Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: DA-25-5-11/2016 ANTARA KHALID BIN MOHD KASSIM … PERAYU (NO. KP: 680525-10-6475)
DA-25-5-11/2016
High Court of Malaysia27 Dec 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“k Ahmad memutuskan:- “Taking all the above into considerations, we are of the view that the General Orders, in detailing the procedures therein, have sufficiently complied with article 135(2) of the Federal Constitution and, in the process, are in accord with the concept of natural justice and procedural fairness.” F.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: DA-25-5-11/2016 ANTARA KHALID BIN MOHD KASSIM … PERAYU (NO. KP: 680525-10-6475)
1
1.
2
KERAJAAN MALAYSIA … RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] Pemohon telah membuat Permohonan Semakan Kehakiman di Mahkamah ini untuk memohon satu perintah Certiorari bagi membatalkan hukuman buang kerja dan perlucutan emolument ke atas Pemohon berkuatkuasa 25/7/2016. [2] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak dan meneliti kertas-kertas kausa (termasuk Afidavit-Afidavit berkaitan), Mahkamah ini telah menolak permohonan Pemohon dengan kos sebanyak RM4,000.00. 2 [3] Tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, Perayu menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. [4] Ini merupakan alasan terhadap keputsuan tersebut. B. FAKTA KES [5] Pemohon bekerja sebagai seorang guru di Jabatan Responden, yang telah dipertuduhkan di bawah Peraturan 37 Perintah-Perintah Am 1993 iaitu tidak hadir bertugas tanpa cuti atau kebenaran terlebih dahulu selama 74 hari secara berselang seli (lihat surat bertarikh 13/11/2015 eksibit HD- 6). [6] Pemohon telah didapati bersalah oleh pihak Responden dan telah dijatuhkan dengan hukuman buang kerja dan dilucutkan hak emolument berkuatkuasa 25/7/2016 (lihat surat 5/8/2016 eksibit HD-8). [7] Pemohon telah menfailkan Permohonan Semakan Kehakiman di Mahkamah ini dan memohon relif sebagaimana berikut:-
a
Suatu Perintah Certiorari bagi membatalkan Hukuman Lucut Hak Emolumen Bagi Tempoh Tidak hadir bertugas dan buang kerja berkuatkuasa pada 25/07/2016 melalui surat bertarikh 05/08/2016.
b
Suatu Perintah deklarasi bahawa hukuman lucut hak emolument bagi tempoh tidak hadir bertugas dan buang kerja daripada perkhidmatan dibuat oleh Responden ke atas Pemohon berkuatkuasa pada 25/07/2016 adalah batal, tidak sah dan tiada efek. 3
c
Suatu Perintah bahawa Pemohon dikembalikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 dengan pangkat asalnya sebelum pada hukuman lucut hak emolument bagi tempoh tidak hadir bertugas dan buang kerja daripada perkhidmatan yang dikenakan oleh Responden.
d
Suatu perintah bahawa Pemohon layak menerima semula semua pembayaran gaji, elaun, emolument, pampasan pencen, pencen bulanan dan segala bayaran yang beliau layak terima mengikut skim perkhidmatannya serta peluang kenaikan pangkat dan kekananan.
e
Suatu inkuiri dijalankan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu bagi menentukan gaji-gaji tertunggak, emolument-emolumen dan apa-apa faedah-faedah yang layak diterima sekiranya Mahkamah ini membenarkan deklarasi-deklarasi di atas.
f
Kos permohonan ini.
