Content
_____________________________________________________ 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA [KES JENAYAH NOMBOR: CA-83JS-8-12/2022]
CA-83JS-8-12/2022
Magistrates Court of Malaysia30 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“_____________________ 45 [88] Tanggungjawab Mahkamah di akhir kes Pembelaan telah juga dijelaskan di dalam kes PP v. Kenneth Fook Mun Lee [2006] 4 CLJ 359 seperti berikut: "... Section 180 of the Criminal Procedure Code ("CPC") provides that when the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider wheth”
“is decided on the basis of the truth of the prosecution's case as against the falsity of the defence story, a trial judge must in accordance with the principle laid down in Mat v. PP [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263 go one step further before convicting the accused by giving due consideration as to why the defence story”
“of all the evidence that have been adduced in support of the defence (see Chang Lee Swee v. Public Prosecutor [1984] 1 LNS 134; [1985] 1 MLJ 75; Mohamed Shariff v. Public Prosecutor [1964] 1 LNS 114; [1964] MLJ 64). A court must consider carefully whether **Note : Serial number will be used to verify the originality of”
“________________________ 15 dengan kesalahan jenayah seksual sekiranya tiada corroboration dalam dakwaan Pengadu, SP3. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini sedar bahawa di dalam kes Chiu Nang Hong v. PP [1964] SMCU 24; [1964] 1 LNS 24, Mahkamah telah menyatakan bahawa ‘a judge is entitled in law to convict even without cor”
“SP3 pernah dimarahi oleh SD1 ketika berada di dalam dewan bedah adalah tidak masuk akal dan hanyalah bersifat penafian semata-mata. [104] Mahkamah ini merujuk kes Khee Thuan Giap v Public Prosecutor [2019] CLJU 568; [2019] 4 MLJ 651, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Ahmadi Asnawi JCA (beliau pa”
“etiap butir keterangan Saksi Pendakwaan hendaklah melihat perkara yang tidak konsisten tersebut dan menentukan sama ada ianya contradiction ataupun hanya discrepancies. Dalam kes Tee Hock Keong v. PP [2021] CLJU 497; [2021] 1 LNS 497, Mahkamah Rayuan dalam menyebut berkenaan dengan penilaian terhadap keterangan saksi,”
“eterangan SP8 bahawa peralatan yang digunakan dalam keadaan baik, telah digunakan dalam perjalanan seperti biasa sudah memenuhi keperluan Seksyen Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 [Mesnayo Longdi v PP [2025] CLJU 1156]. Sebagaimana yang diputuskan dalam kes Gnanasegaran Pararajasingam v PP [1997] 4 CLJ 6, pihak Pendakwa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
_____________________________________________________ 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA [KES JENAYAH NOMBOR: CA-83JS-8-12/2022]
1
Tertuduh dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan di bawah seksyen 377D Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama.
2
Pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut: Pertuduhan: Bahawa kamu pada 29/05/2021 jam lebih kurang 4.40 petang bertempat di hadapan lif Tingkat 3, Bangunan KPJ Pahang Specialist Hospital, Jalan Tanjung Lumpur, dalam daerah Kuantan, di dalam negeri Pahang telah melakukan kelucahan _____________________________________________________ 2 melampau dengan cara menyentuh bahagian payudara Marissa Anees binti Mahizan (No. K/P: 990221-02-505), dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan. Hukuman: Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh boleh sampai dua tahun.
3
Pada 23/12/2022, Pertuduhan telah dibacakan kepada Tertuduh dalam Bahasa Malaysia. Tertuduh telah faham akan Pertuduhan yang telah dibacakan dan mohon kes untuk dibicarakan.
4
Di peringkat Kes Pendakwaan, pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 09 orang saksi untuk memberi keterangan.
5
Berikut adalah senarai Saksi-saksi Pendakwaan yang telah dipanggil oleh pihak Pendakwaan: SP1 : Inspektor Zahadi bin Othman (Pegawai Tangkapan) SP2 : Detektif Koperal Mohd Shamir bin Mad Tunggal _____________________________________________________ 3 (Anggota Polis/Jurufoto) SP3 : Marissa Anees binti Mahizan (Pengadu/Mangsa) SP4 : Tan Ei Cze (Saksi Awam) SP5 : Nur Hidayah binti Puteh (Saksi Awam) SP6 : Zuyadie bin Yahaya (Saksi Awam) SP7 : Mohd Zarith bin Baderondin (Saksi Awam) SP8 : Inspektor Salwa Asyikin bin Senin (Pegawai Penyiasat) SP9 : Sarjan Masri bin Samawi (Anggota Polis) Eksibit-Eksibit: P1 : Kuantan Report 10510/21 P2(A) hingga P2(C) : 03 keping gambar tempat kejadian P3(A) dan P3(B) : Sampul CD No. Repot: 10460/21 dan CD PDRM No. Repot: 10460/21 P4 : Sijil Perakuan dibawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 P5 : Kuantan Report 010460/21 _____________________________________________________ 4 P6(A) hingga P6(N) : 14 keping gambar pegun/screenshot (tempat kejadian) P7 : Beg Barang Kes PDRM bertanda EX: 325/2021 P8(A) dan P8(B) : 01 bekas CD bertanda ‘KTN/10460/21’ dan 01 keping CD P9 : Klip Video bertajuk minotor 5-ch29 [Rakaman CCTV di kawasan hadapan pintu bilik persalinan dan bilik ICU di Tingkat 03] P10 : Klip Video bertajuk monitor 5-ch30 [Rakaman CCTV di kawasan koridor di Tingkat 03] P11 : Klip Video bertajuk Ch04 [Rakaman CCTV di kawasan hadapan lif Tingkat 03] P12 : Klip Video bertajuk Ch06 [Rakaman CCTV di kawasan hadapan lif Tingkat 04] P13 : Surat Permohonan Memeriksa dan Membuat Salinan Rakaman CCTV daripada Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuantan bertarikh 31 Mei 2021 P14 : Surat Setuju – Permohonan Memeriksa dan Membuat Salinan Rakaman CCTV bertarikh 31 Mei 2021 P15 : Sijil Perakuan dibawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 _____________________________________________________ 5 P16 & P16(K) : Rajah Kasar dan Kekunci Rajah Kasar P17 : Buku Daftar Barang Kes Nombor Siri: 325/2021 P17(A) : Salinan fotostat Buku Daftar Barang Kes Nombor Siri: 325/2021 ID18 : Laporan Kawad Cam P19 : Pertuduhan Pindaan PSP1 : Pernyataan Saksi Pendakwaan (SP1) PSP2 : Pernyataan Saksi Pendakwaan (SP2) PSP8 : Pernyataan Saksi Pendakwaan (SP8)
6
Fakta kes yang dibentangkan oleh pihak Pendakwaan secara ringkasnya adalah seperti berikut: i) Pada 29/05/2021, setelah selesai sesi pembedahan buah pinggang di bilik pembedahan di Tingkat 03 bangunan KPJ Pahang Specialist Hospital, SP3 (Pengadu/mangsa) telah makan di pantri dan kemudiannya menyalin pakaian beliau di bilik persalinan di aras yang sama. SP3 menukar pakaian kepada t-shirt berwarna kelabu, berlogo KPJ (KPJ Pahang Specialist Hospital) dan bertulis ‘Anesthesia’. Selepas itu, SP3 telah menawarkan diri untuk menghantar spesimen hasil daripada pembedahan tersebut iaitu buah pinggang yang berisi cecair formalin untuk dihantar ke bilik makmal di Tingkat 04. _____________________________________________________ 6 ii) Semasa keluar daripada bilik persalinan, SP3 telah bertembung dengan dengan Tertuduh yang keluar daripada bilik ICU. Bilik ICU adalah berhadapan dengan bilik persalinan. SP3 telah menyapa Tertuduh dengan ‘Good Afternoon, doctor’. Selepas disapa, Tertuduh telah menghampiri SP3 dan bertanya SP3 baru habis kes apa, SP3 on call dengan team mana dan apa yang dibawa oleh SP3. Tertuduh telah menghampiri dan menepuk bahu kiri SP3 sebanyak 2-3 kali dengan menggunakan tangan kanannya, sambil bertanyakan soalan tersebut dan keadaan ini telah membuatkan SP3 merasa tidak selesa serta terkejut. Kemudian SP3 telah menjarakkan dirinya daripada Tertuduh dengan merapatkan dirinya ke dinding. iii) Tertuduh juga bertanya di mana rumah SP3 dan SP3 menjawab di Kotasas. Tertuduh kemudiannya telah menawarkan diri untuk menghantar SP3 pulang dan SP3 telah menolak pelawaan tersebut. Soalan-soalan tersebut telah ditanyakan oleh Tertuduh semasa SP3 dan Tertuduh sedang berjalan di koridor Tingkat 03 menuju ke arah lif di aras yang sama. iv) Apabila sampai di hadapan pintu lif (di Tingkat 03), SP3 telah menekan butang naik di lif untuk naik ke bilik makmal di Tingkat
04
Sewaktu itu, tiada orang lain yang menunggu di hadapan lif kecuali SP3 dan Tertuduh. Kemudian daripada sebelah kanan SP3, Tertuduh tiba-tiba telah datang berhadapan dengan SP3 dan telah menyentuh payudara sebelah kanan SP3 daripada atas sehingga ke bawah puting (payudara) dengan menggunakan belakang tangan kiri Tertuduh. Menurut SP3, _____________________________________________________ 7 beliau dapat merasa tekanan daripada tangan Tertuduh di payudaranya dan beliau tidak memberikan kebenaran kepada Tertuduh untuk berbuat sedemikian serta tidak merelakan perbuatan tersebut. v) Semasa Tertuduh berdiri di hadapan SP3 sambil menyentuh payudara SP3, Tertuduh telah bertanya sama ada baju yang dipakai oleh SP3 (pada ketika itu) dibeli atau diberi. Sewaktu kejadian tersebut, SP3 terkejut, terkedu dan amat takut serta telah mengambil satu langkah ke belakang. Menurut SP3 juga, Tertuduh telah cuba untuk memegang payudara kiri SP3 tetapi gagal kerana SP3 telah mengambil satu langkah ke belakang. vi) Kejadian Tertuduh menyentuh payudara sebelah kanan SP3 telah berlaku sekejap sahaja, sekitar 2-3 saat. Setelah kejadian tersebut berlaku, SP3 tidak menjerit dan tidak menepis dan hanya mengambil satu langkah ke belakang untuk menjarakkan dirinya daripada Tertuduh. SP3 tidak menjerit kerana terkedu dan perkara ini pertama kali berlaku terhadap dirinya. SP3 juga tidak menepis disebabkan SP3 telah menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk memegang spesimen yang berat. Selepas pintu lif terbuka, Tertuduh telah masuk ke dalam pintu lif dan SP3 juga masuk ke dalam pintu lif yang sama. vii) Kemudian apabila pintu lif terbuka di Tingkat 04, SP3 telah meluru keluar, sambil diikuti oleh Tertuduh. Tertuduh telah bertanya kepada SP3 sama ada SP3 mahu Tertuduh menemani SP3, kemudian SP3 telah menoleh ke belakang dan menolak _____________________________________________________ 8 pelawaan tersebut. Setelah itu, SP3 telah meneruskan perjalanannya untuk ke bilik makmal. viii) Setelah selesai mendaftarkan spesimen yang dibawa, SP3 telah menunggu seketika di dalam dan di luar bilik makmal kerana berasa takut dan untuk memastikan Tertuduh telah beredar daripada Tingkat 04. SP3 telah turun semula ke Tingkat 03 setelah memastikan Tertuduh telah tiada di Tingkat 04. SP3 telah ke bilik rehat yang terletak bersebelahan dengan pintu bilik ICU di Tingkat 03. Di bilik rehat tersebut, SP3 telah menceritakan kejadian yang berlaku antara SP3 dan Tertuduh kepada SP5 dan rakan sekerja mereka yang bernama Adibah. Atas nasihat SP5, SP3 telah menelefon SP4 untuk melaporkan kejadian tersebut. Pada petang yang sama, SP4 telah melaporkan kejadian tersebut kepada Chief Nursing Officer iaitu Madam Tan Mei Ling. SP3 bersama SP4 telah ke bilik sekuriti bagi melihat rakaman CCTV berkaitan. SP3 telah membuat laporan polis pada hari yang sama, sebagaimana P5. C. ELEMEN PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 377D KANUN KESEKSAAN [7] Pertuduhan terhadap Tertuduh melibatkan Pertuduhan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan: 377D Outrages on decency Any person who, in public or private, commits, or abets the commission of, or procures or attempts to procure the commission by any person of, any act of _____________________________________________________ 9 gross indecency with another person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years. [8] Sebagaimana yang diputuskan oleh YA Abu Bakar Katar dalam kes Asuria Ahmad v Pendakwa Raya [2016] 3 CLJ 907, intipati-intipati kesalahan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah secara ringkasnya sebagaimana berikut:
i
