Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: AJ-83-65-03/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
AJ-83-65-03/2024
Magistrates Court of Malaysia14 Jul 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“amad Radhi Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169 telah memutuskan seperti berikut: “... To earn an acquittal at the close of the case for prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutt”
“soalan utama ialah sama ada cara pemanduan OKT telah jatuh di bawah standard seorang pemandu yang kompeten sehingga mewujudkan bahaya kepada pengguna jalan raya. [68] Merujuk kes PP v. Low Yong Ping [1961] CLJU 91; [1961] 1 LNS 91; [1961] 1 MLJ 306 yang menyatakan seperti berikut: I will conclude by saying that it is i”
“ult here involves a failure; a falling below the care and skill of a competent and experienced driver in relation to the manner of driving and the relevant circumstances. [26] In PP v. Low Yong Ping [1961] MLJ 306 at p. 307, Ong J held that leaving one’s own proper side of the road and getting into the path of an oncom”
“LJ 457; PP v. Low Yong Ping [1961] CLJU 91; [1961] 1 LNS 91; [1961] 1 MLJ 306; PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864; PP v. Ong Kia Chan [2006] 7 MLJ 230; PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115; [1971] 2 MLJ 16; PP v. Tang Chin Tart [2021] MLJU 773; PP v. Wan Khairil Wan Isa [200”
“yai sebarang rekod jenayah lampau. [91] Dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini telah merujuk kepada dan dipandu oleh kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864 yang memutuskan seperti berikut: [5] It is well established that there are a number of”
“yang dijangka ada di jalan itu. [14] Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan pemanduan secara berbahaya? Bagi menjawab isu ini, Mahkamah ini telah merujuk kes Ng Beng Kok v. PP [2017] 7 CLJ 157; [2017] MLJU 321 yang mana Mahkamah Rayuan telah menjelaskan isu ini seperti berikut: [25] Over the years our courts have”
“erial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 [15] Pemanduan secara merbahaya juga telah dijelaskan dalam kes Rahimahani Kamal Abd Nasir v Pendakwa Raya [2018] MLJU 437 yang menyatakan seperti berikut: [11] Pemanduan secara berbahaya tidak didefinisikan di bawah APJ. Oleh it”
“di Mahkamah. [76] Percanggahan tersebut bukan menyentuh perkara remeh tetapi melibatkan fakta asas bagaimana kemalangan berlaku. [77] Berdasarkan prinsip yang dihuraikan dalam PP v. Tang Chin Tart [2021] MLJU 773 serta keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan yang dirujuk di dalamnya, percanggahan mengenai fakta materi”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: AJ-83-65-03/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Mahkamah menegaskan bahawa kes pada peringkat awalnya telah didengar oleh Majistret terdahulu sebelum disambung di hadapan Mahkamah ini.
2
Sehubungan itu, Mahkamah ini telah meneliti secara menyeluruh keseluruhan rakaman perbicaraan, minit prosiding terdahulu serta semua eksibit yang telah dikemukakan.
3
Setelah penelitian rapi dibuat, Mahkamah ini berpuas hati bahawa kesinambungan pendengaran kes ini adalah terpelihara dan Mahkamah ini meneruskan prosiding seolah-olah kes ini didengar sepenuhnya dari awal di hadapan Mahkamah ini sendiri.
4
Dalam kes ini, OKT telah dipertuduhkan dengan pertuduhan seperti berikut: Pertuduhan “Bahawa kamu pada 2/11/2023 jam lebih kurang 1805hrs di KM 102 Jalan Ipoh-Butterworth dalam daerah Kerian dalam negeri Perak sebagai pemandu motokar No Pendaftaran PFW 9216 jenis Toyota Corolla telah memandu dengan cara yang berbahaya kepada orang awam iaitu telah memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal ALW 2348 jenis Yamaha 135LC sehingga menyebabkan kematian kepada Zainal Abidin Bin Amir Hamzah (No K/P: 720516-08-6649) telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 41(1) APJ 1987 dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama”
5
Seramai 7 orang saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan dan secara ringkasnya, keterangan yang dikemukakan adalah seperti berikut; a) pada 2/11/2023 jam lebih kurang 6.05 petang, OKT telah memandu kenderaan motokar No. Pendaftaran: PFW 9216 jenis Toyota Corolla; b) manakala Zainal Abidin Bin Amir Hamzah, No. KP: 720516- 08-6649 (selepas ini dirujuk sebagai “Si Mati”) telah memandu motosikal No. Pendaftaran: ALW 2348 jenis Yamaha 135 LC; c) pada ketika itu, motokar OKT bergerak dari arah Bagan Serai menuju ke Taman Gedong Indah, Sungai Gedong. Sesampainya di KM 102 Jalan Ipoh-Butterworth, Kerian, Perak (selepas ini dirujuk sebagai tempat kejadian) yang dipandu secara laju dan merbahaya telah memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan pertembungan dan pelanggaran ke atas motosikal Si Mati; d) motokar OKT dan motosikal Si Mati kemudiannya telah terbabas ke dalam parit. Akibat kemalangan tersebut Si Mati telah meninggal dunia di tempat kejadian; dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 e) mayat Si Mati kemudiannya telah dihantar ke Hospital Parit Buntar, Perak untuk proses bedah siasat. Hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati punca kematian adalah “servere head injury secondary to road traffic collison”.
