Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-23CY-4-08/2020 ANTARA KHALID BIN ABD SAMAD … PLAINTIF DAN DATUK ABDULLAH MAT YASIM … DEFENDAN
DA-23CY-4-08/2020
High Court of Malaysia30 Mar 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rst on Criminal Evidence, 3rd edn, (London: Sweet & Maxwell, 1997) at 115. It is an alternative mechanism to prove a fact other than by adducing direct evidence. [47] Section 114A was legislated via Amendment Act A1432 in 2012. The explanatory statement to the Bill outlined the objective of enacting this provision. It”
“tidak diterima masuk. YA Hakim menyatakan seperti berikut; “[19] In fact these screenshots, being Part C documents, were also not sought to be marked as exhibits. The provisions under s 90A of the Evidence Act 1950 cater for advances in technology, while at the same time providing safeguards for ensuring the authentici”
“(a) "network service" and "network service provider" have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and”
“at trial does not preclude the reversal of a plainly wrong finding of the learned High Court Judge by the Court of Appeal." (Rujuk; Murshid Meem bin Ghouse & 1064 yang lain v Geneva Malaysia Sdn Bhd [2018] MLJU 1408 dan Norazlanshah Hazali v. Mohd Dziehan Mustapha [2018] MLRHU 1513). **Note : Serial number will be used”
“of the learned High Court Judge by the Court of Appeal." (Rujuk; Murshid Meem bin Ghouse & 1064 yang lain v Geneva Malaysia Sdn Bhd [2018] MLJU 1408 dan Norazlanshah Hazali v. Mohd Dziehan Mustapha [2018] MLRHU 1513). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 [7”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-23CY-4-08/2020 ANTARA KHALID BIN ABD SAMAD … PLAINTIF DAN DATUK ABDULLAH MAT YASIM … DEFENDAN
1
Ini merupakan satu tuntutan Plaintif ke atas Defendan berkaitan satu tulisan Defendan di dalam laman Facebook Defendan di atas tajuk “DH Abdullah Mat Yasim” (https://www.facebook.com/abdullah.matyasim) pada 22/3/2020 pada jam 6.25 petang yang didakwa merupakan satu fitnah ke atas Plaintif.
2
Defendan telah didakwa oleh Plaintif memuatnaik pernyataan seperti berikut; “KUAT BETUL MEROYAM SEKOR NI...ORG LAIN TDK KUAT SGT...KENAPA DAN BAKPI...ATAU DPT DEDAK LEBIH DARI DAP...KESIAN DIA NI...TAK LAMA LG MASUK WAD GILA TG RAMBUTAN KALU STARO NI KDDKN LO NI.”
3
Di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutannya, Plaintif memohon relif-relif berikut:
a
Defendan memohon maaf secara bertulis kepada Plaintif tanpa syarat;
b
Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman sosial Facebook akaun milik Defendan serta menarik balik dan memadam status Facebook yang ditulis oleh Defendan pada 22/03/2020 pukul 6.25 petang di akaun Facebook DH Abdullah Mat Yasim (https://www.facebook.com/abdullah.matyasim); KUAT BETUL MEROYAM SEKOR NI…ORG LAIN TDAK KUAT SGT….KENAPA DAN BAKPI….ATAU DPT DEDAK LEBIH DARI DAP…. KESIAN DIA NI….TAK LAMA LG MASUK WAD GILA TG RAMBUTAN KALU STARO NI KDDKAN LO NI.” Termasuk gambar Plaintif yang telah diedit dan diletakkan gambar satu tin arak “Carlsberg”.