g
Apa-apa relif yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah. C. HUJAHAN PEMOHON [8] Pemohon di dalam kes ini menghujahkan bahawa, Pemohon telah dinafikan haknya kerana proses pembuangan kerjanya gagal mematuhi Peraturan 26(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (“PPPA 1993”). [9] Berdasarkan Peraturan 26 tersebut, Ketua Jabatan hendaklah menyerahkan suatu surat kepada pegawai secara sendiri atau dihantar melalui A.R Pos kepada pegawai di alamatnya yang terakhir diketahui. 4 [10] Pemohon menghujahkan bahawa di dalam kes ini, surat tunjuk sebab bertarikh 30.5.2013, 18.6.2013, dan 24.6.2013 tiada perakuan penerimaan dari Pemohon serta ianya diterima oleh Pengetua dan bukan Pemohon. Manakala bagi surat tunjuk sebab bertarikh 7.7.2013 pula di hantar ke Unit Tatatertib JPN dan turut tiada akuan penerimaan dari Pemohon. [11] Tambahan dari itu, Pemohon juga menghujahkan bahawa surat Responden bertarikh 13/11/2015 (ekshibit HD-5) adalah dialamatkan ke alamat pemohon di Kampung Parit Peringat, 16090 Kota Bharu, Kelantan dan amat berbeza dengan alamat pada surat menyurat di surat tunjuk sebab yang dihantar sebelum itu (ekshibit HD1-4). Sekiranya Pemohon mendapat notifikasi yang sepatutnya, Pemohon menghujahkan bahawa “remedy” kepada setiap kesalahan boleh dikemukakan dan bukannya ke tahap buang kerja. [12] Selain itu, Pemohon juga menghujahkan bahawa Ketua Jabatan masih lagi boleh menjalankan kuasa budibicaranya kerana di dalam Peraturan 24 PPPA, perkataan yang digunakan ialah “boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib” dan kuasa budi bicara ini sentiasa ada selagi mana kesalahan ketidakhadiran ini tidak dinotifikasi di dalam akhbar. D. HUJAHAN RESPONDEN [13] Responden di dalam hujahannya menyatakan bahawa prosiding tatatertib ke atas penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (PPPA 1993). 5 [14] Bagi menjawab hujahan Pemohon yang mengatakan dia tidak menerima surat tunjuk sebab, Responden menghujahkan bahawa di bawah Peraturan 52 PPPA 1993, pegawai perlulah menyerahkan kepada Ketua Jabatannya alamat tempat tinggalnya dan juga sekiranya berlaku perubahan kepada alamat tempat tinggalnya dan alamat tersebut dianggap sebagai alamat bagi tujuan penyampaian apa notis-notis yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan ini. [15] Peraturan 52(2) pula menyatakan bahawa apa-apa notis yang ditinggal di atau diposkan atau dihantar dengan apa-apa cara yang munasabah ke alamat tersebut dianggap sebagai telah diserah kepada pegawai tersebut. [16] Di dalam kes ini surat tunjuk sebab di ekshibit HD1-4 telah dihantar kepada Pemohon ke alamat No. 1131, Kg Padang Salim, Bt 11, Jalan Bachok, Kota Bharu. Pemohon tidak pernah menafikan bahawa alamat yang digunakan ini bukan alamatnya. [17] Selain itu, penafian Pemohon bahawa dia tidak menerima surat tersebut adalah satu penafian kosong kerana alamat di mana surat tersebut dihantar ialah alamat di mana Pemohon bekerja dan alamat yang dikemukakan kepada Ketua Jabatannya. Oleh kerana Pemohon tidak ada membuat penukaran alamat kepada Ketua Jabatannya, maka alamat itu dianggap sebagai alamat sah Pemohon. 6 [18] Selanjutnya Responden menghujahkan bahawa Responden tiada tanggungjawab undang-undang untuk memastikan Pemohon telah menerima surat-surat tersebut. Oleh itu Pemohon tidak boleh menyatakan bahawa dia dinafikan keadilan prosedur sedangkan tiada wujudnya perlanggaran tanggungjawab oleh Responden. [19] Seterusnya berkenaan dengan hujahan Pemohon bahawa pemecatannya ialah dibuat tanpa mengikut prinsip undang-undang, Responden menghujahkan bahawa Responden telah mengikuti segala prosedur yang ditetapkan. Malahan Pemohon telah membuat representasi bagi menjawab pertuduhan ke atasnya dan tidak pernah