6
Tugas utama Mahkamah ini di akhir kes pendakwaan telah diperuntukkan dalam seksyen 173(f)(i) dan seksyen 173(h)(iii) KTJ
7
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 KTJ. Pada peringkat ini, Mahkamah haruslah menentukan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas OKT melalui keterangan yang boleh dipercayai (credible evidence).
8
Mahkamah ini berpandukan kepada dua kes utama berkaitan prima facie iaitu kes kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah ini sedar jika terdapat lebih dari satu 5 inferens yang boleh dibuat, maka Mahkamah ini perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada OKT.
9
Berpandukan kepada kes PP v. Wan Khairil Wan Isa [2007] 9 CLJ 557; [2007] 6 MLJ 601 Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: “The essential ingredients then of the offence created under s 41(1) of the Act are:
a
a person who;
b
by driving a motor vehicle recklessly; or
c
by driving a motor vehicle at a speed; or
d
by driving a motor vehicle in a manner which, having regard to the circumstances (including the nature, condition and size of the road and the amount of traffic which is or might be expected to be on the road) is dangerous to the public;
e
causes the death of a person.” [penekanan ditambah] [10] Mahkamah ini mendapati elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah seperti berikut: a) OKT telah memandu motokar No. Pendaftaran: PFW 9216 jenis Toyota Corolla semasa kemalangan berlaku; b) OKT telah memandu motokar itu dengan cara, yang mana setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis keadaan, saiz jalan dan kesesakan lalulintas yang dijangka ada di jalan itu, berbahaya kepada orang awam; dan c) kemalangan tersebut mengakibatkan kematian Si Mati. Analisis dan dapatan Mahkamah di akhir kes pendakwaan a) OKT telah memandu motokar No Pendaftaran: PFW 9216 jenis Toyota Corolla semasa kemalangan berlaku. [11] Bagi elemen yang pertama, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada sebarang pertikaian oleh pihak-pihak berkenaan identiti OKT yang memandu motokar No. Pendaftaran: PFW 9216 jenis Toyota Corolla semasa kemalangan berlaku. Ini disokong oleh keterangan dan siasatan oleh SP7, Trafik Kerian Report: 3351/23 (P12) dan Trafik Kerian Report: 3356/23 (P13). [12] Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama kesalahan ini. b) OKT telah memandu motokar itu dengan cara, yang mana setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis keadaan, saiz jalan dan kesesakan lalulintas yang dijangka ada di jalan itu, berbahaya kepada orang awam. [13] Bagi elemen kedua yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan di bawah kesalahan ini menyentuh isu pemanduan secara berbahaya setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis keadaan, saiz jalan dan kesesakan lalu lintas yang dijangka ada di jalan itu. [14] Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan pemanduan secara berbahaya? Bagi menjawab isu ini, Mahkamah ini telah merujuk kes Ng Beng Kok v. PP [2017] 7 CLJ 157; [2017] MLJU 321 yang mana Mahkamah Rayuan telah menjelaskan isu ini seperti berikut: [25] Over the years our courts have considered what can be categorised as “dangerous driving”. Raja Azlan Shah J (as His Majesty then was) had the occasion to consider what constitutes “dangerous driving” in Ramiah v. PP [1972] 2 MLJ
258
Therein the accused was charged under s. 34A(1) of the Road Traffic ordinance 1958 (the predecessor of s. 41(1) of the RTA 1987). It was held that in proving that there was “dangerous driving”, it must be shown that:
i
there must be a situation created by the accused which, viewed objectively, is dangerous;
II
(ii) that when creating such a situation the accused was at fault. Fault here involves a failure; a falling below the care and skill of a competent and experienced driver in relation to the manner of driving and the relevant circumstances. [26] In PP v. Low Yong Ping [1961] MLJ 306 at p. 307, Ong J held that leaving one’s own proper side of the road and getting into the path of an oncoming vehicle is considered an act which has potentially fatal consequences and it definitely falls within the definition of “dangerous driving”. … [31] It appears to us from the decisions of the above cases that the important consideration in determining whether an accused was driving “dangerously” are as follows:
i
the test to be applied is an “objective” one and not “subjective”. Therefore, the opinions of the accused whether he was driving dangerously is immaterial;
II
(ii) the ‘test’ to be applied is whether an ordinary or reasonable person would have thought that the defendant was driving dangerously having regard to all the circumstances of the case including the nature, condition and use of the road, and the amount of traffic which is actually at the time, or which might reasonably be expected to be, on the road in question;