Tertuduh telah melakukan sesuatu perbuatan;
II
(ii) Perbuatan tersebut merupakan perbuatan kelucahan melampau;
III
(iii) Ia dilakukan dengan orang lain (mangsa); dan
IV
(iv) Ia dilakukan di tempat awam atau persendirian. D. PENILAIAN KETERANGAN KES PENDAKWAAN DALAM MENCAPAI ELEMEN PERTUDUHAN [9] Mahkamah ini telah meneliti keterangan kesemua 09 orang Saksi Pendakwaan berserta eksibit-eksibit dan juga dokumen yang telah dikemukakan dan setelah menilai keterangan-keterangan tersebut secara maksimum sama ada elemen-elemen/intipati-intipati dalam Pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh berjaya dibuktikan: a) Intipati (i): Tertuduh telah melakukan sesuatu perbuatan _____________________________________________________ 10 [10] Mahkamah ini telah menghalusi keterangan mangsa iaitu SP3 dalam memutuskan sama ada Intipati (i) telah dipenuhi dalam kes ini. Berikut adalah sebahagian daripada keterangan semasa Pemeriksaan Utama: Kejadian berlaku pada 29/05/2021, lebih kurang pukul 4.40 hingga 4.50 petang. Kejadian berlaku di Tingkat 03 KPJ Pahang, di hadapan pintu lif Tingkat 03. Dekat Tingkat 03 ada 02 lif. Dekat Tingkat 03 ada 02 lif, dekat floor itu ada 01 sahaja lif tetapi ada 02 pintu kiri kanan. Pada 29/05 lebih kurang pukul 4.40 hingga 4.50 petang, Doktor Khairul Muhsein telah menyentuh dan memegang payudara saya dengan tangan kiri. … Sewaktu tunggu lif itu, saya masih berada tidak selesa dan takut selepas Doktor Khairul menepuk bahu saya. Saya masih berada di situ sebab mindset saya, saya hendak pergi ke Tingkat 4 untuk menghantar spesimen, kerana spesimen itu berat jadi saya perlu menggunakan lif. Kemudian daripada sebelah kanan saya, Doktor Khairul tiba-tiba datang berhadapan dengan saya dan memegang dan menyentuh payudara sebelah kanan saya. Jarak yang memisahkan saya dengan Doktor Khairul hanya spesimen yang saya pegang. Semasa dia berdiri di hadapan saya dan menyentuh payudara saya, saya amat terkejut dan perasaan takut saya lagi membuak sebab saya tidak sangka yang Doktor Khairul akan menyentuh payudara saya. Semasa dia berdiri di hadapan saya sambil menyentuh payudara saya, Doktor Khairul bertanya sama ada baju yang saya pakai dibeli atau diberi. Sewaktu dia tanya, dia menyentuh payudara saya dengan tangan kirinya. Dia menyentuh payudara saya daripada atas sehingga ke bawah nipple, puting saya. _____________________________________________________ 11 … Doktor Khairul menyentuh payudara saya dengan menggunakan belakang tangan kiri. Saya dapat rasa tekanan daripada tangan Doktor Khairul itu. Saya yakin tekanan daripada Doktor Khairul sebab dia sengaja menekan, saya dapat rasa tekanan tangan dia di payudara saya… [11] Berdasarkan keterangan SP3 tersebut, adalah jelas bahawa Tertuduh dalam kes ini telah melakukan suatu perbuatan iaitu dengan menyentuh payudara sebelah kanan SP3 daripada atas sehingga ke bawah puting payudara dengan menggunakan belakang tangan kiri Tertuduh sehingga menyebabkan SP3 dapat merasa tekanan daripada tangan Tertuduh di payudaranya. [12] Selain itu, adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa keterangan substantif adalah pengecaman ke atas Tertuduh sebagai orang yang telah melakukan kesalahan oleh saksi dalam mahkamah semasa perbicaraan. Keterangan pengecaman dalam kawad cam adalah relevan dan boleh digunakan sebagai keterangan sokongan kepada keterangan substantif. Prinsip ini diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Suthakar Sivakumar v Public Prosecutor & Rayuan Yang Lain [2024] 10 CLJ 335: [57] Berkenaan isu ini, kami bersetuju dengan MT dan MR bahawa kawad cam hanyalah bersifat sebagai keterangan sokongan (corroborative evidence) dan keterangan substantif ialah pengecaman di dalam mahkamah [13] SP3 telah membuat pengecaman yang positif terhadap Tertuduh di dalam Mahkamah. Kualiti pengecaman adalah mantap dan tiada sebab untuk dipertikaikan. SP3 telah menjelaskan secara terperinci bagaimana beliau dapat mengecam Tertuduh. Pengecaman SP3 terhadap Tertuduh _____________________________________________________ 12 ini adalah jelas merupakan keterangan substantif. Laporan Kawad Cam yang telah ditandakan sebagai eksibit ID18 (yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah ini untuk kekal sebagai ID18 memandangkan maker of the document tidak dipanggil untuk memberikan keterangan), hanyalah bersifat keterangan sokongan dan ianya tidak menjejaskan kes Pendakwaan. [14] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Intipati (i) telah dipenuhi memandangkan Tertuduh dalam kes ini telah melakukan suatu perbuatan pada tarikh, masa dan tempat dalam Pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya. Hal ini adalah selaras dengan keterangan mangsa dalam kes ini iaitu SP3 serta rakaman CCTV di tempat kejadian, iaitu P11. b) Intipati (ii): Perbuatan tersebut merupakan perbuatan kelucahan melampau [15] Pihak Pendakwaan dalam Intipati (ii), perlu membuktikan sama ada perbuatan yang dilakukan oleh Tertuduh terhadap mangsa (SP3) iaitu dengan menyentuh payudara sebelah kanan SP3 daripada atas sehingga ke bawah puting payudara dengan menggunakan belakang tangan kiri Tertuduh sehingga menyebabkan SP3 dapat merasa tekanan daripada tangan Tertuduh di payudaranya adalah merupakan suatu ‘perbuatan kelucahan yang melampau’. [16] Mahkamah ini sekali lagi merujuk kepada kes Asuria Ahmad, yang mana telah dinyatakan dalam kes tersebut bahawa: _____________________________________________________ 13 “[24] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan TPR yang terpelajar bagi pertuduhan ini, Parlimen tidak memberikan takrifan apakah “perbuatan kelucahan melampau” (gross indecency) bagi maksud peruntukan s. 377D Kanun itu. Mahkamah ini bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan, Malaysia dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja (supra) dalam memberikan takrifan “perbuatan kelucahan melampau” ianya bergantung kepada individu dan cara bagaimana ianya dibesarkan termasuklah keagamaan, budaya dan nilai kekeluargaan. [25] Mahkamah ini turut merujuk kes R v. Pinard And Maltais [1983] 5 CCC (3d) 460 di mana Malouf JA ada memberikan pandangannya dalam isu yang sama seperti berikut: ... whether an act is or is not an act of gross indecency depends upon the nature of the act, the circumstances in which it was committed and the time and place in which it was committed. [26] Mahkamah ini berpendapat bagi kesalahan di bawah s. 377D Kanun itu bukannya menjadi tugas mahkamah untuk meletakkan kayu pengukur tertentu apakah “perbuatan kelucahan melampau” sebaliknya melihat pemikiran orang ramai. Mahkamah ini ingin berkongsi pandangan dengan Yong Pung How CJ Singapore dalam kes Ng Huat v. PP [1995] 2 SLR 783 di ms. 792 yang menyatakan: What amounts to a grossly indecent act must depend on whether in the circumstances, and the customs and morals of our times, it would be considered grossly indecent by any right thinking member of the public (per Egbert J in the Supreme Court of Alberta, R v. K & H). The court does not sit to impose its own moral standards or precepts, but to inforce the morals of the general public.’’ _____________________________________________________ 14 [17] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v Ketua Pengarah Penjara Malaysia & Anor [1998] 4 CLJ 538, yang mana telah dinyatakan dalam kes tersebut bahawa: Offences Of Indecency: Liwat And Gross Indecency Every person may have a different view of what is indecent. Our individual perception of what is indecent depends upon our upbringing, which includes religious, cultural and family values. Considering the racial, cultural and religious diversity in Malaysia, Parliament has seen fit to legislate, not against all acts a particular individual perceives as indecent, but against those generally accepted as grossly indecent. Of the grossly indecent acts Parliament saw fit to legislate against, gross indecency in s. 377D is the widest in meaning and the least serious offence, attracting imprisonment only of up to two years. [18] Justeru itu, Mahkamah ini telah mengikuti pandangan dan prinsip yang digariskan di dalam kes Asuria Ahmad dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja tersebut serta nas-nas duluan lain bagi menentukan sama ada perbuatan Tertuduh tersebut (iaitu dengan menyentuh payudara sebelah kanan SP3 daripada atas sehingga ke bawah puting payudara dengan menggunakan belakang tangan kiri Tertuduh sehingga menyebabkan SP3 dapat merasa tekanan daripada tangan Tertuduh di payudaranya) merupakan suatu perkara dan perbuatan yang boleh diterima dalam pemikiran orang ramai termasuk mangsa iaitu SP3. [19] Mahkamah ini percaya sebagaimana yang diputuskan dalam kes Pendakwa Raya v Azmi Mahmood [2020] 1 LNS 1041, memandangkan jenayah seksual selalunya melibatkan mangsa dan tertuduh sahaja, maka adalah penting untuk mendapatkan corroboration berkaitan apa yang berlaku. Justeru itu, adalah tidak selamat untuk mensabitkan Tertuduh _____________________________________________________ 15 dengan kesalahan jenayah seksual sekiranya tiada corroboration dalam dakwaan Pengadu, SP3. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini sedar bahawa di dalam kes Chiu Nang Hong v. PP [1964] SMCU 24; [1964] 1 LNS 24, Mahkamah telah menyatakan bahawa ‘a judge is entitled in law to convict even without corroboration if convinced of the truth of a complainant’s evidence”. [20] Semasa Pemeriksaan Balas, Peguambela Tertuduh telah mencadangkan kepada SP3 bahawa perbuatan Tertuduh itu sebenarnya tersentuh bukan dipegang dan tiada perbuatan memegang. Turut dicadangkan oleh Peguambela bahawa sebenarnya tidak ada langsung tangan Tertuduh terkena pada payudara SP3 tetapi hanya mengenai baju yang dipakai oleh SP3. Kesemua cadangan oleh Peguambela Tertuduh ini telah dinafikan oleh SP3 dan semasa Pemeriksaan Semula, SP3 antara lain telah menyatakan bahawa ‘Kerana bagi saya tekanan tangan Doktor Khairul yang saya rasakan, itu adalah memegang’. [21] Pada pandangan Mahkamah ini, tindakan Tertuduh sama ada memegang ataupun menyentuh payudara SP3 adalah jelas merupakan satu perbuatan berbentuk jenayah seksual. [22] Pihak Pembelaan telah mempertikaikan kredibiliti memandangkan beberapa percanggahan dalam keterangan SP3, iaitu sebagaimana berikut:
a
Dalam laporan polis (P5) yang dibuat oleh SP3, SP3 telah menyatakan bahawa beliau masuk ke dalam lif terlebih dahulu dan diikuti oleh Tertuduh. Namun rakaman CCTV, P11 menyatakan sebaliknya; _____________________________________________________ 16
b
