Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA NO. GUAMAN SIVIL: DA-21NCvC-24-12/2020 ANTARA KERAJAAN MALAYSIA … PLAINTIF DAN YU GIM SAN (NO. K/P: 570304-03-5611) … DEFENDAN
DA-21NCvC-24-12/2020
High Court of Malaysia5 Dec 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“1975] 1 MLJ 276 yang menyatakan seperti berikut; “When proceedings are commenced under O. 14 the normal rules for triable issues do not apply to cases of this nature because of the provisions of the Income Tax Act. Normally when defence raised triable issues it is a rule of law that unconditional leave to defend should”
““[7] The general rule is that an appeal shall not operate as a stay of execution unless the Court so orders. Accordingly, as Brown J said in Serangoon Garden Estate Ltd v. Ang Keng [1953] 1 LNS 98; [1953] MLJ 116 while commenting on the discretion to grant a stay: But it is a clear principle that the court will not dep”
“berikut; “I agree with the learned Lord President that this appeal should be dismissed with costs. There is a string of decided cases (ABC v. The Comptroller of Income Tax, Singapore [1959] 1 LNS 1; [1959] MLJ 162 166; Comptroller of Income **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document”
“ingapore [1959] 1 LNS 1; [1959] MLJ 162 166; Comptroller of Income **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 Tax v. RST [1962] 1 LNS 217; [1962] MLJ 216; Comptroller of Income Tax v. A Co Ltd [1966] 1 LNS 43; [1966] 2 MLJ 282 284; Comptroller of Income Tax v. A”
“na ia melibatkan Kerajaan Malaysia yang pastinya mempunyai kapasiti kewangan untuk mengembalikan wang Def. [27] Di dalam kes Government of Malaysia v. Mohd Najib bin Haji Abd Razak [2020] 1 LNS 523; [2020] MLJU 677 berkaitan isu yang sama telah diputuskan: "[31] This Court opined that the Defendant's fear of losing is”
“elah merujuk Mahkamah ini ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying [2006] 3 CLJ 544 dan Treasury Wine Estate Vintners Ltd & anor v PL Bintang Emas Sdn Bhd [2021] LNS 2423. Kedua-dua kes tersebut Mahkamah menegaskan berkenaan beban ke atas Plf untuk membuktikan satu tuntutan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA NO. GUAMAN SIVIL: DA-21NCvC-24-12/2020 ANTARA KERAJAAN MALAYSIA … PLAINTIF DAN YU GIM SAN (NO. K/P: 570304-03-5611) … DEFENDAN
1
Kes ini melibatkan 2 permohonan yang berasingan. Permohonan pertama adalah oleh Plaintif (Plf) bagi satu Penghakiman Terus dimasukkan iaitu di K19 dan permohonan kedua adalah oleh Defendan (Def) di K27 untuk menggantung prosiding ke atas Def oleh Plf di dalam tindakan utama sehingga keputusan penuh dan muktamad rayuan Def kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) terhadap notis-notis taksiran tambahan yang dituntut oleh Plf terhadap Def yang merupakan subjek di dalam tindakan ini. 24/07/2023 10:52:14 DA-21NCvC-24-12/2020 Kand. 48
2
Tindakan utama Plf ke atas Def adalah berkaitan tuntutan Plf ke atas jumlah cukai yang masih terhutang dan genap masanya sebanyak RM 4,076,181.41. Plf telah memfailkan Writ Saman (K1) dan Pernyataan Tuntutan (K2) manakala Def telah memfailkan Pembelaan (K17). Jawapan ke atas Pembelaan (K18) telah turut difailkan oleh Plf.
3
Berlanjutan itu, Plf telah memfailkan Notis Permohonan di bawah Aturan 14 Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) bagi satu penghakiman terus dimasukkan (K19). Permohonan tersebut disokong oleh Afidavit Sokongan di K20. Def turut telah memfailkan Afidavit Jawapan di K21 manakala Afidavit Balasan Plf adalah di K24. Bagi K19, hujahan-hujahan telah difailkan, namun Plf telah memfailkan K27 untuk menggantung kesemua prosiding.