III
(iii) driving dangerously may involve speeding or reckless driving;
IV
(iv) the danger caused by the driving to the public may be either real or potential;
v
to drive dangerously must involve some ‘fault’ on the part of the defendant which caused the dangerous situation;
VI
(vi) that 'fault' of the defendant does not need to involve either: [i] deliberate conduct or [ii] intentionally driving dangerously; and
VII
(vii) ‘Fault’ involves a failure, a falling below the care or skill of a competent experienced driver, in relation to the manner of the driving and to the relevant circumstances of the case. [32] Section 41(1), 3rd limb of the RTA, inter alia, speaks of the manner of driving which is dangerous to the public. The manner of driving encompasses all matters connected with the management of the car by a driver when it was being driven. In our view, the speed of the appellant’s motor vehicle is a relevant circumstance to the issue whether he was driving dangerously. If one speeds in an area where there are school children or on a narrow busy road surely that could amount to “dangerous manner of driving” which create a serious risk of causing physical injury to some other person who might happened to be using the road, or doing substantial damage to property. … [37] There is no legal definition of driving which is dangerous to the public. The plain question in proving an offence under the third limb of s. 41(1) of the RTA is simply this: Was the appellant driving a motor vehicle on a road dangerously, ie, dangerous towards other persons who might reasonably be expected to be on or near the road having regard to all circumstances (including the nature, condition and size of the road, and the amount of traffic which or might be expected to be on the road). And, if he was, did he thereby cause the death of another person. Therefore, premised on the above, the circumstances that constitute dangerous driving is fairly wide. Taken cumulatively, it involves the manner of driving (which includes, recklessness and speeding) which create a dangerous situation to the public, ie, which may cause a serious risk of causing physical injury to some other person who may happen to be using the road, or doing substantial damage to property. [penekanan ditambah] [15] Pemanduan secara merbahaya juga telah dijelaskan dalam kes Rahimahani Kamal Abd Nasir v Pendakwa Raya [2018] MLJU 437 yang menyatakan seperti berikut: [11] Pemanduan secara berbahaya tidak didefinisikan di bawah APJ. Oleh itu Mahkamah yang akan menentukan sama ada Tertuduh memandu secara bahaya atau tidak berdasarkan kepada fakta dan keadaan sesuatu kes, PP v. Low Yong Ping [1969] 1 MLJ 306. Mahkamah perlu melihat sama ada tindakan dan cara pemanduan Tertuduh jika dilihat secara objektif akan menyebabkan bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain dengan mengambil kira situasi dan keadaan jalan pada masa itu di tempat kejadian dan Tertuduh yang bertanggungjawab terhadap situasi yang membahayakan tersebut, PP v. Ong Kia Chan [2006] 7 MLJ 230 dan menyebabkan kematian orang lain PP v. Teo Lian Seng [1996] 1 SLR 19. [penekanan ditambah] [16] Bagi membuktikan elemen ini, Mahkamah ini perlu diyakinkan bahawa pemanduan OKT telah mengambil kira keadaan jalan raya dan cara pemanduan adalah berbahaya kepada orang awam. [17] Mahkamah ini mendapati tempat kejadian merupakan jalan bertar, lurus, 2 lorong sama arah, terdapat garis kuning melintang dari arah Bagan Serai ke Semanggol dan terdapat garis putih berkembar sebagai pemisah arah. [18] Mahkamah ini juga mendapati gambaran cara pemanduan OKT telah dibuktikan melalui saksi mata iaitu SP2 di mana semasa kejadian melihat motokar OKT melalui cermin pandang belakang memotong kenderaan lain secara zig zag sehingga masuk ke laluan bertentangan. [19] Pada ketika itu, SP2 memandu motokar beliau jenis Alza dengan No. Pendaftaran: AJT4802 dan berada di jalan kiri sekali. SP2 telah nampak motokar OKT telah memotong secara laju dan mendadak dengan jarak lebih kurang 10 meter secara zig zag. [20] Melalui keterangan SP2, Mahkamah ini mendapati aliran trafik pada ketika itu banyak kenderaan dan keadaan cuaca redup serta jalan basah. [21] Mahkamah ini juga mendapati melalui keterangan SP6 yang berpengalaman dalam menjalankan pemeriksaan kenderaan bagi kes kemalangan mengesahkan motokar dipandu sangat laju bergerak melawan arus dan mengakibatkan pelanggaran berlaku dengan motosikal sehingga terbabas ke dalam parit di tempat kejadian. [22] Mahkamah ini juga mengambil kira situasi dan had laju pemanduan di lokasi tempat kejadian ditetapkan iaitu 30 km/jam memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan sekolah melalui keterangan SP7. [23] Mahkamah ini berpuashati melalui keterangan SP2, pemanduan OKT telah mewujudkan satu keadaan berbahaya yang bukan sahaja kepada Si Mati bahkan kepada pengguna jalan raya yang lain. [24] Pihak pembelaan menghujahkan semasa kejadian, OKT cuba mengelak dari sebuah kenderaan motosikal yang keluar secara tiba-tiba dari arah sebelah paling kiri jalan menghala dari Bagan Serai ke Semanggol sehingga menyebabkan OKT terkejut dan hilang kawalan pemanduan masuk ke laluan bertentangan dan mengakibatkan kemalangan berlaku. [25] Namun Mahkamah ini mendapati sepatutnya OKT perlulah mengendalikan motokarnya dengan cara pemanduan yang cekap dan berpengalaman mengambil kira keseluruhan keadaan dan persekitaran jalan raya pada ketika itu yang mana keadaan aliran trafik yang banyak kenderaan, had laju yang ditetapkan adalah 30 km/ jam (kawasan sekolah), keadaan cuaca redup dan jalan yang basah. [26] Mahkamah ini mendapati tindakan OKT yang memasuki laluan motosikal Si Mati jelas merupakan satu pemanduan yang berbahaya. Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati elemen kedua bagi kesalahan ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. c) Kemalangan tersebut mengakibatkan kematian si mati [27] Bagi elemen ketiga, Mahkamah ini mendapati ianya telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan melalui keterangan SP4. [28] SP4 mengesahkan kematian Si Mati diakibatkan adalah “severe head injury secondary to road traffic collision”. Merujuk laporan post mortem (P6), Si Mati meninggal sejurus selepas kemalangan berlaku pada 2/11/2023 jam 6.30 petang. [29] Mahkamah ini mendapati kecederaan maut Si Mati adalah selari dengan siasatan dan keterangan-keterangan saksi pendakwaan yang mana pemanduan OKT secara merbahaya tersebut menyebabkan kematian kepada Si Mati. Pertuduhan defektif dan memperjudiskan OKT [30] Pihak pembelaan menimbulkan isu berkait pertuduhan yang defektif dan memperjudiskan kepada OKT berkait tempat kejadian. Merujuk kepada Pertuduhan, kemalangan berlaku di “…KM 102 Jalan Ipoh-Butterworth….”. Namun pembelaan menghujahkan kemalangan berlaku dari arah “Butterworth-Ipoh”. Oleh yang demikian, Pertuduhan ini adalah cacat dan tidak boleh diperbaiki di bawah seksyen 422 KTJ serta memudaratkan kes pendakwaan. [31] Bagi isu ini, Mahkamah ini menselusuri keterangan SP7 yang telah membuat siasatan secara terperinci berkait kemalangan ini. Jelas SP7 menegaskan lokasi tempat kemalangan berlaku adalah di jalan Ipoh-Butterworth iaitu laluan Semanggol ke Bagan Serai. Ini disokong oleh Rajah Kasar Tempat Kejadian (P2). [32] Selain itu, kesemua saksi pendakwaan juga telah mengesahkan dan mengecam lokasi kemalangan melalui gambar tempat kejadian (P3 (A-F)) tersebut. Siasatan yang dilakukan oleh SP7 adalah selari dengan keterangan saksi-saksi yang mana OKT telah memandu secara merbahaya dan masuk ke laluan bertentangan iaitu di jalan Ipoh-Butterworth mengakibatkan perlanggaran dengan motosikal Si Mati. Oleh yang demikian, Pertuduhan yang dikenakan keatas OKT adalah tidak cacat berkait lokasi tempat kejadian kemalangan berlaku. Rumusan di akhir kes pendakwaan [33] Berdasarkan penilaian maksimum keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa ketiga-tiga elemen diatas telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan di tahap prima facie bagi pertuduhan yang dikenakan keatas beliau. Oleh yang demikian, OKT telah diperintahkan untuk membeladiri bagi pertuduhan tersebut. Kes Pembelaan [34] Semasa peringkat pembelaan, hanya OKT sahaja yang memberi keterangan dan telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi. [35]
Preamble
Menurut versi pembelaan, pada hari kejadian, OKT sedang memandu sebuah motokar jenis Toyota Corolla bernombor pendaftaran: PFW 9216 dalam perjalanan pulang dari Bagan Serai menuju ke rumahnya di Sungai Gedong, Taiping. Turut berada di dalam kenderaan tersebut ialah isteri OKT yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan. [36] OKT menafikan bahawa beliau memandu secara berbahaya pada ketika kejadian. Sebaliknya, menurut OKT, kemalangan tersebut berlaku apabila beliau terpaksa mengelak sebuah motosikal yang didakwa keluar secara tiba-tiba dari satu simpang di sebelah kiri jalan. OKT mendakwa tindakan mengelak motosikal tersebut telah menyebabkan kemalangan yang menjadi subjek pertuduhan ini. [37]
Preamble
