MEMPUNYAI HAK KEUTAMAAN LALUAN KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI [9] Puan Peguam Persekutuan terpelajar berhujah bahawa pada tarikh kemalangan iaitu pada 04.12.2016, SP2 sedang dalam tugas rasmi untuk respon kepada arahan yang diterima dari Balai Polis Kangkar Pulai kerana terdapat aduan berkenaan cubaan mencuri motosikal oleh sekumpulan India di Flat Nuri A2 Kangkar Pulai. Oleh itu, tindakan Motorkar PDRM tersebut yang dipandu oleh SP2 pada masa kemalangan adalah terjumlah maksud Seksyen 19, Seksyen 20 Akta Polis 1967 (Disemak 1988) Akta 344 s dan Rule 9 Road Traffic Rules 1959 LN 166/1959. [10] Mahkamah meneliti isu tersebut dengan merujuk kepada keterangan SP2 seperti berikut: “PD: Macam mana En minta bantuan daripada pengguna jalan raya yang lain? ADRIAN: Dengan menyalakan lampu beacon biru,merah,oren dan membuka siren mengatakan minta laluan kepada pengguna jalan…” (Rujuk NK m/s 22) [11] Mahkamah juga berpendapat tiada sebab untuk SP2 mereka-reka keterangannya kerana SP2 telah dianggap menjalankan tugas rasminya menurut peraturan kecuali dibuktikan sebaliknya selaras di bawah Seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950. Defendan gagal mengemukakan sebarang keterangan yang boleh mengakas anggapan keterangan tersebut. Malah, jika SP2 dikategorikan sebagai saksi yang berkepentingan sekalipun,Mahkamah mendapati wujudnya keterangan sokongan seperti siasatan SP1 dan Laporan Polis SP2 yang dapat menyokong versi Plaintif tersebut. Oleh itu,keterangan SP2 adalah diterima oleh Mahkamah. [12] Soalan selanjutnya adalah sama ada Motorkar PDRM tersebut terjumlah di dalam skop Seksyen 19, Seksyen 20 Akta Polis 1967 (Disemak 1988) Akta 344 dan Rule 9 Road Traffic Rules 1959 LN 166/1959? Dalam mempertimbang isu ini,adalah elok untuk Mahkamah membentangkan peruntukan-peruntukan tersebut sebagai panduan:
i
Seksyen 19 Akta Polis 1967 (Disemak 1988) Akta 344 memperuntukkan bahawa sebagai seorang anggota polis adalah dianggap sentiasa berada dalam tugas rasmi dan sekiranya mempunyai keperluan bertindak pada situasi-situasi tertentu, anggota polis tersebut hendaklah bertindak sewajarnya mengikut keperluan serta tuntutan situasi tersebut tanpa perlu mendapatkan arahan daripada anggota atasan. [13] Merujuk seksyen 19 di atas,adalah jelas bahawa sebagai anggota polis,SP2 dan pasukannya sememangnya dianggap siapsiaga berada dalam tugas rasmi dan perlu bertindak sewajarnya dalam situasi-situasi tertentu.Apabila dikaitkan dalam kes semasa,Motorkar PDRM tersebut dipandu oleh SP2 ketika sedang rondaan dan diminta ke Flat Nuri A2 Kangkar Pulai yang sememangnya terjumlah maksud Seksyen 19 Akta Polis 1967 (Disemak 1988) Akta 344.
II
(ii) Seksyen 20 Akta Polis 1967 (Disemak 1988) Akta 344 Memperuntukkan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:- • Menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap; • memproses risikan keselamatan; • menjalankan pendakwaan; • memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran; • memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan; • melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten; • mempamerkan maklumat; • melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya; • menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam; • memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta; • melindungi harta awam daripada hilang atau rosak; • menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan • menjaga ketenteraman di dalamnya dan • mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis. [14] Berdasarkan peruntukan di atas,Mahkamah berpendapat ketika kemalangan SP2 dan pasukannya sedang dalam perjalanan memberikan bantuan dalam melindungi harta orang setelah menerima aduan tentang cubaan mencuri motosikal oleh sekumpulan India di Flat Nuri A2 Kangkar Pulai dan jika perlu menangkap mana-mana suspek maka ianya sememangnya terjumlah dalam maksud Seksyen 20 Akta Polis 1967 (Disemak 1988) Akta 344.
