Content
_____________________________________________________ 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA [KES JENAYAH NOMBOR: CA-83JS-2-04/2023]
CA-83JS-2-04/2023
Magistrates Court of Malaysia31 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ntuk mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan jenayah seksual memandangkan tiada corroboration dalam dakwaan Pengadu, SP3. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini sedar bahawa di dalam kes Chiu Nang Hong v. PP [1964] SMCU 24; [1964] 1 LNS 24, Mahkamah telah menyatakan bahawa ‘a judge is entitled in law to convict even without co”
“oleh Badan Parlimen. Sehubungan itu ia bergantung kepada sesuatu fakta kes yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan. Mahkamah ini merujuk kes Mahkamah India iaitu kes State of Punjab v. Major Singh AIR [1967] SC 63, di mana AK Sarkar CJ berkata di halaman 65: “Intention and knowledge are of course states of mind. They are”
“meneliti keterangan SP5 di Mahkamah dan dibandingkan dengan pernyataan SP5 menurut seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah serta berpandukan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Munusamy [1980] CLJU 63; [1980] 1 LNS 63, Mahkamah ini memutuskan bahawa terdapat percanggahan yang material dan membenarkan Timba”
“aporan polis P5 dan pertuduhan yang dibuat ke atas Tertuduh ini adalah semata-mata pakatan SP5 untuk mengenakan Tertuduh. Oleh itu, pihak Pembelaan, setelah merujuk kes Dickson Levy Maria George v PP [2018] CLJU 135, menghujahkan bahawa berat keterangan dan dakwaan yang S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg **Note : Serial number wi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
_____________________________________________________ 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA [KES JENAYAH NOMBOR: CA-83JS-2-04/2023]
1
Tertuduh dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama.
2
Pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut: Pertuduhan Pindaan: Bahawa kamu pada 25/04/2023 jam lebih kurang 4.00 pagi bertempat di No. 8 Lorong Seri Setali 122, Jalan Haji Ahmad, di dalam daerah Kuantan, di negeri Pahang Darul Makmur telah S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal _____________________________________________________ 2 didapati menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan penama Fatin Nur Syaira binti Mohd Razani (041222-06-0668) dengan cara memegang buah dada. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihulkum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Hukuman: Pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.
3
Pada 05/02/2024, Pertuduhan Pindaan telah dibacakan kepada Tertuduh dalam Bahasa Malaysia. Tertuduh telah faham akan Pertuduhan Pindaan yang telah dibacakan dan mohon kes untuk dibicarakan.
4
Di peringkat Kes Pendakwaan, pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 06 orang saksi untuk memberi keterangan.
5
Berikut adalah senarai Saksi-saksi Pendakwaan yang telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan: S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal _____________________________________________________ 3 SP1 : ASP (Bersara) Muneswaran A/L Visvalingam (Pegawai Tangkapan) SP2 : KPL/D Khairil Anuar bin Mohd Shafie (Jurufoto) SP3 : Fatin Nur Syaira binti Mohd Razani (Pengadu/Mangsa) SP4 : Muhammad Faqri Danish bin Mohd Razani (Saksi Awam) SP5 : Nur Diana binti Zulkifli (Saksi Awam) SP6 : Inspektor Nur Aini binti Ibrahim (Pegawai Penyiasat) Eksibit-Eksibit: P1 : Pertuduhan Pindaan (di Kandungan 21) P2 : Kuantan Report 8871/23 P3(A) hingga P3(I) : 09 keping gambar tempat kejadian P4 : 01 CD-R bernombor report Kuantan Report 8847/23 P5 : Kuantan Report 8847/23 P6 : Sesalinan Rakaman Percakapan Dalam Pemeriksaan Nur Diana binti Zulkifli (SP5) bertarikh 25 April 2023 P7 : Sijil Perakuan dibawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal _____________________________________________________ 4
6