c
Mengiklankan permohonan maaf kepada Plaintif di satu (1) muka penuh di dalam akhbar nasional harian Bahasa Melayu selama satu (1) hari;
d
Bayaran gantirugi am kepada Plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di akaun Facebook milik
e
Gantirugi Teladan;
f
Gantirugi Melampau;
g
Gantirugi Punitif; dan
h
Satu injunksi bagi menghalang Defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap Plaintif. Perbicaraan [4] Semasa perbicaraan hanya Plaintif memberi keterangan manakala Defendan tidak hadir untuk memberi keterangan. Peguam Defendan telah memohon penangguhan di atas alasan Defendan tidak sihat namun tiada sebarang Surat Cuti Sakit dikemukakan. Peguam Defendan turut memaklumkan pihaknya turut tidak dapat berhubung dengan Defendan. [5] Di atas alasan itu, Mahkamah tidak membenarkan penangguhan dan mengarahkan Defendan untuk meneruskan kes. Di atas kedudukan tersebut, Defendan telah menutup kes mereka tanpa memanggil sebarang saksi. [6] Di dalam keadaan sedemikian Mahkamah merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim [2015] 2 CLJ 1037 yang telah menggariskan situasi di dalam sesuatu perbicaraan bila mana Defendan tidak memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan. Mahkamah Persekutuan telah menyatakan; “"[56]...The first is that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is the plainly wrong test (see Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309; [2005] 2 MLJ 10 and UEM Group Genisys Integrated Engineers Pte Ltd & Anor [2010] 9 CLJ 785). And, the second is that the burden of proof at all times is of course borne by the plaintiff to establish on the balance of probability the existence of a legally enforceable settlement agreement (see Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd v. El Du Pont De Nemours and Company [2011] 1 LNS 16; [2011] 1 AMCR 857). In other words, it was upon the plaintiff itself, and certainly not the defendant, to discharge the burden of showing the settlement agreement had come into existence. It is for the plaintiff to prove its case and satisfy the Court that its claim is well-founded before the Court grants judgment on the claim (see Pemilik Dan Kesemua Orang Lain Yang Berkepentingan Dalam Kapal "Fordeco No 12" Dan "Fordeco No 17" v. Shanghai Hai Xing Shipping Co Ltd [2000] 1 CLJ 605; [2000] 1 MLJ 449; Maju Holdings Sdn Bhd v. Fortune Wealth (HK) Ltd & Other Appeals [2004] 4 CLJ 282; [2004] 4 MLJ 105 and Teh Swee Lip v. Jadewell Holdings Sdn Bhd [2014] 8 CLJ 451; [2013] 6 MLJ 32). It is true that in the present case the defendant elected not to call any witnesses. However, it is imperative to bear in mind that from the outset the legal burden of the existence of the settlement agreement was with the plaintiff as the claimant in the present action. By reasons of the legal principles, the fact that the defendant led no evidence or call no witnesses did not absolve the plaintiff from discharging its burden in law. In this regard, in adopting the approach of the case of Storey v. Storey [1961] P 63, Suriyadi JCA (as His Lordship then was) in Mohd Nor Afandi Mohamed Junus v. Rahman Shah Alang Ibrahim & Anor [2008] 2 CLJ 369 recognised this to be the case as can be seen from the following passage of His Lordship's judgment: "There are, however, two sets of circumstances under which a defendant may submit that he has no case to answer. In the one case there may be a submission that, accepting the plaintiff's evidence at its face value, no case has been established in law, and in the other that the evidence led for the plaintiff is so unsatisfactory or unreliable that the Court should find that the burden of proof has not been discharged." [57] We therefore agree with the submission of learned counsel for the defendant to the effect that despite the fact the defendant did not call any witness and that even if the plaintiff's evidence is unopposed (and therefore presumed to be true), this does not automatically equate to that evidence satisfying the burden of proving the existence of the settlement agreement borne by the plaintiff, or mean that the burden of proving on the balance of probabilities no longer applies, or that a case to answer is automatically made out. The evidence adduced by the plaintiff must still be sufficient to prove the existence of the settlement agreement. This crucial point was overlooked by the learned High Court Judge. On the factual matrix of the case, it is patently clear that the plaintiff has