III
(iii) Rule 9 Road Traffic Rules 1959 LN 166/1959
1
Any ambulance, fire engine, customs vehicle or police vehicle, prison vehicle shall when on urgent duty have the right of way over all other traffic if it makes known its approach by means of sounding of a distinctive siren, bell or two-tone horn: Provided that such priority shall not be held to relieve the driver of such vehicle of his liability under the civil law or the provisions of any law relating to dangerous, careless or inconsiderate driving.
2
All other traffic shall on being warned as aforesaid of the approach of any ambulance, fire engine, customs vehicle or police vehicle, prison vehicle draw in as close as possible to the left-hand side of the road and all vehicles shall then be brought to a standstill to allow a clear passage for such ambulance, fire engine, police vehicle or prison vehicle. [15] Berdasarkan peraturan di atas, adalah jelas menjadi tanggungjawab pemandu Motorkar PDRM tersebut memberikan bunyi siren,loceng,atau bunyi 2 ton hon sewaktu diberikan hak keutamaan melalui jalan tersebut oleh kenderaan-kenderaan lain. Walau bagaimanapun peraturan tersebut juga memperuntukkan bahawa hak keutamaan tersebut bukanlah sebagai tiket melepaskan liabiliti pemandu Motorkar PDRM tersebut apabila melibatkan isu pemanduan yang berbahaya,cuai ataupun pemanduan yang tiada pertimbangan. [16] Berbalik kepada fakta kes ini,Plaintif berjaya membuktikan SP2 telah membuka lampu beacon dan membunyikan siren ketika itu sepertimana telah dinyatakan sebelum ini. Mahkamah berpandangan dalam menjalankan tugas rasmi tersebut, SP2 turut memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk memastikan keadaan jalan raya sekeliling adalah selamat untuk dipandu dan dilaluinya kerana lampu merah masih di laluannya. Mahkamah mendapati Motokar PDRM tersebut telah membuat halangan ke atas laluan utama Defendan-Defendan pada masa lampu isyarat berwarna hijau . [17] Sepertimana dijelaskan oleh SP1 seperti berikut: PD: Okay,untuk makluman Puan,dari segi siasatan saya kedua-dua mempunyai kesalahan dan dua-dua pihak mempunyai benda yang betullah.Merujuk kepada kesalahan,dari segi kita merujuk kepada kesalahan kenderaan pasukan, dia telah melanggar lampu merah.Walau bagaimanapun, dari segi kebaikannya atau mengikut undang-undang yang telah ditetapkan,walaupun lampu merah,kita mempunyai kuasa untuk melanggar lampu merah dengan memasang lampu beacon dan juga sirenlah.Okay,untuk pemandu motorkar awam,kesalahan dia adalah memandu secara laju di kawasan simpang empat lampu isyarat Puan dan untuk benda yang betul pula adalah mengikut laluanlah,lampu hijau”. (Rujuk NK m/s 8) [18] Mahkamah juga mendapati SP2 sendiri mengesahkan bahawa jika Motorkar PDRM tersebut dipandu lebih laju oleh beliau maka kemalangan akan dapat dielakkan. Keterangan SP2 seperti berikut: “Rafiq: Jika kelajuan saya melebihi 10km/h kemungkinan besar saya tidak akan kena langar.Kenderaan polis tidak akan kena langgar.” (Rujuk NK m/s 25) [19] Malah,hasil siasatan SP1 juga mendapati SP2 telah nampak Motorkar Defendan pada jarak yang selamat iaitu 50 hingga 60 meter lagi seperti berikut: “ So Inspektor ada tanya tak dengan anggota ini berapa jauh dia nampak kereta itu? PD: Mohon rujuk IP Puan Ada Puan,dari jarak 50 ke 60 meter”. (Rujuk NK m/s 9) [20] Hal ini bermaksud SP2 dalam keadaan sedar dan tahu apakah langkah selamat yang boleh diambil pada masa tersebut untuk mengelak kemalangan daripada terjadi. SP2 juga sememangnya sedar bahawa Motorkar