4
Sehubungan dengan itu, Mahkamah telah menimbang dan memutuskan terlebih dahulu K27 sebelum menimbang dan memutuskan K19.
5
Bagi maksud K27, isu-isu yang dibangkitkan untuk pertimbangan Mahkamah adalah seperti berikut:
a
sama ada K27 adalah cacat kerana Def gagal untuk menyatakan peruntukan kaedah KKM 2012 yang berkaitan;
b
sama ada Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk menangguhkan prosiding; dan
c
sama ada Def telah membuktikan wujudnya keadaan-keadaan khas Analisis dan dapatan Mahkamah bagi K27 Isu (a); sama ada K27 adalah cacat kerana Def gagal untuk menyatakan peruntukan di bawah KKM 2012 yang berkaitan [6] Peguam Plf telah membangkitkan bantahan awal ke atas K27 yang difailkan oleh Def yang dikatakan cacat serta tidak sah di atas alasan K27 tersebut gagal untuk menyatakan peruntukan yang berkaitan di bawah KKM 2012 yang diasaskan untuk memohon perintah penangguhan prosiding. Peguam Plf merujuk kepada kes Wagon Engineering Sdn Bhd v Sulaiman Buloh Semenanjung Enterprise Sdn Bhd [1988] 2 CLJ 533 yang menyatakan: “Out the outset, I need to point out that it is very important that the plaintiff should state categorically under which Order or Rule of the Rules of the High Court that it is proceeding with, so as to give the defendant due notice of the nature of the application to enable it to direct its mind as to the issues that are really in dispute. The plaintiff should elect whether it wished to proceed under O. 18 r. 19 or under O. 14, but it cannot proceed on both.” [7] Peguam Def sebaliknya menghujahkan bahawa kesilapan ini hanyalah merupakan kesilapan teknikal dan membawa perhatian Mahkamah ke atas Aturan 1A KKM 2012 di mana Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada kepentingan utama keadilan dan tidak hanya kepada ketidakpatuhan teknikal. [8] Di dalam kes Thiruchelvasegaram Manickavasegar v. Mahadevi Nadchatiram (No. 2) [2002] 1 CLJ 609, Mahkamah turut berhadapan dengan situasi yang sama dan Abdul Malik Ishak HMT (pada ketika itu) menyatakan; “Incidentally, it would be pertinent to point out that the defendant in her notice of motion for a stay in encl. 257 failed to state under which statutory provisions or under which provisions of the law she applied for a stay. This was certainly a basic requirement which the defendant should fulfil. In Halsbury's Laws of England, 4th edn, vol. 37, para. 439, the learned authors said: In all cases, the grounds on which the application is made must be clearly specified, stating whether it is made under a particular statute or rule of court or the court's inherent jurisdiction or a combination of these. and the failure on the part of the defendant to specify the relevant provisions of the law in encl. 257 must necessarily give rise to one eventuality the dismissal of encl. 257 with costs to be taxed.” [9] Secara amnya, KKM 2012 tidak mensyarat sebarang notis permohonan interlokutori menyatakan peruntukan khusus sesuatu permohonan. Ia tidak sepertimana Aturan 7 Kaedah 1A KKM 2012 yang mensyaratkan Saman Pemula menyatakan dalam huraiannya mana-mana peruntukan KKM 2012 atau apa-apa undang-undang bertulis di bawah mana ianya diusulkan (rujuk; Ung Goh Guan & Anor v. Chan Eng Hooi (as executor of the estate of Chan Chin Kim, deceased) & Ors and another appeal [2010] 1 LNS 1208; [2011] 4 MLJ 585 dan Cheow Chew Khoon (t/a Cathay Hotel)v. Abdul Johari bin Abdul Rahman [1995] 4 CLJ 127; [1995] 1 MLJ 457). [10] Dalam apa jua keadaan, Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Def bahawa kes-kes yang dirujuk oleh Plf berkaitan isu ini adalah sebelum wujudnya Aturan 1A KKM 2012. Di bawah Aturan 1A KKM 2012, Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada kepentingan utama keadilan