not discharged the burden. On this basis, the Court of Appeal was in every respect justified in holding that the learned High Court Judge was plainly wrong in making a ruling of law that the settlement agreement had come into existence based on the conduct of the both parties. Indeed, the election by the defendant to call no evidence at trial does not preclude the reversal of a plainly wrong finding of the learned High Court Judge by the Court of Appeal." (Rujuk; Murshid Meem bin Ghouse & 1064 yang lain v Geneva Malaysia Sdn Bhd [2018] MLJU 1408 dan Norazlanshah Hazali v. Mohd Dziehan Mustapha [2018] MLRHU 1513). [7] Berdasarkan kepada panduan di dalam kes Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd (supra) adalah masih menjadi satu beban ke atas Plaintif untuk membuktikan tuntutannya dan jika Plaintif berjaya di tahap imbangan keberangkalian, maka tuntutan Plaintif telah dianggap berjaya. [8] Di dalam kes ini, kedua-dua pihak telah bersetuju sebelum perbicaraan bermula bahawa isu-isu untuk dibicarakan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
a
Sama ada Defendan telah memuatnaik kenyataan tersebut;
b
Sama ada kenyataan tersebut adalah merupakan satu fitnah;
c
Sama ada pembelaan justifikasi terpakai ke atas Defendan; dan
d
Ganti rugi yang boleh diawardkan kepada Plaintif. [9] Sehubungan dengan itu, jika Mahkamah berpuashati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan Defendan yang membuat naik kenyataan tersebut dan ianya satu fitnah, maka Mahkamah boleh terus menimbangkan ganti rugi yang perlu ditanggung oleh Defendan tanpa perlu Mahkamah menimbangkan pembelaan justifikasi yang diplidkan oleh Defendan. Analisis dan dapatan Mahkamah [10] Mahkamah perlu merekodkan bahawa dokumen di muka surat 15- 18 Ikatan Dokumen yang merupakan salinan kenyataan yang didakwa dimuatnaik oleh Defendan tersebut, telah dibenarkan oleh Mahkamah sebelum perbicaraan bermula diletakkan di Bahagian C. [11] Apabila ia diletakkan di Bahagian C, maka ia memerlukan ianya dibuktikan kebolehterimaannya oleh Plaintif. Namun semasa perbicaraan, pada awalnya Mahkamah telah menandakannya sebagai ID 1 namun selepas hujahan pihak-pihak, Mahkamah telah menukarkannya kepada P1 memandangkan isu pada ketika itu adalah berkaitan seksyen 90A Akta Keterangan 1950. Mahkamah turut memutuskan bahawa penandaan P1 adalah tertakluk kepada pemeriksaan balas serta hujahan. [12] Dengan kata yang lain, penandaan P1 tersebut adalah masih tertakluk kepada ianya dibuktikan oleh Plaintif bahawa ianya dimuat naik oleh Defendan serta kesahihan kandungannya. Peguam Plaintif di dalam hujahannya telah merujuk Mahkamah kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Haji Husam Haji Musa v Mohd Faisal Rohbab Ahmad [2015] 2 MLRA 492 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut; [10] Even though relevancy is one of law it is no easy task for trial court to rule on the subject on hotly contested facts as s 5 places the task on the courts to deal with various concepts (as well as difficult concepts) like re gestae, hearsay evidence, dying declaration, admission, confession, opinion evidence, character evidence similar fact, evidence, etc. It has to be taken by at least a three step approach. First stage, the court must prima facie consider whether the fact is relevant. This is more of a common sense approach taken by any person with the most basic legal qualification. The second stage is whether by saying it as relevant, related provisions of the Act are infringed; or to put it in another way whether the person introducing the fact has satisfied the criteria of the Act. If he does not satisfy the criteria that evidence is not relevant. Once this two stage procedure has been satisfactorily dealt with, then the third stage is the admissibility stage which is procedural in nature. Here the court has to look at whether the litigant has satisfied the rules of admissibility. If the litigant has not, the relevant evidence can be rejected, for example, not producing the original document or satisfying the criteria for introducing secondary evidence. In civil cases once the court decides that the evidence is relevant and have allowed the exhibits to be marked as exhibit with no objection by the respondent, it cannot be subsequently expunged on the ground that it has failed the admissibility test unless it has been marked as ID only for purpose to determine admissibility. [11] However, if the relevancy and/or admissibility has been challenged