Fakta kes yang dibentangkan oleh pihak Pendakwaan secara ringkasnya adalah seperti berikut: i) Pada 24/04/2023 jam lebih kurang 11.00 malam, SP3 (Pengadu/mangsa) telah pergi ke rumah SP5 (sepupu kepada SP3 dan juga merupakan isteri kepada Tertuduh) bertempat di No. 8 Lorong Seri Setali 122, Jalan Haji Ahmad, di dalam daerah Kuantan, di negeri Pahang Darul Makmur (selepas ini disebut sebagai ‘Rumah tersebut’) dan telah memarkir motorsikal miliknya di Rumah tersebut setelah mendapati E-Mart telah tutup. SP3 telah menaiki kereta bersama SP5 dan Tertuduh untuk pergi membeli makanan di 7 Eleven memandangkan ketika itu hujan. Mereka bertiga kemudiannya telah pergi ke Teluk Chempedak. ii) Pada 25/04/2023 jam lebih kurang 1.30 pagi bertempat di Teluk Chempedak, SP5 dan Tertuduh telah mengajak SP3 untuk pergi tidur di sungai berhampiran Beserah, namun SP3 telah menolak. iii) Selepas itu, sekitar jam 2.00 pagi pada 25/04/2023, SP5 dan Tertuduh telah mengajak SP3 untuk tidur di rumah mereka, Rumah tersebut atas alasan sudah lewat malam. SP3 telah menghubungi serta menghantar mesej kepada bapanya namun tidak dibalas. Pada malam tersebut, SP3 telah tidur bersama S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal _____________________________________________________ 5 SP5 dan Tertuduh di bilik utama Rumah tersebut. SP5 dan Tertuduh tidur di atas satu katil manakala SP3 tidur di atas tilam di sebelah SP5. iv) Sebelum tidur, Tertuduh telah meminta SP3 mencabut tudung. Semasa tidur SP3 memakai baju blaus yang jenis besar, seluar panjang besar jenis bergetah pada pinggang, memakai tudung. v) Pada 25/04/2023 jam lebih kurang 4,00 pagi bertempat di dalam bilik utama Rumah tersebut, SP3 terjaga daripada tidur kerana ada orang menyentuh daripada belakang atas sampai ke betis SP3. SP3 tidak membuka mata tapi SP3 sudah tersedar disebabkan orang itu (yakni Tertuduh) sudah mula menyentuh bahagian buah dada SP3. Menurut SP3, Tertuduh meramas payudara SP3. Tertuduh telah mencabut baju dalam SP3 daripada belakang. Tertuduh memegang buah dada SP3, tangan Tertuduh masuk ke dalam baju SP3. Tertuduh meramas buah dada SP3 dengan mengunakan satu tangan sahaja, dari dalam baju SP3. Semasa Tertuduh memegang buah dada dan membuka seluar SP3, SP3 merasa takut dan mengiringkan badan. Tertuduh memegang kemaluan SP3. vi) Semasa Tertuduh membuka seluar SP3 dan memegang kemaluan SP3, SP3 telah menggerakkan badan. Tertuduh kemudiannya terus pergi ke tandas. Semasa kejadian, SP3 tidak menjerit kerana SP3 takut dirinya tidak dapat keluar daripada Rumah tersebut. SP3 juga tidak melawan sewaktu Tertuduh S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal _____________________________________________________ 6 memegang buah dada, mencabut seluar dan memegang kemaluan SP3 kerana takut diapa-apakan oleh Tertuduh. vii) Tertuduh berada di dalam tandas sekitar dalam 08 minit. Semasa Tertuduh berada di dalam bilik air, SP3 cuba menggerakkan SP5 tetapi SP5 tidak bangun, lepas itu SP5 menghubungi adiknya, SP4 dan terus menghantar lokasi kepada SP4. Semasa menunggu SP3 menunggu SP4, Tertuduh ada keluar daripada tandas, semasa itu SP5 bangun tanya pergi ke mana, Tertuduh tidak menjawab. Selepas itu Tertuduh tidur balik di sebelah SP5. viii) Semasa dalam tempoh saya menunggu SP4, SP3 berasa takut. SP3 takut dirinya tidak boleh nak keluar daripada Rumah tersebut. Semasa itu SP3 masih lagi baring di atas tilam. SP3 tidak keluar daripada bilik tersebut, SP3 takut apa-apa terjadi pada dirinya. SP3 menunggu SP4 dalam 10 minit. ix) SP3 balik ke rumanya dengan menaiki kereta bersama SP4 dan kawan SP4. Selepas sampai di rumah, SP3 bercerita pada ayahnya berkenaan apa yang telah terjadi. Sewaktu saya ceritakan kepada ayahnya tentang apa yang terjadi, hanya ada SP4 dan ayah mereka sahaja. Selepas itu mereka terus pergi balai polis buat report. SP3 membuat report polis pukul 6.00 pagi hari yang sama. C. ELEMEN PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 354 KANUN KESEKSAAN S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal _____________________________________________________ 7
7
Pertuduhan terhadap Tertuduh melibatkan Pertuduhan Pindaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan: “Section 354. Assault or use of criminal force to a person with intent to outrage modesty. Whoever assaults or uses criminal force to any person, intending to outrage or knowing it to be likely that he will thereby outrage the modesty of that person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years, or with fine, or with whipping, or with any two of such punishments."
