(b), (c) dan (d) dalam Petisyen Rayuan iaitu sama ada Perayu telah 14 secara betul disabitkan atas kesalahan mengedar dadah tersebut pada tarikh, waktu dan di alamat seperti yang tertera dalam pertuduhan. Peguam bela Perayu yang bijaksana telah menghujahkan, pendakwaan telah gagal membuktikan inti pati penting pertuduhan iaitu mens rea possession. Ringkasnya peguam bela telah menghujahkan Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana telah gagal membuat suatu penemuan yang affirmative bahawa Perayu mempunyai kawalan dan jagaan terhadap dadah tersebut termasuklah pengetahuan mengenainya sepertimana yang dipertuduhkan. [30] Selanjutnya peguam bela Perayu menghujahkan, oleh sebab Hakim Bicara tidak menerima pakai anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan inti pati wujudnya pengedaran dadah tersebut secara langsung. Atas alasan yang dihujahkan, peguam bela menyatakan penemuan fakta oleh Hakim Bicara adalah salah dan wajar diketepikan oleh Mahkamah ini. [31] Sepertimana yang telah kami huraikan pada awal penghakiman, teras kes pendakwaan terhadap Perayu ialah pengedaran sebenar dadah berbahaya jenis Heroin seberat 58.1 gram dan Monoacetylmorphine seberat 88.8 gram melalui suatu penjualan melalui AP yang merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB. Bagi pertuduhan yang dihadapkan ke atas Perayu, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan inti pati Perayu mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut. Ini disebabkan kesalahan yang dihadapi Perayu ialah menjual dadah. 15 [32] Tafsiran bagi perkataan ‘pengedaran dadah’ menurut seksyen 2 ADB ialah: “.....termasuklah melakukan salah satu daripada perbuatan-perbuatan ini, iaitu mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyorok, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, berusaha mendapatkannya, membekal atau mengedar sesuatu dadah berbahaya atau dengan cara lain di bawah penguatkuasaan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.” [33] Dalam kes ini Perayu dikatakan telah menjual dadah tersebut kepada SP2 selaku AP. Seksyen yang relevan dalam ADB berhubung dengan isu informer dan AP ialah seksyen 40 dan 40A ADB. Tafsiran dan pemakaian kedua-dua seksyen ini telah dibincangkan dengan terperinci dalam beberapa kes yang telah diputuskan sebelum ini. (Lihat Munusamy Vendagasalam v. PP [1987] 1 CLJ 250; [1987] CLJ (Rep) 221; Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases [1987] 1 CLJ 540; [1987] CLJ (Rep) 240; PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233; Ti Chuee Hiang v. PP [1995] 3 CLJ 1; Ghazalee Kassim & Anor v. PP [2009] 4 CLJ 737). [34] Huraian mengenai siapakah yang disifatkan sebagai AP telah dibincang dengan panjang lebar dalam kes Wan Mohd Azman Hassan v P.P. [2010] 4 CLJ 529: 16 “In a typical police undercover operation scenario (as happened in this case) the police would receive information from its informer of a drug trafficking activity. An agent provocateur, normally himself a police officer, will then be assigned to undertake what is called a “sting operation”. The agent provocateur will then get in touch with the informer. The informer will then arrange for an introduction and meeting between the agent provocateur, (who will play the role of a drug-buyer) and the drug trafficker. The informer will take no active role and normally disappear. Negotiations will then take place between the agent provocateur and the drug trafficker where the amount of drugs to be supplied, its price and place of delivery will be discussed and agreed upon. The agent provocateur himself thus takes an active role in the commission of the offence. Both parties became wiling participants in the offence. This is what is meant by the phrase ‘to abet the commission of the offence’ as found in s. 40A of the Act. The agent provocateur role is to uncover the offence and gather the evidence to be later given at the trial against the trafficker. This, as discussed later in this judgment, is however not entrapment that gives rise to a legitimate defence.” [35] Dalam kes yang tersebut di atas AP disifatkan sebagai seorang yang merangsang atau mencadangkan perlakuan suatu kesalahan kepada seorang lain dengan harapan orang itu akan menuruti cadangan AP sehingga boleh menyebabkan orang itu boleh disabitkan dengan sesuatu kesalahan di bawah undang-undang sebagaimana yang dirangsang dan / atau dicadangkan oleh AP. [36] Kebolehterimaan keterangan AP dan juga kredibiliti AP tidak menjadi isu kerana seksyen 40A ADB memberikan perlindungan kepada 17 AP. Keterangan AP juga tidak perlu disokong oleh keterangan bebas lain. Tanggapan bahawa keterangan AP adalah kredibel juga boleh dipatahkan jika pembelaan mengemukakan keterangan