SP3 menyatakan beliau memegang spesimen buah pinggang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, namun rakaman CCTV, P9 hingga P12 menggambarkan sebaliknya. [23] Mahkamah dalam menilai setiap butir keterangan Saksi Pendakwaan hendaklah melihat perkara yang tidak konsisten tersebut dan menentukan sama ada ianya contradiction ataupun hanya discrepancies. Dalam kes Tee Hock Keong v. PP [2021] CLJU 497; [2021] 1 LNS 497, Mahkamah Rayuan dalam menyebut berkenaan dengan penilaian terhadap keterangan saksi, telah menyatakan seperti yang berikut, [53] The learned trial judge found both SP17 and SP18 to be credible witnesses. However, learned counsel for the appellant submits that there are irreconcilable and material discrepancies in the evidence given by SP17 and SP18. We note that as in most cases, there are bound to be some discrepancies in the evidence of the several witnesses, including SP17 and SP18. However, these discrepancies are not material and do not affect the quality of the testimony of these witnesses. In this respect, it would be opportune to refer to the observation of Wan Yahya J (as he then was) in Pie Chin v. PP [1983] 1 CLJ 316; [1983] CLJ (Rep) 703; [1985] 1 MLJ 234 HC: Discrepancies are no doubt present in this case, as they do ostensibly appear in most cases in evidence of witnesses for the prosecution as well as the defence. The transcripts of most evidence, when thoroughly toothcombed by any able lawyer, never failed to yield some form of inconsistencies, discrepancies or contradictions but these do not necessarily render the witness’s entire evidence incredible. It is only when a witness's evidence on material and obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded. Forgetfulness and failure to recall exactly certain _____________________________________________________ 17 events, which did not seem to be important to the witness, do not necessarily shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief. Having examined the discrepancies alluded to by learned counsel for the appellant, we find that they are not material to the prosecution’s case, nor do they render the evidence of SP17 and SP18 incredible. We find no reasons to disagree with the learned judge’s characterisation of both SP17 and SP18 as credible witnesses. [54] In the circumstance, we find that the trial judge was entirely correct in treating the evidence of SP17 and SP18 as ordinary witnesses. As such we find that the issue of corroboration of the evidence of SP17 and SP18 does not arise. The learned trial judge had evaluated the evidence of SP17 and SP18 in totality with all other evidence presented and found them to be credible and had accordingly given the appropriate weight. In this regard, we find that the learned trial judge had correctly directed himself on the law [24] Mahkamah ini menyedari tentang adanya percanggahan-percanggahan sepertimana yang dibangkitkan oleh pihak Pembelaan, namun Mahkamah ini memutuskan bahawa SP3 adalah seorang saksi yang bercakap benar. Percanggahan-percanggahan tersebut, termasuk sama ada SP3 memegang spesimen buah pinggang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan adalah tidak memadai untuk memusnahkan kredibiliti memandangkan percanggahan-percanggahan tersebut hanyalah bersifat discrepancies dan tidak material. [25] Mahkamah ini juga telah menerima masuk P5 sebagai eksibit dan juga menerima keterangan SP3 di Mahkamah (semasa Pemeriksaan Utama) bahawa ‘Selepas pintu lif terbuka, Doktor Khairul masuk ke dalam pintu lif dan saya pun masuk ke dalam pintu lif yang sama’. Mahkamah ini _____________________________________________________ 18 juga menerima penjelasan SP3 semasa Pemeriksaan Semula, yakni sebagaimana berikut: Soalan: Kemudian dirujuk Laporan Polis, perenggan 09 dan 10 ‘APABILA PINTU LIFT SAYA SEGERA MASUK KE DALAM LIFT SAMBIL DIIKUTI OLEH DOKTOR KHAIRUL MUKHSIN’. Kemudian dirujuk kepada Marissa video di hadapan lif Tingkat 03. Peguam tanya siapa masuk lif dulu, Marissa jawab ‘Doktor Khairul’. Kemudian dirujuk balik pada Laporan Polis tadi itu, Peguam tanya lagi, ‘Cuba baca pada P5, report yang kamu buat, sama atau tidak sama?’, Marissa jawab tidak sama. Kenapa tidak sama? Jawapan: Kerana pada masa itu saya berasa cemas, keliru dan terkejut dengan kejadian yang baru berlaku pada saya. [26] Mahkamah ini berpandangan SP3 sudah tentu dipengaruhi oleh faktor manusia yang mana sifat lupa adalah menjadi sebahagian daripada sifat semulajadi manusia. Tambahan pula, pada ketika itu SP3 masih dalam keadaan cemas, keliru dan terkejut dengan kejadian tersebut. [27] Selain itu, pihak Pembelaan juga mempertikaikan tindakan SP3 yang dikatakan tidak mengambil peluang untuk melarikan diri, tidak menjerit meminta pertolongan, tiada pergerakan untuk melarikan diri, SP3 mengikuti Tertuduh masuk ke dalam lif serta keterangan SP3 bahawa menghantar spesimen ke makmal adalah lebih penting daripada keselamatan diri. _____________________________________________________ 19 [28] Semasa di peringkat Pemeriksaan Utama, SP3 telah memberikan keterangan sebagaimana berikut: Semasa itu saya terkejut, terkedu dan amat takut kerana selepas Doktor Khairul memegang payudara kanan saya, saya ambil satu langkah ke belakang. Sebab semasa itu Doktor Khairul cuba untuk memegang payudara saya di sebelah kiri tetapi tidak dapat sebab saya telah ambil satu langkah ke belakang. Tiada tindakan lain oleh saya waktu itu. Semasa saya ambil satu langkah ke belakang dia masih membuat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku kemudian pintu lif pun terbuka. Kejadian berlaku 2-3 saat. Semasa Doktor Khairul menyentuh payudara saya sebelah kanan, masa itu dia sekejap sahaja bila dia buat macam itu, sambil saya satu langkah ke belakang, Doktor Khairul cuba untuk sebelah lagi. Jadi kejadian itu berlaku cepat sangat. Selepas perkara itu berlaku saya tidak menjerit, saya tidak menepis, saya cuma melangkah ke belakang untuk menjarakkan diri saya daripada Doktor Khairul. Saya tidak menjerit sebab perkara ini pertama kali berlaku kepada saya, saya amat terkejut dan Doktor Khairul adalah orang yang ada nama di KPJ, saya terkedu apabila perkara itu berlaku kepada saya sehingga saya tidak keluar untuk meminta tolong ataupun menjerit. Doktor Khairul ada nama, maksud saya, dia doktor pakar, neurologist, terkenal di KPJ. Seperti yang saya nyatakan tadi, saya menghormati Doktor Khairul sebab seperti yang saya nyatakan tadi saya menyapa Doktor Khairul. Saya tidak tepis sebab saya menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memegang spesimen yang berat. Selepas pintu lif terbuka, Doktor Khairul masuk ke dalam pintu lif dan saya pun masuk ke dalam pintu lif yang sama. Tiada orang lain dalam lif itu. _____________________________________________________ 20 Saya tetap masuk ke dalam lif sebab pada mulanya mindset saya adalah untuk membawa spesimen yang berat itu menaiki lif ke Tingkat 4 untuk dihantar ke makmal. Apabila berlaku perkara yang tidak saya duga dan perkara yang pertama kali berlaku dalam hidup saya, saya amat terkejut dan tidak fikir untuk melakukan tindakan lain selain dari niat asal saya untuk naik lif pergi ke Tingkat 4. [29] Setelah meneliti keterangan SP3 serta eksibit P11, Mahkamah mendapati SP3 telah melangkah satu langkah ke belakang ketika Tertuduh melakukan perbuatan tersebut (iaitu dengan menyentuh payudara sebelah kanan SP3 daripada atas sehingga ke bawah puting payudara dengan menggunakan belakang tangan kiri Tertuduh sehingga menyebabkan SP3 dapat merasa tekanan daripada tangan Tertuduh di payudaranya). [30] Tindakan pihak Pembelaan yang mempertikaikan cara SP3 bertindak balas (iaitu SP3 yang dikatakan tidak mengambil peluang untuk melarikan diri, tidak menjerit meminta pertolongan, tiada pergerakan untuk melarikan diri, SP3 mengikuti Tertuduh masuk ke dalam lif serta keterangan SP3 bahawa menghantar spesimen ke makmal adalah lebih penting daripada keselamatan diri) adalah tidak wajar. Sayugia diingatkan bahawa tindak balas setiap manusia ketika berada dalam bahaya, sama ada dari segi fizikal atau emosi, adalah berbeza-beza bergantung kepada penilaian situasi setiap individu. Mahkamah ini percaya tindakan SP3 mengambil satu langkah ke belakang ini jelas menunjukkan SP3 berasa takut dan terkejut dengan perbuatan Tertuduh dan telah bertindak balas dengan cuba menjarakkan diri daripada pelaku iaitu Tertuduh. Penjelasan SP3 berkenaan kenapa beliau tidak melarikan diri, tidak menjerit, tidak _____________________________________________________ 21 menepis tangan Tertuduh dan mengikuti Tertuduh memasuki lif telah dihuraikan dengan baik oeh SP3 semasa Pemeriksaan Utama. [31] Hasil pemerhatian Mahkamah ini mendapati keterangan SP3 yang menyatakan Tertuduh telah menyentuh payudara sebelah kanan SP3 daripada atas sehingga ke bawah puting payudara dengan menggunakan belakang tangan kiri Tertuduh adalah konsisten dan utuh walaupun SP3 telah disoal balas secara giat oleh Peguambela Tertuduh. Selaku Pengadu dan mangsa dalam kes ini, SP3 telah memberikan keterangan yang sangat konsisten sepanjang beliau dipanggil untuk memberikan keterangan. Mahkamah ini percaya adalah jelas bahawa wujudnya suatu perbuatan yang telah dilakukan oleh Tertuduh. [32] Tambahan lagi, pada hemat Mahkamah ini, tingkah laku Tertuduh terhadap SP3 adalah suatu tindakan yang tidak boleh diterima bukan sahaja dalam konteks hubungan antara pegawai atasan dan kakitangan bawahan, malahan dari perspektif hubungan antara lelaki dan wanita dalam masyarakat yang bertamadun sama ada daripada aspek moral, agama, budaya mahupun nilai-nilai kekeluargaan masyarakat Malaysia. [33] Namun persoalan yang timbul adalah adakah perbuatan tersebut (Tertuduh telah menyentuh payudara sebelah kanan SP3 daripada atas sehingga ke bawah puting payudara dengan menggunakan belakang tangan kiri Tertuduh) terjumlah kepada ‘perbuatan kelucahan yang melampau’ atau ianya merupakan satu perbuatan jenayah seksual yang lain seperti ‘menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan’. _____________________________________________________ 22 [34] Melihat dari lensa pemikiran orang ramai, berdasarkan nature of the act, perbuatan Tertuduh tersebut merupakan satu perbuatan berbentuk seksual namun ianya tidak terjumlah kepada suatu ‘perbuatan kelucahan melampau’. Konklusinya, Mahkamah ini mendapati tiada sebarang perbuatan kelucahan melampau yang dilakukan oleh Tertuduh. [35] Intihanya, Initipati (ii) ini telah gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. c) Intipati (iii): Ia dilakukan dengan orang lain (mangsa) [36] Pihak Pendakwaan dalam Intipati (iii), perlu membuktikan sama ada perbuatan melakukan kelucahan melampau oleh Tertuduh adalah dilakukan terhadap orang lain yakni mangsa, SP3. [37] Mahkamah ini berpandangan Intipati (iii) telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan setakat suatu perbuatan telah dilakukan terhadap mangsa dalam kes ini iaitu SP3. d) Intipati (iv): Ia dilakukan di tempat awam atau persendirian [38] Adalah jelas bahawa perbuatan yang dilakukan oleh Tertuduh terhadap mangsa (SP3) dilakukan di tempat yang mana Mahkamah _____________________________________________________ 23 percaya merupakan tempat awam yang mana ianya merupakan kawasan hadapan lif Tingkat 03 bangunan KPJ Pahang Specialist Hospital. [39] Justeru itu, Initipati (iv) ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. E. ISU-ISU LAIN YANG DIPERTIMBANGKAN i) Isu bantahan awal pihak Pembelaan berkenaan penandaan eksibit Eksibit ID1 [40] Laporan tangkapan Tertuduh iaitu Kuantan Report 10510/21 pada peringkat awal telah ditandakan sebagai ID1 memandangkan Peguambela Tertuduh telah membantah kemasukan laporan polis yang tidak ditandatangani oleh SP1 dan SP9 ini. Turut dihujahkan oleh Peguambela bahawa alasan lupa untuk menurunkan tandatangan pada ID1 tidak boleh diterima di Mahkamah ini. [41] Pihak Pendakwaan sebaliknya menghujahkan bahawa ketika Pemeriksaan Balas, Peguambela sepanjang masa tidak langsung menyoal berkenaan isu ketiadaan tandatangan pada ID1 kepada SP1. Seterusnya dihujahkan bahawa kegagalan Peguambela untuk menyoal balas SP1 berkenaan isu tersebut hendaklah dianggap Tertuduh menerima dan mengakui kesemua keterangan yang diberikan oleh SP1 termasuk berkenaan ID1. _____________________________________________________ 24 [42] Selain itu, SP9 telah hadir dan mengesahkan bahawa beliau menerima laporan polis (ID1) yang dibuat oleh SP1. Menurut SP9 juga, penerimaan laporan polis dibuat melalui Sistem IPRS yang mana melalui Sistem IPRS ini SP9 menerima dengan cara mengakses sistem tersebut, dengan mengisi kata laluan yang dijana oleh Sistem IPRS tersebut.