8
Sebagaimana yang diputuskan oleh YA Shahnaz Sulaiman dalam kes Pendakwa Raya v Azmi Mahmood [2020] 1 LNS 1041, intipati-intipati kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah secara ringkasnya sebagaimana berikut:
i
Serangan atau kekerasan jenayah dilakukan terhadap seorang lelaki atau perempuan.
II
(ii) Terdapat serangan atau kekerasan jenayah dilakukan terhadap mangsa.
III
(iii) Terdapat niat untuk mencabul kehormatan mangsa atau dengan mengetahui mungkin ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan mangsa. D. PENILAIAN KETERANGAN KES PENDAKWAAN DALAM MENCAPAI ELEMEN PERTUDUHAN S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 8 [9] Mahkamah ini telah meneliti keterangan kesemua 06 orang Saksi Pendakwaan berserta eksibit-eksibit dan juga dokumen yang telah dikemukakan dan setelah menilai keterangan-keterangan tersebut secara maksimum sama ada elemen-elemen/intipati-intipati dalam Pertuduhan Pindaan yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh berjaya dibuktikan: a) Intipati (i): Serangan atau kekerasan jenayah dilakukan terhadap seorang lelaki atau perempuan. [10] Mahkamah ini mendapati bahawa Intipati (i) telah dipenuhi memandangkan mangsa dalam kes ini merupakan seorang perempuan iaitu SP3, Fatin Nur Syaira binti Mohd Razani. b) Intipati (ii): Terdapat serangan atau kekerasan jenayah dilakukan terhadap mangsa. [11] Pihak Pendakwaan dalam Intipati (ii), perlu membuktikan sama ada terdapat serangan atau kekasaran dilakukan oleh Tertuduh terhadap mangsa iaitu SP3. [12] “Kekerasan jenayah” ada di takrifan di bawah seksyen 350 Kanun Keseksaan yang berbunyi seperti berikut: “Whoever intentionally uses force to any person, without that person’s consent, in order to cause the committing of any offence, or intending by the use of such S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 9 force illegally to cause, or knowing it to be likely that by the use of such force he will illegally cause injury, fear, or annoyance to the person to whom the force is used, is said to use criminal force to that other.” [13] Sementara itu, seksyen 349 Kanun Keseksaan menyatakan takrifan ‘Kekerasan’ seperti berikut:
349
Force A person is said to use force to another if he causes motion, change of motion, or cessation of motion to that other, or if he causes to any substance such motion, or change of motion, or cessation of motion as brings that substance into contact with any part of that other’s body, or with anything which that other is wearing or carrying, or with anything so situated that such contact affects that other’s sense of feeling: Provided that the person causing the motion, or change of motion, or cessation of motion, causes that motion, change of motion, or cessation of motion in one of the three ways hereinafter described—
a
by his own bodily power;
b
by disposing any substance in such a manner that the motion, or change or cessation of motion, takes place without any further act on his part, or on the part of any other person;
c
by inducing any animal to move, to change its motion, or to cease to move. [14] Mahkamah ini berpandangan, SP3 sejak dari mula lagi mempunyai banyak peluang untuk menolak daripada tidur di bilik utama milik Tertuduh dan SP5. Bilik tidur utama Rumah tersebut merupakan satu ruang privasi milik Tertuduh dan SP5 yang tidak ada kehadiran orang lain pada ketika waktu kejadian, oleh itu tindakan SP3 untuk tidur di bilik utama Rumah S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 10 tersebut secara tidak langsung telah membuka ruang dan kesempatan untuk sesuatu tindakan yang tidak diingini berlaku. [15] Keterangan SP3 yang menyatakan bahawa Tertuduh yang menyuruh SP3 untuk tidur sekali, tidur bertiga (termasuk Tertuduh dan SP5) di bilik yang sama adalah bukan satu alasan yang munasabah yang boleh diterima sebagai satu tindakan rasional yang akan dilakukan oleh seseorang yang berakal waras lebih-lebih lagi SP3 merupakan seorang wanita yang tidak mempunyai hubungan pertalian darah dengan Tertuduh. [16] Pada pandangan Mahkamah ini, tindakan SP3 untuk tidur di bilik tidur utama Tertuduh dan SP5 telah mewujudkan persoalan di mana sebagai seorang wanita