yang cukup untuk menunjukkan AP ialah saksi yang tidak kredibel. (Lihat kes Pendakwa Raya v. Han Kong Juan & Ors [1983] 1 CLJ 245; [1983] CLJ (Rep) 773 HC). [37] Pendakwaan telah mempremiskan kesnya terhadap Perayu di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB iaitu pengedaran sebenar melalui penjualan dadah tersebut kepada seorang AP. Kes Pendakwaan bukanlah kerana Perayu memiliki dadah tersebut. Persoalannya adalah sama ada berdasarkan factual matrix kes ini, pendakwaan telah berjaya membuktikan inti pati pengedaran dadah tersebut melalui suatu penjualan terhadap Perayu. [38] Dalam kes Pendakwa Raya v. Saari bin Jusoh [2007] 2 CLJ 197 setelah membincangkan beberapa tafsiran bagi perkataan ‘selling’/‘sale’ and ‘contract to sell’ yang diberi masing-masingnya oleh Webster’s New World Dictionary Edisi Ketiga, Butterworths Australian Legal Dictionary, The Law Lexicon oleh Ramanatha Aiyar dan juga pada kes Inland Revenue Commissioners v. Littlewoods Order Stores [1962] 2 All ER 279 yang merujuk kepada Benjamin on Sale Edisi Kedelapan, YA Augustine Paul HMR (pada ketika itu bersidang sebagai HMP) menyimpulkan tafsiran bagi perkataan penjualan (sale) sebagai: “A sale is therefore complete upon transfer of property in the goods even though the price has not been paid. A sale in this sense cannot 18 therefore be described as an act preparatory to the sale or as negotiations leading to the sale or even an agreement for sale.” [39] Sementara itu dalam kes yang sama YA Abdul Aziz Mohamad HMP menyatakan: ”For my part in considering the dictionary meaning of ’sell’ for the purpose of determining the ordinary meaning of ’selling’ in the definition of ’trafficking’, I would reject Webster meaning No. 2, without having to resort to the existence of paras (b) and (c) of s. 39B (1) as one that could not have been intended by the legislature. The meaning intended is No. 1, which for the present case is “to... deliver...goods...for money”. So long as the delivery is for money-which the delivery in this case was – as opposed to delivery as a gift or on some other basis, it is selling even though the money for which the goods are delivered has not passed to the seller. ……….. I am of course of the view that the act of selling takes place once the goods are transferred or delivered even though the price has not been paid.” [40] Berdasarkan fakta kes yang kami huraikan dalam alasan ini, terdapat fakta yang lebih daripada mencukupi (overwhelming) di hadapan Hakim Bicara bahawa wujudnya rundingan aktif antara SP2 dan Perayu berhubung transaksi menjual dan membekal dadah tersebut. Selain SP2 dan Perayu tidak ada apa-apa keterangan yang menunjukkan ada pihak ketiga yang terlibat sebagaimana yang didakwa oleh Perayu. Setelah 19 rundingan dijalankan yang tinggal ialah urusan pembayaran harga pembelian. [41] Walaupun dalam kes ini pembayaran harga dadah tersebut belum dibayar, ini tidaklah bermakna inti pati “menjual” tidak dibuktikan. Dalam kes Wan Marzuki Wan Abdullah v PP [2013] 1 CLJ 177 Mahkamah Persekutuan telah menyatakan: “Thus, in the present case, the non-payment of the agreed price should not mean that there was no actual delivery of the drugs on the appointed day. The court was in agreement with the view expressed by the Court of Appeal that actual delivery is a question of fact and degree and it depends on the particular facts of an individual case.” [42] Dalam kes Tarmizi Yacob & Anor v PP & Anor Appeal [2010] 8 CLJ 503 mahkamah memutuskan transaksi jual beli itu lengkap apabila (perayu dalam kes itu) telah menyerah dadah tersebut kepada PW10 dan hanya menunggu pembayaran apabila pihak polis bergerak untuk menangkap mereka. Suatu fakta yang jelas ialah penjualan itu lengkap apabila penyerahan dadah tersebut dibuat walaupun pembayaran belum lagi dibuat. Dalam kes di hadapan kami “flash rolled money” ditunjukkan kepada Perayu. [43] Dalam kes PP v Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649 YA Hakim Mahkamah telah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu PP v Mansor bin Mohd Rashid & Anor [1996] MLJ 560 dan menjelaskan: 20 “Subsection (1) of s. 39B (1) of the Act enumerates three separate and distinct offence relating to traficking in dangerous drugs. Section 2 of the Act defines “trafficking” as: …includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying, or distributing any dangerous drugs; It must be observed that most acts that constitute “trafficking’ as defined in s. 2 of the Act like, for example,keeping, concealing, storing, transporting, and carrying dangerous drugs involved prerequisite element of possession unlike, for instance, the sale and supply of dangerous drugs which need not necesssarily involve