Preamble
Menurut SP9 juga, tiada orang lain yang mempunyai kata laluan beliau dan kata laluan beliau tidak boleh digunakan oleh orang lain. [43] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan dan selaras dengan Seksyen 157 Akta Keterangan 1950, ID1 ini hanyalah satu keterangan sokongan. SP9 telah memberikan penjelasan yang munasabah berkenaan isu ini, oleh yang demikian Mahkamah ini telah membenarkan ID1 diterima masuk dan dijadikan eksibit P1. Eksibit ID2(A) hingga ID2(C) [44] Eksibit ID2(A) hingga ID2(C) merupakan 03 keping gambar tempat kejadian. Pihak Pembelaan telah menghujahkan bahawa dengan adanya tajuk atau tandaan di atas kertas A4 yang dicetak gambar-gambar (pada ID2) telah terarah kepada soalan dan bukti memimpin atau leading questions sebagaimana Seksyen 141 Akta Keterangan 1950. [45] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan bahawa sebelum ID2(A) hingga ID2(C) dikemukakan ataupun dirujuk kepada SP2, SP2 telah menerangkan sendiri setiap gambar yang diambil olehnya. Mahkamah ini berpandangan annotation atau keterangan bertulis pada ID2(A) hingga ID2(C) ini tidak memprejudiskan Tertuduh dalam kes ini. Oleh itu, Mahkamah ini telah membenarkan ID2(A) hingga ID2(C) diterima masuk dan dijadikan eksibit P2(A) hingga P2(C). _____________________________________________________ 25 Eksibit ID3(A) dan ID3(B) [46] Eksibit ID3(A) dan ID3(B) merupakan Sampul CD No. Repot: 10460/21 dan CD PDRM No. Repot: 10460/21. Memandangkan SP2 iaitu maker of the document [Eksibit ID3(A) dan ID3(B)] telah hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan, bantahan oleh Peguambela semasa perbicaraan bahawa pada ketika itu Pengadu atau mangsa belum dipanggil adalah tidak berasas dan ditolak. Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah membenarkan ID3(A) dan ID3(B) diterima masuk dan dijadikan eksibit P3(A) dan P3(B). Eksibit ID6(A) hingga ID6(N) [47] Eksibit ID6(A) hingga ID6(N) merupakan 14 keping gambar pegun/screenshot (tempat kejadian). Pihak Pembelaan telah penandaan ID6(A) hingga ID6(N) sebagai eksibit ‘P’ kerana ianya telah dibuat penandaan terlebih dahulu sebelum perbicaraan dan Sijil Perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 tidak dikemukakan. [48] Setelah meneliti nota prosiding, ID6(A) hingga ID6(N) telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan pada 30 April 2024 iaitu sewaktu SP3 memberikan keterangan. Mahkamah percaya, isu penandaan awal ini adalah tidak relevan. Eksibit ID6(A) hingga ID6(N) yang merupakan 14 keping gambar pegun/screenshot (tempat kejadian) telah dirujuk kepada SP3 yang merupakan mangsa dalam kes ini. Ianya langsung tidak memprejudiskan Tertuduh. [49] Berkenaan isu ketiadaan Sijil Perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950, Mahkamah ini sekali lagi bersetuju dengan hujahan _____________________________________________________ 26 pihak Pendakwaan bahawa keterangan SP8 bahawa peralatan yang digunakan dalam keadaan baik, telah digunakan dalam perjalanan seperti biasa sudah memenuhi keperluan Seksyen Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 [Mesnayo Longdi v PP [2025] CLJU 1156]. Sebagaimana yang diputuskan dalam kes Gnanasegaran Pararajasingam v PP [1997] 4 CLJ 6, pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa Sijil Perakuan di bawah Seksyen 90A(2) Akta Keterangan 1950 hanyalah dibenarkan ‘permissive’ dan bukan satu keperluan wajib ‘not mandatory’. Justeru, ketiadaan Sijil Perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 ini tidak fatal kepada kes Pendakwaan. Turut dihujahkan bahawa kegagalan Peguambela mengemukakan soalan berkenaan penghasilan gambar-gambar tersebut kepada SP8 adalah dianggap bahawa keterangan SP8 adalah tidak tercabar. [50] Justeru itu, Mahkamah ini telah membenarkan ID6(A) hingga ID6(N) diterima masuk dan dijadikan eksibit P6(A) hingga P6(N). Eksibit ID7 [51] Eksibit ID7 merupakan Beg Barang Kes PDRM bertanda EX: 325/2021. Pihak Pembelaan telah menghujahkan bahawa ID7 tidak boleh diterima masuk sebagai bukti memandangkan sehingga ke akhir kes Pendakwaan, pihak Pendakwaan tidak memohon untuk ID7 ini ditandakan sebagai ‘P’. Mahkamah ini telah membenarkan ID7 dijadikan eksibit P7 memandangkan ID7 ini hanyalah merupakan beg barang kes yang mengandungi 01 bekas CD bertanda ‘KTN/10460/21’ dan 01 keping CD. Eksibit ID15 _____________________________________________________ 27 [52] Eksibit ID15 merupakan Sijil Perakuan dibawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950. Pihak Pembelaan telah membantah ID15 diterima masuk sebagai bukti memandangkan kerana ianya hanya diserahkan kepada pihak Pembelaan semasa perbicaraan dan melanggar Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah. [53] Mahkamah ini percaya bantahan ini adalah tidak berasas memandangkan Seksyen 51A(3) Kanun Tatacara Jenayah telah memperuntukkan bahawa ‘A document shall not be inadmissible in evidence merely because of non-compliance with subsection (1)’. Oleh itu, Mahkamah ini telah membenarkan ID5 dijadikan eksibit P15. Eksibit ID17 dan ID17(A) [54] Eksibit ID17 dan ID17(A) merupakan Buku Daftar Barang Kes Nombor Siri: 325/2021 serta salinan fotostat Buku Daftar Barang Kes Nombor Siri: 325/2021. Pihak Pembelaan telah membantah ID17 dan ID17(A) diterima masuk sebagai bukti memandangkan kerana ianya hanya diserahkan kepada pihak Pembelaan semasa perbicaraan dan melanggar Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah. [55] Mahkamah ini percaya bantahan ini adalah tidak berasas memandangkan Seksyen 51A(3) Kanun Tatacara Jenayah telah memperuntukkan bahawa ‘A document shall not be inadmissible in evidence merely because of non-compliance with subsection (1)’. Oleh itu, Mahkamah ini telah membenarkan ID17 dan ID17(A) dijadikan eksibit P17 dan P17(A). Eksibit ID18 _____________________________________________________ 28 [56] Eksibit ID18 adalah merupakan Laporan Kawad Cam. Mahkamah ini bersetuju dengan pihak Pembelaan bahawa memandangkan maker of the document tidak dipanggil untuk memberikan keterangan berkenaan Laporan Kawad Cam tersebut, ID18 ini tidak boleh diterima masuk sebagai eksibit ‘P’. Oleh yang demikian, ID18 adalah dikekalkan sebagai eksibit ID18. ii) Isu ketiadaan bukti pekerjaan [57] Pihak Pembelaan telah membangkitkan isu berkenaan ketiadaan bukti berdokumen bagi mengesahkan SP3, SP4, SP5, SP6 dan SP7 merupakan pekerja di KPJ Pahang Specialist Hospital. Mahkamah percaya bahawa isu ini adalah tidak material dan tidak menjejaskan kes Pendakwaan. iii) Isu kredibiliti Saksi-saksi Pendakwaan Kredibiliti SP4 [58] Adalah dihujahkan oleh pihak Pembelaan bahawa keterangan-keterangan SP4 sebagaimana berikut, adalah bercanggah (sedangkan P11 menunjukkan sebaliknya):
a
SP4 telah menyatakan bahawa selepas melihat CCTV, ada pergerakan jari Tertuduh di depan dada SP3 dengan cara tangan Tertuduh melintang dari kanan ke kiri (sambil membuat gaya tangan seolah-olah jari Tertuduh di depan dada SP3 dari kanan ke kiri secara melintang). _____________________________________________________ 29
b
SP4 menyatakan beliau tidak nampak dengan jelas sama ada kena payudara atau tidak dalam rakaman CCTV yang dinyatakan.
c
SP4 telah memberikan keterangan dengar cakap kerana SP4 tidak berada di tempat kejadian, tidak melihat kejadian tersebut berlaku dan hanya mendengar cerita daripada SP3. [59] Adalah perlu diingatkan bahawa SP4 tidak berada di tempat kejadian dan hanya melihat rakaman CCTV. Walaupun terdapat percanggahan berkenaan ‘pergerakan jari Tertuduh di depan dada SP3 dengan cara tangan Tertuduh melintang dari kanan ke kiri’, namun ianya tidak menjejaskan kes Pendakwaan memandangkan keterangan SP3 adalah disokong oleh P11. [60] SP4 sememangnya tidak berada di berada di tempat kejadian, jauh sekali melihat perbuatan Tertuduh ke atas SP3. Adalah tidak dinafikan bahawa keterangan SP4 (berkaitan perbuatan Tertuduh) adalah berpunca dari keterangan SP3 dan bukannya keterangan bebas. [61] Selanjutnya, Mahkamah ini berpandangan SP4 sudah tentu dipengaruhi oleh faktor manusia yang mana sifat lupa adalah menjadi sebahagian daripada sifat semulajadi manusia. SP4 telah melihat rakaman CCTV tersebut lebih 03 tahun lalu, iaitu dari tarikh kejadian sehingga SP4 dipanggil memberikan keterangan. Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa SP5 adalah seorang saksi yang bercakap benar. Kredibiliti SP5 [62] Adalah dihujahkan oleh pihak Pembelaan bahawa SP5 bukanlah seorang saksi yang kredibel disebabkan perkara-perkara berikut: _____________________________________________________ 30
a
SP5 telah memberikan keterangan dengar cakap kerana SP5 tidak berada di tempat kejadian, tidak melihat kejadian tersebut berlaku dan hanya mendengar cerita daripada SP3.
