OKT memberitahu Mahkamah dia ke hospital pada hari kejadian kerana klinik yang berhampiran rumahnya kerana tiada orang di klinik tersebut dan klinik tutup pada pukul 4.30 petang. [vi] OKT juga mendakwa dia dipukul oleh pihak polis meminta dia mengaku bahawa dadah itu miliknya dan dia terpaksa mengaku dadah itu miliknya kerana dia dipukul. OKT juga tidak ingat siapa orang terakhir yang menggunakan motosikal tersebut. Menurut OKT, kawan-kawannya menggunakan motosikal itu hampir setiap hari. [42] Hasil pembacaan Mahkamah dari pembelaan OKT adalah dia membawa pembelaan “innocent carrier” atas bungkusan yang mengandungi dadah yang dijumpai di dalam raga motosikal yang dinaiki olehnya pada malam kejadian. Motosikal itu milik adiknya iaitu SP2. Menurut OKT selain dari dia dan SP2 menggunakan motosikal itu, kawan-kawannya turut menggunakan motosikal tersebut seperti Prakash, Deva dan Kutty. OKT tidak perasan akan bungkusan di dalam raga motosikal itu kerana dia mendakwa cirit birit dan dia dalam perjalanan ke hospital. [43] Apabila di soal balas oleh pihak pendakwaan, OKT mengakui bahawa berhampiran rumahnya ada klinik tetapi dia memilih untuk pergi ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) yang mengambil masa hampir 30 minit dalam keadaan dia kesakitan akibat cirit birit dan dia tidak sedar dalam raga motosikal yang ditunggangnya ada bungkusan putih. Jarak HTAR dari rumah OKT adalah lebih kurang 23.3 km yang mana satu jarak yang bukan dekat bagi seseorang yang berada di dalam kesakitan dan menaiki motosikal seorang diri. Dalam konteks ini adakah prinsip “innocent carrier” terpakai pada OKT. [44] Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Yan Lan Hua v Pendakwaraya [2019] LNS 489, dimana diputuskan: : “[44] It is settled law that the success of the defence of innocent carrier depends very much on the facts of each case, a matter that falls within the realm of the trial judge. Ignorance simpliciter is not sufficient to let an accused person off the hook as otherwise every other accused person will allude to that defence. It needs more than that. Without any reason for suspicion, or there is no right or opportunity of examination, ignorance can be a good defence… To rebut the presumption under section 37(d) of the Act , it was not sufficient for the accused to merely deny knowledge, she must go further and show she did not suspect and had no reason to be suspicious of the items in the said bag, that is, she was not guilty of willful blindness. Under the doctrine of willful blindness, if a man deliberately shuts his eyes to facts which he would prefer not to know, he is taken to have actual knowledge of the facts to which he shuts his eyes. [45] Bungkusan di dalam raga motosikal itu tidak tersorok dan boleh dilihat dengan mudah. Adalah tidak munasabah OKT membawa motosikal itu untuk ke hospital yang memakan masa 30 minit dari rumahnya tanpa memeriksa apa yang ada di dalam raga motosikal tersebut lebih-lebih lagi motosikal itu bukan miliknya. Seperti yang diputuskan di dalam kes Lan Yan Hua (supra), tidak semudah itu untuk tidak mempedulikan apa yang ada di hadapan kita dan mengatakan kita tidak tahu benda itu wujud sedangkan boleh dilihat dengan jelas keberadaan objek tersebut di dalam raga. Jika keterangan begini diterima, maka dengan mudah sahaja sesiapa yang ditahan dengan barang salah akan mengatakan mereka tidak tahu sebab tidak perlu tahu apa kandungan barangan yang dibawa. Ketika pemeriksaan utama, OKT memberitahu Mahkamah bahawa dia tidak pasti mengenai bungkusan yang berada di dalam raga motosikal yang ditunggangnya. Selepas dia mendakwa dia dilanggar oleh sebuah kereta Viva putih dari arah belakang, dia jatuh dan 4 orang keluar dari kereta dan mereka telah mengambil satu bungkusan dekat motosikal dan dia tidak pasti samada bungkusan itu diambil dari motosikal atau atas jalanraya. Keterangan OKT seolah-olah mengatakan bahawa SP4 dan pasukan polis mengambil bungkusan plastic itu entah dari mana dan mengatakan ianya milik OKT. [46] Penahanan OKT adalah hasil maklumat yang diterima oleh SP4 berkenaan dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan tepi Jalan Bunga Melor, Klang dan ianya melibatkan (1) lelaki bangsa India yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC bewarna biru. SP4 dan pasukan kemudian telah ke lokasi yang disebutkan dan melihat (1) lelaki India menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan masuk ke dalam kawasan hospital