Pemohon tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan memfailkan notis rayuan pada 4.12.2025. Dalam notis rayuan tersebut, Pemohon menyatakan – “Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf bila: a. gagal utamakan pemakaian peruntukan 1 (1A) Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 (“APT”) dalam penentuan perbandingan paling wajar dalam Rujukan di sini; b. dan seterusnya gagal memutuskan bahawa Perbandingan 1, Penilai Swasta iaitu Geran 47648, Lot 480, Mukim Morib, Daerah Kuala Langat, Selangor (“Lot 480”) yang ditransaksikan pada 24.12.2020 adalah perbandingan paling sesuai dalam Rujukan di sini; c. gagal memutuskan bahawa Supplemental Agreement bertarikh 1.10.2020 yang dikemukakan oleh Penilai Kerajaan untuk analisa perbandingan Lot 480 tersebut harus ditolak; dan d. gagal memberi fi tambahan kepada Penilai pihak Perayu berdasarkan skala fi diperuntukkan di bawah Jadual 7 Kaedah Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta 1986 dan / atau Seksyen 14(5) Akta Pengambilan Tanah 1960.” Latarbelakang kes