an application for stay of proceedings must come with clean hands because what he is asking is an equitable relief. Equity will not assist the unclean. That is why the court has to look into the antecedents of the parties”. [38] Di dalam kes ini, Defendan sebagai isteri kepada Ahmad telah memohon Mahkamah ini untuk menangguh atau menggantung prosiding yang dimulakan Plaintif di Mahkamah sehingga penyelesaian atau pelupusan tindakan Guaman No. BA-22NCVC- 175-03/2016 yang dimulakan oleh Ahmad terhadap Chooi. Mahkamah ini menyatakan bahawa Guaman No. BA-22NCVC-175- 03/2016 yang dimulakan oleh Ahmad adalah sangat jelas tiada kaitan langsung dengan Defendan. Pertamanya, Defendan bukanlah tuanpunya berdaftar hartanah tersebut. Kedua, perhubungan Defendan sebagai isteri Ahmad tidak mewujudkan apa-apa kepentingan Defendan ke atas hartanah tersebut. Tindakan Ahmad di 27 dalam guaman BA-22NCVC-175-03/2016 terhadap bekas isterinya Chooi tidak ada sebarang kaitan dengan Plaintif yang telah membeli hartanah tersebut melalui suatu transaksi yang sah di sisi di sisi undang-undang yang di dalam erti kata lain Plaintif adalah seorang pembeli bona fide hartanah tersebut. [39] Justeru, sekiranya Defendan sendiri tidak mempunyai kaitan dengan guaman BA-22NCVC-175-03/2016 tersebut, maka mungkin timbul persoalan keadaan-keadaan istimewa bagi penangguhan sementara prosiding ini. Permohonan Defendan itu juga merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah (abuse of the court process). Keputusan Mahkamah [40] Atas alasan-alasan di atas, permohonan Defendan di dalam Kandungan 15 ini langsung tidak mempunyai merit, justeru Mahkamah ini menolak Kandungan 15 dengan kos sebanyak RM3000.00 kepada Plaintif. E. PERMOHONAN DI DALAM KANDUNGAN 1 28 [41] Di dalam percubaan Defendan mempertahankan kaveat persendirian yang dimasukkannya, Defendan telah membangkitkan alasan-alasan berikut: i. beliau adalah isteri kepada Ahmad yang memegang ½ bahagian hartanah tersebut dan juga sedang mendiami hartanah tersebut bersama Ahmad, maka beliau mempunyai kepentingan benefisial ke atas hartanah tersebut yang melayakkan beliau untuk memasukkan kaveat ke atas hartanah tersebut bagi menjaga kepentiingan dirinya sendiri dan pihak suaminya. ii. Ahmad dan Chooi walaupun telah bercerai tetapi isu harta sepencarian di antara Ahmad dan Chooi masih belum diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. iii. penjualan hartanah tersebut kepada Plaintif adalah di luar pengetahuan Ahmad dan Ahmad tidak pernah bersetuju untuk menjual hartanah tersebut kepada Plaintif pada harga RM700,000-00 yang mana adalah rendah dan di bawah harga pasaran semasa. 29 iv. Ahmad tidak pernah menandatangan Surat Kuasa Wakil bertarikh 5.2.2008 tersebut dan surat kuasa wakil tersebut adalah surat kuasa wakil palsu. v. Ahmad telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Chooi dengan pemfailan Guaman No: BA-22NCVC-175- 03/2016 dan Ahmad juga telah memfailkan satu permohonan untuk mendapatkan satu perintah injunksi interim terhadap Chooi umtuk menghalang Chooi daripada meneruskan proses penjualan dan pindah milik hartanah tersebut. [42] Mahkamah ini perlu menegaskan di sini bahawa alasan-alasan Defendan di atas kecuali alasan (v) adalah alasan-alasan yang sama yang telah digunakan oleh Masyar di dalam mempertahankan kemasukan kaveatnya. Apa yang berbeza adalah perhubungan mereka dengan Ahmad di mana Mashyar adalah anak lelaki Ahmad, manakala Defendan adalah isteri Ahmad. 30 [43] Mahkamah ini juga telah meneliti Borang 19B Kanun Tanah Negara Defendan di dalam memasukkan kaveat ke atas hartanah tersebut, Di dalam Borang 19B tersebut, Defendan telah mengemukakan alasan-alasan berikut: Alasan-alasan tuntutan kami atas kepentingan itu ialah:- Saya isteri kepada AHMAD BIN KAMARUDDIN (NO. K/P: 680812-08-6623) sebagai pemilik ½) bahagian hartanah ke atas PM 505 Lot 64699, Bandar Selayang Daerah Gombak, Negeri Selangor. Dan untuk menjaga hak kepentingan saya dan suami saya hartanah tersebut, di sini saya memohon supaya suatu kaveat persendirian dimasukkan untuk mengikat tanah yang diperihalkan dalam jadual di bawah hartanah PM505 Lot 64699, Bandar Selayang, Daerah Gombak, Negeri Selangor. Hartanah tersebut ini adalah untuk suami-isteri sekeluarga. F. Samada Defendan mempunyai kepentingan berkaveat ke atas hartanah tersebut [44] Prinsip undang-undang berkaitan permohonan untuk membatalkan kaveat adalah jelas. Di dalam sesuatu permohonan untuk membatalkan kaveat, Mahkamah hendaklah menentu dan mempertimbangkan persoalan-persoalan berikut: 31 i. samada pengkaveat mempunyai kepentingan berkaveat terhadap hartanah tersebut. ii. samada kepentingan berkaveat tersebut menimbulkan atau mendedahkan isu-isu serius untuk dibicarakan. iii. samada imbangan keselesaaan memihak bahawa kaveat tersebut dikekalkan. iv. samada terdapat keadaan istimewa di pihak pemohon yang melayakkan status quo diganggu/diubah. [45] Di dalam perkara berkaitan permohonan untuk membatalkan kaveat, Majlis Privy di dalam kes Eng Mee Yong & Ors v V Letchumanan [1979] 2 MLJ 212 telah memutuskan berikut: “This is the nature of the onus that lies upon the caveator in an application by the caveatee under section 327 for removal of a caveat; he must first satisfy the court that on the evidence 32 presented to it his claim to an interest in the property does raise a serious question to be tried; and having done so he must go on to show that on the balance of convenience it would be better to maintain the status quo until the trial of the action, by preventing the caveatee from disposing of his land to some third party.” [46] Di dalam kes Kho Ah Soon V Duniaga Sdn Bhd [1996] 2 MLJ 181, Mahkamah Persekutuan telah sekali lagi menekankan berkenaan prinsip undang-undang di dalam pembatalan kaveat di mana Peh Swee Chin, HMP telah menyatakan di muka surat 184 seperti berikut: “It is settled that in a matter of removal of a caveat as between a caveator and caveatee, as in the instant appeal, the onus is on the caveator to satisfy the Court that his evidence does raise a serious question to be tried as regards his claim to an interest in the land in question, and having done so he must show that, on a balance of convenience, it would be better to maintain the status quo until the trial of the action by preventing the caveatee from disposing of his land, as laid down by Lord Diplock in Eng Mee Yong & Ors v V Letchumanan [1979] 2 MLJ 212, and by analogy indirectly to American Cyanamid Co v Ethicon [1975] AC 396 as indicated 33 by Lord Diplock, the serious question for trial referred to above could mean a question not being vexatious or frivolous”. [47] Di dalam perkara ini juga, Mahkamah Rayuan di dalam kes Luggage Distributors (M) Sdn Bhd v Tan Hor Teng [1995] 1 MLJ 719 telah menggariskan ujian-ujian yang harus digunapakai di dalam menentukan dan menimbangkan sesuatu permohonan untuk membatalkan kaveat di mana mukasurat 724, Mahkamah Rayuan telah menyatakan berikut: “In considering an application for the removal of a caveat, the procedure to be adopted should be a simple and summary one. At first stage, the court will examine the grounds expressed in the application for the caveat to see whether they show a caveatable interest. Once the court is satisfied that the caveator’s claim amounts in law to a caveatable interest, it must then go on to consider whether the claim disclosed a serious question meriting a trial. After these two stages have been crossed, the court must decide where the balance of convenience” [48] Di dalam kes ini adalah jelas bahawa Plaintif telah membeli hartanah tersebut daripada Chooi dan Ahmad (yang telah memberikan kuasa kepada Chooi untuk mewakilinya di dalam segala perkara / hal 34 berhubung hartanah tersebut), tuanpunya bersama hartanah tersebut melalui perjanjian jualbeli bertarikh 11.6.2013. Sebagai pembeli, Plaintif telah melaksanakan segala tanggungjawab atau obligasinya sebagai pembeli dengan membuat pembayaran penuh harga belian hartanah tersebut. Malangnya, Plaintif tidak dapat melaksanakan transaksi pindah milik hartanah kepadanya kerana telah wujud kaveat-kaveat persendirian yang dimasukkan oleh Ahmad dan ahli keluarganya. [49] Defendan telah cuba menggugat kepentingan dan hak Plaintif ke atas hartanah tersebut dengan memasukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut bersandarkan alasan-alasan yang tidak bermerit, tidak boleh dipertegakkan atau dipertahankan langsung. Mahkamah berkata begini atas alasan-alasan berikut: i. Defendan bukanlah tuanpunya hartanah tersebut. Tuanpunya ½ bahagian hartanah tersebut sebelum penjualannya kepada Plaintif adalah Ahmad, suami Defendan. Percubaan Ahmad untuk memasukkan kaveat ke atas hartanah tersebut pun tidak 35 berjaya apatah lagi Defendan yang tidak ada kena-mengena / tidak ada kaitan langsung dengan hartanah tersebut. ii. Alasan Defendan yang mengatakan beliau sebagai isteri kepada Ahmad di mana menurut undang-undang Islam Ahmad adalah bertanggungan sebagai suami untuk menyediakan tempat tinggal kepadanya dan telah tinggal di hartanah tersebut bersama Ahmad sejak berkahwin justeru mengujudkan hak benefisialnya ke atas hartanah tersebut adalah tidak berasas langsung. Tanggungan Ahmad sebagai suami di sisi undang-undang Islam untuk menyediakan isteri (Defendan) tempat tinggal dengan Defendan yang tidak ada kaitan dengan hartanah tersebut, tidak memberikan Defendan suatu kepentingan benefisial kepada Defendan. Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Defendan tidak langsung mempunyai apa-apa kepentingan yang boleh dikaveatkan (caveatable interest) ke atas hartanah tersebut’ [49] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini, bahawa Defendan adalah tidak berhak di sisi undang-undang untuk mencabar pelupusan 36 hartanah tersebut kepada Plaintif, apatah lagi, Defendan adalah bukanlah pihak-pihak kepada perjanjian jual beli bertarikh 11.6.2013. [50] Tindakan Defendan dan ahli keluarga Ahmad sangat memprejudiskan Plaintif sebagai pembeli bona fide hartanah tersebut. [51] Mahkamah ini juga perlu menyatakan di sini bahawa Defendan telah juga menggunakan alasan bahawa di dalam guaman sivil BA- 22NCVC-175-03/2016 terdapat satu permohonan untuk injunksi interim menghalang Chooi daripada meneruskan proses penjualan dan pindah milik hartanah tersebut, namun permohonan Ahmad tersebut telah ditolak dengan kos pada 18.7.2016. [52] Tindakan Defendan sebegini adalah satu penyalahgunaan proses undang-undang dan pejabat tanah dan semestinya tidak boleh dibenarkan. Tambahan lagi, Plaintif di dalam kes ini telahpun mendapatkan kebenaran dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik dan gadaian ke atas hartanah tersebut masing-masing pada 23.10.2013 dan 24.10.2013. 37 [53] Atas alasan-alasan di atas Defendan sememangnya tidak mempunyai kepentingan berkaveat ke atas hartanah tersebut. Di dalam keadaan ini, apabila Defendan gagal melepasi ujian peringkat pertama iaitu membuktikan bahawa beliau mempunyai kepentingan berkaveat ke atas hartanah tersebut, maka peringkat-peringkat seterusnya samada terdapat pendedahan isu-isu serius untuk dibicarakan, samada imbangan keselesaaan memihak bahawa kaveat tersebut dikekalkan ataupun samada terdapat keadaan istimewa untuk pengekalan status quo menjadi tidak relevan lagi. Keputusan Mahkamah [54] Berdasarkan alasan-alasan di atas Mahkamah ini membenarkan Kandungan 1 Pemohon dan dengan ini mengeluarkan perintah-perintah berikut: a) Bahawa Mahkamah membatalkan kaveat persendirian di bawah No. Perserahan 3598/2015 yang dimasukkan oleh Defendan, Siti Ruz Adiba Binti Abdul Karim pada 11.11.2015 ke atas hartanah di bawah hakmilik No. PM 505, Lot 64699 Bandar Selayang, Taman Selayang 38 Utama, Daerah Gombak, Negeri Selangor (selepas ini dikenali sebagai hartanah tersebut). b) Bahawa Defendan dan/atau mana-mana wakilnya dan/atau mana-mana pihak dihalang daripada memasukkan sebarang kaveat ke atas hartanah tersebut bermula daripada tarikh saman pemula ini difailkan; c) Bahawa Defendan dan/atau mana-mana wakilnya dan/atau mana-mana pihak yang telah memasukkan sebarang kaveat ke atas hartanah tersebut selepas daripada tarikh saman pemula ini difailkam hendaklah terbatal secara serta-merta; d) Bahawa Pentadbir Tanah Daerah Gombak, Selangor mengambil segala tindakan dan langkah yang perlu bagi membatalkan pendaftaran Kaveat tersebut di atas tanah tersebut; e) Bahawa Mahkamah membenarkan Pentadbir Tanah Daerah Gombak, Selangor mengambil segala tindakan yang perlu bagi memproses pindahmilik kepada Plaintif sebagai pembeli bona fide; f) Bahawa Mahkamah membenarkan Pentadbir Tanah Daerah Gombak, Selangor mendaftarkan pindahmilik secara terus tanpa perlu 39 memohon untuk mendapatkan semula kebenaran pindah milik dan gadaian “state consent” selepas 23.10.2013 sekali lagi; g) Bahawa Defendan hendaklah membayar segala kerugian-kerugian yang ditanggung oleh Plaintif yang akan ditaksirkan oleh Penolong Kanan Pendaftar akibat kemasukan kaveat Defendan ke atas hartanah tersebut. h) Defendan membayar kos tindakan sebanyak RM10,000.00 kepada Plaintif. ..................................................... (DATUK AZIMAH BINTI OMAR) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor Darul Ehsan Bertarikh 22 haribulan November 2016 40 Peguam Plaintif - Tetuan Tho Ng & Partners Tho Yin Fatt Peguam Defendan - Tetuan Goh Chin Han