(M) Sdn Bhd & Ors [1995] 1 LNS 326; [1996] 1 MLJ 165, Zakaria Yatim J (as he then was) stated that 'it was proper for the plaintiff not to issue execution when the third defendant was making payments'. However, the fact that the application was made within the 12-year period as prescribed by s. 6(3) of the Limitation Act 1953 for the bringing of an action upon a judgment is not a sufficient ground for granting of leave as the right to sue on a judgment is distinct from the right to issue execution". [18] Dalam kes Tenaga National v. Normala binti Mohd Yatim [2017] 1 LNS Mahkamah telah berucap seperti berikut: “It is trite principle that the discretion whether to grant leave to the successful party to execute the judgment after the expiry of 6 years from the date of judgment rests entirely with the Court which would grant leave as long as it is satisfied that the party remains entitled to execute it and has sufficiently explained the delay…” [19] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa di bawah kuasa yang diberikan kepadanya, Mahkamah mempunyai budi bicara di dalam membenarkan permohonan di bawah Aturan 46 Kaedah 3 KKM S/N /yIQCwjAVEukceIvTdwcqA 2012 setelah berpuas hati akan penjelasan Plaintif sebab kepada penangguhan itu. [20] Selain dari apa yang ditegaskan di atas, jumlah yang dituntut oleh Plaintif ialah cukai yang gagal dan tidak dibayar oleh Defendan-Defendan kepada kerajaan Malaysia dan merupakan hutang yang wajib dibayar oleh Defendan-Defendan seperti yang dinyatakan pada seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967. “103. (1) Except as provided in subsection (2), tax payable under an assessment for a year of assessment shall be due and payable on the due date whether or not that person appeals against the assessment. [21] Plaintif juga telah menghantar beberapa siri surat dan peringatan kepada Defendan. Cukai ini yang masih belum dibayar sepenuh oleh Defendan-Defendan adalah cukai tambahan bagi tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012. Pada setiap masa Defendan-Defendan sememangnya mengetahui bahawa terdapat cukai tambahan yang dibangkitkan ke atasnya dan satu Penghakiman Terus telah direkodkan ke atasnya. Walaubagaimanapun, setelah lebih 6 tahun berlalu, jumlah tuntutan ini masih belum dilunaskan oleh pihak Defendan meskipun beberapa aturan bayaran telah dibuat di antara pihak-pihak. [22] Mahkamah merujuk kepada kes PUBLIC BANK BERHAD V CHOU KEY WAI & ORS [2017] 1 LNS 1633 dimana Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa: S/N /yIQCwjAVEukceIvTdwcqA “That Notwithstanding, I observed that the Defendants were always disinterested by not responding to the Plaintif at all since the writ of summons was served right till the demand to settle the balance of the default judgment was also served upon them..I know it involves the exercise of judicial discretion but to deny leave would to me penalizing the Plaintiff…. [23] Mahkamah berpendapat bahawa bahawa Plaintif sebagai pihak yang mempunyai hak untuk mendapatkan kembali jumlah cukai yang tertunggak melalui sivil prosiding seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 106(1) Akta Cukai Pendapatan 1967. “Tax due and payable may be recovered by the Government by civil proceedings as a debt due to the Government”. [24] Selain daripada itu, Mahkamah merujuk kepada seksyen 33 Akta Had Masa 1953, yang mana seksyen ini dengan jelas menyatakan bahawa tiada had masa bagi prosiding oleh Kerajaan untuk mendapatkan apa-apa cukai, duti atau bunga baginya atau bagi apa-apa prosiding. “(1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Akta ini dan tanpa menjejaskan peruntukan seksyen 3 Akta ini, Akta ini hendaklah terpakai bagi S/N /yIQCwjAVEukceIvTdwcqA prosiding oleh atau terhadap Kerajaan sama caranya seperti ia terpakai bagi prosiding di antara rakyat dan bagi maksud Akta ini suatu prosiding dengan cara petisyen hak hendaklah disifatkan sebagai bermula pada tarikh petisyen itu diserahkan….” [25] Sehubungan dengan itu, cukai yang dituntut ini adalah suatu hutang yang perlu dan wajib dibayar oleh Defendan-Defendan tanpa sebarang had masa ditetapkan seperti mana yang dinyatakan di bawah seksyen 33 Akta tersebut. Defendan-Defendan perlu bertanggungjawab terhadap pembangunan Malaysia dan sepatutnya membayar cukai yang tertunggak ini. Tindakan Defendan-Defendan yang tidak pernah membuat bayaran kepada Plaintif walaupun tiada sebarang rayuan yang dibuat terhadap taksiran yang dikenakan terhadapnya adalah satu tindakan yang tidak wajar. Mahkamah merujuk kepada kes TENAGA NASIONAL V NORMALA BINTI MOHD YATIM [2017] 1 LNS 1371 di mana Hakim memutuskan bahawa: “Equally important is that it cannot be disputed that to date the judgment against the 1st Defendant remains unsatisfied. Hence, the element of severe prejudice to P if it is denied leave to enforce a valid judgment must be given due consideration as the delay, if any, is far from excessive. There was no evidence of the Defendants having made any effort or attempt to settle the judgment sum at any instance. The prejudice, under the present circumstances, would be occasioned only to P should leave not be granted as sought.” S/N /yIQCwjAVEukceIvTdwcqA [26] Seterusnya, seksyen 6(3) Akta Had Masa 1953 dengan jelas menyatakan bahawa: “(3) Sesuatu tindakan ke atas apa-apa penghakiman tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh penghakiman itu boleh dikuatkuasakan dan tiada apa-apa tunggakan bunga mengenai apa-apa hutang penghakiman boleh didapatkan kembali selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh bunga itu kena dibayar.” [27] Justeru, Mahkamah berpendapat bahawa pada setiap masa material perintah perlaksanaan ini tidak memprejudiskan Defendan kerana faedah sebanyak 5% setahun telah terhenti pada 26 Januari 2023 setelah tempoh masa enam tahun tamat dan oleh kerana tempoh 12 tahun masih lagi belum tamat, oleh Plaintif sebagai pihak yang mempunyai hak untuk melaksanakan Penghakimannya dan mendapatkan kembali cukai yang tertunggak adalah berhak untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk meneruskan tindakan perlaksanaan Penghakiman (rujuk kes Kerajaan Malaysia v. Central Strata Sdn. Bhd. [2019] 1 LNS 624). KESIMPULAN [28] Berdasarkan kepada dapatan-dapatan di atas dan bersandarkan autoriti-autoriti yang telah dirujuk, Mahkamah ini memutuskan bahawa Notis Permohonan ini telah difailkan secara teratur sepertimana yang S/N /yIQCwjAVEukceIvTdwcqA dinyatakan di bawah Aturan 46 Kaedah 3 KKM 2012 dan membenarkan permohonan Plaintif melalui Lampiran 20 tanpa perintah atas kos. Tarikh: