Preamble
menurut arahan Mahkamah pada 13.12.2024. [10] Selepas tarikh pendengaran Lampiran 51 ditetapkan, Plaintif telah memfailkan Notis Permohonan (Lampiran 59) untuk lanjutan masa bagi menepati arahan pengurusan kes dan untuk memfailkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya. Hujahan Pihak-Pihak [11] Defendan berhujah bahawa Lampiran 51 difailkan kerana “unless order” pada 13.12.2024 tidak dipatuhi oleh pihak Plaintif. Plaintif pula berhujah tidak menyedari tentang “unless order” yang diberikan Mahkamah ketika pengurusan kes pada 13.12.2024. [12] Defendan berhujah bahawa dari 14.12.2024 sehingga 10.3.2025, peguamcara Defendan tidak pernah menerima sebarang surat atau dokumen daripada pihak peguamcara Plaintif bagi maksud pra-bicara. Peguamcara Plaintif hanya menyerahkan deraf Fakta-fakta Yang Dipersetujui dan deraf Isu-isu Untuk Dibicarakan untuk komen peguamcara Defendan pada 11.3.2025 selepas tempoh yang ditetapkan Mahkamah. [13] Penyediaan kertas kausa untuk pra-bicara hanya bermula selepas menerima Notis Permohonan Defendan pada 10.3.2025. [14] Defendan turut berhujah bahawa tindakan Plaintif ini menunjukkan ketidakpatuhan Aturan 34 KKM 2012 dan kemungkiran perintah “Unless Order” yang dibuat oleh Mahkamah. [15] Di dalam kes ini, Plaintif mempunyai tanggungjawab untuk menghantar dokumen-dokumen yang diperihalkan di atas kecuali Ikatan Pliding untuk komen Defendan. Namun demikian sehingga 10.3.2025, peguamcara Defendan tidak pernah menerima sebarang surat atau dokumen daripada pihak peguamcara Plaintif bagi maksud pra-bicara. [16] Peguamcara Plaintif hanya menyerahkan deraf Fakta-fakta Yang Dipersetujui dan deraf Isu-isu Untuk Dibicarakan untuk komen peguamcara Defendan pada 11.3.2025. [17] Defendan menghujahkan bahawa semenjak 14.12.2024 sehingga 10.3.2025, pihak Plaintif langsung tidak pernah mengambil sebarang tindakan untuk mematuhi arahan pengurusan kes yang diberikan Mahkamah. Selama tiga (3) bulan, tiada sesiapa daripada pihak Plaintif mahupun peguamcara Plaintif yang menghiraukan dan mengambil berat sama sekali kesnya. [18] Semua penyediaan kertas kausa untuk pra-bicara hanya bermula selepas menerima Notis Permohonan Defendan pada 10.3.2025. Ketidakpatuhan Plaintif dan kemungkiran perintah “unless order” yang dibuat oleh Mahkamah menurut Aturan 34 Kaedah-kaedah Mahkamah serta sikap sambil lewa pihak Plaintif bukan sahaja mencerminkan satu penghinaan (contempt) yang serius terhadap Mahkamah. Sikap sebegini tidak boleh dianggap remeh kerana ia secara langsung mencabar kewibawaan Mahkamah dan akan menjadi ‘precedent’. [19] Dalam kes ini, peguamcara Plaintif secara jelas mengakui bahawa beliau terlepas pandang arahan Mahkamah dan menghujahkan bahawa keingkarannya akibat “oversight” atas arahan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini secara lisan melalui prosiding Zoom. Namun begitu, minit prosiding melalui sistem Mahkamah adalah jelas seperti dinyatakan. [20] Selanjutnya, peguamcara Plaintif masih menunggu selama dua minggu sebelum membuat permohonan untuk lanjutan masa. Permohonan lanjutan masa hanya dikemukakan pada 20.3.2025, sedangkan tarikh akhir dan perintah unless order ialah pada 6.3.2025. [21] Defendan berhujah bahawa perbuatan Plaintif menunjukkan bahawa kegagalan atau ketidakpatuhannya adalah disengajakan dan bersifat menghina (intentional and contumelious). [22] Arahan pengurusan kes yang diberikan Mahkamah yang Mulia ini patut dipatuhi Plaintif kerana sekiranya tidak prosiding di Mahkamah tidak dapat dijalankan secara lancar. Selain itu, ia adalah demi mencegah penyalahan dari segi pentadbiran keadilan daripada mencemarkan nama baik Mahkamah (prevent administration of justice from falling into disrepute). Sekiranya setiap litigan tidak mematuhi arahan pengurusan kes, maka proses perundangan akan menjadi huru-hara (chaos). [23] Perbuatan Plaintif yang langsung gagal mematuhi sebarang arahan pengurusan kes Mahkamah jelas membuang masa Mahkamah kerana mengakibatkan kelewatan pelupusan kes serta menambahkan kos kepada pihak-pihak yang terlibat dan beban kepada Mahkamah. [24] Di dalam kes ini, Plaintif jelas menghina dan tidak menghormati arahan pengurusan kes dan tidak mengambil serius akan kepentingan mendakwa kesnya terhadap Defendan. Plaintif jelas mempunyai masa yang mencukupi untuk mematuhi arahan pengurusan kes pra-bicara. Defendan berhujah-Pembaziran Masa dan Sumber Defendan telah memperuntukkan masa dan sumber untuk membuat persediaan pembelaan dan prosiding berdasarkan deadline yang diarahkan oleh mahkamah. Kemungkiran Plaintif telah menjadikan persiapan ini sia-sia. Ini termasuk masa yang dihabiskan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan, mengumpul bukti, menyediakan strategi dan membuat persediaan untuk memanggil saksi-saksi. Kelengahan Plaintif dalam mematuhi arahan Mahkamah memaksa Defendan untuk sentiasa menilai semula dan menyemak semula strateginya, yang membawa kepada pembaziran masa dan sumber. Kelewatan keterlaluan ini menyebabkan Defendan sentiasa perlu membuat semula kerja dan menambah kerja yang tidak diperlukan. Pembelaan yang Kukuh Kegagalan Plaintif dalam membentangkan dokumen-dokumennya menghalang Defendan daripada menyediakan pembelaan Defendan secara efektif. Defendan terpaksa merancang dan menyelaraskan strategi pembelaannya berdasarkan tekaan akibat ketidakpatuhan Plaintif. Dengan sedemikian, aspek kritikal pembelaan Defendan telahpun terjejas. Ketidakpastian yang ditimbulkan oleh kelewatan Plaintif menyukarkan untuk memuktamadkan aspek penting dalam penyediaan kes Defendan. Lebih-lebih lagi, Defendan sekarang menghadapi risiko bahawa bukti-bukti f izikal mahupun digital akan hilang. Ketersediaan Saksi Defendan telah menghubungi saksi-saksi untuk memberi keterangan bagi pihaknya. Kelewatan serius dalam kes ini menimbulkan risiko saksi-saksi ini akan berubah fikiran atau tidak lagi tersedia apabila masa berlalu. Jadual dan komitmen mereka mungkin berubah. Kelewatan yang disebabkan pelanggaran serius Plaintif juga meningkatkan risiko ingatan saksi semakin pudar. Defendan juga menghadapi risiko di mana mereka mungkin menarik balik kerjasama disebabkan permintaan untuk terus bersedia untuk tempoh yang tidak pasti (expected to be constantly on standby for unspecified period). Defendan ingin membawa perhatian kepada Mahkamah bahawa salah satu saksi pentingnya sedang bertarung dengan penyakit serius dan baru-baru ini kambuh. Doktor beliau telah mengesyorkan rawatan segera. Ketidakpatuhan Plaintif akan memprejudiskan kehadiran atau ketidakhadiran saksi ini. Tekanan yang Berterusan Ketidakpatuhan Plaintif telah menyebabkan tekanan dan ketidakpastian yang semakin berterusan. Ini sangat menjejaskan emosi dan keupayaan Defendan untuk berfungsi dalam kehidupan sehari-hari. Bukan sahaja tahap emosi dan kesejahteraan Defendan, tetapi yang lebih utama ialah suami Defendan yang baru-baru ini hampir meninggal setelah mengalami serangan jantung (yang pernah Defendan maklumkan kepada Puan Ellis Lee, Ketua Pegawai Eksekutif di sekolah Plaintif sebaik sahaja Defendan menerima tuntutan ini) mengalami tekanan yang tidak wajar disebabkan situasi limbo yang disebabkan oleh ketidakpatuhan Plaintif. Kelewatan Plaintif menyebabkan tekanan yang ketara terhadap rumah tangganya, secara langsung menjejaskan proses pemulihan suami Defendan. Prasangka Terhadap Kerja Profesional dan Peribadi Ketidakpatuhan Plaintif telah mengakibatkan kehilangan peluang kerja dalam tempoh tiga bulan ini. Defendan t idak dapat memberi komitmen kerja kerana Defendan dikehendaki untuk terus bersiap sedia untuk memberi kerjasama terhadap persiapan prosiding ini, sekiranya Plaintif menghantar dokumen-dokumen. Defendan terpaksa mengosongkan jadualnya untuk kemungkinan penerimaan dokumen-dokumen daripada Plaintif dan telah menjejaskan keupayaannya untuk menguruskan komitmen lain dengan berkesan. Defendan juga tidak dapat melakukan sebarang rancangan konkrit dalam kehidupan peribadinya. [25] Plaintif pula berhujah bahawa Plaintif tidak sedar tentang perintah untuk pengurusan kes yang dibuat oleh Mahkamah pada 13.12.2024 kerana terdapat masalah wifi semasa Pengurusan Kes pada 13.12.2024 tersebut. Namun, perkara ini tidak dinyatakan di dalam Affidavit Jawapan Plaintiff semasa menjawab Lampiran 51. [26] Plaintif menafikan tidak mengambil apa-apa langkah dalam tempoh Disember 2024 sehingga 9.3.2025. Plaintif mengatakan telah membuat pemfailan-pemfailan yang sewajarnya untuk melaksanakan perintah injunksi yang diperolehi serta pemfailan kertas kausa bagi permohonan pindaan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan untuk meminda nama Defendan. [27] Plaintif menyatakan sebaik sahaja sedar tentang arahan Mahkamah untuk Pengurusan Kes pada 13.12.2024 tersebut, tindakan segera untuk penyediaan kertas kausa pra-perbicaraan telah dilakukan namun Defendan enggan untuk menandatangani deraf yang dihantar. ANALISA DAN DAPATAN