dan tidak hanya kepada ketidakpatuhan teknikal ke atas KKM 2012. Ini diperkuatkan lagi oleh Aturan 92 Kaedah 4 yang menegaskan bahawa KKM 2012 tidak menghadkan atau menjejaskan kuasa sedia ada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah untuk mencegah ketidakadilan. [11] Tun Zaki Tun Azmi KHN di dalam kes Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj v. Datuk Captain Hamzah Mohd Noor & Another Appeal [2009] 4 CLJ 329 telah secara terperinci menyentuh pemakaian Aturan 1A KKMT [sekarang KKM 2012] apabila menyatakan: "[46] The technical non-compliance of any rule may be remedied where there is an accidental omission or oversight by a party. A general provision such as O. 1A RHC is for the court or judge to give heed to justice over technical non-compliance.." [12] Mahkamah berpandangan bahawa keperluan menyatakan peruntukan undang-undang yang dirujuk hanyalah bersifat teknikal. Ia tidak sewajarnya memprejudiskan hak Def untuk mendapatkan keadilan dari Mahkamah ini. Ia juga tidak di dalam mana-mana keadaan memberi kesan prejudis yang substantif ke atas Plf. [13] Sehubungan itu, Mahkamah memutuskan bahwa K27 adalah tidak cacat dan sah. Isu (b); sama ada Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk menangguhkan prosiding [14] Peguam Plf menghujahkan bahawa fakta yang tidak dipertikaikan di hadapan Mahkamah kini adalah cukai yang dituntut dari Def oleh Plf telah menjadi genap masanya dan kena dibayar dan ianya tidak tertakluk kepada rayuan oleh Def kepada PKCP. Tindakan Def untuk cuba menggantung prosiding ke atasnya adalah bertentangan dengan skim pungutan cukai seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 103 dan 106 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53). [15] Di dalam skim pungutan cukai, apabila sesuatu notis taksiran telah disampaikan kepada pembayar cukai, maka cukai yang ditaksirkan tersebut akan menjadi genap masanya dan kena dibayar serta perlu dibayar di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ia merupakan satu tuntutan statutori di mana pembayar cukai adalah berkewajipan untuk melunaskan cukai yang telah ditaksirkan tersebut (seksyen 103 Akta 53 dan rujuk Ta Wu Realty Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri & anor [2008] 6 CLJ 235). [16] Apabila ianya tidak dibayar maka ianya boleh dikutip oleh Kerajaan Malaysia melalui satu tindakan guaman sebagai satu hutang kepada Kerajaan. Malahan Mahkamah tidak dibolehkan untuk melayan sebarang permohonan oleh pembayar cukai untuk mempertikaikan jumlah cukai yang telah ditaksirkan (seksyen 106 Akta 53 dan rujuk Kerajaan Malaysia v Mudek Sdn Bhd [2017] 10 CLJ 158). [17] Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Plf berkaitan skima dan pemakaian Akta 53. Ini selari dengan apa yang dinyatakan oleh Hakim Suriyadi Halim Omar HMR (pada ketika itu) di dalam kes Ta Wu Realty (supra) seperti nerikut; "[7] Apart from lodging the relevant Form Q the appellant also made the first instalment payment as demanded by the assessment notice. It has to be clarified that a prompt payment to the Inland Revenue is not an indulgence on the part of tax payer but a statutory requirement. The law on this point is well established, as one the DGIR has made an assessment, and issued a notice of assessment to a taxpayer calling upon him to pay the tax mentioned, he must pay up the tax liability within a specific period, even though dissatisfied with the assessment. Whether the assessment is right or wrong the tax must be paid notwithstanding any objection or appeal (C.I.R v. Weng Loke Mining Co. Ltd. [1969] 1 LNS 32; [1969] 2 MLJ 98). Any reluctance to pay that tax liability will attract a penalty imposed for late payment; under s. 103(4) a penalty of 10% on