b
SP5 hanya mendengar perbualan SP3 dan Adibah berkenaan apa yang telah terjadi, pada waktu itu SP5 sedang solat.
c
SP5 tidak mendengar cerita terus daripada SP3; [63] SP5 sememangnya tidak berada di berada di tempat kejadian, jauh sekali melihat perbuatan Tertuduh ke atas SP3. Adalah tidak dinafikan bahawa keterangan SP5 (berkaitan perbuatan Tertuduh) adalah berpunca dari keterangan SP3 dan bukannya keterangan bebas. [64] Mahkamah ini sekali lagi menghalusi keterangan SP3, yang mana SP3 telah menyatakan sebagaimana berikut: ‘…Di bilik rehat saya masuk dan bertanyakan kepada rakan sekerja saya Adibah saya tanya sexual harassment nak report pada siapa, pada masa itu Hidayah team leader saya dia sedang solat. Di bilik rehat tersebut ada Adibah dan Hidayah. Keluasan bilik rehat itu muat 02 katil double decker yang single. Adibah di atas katil, manakala Hidayah dia sedang solat di hadapan katil. Semasa masuk saya tanya sexual harassment nak report pada siapa, reaksi Adibah Adibah terkejut dan tanya kepada saya ‘Kenapa dik? Siapa buat dekat kau?’. Kemudian sebelum saya memulakan cerita saya ambil masa, kemudian masa itu Hidayah turut datang dan tanya saya apa yang berlaku. Jadi saya cerita pada Adibah dan Hidayah. Semasa menceritakan kepada Adibah, semasa itu saya amat takut, saya menggeletar, saya mula menangis dan saya dapat rasa muka saya merah, saya rasa panas dan saya menggeletar. Saya menceritakan kepada Adibah dan Hidayah, Hidayah nasihat saya call Unit manager saya Sister Tan untuk melaporkan kejadian itu kepada Sister Tan. _____________________________________________________ 31 Sewaktu itu (sewaktu dengar cerita saya) Hidayah terkejut dan dia tidak menyangka Doktor Khairul Muhsein berani buat begitu. Semasa itu saya berasa takut, saya malu apa yang berlaku kepada saya iaitu orang menyentuh kehormatan saya.’ [65] Berdasarkan keterangan SP3 ini, Mahkamah ini percaya bahawa SP3 telah menceritakan secara terus kepada Adibah dan SP5 berkenaan kejadian tersebut. Kredibiliti SP8 [66] Adalah dihujahkan oleh pihak Pembelaan bahawa SP8 bukanlah seorang saksi yang kredibel disebabkan perkara-perkara berikut:
a
SP8 lebih tertumpu kepada keterangan SP3 semata-mata;
b
Siasatan yang dilakukan oleh SP8 adalah tidak begitu mendalam;
c
Kesahihan keterangan SP8 berkenaan SP3 adalah diragui kerana berubah-ubah. SP5 menyatakan bahawa selepas kejadian SP3 dalam keadaan takut dan cemas. Namun apabila dirujuk P12, SP8 bersetuju bahawa tiada rasa takut atau cemas pada SP3 selepas keluar daripada lif.
d
Keterangan SP8 adalah berubah-ubah dan seolah-olah mengulangi keterangan SP3 berkenaan keadaan Tertuduh yang dikatakan mundar-mandir di hadapan lif di Tingkat 04 tersebut. Namun apabila dirujuk P12, SP8 mengubah keterangannya dan bersetuju dengan pihak Pembelaan bahawa Tertuduh tidak dalam keadaan mundar-mandir. [67] Merujuk kepada Nota Prosiding Mahkamah, berikut adalah keterangan SP8 semasa Pemeriksaan Balas: _____________________________________________________ 32 Soalan: Semasa kamu melihat CCTV sebentar tadi, apa sign ataupun tanda-tanda yang kamu boleh kamu beritahu Mahkamah yang menunjukkan Pengadu berasa takut dan cemas pada ketika itu? Jawapan: Tidak ada tanda ketakutan, cuma tindakan Pengadu selepas Tertuduh menyentuh bahagian payudara sebelah kanan Pengadu menggunakan jari tangan sebelah kiri, Pengadu bertindak melangkah selangkah ke belakang. Itu sahaja. … Soalan: Tadi semasa sebelum katanya ada OKT keluar bersama-sama lif di Tingkat 04, setuju atau tidak dengan saya dekat situ pun mungkin boleh lihat tiada tanda-tanda rasa takut atau cemas pada Pengadu? Jawapan: Setuju. [68] Selain daripada itu, Mahkamah juga sekali lagi telah meneliti P12, rakaman CCTV tersebut dan mendapati:
a
Selari dengan keterangan SP3, SP3 telah meluru keluar daripada lif sebaik sahaja tiba di Tingkat 04. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa SP3 sememangnya terkesan dengan kejadian yang berlaku tersebut; dan
b
Tertuduh sememangnya telah berdiri seketika di hadapan lif di Tingkat 04 tersebut setelah SP3 berjalan ke makmal, walaupun perbuatan Tertuduh tidak bersifat ‘mundar-mandir’. _____________________________________________________ 33 [69] Mahkamah ini menyedari tentang adanya percanggahan-percanggahan sepertimana yang dibangkitkan oleh pihak Pembelaan, namun Mahkamah ini memutuskan bahawa SP8 adalah seorang saksi yang bercakap benar. Percanggahan-percanggahan tersebut adalah tidak memadai untuk memusnahkan kredibiliti SP8 memandangkan percanggahan-percanggahan tersebut hanyalah bersifat discrepancies dan tidak material. Siasatan yang dijalankan oleh SP8 adalah menyeluruh. Setelah menilai keseluruhan keterangan SP8 dan eksibit P12, Mahkamah berpandangan seorang saksi yang kredibel. iv) Isu kegagalan memanggil saksi [70] Mahkamah ini percaya tiada keperluan untuk menggunapakai Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 berkenaan kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil individu bernama ‘Adibah’ dan ‘Madam Tan’. Hal ini kerana, pihak Pendakwaan bukan sahaja mempunyai kuasa untuk memanggil atau tidak memanggil mana-mana saksi, malah Mahkamah ini juga berpuas hati bahawa Saksi-saksi Pendakwaan yang telah dipanggil dalam kes ini, terutamanya SP4 dan SP5 adalah memadai untuk membantu Mahkamah dalam menilai keadaan serta tindakan SP3 selepas kejadian tersebut. v) Isu ketiadaan laporan pakar forensik _____________________________________________________ 34 [71] Rakaman-rakaman CCTV yang berkaitan telah ditandakan sebagai P9, P10, P11 dan P12 tanpa sebarang bantahan daripada pihak Pembelaan. Justeru itu, Mahkamah percaya isu ketiadaan laporan pakar forensik bagi keempat-empat rakaman CCTV tersebut adalah tidak lagi relevan untuk dibincangkan. vi) Isu ketiadaan laporan perubatan [72] Pihak Pembelaan telah membangkitkan isu berkenaan ketiadaan laporan perubatan untuk membuktikan bahawa SP3 telah trauma, takut dan cemas semasa kejadian. [73] Mahkamah dalam memutuskan perkara ini mengambil pendekatan bahawa keterangan daripada SP4 dan SP5 yang ada bersama SP3 sejurus selepas kejadian tersebut adalah memadai, yang mana telah menjelaskan bahawa SP3 ketika itu menangis dan dalam ketakutan. Tambahan pula, kes ini tidak melibatkan kecederaan fizikal. vii) Isu kecacatan Pertuduhan [74] Pihak Pembelaan telah membangkitkan isu berkenaan kegagalan pihak Pendakwaan menyatakan cara bagaimana Tertuduh menyentuh bahagian payudara SP3 di dalam Pertuduhan. Adalah dihujahkan bahawa Pertuduhan tersebut adalah cacat dan tidak sah. _____________________________________________________ 35 [75] Mahkamah ini berpendapat bagi Pertuduhan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, pihak Pendakwaan tidak perlu menyatakan secara terperinci apakah perbuatan yang dilakukan oleh Tertuduh ke atas mangsa. Bagi kesalahan melakukan kelucahan melampau, intipati-intipati yang penting adalah sebagaimana yang telah digariskan dalam kes Asuria Ahmad v Pendakwa Raya, yang telah dibincangkan di atas. Pertuduhan dalam kes ini iaitu ‘…telah melakukan kelucahan melampau dengan cara menyentuh bahagian payudara Marissa Anees binti Mahizan…’, adalah memadai dan tidak cacat. F. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [76] Seksyen 173 (f) (i) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti berikut:
173
Prosedur dalam perbicaraan terus.
f
(f)
i
Apabila kes pendakwa berakhir Mahkamah akan mempertimbangkan sama ada pihak pendakwa telah membuat satu kes prima facie terhadap tertuduh.