Menurut OKT, tindakan mengelak tersebut menyebabkan motokarnya hilang kawalan akibat keadaan jalan yang basah sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal Si Mati. [38] OKT turut menegaskan bahawa ketika menghampiri lokasi kejadian beliau hanya memandu sekitar 30 km/jam memandangkan kawasan tersebut berhampiran sekolah, mempunyai bonggol jalan dan garisan berkembar. [39] Di samping itu, pembelaan turut mempertikaikan lokasi kejadian sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan serta berhujah bahawa tindakan memotong kenderaan sebelum kejadian bukanlah suatu bentuk pemanduan berbahaya di sisi undang-undang. Beban pembuktian di akhir kes pembelaan [40] Setelah OKT dipanggil membela diri, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian semula terhadap keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan. Penilaian tersebut tidak boleh dibuat secara berasingan antara kes pendakwaan dan kes pembelaan, sebaliknya hendaklah dinilai sebagai satu keseluruhan. [41] Tugas pihak pembelaan di akhir kes pembelaan adalah untuk menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. [42] Mahkamah Agung dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169 telah memutuskan seperti berikut: “... To earn an acquittal at the close of the case for prosecution under s. 173(f) or s. 180 of the Criminal Procedure Code, the court must be satisfied that no case against the accused has been made out which if unrebutted would warrant his conviction (Munusamy v. PP). If the defence is called, the duty of the accused is only to case a reasonable doubt in the prosecution case. He is not required to prove his innocence beyond reasonable doubt.” [penekanan ditambah] [43] Maksud keraguan munasabah pula dihuraikan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115; [1971] 2 MLJ 16: “... The following definition of ‘reasonable doubt’ is often quoted, it is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge. It has again been said that ‘reasonable doubt’ is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there.” [penekanan ditambah] [44] Mahkamah Rayuan dalam kes Sabarudin Non v. PP & Other Appeals [2005] 1 CLJ 466; [2005] 4 MLJ 37 memutuskan bahawa: “... As to what is meant by ‘reasonable doubt’ we would refer to Underbill’s treatise on The Law of Criminal Evidence (5th Ed, vol 1, at p 34) where the learned author states as follows: The doubt to be reasonable must be such a one as an honest, sensible and fair-minded man might, with reason, entertain consistent with a conscientious desire to ascertain the truth. An honestly entertained doubt of guilt is a reasonable doubt. A vague conjecture or an inference of the possibility of the innocence of the accused is not a reasonable doubt. A reasonable doubt is one which arises from a consideration of all the evidence in a fair and reasonable way. There must be a candid consideration of all the evidence and if, after this candid consideration is had by the jurors, there remains in their minds a conviction of the guilt of the accused, then there is no room for a reasonable doubt.” [penekanan ditambah] [45] Oleh itu, keputusan Mahkamah ini di akhir kes pembelaan bukanlah berdasarkan kepada sama ada pembelaan berjaya membuktikan sesuatu fakta tertentu, tetapi sama ada pembelaan tersebut berjaya menimbulkan suatu keraguan munasabah terhadap keseluruhan kes pendakwaan Analisis dan dapatan Mahkamah di akhir kes pembelaan Sama ada pembelaan OKT bahawa beliau memasuki laluan bertentangan kerana mengelak sebuah motosikal yang keluar secara tiba-tiba adalah munasabah sehingga berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan [46] Setelah Mahkamah meneliti keseluruhan keterangan pembelaan, Mahkamah ini mendapati keseluruhan kes pembelaan bertunjangkan kepada satu penjelasan iaitu kemasukan OKT ke laluan bertentangan bukanlah akibat cara pemanduannya sendiri tetapi berpunca daripada tindakan mengejut sebuah motosikal yang didakwa keluar dari simpang kiri ke laluan utama sehingga memaksa OKT mengelak ke kanan. [47] Persoalannya ialah sama ada penjelasan tersebut mempunyai asas yang munasabah sehingga mampu menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. [48] Mahkamah ini mendapati kewujudan motosikal yang didakwa menjadi punca sebenar kemalangan tidak disokong oleh walau seorang pun saksi bebas ataupun apa-apa keterangan objektif. Keseluruhan pembelaan tersebut hanya bergantung kepada keterangan lisan OKT semata-mata. [49] Lebih penting lagi, semasa pemeriksaan balas, OKT sendiri mengakui bahawa beliau tidak mempunyai sebarang bukti untuk mengesahkan kewujudan motosikal tersebut. OKT juga gagal memberikan apa-apa butiran yang boleh membantu Mahkamah ini mengenal pasti motosikal berkenaan sama ada nombor pendaftaran, jenis motosikal mahupun identiti penunggangnya. [50] Mahkamah ini berpendapat bahawa dalam keadaan pembelaan bergantung sepenuhnya kepada kewujudan motosikal tersebut, kegagalan mengemukakan apa-apa keterangan sokongan merupakan satu kelemahan yang ketara. [51] Lebih membimbangkan lagi ialah versi pembelaan itu sendiri tidak selaras dengan kebarangkalian biasa (ordinary course of human conduct). [52] OKT sendiri memberi keterangan bahawa