di sekitar kawasan tepu Jalan Bunga Melor, Klang dan pemerhatian yang dibuat selama 5 minit menunjukkan lelaki itu membuat rondaan sebanyak 3 pusingan. Apabila SP4 menghampiri lelaki itu (dicamkan sebagai OKT) dan memperkenalkan diri, OKT terkejut dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan oleh SP4 dan pasukannya. Bungkusan plastic itu dijumpa dalam bakul motosikal yang ditunggang oleh OKT dan bukannya diambil atas jalanraya. Seperti yang dihuraikan di akhir kes pendakwaan, tiada sebab dan alasan untuk SP4 dan pasukannya menganiaya OKT dengan mengutip bungkusan itu dari jalanraya atau dari mana sahaja dan mengatakan ianya milik OKT. [47] Mahkamah Persekutuan di dalam Siew Yoke Keong v PP [2013] 4 CLJ 149, keputusan oleh YA Hakim Ahmad Maarop (ketika YA sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan): “[32] We must not lose sight of the fact that more often than not the accused claims ignorance of the drugs to rebut/ negate the element of knowledge. Thus, in the end, the finding of the mental stage of knowledge, or the rebuttal of it, is an inference to be drawn by a trial judge from all the facts and circumstances of the particular case, giving due weight to the credibility of the witnesses.” [47] Selain itu, ketika dihampiri oleh SP4, OKT cuba melarikan diri setelah SP4 memperkenalkan diri sebagai polis, ini jelas menunjukkan OKT tahu dia ada membawa barangan salah dengannya. Pada waktu material hanya OKT sahaja yang menunggang motosikal dan tiada individu lain bersamanya. [48] Keterangan OKT lebih bersifat penafian dan cuba meletakkan kesalahan kepada (3) orang kawannya yang dikenali sebagai Kutty, Deva dan Prakash. Keakraban mereka adalah sehingga kawan-kawannya boleh masuk ke rumahnya dan mengambil kunci motosikal dan membawa motosikal itu kemana sahaja. Anehnya, OKT tidak tahu butiran penuh nama mereka dan di mana rumah mereka dan dia sekadar menyatakan mereka tinggal di Kapar. OKT mengenali ketiga-tiga mereka ini untuk tempoh 7 - 8 bulan tetapi tidak tahu apa-apa tentang mereka dan dia membenarkan mereka meminjam motosikalnya sesuka hati. [49] Pegawai penyiasat tidak boleh menyiasat kewujudan ketiga-tiga individu ini sekiranya butiran lengkap mereka tidak diberikan dan dimaklumkan oleh OKT kerana OKT yang berkawan dengan ketiga-tiga orang ini. Jika benar ketiga-tiga individu ini wujud dan keluarga OKT mengenali mereka seperti yang didakwa oleh SP2 dan SD3 (ayah OKT) maka ketiga-tiga individu ini boleh sahaja dibawa sebagai saksi pembelaan untuk mengesahkan versi OKT bahawa motosikal itu turut digunakan oleh ketiga-tiga individu ini; namun ianya gagal dilakukan oleh pihak pembelaan. Pihak pendakwaan tidak boleh memanggil 3 individu ini kerana tiada maklumat berkaitan mereka diberikan kepada pegawai penyiasat seawal siasatan. [50] Mahkamah sekali lagi merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan didalam Bavithran a/l Paramisivan lawan Pendakwa Raya (supra) di mana diputuskan: [74] In his statement to the police, the appellant merely mentioned the name Fong, and described him as a Chinese man who is not too thin, about 170 cm tall, and whom the appellant had known for about six months at Pub VIP Sentosa. That was all. PW8, when re-examined, Sexplained that she did visit Pub VIP Sentosa as part of the investigation but could not identify the Fong in question (even if he existed) based on the limited information given especially since she discovered that there were many who were known or named Fong at Pub VIP Sentosa. [75] In addition, despite the appellant maintaining that even at the additional session of statement taking the name Fong was mentioned again in the context of the alleged communication between the two, it was also telling that the appellant did not see it fit for more information to be given to the police on Fong to enable the police to conduct proper and meaningful investigation of whatever leads given by the appellant. [76] The appellant gave evidence that Fong contacted him on the appellant’s handphone when he arrived at the McDonald’s restaurant and it appeared that the appellant was suggesting (but never stated clearly in his testimony as DW1) that it could have been Fong who placed the impugned drugs in the Toyota VIOS. [77] We however found this narrative lacking in credibility. Despite claiming to have known Fong for about a year (as testified in Court but six months as stated in his cautioned statement), and met him