the unpaid tax if remains unpaid within 30 days of receipt of the assessment and another 5% for the balance under s. 103(5) if remains unpaid within 60 days..." [18] Pendirian yang sama dibuat oleh Hakim Ahmad Bache HMT di dalam kes Government of Malaysia v Mohd Najib Abd Razak [2021] 1 LNS 860 apabila beliau telah membuat rujukan ke atas kes-kes duluan sebelum merumuskan; “It can be gleaned from the highest authorities above, amongst others that the tax recovery scheme works within the general principle of "pay first and talk later". This was reiterated in the Federal Court case of Arumugam Pillai v. Government of Malaysia [1980] 1 LNS 3; [1980] 2 MLJ 283, where the Federal Court explained the "pay first, talk later/afterwards principle" and held: "The tax legislation clearly intends that the tax as assessed should first be paid and therefore makes provisions that such part of the tax paid as shall be determined at the final "accounting" to be not due and payable shall be refunded. This provision of "pay first and talk afterwards" may be arguably a harsh one but it is an intentional provision of the legislature, having regard to the incidence of tax evasion." [19] Namun persoalannya adakah seksyen 106 Akta 53 ini menghalang budi bicara Mahkamah untuk memberi perintah pergantungan apabila pembayar cukar telah merujuk kesnya ke PKCP untuk mempertikaikan jumlah cukai yang telah ditaksirkan sepertimana di dalam kes ini. Mahkamah mendapati, Akta 53 secara amnya tidak menyatakan sebarang halangan ke atas bidangkuasa Mahkamah. [20] Namun bagi maksud menjawab persoalan ini, Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung melalui penghakiman Hakim Edgar Joseph Jr HMP di dalam kes Kerajaan Malaysia v Jasanusa Sdn Bhd [1995] 2 CLJ 701 yang telah memutuskan; "With respect, in our view, neither s. 103 (l) nor s. 106 (3), bars a Court, in appropriate circumstances, from exercising its inherent powers of granting a stay, even in a tax case. (See Supreme Court decision in Chong Woo Yit v. Government Of Malaysia [1989] 1 CLJ 9 (Rep), last para, per Gunn Chit Tuan CJ).” [21] Penghakiman ini menjelaskan bidangkuasa Mahkamah ini untuk melaksanakan budi bicara Mahkamah untuk memberi penangguhan dan sehubungan dengan itu, Mahkamah merumuskan bahawa Mahkamah ini di atas budi bicaranya, mempunyai bidangkuasa yang luas untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu rayuan yang telah dibuat oleh pembayar cukai. Isu (c); sama ada Def telah membuktikan wujudnya keadaan-keadaan khas [22] Namun bagi membolehkan Mahkamah ini membenarkan suatu penangguhan prosiding, undang-undang adalah mantap iaitu Def perlu menunjukkan kepada Mahkamah kewujudan keadaan-keadaan khas. Ini sepertimana yang telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2004] 4 MLJ 257 yang memutuskan sperti berikut; “The onus is on the applicants to demonstrate the existence of special circumstances to justify the grant of a stay of execution. The reasons must relate to the enforcement of the judgment. They must be deposed in the affidavit filed in support of the application (see Syarikat Berpakat v. Lim Kai Kok [1983] 1 MLJ 406)” [23] Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menentukan suatu keadaan khas telah diulas oleh Hakim Raja Azlan Shah (pada ketika itu) di dalam kes Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86 seperti berikut; "Special circumstances, as the phrase implies, must be special under the circumstances as distinguished from ordinary circumstances. It must be something exceptional in character, something that exceeds or excels in some way that which is usual or common". [24] Di dalam kes ini, alasan tunggal yang diutarakan oleh Def adalah sekiranya Def