II
(ii) Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwa tidak membuat satu kes prima facie terhadap tertuduh, Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan. [77] Dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut: _____________________________________________________ 36 “…Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.” [78] Tugas Mahkamah di akhir kes Pendakwaan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. Kes PP v Khee Thuan Giap [2017] 1 LNS 1838, Mahkamah Tinggi telah menggariskan panduan berguna dalam menilai keterangan di akhir kes Pendakwaan: “[14] Section 180 of the CPC provides that when the case for the prosecution is concluded, the Court must consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. And if the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal. If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter his defence. A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. Based on the established principle of law, before the Court can rule that a prima facie case has been made out, a maximum evaluation of the credibility of the witnesses must be done at the close of the case for the prosecution (Balachandaran v. PP [2005] 1 CLJ 85; Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734; [2003] 2 MLJ 65 and PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457). _____________________________________________________ 37 [15] Maximum evaluation means the assessment process for the essential purpose of analysing the credibility and reliability as well as trustworthiness of the evidence of the prosecution. Credible evidence is evidence which had been filtered and which had gone through the process of evaluation and any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected (see PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ. Thus, what is required by a trial Court is to test the evidence of a witness from all angles as well as its reliability and credibility by considering the entire evidence placed before the Court. The evidence must not be accepted at face value but must be tested and evaluated before reliance can be placed on each piece of evidence adduced. Further, the trial Court has the duty to consider the evidence which favours the defence. This requires a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution and if there is any such doubt, there can be no prima facie case (Balachandran v. PP (supra)). [16] The above principle of law on maximum evaluation should be read together with the principle relating to judicial appreciation of evidence which is set out in the following words of Gopal Sri Ram JCA in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness's evidence, runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case, the approach to judicial appreciation of evidence is the same.” [79] Manakala, dalam kes Low Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah telah menyatakan bahawa di akhir kes pendakwa, pihak Pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan kes prima facie ke atas setiap elemen dalam sesuatu pertuduhan terhadap tertuduh. _____________________________________________________ 38 [80] Berdasarkan prinsip undang-undang di atas, Mahkamah ini telah membuat penilaian secara maksimum ke atas keterangan kes Pendakwaan dalam membuktikan setiap elemen Pertuduhan ke atas Tertuduh dalam menyimpulkan sama ada suatu kes prima facie berjaya dibuktikan terhadap Tertuduh. Hasil daripada penilaian tersebut, pada 27 Februari 2025, setelah mendengar, meneliti, menimbang dan menilai secara maksimum keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan dan setelah menilai kredibiliti saksi-saksi Pendakwaan serta mengambilkira keseluruhan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi Pertuduhan dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama. [81] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya di bawah seksyen 173(h)(ii) Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah ini meminda Pertuduhan terhadap OKT sebagaimana berikut: Pertuduhan Pindaan: Bahawa kamu pada 29/05/2021 jam lebih kurang 4.40 petang, bertempat di hadapan lif Tingkat 3, Bangunan KPJ Pahang Specialist Hospital, Jalan Tanjung Lumpur, dalam daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang, telah didapati menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan dengan cara _____________________________________________________ 39 menyentuh bahagian payudara penama Marissa Anees binti Mahazan, Nombor Kad Pengenalan: 990221-02-5056. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Hukuman: Hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu. [82] Pertuduhan Pindaan dibaca dan diterangkan dalam Bahasa Malaysia. Tertuduh faham, Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas Pertuduhan Pindaan. Oleh yang demikian, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 173(ha) Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah ini telah menjelaskan berkenaan pilihan yang Tertuduh ada setelah dipanggil untuk membela diri, iaitu: i) Memberi keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi; ii) Memberi pernyataan tidak bersumpah daripada kandang Tertuduh; atau iii) Memilih untuk berdiam diri/ Tetap senyap. Tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan sumpah di dalam kandang saksi. G. KETERANGAN KES PEMBELAAN _____________________________________________________ 40 Pihak Pembelaan telah memanggil seramai 01 orang saksi iaitu Tertuduh. Berikut diringkaskan keterangan kes Pembelaan: [83] Fakta kes yang dibentangkan oleh pihak Pembelaan secara ringkasnya adalah seperti berikut: i) Pada 29/05/2021, SD1 (iaitu Tertuduh) berada di Wad ICU di Tingkat 03 bangunan KPJ Pahang Specialist Hospital untuk memeriksa pesakitnya. Sekitar jam 4.30 hingga 5.00 petang pada hari yang sama, setelah selesai membuat lawatan di ICU, SD1 bergegas mahu pulang ke rumahnya. Selepas keluar dari ICU, SD1 terserempak dengan SP3. SP3 menegur SD1. ii) Ketika itu SP3 sedang memegang 01 plastik yang mempunyai kandungan. Selepas SD1 bertanyakan pada SP3 berkenaan kandungan di dalam plastik tersebut, SP3 memberitahu bahawa ianya merupakan spesimen buah pinggang. SP3 memegang plastik yang berisi spesimen tersebut dengan menggunakan sebelah tangannya. iii) Setelah rakaman video P9 dimainkan di dalam Mahkamah Terbuka, SD1 menyatakan bahawa spesimen yang dipegang oleh SP3 nampak ringan dan tidak berat. Sepanjang perjalanan ke lif (di koridor menuju ke lif) SD1 dan SP3 berbual mengenai apa spesimen yang dibawa oleh SP3. Setelah merujuk kepada rakaman video P10 yang dimainkan di dalam Mahkamah Terbuka, SD1 menyatakan bahawa keadaan SP3 (pada ketika _____________________________________________________ 41 itu) normal, tidak menunjukkan perasaan takut dan tidak ada ingin lari daripada SD1. iv)
Preamble
Menurut SD1, semasa sedang menunggu pintu lif di Tingkat 03 terbuka, SD1 dan SP3 masih berbual mengenai spesimen dewan bedah. Kemudian SD1 bertanyakan SP3 mengenai baju yang dipakai oleh SP3 kerana SP3 sepatutnya memakai uniform hospital bukannya baju biasa. SD1 menunjuk dengan ibu jari kirinya dengan tangan yang tertutup ke arah baju SP3. Menurut SD1 itu adalah cara yang hormat untuk menunjukkan sesuatu. v) SD1 menunjuk pada SP3 sambil bertanya kepada SP3 mengenai baju yang dipakai oleh SP3. SP3 memberitahu bahawa baju tersebut merupakan baju hospital. Baju tersebut bertulis ‘Hospital KPJ Pahang’. SD1 menegaskan bahawa semasa menunjuk ke arah SP3, tangan SD1 tidak terkena pada SP3. vi) Merujuk kepada rakaman video P11, SD1 menjelaskan bahawa tangan SD1 tidak terkena pada SP3, tangannya tertutup rapat serta tidak menyentuh dada SP3. Menurut SD1 lagi, adalah mustahil untuk SD1 menyentuh payudara SP3. vii) Selain daripada bertugas sebagai Pakar Kaji Saraf, pada ketika itu SD1 juga memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Bedah. Antara tugas sebagai Ketua Dewan Bedah adalah menegur jururawat serta mengadakan mesyuarat dengan staf Dewan Bedah secara berkala. _____________________________________________________ 42 viii) SD1 menyatakan bahawa semasa ditegur, keadaan SP3 adalah seperti biasa, tidak takut serta tidak cemas. Setelah ditegur, SP3 masih berbual seperti biasa dan tidak menunjukkan ingin melarikan diri. SD1 juga ada bertanyakan sama ada baju tersebut diberikan secara percuma, namun SP3 menjawab tidak. SD1 kemudiannya mengatakan ‘Kedekut KPJ, sepatutnya bagi free.’ Selepas itu SP3 ketawa. ix) Apabila pintu lif terbuka, SD1 masuk dulu ke dalam lif dengan diikuti daripada belakang oleh SP3. Ketika berada di dalam lif, SP3 dalam keadaan normal, berbual seperti biasa dan langsung tidak ada rasa takut. SD1 tidak ada mengeluarkan sebarang paksaan ataupun sebarang kekerasan jenayah kepada SP3. SD1 tidak ada tarik SP3, tidak ada paksa SP3, tidak bersentuh langsung. Juga tiada sebarang ugutan terhadap SP3. Sewaktu di dalam lif, SD1 dan SP3 berbual dan SP3 masih dalam keadaan seperti biasa normal, tidak cemas dan tidak takut. x) Selepas pintu lif terbuka di Tingkat 04, SD1 dan SP3 keluar daripada lif dan mereka masih berbual. Keadaan SP3 juga seperti biasa, seperti perbualan biasa, normal, tidak takut dan tidak cemas. SD1 bertanya kepada SP3 sama ada SP3 mahu SD1 menemani SP3 ke makmal namun SP3 tidak mendengar soalan SD1. Kemudian SD1 mengambil beberapa langkah ke hadapan dan mengulangi soalan yang sama. SP3 menjawab tidak, tidak perlu. Selepas itu SD1 menjawab ‘OK, bye bye’ dan SD1 berpusing berpatah balik dan pulang ke rumah. _____________________________________________________ 43 xi) Semasa SD1 berkata bye bye’ keadaan SP3 juga biasa sahaja, tidak ada keadaan cemas dan seperti biasa sahaja. SD1 menegaskan bahawa perbualan SD1 cuma untuk menemani SP3 ke makmal sahaja dan SD1 tidak pernah berkata mahu menghantar SP3 pulang. xii) Dalam keterangannya, SD1 menyatakan bahawa SD1 percaya SP3 mahu menganiaya SD1 kerana SD1 pernah memarahi SP3 semasa pembedahan otak di Dewan Bedah. xiii) Turut dinyatakan oleh SD1 bahawa selepas kes SD1, SP3 ada terlibat dengan satu kes mengganggu rumah tangga seorang doktor Pakar Ortopedik di KPJ Pahang iaitu Doktor Mohd Shahidan bin Noor Rahim. SP3 telah berhenti kerja selepas kes isteri Doktor Shahidan datang ke Hospital KPJ Pahang dan mengamuk di pejabat administration KPJ Pahang. H. PEMBELAAN TERTUDUH [84] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa keraguan yang munasabah berjaya ditimbulkan berdasarkan faktor-faktor berikut: i) SP3 bercakap bohong dalam laporan polis beliau (P5), yang mana dalam P5, SP3 menyatakan bahawa SP3 masuk dulu ke dalam lif, sedangkan rakaman P11 menunjukkan SD1 masuk ke dalam lif terlebih dahulu. ii) SP3 tidak menunjukkan rasa takut atau cemas serta tidak melarikan diri selepas kejadian; _____________________________________________________ 44 iii) SP3 ingin menganiaya SD1; iv) Tertuduh/SD1 menegur SP3 yang tidak memakai uniform kerja; dan v) SP3 pernah terlibat dengan kes mengganggu rumah tangga seorang doktor Pakar Ortopedik di KPJ Pahang. [85] Pihak Pembelaan turut menghujahkan bahawa: i) Elemen-elemen di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan gagal dipenuhi; ii) Pertuduhan Pindaan adalah cacat I. PENILAIAN KETERANGAN KES PEMBELAAN [86] Tanggungjawab Mahkamah ini di akhir kes ini adalah untuk membuat penelitian dan penilaian terhadap pembelaan yang diutarakan oleh Tertuduh (SD1) dan memutuskan sama ada keterangan SD1 terjumlah kepada suatu pembelaan yang dapat menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan, sekiranya berjaya Tertuduh akan dilepas dan dibebaskan atas Pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya. [87] Dengan kata lain sekiranya Pembelaan Tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan untuk Pertuduhan terhadap Tertuduh, maka pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah berdasarkan kesemua keterangan yang dikemukakan dan Tertuduh hendaklah didapati bersalah sepertimana Pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas Tertuduh. _____________________________________________________ 45 [88] Tanggungjawab Mahkamah di akhir kes Pembelaan telah juga dijelaskan di dalam kes PP v. Kenneth Fook Mun Lee [2006] 4 CLJ 359 seperti berikut: "... Section 180 of the Criminal Procedure Code ("CPC") provides that when the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused and if the Court finds a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged the Court shall call upon the accused to enter on his defence. We do not think it is the duty of the Court at that stage to anticipate or speculate any defence that has not been raised and give due consideration to it. More so, a defence categorically denied to be the line of defence to be taken as in this case. Consequently, section 181 of the CPC provides that when the accused is called upon to enter on his defence, he or his advocate may then open his case, stating the facts or law on which it intends to rely and making such comment as he thinks necessary on the evidence for the prosecution. He may then examine his witnesses and consequently sum up his case. Section 182A of the CPC provides that at the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt." [89] Mahkamah juga merujuk kes Abdullah Jacomah v. PP [2002] 8 CLJ 1, yang mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: "... The law governing a proper appraisal of a defence that has been advanced is well settled. It requires a consideration of all the evidence that have been adduced in support of the defence (see Chang Lee Swee v. Public Prosecutor [1984] 1 LNS 134; [1985] 1 MLJ 75; Mohamed Shariff v. Public Prosecutor [1964] 1 LNS 114; [1964] MLJ 64). A court must consider carefully whether _____________________________________________________ 46 a defence that has been put forward is capable of raising a reasonable doubt in the prosecution case..." [90] Mahkamah ini merujuk seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah yang telah memperuntukkan seperti berikut: "182A Procedure at the conclusion of the trial
1
At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt."
2
If the Court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall find the accused guilty and he may be convicted on it.