Aturan 34 KKM 2012 [28] Dalam kes Syed Omar Syed Mohamed v. Perbadanan Nasional Berhad [2012] 9 CLJ 557; [2013] 1 MLJ 461; [2013] 1 MLRA 181, Mahkamah Persekutuan memutuskan- [9] It is to be noted O 34 was a new addition to the RHC 1980 made in 2000 (see PU(A) 342/2000). It was amended again in 2009 (see PU(A) 237/2009). It provided for a radical change in approach to the prosecution of a case in court. An early recognition of this new regime under O 34 where the court takes a proactive role in moving the pace of litigation was made by the Federal Court when His Lordship Mohd Noor Ahmad FCJ observed in obiter in Tan Geok Lan v. La Kuan [2004] 1 MLRA 165; [2004] 2 CLJ 301 at 312 as follows: "The significance of this procedure is that it marks a change from the traditional position under which the progress of cases was left largely in the hands of the parties. Now, under the procedure the court controls the progress of cases by the exercise of its powers given to it to enable it, and not the parties, to dictate the progress of cases at the pre-trial stage, ensuring that the practices and procedures applicable during that stage are complied with promptly and not abused." [29] Seterusnya dalam kes Hup Soon Omnibus Co Sdn Bhd & Anor V. Lim Chee @ Lam Kum Chee [2017] MLJU 1937; [2017] MLRAU 515; [2018] 1 CLJ 641, Mahkamah Rayuan telah memutuskan- [8] The Court will pay particular regard to the paramount importance of securing compliance with its orders. In Stolzenberg and Others v. CIBC Mellon Trust Co Ltd [2004] EWCA Civ 827, Arden L J said at para 167:- "... Compliance with orders of the Court is not a question of judicial amour propre. It goes to the essence of the rule of law that parties subject to the Courts jurisdiction...should comply with the Courts orders. The gravity of the matter of non-compliance is plainly increased where the non-compliance results from a conscious decision, as in this case. It follows, as Ward LJ said in Hytec Limited v. Coventry City Council [1997] 1 WLR 1666 at 1674 to 1675, that, if a party intentionally or deliberately... flouts the order, he can expect no mercy. He has to persuade the Court that in all the circumstances the injustice to him outweighs the interests of the administration of justice and the injury to the other party." [12] Before parting with this appeal, we would like to emphasise that a Court order is a Court order It must be obeyed as ordered unless set aside or varied. It is not a mere technicality that can be ignored. If we allowed Court orders to be ignored with impunity, this would destroy the authority of judicial orders which is the heart of all judicial systems. We hold a firm view that a Court order is not a mere technical rule of procedure that can be simply ignored. In our jurisprudence, Court orders must be respected and complied with. Those who choose to ignore them do so at their own peril. [30] Selanjutnya menurut kes Lim Goh Eng Holdings Sdn Bhd v. Off-Shore-CPI Supply Sdn Bhd [2020] MLJU 275; [2019] CLJU 2143, Mahkamah memutuskan- “[8] An unless order is an order of the Court which requires a person to do something within a fixed time and states the consequences of transgression. There is abundant authority to the effect that an unless order being a pre-emptory order of the Court, must be adhered to and its non compliance would automatically attract the penalty prescribed in the order. Failure to comply may therefore result in the dismissal of an action or the striking out of the defence. See How Hock Sing @ Low Kim Peng [2015] MLJU 712 and Reiss v Woolf [1952] 2 All ER 112. … [16] It bears mention that unless there are good reasons for non-compliance, disobedience of a peremptory order will be considered contumelious conduct justifying a striking out….”. [31] Secara umumnya sama ada arahan ‘Unless Order’ dinyatakan secara jelas atau tidak, setiap arahan Mahkamah semasa PTCM adalah ‘pre-emptory in nature’ dan wajib dipatuhi. Ini seperti diputuskan dalam kes Koh Heng Jin @ Koh Heng Leong v. Gan Kooi Ann [2015] CLJU 1244; [2015] 1 LNS 1244; [2016] AMEJ 0039; [2015] MLJU 2242; [2015] MLRAU 403, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan– “[40] In our view even though the learned judge did not issue an "unless order", O. 34 r. 2(2) of the ROC (not O. 34 r. 1 as cited by counsel) clearly contemplates that orders and directions issued by the court during pre-trial case management are peremptory in nature as O. 34 r.