Terkilan dengan keputusan tersebut, pada 7 September 2023, perayu telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman. Kronologi Prosiding Di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Jun 2023: Di dalam Mahkamah Terbuka Jenayah 5. Dihadapan YA Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Wendy Ooi Su Ghee Pendakwaan: Tuan Mohamad Firdaous bin Mohamed Idris mob Puan Mary Phoon Keat Mee Peguambela: Puan Yoges a/p M Verasuntharam Tertuduh hadir Jurubahasa Benggali hadir Mahkamah: Kes ditetapkan untuk sambung bicara TPR Puan Mary cuti sakit, mohon tarikh baru sambung bicara ditetapkan. Mahkamah: Tarikh sambung bicara baru ditetapkan pada 4-7 September 2023 4 September 2023: Di dalam Mahkamah Terbuka Jenayah 5. Dihadapan YA Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Wendy Ooi Su Ghee Pendakwaan: Puan Mary Phoon Keat Mee Peguambela: Puan Yoges a/p M Verasuntharam Tertuduh hadir Jurubahasa Bangladesh hadir, Encik Md Atiullah Mahkamah: Kes ditetapkan untuk sambung bicara. Status: Kes ditetapkan untuk sambung bicara pada hari ini, namun demikian saya dimaklumkan terdapat sedikit perkembangan daripada pihak pembelaan. PB: Yang Arif, sebelum menyatakan ianya satu perkembangan Yang Arif, saya baru menjelaskan tentang status pindaan kepada undang-undang dimana hukuman gantung bukanlah mandatori bagi seksyen 302 dan telah memberitahu tentang pilihan yang ada dalam hukuman tersebut bagi kesalahan tersebut Yang Arif dan anak guam meminta masa untuk memikirkan untuk membuat pertimbangan terhadap pilihan hukuman yang disediakan dibawah peruntukan undang-undang tersebut Yang Arif. Oleh itu saya dengan rendah diri memohon agar kes pada hari ini ditangguhkan pada hari esok Yang Arif. Tiada bantahan Mahkamah: Kes ditanguhkan ke esok 5 September 2023 jam 9.00 pagi. 5 September 2023: Di dalam Mahkamah Terbuka Jenayah 5. Di hadapan YA Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Wendy Ooi Su Ghee Pendakwaan: Puan Mary Phoon Keat Mee Peguambela: Puan Yoges a/p M Verasuntharam Tertuduh hadir Jurubahasa Bangladesh hadir, Encik Md Atiullah Mahkamah: Kes ditetapkan untuk sambung bicara Kes ditetapkan untuk sambung bicara pada hari ini dan saya dimaklumkan terdapat perkembangan daripada rakan bijaksana saya. PB: Benar Yang Arif terdapat perkembangan baru di dalam kes ini, saya mohon pertuduhan dibacakan semula kepada Tertuduh Yang Arif. Mahkamah: Ya Untuk pertuduhan saya telah membuat pindaan secara tulis terhadap hukuman sahaja dan saya mohon pertuduhan tersebut dibacakan kepada Tertuduh. JB: OKT faham pertuduhan, mengaku salah dan faham sifat akibat Pohon kes ditangguh ke esok untuk jatuh hukum dan pengataan fakta Yang Arif. Mahkamah: Kes ditangguhkan ke hari esok 6 September 2023 untuk fakta dan hukuman. 6 September 2023 Di dalam Mahkamah Terbuka Jenayah 5. Di hadapan YA Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Wendy Ooi Su Ghee Pendakwaan: Puan Mary Phoon Keat Mee Peguambela: Puan Yoges a/p M Verasuntharam Tertuduh hadir Jurubahasa Bangladesh hadir, Encik Md Atiullah Mahkamah: Kes ditetapkan untuk sambung bicara. Kemukakan pertuduhan pindaan dan mohon dibacakan kepada Tertuduh dan mohon ditanda sebagai ekshibit. "Bahawa kamu pada 1/4/2019 jam lebih kurang 11.21 pagi bertempat di lot parking, No.34, Jalan BK 2/7, Bandar Kinrara, Puchong, dalam Daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang lelaki warganegara Bangladesh yang bernama Shahinur Rahman (No.Pasport: BE0182339), dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Hukuman: Hendaklah dihukum gantung mati atau penjara selama tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum gantung mati, juga hendaklah dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan" Pertuduhan pindaan dibacakan kepada Tertuduh oleh Jurubahasa Tertuduh faham pertuduhan dan mengaku salah atas pertuduhan pindaan Pertuduhan pindaan ditanda sebagai B1 Kemukakan fakta kes, mohon dibacakan kepada Tertuduh dan mohon ditanda sebagai ekshibit. Fakta kes dibacakan kepada Tertuduh oleh Jurubahasa. Tertuduh faham fakta kes, diakui benar oleh Tertuduh. Fakta kes ditanda sebagai P8 Kemukakan eksibit-eksibit dokumen dan barang-barang kes. Itu sahaja Yang Arif Barang kes diakui benar oleh Tertuduh Mahkamah: Memandangkan Tertuduh telah mengaku salah terhadap pertuduhan pindaan yang dibacakan kepada beliau dan Tertuduh mengakui sifat dan akibat pengakuan salah, serta mengakui fakta kes dan barang kes yang telah ditunjukkan, Tertuduh dengan ini disabitkan dengan pertuduhan pindaan. Mahkamah: Mitigasi pihak-pihak. Mitigasi oleh peguambela. Hujahan pemberatan oleh pendakwa raya. Mitigasi balas oleh peguambela. Keputusan Oleh Mahkamah: Setelah mendengar penghujahan pihak-pihak, mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas Tertuduh dari tarikh tangkap (2/4/2019) dan 12 sebatan. Barang-barang kes diserahkan kembali kepada pihak polis untuk simpanan selamat sehingga tamat tempoh rayuan. (Sila lihat Nota Keterangan di Kandungan 7 Rekod Rayuan Jilid 2 di m/s 49 sehingga 60) Fakta Kes (Ekshibit P9)