berjaya di dalam rayuannya di hadapan PKCP, maka ia akan menjadi tidak berfaedah lagi (nugatory). Malahan di dalam kes ini, menurut peguam Def, pihak PKCP telahpun menetapkan tarikh pendengaran iaitu pada 13/6/2023 dan 14/6/2023. Peguam turut berhujah bahawa kelewatan PKCP menetapkan tarikh pendengaran tidak sepatutnya dibebankan kepada Def kerana menurut peguam Def ianya di luar kawalan Def (rujuk; Cheng Woo Yit v Government of Malaysia [1989] 1 CLJ (Rep) 8). [25] Mahkamah berpandangan bahawa hujahan peguam Def bahawa jika rayuan akan berjaya akan menjadi satu yang tidak berfaedah adalah tersasar. Ini kerana sesuatu rayuan tidak sepatutnya secara automatik menjadikan ianya sebagai penggantungan prosiding. Di dalam kes Kosma Palm Oil (supra), Mahkamah Persekutuan telah menyentuh perkara ini apabila menyatakan; “[7] The general rule is that an appeal shall not operate as a stay of execution unless the Court so orders. Accordingly, as Brown J said in Serangoon Garden Estate Ltd v. Ang Keng [1953] 1 LNS 98; [1953] MLJ 116 while commenting on the discretion to grant a stay: But it is a clear principle that the court will not deprive a successful party of the fruits of his litigation until an appeal is determined, unless the unsuccessful party can shew special circumstances to justify it. [8] This is a re-statement of the common law rule explained in The Annot Lyle [1886] 11 PD 114 where Lord Esher MR said at p. 116: ... that an appeal shall be no stay of proceedings except the court may so order. We are asked to depart from this rule, although it is admitted that there are no special circumstances in this case which afford a ground for so doing. If in any particular case there is a danger of the appellants not being repaid if their appeal is successful, either because the respondents are foreigners, or for other good reason, this must be shewn by affidavit, and may form a ground for ordering a stay. To grant the present application would, in the absence of special circumstances, clearly be to act contrary to the provisions and intention of the Rules of Court.” [26] Mahkamah turut berpandangan bahawa kebimbangan Def untuk tidak dikembalikan wang yang telah dibayar turut tidak berasas. Ini kerana ia melibatkan Kerajaan Malaysia yang pastinya mempunyai kapasiti kewangan untuk mengembalikan wang Def. [27] Di dalam kes Government of Malaysia v. Mohd Najib bin Haji Abd Razak [2020] 1 LNS 523; [2020] MLJU 677 berkaitan isu yang sama telah diputuskan: "[31] This Court opined that the Defendant's fear of losing is with respect mere speculative and without lawful basis. In the Federal Court case of Asian Security Paper Mills Sdn Bhd lwn. Mitsui Sumitomo Insurance (Malaysia) Bhd [2008] 2 MLJ 137 the Court held that: "The respondent's fear that there was no prospect in recovering the money from the appellant in the event they were successful in the revision was mere speculative and an unfounded fear. The risk of the appellant's dissipation of the insurance money awarded was a universal risk regardless of whether the appellant was rich or poor and a universal risk was not a special circumstances." [32] It is obvious that the Defendant's fear are not well founded, as there is no judgment entered or bankruptcy proceeding instituted against the Defendant. The Defendant will still have all the opportunities to contest the bankruptcy proceeding, if any. Clearly, it is speculative and unfounded fear for the Defendant to assert to such argument as there is no bankruptcy proceeding instituted against him. In any event, execution is a normal process after obtaining the judgment and shall not constitute special circumstances. Kesimpulan bagi K27 [28] Mengambilkira keseluruhan pertimbangan