dewasa SP3 seharusnya boleh menjangkakan risiko ke atas dirinya apabila berada dengan seseorang yang berlainan jantina di dalam satu ruang yang tertutup. [17] Tindakan SP3 untuk tidur di bilik tidur utama tersebut jelas menunjukkan SP3 tiada apa-apa perasaan takut, risau atau sangsi berhubung niat sebenar Tertuduh yang menyuruh SP3 untuk tidur di bilik tidur utama tersebut. Tambahan lagi, menurut Pegawai Penyiasat (SP6), SP3 telah memaklumkan beliau bahawa Tertuduh telah meminta SP3 untuk mencabut tudung SP3 sebelum tidur. Selain itu, SP3 semasa memberikan keterangan di peringkat Pemeriksaan Balas, SP3 telah menyatakan bahawa dirinya berada curiga apabila SP5 dan Tertuduh dalam 2 – 3 kali mengajak dirinya mandi dan tidur di sungai pada jam 2.00 pagi. Menurut SP3 ianya adalah tidak logik untuk mandi sungai pada waktu itu. S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 11 [18] Setelah menghalusi keterangan SP3, secara kesimpulannya, berikut adalah tindakan-tindakan SP3 sewaktu kejadian cabul dikatakan berlaku terhadap dirinya: a. SP3 tidak membuka mata ketika Tertuduh dikatakan menyentuh bahagian belakang badan SP3 dari atas ke betis dan meramas buah dada SP3. b. SP3 hanya menggerakkan atau mengiringkan badannya ke arah SP5; c. SP3 tidak menepis tangan yang dikatakan sedang memegang buah dada, mencabut seluar dan memegang kemaluan SP3 kerana tidak mahu Tertuduh tahu bahawa SP3 sedar pada ketika itu; dan d. SP3 tidak menjerit semasa kejadian kerana takut SP3 tidak dapat keluar daripada rumah tersebut. [19] SP3 kerap mengulangi ayat bahawa SP3 takut dirinya tidak dapat keluar daripada rumah tersebut dan takut dirinya di apa-apakan oleh Tertuduh, sedangkan sepanjang memberikan keterangan di Mahkamah, SP3 sekalipun tidak pernah menyatakan Tertuduh ada melakukan apa-apa tindakan, ancaman, kekerasan atau perlakuan seperti kata-kata ugutan yang menyebabkan SP3 berada dalam ketakutan. [20] Namun, apa yang jelas dan nyata adalah SP3 tidak melarikan diri dari tempat kejadian dengan serta-merta. SP3 mempunyai masa 08 minit untuk melarikan diri, iaitu sewaktu Tertuduh dikatakan berada di dalam tandas. SP3 juga tidak menjerit meminta pertolongan sewaktu dirinya dikatakan dicabul (walaupun SP5 ada di sebelahnya) serta tidak S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 12 memprotes terhadap perbuatan cabul yang dikatakan dilakukan oleh Tertuduh. Lebih parah lagi, SP3 langsung tidak membuka mata sewaktu kejadian cabul dikatakan berlaku, ini mendatangkan tanda tanya kepada Mahkamah berkenaan apa yang sebenarnya difikirkan serta dirasakan oleh SP3 sewaktu kejadian tersebut berlaku. [21] Selanjutnya, tindakan SP3 yang masih berbaring di tilam dan masih menunggu adiknya (SP4) sekitar 10 minit, selepas Tertuduh dikatakan mencabul dirinya juga tidak menampakkan kekhuatiran atau kerisauan SP3 ke atas keselamatan dirinya. Persoalan yang timbul adalah adakah seseorang yang tidak rela dirinya dicabul dan berasa takut dengan perbuatan pencabulan tersebut hanya akan berdiam diri tanpa mengambil apa-apa tindakan drastik apabila peluang untuk menyelamatkan diri terbuka luas ketika Tertuduh dikatakan berada di dalam tandas selama 08 minit. [22] Tambahan lagi, motorsikal SP3 juga berada di rumah Tertuduh pada ketika itu. SP3 boleh melarikan diri dengan menggunakan motorsikal miliknya dengan serta-merta memandangkan pintu bilik utama tersebut, pintu utama dan grill rumah tersebut boleh dibuka daripada sebelah dalam rumah tersebut. [23] Mahkamah ini berpendapat, sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku kepada seseorang, sudah semestinya seseorang itu akan melarikan diri daripada situasi tersebut secepat yang mungkin dan tidak akan melengahkan masa sehingga boleh memberi peluang kepada si pelaku agar meneruskan niat jahatnya ke atas mangsa berkenaan. S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 13 Namun kesemua tindakan ini tidak diambil oleh SP3 walaupun banyak peluang wujud di hadapannya untuk melarikan diri dengan serta-merta. [24] Reaksi-reaksi yang ditunjukkan oleh SP3 seperti yang telah dinyatakan di atas (sebagaimana di perenggan [18]) jelas menunjukkan SP3 sebenarnya tidak takut atau tidak risau