beliau telah melihat motosikal tersebut dari jarak sekitar dua hingga tiga buah kereta ketika beliau sedang memandu sekitar 30 km/jam. [53] Dengan fakta yang diberikan sendiri oleh OKT, Mahkamah ini sukar untuk menerima bahawa seorang pemandu yang memandu pada kelajuan sedemikian tidak mempunyai ruang untuk memperlahankan kenderaan atau membrek, sebaliknya bertindak membelok sehingga keseluruhan kenderaannya memasuki laluan bertentangan. [54] Tindak balas yang didakwa oleh OKT adalah tidak seimbang dengan keadaan yang dikatakan berlaku. Sebaliknya, tindakan tersebut lebih menggambarkan bahawa OKT telah kehilangan kawalan ke atas kenderaannya sendiri. [55] Mahkamah ini juga mengambil perhatian bahawa SP2, iaitu saksi bebas yang berada di belakang OKT ketika kejadian, langsung tidak melihat kewujudan motosikal yang didakwa keluar secara mengejut itu. Sekiranya benar motosikal tersebut menjadi punca utama kemalangan, adalah munasabah untuk menjangkakan SP2 juga turut melihat kejadian tersebut. [56] Ketiadaan apa-apa sokongan daripada saksi bebas menjadikan pembelaan tersebut sekadar suatu dakwaan tanpa sokongan. [57] Setelah menilai keseluruhan keterangan secara menyeluruh, Mahkamah ini menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa penjelasan mengenai motosikal tersebut merupakan suatu penjelasan yang lahir kemudian (afterthought) bagi menerangkan bagaimana OKT boleh memasuki laluan bertentangan. [58] Oleh itu, Mahkamah ini menolak keseluruhan pembelaan tersebut sebagai tidak munasabah dan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan Sama ada cara pemanduan OKT sebelum kemalangan membuktikan bahawa beliau memandu secara berbahaya [59] Mahkamah ini seterusnya menilai sama ada kemasukan OKT ke laluan bertentangan merupakan suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan ataupun berpunca daripada cara pemanduan OKT sendiri. [60] Dalam hal ini Mahkamah ini memberikan pemberatan yang tinggi kepada keterangan SP2. [61] SP2 merupakan saksi bebas yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Si Mati mahupun dengan OKT. Tiada motif ditunjukkan oleh pihak pembelaan mengapa SP2 perlu mereka-reka cerita bagi membabitkan OKT. [62] Keterangan SP2 bahawa OKT memandu laju, memotong beberapa buah kenderaan secara berturut-turut dan bergerak secara zig-zag kekal tidak tercabar dalam pemeriksaan balas. [63] Lebih signifikan lagi, OKT sendiri mengakui bahawa beliau telah memotong dua buah kenderaan sebelum kemalangan berlaku. Pengakuan tersebut menjadi sokongan material kepada keterangan SP2 bahawa sebelum kemalangan berlaku, OKT sedang melakukan beberapa manuver memotong. [64] Pembelaan berhujah bahawa memotong kenderaan bukan suatu kesalahan. [65] Mahkamah ini bersetuju bahawa memotong kenderaan semata-mata bukan suatu kesalahan. Walau bagaimanapun, isu sebenar bukanlah sama ada tindakan memotong itu sendiri menyalahi undang-undang. [66] Sebaliknya, Mahkamah ini hendaklah menilai keseluruhan cara pemanduan OKT sebagaimana yang dikehendaki oleh Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. [67] Dalam kes PP v. Ong Kia Chan [2006] 7 MLJ 230 dan Ng Beng Kok v. PP [2017] 7 CLJ 157; [2017] MLJU 321, Mahkamah ini telah menjelaskan bahawa persoalan utama ialah sama ada cara pemanduan OKT telah jatuh di bawah standard seorang pemandu yang kompeten sehingga mewujudkan bahaya kepada pengguna jalan raya. [68] Merujuk kes PP v. Low Yong Ping [1961] CLJU 91; [1961] 1 LNS 91; [1961] 1 MLJ 306 yang menyatakan seperti berikut: I will conclude by saying that it is impossible to define “dangerous driving”, and the legislature has quite rightly not attempted to do so. Driving can become dangerous in an infinite variety of circumstances, one of which is leaving one’s own proper side of the road and getting into the path of an oncoming vehicle. Such an act has potentially fatal consequences in the vast majority of cases, and there can be no two views about it being “dangerous”. [penekanan ditambah] [69] Berdasarkan keseluruhan keterangan, Mahkamah ini mendapati urutan kejadian adalah jelas. OKT memotong beberapa buah kenderaan, gagal mengawal kenderaannya, memasuki laluan bertentangan dan akhirnya merempuh motosikal Si Mati. [70] Rantaian kejadian tersebut menunjukkan bahawa kemasukan ke laluan bertentangan bukanlah suatu kejadian yang berlaku secara kebetulan, tetapi merupakan akibat langsung daripada cara pemanduan OKT sendiri. Sama ada percanggahan mengenai tempat kejadian menjejaskan kredibiliti OKT [71] Mahkamah ini mendapati terdapat percanggahan yang nyata dalam keterangan OKT mengenai lokasi sebenar kejadian. [72] Pada satu ketika, OKT menegaskan bahawa kemalangan berlaku di Jalan Butterworth-Ipoh. [73] Namun semasa pemeriksaan balas, beliau akhirnya mengakui bahawa pelanggaran dengan motosikal