PDRM tersebut masih keadaan berbahaya kerana sedang memandu ketika lampu isyarat masih merah di laluannya. Namun SP2 gagal bertindak secara munasabah dan tidak cekap mengikut situasi pada ketika itu. Oleh itu,Mahkamah boleh menyimpulkan SP2 juga telah menyumbang cuai dalam kes ini. [21] Di pihak Defendan pula, Mahkamah mendapati SD1 tidak wajar untuk memandu pada kelajuan yang tinggi iaitu mencecah 80km/j sepertimana menurut siasatan SP1 kerana ianya melibatkan simpang empat berlampu isyarat. Keterangan SP1 seperti berikut: “…Untuk makluman Yang Arif,untuk kenderaan pasukan adalah pergerakan kelajuan 10km/h manakala untuk Mercedes kereta awam adalah 80km/h…” (Rujuk NK m/s 8) [22] Walaupun SD1 menafikan tahap kelajuan tersebut, namun siasatan SP1 tersebut adalah konsisten dengan impak hentaman yang kuat ke atas Motorkar PDRM tersebut.Rujuk keterangan SP1 dalam NK m/s 13 seperti berikut: “Berdasarkan kepada kerosakan yang kita lihat pada kenderaan pasukan,dia lebih teruk di bahagian belakang sebelah kiri.Jadi ini jelas bahawa kenderaan yang menerima impak itu,dia memang dia bawa perlahanlah Puan berbanding kenderaan yang memberi impak,dia bawa lajulah”. [23] Hujahan peguamcara Defendan yang terpelajar bahawa Motorkar PDRM tersebut telah dipandu sebenarnya lebih laju kerana telah berpusing 2 kali selepas dilanggar oleh motorkar SD1 hendaklah ditolak kerana keadaan tersebut disebabkan oleh faktor satu hentaman yang sangat kuat daripada luar dan ditambah lagi dengan daya kekuatan jenis dan model motorkar SD1 yang jauh lebih baik berbanding Motorkar PDRM tersebut. [24] Sebaliknya, jika SD1 memandu lebih perlahan, maka pada hemah Mahkamah, SD1 berpeluang mengambil langkah-langkah keselamatan seperti membrek lebih awal,brek dapat mencengkam dengan baik dan dapat mengelak daripada melanggar Motorkar PDRM tersebut. Sebarang kemungkinan diduga boleh berlaku di kawasan simpang empat berlampu isyarat seumpama itu jika SD1 mengambil berat tentang keselamatan kenderaannya dan pengguna jalan raya lain kerana boleh menjangkakan seperti berlakunya kerosakan pada lampu isyarat,pejalan kaki melintas jalan, kecemasan oleh kenderaan pihak-pihak berkuasa dan lain-lain. Namun, SD1 telah cuai kerana gagal memikirkan akan faktor-faktor tersebut ketika pemanduan. [25] Terdapat juga isu bahawa SD1 tidak nampak Motorkar PDRM tersebut kerana tidak mendengar siren dan tiada lampu beacon pada masa itu. Namun,malangnya keterangan SD1 tersebut adalah goyah kerana tidak ada disokong oleh mana-mana keterangan bebas yang lain. Berbanding pula keterangan SP2 adalah disokong dengan siasatan pegawai penyiasat SP1 dan Repot Polis SP2 dan yang jelas menunjukkan sebagai anggota polis adalah satu prosedur SOP untuk membuka siren dan lampu beacon setiap kali menjalankan tugas rasmi kecemasan.Malah, dalam siasatan SP1 mengesahkan SD1 nampak pergerakan Motorkar PDRM dari kiri ke kanan seperti berikut: “FC: Dengan izin Puan,baik Inspektor sebentar tadi Peguam tadi ada cadangkan kepada Inspektor heh,sekiranya lampu beacon motorkar polis ini dibuka,mesti motorkar awam akan nampak dan Inspektor jawab tidak setuju.Inspektor boleh jelaskan tak? ADRIAN:
Preamble