sekalipun di dalam representasi tersebut, Pemohon menyatakan bahawa dia tidak faham tentang pertuduhan ke atasnya atau meminta penjelasan lanjut berkenaan dengan pertuduhan ke atasnya itu. [20] Tambahan dari itu, Pemohon telah mengaku bahawa pertuduhan ke atasnya dibuat kerana dia telah tidak hadir bertugas kerana dia dan keluarga bimbang tentang keselamatan mereka semua. Di dalam representasi tersebut juga dinyatakan bahawa dia mengaku dia melakukan kesalahan dan tidak hadir kerja. [21] Responden seterusnya menghujahkan bahawa hak untuk didengar bukanlah bermaksud hak untuk didengar secara lisan, namun bermaksud pegawai berkenaan diberi peluang yang penuh untuk menyatakan alasan dan pembelaannya. Di dalam kes ini, hak tersebut telah diberikan ketika mana Responden telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Pemohon dan meminta untuk Pemohon menjawab dalam masa 21 hari. 7 [22] Di dalam kes ini Pemohon telahpun diberi peluang untuk menjawab pertuduhan ke atasnya dan dia telahpun menjawab dengan menghantar surat representasi kepada Responden. Oleh itu keadilan prosedur (procedural fairness) telahpun diberikan kepada Pemohon. [23] Berkenaan dengan isu sama ada perbicaraan lisan (oral hearing) wajar diberikan, Responden menghujahkan bahawa berdasarkan peraturan di dalam PPPA, perbicaraan lisan hanya akan dibuat jika jawatankuasa siasatan ditubuh dan berdasarkan peraturan 37(5) Jawatankuasa Siasatan hanya akan ditubuhkan jika sesuatu kes memerlukan penjelasan lanjut. [24] Dalam kes ini, Jawatankuasa tersebut tidak diperlukan kerana pihak Responden tidak memerlukan penjelasan lanjut berkenaan dengan tindakan ke atas Pemohon. Maka isu mengenai peluang untuk Pemohon memberikan penjelasan lisan tidak pernah timbul. E. PRINSIP UNDANG-UNDANG MENGENAI SEMAKAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN PROSIDING DISIPLIN DI BAWAH PPPA 1993 [25] Di dalam kes GANESWARAN v SURUHANJAYA POLIS DIRAJA MALAYSIA & 1 lagi [2005] 3 CLJ 302 Mahkamah Rayuan memutuskan prosiding bahawa semakan undang-undang adalah berbeza dengan prosiding rayuan. Mahkamah Rayuan di muka surat 310 hingga 311 memutuskan sebegini:- 8 “Judicial review is not an appeal from a decision but a review of the manner in which the decision was made, and, therefore, the court is not entitled on an application for judicial review to consider whether the decision itself was fair and reasonable. Judicial review is concerned, not with the decision, but with the decision-making process. Unless the restriction on the power of the court is observed, the court will in my view under the guise of preventing the abuse of power, be itself guilty of usurping power.” [26] Hak-hak seseorang pegawai awam apabila dilantik ditentukan oleh undang-undang/statut ataupun Peraturan Pentadbiran yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti “Perintah Am/General Order”, seperti di dalam kes ini, Tun Suffian, HMP di dalam kes GOVERNMENT OF MALAYSIA vs ROSALIND OH LEE PEK INN [1973] 1 MLJ 222 di muka surat 224 berkata: “It is true that the origin of Government service is contractual. There is an offer and acceptance in every case. But once appointed to his post or office the Government servant acquires a status and his rights and obligations are no longer determined by consent of both parties, but by statute or statutory rules which may be framed and altered unilaterally by Government….. The hall-mark of status is the attachment to a legal relationship of rights and duties imposed by the public law and not by mere agreement of the parties.” 