OKS adalah sebuah syarikat pengangkutan yang menjalankan kerja-kerja sewaan lori pengangkutan dan mendapat kelulusan lesen pengendali daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pertuduhan ke atas OKS adalah kesalahan membawa lebih muatan di bawah seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) dan boleh dihukum di bawah seksyen 57(3) Akta yang sama. Pertuduhan adalah sepertimana berikut :- Bahawa kamu pada 19.01.2025 jam lebih kurang pukul 4.15 petang bertempat di Plaza Tol Gopeng, Perak di dalam Daerah Kampar di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai Pengendali Berlesen Kenderaan barangan nombor pendaftaran UITM 3396 T/JA7170 yang telah dilesenkan di bawah Lesen Pengendali SPAD : 1061162A, Nombor Rujukan Permit 2J0266385-6/24 telah didapati membenarkan pemandu Mohammad Asyraf Naim bin Abdul Latif – No KP : 930406-06-5869 memandu kenderaan tersebut di atas jalanraya dengan membawa muatan “Blast Furnace Granulate Slag” sebanyak 88,100 kg melebihi muatan sebanyak 37,100 kg (72.7%) dari Berat Dengan Muatan sepertimana yang dibenarkan di dalam lesen atau Permit sebanyak 51,000 kg. Oleh yang demikian, kamu telah didapati melanggar peruntukkan di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama. Hukuman Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) ;- Denda tidak kurang daripada RM1,000 tetapi tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.