throughout the trial, the court may deal with the issue at the end of the trial marking it first as ID and subsequently as exhibit. There is no discretion vested in the trial court to exclude relevant and admissible evidence marked as exhibit and/or ID or whatever label it may have been given, that too when there was no objection taken by the parties when the exhibit or ID is marked. This is not the position in criminal cases. In criminal cases, the court has wide discretion to exclude relevant and admissible evidence under the fairness rule. Tis jurisprudence has been captured in the case of Liang Weng Hen v. PP [2014] 3 MLRA 293, where the quorum consisted of Azahar Mohamed, Mohtarudin Baki and Hamid Sultan Abu Backer, and we do not wish to repeat the same. [penekanan ditegaskan] [13] Namun Mahkamah mendapati bahawa keputusan Mahkamah Rayuan tersebut adalah berbeza dari segi fakta dengan kes di hadapan Mahkamah. Di dalam kes di Mahkamah Rayuan, dokumen yang mengandungi artikel yang berunsur fitnah tersebut telah diterima masuk tanpa sebarang bantahan oleh Defendan. Namun di dalam kes ini, peguam Defendan telah dari awal membantah penerimaan masuknya dan Mahkamah menerima masuk serta menandakannya sebagai P1 adalah tertakluk kepada pembuktian oleh Plaintif ke atas kandungannya. [14] Di dalam masa yang sama, Mahkamah turut mendapati bahawa Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa isu berkaitan kerelevanan dan kebolehterimaan sesuatu ekshibit boleh dipertimbangkan di akhir kes. Oleh itu, walaupun ekshibit tersebut telah ditanda sebagai P1, ia tidak menyekat Mahkamah ini untuk menilai kebolehterimaannya di akhir kes. [15] Apatah lagi Peguam Defendan semasa pemeriksaan balas ke atas SP1 iaitu Plaintif telah mempertikaikan P1 tersebut sepertimana berikut; Peguam : Refer kepada dokumen yang sebentar tadi yang ditandakan sebagai Ekshibit P 1 di muka surat 15 hingga 19 Ikatan B. Saya kata jika YB tengok ke empat-empat muka surat ini saya katakan yang tiada URL pun yang ada di dalam tangkap layar ni. Apa-apa URL di dalam tangkap layar ni?. : Ya tak ada, setuju. Peguam : Dan kalau tengok tiada apa-apa URL, saya boleh katakan dokumen ini boleh diubah?. : Dia kalau tak setuju lah pasal kalau dia print screen. Peguam : Setuju atau tidak boleh diubah?. : Tidak boleh diubah. Peguam : Saya juga katakan, bila tiada URL ni, rujuk Bundle A Penyata Balas YB PS SP1 nombor 7 tu. : SP1 bacakan “Saya telah difitnah melalui tulisan Defendan DH Abdullah Mat Yasim di https://www.facebook.com/abdullah.matyasim pada 22.4.2020 jam 6.25 petang”. Peguam : URL tu tiada dalam bahagian mana-mana P1 ni, setuju?. : Setuju. Peguam : Dan saya boleh katakan juga kalau tiada URL ni saya boleh katakan dokumen ini palsu setuju?. : Tidak semestinya. Peguam : Saya boleh katakan juga URL ni, saya boleh katakan tiada kaitan dengan tangkap layar yang dalam P1 ini?. : Tak setuju. Buktikan bahawa ianya tak sama. [16] Mahkamah berpandangan bahawa walaupun Mahkamah telah menandakan dokumen tersebut sebagai P1, namun ia tidak mengecualikan Plaintif dari membuktikan bahawa ianya dimuatnaik oleh Defendan ke laman Facebooknya. [17] Apatah lagi di dalam kes ini, Mahkamah mendapati P1 tersebut hanyalah merupakan satu salinan tangkapan skrin (screenshot). Plaintif tidak pernah mengemukakan apa-apa dokumen atau keterangan berkenaan penerbitan kenyataan tersebut daripada mana-mana pautan URL Facebook dan/atau mana-mana laman web. [18] Selain itu, Mahkamah turut mendapati bahawa selain P1 tersebut adalah suatu salinan tangkapan skrin, ia juga dibuat melalui satu peranti elektronik dan tidak menyatakan apa-apa pautan URL ke atas mana-mana laman Facebook sepertimana yang diplidkan oleh Plaintif sendiri. Pautan URL ini penting untuk membuktikan bahawa tangkapan skrin tersebut adalah sememangnya telah diakses melalui pautan URL Facebook tersebut dan benar-benar diterbitkan di laman Facebook Defendan. [19] Malahan Plaintif di dalam pemeriksaan utama tidak menyatakan bahawa P1 berasal dari mana-mana pautan URL Facebook termasuk pautan URL yang diplidkan tersebut. Sebaliknya SP1 telah menyatakan di dalam keterangannya bahawa salinan tangkapan skrin tersebut adalah diperolehi daripada staf Plaintif yang menguruskan media sosial yang dikenali dengan panggilan “Saudara Fikri” dan bukanlah dibuat oleh SP1 sendiri. Keterangan SP1 diperturunkan seperti berikut; Peguam : Baik YB, saya rujuk semula kepada isu ‘screenshot’ ini, boleh YB bagi tahu macam mana YB dapat tengok