dengan keselamatan dirinya. [25] Pihak Pendakwaan telah menghujahkan bahawa keterangan SP3 telah menunjukkan bahawa Tertuduh telah menggunakan ‘his bodily power’ untuk menggunakan ‘force’ terhadap SP3 sepertimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 349 Kanun Keseksaan. [26] Mahkamah ini mendapati tiada sebarang kekerasan jenayah yang dilakukan oleh Tertuduh. Hal ini adalah berdasarkan kesemua reaksi yang telah ditunjukkan oleh SP3 (sebagaimana yang telah dibincangkan di atas) jelas menunjukkan SP3 sebenarnya tidak takut atau tidak risau dengan keselamatan dirinya. [27] Berhubung ‘unusually convincing’ telah diterangkan di dalam kes PP v Mohammed Liton Mohammed Syeed Malik [2008] 1 SLR 601 seperti berikut: ... testimony that, when weighed against the overall backdrop of the available facts and circumstances, contains that ring of truth which leaves the court satisfied that no reasonable doubt exists in favour of the accused. [28] Semasa Pemeriksaan Balas, SP3 bersetuju bahawa SP5 adalah saksi yang mungkin nampak kejadian cabul tersebut. SP3 juga S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 14 menyatakan terdapat kemungkinan SP5 mempunyai rancangan dengan suaminya yakni Tertuduh untuk meraba SP3. [29] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa perbuatan SP5 yang terus mempelawa SP3 untuk tidur bersama di dalam bilik kelamin SP5 dengan Tertuduh adalah amat pelik dan janggal serta tidak mampu dijelaskan oleh SP3 dan SP5. Turut dihujahkan bahawa tiada langsung dalam keterangan SP3 yang cuba untuk menolak ajakan SP5 tersebut dan SP3 yang sangat arif tentang rumah tersebut tahu bahawa terdapat bilik kosong lain di rumah tersebut langsung tidak menolak ajakan SP5. Pihak Pembelaan seterusnya menghujahkan bahawa ianya seolah-olah SP3 sengaja tidur di bilik tersebut dan dilihat mempunyai motif lain. [30] Pihak Pembelaan turut menghujahkan bahawa P5 yang dibuat oleh SP3 adalah hasil dari pakatan SP3 dan SP5 untuk memerangkap Tertuduh. Selanjutnya, pihak Pembelaan telah menghujahkan bahawa keterangan di mana wujud pakatan antara SP3 dan SP5 ini bukanlah baharu ditimbulkan oleh pihak Pembelaan, bahkan SP3 sendiri sudah menyatakan bahawa SP3 ada memberitahu kepada pihak polis tentang kemungkinan pakatan ini wujud dan rancangan SP5 untuk memerangkap Tertuduh. [31] Selain itu, pihak Pembelaan turut menghujahkan bahawa terdapat keterangan yang sangat jelas daripada SP3 sendiri bahawa laporan polis P5 dan pertuduhan yang dibuat ke atas Tertuduh ini adalah semata-mata pakatan SP5 untuk mengenakan Tertuduh. Oleh itu, pihak Pembelaan, setelah merujuk kes Dickson Levy Maria George v PP [2018] CLJU 135, menghujahkan bahawa berat keterangan dan dakwaan yang S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 15 menunjukkan terdapatnya motif yang tersembunyi untuk memerangkap Tertuduh adalah lebih berat memandangkan ia datang dari keterangan pendakwaan sendiri. [32] Mahkamah ini percaya sebagaimana yang diputuskan dalam kes Pendakwa Raya v Azmi Mahmood [2020] 1 LNS 1041, memandangkan jenayah seksual selalunya melibatkan mangsa dan tertuduh sahaja, maka adalah penting untuk mendapatkan corroboration berkaitan apa yang berlaku. Justeru itu, adalah tidak selamat untuk mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan jenayah seksual memandangkan tiada corroboration dalam dakwaan Pengadu, SP3. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini sedar bahawa di dalam kes Chiu Nang Hong v. PP [1964] SMCU 24; [1964] 1 LNS 24, Mahkamah telah menyatakan bahawa ‘a judge is entitled in law to convict even without corroboration if convinced of the truth of a complainant’s evidence”. [33] Oleh yang demikian, setelah meneliti kesemua keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ini (termasuk hujahan pihak Pembelaan bahawa wujudnya motif yang tersembunyi untuk memerangkap Tertuduh) dengan berhati-hati, Mahkamah ini mendapati keterangan SP3 bukanlah satu yang merupakan unusually convincing dan tidak cukup untuk menyakinkan bagi membuktikan bahawa Tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah bagi maksud mencabul kehormatan SP3. [34] Bagi intipati kedua iaitu terdapat serangan atau