berlaku di laluan bertentangan iaitu Jalan Ipoh-Butterworth sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan. [74] Pengakuan tersebut juga selaras dengan laporan polis yang dibuat sendiri oleh OKT sehari selepas kejadian. Penjelasan bahawa laporan polis tersebut tersilap tidak meyakinkan Mahkamah ini. [75] Ini kerana OKT sendiri bersetuju bahawa ingatannya terhadap kejadian adalah lebih baik ketika laporan polis dibuat berbanding ketika memberi keterangan di Mahkamah. [76] Percanggahan tersebut bukan menyentuh perkara remeh tetapi melibatkan fakta asas bagaimana kemalangan berlaku. [77] Berdasarkan prinsip yang dihuraikan dalam PP v. Tang Chin Tart [2021] MLJU 773 serta keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan yang dirujuk di dalamnya, percanggahan mengenai fakta material boleh menjejaskan kebolehpercayaan seseorang saksi. [78] Mahkamah ini mendapati percanggahan tersebut telah menjejaskan kredibiliti OKT sebagai saksi pembelaan. Kegagalan pembelaan memanggil Isteri OKT sebagai saksi material [79] Mahkamah ini mendapati bahawa semasa kejadian, isteri OKT berada bersama-sama OKT di dalam motokar Toyota Corolla bernombor pendaftaran: PFW 9216 sebagai penumpang hadapan. Fakta ini diakui sendiri oleh OKT semasa memberikan keterangan. [80] OKT menjelaskan bahawa isterinya tidak melihat detik kemalangan kerana sedang melihat telefon bimbit. Walau bagaimanapun, pada hemat Mahkamah ini, alasan tersebut tidak menafikan bahawa beliau merupakan seorang saksi material yang berpeluang menyaksikan keadaan sebelum kemalangan, termasuk cara pemanduan OKT, keadaan trafik serta dakwaan bahawa sebuah motosikal telah keluar secara tiba-tiba dari simpang kiri. [81] Sekiranya benar versi pembelaan tersebut, isteri OKT merupakan saksi yang paling sesuai untuk memberikan sokongan bebas terhadap pembelaan OKT. Namun demikian, pembelaan memilih untuk tidak memanggil beliau sebagai saksi tanpa sebarang alasan yang munasabah. Alasan bahawa beliau merupakan warganegara Vietnam juga tidak dapat diterima memandangkan Mahkamah mempunyai kemudahan jurubahasa. [82] Dalam keadaan ini, Mahkamah berpendapat bahawa kegagalan pembelaan mengemukakan seorang saksi material yang berada di bawah kawalannya membolehkan Mahkamah mempertimbangkan inferens bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950, iaitu bahawa keterangan saksi tersebut, jika dipanggil, tidak akan menyokong versi pembelaan. [83] Walau bagaimanapun, inferens tersebut bukanlah asas utama sabitan. Ia hanyalah satu faktor tambahan yang mengukuhkan dapatan Mahkamah bahawa pembelaan OKT gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang telah dibuktikan melampaui keraguan munasabah. Rumusan di akhir kes pembelaan [84] Setelah menilai keseluruhan keterangan secara maksimum sebagaimana dikehendaki oleh seksyen 173(m) KTJ, Mahkamah ini mendapati pembelaan yang dikemukakan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [85] Sebaliknya, Mahkamah ini mendapati keterangan SP2 sebagai saksi bebas disokong oleh siasatan SP7 serta diperkuatkan lagi oleh beberapa pengakuan material OKT sendiri semasa pemeriksaan balas. [86] Mahkamah ini berpuas hati bahawa kemasukan OKT ke laluan bertentangan bukanlah disebabkan oleh suatu kecemasan yang tidak dapat dielakkan, tetapi merupakan akibat langsung daripada cara pemanduan OKT yang gagal memenuhi standard seorang pemandu yang berhemat dan berkemahiran sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. [87] Atas alasan-alasan tersebut, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap OKT melampaui keraguan munasabah, manakala pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. [88] Oleh itu, Mahkamah ini mensabitkan OKT atas pertuduhan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hukuman [89] Peguam bela yang terpelajar memohon agar Mahkamah menjatuhkan hukuman minimum terhadap OKT. Antara faktor mitigasi yang dikemukakan ialah OKT berumur 46 tahun, bekerja di kebun buah-buahan dengan pendapatan bulanan sekitar RM2,000, telah berkahwin serta mempunyai anak yang masih bersekolah. OKT juga merupakan pencari nafkah utama keluarga, manakala isterinya, seorang warganegara Vietnam, tidak bekerja. Selain itu, OKT turut menanggung kedua-dua ibu bapanya. Peguam bela turut menegaskan bahawa suatu hukuman minimum sudah memadai sebagai pengajaran kepada OKT. [90] Sebaliknya, pihak Pendakwaan memohon agar Mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan serta memerintahkan lesen memandu OKT digantung. Pada masa yang sama, pihak Pendakwaan mengakui bahawa OKT merupakan pesalah kali pertama dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. [91] Dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini telah merujuk kepada dan dipandu oleh kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864 yang memutuskan seperti berikut: [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