9 [27] Mahkamah Persekutuan di dalam kes LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM HOSPITAL BESAR PULAU PINANG & ANOR v PUTRA UTRA BADI K PERUMAL [2001] 2 CLJ 548 memutuskan bahawa “Perintah Am/General Order” telah digubal begitu cara dan adalah sejajar dengan prinsip “natural justice” dan “procedural fairness”, HMP Abdul Malek Ahmad memutuskan:- “Taking all the above into considerations, we are of the view that the General Orders, in detailing the procedures therein, have sufficiently complied with article 135(2) of the Federal Constitution and, in the process, are in accord with the concept of natural justice and procedural fairness.” F. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH INI [28] Di dalam kes ini Mahkamah berpendapat, undang-undang berkenaan dengan pemecatan pegawai awam adalah jelas sepertimana terkandung di dalam PPPA 1993. [29] Di dalam Peraturan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab Pemohon untuk memaklumkan kepada Ketua Jabatannya tentang alamat yang akan digunakannya bagi tujuan penyampaian notis dan apa-apa dokumen di bawah PPPA 1993. [30] Di dalam kes ini, Pemohon tidak pernah menafikan bahawa alamat yang tertera pada surat tunjuk sebab di eksibit “HD1-4” adalah alamat terakhirnya yang diberikan kepada Ketua Jabatannya. Oleh itu Mahkamah 10 ini berpendapat bahawa tindakan Ketua Jabatannya yang menghantar surat tunjuk sebab ke alamat tersebut bukanlah satu tindakan yang menyalahi prosedur. [31] Tambahan lagi jika dirujuk kepada Peraturan 52(2) PPPA 1993, adalah jelas menunjukkan bahawa notis di bawah PPPA boleh dihantar, ditinggal atau diposkan atau dihantar dengan apa-apa cara yang munasabah ke alamat tersebut dan ianya dianggap sebagai telah diserah kepada pegawai tersebut. [32] Mahkamah juga mendapati bahawa Pemohon tidak pernah membuat apa-apa pertukaran alamat dan memaklumkan kepada Ketua Jabatannya sekiranya alamatnya telah bertukar sedangkan ianya merupakan tanggungjawab Pemohon. Oleh itu, adalah tidak wajar bagi Pemohon untuk menyatakan surat tersebut tidak dihantar kepadanya sedangkan Pemohon yang tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk memaklumkan alamat baru kepada Ketua Jabatannya. [33] Kes Pemohon ialah mengenai Pemohon telah dibuang secara tidak adil atas sebab kononnya kerana tidak mendapat peluang untuk membela dirinya. Namun Mahkamah ini merasakan Responden telah menjawab dengan memuaskan berkenaan dengan isu ini. Mahkamah bersetuju bahawa Pemohon telah diberikan peluang yang sewajarnya di dalam kes ini. Semasa surat tunjuk sebab dihantar kepada Pemohon, Pemohon mempunyai masa 21 hari untuk menjawabnya. Responden 1 di dalam Afidavit Jawapannya menyatakan: “Pemohon telah diberi peluang untuk membela diri mengikut Peraturan 36(1) PPPA 1993 yang memerlukan 11 Pemohon mengemukakan representasi bertulis dalam masa 21 hari.” Ini menunjukkan Pemohon telah diberi ruang dan peluang untuk membela dirinya. [34] Malahan, Pemohon sendiri telah pun menjawab surat tunjuk sebab berkenaan dan di dalam representasinya bersetuju bahawa tindakan ke atasnya ialah kerana kegagalannya untuk hadir bertugas. Malahan Pemohon mengaku bahawa Pemohon tidak hadir bertugas di dalam representasinya. Ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa Pemohon sendiri sememangnya sedar dan telah faham dengan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Apatah lagi mengikut Afidavit Jawapan Responden 1 “pertuduhan yang dikenakan kepada Pemohon adalah jelas, mudah difahami dan boleh dijawab secara bertulis”. [35] Selanjutnya Mahkamah berpuashati bahawa dengan membuat representasi terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan itu, ianya dengan sendirinya menunjukkan bahawa Pemohon sememangnya telah diberi ruang dan peluang untuk menjawab pertuduhan ke atasnya. Maka tidak timbul bahawa Pemohon tidak diberi peluang untuk membela dirinya. [36] Pihak Responden selanjutnya telah meneliti