posting ini?. : Saya dimaklumkan oleh saya punya staf yang jga bahagian media sosial. Peguam : Boleh sebutkan nama dia kalau ada untuk rekod?. : Saudara Fikri, nama penuh saya tak ada, saya rasa ada ditulis dalam ni tapi saya tak ingat. Peguam : Macam mana dia maklum?. : Dia tunjuk benda ni lah tunjuk tu screenshot. Peguam : Dia macam mana, seolah dihantar melalui Whatsapp ke?. Boleh saya katakan YB setuju hantar kepada YB melalui whatsapp?. : Mungkin, saya pun tak berapa ingat dia bagi tahu macam mana, tapi dia maklumkanlah saya. Samada Whatsapp ke melalui mesej ke saya tak berapa ingat. Peguam : Tapi dia maklum melalui telefon lah boleh kata macam tu?. : Saya melalui sosial media dia maklum. Peguam : Dimaklumkan melalui telefon dia, setuju saya katakan bahawa screenshot itu daripada dia?. : Ya. Peguam : Maknanya bukan YB yang screenshot tapi dia yang screenshot, setuju?. : Ya. Peguam : Saya pohon kepada Mahkamah yang Mulia untuk merekodkan sekali lagi bantahan saya terhadap dokumen ini untuk ditandakan sebagai ekshibit. Kerana sekiranya bukan satu ‘computer generated documents’ dan ianya dikatakan oleh Peguamcara Plaintif adalah suatu gambar dan mengikut kepada keterangan Plaintif, dia bukanlah the maker of the document dan bukan melalui satu url, saya sekali lagi pohon supaya dokumen ini untuk tidak ditandakan sebagai ekshibit. Mungkin kalau Yang Arif tak nak buat keputusan, ini untuk rekod. [20] Plaintif mengambil tindakan untuk tidak memanggil “Saudara Fikri” tersebut memberi keterangan. Ini pada pandangan Mahkamah dengan secara langsung menjejaskan pembuktian Plaintif ke atas URL Facebook tangkapan skrin tersebut yang tidak membolehkan Mahkamah untuk merumuskan sama ada ianya dari laman Facebook milik Defendan dan dimuatnaik oleh Defendan. [21] Isu yang hampir sama telah berbangkit di dalam kes Norazlanshah Hazali (supra) berkaitan suatu saman fitnah yang dibuat melalui dokumen berbentuk tangkapan skrin. Hakim Darryl Goon Siew Chye PK (pada ketika itu) telah merujuk kepada seksyen 90A Akta Keterangan 1950 dan memutuskan ianya tidak diterima masuk. YA Hakim menyatakan seperti berikut; “[19] In fact these screenshots, being Part C documents, were also not sought to be marked as exhibits. The provisions under s 90A of the Evidence Act 1950 cater for advances in technology, while at the same time providing safeguards for ensuring the authenticity of computer generated documents. These provisions should not be viewed as mere technicalities. Much mischief can be achieved by computer wizardry and the safeguards in the Evidence Act 1950 go some way towards protecting against them. Parties to a litigation are entitled to demand that the law, as is prescribed in s 90A of the Evidence Act 1950, is adhered to. These screenshots were therefore neither proven nor admitted into evidence.” [22] Berdasarkan di atas pertimbangan ini, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan bahawa P1 tersebut adalah dari laman Facebook milik Defendan. Oleh itu, apabila ianya tidak dibuktikan dari laman Facebook milik Defendan maka ianya tidak boleh dikaitkan dengan Defendan apatah lagi untuk menyatakan bahawa ianya dimuatnaik oleh Defendan. [23] Namun isu ini tidak terhenti di peringkat ini. Peguam Plaintif selanjutnya telah membawa perhatian Mahkamah ke atas seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang menyatakan;
1
A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.
2
A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.
3
Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.
4
For the purpose of this section-
a
"network service" and "network service provider" have the meaning assigned to them in section 6 of the
b
"publication" means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form displayed on the screen of a computer. [24] Penggunaan seksyen 114A Akta Keterangan 1950 ini telah dibincangkan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Peguam Negara Malaysia v MKINI Dotcom Sdn Bhd & Anor [2021] 3 CLJ 603 seperti berikut; “[44] It must be to resolve this difficulty that the Malaysian Parliament enacted s. 114A of the Evidence Act. The provision as the wordings suggest aims at presuming responsibility of publication on the Internet platform provider by dedicating specifically s. 114A to such a subject. To better appreciate the law, it is useful to reproduce here that provision in extensor: Presumption of fact in publication
114A
(1) A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.