kekerasan jenayah yang dilakukan terhadap mangsa, Mahkamah ini mendapati tiada bukti yang menyokong dakwaan bahawa terdapatnya serangan atau S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 16 kekerasan jenayah yang dilakukan oleh Tertuduh terhadap mangsa. Intihanya, Initipati (ii) ini telah gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. c) Intipati (iii): Terdapat niat untuk mencabul kehormatan mangsa atau dengan mengetahui mungkin ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan mangsa. [35] Pihak Pendakwaan dalam Intipati (iii), perlu membuktikan sama ada serangan atau kekasaran dilakukan oleh Tertuduh adalah berniat untuk menjatuhkan maruah mangsa, SP3. [36] Merujuk kes PP v Gokul Pariyar [2021] 1 LNS 1155, YA Dato’ Abu Bakar bin Katar telah menyatakan sebagaimana berikut: [35] Mahkamah ini sedar perkataan “modesty” di bawah s. 354 Kanun itu tidak diberikan takrifan oleh Badan Parlimen. Sehubungan itu ia bergantung kepada sesuatu fakta kes yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan. Mahkamah ini merujuk kes Mahkamah India iaitu kes State of Punjab v. Major Singh AIR [1967] SC 63, di mana AK Sarkar CJ berkata di halaman 65: “Intention and knowledge are of course states of mind. They are nonetheless facts which can be proved. They cannot be proved by direct evidence. They have to be inferred from the circumstances of each case. Such an inference, one way or the other, can only be made if a reasonable man would, on the facts of the case, make it. The question in each case must, in my opinion, be: will a reasonable man think that the act was done with the intention of outraging the modesty of the woman or with knowledge that it was likely to do so? The test of the S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 17 outrage of modesty must, therefore, be whether a reasonable man will think that the act of the offender was intended to or was known to be likely to outrage the modesty of the woman. In considering the question, he must imagine the woman to be a reasonable woman and keep in view all circumstances concerning her, such as, her station and way of life and the known notions of modesty of such a woman. The expression ‘outrage her modesty’ must be read with the words ‘intending to or knowing it to be likely that he will’. So read, it would appear that though the modesty to be considered is of the woman concerned, the word ‘her’ was not used to indicate her reaction. Read all together, the words indicate an act done with the intention or knowledge that it was likely to outrage the woman’s modesty, the emphasis being on the intention and knowledge.” [penekanan kepada perkataan-perkataan yang digariskan] [37] Pihak Pendakwaan telah menghujahkan bahawa perbuatan memegang payudara seorang perempuan tanpa keizinannya adalah satu perlakuan yang mengganggu gugat kehormatannya dan sekaligus mencabar ‘essence of a woman’s modesty’ iaitu maruahnya. Perbuatan tersebut adalah tidak ‘decorous’ dan bersifat lucah. Perkara ini merupakan status quo masyarakat setempat dan selanjutnya dapat dibuktikan melihatkan kepada reaksi SP3 yang ketakutan dan membuat laporan polis selepas kejadian berlaku. [38] Mahkamah ini percaya apabila isu pertikaian sama ada Tertuduh telah melakukan serangan atau kekerasan jenayah ke atas SP3, telah gagal dibuktikan di hadapan Mahkamah ini, maka isu selanjutnya iaitu sama ada Tertuduh mempunyai niat untuk mencabul kehormatan SP3 adalah tidak relevan dalam kes ini. S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 18 E. ISU-ISU LAIN YANG DIPERTIMBANGKAN i) Isu Prosiding Mencabar Kebolehpercayaan SP5 [39] Pada 07 Ogos 2024, Mahkamah ini telah membenarkan pihak Pendakwaan untuk memulakan prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi SP5 (yang merupakan isteri kepada Tertuduh dan sepupu kepada mangsa, SP3). [40] Semasa SP5 memberikan keterangan, pihak Pendakwaan telah membangkitkan 01 percanggahan dalam keterangan SP5 yang bercanggah dengan rakaman percakapannya yang diambil di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang mana percanggahan tersebut dikatakan sebagai suatu percanggahan yang material. [41] Berdasarkan percanggahan tersebut, Timbalan Pendakwa Raya telah membuat permohonan kepada Mahkamah ini untuk mencabar sebahagian keterangan SP5 tersebut menurut seksyen 155 Akta Keterangan 1950 untuk kebolehpercayaan saksi SP5 dan keterangannya itu dicabar menurut seksyen 155(c) Akta Keterangan 1950, yang dibaca bersama seksyen 145 Akta Keterangan. [42] Percanggahannya adalah SP5 mengatakan secara lisan kepada Mahkamah ini bahawa ‘Fatin ini dia tidur dekat bilik bawah. Kami berborak dekat, kalau rujuk gambar I, 9 [SP5 merujuk ID3(I)]. Ya. Kami berborak di dalam bilik suami isteri saya.’ Walhal sekiranya dilihat rakaman S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 19 percakapannya yang ditunjukan kepada Mahkamah ini iaitu P6, SP5 menyatakan bahawa ‘Pada mulanya Syaira tidur di bawah. Selepas itu suami ajak tidur dalam bilik sekali. Jadi kami tidur berasingan. Saya dan suami tidur bersama manakala Syaira tidur di tilam sebelah.’ [43] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan SP5 di Mahkamah dan di dalam P6 (iaitu Sesalinan Rakaman Percakapan Dalam Pemeriksaan Nur Diana binti Zulkifli (SP5) bertarikh 25 April 2023) adalah percanggahan yang material. Ini kerana di bilik yang manakah SP3 tidur adalah penting bagi mengesahkan tentang kejadian itu benar-benar berlaku. Turut dihujahkan bahawa SP5 adalah tergolong dalam saksi berkepentingan kerana SP5 mempunyai hubungan suami-isteri dengan Tertuduh. Oleh itu, pihak Pendakwaan berhujah agar keterangan SP5 hendaklah ditolak oleh Mahkamah ini. [44] Setelah meneliti keterangan SP5 di Mahkamah dan dibandingkan dengan pernyataan SP5 menurut seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah serta berpandukan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Munusamy [1980] CLJU 63; [1980] 1 LNS 63, Mahkamah ini memutuskan bahawa terdapat percanggahan yang material dan membenarkan Timbalan Pendakwa Raya untuk memulakan prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi SP5. [45] Semasa prosiding mencabar kebolehpercayaan dijalankan, SP5 mengaku ada memberikan pernyataan kepada pihak polis iaitu sebagaimana P6 dan mengesahkan tandatangannya yang terdapat pada P6. Dalam memberikan penjelasan mengenai isu percanggahan, SP5 menyatakan bahawa SP5 kekal dengan keterangannya di dalam S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 20 Mahkamah. SP5 seterusnya menjelaskan pernyataannya di dalam P6 adalah apa yang disuruh oleh bapa saudaranya (bapa kepada SP3) untuk bercakap demikian bagi mengelakkan suaminya (Tertuduh) diletakkan di dalam lokap seumur hidup. Menurut SP5 juga, bapa saudaranya (bapa kepada SP3) juga memberitahu bahawa Inspektor Nur Aini (Pegawai Penyiasat/ SP6) adalah kawan rapat bapa saudaranya. [47] Setelah Mahkamah ini meneliti percanggahan di antara keterangan SP5 dengan pernyataannya dalam rakaman percakapan di eksibit P6 (iaitu Sesalinan Rakaman Percakapan Dalam Pemeriksaan Nur Diana binti Zulkifli (SP5) bertarikh 25 April 2023), serta dengan mengambil kira penjelasan yang dibuat oleh SP5 terhadap percanggahan tersebut, Mahkamah ini memutuskan percanggahan itu adalah material dan gagal dijelaskan dengan baik oleh SP5. Sehubungan itu, Mahkamah ini tidak dapat menerima penjelasan yang diberikan oleh SP5 mengenai percanggahan tersebut semasa prosiding mencabar kebolehpercayaan keterangan beliau. [48] Setelah Mahkamah mengambil kira wujudnya kegagalan SP5 dalam memberikan penjelasan yang munasabah terhadap percanggahan tersebut, serta menggunapakai prinsip yang diputuskan dalam kes PP v. Munusamy (supra), Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa keterangan SP5 mengenai isu yang bercanggah tersebut telah berjaya dicabar kebolehpercayaannya oleh Pihak Pendakwaan dan memutuskan untuk menolak dan tidak menerima pakai keterangan SP5 terutamanya bagi isu yang bercanggah tersebut dalam membuat keputusan berkaitan Pertuduhan Pindaan terhadap Tertuduh. Mahkamah dengan ini menolak keseluruhan keterangan SP5. S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 21 F. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [49] Seksyen 173 (f) (i) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti berikut:
173
Prosedur dalam perbicaraan terus.
