tahun. [12] Menurut pihak Perayu, berdasarkan kertas pertuduhan kes no 1 dan fakta kes no. 2, ia menunjukkan bahawa kes melibatkan transaksi yang sama. PERKARA 83D-651-02/2024 Kes No. 1 Kes dirayu 62D-179- 10/2023 Kes No. 2 Kes S 39C DDA STATUS Tarikh tangkapan 25-04-2023 25-04-2023 Sama Masa tangkapan 3.15 pm 4.50 pm Tangkapan milikan dan kemudiannya ujian air kencing dilakukan terhadap Perayu. Jenis dadah Heroin dan Monoacetymorphine Morphine Sama sebab dibawah Monoacetymorphone [13] Pihak Perayu berhujah bahawa Perayu telah ditangkap terlebih dahulu pada tarikh yang sama (proximity of time and date) untuk kesalahan dibawah memiliki dadah dan sejurus selepas tangkapan tersebut dilakukan, ujian air kencing telah dilakukan (proximity of action and design) di tandas Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya (proximity of place). [14] Didalam kes ini, adalah jelas dibuktikan masa kedua-dua kesalahan dilakukan adalah pada masa yang sama, tarikh, tempat dimana tangkapan dilakukan adalah dalam satu jangkamasa yang melibatkan kesalahan milikan dan memasukan dadah dalam badan yang telah melibatkan jenis dadah yang sama iaitu, morphine. Kesinambungan masa dan tempat kejadian boleh dibuktikan melalui laporan tangkapan BB-62D-179-10/2023 dan perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Pendakwaraya (rujuk muka surat 2 Rekod Rayuan 2). [15] Berdasrkan kepada laporan tangkapan, membuktikan tangkapan memilik dadah dan memasukkan dadah dalam badan menggunakan laporan tangkapan yang sama. Ini membuktikan, kesalahan jenayah dilakukan pada masa, tarikh, kesalahan yang melibatkan dadah. [16] Pihak Perayu berhujah agar keputusan Majistret diketepikan dan hukuman bagi kes no 2 wajar berjalan serentak dari tarikh Perayu ditangkap pada 25.4.2023. [17] Secara alternatifnya, pihak Perayu berhujah sekiranya Mahkamah ini tidak bersetuju untuk hukuman bagi kes ini berjalan serentak dari tarikh ditangkap, pihak Perayu berhujah agar Mahkamah mempertimbangkan untuk hukuman penjara 6 bulan berjalan dari tarikh jatuh hukum Mahkamah Majistret pada 19.2.2024. HUJAHAN RESPONDEN [18] Pihak Responden juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Bachik Abdul Rahman v PP (supra). [19] Dengan menggunapakai prinsip undang-undang di dalam kes tersebut, pihak Responden menghujahkan tiada sebarang kekhilafan yang dilakukan oleh Puan Majistret apabila memerintahkan hukuman 6 bulan penjara ini berjalan berasingan dengan hukuman di dalam kes no. 1 kerana ia bukanlah melibatkan satu transaksi yang sama. [20] Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan kedua-dua kes ini mempunyai ‘proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design’ dan secara jelasnya ia adalah dua kes yang berbeza. [21] Tambahan pula, Perayu telah disabitkan kesalahan di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk kes no.1. Manakala untuk kes no. 2, Perayu disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952. Oleh itu, pihak Responden berhujah bahawa kesalahan-kesalahan tersebut tidak sama. Disebabkan faktor tersebut, maka adalah tidak wajar isu yang dibangkitkan oleh Perayu ini dipertimbangkan oleh Mahkamah yang Mulia ini memandangkan isu ini adalah tidak bermerit. [22] Berkaitan hujahan alternatif pihak Perayu mengenai tarikh hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh jatuh hukum untuk kes no.2, pihak Responden juga bersetuju sekiranya Mahkamah ini membenarkan rayuan Perayu. PRINSIP UNDANG-UNDANG MENGENAI RAYUAN [23] Mahkamah ini berpandukan kepada prinsip undang-undang yang mantap di peringkat rayuan seharusnya mengambil pendirian untuk tidak mengganggu dapatan hukuman yang telah dibuat oleh mahkamah perbicaraan melainkan keputusan tersebut mempunyai faktor-faktor salah arah, tidak menurut undang-undang dan terdapat keterangan yang kuat yang menunjukkan bahawa Hakim Perbicaraan telah terkhilaf di dalam menggunapakai prinsip menjatuhkan hukuman yang betul ataupun telah menggunapakai budibicara yang tidak dibenarkan (unauthorized) ataupun asing (extraneous). Prinsip ini telah diputuskan sebelum itu oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Herchun Singh v. Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209 yang mana Ong Hock Thye C.J telah menyebut: “An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.” [24] Prinsip mantap tersebut telah secara konsisten diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1981] CLJU 139; [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 yang mana mahkamah memutuskan seperti berikut:- "For a discretionary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was embarking on some unauthorised or extraneous or irrelevant exercise of discretion." [25] Dengan menerima prinsip undang-undang yang mantap berkaitan tugas Mahkamah mendengar rayuan, Mahkamah Rayuan di dalam kes Di dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP [2002] 3 CLJ 457, Mohamad Dzaiddin, KHN (beliau pada ketika itu) menegaskan seperti berikut:- "It is of the upmost importance to stress here that the appellate court will not normally alter the sentence unless it is satisfied that the sentence passed by the lower court is manifestly inadequate or excessive or illegal or otherwise not a proper sentence having regard to all the facts disclosed or that the court has clearly erred in applying correct principles in the assessment of sentence. See:PP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102, [1976] 2 MLJ 257." [26] Selain itu, Mahkamah Rayuan di dalam kes Pendakwa Raya v. Prabu A/L Veeramuthu and Others [2010] 8 CLJ 257; [2010] MLJU 663 juga telah memutuskan seperti berikut:- "In an appeal against sentence an appellate court would not disturb the sentence imposed unless the trial court had erred in applying the correct principles of sentencing or had embarked on some unauthorized or extraneous exercise of discretion (see Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Public Prosecutor [2000] 3 CLJ 302;Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256; Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1981] CLJU 139; [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83 and Yit Kean Hong v. PP [2005] 4 CLJ 592." [27] Oleh itu, berpandukan kepada prinsip undang-undang di atas yang mengikat Mahkamah ini berasaskan kepada prinsip stare decisis, akan meneliti keputusan dan hukuman yang diberikan Majistret sama ada terdapat kekhilafan yang dilakukan oleh Majistret yang mewajarkan Mahkamah ini mengenepikan keputusan berkenaan atau mengekalkan hukuman yang diberikan Majistret. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH KE ATAS RAYUAN [28] Isu pokok dalam rayuan ini melibatkan pemakaian seksyen 292 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Peruntukan tersebut berbunyi: “292. Commencement of sentence of imprisonment on prisoner already undergoing imprisonment.