the circumstances in which it was committed;
c
the rampancy of such offence in the area;
d
the offenders previous record;
e
the offender’s contribution and support to his family members;
f
the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities;
h
the age and health of the accused;
i
whether it is his first offence;
j
whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
whether the accused had pleaded guilty;
l
status of the accused;
m
(m)whether there was violence during the crime; and
n
public interest, etc. [penekanan ditambah] [92] Setelah menimbangkan secara menyeluruh segala fakta kes, keadaan pelaksanaan kesalahan, hujahan mitigasi oleh pihak pembelaan, hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan, faktor-faktor pemidanaan yang digariskan dalam PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864, Mahkamah ini berpendapat bahawa kepentingan awam, pencegahan am (general deterrence) dan kecaman masyarakat terhadap kesalahan memandu secara berbahaya mestilah diberikan keutamaan mengatasi kepentingan peribadi OKT. Walaupun Mahkamah ini mengambil maklum bahawa OKT merupakan pesalah kali pertama dan mempunyai tanggungan keluarga, faktor-faktor tersebut tidak boleh mengatasi tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan serta keperluan untuk memastikan hukuman yang dijatuhkan benar-benar mencerminkan kecaman undang-undang terhadap perlakuan sedemikian. [93] Kesalahan memandu secara berbahaya bukanlah suatu kesalahan teknikal atau remeh. Sebaliknya, ia merupakan suatu perlakuan yang meletakkan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain dalam risiko yang nyata. Mahkamah ini tidak boleh mengambil pendekatan yang terlalu lunak sehingga menghantar mesej yang salah bahawa kesalahan seperti ini boleh dipandang ringan. Hukuman yang dikenakan hendaklah bersifat setimpal, mempunyai elemen pembalasan (retribution), pencegahan (deterrence) serta perlindungan kepada masyarakat (protection of the public), di samping memupuk rasa hormat terhadap kedaulatan undang-undang. [94] Sehubungan itu, setelah mempertimbangkan keseluruhan keadaan kes, Mahkamah ini menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun bermula dari tarikh sabitan (14.7.2026) serta denda sebanyak RM30,000, dan sekiranya gagal dibayar, dipenjarakan selama 12 bulan. Mahkamah ini turut memerintahkan supaya butir-butir sabitan (14.7.2026) ini dicatatkan pada lesen memandu OKT serta OKT hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh empat (4) tahun bermula dari tarikh sabitan. [95] Pada hemat Mahkamah ini, hukuman yang dikenakan adalah adil, seimbang dan berkadar dengan tahap kesalahan yang dilakukan. Hukuman ini bukan sahaja bertujuan memberikan pengajaran yang sewajarnya kepada OKT, malah menjadi peringatan yang jelas kepada masyarakat bahawa mana-mana individu yang memilih untuk memandu secara berbahaya sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain akan berdepan dengan tindakan undang-undang yang tegas dan hukuman yang setimpal. Mahkamah ini tidak akan berkompromi dengan perlakuan yang mengancam keselamatan awam dan menggugat ketenteraman di jalan raya. Bertarikh: 14 Julai 2026 (SALWA ASMARY BINTI ABDUL RAHIM) Majistret Mahkamah Majistret Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Tarikh Keputusan: 14 Julai 2026 KAUNSEL: Pihak Pendakwaan : Insp G22097 Ahmad Ariff Bin Rasidi Timbalan Pendakwaraya Negeri Perak Pejabat Kecil Timbalan Pendakwaraya Parit Buntar Aras 2, Kompleks Mahkamah Syariah Parit Buntar 34200 Parit Buntar Perak Darul Ridzwan Peguam bagi Orang Kena Tuduh : S. Singhavadivel Tetuan Moga & Associate Peguamcara & Peguambela C5-316-2-1 Jalan Tun Sambanthan 50470 Wilayah Persekutuan Kes-kes yang dirujuk: Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85; Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169; Ng Beng Kok v. PP [2017] 7 CLJ 157; [2017] MLJU 321; Ng Beng Kok v. PP [2017] 7 CLJ 157; [2017] MLJU 321; PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; PP v. Low Yong Ping [1961] CLJU 91; [1961] 1 LNS 91; [1961] 1 MLJ 306; PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864; PP v. Ong Kia Chan [2006] 7 MLJ 230; PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115; [1971] 2 MLJ 16; PP v. Tang Chin Tart [2021] MLJU 773; PP v. Wan Khairil Wan Isa [2007] 9 CLJ 557; [2007] 6 MLJ 601; Rahimahani Kamal Abd Nasir v Pendakwa Raya [2018] MLJU 437; dan Sabarudin Non v. PP & Other Appeals [2005] 1 CLJ 466; [2005] 4 MLJ
37
Perundangan yang dirujuk: Akta Keterangan 1950, s. 114(g) Akta Pengangkutan Jalan 1987, s. 41(1); dan Kanun Prosedur Jenayah, s. 173(f)(i), s. 173(h)(iii), s. 173(m), s.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.