2
A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.
3
Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.
4
For the purpose of this section:
a
"network service" and "network service provider" have the meaning assigned to them in s. of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and
b
"publication" means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form displayed on the screen of a computer. [45] The presumption may be invoked against any person whose name appears on the publication as either the owner, host, administrator, editor, or sub-editor. It is beyond argument that Malaysiakini as the first respondent depicted itself as the host to the publication and by virtue of s. 114A(1), Malaysiakini is presumed to have published the impugned comments. We will deal with the possible presumption against the second respondent later. [46] With the presumption in place, in our view, the AG had overcome the hurdle of imputing responsibility of the publication on the first respondent. The term "presumption" properly describes the process whereby, upon the proof of the required basic fact or facts, the existence of the presumed fact may be inferred from it (see Alma Nudo Atenza v. PP & Another Appeal [2019] 5 CLJ 780; [2019] 4 MLJ 1 at 132 (FC); Abdullah Atan v. PP & Other Appeals [2020] 9 CLJ 151 (FC), C Tapper, Cross & Wilkins Outline of the Law of Evidence, 6th edn, (London: Butterworths, 1986) at 39; M Hirst, Andrews & Hirst on Criminal Evidence, 3rd edn, (London: Sweet & Maxwell, 1997) at 115. It is an alternative mechanism to prove a fact other than by adducing direct evidence. [47] Section 114A was legislated via Amendment Act A1432 in 2012. The explanatory statement to the Bill outlined the objective of enacting this provision. It sought to provide for the presumption of fact in the publication. This presumption will assist in identifying and in proving the identity of an anonymous person involved in the publication through the Internet. [48] The Hansard of the Dewan Rakyat during the tabling of the amendment on 18 April 2012 revealed that the objective was to alleviate problems and weaknesses that occur in cybercrime activities on the Internet. One of the main aims was to tackle the issue of Internet anonymity. We refer below to the excerpts of the revealing speech read out in Parliament by the Minister to appreciate the rationale behind s. 114A: Perkembangan yang pantas dalam penggunaan Internet dan teknologi maklumat pada masa kini telah membawa kepada berleluasanya jenayah siber dan kesalahan jenayah yang dilakukan melalui Internet. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengenal pasti bahawa Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan Internet iaitu, dengan izin, Internet anonymity. Susan W. Brenner, seorang professor undang-undang dan teknologi di University of Dayton School of Law telah menggambarkan isu Internet anonymity, dengan izin, seperti yang berikut, dengan izin. "A man can be a woman, a woman can be a man. A child can be an adult, a foreigner can pass for a native. All of which makes the apprehension of cyber criminal that much more difficult". Penggunaan Internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan "ketanpanamaan" pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani aktiviti jenayah siber. Jenayah yang dilakukan melalui Internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat. ... Walaupun dapat dikenal pasti dengan jelas lokasi, alamat IP dan pemiliknya tetapi amat sukar untuk membuktikan siapakah yang sebenarnya menghantar e-mel tersebut. Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, IP address, dengan izin, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung. Oleh yang demikian, kerajaan mencadangkan peruntukan sewajarnya mengenai anggapan yang berasaskan owner honest principal dimasukkan dalam Akta Keterangan 1950. Tujuan peruntukan anggapan berasaskan owner honest principal, dengan izin, adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu. Walau bagaimanapun, pihak pendakwa yang ingin bersandar kepada peruntukan anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang. Apabila wujud keterangan yang cukup untuk dibuat anggapan terhadap seseorang dan mahkamah berpuas hati bahawa anggapan boleh dibuat, beban pembuktian untuk membuktikan atau menyangkal anggapan itu berpindah kepada orang yang terhadapnya anggapan dibuat. Beban pembuktian orang yang terhadapnya anggapan dibuat adalah atas imbangan kebarangkalian, dengan izin, balance of probabilities yang lebih ringan daripada beban pembuktian yang diletakkan ke atas pihak pendakwa. [49] From the above speech, it is apparent that the challenges in identifying cybercriminals trickle down to tracing the offenders who naturally can hide behind the cloak of Internet anonymity. Although the email address, IP address, location, owner of the computer can be traced, the verification of the identity of the sender or commentator remains difficult. This warranted a provision on presumption based on the "owner honest principal" to ease the burden of proof in respect of certain facts. At first blush, the principal actor such as the Internet owner etc should be the first target to be imputed with liability. [50] However, the Minister in his statement did caution that the Public Prosecutor must be able to prove the existence of the basic facts before invoking that presumption. [51] Plainly stated, the presumption in s. 114A is a rebuttable one. Rebuttal raised must be on the balance of probabilities.” [25] Peguam Plaintif menghujahkan bahawa seksyen 114A Akta Keterangan 1950 ini wajar digunapakai berdasarkan keterangan-keterangan keadaan yang dibuktikan di dalam kes ini. Ini kerana nama Defendan telah dibuktikan wujud di dalam P1 tersebut dan oleh itu Defendan sepatutnya boleh dianggap orang yang bertanggungjawab menerbitkannya. [26] Bagi Mahkamah kesan penggunaan seksyen 114A Akta Keterangan 1950 adalah sangat besar serta meluas. Ini kerana ia telah membalikkan beban pembuktian kepada Defendan dalam semua kes yang melibatkan hantaran atau muatnaik di dalam internet. (rujuk; Tong Seak Kan & anor v Loke Ah Kin & anor [2014] 5 MLRH 709 dan Dato’ Hj Husam Hj Musa v Mohd Faisal Rohban Ahmad [2015] 2 MLRA 492). [27] Namun Mahkamah perlu memastikan terlebih dahulu asas kepada penerbitan yang mempunyai nama atau rujukan nama Defendan sebelum sesuatu andaian di bawah seksyen 114A Akta Keterangan 1950 dapat dibuat oleh Mahkamah. Ini kerana, andaian statutori hanya wajar dan boleh dibuat berasaskan kepada satu keterangan yang boleh diterima masuk. Ini berdasarkan subseksyen (1) yang dengan jelas menyatakan perkataan “publication” yang “depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor…..”. [28] Oleh itu, “publication” tersebut mestilah dibuktikan terlebih dahulu dan diterima sebagai satu “publication” yang sah. Apa yang berlaku di dalam kes ini, P1 telah diterima masuk sebagai satu salinan tangkapan skrin dan ianya sepertimana yang telah diulas oleh Mahkamah ini, diterima oleh SP1 melalui seorang yang bernama Saudara Fikri. [29] Persoalannya kini adalah sama ada P1 tersebut telah dibuktikan sebagai satu yang diterbitkan. Ini kerana ia merupakan asas sebelum peruntukan andaian ini boleh digunapakai. Ia selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Dewan Rakyat sepertimana yang dirujuk oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes MKINI Dotcom (supra). [30] Di dalam menangani isu ini, Mahkamah merujuk kepada apa yang dimaksudkan sebagai penerbitan sepertimana di bawah subseksyen 114A (4)(a) Akta Keterangan 1950 seperti berikut; “publication” means a statement or representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form displayed on the screen of a computer.” [31] Terdapat dua bahagian di dalam tafsiran ini. Pertamanya adalah sama ada P1 tersebut merupakan satu yang bertulis serta dicetak di mana Mahkamah menyatakan bahawa ianya jelas suatu yang bertulis dan bercetak. Keduanya adalah sama ada ianya yang telah ditayangkan di dalam skrin sesebuah komputer (the screen of a computer). [32] Sepertimana yang telah diulas di awal penghakiman ini, Mahkamah berpandangan Plaintif gagal untuk membuktikan bahawa P1 tersebut adalah satu yang ditayangkan di dalam skrin sesebuah komputer. Ia berdasarkan perkara-perkara berikut;