f
(f)
i
Apabila kes pendakwa berakhir Mahkamah akan mempertimbangkan sama ada pihak pendakwa telah membuat satu kes prima facie terhadap tertuduh.
II
(ii) Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwa tidak membuat satu kes prima facie terhadap tertuduh, Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan. [50] Dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut: “…Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.” S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 22 [51] Tugas Mahkamah di akhir kes Pendakwaan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. Kes PP v Khee Thuan Giap [2017] 1 LNS 1838, Mahkamah Tinggi telah menggariskan panduan berguna dalam menilai keterangan di akhir kes Pendakwaan: “[14] Section 180 of the CPC provides that when the case for the prosecution is concluded, the Court must consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. And if the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal. If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter his defence. A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. Based on the established principle of law, before the Court can rule that a prima facie case has been made out, a maximum evaluation of the credibility of the witnesses must be done at the close of the case for the prosecution (Balachandaran v. PP [2005] 1 CLJ 85; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 MLJ 65 and PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457). [15] Maximum evaluation means the assessment process for the essential purpose of analysing the credibility and reliability as well as trustworthiness of the evidence of the prosecution. Credible evidence is evidence which had been filtered and which had gone through the process of evaluation and any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected (see PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ. Thus, what is required by a trial Court is to test the evidence of a witness from all angles as well as its reliability and credibility by considering the entire evidence placed before the Court. The evidence must not be accepted at face value but must be tested and evaluated before reliance can be placed on each piece of evidence adduced. Further, the trial Court has S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 23 the duty to consider the evidence which favours the defence. This requires a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution and if there is any such doubt, there can be no prima facie case (Balachandran v. PP (supra)). [16] The above principle of law on maximum evaluation should be read together with the principle relating to judicial appreciation of evidence which is set out in the following words of Gopal Sri Ram JCA in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness's evidence, runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case, the approach to judicial appreciation of evidence is the same.” [52] Manakala, dalam kes Low Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah telah menyatakan bahawa di akhir kes pendakwa, pihak Pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan kes prima facie ke atas setiap elemen dalam sesuatu pertuduhan terhadap tertuduh. [53] Berdasarkan prinsip undang-undang di atas, Mahkamah ini telah membuat penilaian secara maksimum ke atas keterangan kes Pendakwaan dalam membuktikan setiap elemen Pertuduhan ke atas Tertuduh dalam menyimpulkan sama ada suatu kes prima facie berjaya dibuktikan terhadap Tertuduh. Hasil daripada penilaian tersebut, pada 31 Januari 2025, setelah mendengar, meneliti, menimbang dan menilai secara maksimum keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan dan setelah menilai kredibiliti saksi-saksi Pendakwaan serta mengambilkira keseluruhan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa pihak S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg _____________________________________________________ 24 Pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi Pertuduhan Pindaan dibawah seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen dan Akta yang sama. Oleh yang demikian, Tertuduh dilepas dan dibebaskan bagi Pertuduhan Pindaan tanpa dipanggil untuk membela diri. [54] Berdasarkan alasan-alasan berikut, Mahkamah ini berpendapat keputusan yang telah dikeluarkan adalah adil, wajar dan munasabah dan berdasarkan peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Akta. Bertarikh pada 01 April, 2025 (TENGKU ELIANA BINTI TUAN KAMARUZAMAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KUANTAN Peguam: Bagi pihak Pendakwa Raya – Ezuain Farhana binti Ahmad & Siti Aisyah binti Abdul Wahab Bagi pihak Tertuduh – Dato' Zaharman bin Zainal Abidin & Ahmad Shamsul Akmal bin Yusof (Tetuan Fatin & Zaharman). S/N 5fBtOy/EK0Bn09rsxbg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.