3
If the Court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the Court shall record an order of acquittal" [91] Namun apa yang dimaksudkan dengan keraguan munasabah tidak ditakrifkan di dalam merujuk seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah. Apa itu keraguan munasabah ada diputuskan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] 1 LNS 115; [1971] 2 MLJ 16 seperti berikut: "As the learned magistrate seems to have ignored the very basic principle of criminal law, it may perhaps serve a useful purpose to remind those administering justice in the lower Courts that evidence discloses a prima facie case when it is such that if uncontradicted and if believed it will be sufficient to prove the case against the accused. The following definition of 'b7''reasonable doubt' is often quoted: "It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of _____________________________________________________ 47 the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge." It has again been said that "reasonable doubt' is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there.' Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence." [92] Mahkamah ini juga merujuk kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169 yang mana Mahkamah Persekutuan di dalam kes tersebut menyatakan seperti berikut: "We are of the view that whenever a criminal case is decided on the basis of the truth of the prosecution's case as against the falsity of the defence story, a trial judge must in accordance with the principle laid down in Mat v. PP [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263 go one step further before convicting the accused by giving due consideration as to why the defence story, though could not be believed, did not raise a reasonable doubt in the prosecution case. Thus, even though a judge does not accept or believe the accused's explanation, the accused must not be convicted until the court is satisfied for sufficient reason that such explanation does not cast a reasonable doubt in the prosecution case. To satisfy this test it is not so much the words used by the judge, but rather the actual application of the test to the facts of the case that matters. In this case, we found that the learned trial judge offered practically no reason why the defence, notwithstanding its falsity and unconvincing nature, had failed to _____________________________________________________ 48 cast reasonable doubt in the prosecution case, other than to state by way of lip service the duty placed by the law on the defence to earn an acquittal. It is a well-established principle of Malaysian criminal law that the general burden of proof lies throughout the trial on the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt of the accused for the offence with which he is charged. There is no similar burden placed on the accused to prove his innocence. He is presumed innocent until proven guilty. To earn an acquittal, his duty is merely to cast a reasonable doubt in the prosecution case. In the course of the prosecution case, the prosecution may of course rely on available statutory presumptions to prove one or more of the essential ingredients of the charge. When that occurs, the particular burden of proof as opposed to the general burden, shifts to the defence to rebut such presumptions on the balance of probabilities which from the defence point of view is heavier than the burden of casting a reasonable doubt, but it is certainly lighter than the burden of the prosecution to prove beyond reasonable doubt. To earn an acquittal at the close of the case for the prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 MLJ 492). If defence is called, the duty of the accused is only to cast a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt. To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence version is true, in which case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or _____________________________________________________ 49 explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather than to delve in the 'believable and convincing' test before applying the 'reasonable doubt' test." [93] Satu keputusan Mahkamah Inggeris yang sering digunakan oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah bawahan ialah kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 di mana Lord Denning menerangkan tahap pembuktian oleh Pendakwaan tanpa keraguan munasabah yang perlu di dalam kes-kes jenayah seperti berikut; "That degree is well settled. It need not reach certainty but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of a doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible but not in the least probable', the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice." Pembelaan (1): SP3 bercakap bohong dalam laporan polis beliau (P5), yang mana dalam P5, SP3 menyatakan bahawa SP3 masuk dulu ke dalam lif, sedangkan rakaman P11 menunjukkan SD1 masuk ke dalam lif terlebih dahulu. [94] Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa keterangan SD1 yang menyatakan bahawa SD1 masuk terlebih dahulu ke dalam lif adalah selari dengan rakaman CCTV (P11). _____________________________________________________ 50 [95] Berkenaan isu ini, Mahkamah sekali lagi mengulangi dapatan Mahkamah semasa di peringkat Kes Pendakwaan. Mahkamah ini telah menerima penjelasan SP3 semasa di peringkat Pemeriksaan Utama yang menyatakan bahawa ‘Selepas pintu lif terbuka, Doktor Khairul masuk ke dalam pintu lif dan saya pun masuk ke dalam pintu lif yang sama’. Percanggahan ini adalah tidak memadai untuk memusnahkan kredibiliti SP3 memandangkan percanggahan ini hanyalah bersifat discrepancies dan tidak material. Mahkamah mengambilkira faktor manusia serta keadaan SP3 yang masih cemas, keliru dan terkejut dengan kejadian tersebut memandangkan laporan polis P5 dibuat pada hari yang sama dengan hari kejadian. Pembelaan oleh Tertuduh adalah bersifat penafian kosong semata-mata [96] Mahkamah ini bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa dakwaan Tertuduh/SD1 yang kononnya ibu jari kiri SD1 tidak terkena pada bahagian payudara SP3 adalah penafian kosong semata-mata. Hal ini kerana semasa Pemeriksaan Balas, SD1 telah menyatakan sebagaimana berikut: i) SD1 telah bersetuju bahawa terdapat tulisan pada bahagian dada baju SP3 yang mana baju yang dipakai oleh SP3 tersebut adalah mengikut saiz badan SP3 iaitu tidak longgar dan tidak baggy; ii) SD1 telah bersetuju bahawa jarak antara SD1 dan SP3 adalah kurang daripada 01 depa dan yang memisahkan SD1 dan SP3 adalah tangan SP3 dan spesimen itu sahaja; iii) SD1 menunjuk ke arah SP3 dengan cara tangannya tertutup rapat. Keterangan ini adalah selari dengan keterangan SP3 yang _____________________________________________________ 51 mengatakan SD1 menggunakan belakang tangannya untuk menyentuh bahagian payudara Pengadu; iv) SD1 bersetuju bahawa pergerakan SD1 mengunjurkan tangan ke arah hadapan telah dilakukan sebanyak dua kali. Keterangan SD1 ini juga selari dengan keterangan SP3. v) SD1 bersetuju bahawa aksi tunjuk jari ke arah Pengadu itu dilakukan secara sukarela, tanpa paksaan daripada SP3; dan vi) SD1 juga telah bersetuju bahawa SP3 telah melangkah ke belakang dan menyebabkan jarak antara SD1 dan SP3 semakin besar. [97] Berdasarkan keterangan-keterangan SD1 di perenggan di atas, sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak Pendakwaan adalah terang lagi bersuluh bahawa terdapat sentuhan daripada ibu jari SD1 terhadap bahagian payudara SP3 disebabkan jarak yang sangat dekat antara mereka, SD1 ada menunjukkan ibu jari ke arah baju SP3 dengan membuat pergerakan dari belakang ke hadapan sebanyak dua kali. Pembelaan (2): SP3 tidak menunjukkan rasa takut atau cemas serta tidak melarikan diri selepas kejadian. [98] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa dakwaan SD1 bahawa SP3 adalah dalam keadaan normal, seperti biasa, langsung tiada rasa takut atau cemas hanyalah andaian SD1 semata-mata dan bukan berdasarkan fakta kes yang sebenar. Mahkamah ini bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa adalah mustahil untuk SD1 membuat dapatan apakah perasaan yang dialami oleh SP3 yang pada ketika _____________________________________________________ 52 kejadian memakai pelitup muka yang mana hanya mata dan kening SP3 sahaja yang kelihatan. [99] Tambahan lagi, SP3 semasa memberikan keterangan telah menyatakan bahawa ‘Saya tidak menjerit sebab perkara ini pertama kali berlaku kepada saya, saya amat terkejut dan Doktor Khairul adalah orang yang ada nama di KPJ, saya terkedu apabila perkara itu berlaku kepada saya sehingga saya tidak keluar untuk meminta tolong ataupun menjerit. Doktor Khairul ada nama, maksud saya, dia doktor pakar, neurologist, terkenal di KPJ. Seperti yang saya nyatakan tadi, saya menghormati Doktor Khairul sebab seperti yang saya nyatakan tadi saya menyapa Doktor Khairul.’. [100] Kontradiksinya, berdasarkan keterangan SD1 sendiri ianya jelas menunjukkan SP3 ada menunjukkan perasaan takut, terkejut serta tidak selesa, antaranya ialah: i) SD1 bersetuju bahawa kejadian di hadapan lif tersebut berlaku sangat sekejap iaitu kurang daripada 10 saat. Keterangan ini menyokong pernyataan SP3 yang mengatakan SP3 tidak sempat berfikir pada waktu kejadian memandangkan sememangnya SP3 dari awal berniat untuk ke Tingkat 04; ii) SD1 bersetuju SP3 telah mengambil satu langkah ke belakang menjadikan jarak antara mereka lebih besar; [101] Rakaman CCTV (P12) juga jelas menunjukkan SP3 telah meluru keluar daripada lif sebaik sahaja tiba di Tingkat 04. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa SP3 sememangnya terkesan dengan kejadian yang berlaku tersebut. _____________________________________________________ 53 [102] Oleh yang demikian, dakwaan SD1 bahawa SP3 adalah dalam keadaan normal, seperti biasa, langsung tiada rasa takut atau cemas hanyalah satu penafian kosong. Pembelaan (3): SP3 ingin menganiaya SD1. [103] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa dakwaan SD1 bahawa SP3 mempunyai motif untuk menganiaya SD1 kerana SP3 pernah dimarahi oleh SD1 ketika berada di dalam dewan bedah adalah tidak masuk akal dan hanyalah bersifat penafian semata-mata. [104] Mahkamah ini merujuk kes Khee Thuan Giap v Public Prosecutor [2019] CLJU 568; [2019] 4 MLJ 651, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Ahmadi Asnawi JCA (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti yang berikut: "[48] Now, it would also appear that the appellant was accusing SP5, SP6 and D/Kpl Yusrizal bin Yahya of fixing or framing the appellant with the commission of a capital offence by fabricating and manufacturing evidence against him. Hence, of relevant consideration were the motive or motives propelling these witnesses to embark upon such an endeavour. [49] The evidence revealed that SP5, SP6 and D/Kpl Yustizal bin Yahya were total strangers in relation to the appellant. The burden is always upon the appellant to prove their motive or motives in fixing the appellant with the commission of the said offence. In our view, the appellant had miserably failed to show that they have an axe to grind against the appellant to propel them to fabricate and manufacture evidence and to testify adversely against the appellant in the trial. The appellant had equally _____________________________________________________ 54 failed to show that the said prosecution witnesses had harboured a motive to falsely implicate the appellant with the commission of the offence. [105] Bebanan adalah terletak di bahu SD1 untuk membuktikan kepada Mahkamah sebarang keterangan langsung atau tidak langsung bagi menyokong pernyataan SD1 bahawa SP3 ingin menganiaya SD1. Pada hemat Mahkamah, hanya kerana SP3 pernah dimarahi oleh SD1 ianya bukanlah satu keterangan yang mencukupi untuk mengaitkan motif jahat SP3 untuk menganiaya SD1. Pembelaan oleh Tertuduh adalah bersifat fikiran terkemudian [106] Mahkamah ini juga bersetuju dengan pihak Pendakwaan bahawa pembelaan SD1 berkenaan perkara-perkara berikut merupakan pembelaan yang bersifat fikiran terkemudian atau afterthought memandangkan ianya tidak pernah disoal kepada Saksi-saksi Pendakwaan, iaitu: i) SD1 hanya menegur SP3 yang tidak memakai uniform kerja; dan ii) SP3 pernah terlibat dengan kes mengganggu rumah tangga seorang doktor Pakar Ortopedik di KPJ Pahang. [107] Tambahan lagi, tiada saksi yang dipanggil oleh pihak Pembelaan untuk membuktikan dakwaan bahawa SP3 pernah terlibat dengan kes mengganggu rumah tangga seorang doktor Pakar Ortopedik di KPJ Pahang. _____________________________________________________ 55 Elemen-elemen di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan telah berjaya dipenuhi [108] Adalah dihujahkan oleh pihak Pembelaan bahawa dalam kes ini tiada satu pun elemen di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang dipenuhi. Hal ini kerana tiada sebarang serangan daripada Tertuduh terhadap SP3, baik dari segi keterangan Pengadu/PS3 sendiri mahupun melalui P11. Tertuduh juga tidak melakukan sebarang kekerasan jenayah terhadap SP3 serta tiada niat untuk melakukan perbuatan sebagaimana Pertuduhan Pindaan. [109] Sebagaimana yang diputuskan oleh YA Shahnaz Sulaiman dalam kes Pendakwa Raya v Azmi Mahmood [2020] 1 LNS 1041, intipati-intipati kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah secara ringkasnya sebagaimana berikut:
i
Serangan atau kekerasan jenayah dilakukan terhadap seorang lelaki atau perempuan. Mahkamah ini mendapati bahawa Intipati (i) telah dipenuhi memandangkan mangsa dalam kes ini merupakan seorang perempuan iaitu SP3, Marissa Anees binti Mahizan.
II
(ii) Terdapat serangan atau kekerasan jenayah dilakukan terhadap mangsa. Perbuatan menyentuh payudara sebelah kanan SP3 daripada atas sehingga ke bawah puting payudara dengan _____________________________________________________ 56 menggunakan belakang tangan kiri Tertuduh sehingga menyebabkan SP3 dapat merasa tekanan daripada tangan Tertuduh di payudaranya tanpa keizinannya adalah satu perlakuan yang mengganggu gugat kehormatannya dan sekaligus mencabar ‘essence of a woman’s modesty’ iaitu maruahnya. Perbuatan tersebut adalah tidak ‘decorous’ dan bersifat lucah. Perkara ini merupakan status quo masyarakat setempat dan selanjutnya dapat dibuktikan melihatkan kepada reaksi SP3 yang ketakutan dan membuat laporan polis pada hari yang sama kejadian berlaku. Keterangan SP3 telah menunjukkan bahawa Tertuduh dalam melakukan perbuatan tersebut telah menggunakan ‘his bodily power’ untuk menggunakan ‘force’ terhadap SP3 sepertimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 349 Kanun Keseksaan. Mahkamah ini mendapati terdapat kekerasan jenayah yang dilakukan oleh Tertuduh. Hal ini adalah berdasarkan reaksi yang telah ditunjukkan oleh SP3 (mengambil satu langkah ke belakang bagi menjauhkan diri daripada Tertuduh/SD1) jelas menunjukkan SP3 sebenarnya takut dan terkejut. Berhubung ‘unusually convincing’ telah diterangkan di dalam kes PP v Mohammed Liton Mohammed Syeed Malik [2008] 1 SLR 601 seperti berikut: ... testimony that, when weighed against the overall backdrop of the available facts and circumstances, contains that ring of truth which _____________________________________________________ 57 leaves the court satisfied that no reasonable doubt exists in favour of the accused. Oleh yang demikian, setelah meneliti kesemua keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ini dengan berhati-hati, Mahkamah ini mendapati keterangan SP3 merupakan satu keterangan unusually convincing dan cukup untuk menyakinkan bagi membuktikan bahawa Tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah bagi maksud mencabul kehormatan SP3. Walaupun pihak Pembelaan menghujahkan bahawa rakaman CCTV P11 tidak jelas dan kabur untuk melihat sentuhan itu sekiranya dibesarkan (sepertimana keterangan SP7 yang merupakan Pegawai Teknologi Maklumat yang arif berkenaan rakaman tersebut), namun Mahkamah ini berpuas hati bahawa P11 adalah jelas menunjukkan perbuatan SD1/Tertuduh (sebagaimana yang dinyatakan oleh SP8 selaku Pegawai penyiasat). Mahkamah ini juga mendapati P11 merupakan bukti yang menyokong dakwaan bahawa terdapatnya serangan atau kekerasan jenayah yang dilakukan oleh Tertuduh terhadap mangsa (SP3).
III
(iii) Terdapat niat untuk mencabul kehormatan mangsa atau dengan mengetahui mungkin ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan mangsa. Setelah menghalusi keterangan saksi-saksi yang telah memberikan keterangan serta meneliti eksibit P9 hingga P12, _____________________________________________________ 58 secara kesimpulannya, berikut adalah tindakan-tindakan Tertuduh pada hari kejadian: a. Tertuduh telah menepuk bahu kiri SP3 sewaktu berjalan di koridor di Tingkat 03 tersebut (sebagaimana rakaman CCTV, P10); b. Tertuduh telah mendekati SP3 dalam jarak yang dekat, yang mana ianya tidak sepatutnya berlaku, tidak dapat diterima dari segi agama mahupun budaya masyarakat Malaysia (sebagaimana rakaman CCTV, P11); c. Tertuduh mengikuti SP3 sehingga ke Tingkat 04 bangunan tersebut dan menunggu seketika di hadapan lif Tingkat 04 bangunan tersebut walaupun pada awalnya Tertuduh mengatakan Tertuduh mahu bergegas untuk pulang ke rumah. Tertuduh juga mengakui bahawa dirinya tiada urusan lain di Tingkat 04 bangunan tersebut. Mahkamah ini juga percaya Tertuduh mempunyai niat untuk mencabul kehormatan SP3 berdasarkan perlakuan-perlakuan Tertuduh sebagaimana yang dinyatakan di atas. Pertuduhan Pindaan adalah teratur dan tidak cacat [110] Menurut pihak Pembelaan, Pertuduhan Pindaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan adalah cacat disebabkan cara perlakuan yang tidak tepat. Cara bagaimana Tertuduh menyentuh bahagian payudara _____________________________________________________ 59 SP3 tidak dinyatakan dalam Pertuduhan, termasuk apa yang digunakan oleh Tertuduh untuk menyentuh payudara SP3. [111] Seterusnya, dalam memutuskan isu ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v Gokul Pariyar [2021] 1 LNS 1155, yang mana YA Dato’ Abu Bakar bin Katar telah menyatakan sebagaimana berikut: [32] Mahkamah ini berpendapat bagi pertuduhan s. 354 Kanun itu, pendakwaan tidak perlu menyatakan apakah perbuatan yang dilakukan oleh Tertuduh ke atas mangsa. Bagi kesalahan mencabul, intipati yang penting ialah Tertuduh melakukan kekerasan jenayah (criminal force) ke atas mangsa iaitu SP1 dalam kes semasa. [33] “Kekerasan jenayah” ada di takrifan di bawah s. 350 Kanun itu yang berbunyi seperti berikut : “Whoever intentionally uses force to any person, without that person’s consent, in order to cause the committing of any offence, or intending by the use of such force illegally to cause, or knowing it to be likely that by the use of such force he will illegally cause injury, fear, or annoyance to the person to whom the force is used, is said to use criminal force to that other.” [34] Semasa perbicaraan nanti barulah pendakwaan “elicit” keterangan bagi membuktikan Tertuduh dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa atau dengan mengetahui mungkin bahawa ia akan dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan mangsa. [112] Berdasarkan kes PP v Gokul Pariyar tersebut Mahkamah percaya Pertuduhan Pindaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu adalah teratur dan tidak cacat. _____________________________________________________ 60 [113] Berdasarkan alasan-alasan ini, Mahkamah mendapati, pihak Pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan ke atas kes Pendakwaan dan pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. J. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [114] Selaras dengan peruntukan Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah berserta peruntukan undang-undang yang telah dibincangkan di atas, tanggungjawab Mahkamah ini di akhir kes ini adalah untuk membuat penelitian dan penilaian terhadap pembelaan yang diutarakan dan setelah menilai kesemua keterangan yang dikemukakan, menentukan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. [115] Berdasarkan prinsip undang-undang yang telah dinyatakan serta setelah mendengar, meneliti, menimbang dan menilai keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pembelaan dan setelah menilai kredibiliti saksi Pembelaan serta mengambilkira keseluruhan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak, Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa: i) Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes untuk Pertuduhan Pindaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. ii) Pihak Pembelaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes Pendakwaan. _____________________________________________________ 61 Oleh yang demikian, Tertuduh didapati bersalah bagi Pertuduhan Pindaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan OKT boleh dihukum dibawah Seksyen dan Kanun yang sama. [116] Mahkamah telah mempertimbangkan faktor-faktor berikut semasa menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh iaitu: Faktor-faktor Pertimbangan Hukuman [117] Mahkamah telah mempertimbangkan faktor-faktor berikut semasa menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh iaitu: a) Kepentingan Awam Adalah menjadi matlamat penggubalan Kanun Keseksaan, antaranya adalah untuk menangani kesalahan jenayah termasuk jenayah seksual yang semakin berleluasa. Jika jenayah sebegini tidak ditangani dengan segera, lambat laun ianya pasti akan menjejaskan keselamatan, keharmonian serta gaya hidup masyarakat. Jenayah seksual cenderung menyumbang kepada peningkatan jenayah am lain termasuk masalah sosial dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Mahkamah adalah bertanggungjawab untuk memastikan hukuman yang dikenakan dapat menggambarkan kepentingan awam diberikan keutamaan selari dengan hak Tertuduh. b) Tertuduh adalah pesalah pertama. _____________________________________________________ 62 Pihak Pendakwaan tidak mengemukakan sebarang keterangan bagi mengakas hujahan Peguambela Tertuduh berkenaan fakta ini. Pertimbangan bahawa Tertuduh merupakan pesalah pertama adalah menyumbang kepada peringanan hukuman. c) Keseriusan Kesalahan yang dilakukan Setelah menghalusi peruntukan hukuman di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, Mahkamah ini percaya bahawa jenis kesalahan ‘hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu’ adalah menggambarkan kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh merupakan satu kesalahan yang serius. Mahkamah ini percaya perbuatan Tertuduh yang merupakan seorang doktor pakar namun yang terlibat dengan kesalahan jenayah seksual ini jelas menunjukkan bahawa Tertuduh bukan sahaja merupakan seorang ahli profesional yang gagal menjalankan tanggungjawab hakiki dalam pekerjaan beliau (termasuk melindungi atau menjaga kebajikan kakitangan bawahannya), malah Tertuduh juga merupakan warganegara yang tidak menghormati undang-undang negara ini. Di samping itu, perbuatan Tertuduh gagal menunjukkan contoh yang baik sebagai ahli profesional atau pakar perubatan yang dihormati di tempat kerjanya, mahupun di negara ini secara amnya. Oleh itu, satu hukuman berbentuk deterrent atau pencegahan mesti dikenakan terhadap Tertuduh untuk memberi amaran keras bukan _____________________________________________________ 63 sahaja kepada Tertuduh tetapi juga kepada individu-individu lain di luar sana. Mahkamah percaya walaupun Tertuduh merupakan seorang pakar bedah otak yang mana ramai pesakit yang bergantung harap kepada kepakaran Tertuduh, ianya bukanlah satu faktor peringanan atau satu jalan pintas untuk Tertuduh mendapat hukuman yang lebih ringan. Mahkamah juga mengambil notis kehakiman berkenaan statistik kes yang melibatkan kesalahan jenayah seksual di negara ini yang saban hari tidak pernah menunjukkan trend menurun. Hukuman yang berat mengikut lunas undang-undang adalah amat diperlukan bagi mencegah masalah jenayah dan sosial yang berlaku ekoran daripada kesalahan jenayah seksual ini termasuk kes ugutan jenayah serta keganasan rumah tangga. d) Latar belakang Tertuduh. Mahkamah ini juga mempertimbangkan latar belakang Tertuduh. Tertuduh bekerja sebagai seorang doktor pakar. Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa Tertuduh merupakan pakar pembedahan otak atau neurologist di Pantai Timur yang mana hanya terdapat beberapa orang sahaja. Mahkamah ini percaya hukuman penjara yang dikenakan adalah memadai untuk memberi pengajaran kepada Tertuduh (yang jauh lebih berusia berbanding mangsa/Pengadu sewaktu kejadian) dan kepada masyarakat amnya. _____________________________________________________ 64 e) Hukuman berbentuk pencegahan & tempoh pemenjaraan Mahkamah ini percaya bahawa dengan memenjarakan Tertuduh bagi tempoh tersebut bermakna Tertuduh akan diasingkan daripada keluarga serta masyarakat dan sekaligus memberikan peluang kepada Tertuduh untuk belajar memperbaiki diri, meningkatkan kualiti hidup dan disiplin diri serta memberi ruang kepada Tertuduh untuk berubah dan seterusnya pulang ke pangkuan keluarga dengan penuh rasa keinsafan. Mahkamah ini percaya walaupun Tertuduh yang merupakan seorang doktor pakar dan telah memberikan sedikit sebanyak jasa kepada pesakitnya dan kepada bidang perubatan di negara kita secara amnya, namun ianya tidak dapat seharusnya dijadikan faktor untuk Tertuduh dikecualikan daripada hukuman pemenjaraan. Hal ini kerana Mahkamah mengambilkira prinsip equality before the law yang menjadi akar tunjang Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah ini juga percaya tempoh pemenjaraan selama 01 tahun bermula daripada tarikh sabitan adalah memadai dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh. [118] Setelah menimbangkan faktor-faktor peringanan dan pemberatan hukuman, Mahkamah ini memutuskan Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama 01 tahun bermula daripada tarikh sabitan (30 Mei 2025). _____________________________________________________ 65 [119] Berdasarkan alasan-alasan berikut, Mahkamah ini berpendapat keputusan yang telah dikeluarkan adalah adil, wajar dan munasabah dan berdasarkan peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Akta. Bertarikh pada 24 Julai, 2025 (TENGKU ELIANA BINTI TUAN KAMARUZAMAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KUANTAN Peguam: Bagi pihak Pendakwa Raya – Anuarul Hakim bin Abd Muen Bagi pihak Tertuduh – Khairul Amin bin Abdullah (Tetuan Amin, Nizam & Rohani)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.