a
di atas P1 tersebut tidak dinyatakan URL Facebook yang boleh mengaitkannya atau ianya merupakan satu yang boleh dimuatnaik dari mana-mana posting; dan
b
P1 tersebut diperolehi dari “Saudara Fikri” yang tidak dipanggil untuk memberi keterangan bagi mengesahkan dari mana ianya diperolehi. [33] Perkara ini ditegaskan oleh peguam Defendan yang telah membangkitkan persoalan bahawa P1 tersebut boleh dipalsukan dan ianya tidak dinafikan oleh SP1 apabila menyatakan “tidak semestinya” semasa disoalbalas oleh peguam Defendan. [34] Sehubungan dengan itu, Mahkamah merumuskan bahawa P1 tidak dibuktikan sebagai satu penerbitan di bawah seksyen 114A Akta Keterangan 1950 dan sehubungan dengan itu, peruntukan andaian di bawah seksyen tersebut adalah tidak terpakai ke atas kes ini. Dengan kata yang lain, Mahkamah merumuskan bahawa ianya tidak boleh digunakan untuk mengandaikan bahawa Defendan adalah orang yang bertanggungjawab ke atas P1. [35] Perkara terakhir yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah hujahan peguam Plaintif bahawa Defendan tidak sepatutnya bertukar-tukar pendirian apabila membangkitkan pembelaan justifikasi dan dalam masa yang sama mempertikaikan kebolehterimaan P1. (rujuk; Abdul Razak Mohd Noor v Wan Muhammad Azri Wan Ders [2014] 3 MLRHA 351). [36] Mahkamah bersetuju bahawa secara amnya pembelaan Defendan adalah berkaitan justifikasi. Namun berbeza dengan senario di dalam kes Abdul Razak (supra) di mana Defendan menafikan terus dia adalah merupakan pemilik blogspot yang menjadi isu. Di dalam kes di hadapan Mahkamah kini, isu yang berbangkit adalah sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa Defendan adalah orang yang memuatnaik P1 tersebut. Ia adalah jelas satu beban yang gagal dilunaskan oleh Plaintif. Kesimpulan [37] Di atas pertimbangan-pertimbangan ini, Mahkamah merumuskan bahawa di atas imbangan keberangkalian, Plaintif telah gagal untuk membuktikan elemen utama di dalam kes ini iaitu Defendan adalah orang yang memuat naik kenyataan tersebut. Ini menjadikan pertimbangan selanjutnya adalah tidak lagi relevan bagi Mahkamah ini. [38] Walaupun secara amnya kenyataan tersebut dan dengan ketiadaan keterangan oleh Defendan bagi menjelaskan pembelaannya, adalah suatu yang mempunyai unsur fitnah ke atas Plaintif, namun ianya tidak lagi relevan memandangkan kegagalan Plaintif untuk membuktikan sama ada Defendan telah memuatnaik kenyataan tersebut di laman Facebooknya. [39] Sehubungan dengan itu, Mahkamah dengan ini menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM8,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh: 21hb Jun, 2023 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan. Pihak-pihak: Bagi Pihak Plaintif : Hisham bin Fauzi (bersamanya Rusilawati binti Zakaria @ Ismail) Tetuan Hisham Fauzi & Associates Peguambela dan Peguamcara Tingkat 2, Kompleks Niaga Lembaga Tabung Haji, Jalan Dato’ Pati 15000 Kota Bharu Kelantan. Bagi Pihak Defendan : Raihana Ashikeen bt Ramlan (bersamanya Nur Insyirah binti Yusmizul) Tetuan Rafizah Azwan & Associates Peguambela dan Peguamcara Lot 1157, Tingkat 1 Jalan Maju, Seksyen 11 15200 Kota Bharu Kelantan. Tarikh Bicara : 15hb. Januari, 2023 Tarikh Keputusan : 30hb. Mac, 2023 Undang-Undang Yang Dirujuk: Akta Keterangan 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim [2015] 2 CLJ 1037 Murshid Meem bin Ghouse & 1064 yang lain v Geneva Malaysia Sdn Bhd [2018] MLJU 1408 Norazlanshah Hazali v. Mohd Dziehan Mustapha [2018] MLRHU 1513 Haji Husam Haji Musa v Mohd Faisal Rohbab Ahmad [2015] 2 MLRA 492 Peguam Negara Malaysia v MKINI Dotcom Sdn Bhd & Anor [2021] 3 CLJ 603 Tong Seak Kan & anor v Loke Ah Kin & anor [2014] 5 MLRH 709 Dato’ Hj Husam Hj Musa v Mohd Faisal Rohban Ahmad [2015] 2 MLRA 492 Abdul Razak Mohd Noor v Wan Muhammad Azri Wan Ders [2014] 3 MLRHA 351
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.