regularly for about four or five times a week, the appellant was not able to give any further relevant information beyond the name ‘Fong’, such as his address, place of work, or other information that would give the police some foundational basis to investigate on the existence let alone involvement of this character in the placing of the impugned drugs in the Toyota VIOS. [78] We therefore were of the view that the learned trial judge was not wrong in holding that if Fong had existed as claimed, proper investigations would have been able to be carried out had the appellant provided information to the police. Simply stated, the information proffered by the appellant was patently insufficient and therefore Fong could not be located. We thus found no flaws in the following analysis and findings of the learned trial judge. “[92] The evidence before this court disclose that the accused had informed the police about a person named Fong. SP8 stated that the accused had mentioned the name Fong who had contacted the accused on the day of the incident. [93] The evidence before this court further reveals that the accused did not know Fong's full name or where Fong lived. SP8 had investigated on the person named Fong by going to the pub where the accused work. However, the investigation did not reveal yield any results due to the lack of information pertaining to Fong. [94] It is the view of this court that if Fong existed, the accused should be able to provide more information pertaining to Fong. This includes Fong's full name, telephone number and address. This would enable SP8 to carry out an investigation on the individual called Fong. As it stands, the lack of information pertaining to Fong had hindered the investigation into the existence of Fong. [95] For a proper Alcontara notice, comprehensive details should be provided. It is insufficient that a vague notice is given without sufficient information to enable the police to carry out investigations. [See: Phiri Mailesi v. Public Prosecutor [2013] 1 LNS 391]. [98] Founded on the cases above, and applying the principles from those cases to the facts of this case, this court finds that Alcontara notice in this case wanting. It did not have the requisite information such as the full name and address of Fong. The information given was vague and insufficient. It would have been unfeasible for the police to locate Fong based on the information given by the accused. For these reasons, this court finds that Fong is a fictitious person”. [79] We further observed that there was also no evidence to substantiate the existence of Fong such as from others who worked in the Pub VIP Sentosa, or any of the appellant’s family members or other individuals who could have known or confirmed that this character described as Fong was not fictitious, in order to enable further investigation by the police. We would add that the question of Fong’s existence notwithstanding (which in any event did not raise any reasonable doubt in the case of the prosecution), exactly how Fong could have been involved in the drug trafficking charges had not been made clear either. [80] Our review of the notes of proceedings too did not find any sufficient evidence or information concerning Fong in order to enable the prosecution to investigate or explain to the Court the failure to investigate or call rebuttal evidence at the close of the defence case to deal with the appellant's version, in the context enunciated in Alcontara Ambross Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705 in respect of a good and valid ‘Alcontara Notice’. Nor did the notes of evidence show that the appellant had led credible evidence to support his story and to rebut the presumption of trafficking on the balance of probabilities. [51] Selain itu, terdapat satu laporan polis (ekshibit D22) yang dibuat oleh OKT pada 11.6.2025 (2 tahun selepas dia ditangkap). Tidak dapat dipastikan mengapa OKT menunggu hampir 2 tahun untuk memberitahu versi pembelaannya di dalam laporan polis tersebut. Peluang terbaiknya adalah memberitahu SP5 ketika percakapannya dirakam namun tiada keterangan bahawa kewujudan 3 individu ini dimaklumkan oleh OKT pada SP5. D22 dibuat oleh OKT 3 bulan sebelum perbicaraan bermula. Ini menunjukkan laporan polis ini adalah sekadar pemikiran kemudian OKT. [48] Merujuk kepada keterangan dalam kes ini, adalah jelas bahawa OKT telah ditangkap bersama dadah dalam keadaan terbuka. Justeru hanya satu