ini, Mahkamah dengan ini menolak permohonan di K27 dengan kos sebanyak RM 2,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Kandungan 19 Fakta Ringkas [29] Secara faktanya, bagi tahun taksiran 2012 (Tambahan), 2013 (Tambahan), 2016 (Tambahan), 2017 (Tambahan) dan 2018 (Tambahan), Def telah ditaksirkan cukai berjumlah RM 2,465,557.38, RM 1,071,601.07, RM 20,636.10, RM 104,454.88 dan RM 43,504.18 melalui satu Notis bertarikh 28/10/2020 (Ekshibit RHA-1). Notis ini telah diserahkan kepada Def di alamat terakhirnya. [30] Def kemudiannya telah memfailkan rayuan ke atas Notis Taksiran ini kepada PKCP dan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Notis Taksiran ini telah diserahkan dan diterima oleh Def. Di dalam masa yang sama, Def juga telah membuat bayaran sebanyak RM 134.11 sebagai sebahagian bayaran cukai dengan mengambilkira lebihan kredit oleh pihak Def yang telah digunakan oleh pihak Plf sebagai sebahagian pembayaran cukai Def yang harus dibayar selari dengan peruntukan di bawah subseksyen 111(4A) Akta 53. [31] Oleh kerana Def masih lagi gagal membayar baki cukai pendapatan dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan di bawah seksyen 103 Akta 53 serta kenaikan sebanyak 10% dari jumlah RM 246,555.73, RM 107,160.10, RM 2,050.19, RM 10,445.48 dan RM 4,350.41 telah dikenakan dan ditambah ke atas baki cukai pendapatan yang masih tertunggak bagi tahun 2012, 2013, 2016, 2017 dan 2018 (Ekshibit RHA-2). [32] Def masih lagi gagal membayar kepada Plaintif jumlah cukai pendapatan yang masih tertunggak dan genap masanya termasuk kenaikan-kenaikan yang dikenakan yang kesemua berjumlah RM 4,076,181.41. Prinsip Penghakiman Terus di dalam tuntutan cukai pendapatan [33] Secara amnya, prinsip perundangan yang digunapakai di dalam sesuatu permohonan untuk penghakiman terus adalah terpakai bagi kes-kes tuntutan cukai pendapatan sepertimana di dalam kes ini. Perkara ini telah diputuskan oleh Mahkamah Agung di dalam kes Chong Woo Yit v Government of Malaysia [1989] 1 CLJ (Rep) 9 yang telah menerimapakai penghakiman Hakim Arulnandom HMT di dalam kes Government of Malysia v Abdul Rahman [1975] 1 MLJ 276 yang menyatakan seperti berikut; “When proceedings are commenced under O. 14 the normal rules for triable issues do not apply to cases of this nature because of the provisions of the Income Tax Act. Normally when defence raised triable issues it is a rule of law that unconditional leave to defend should be given but under s. 106(3) of the Income Tax Act it clearly states that in any proceedings commenced by the Government under s. 106(1) of the Act for the recovery of tax by civil proceedings as a debt due to the Government the Court shall not entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed. under appeal or incorrectly increased under s. 103(4) or (5).” [34] Perkara yang sama turut diterimapakai di dalam kes Government of Malaysia v Mohd Najib bin Hj Abdul Razak [2020] 12 MLJ 580. Isu yang perlu diputuskan [35] Bagi K19, berdasarkan hujahan-hujahan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa terdapat satu isu sahaja yang berbangkit iaitu sama ada pemfailan rayuan oleh Def kepada PKCP di bawah Akta 53 menunjukkan terdapatnya isu untuk dibicarakan dan oleh itu satu perbicaraan penuh perlu dilaksanakan. Analisis dan dapatan Mahkamah bagi K19 [36] Peguam Def menghujahkan bahawa rayuan di hadapan PKCP masih belum didengar dan oleh yang demikian, belum lagi wujudnya hutang kepada Plf. Ini kerana jumlah yang dituntut masih belum dimuktamadkan. Sebagai seorang Pembayar Cukai, Def dihujahkan harus diberi peluang untuk membuktikan bahawa cukai yang dituntut adalah tertunggak dan perlu dibayar. [37] Def telah merujuk Mahkamah ini ke atas keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying [2006] 3 CLJ 544 dan Treasury Wine Estate Vintners Ltd & anor v PL Bintang Emas Sdn Bhd [2021] LNS 2423. Kedua-dua kes tersebut Mahkamah menegaskan berkenaan beban ke atas Plf untuk membuktikan satu tuntutan yang jelas dan tidak boleh dinafikan. [38] Secara asasnya, undang-undang percukaian di negara ini memperuntukkan bahawa cukai pendapatan yang telah ditaksirkan menjadi genap dan kena dibayar tidak kira sama ada Def merayu ataupun tidak. Ini sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 103(2) Akta 53 dan Plf diberi kuasa di bawah seksyen 106(1) Akta 53 untuk menuntut cukai yang genap dan kena dibayar tersebut daripada Def melalui satu tuntutan sivil. [39] Hak Defendan untuk merayu kepada PKCP adalah diperuntukkan di bawah seksyen 99(1) Akta 53 di mana seseorang yang tidak berpuashati terhadap taksiran boleh merayu kepada PKCP (rujuk; Sun Man Tobacco Ltd v Government of Malaysia [1973] 1 LNS 144; [1973] 2 MLJ 163 dan Government of Malaysia v Mohd Najib bin Hj Abdul Razak [2020] 12 MLJ 580). [40] Namun hak merayu ini walaubagaimanapun tidak menangguhkan tanggungjawab Def untuk melangsaikan bayaran cukai yang genap dan kena dibayar. Walaupun Def sebagai Pembayar Cukai tidak berpuashati dan mempertikaikan taksiran yang dibangkitkan, bayaran perlu terlebih dahulu dibuat. Ini merupakan sebahagian dari prinsip am yang menyatakan; “pay first and talk later.” [41] Berdasarkan seksyen 106(3) Akta 53, Mahkamah tidak boleh melayan apa-apa pli berkenaan cukai yang menyatakan cukai yang dipungut berlebihan, salah taksir, di bawah rayuan atau salah dinaikkan. Perkara ini telah dibincangkan di dalam kes Sun Man Tobacco (supra) seperti berikut; “I agree with the learned Lord President that this appeal should be dismissed with costs. There is a string of decided cases (ABC v. The Comptroller of Income Tax, Singapore [1959] 1 LNS 1; [1959] MLJ 162 166; Comptroller of Income Tax v. RST [1962] 1 LNS 217; [1962] MLJ 216; Comptroller of Income Tax v. A Co Ltd [1966] 1 LNS 43; [1966] 2 MLJ 282 284; Comptroller of Income Tax v. AB and Comptroller of Income Tax v. CD Ltd [1966] 1 LNS 41; [1967] 1 MLJ 11; Comptroller-General of Inland Revenue, Malaysia v. Weng Lok Mining Co Ltd [1969] 1 LNS 32; [1973] 2 MLJ 163 at 165 [1969] 2 MLJ 98; Government of Malaysia v. DC [1985] 1 MTC 106; [1973] 1 MLJ 161 and Comptroller-General of Inland Revenue v. NP [1972] 1 LNS 23; [1973] 1 MLJ 165) in which it has been held that the effect of the relevant provisions of the Income Tax Act, 1967 is that on the service of a notice of assessment on the person assessed the tax payable under the assessment becomes due and payable at the place specified in the notice, whether or not the person appeals against the assessment, and can then be recovered by the Government by civil proceedings as a debt due to the Government. On such civil proceedings being brought by the Government, the court has no power to entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed, under appeal or incorrectly increased.” [42] Mahkamah turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Arumugam Pillai v. Government Of Malaysia [1975] 1 LNS 2; [1975] 2 MLJ 29 yang menyatakan; “In granting the plaintiff's application, the learned judge rejected the defendant's objections to the application, holding that in respect of those objections, even if he reneged from his previous decision in Government of Malaysia v. DC [1985] 1 MTC 106; [1973] 1 MLJ 161 and Comptroller of Inland Revenue v. NP [1972] 1 LNS 23; [1973] 1 MLJ 165, he would nevertheless be bound by the decision of this court in Sun Man Tobacco Co Ltd v. Government of Malaysia [1973] 1 LNS 144; [1973] 2 MLJ 163 which