representasi Pemohon. Mahkamah mendapati bahawa pihak Responden telah membuat penelitian secara adil dan saksama. Responden 1, di dalam Afidavit Jawapannya menyatakan:- “i. Keputusan hanya dibuat oleh Responden Pertama setelah meneliti dan mempertimbangkan surat pertuduhan, surat 12 representasi Pemohon beserta fakta-fakta, dapatan dan hukuman dikenakan terhadap Pemohonn seperti yang dinyatakan di dalam surat bertarikh 5.8.2013; j. tiada keraguan yang wujud berhubung dengan kesahihan dan kebenaran pertuduhan tersebut.” [37] Di dalam penelitian Responden Pertama, Responden Pertama telah mendapati bahawa segala alegasi yang dibuat oleh Pemohon melalui surat representasi Pemohon tidak disokong oleh bukti dan Pertuduhan terhadap Pemohon gagal disangkal oleh Pemohon. [38] Ke arah itu, Responden Pertama di dalam Afidavit Jawapannya mengikrarkan seperti berikut:- “k. Setelah meneliti dan mempertimbangkan laporan tatakelakuan Pemohon, pertuduhan yang dikenakan, surat representasi Pemohon dan pengakuan Pemohon di dalam surat bertarikh 1.11.2015 secara teliti dan saksama, Responden Pertama yang dipengerusikan oleh saya mendapati bahawa respresentasi Pemohon secara keseluruhannya gagal membebaskan diri Pemohon dari pertuduhan dan oleh yang demikian, Responden Pertama memutuskan untuk menjatuhkan hukuman buang kerja dan melucutkan hak emolument bagi tempoh tidak hadir 13 bertugas terhadap Pemohon bagi pertuduhan seperti di dalam surat pertuduhan berkenaan. l. Tatacara tindakan tatatertib ini dibuat mengikut peruntukan dalam PPPA 1993, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang relevan yang lain.” [39] Mahkamah juga berpuashati bahawa pihak Responden 1 tidak terburu-buru di dalam membuat tindakan terhadap Pemohon kerana pihak Responden telah membuat siasatan terlebih dahulu. Responden 1 di dalam Afidavit Jawapannya mengikrarkan:- “m. tempoh masa yang panjang diperlukan memandangkan siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu untuk mendapatkan asas yang kukuh dan bukan membuat tuduhan palsu sebelum tindakan tatatertib dimulakan terhadap Pemohon.” [40] Isu seterusnya ialah Pemohon mempertikaikan bahawa Pemohon tidak diberi peluang pendengaran lisan. Mahkamah memutuskan bahawa berdasarkan kepada Peraturan 37 (5) PPPA, prosedur adalah jelas iaitu pendengaran lisan hanya akan dibuat jika Jawatankuasa Siasatan ditubuhkan dan Jawatankuasa Siasatan hanya akan ditubuhkan jika sekiranya Responden berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Pemohon. Di dalam kes ini Responden memutuskan bahawa tiada keperluan untuk menubuhkannya. 14 [41] Mahkamah kini merujuk kepada kes Public Service Commision Malaysia & Anor v Vickneswary A/P RM Santhivelu [2008] 6 CLJ 573 yang dirujuk oleh Responden. Mahkamah Persekutuan di dalam kes tersebut telah menjelaskan bahawa ianya adalah budibicara pihak Jawatankuasa Disiplin untuk menubuhkan Jawatankuasa Siasatan sekiranya Jawatankuasa Disiplin berpandangan surat penjelasan dari pegawai tidak memberi penjelasan terhadap pertuduhannya. Mahkamah juga dalam kes tersebut menyatakan bahawa ianya terpulang kepada Jawatankuasa Disiplin dan bukan Mahkamah yang perlu memutuskan sama ada Jawatan kuasa Siasatan diperlukan atau tidak. [42] Justeru itu, berdasarkan otoriti di atas, Mahkamah ini berpendapat sekira Responden di dalam kes ini tidak berniat untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan maka mahkamah ini tidak wajar untuk campurtangan dan mengarah sebaliknya. [43] Di dalam kes ini, prosiding terhadap pemohon berhenti setakat surat penjelasan Pemohon dibuat sahaja. Ianya tidak berlanjutan sehingga ke peringkat Jawatankuasa Siasatan. Maka isu pendengaran lisan adalah tidak timbul kerana ianya tidak diperlukan dan tidak diwajibkan. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa setakat prosiding diambil ke atas Pemohon, pihak Responden telah pun memenuhi segala kehendak-kehendak yang ditetapkan di dalam Peraturan 1993 tersebut. [44] Mahkamah ini turut merujuk kepada kes Ghazi b Sawi v Mohd Haniff Omar [1994] 2 CLJ 333 di mana di dalam kes berkenaan, Mahkamah Agong telah memutuskan bahawa hak untuk didengar bukanlah bermaksud hak untuk didengar secara lisan (right to oral hearing) 15 namun bermaksud hak untuk diberikan peluang yang penuh untuk menyatakan kesnya. [45] Di dalam kes di hadapan Mahkamah sekarang, Mahkamah memutuskan bahawa tindakan Responden yang memberikan peluang kepada Pemohon untuk menjawab dalam tempoh 21 hari dari tarikh surat tunjuk sebab diterima dan juga representasi bertulis yang dibuat oleh Pemohon kepada Responden menunjukkan bahawa Pemohon telah diberi ruang dan peluang sewajarnya untuk membela dirinya dan Responden juga mempunyai peluang untuk meneliti kes Pemohon sebelum membuat keputusan membuangnya dan melucutkan hak emolumennya pada 25/7/2016. [46] Di atas dapatan ini yang diasaskan dari antara lain, Afidavit-Afidavit Jawapan Responden dan Afidavit Pemohon, serta hujah kedua-dua pihak, Mahkamah ini memutuskan bahawa Pemohon sememangnya telah diberikan ruang untuk didengar dan pembelaanya juga telah diambil kira sepenuhnya dengan seadil dan saksamanya oleh Responden sebelum Responden membuat keputusan ini. Oleh itu tidak timbul langsung isu bahawa hak Pemohon telah dinafikan oleh Responden. [47] Untuk melengkapkan Alasan Penghakiman ini, Mahkamah dirujuk oleh pihak Pemohon satu otoriti iaitu Asyriyah Bt Sairy vs Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (2009) 4 CLJ 204. Di dalam kes tersebut, satu prosiding tatatertib dikenakan terhadap Pemohon di atas sebab tidak hadir kerja. Pemohon telah memohon untuk pendengaran lanjut secara oral setelah Representasi secara bertulis dikemukakan. Jawatankuasa tidak membenarkan permohonan tersebut. Rayuan dibuat kepada 16 Mahkamah dan Mahkamah membenarkan permohonan Pemohon dengan alasan bahawa dakwaan tekanan-tekanan yang serius yang dialami Pemohon adalah amat relevan yang mewajarkan satu inquiry dan pendengaran lanjut secara lisan dibenarkan. Mahkamah berpendapat fakta kes di hadapan Mahkamah sekarang adalah amat berbeza dengan kes Asyriyah ini. Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, fakta kes adalah “straight forward” dan tambahan pula pembelaan Pemohon tidak disokong dengan bukti-bukti relevan dan malahan Pemohon mengakui bahawa Pemohon memang tidak hadir bertugas. F. KESIMPULAN [48] Di atas alasan-alasan di atas, Mahkamah ini memutuskan, pihak Pemohon telah gagal untuk membuktikan tuntutannya dan berpandangan bahawa Responden telah bertindak mengikut prosedur-prosedur dan undang-undang yang betul. Di dalam ertikata yang lain, Mahkamah berpendapat bahawa tidak terdapat apa-apa “procedural unfairness” dan apa-apa “breach of natural justice” di dalam kes ini. Oleh hal yang demikian, adalah tidak wajar untuk Mahkamah ini mengganggu keputusan yang dibuat oleh Responden. Oleh itu permohonan Semakan ini ditolak dengan kos sebanyak RM4,000.00. Tarikh: 26 April 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu 17 Pihak-Pihak: Peguamcara Pemohon …. Shaharuddin Bin Mohamed Mohd Marwaliz bin Mahmud Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz, Peguambela & Peguamcara, 5578-E, Lot 347, Tingkat Satu, Wisma SHM, Seksyen 23, Taman Desa Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan. Peguamcara Responden ….. SFC Maisarah Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Guaman, No. 45 Persiaran Perdana, Presint 4, 62512 Putrajaya. 18
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.