kesimpulan yang boleh dibuat oleh Mahkamah ini bahawa OKT sememangnya mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut. [49] Setelah meneliti semua keterangan pembelaan OKT, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan pembelaan yang diberikan adalah bersifat pemikiran kemudian dan penafian kosong semata-mata dan gagal membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. G. RUMUSAN DAN KEPUTUSAN [50] Setelah meneliti dan menimbangkan keterangan pihak pembelaan, Mahkamah mendapati keterangan pihak pembelaan tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa sebenarnya OKT mempunyai milikan atas barang kes dadah seperti di dalam pertuduhan. Mahkamah juga mendapati OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap dapatan milikan dan pengetahuan dadah ke terhadapnya serta pengedaran seperti yang ditakrifkan di bawah Seskyen 2 ADB 1952. Oleh itu, setelah menilai semua keterangan di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati OKT gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya terhadap OKT dibawah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya melampui keraguan munasabah. [51] Oleh itu, OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan dibawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama . G. HUKUMAN [52] Di dalam mitigasinya OKT menyatakan dia berumur 30 tahun dan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. OKT juga turut menanggung kedua ibu bapanya. OKT memohon hanya dikenakan hukuman penjara dan mohon diberi peluang. OKT adalah pesalah pertama. Pihak pendakwaan pula di dalam hujahan pemberatan memohon OKT dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan mengedar dadah adalah satu kesalahan yang serius. Ianya juga sebagai pengajaran kepada masyarakat amnya. Pihak pendakwaan mengesahkan OKT adalah pesalah pertama. [53] Setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan, turut mempertimbangkan bahawa dengan penggubalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, Seksyen 34 Akta yang sama memberikan pilihan kepada Mahkamah ini untuk memberikan hukuman berbentuk pemenjaraan seumur hidup bersama 12 kali sebatan terhadap pesalah yang disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1) (a) ADB 2952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama ataupun hukuman gantung sampai mati. Untuk ini, Mahkamah mengikuti keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan didalam Md Masud Rana v PP [2024] CLJU 148, walaupun ianya melibatkan OKT yang disabit salah dibawah Seksyen 302 Kanun dimana OKT dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, Mahkamah ini menuruti prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut apabila mengulas tentang hukuman yang dikenakan keatas OKT: - “[36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 3.4.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to thake this into account. [45] Berdasarkan otoriti diatas, Mahkamah ini mendapati OKT harus diberi peluang untuk berubah dan kembali ke pangkuan masyarakat selepas tamat hukumannya kelak. Hasrat Parlimen memansuhkan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati bagi kes dibawah Seksyen 39B(1) (a) ADB 1952 tetapi memberi Mahkamah budi bicara untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan rotan kepada OKT yang disabit salah untuk kesalahan mengedar dadah adalah tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk kembali ke pangkuan masyarakat selepas menjalani hukuman penjara. OKT masih mempunyai peluang untuk berubah selepas selesai menjalani hukumannya kelak, walaupun hampir ¾ masanya dihabiskan di penjara namun ianya bukan halangan untuk memberi peluang kedua buat OKT. Umur OKT masih muda dan seharusnya diberi peluang kedua untuk kembali ke pangkal jalan. Oleh itu, setelah Mahkamah mendengar hujah mitigasi OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan maka Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan untuk OKT. Barang-barang kes disimpan selamat oleh pihak pendakwaan sehingga tamat tempoh rayuan. Bertarikh 9 Mac 2026 BAGI PIHAK PENDAKWAAN : Puan Farah Aqilah Binti Ahmad Fuad Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor, Aras 11,12 dan 13 Corporate Tower IDCC, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. PEGUAM BELA BAGI PIHAK TERTUDUH : Tetuan Shahra, Ezzad & Izyan, Peguambela & Peguamcara, No. 36-1, First Floor, Jalan 7/7A, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, SELANGOR DARUL EHSAN.