Mengikut keterangan daripada pemandu motorkar awam,semasa statement diambil,beliau mengatakan beliau nampak pergerakan motorkar pasukan ini dari arah kanan menghala ke kiri.Ini jelas beliau ada nampak beacon light atau dengar bunyi siren Puan sebab dia nampak pergerakan kenderaan dari kanan ke sebelah kiri.” (Rujuk NK m/s 13) [26] Bukan itu sahaja,bahkan keadaan lampu jalan juga adalah berfungsi baik pada malam kejadian. Hatta, jika SD1 tidak memandu laju maka kemalangan sudah tentu dapat dielakkan kerana SD1 berpeluang melihat ke hadapannya untuk mengesan sebarang kehadiran kenderaan lain termasuklah Motorkar PDRM tersebut pada jarak yang baik dan selamat.Adalah menjadi satu perkara yang biasa kita dapat perhatikan di atas jalan raya sikap kebanyakan pengguna jalan raya apabila lampu isyarat berwarna hijau maka mereka lebih mudah menekan minyak supaya dapat mengejar lampu hijau daripada bertukar merah untuk elak memberhentikan kenderaan mereka di simpang empat sedangkan banyak lagi faktor keselamatan yang perlu dipertimbangkan sewaktu itu. Sebagaimana siasatan SP1 mendapati seperti berikut: “…Dalam rakaman percakapan beliau mengatakan beliau telah mengejar lampu hijau”.(Rujuk NK m/s 8) [27] Mahkamah mendapati juga menurut SP2, kenderaan-kenderaan lain pada masa itu telahpun memberikan laluan kepada Motorkar PDRM tersebut kecuali Motorkar SD1 (Rujuk NK m/s 26). Keterangan SP2 ini adalah lebih dipercayai dan kredible kerana Motorkar PDRM tersebut telahpun hampir melepasi jalan raya tersebut kerana kesan hentaman adalah di bahagian belakang sebelah kiri Motokar PDRM tersebut.Kesan hentam pada gambar-gambar kerosakan iaitu P3(a-k) dan P6(a-f) adalah bukti keterangan bebas yang menunjukkan Motorkar PDRM tersebut sememangnya telah berada di kepala simpang sebelum perlanggaran berlaku. [28] Pada hemah Mahkamah, jika kedudukan Motokar PDRM tersebut baru memasuki jalan raya tersebut ataupun sedang berada di tengah-tengah simpang sepenuhnya,maka sudah tentu impak kemalangan akan berada di bahagian hadapan atau bahagian tengah badan Motorkar PDRM tersebut. Rajah Kasar P1 juga sepertimana ditandakan oleh saksi-saksi Plaintif juga jelas menunjukkan kedudukan Motorkar PDRM tersebut telah berada di kepala simpang. Sebagaimana diputuskan dalam kes Lee Ewe Teik v. Ariffin Hussain [1990] 2 CLJ 191 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- "In the instant case, the photographs, plans and measurements of the scene and the nature of the damage to each vehicle must provide the most reliable guides to which the version of P and the driver of the motor/lorry can be tested." [29] Oleh yang demikian,versi Plaintif adalah lebih boleh dipercayai dan kredible berbanding versi Defendan-Defendan. Berdasarkan dapatan-dapatan di atas, Mahkamah berpuas hati dan memutuskan atas imbangan kebarangkalian Plaintif berjaya membuktikan kes terhadap Defendan-Defendan dengan liabiliti kecuaian dibahagikan kepada 30% ke atas Plaintif dan 70% adalah ke atas Defendan-Defendan. [30] Tuntutan Ganti rugi Khas Plaintif (atas liabiliti 100%) dibenarkan iaitu kos pembaikan kenderaan WA 2158 X sebanyak RM 30,263-00 di mana kiraan faedah seperti berikut:
i
(i)Atas Ganti Rugi Khas sebanyak 2.5% setahun dari tarikh kemalangan hingga tarikh Penghakiman;
III
(iii)Atas Jumlah Penghakiman sebanyak 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad Dan selanjutnya kos adalah mengikut skala.Curia Advisari Vult. Bertarikh: 10 September 2024. NOORFAZLIN BINTI HAMDAN Majistret, Mahkamah Majistret Sivil 1 Johor Bahru PIHAK-PIHAK: 1) Puan Nur Najihah binti Hamidi dari Pejabat Penasihat Undang Undang Negeri Johor,Jabatan Peguam Negara-Peguam Persekutuan bagi Plaintif 2) Puan Nurul Hidayah binti Muhamad dari Tetuan Michael Teoh, Balan & Ida Zura – Peguamcara bagi Defendan-Defendan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.