upheld the view that by reason of the operation of s. 106(3) of the Income Tax Act, 1967, the court, to put it bluntly, had only one function to perform, and that was to give judgment in favour of the Government.” [43] Akhirnya Mahkamah merujuk sekali lagi keputusan Mahkamah Agung di dalam kes Chong Woo Yit v. Government Of Malaysia (supra) yang menegaskan prinsip bahawa dalam tuntutan cukai, prinsip biasa di bawah penghakiman terus iaitu terdapat isu untuk dibicarakan dan beberapa sebab lain untuk mewajarkan perbicaraan adalah tidak terpakai. [44] Berdasarkan kepada nas-nas yang jelas ini, Mahkamah ini tiada pilihan selain dari memutuskan bahawa tuntutan oleh Plf adalah jelas dan nyata yang menunjukkan wujudnya cukai yang tertunggak serta perlu dijelaskan oleh Def. Tindakan percukaian oleh Plf ke atas Def adalah satu yang konklusif dan tidak boleh dilayan serta diubah oleh Mahkamah ini. Kesimpulan K19 [45] Sehubungan dengan itu, Mahkamah dengan ini membenarkan K19 dengan kos sebanyak RM 5,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Kesimpulan keseluruhannya [46] Di atas premis ini, Mahkamah dengan ini menolak kedua-dua permohonan Def dengan kos sepertimana yang telah dinyatakan. Bertarikh: Julai, 2023 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan. Pihak-pihak: Bagi Pihak Plaintif : Lili Nadzirah Binti Ismail Peguam Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Kota Bharu Menara Hasil, Jalan Sultanah Zainab 15600 Kota Bharu Kelantan. Bagi Pihak Defendan : Benedict Cheang Chu Yong Tetuan Benedict Cheang, Naziruddin & Co. Peguambela dan Peguamcara Lot 717, Tingkat 2, Seksyen 9 Jalan Sultanah Zainab 15000 Kota Bharu Kelantan. Tarikh Bicara K19 : 05hb. Disember, 2022 Tarikh Keputusan K19 : 08hb. Februari 2023 Tarikh Bicara K27 : 03hb. Oktober, 2022 Tarikh Keputusan K27 : 05hb. Disember, 2022 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 ➢ Akta Cukai Pendapatan 1967 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Wagon Engineering Sdn Bhd v Sulaiman Buloh Semenanjung Enterprise Sdn Bhd [1988] 2 CLJ 533 ➢ Thiruchelvasegaram Manickavasegar v. Mahadevi Nadchatiram (No. 2) [2002] 1 CLJ 609 ➢ Ung Goh Guan & Anor v. Chan Eng Hooi (as executor of the estate of Chan Chin Kim, deceased) & Ors and another appeal [2010] 1 LNS 1208; [2011] 4 MLJ 585 ➢ Cheow Chew Khoon (t/a Cathay Hotel)v. Abdul Johari bin Abdul Rahman [1995] 4 CLJ 127; [1995] 1 MLJ 457 ➢ Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj v. Datuk Captain Hamzah Mohd Noor & Another Appeal [2009] 4 CLJ 329 ➢ Ta Wu Realty Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri & anor [2008] 6 CLJ 235 ➢ Kerajaan Malaysia v Mudek Sdn Bhd [2017] 10 CLJ 158 ➢ Government of Malaysia v Mohd Najib Abd Razak [2021] 1 LNS 860 ➢ Kerajaan Malaysia v Jasanusa Sdn Bhd [1995] 2 CLJ 701 ➢ Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2004] 4 MLJ 257 ➢ Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86 ➢ Cheng Woo Yit v Government of Malaysia [1989] 1 CLJ (Rep) 8 ➢ Government of Malaysia v. Mohd Najib bin Haji Abd Razak [2020] 1 LNS 523; [2020] MLJU 677 ➢ Chong Woo Yit v Government of Malaysia [1989] 1 CLJ (Rep) 9 ➢ Government of Malysia v Abdul Rahman [1975] 1 MLJ 276 ➢ Government of Malaysia v Mohd Najib bin Hj Abdul Razak [2020] 12 MLJ 580 ➢ Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying [2006] 3 CLJ 544 ➢ Treasury Wine Estate Vintners Ltd & anor v PL Bintang Emas Sdn Bhd [2021] LNS 2423 ➢ Sun Man Tobacco Ltd v Government of Malaysia [1973] 1 LNS 144; [1973] 2 MLJ 163 ➢ Government of Malaysia v Mohd Najib bin Hj Abdul Razak [2020] 12 MLJ 580 ➢ Arumugam Pillai v. Government Of Malaysia [1975] 1 LNS 2; [1975] 2 MLJ 29
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.