posession as demonstrated by Pendakwa Raya v Mansor bin Mohd Rashid & Anor [1996] 3 MLJ 560.” [44] Dalam kes Pendakwa Raya v Mansor bin Mohd Rashid & Anor [1996] 3 MLJ 560 Mahkamah Persekutuan memutuskan: “Having regard to the evidence of this case, it is our view that the learned trial judge was unduly concerned with the exclusivity of possession of room ‘K’ and the custody or control of the cannabis in question in relation to Amran. It is essential to bear in mind that the case of the prosecution was not based on control or custody thereby invoking the presumption of possession, or on possession of 200g or more cannabis thereby attracting te presumption of traficking under s 37 (d) or (da)(iv) of the Act.The prosecution founded its case of traficking on ‘sale’ of the cannabis to PW9, the agent provocateur”. 21 [45] Berdasarkan fakta yang kami perturunkan dalam alasan ini, kami berpuas hati tidak berlaku apa-apa kekhilafan undang-undang dan / atau fakta yang memerlukan Mahkamah ini campur tangan dalam keputusan Hakim Bicara. Alasan (f), (g), (h) dan (i) Petisyen Rayuan [46] Alasan (f), (g), (h) dan (i) Petisyen Rayuan merujuk kepada dakwaan Perayu bahawa informer terlibat secara aktif dalam rundingan jual beli dadah tersebut. Peguam bela bijaksana Perayu telah menghujahkan atas kegagalan pihak pendakwaan memanggil informer sebagai saksi wujud kelompangan dalam kes pendakwaan. Oleh yang demikian, Hakim Bicara sewajarnya membangkitkan peruntukan seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terhadap pendakwaan. [47] Apabila peranan informer dicabar di Mahkamah seperti dalam kes ini, Mahkamah perlu menilai keterangan yang dibentangkan pendakwaan dan melihat sama ada informer telah bertindak secara aktif dalam rundingan dan transaksi penjualan dadah tersebut sehingga boleh disifatkan memainkan peranan sebagai AP. Ini merupakan persoalan fakta yang perlu dinilai oleh Mahkamah dengan teliti dan adil (lihat Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492). Kami perhatikan aspek ini telah dipertimbangkan oleh Hakim Bicara dengan amat berhati-hati. Jelas daripada fakta yang dihuraikan dalam alasan ini, informer hanya sekadar memperkenalkan SP2 kepada Perayu dan tidak terlibat secara langsung dalam rundingan dan / atau transaksi jual beli dadah dan / atau berperanan sebagai AP sebagaimana yang dihujahkan. Rundingan dan 22 transaksi dalam kes ini hanya melibatkan SP2 dan AP semata-mata. Keterangan juga menunjukkan informer tidak pernah muncul di tempat di mana rundingan dijalankan. Walaupun saksi-saksi pendakwaan telah disoal balas bertubi-tubi berhubung kehadiran informer di tempat kejadian, namun keterangan mereka tetap tidak tergugat (lihat soal balas SP2 di m.s. 69 (barisan 25 ke 35) -70 (barisan 5) Rekod Rayuan Jilid 2A baris 25-35 (m.s. 69). [48] Isu yang sama telah dibangkitkan dalam kes Osman Din v Pendakwa Raya [1955] 2 SLR 129 ; Lai Kam Loy v PP [1994] 1 SLR 787 ; Lim Young Sien v P.P [1994] 2 SLR 257 di mana mahkamah telah memutuskan bahawa informer bukanlah saksi yang wajib atau yang perlu dipanggil pendakwaan. Ini bergantung keadaan sekeliling kes. Dalam keadaan kes pendakwaan yang boleh dibuktikan terhadap tertuduh melalui keterangan lain yang bebas, kegagalan memanggil informer tidak menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kes pendakwaan. [49] Terdapat juga kes di mana informer memainkan peranan yang lebih besar berbanding dengan kes di hadapan kami, mahkamah memutuskan kegagalan memanggil informer sebagai saksi tidak menjejaskan keputusan kes kerana terdapat keterangan yang lebih daripada mencukupi (overwhelming) untuk membolehkan mahkamah membuat keputusannya (lihat Namasiyam v PP [1987] MLJ 336). [50] Dalam kes Wan Yurilhami Wan Yaacob v PP [2010] 1 CLJ 17, dalam keadaan informer sekadar memperkenalkan AP kepada perayu 1 dan hadir semasa transaksi jual beli dadah dijalankan, mahkamah 23 memutuskan kehadiran informer ialah semata-mata untuk menyakinkan (to lend credence) perayu-perayu tentang niat AP untuk membeli dadah. Oleh yang demikian, informer bukan bertindak sebagai AP. [51] Jelas Hakim Bicara telah secara betul membangkitkan peruntukan seksyen 40 ADB yang memberikan perlindungan kepada informer. [52] Atas alasan yang kami huraikan di atas, kami berpuas hati alasan-alasan yang dibangkitkan Perayu tidak bermerit dan ditolak oleh mahkamah. Alasan (k) & (l) Petisyen Rayuan [53] Alasan (k) dan (l) berkaitan dengan dakwaan Perayu bahawa dalam kes ini tiada suatu penyiasatan yang lengkap dan menyeluruh dijalankan oleh pegawai penyiasat (SP6) dan kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan log panggilan telefon Perayu. Kami bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa isu yang dibangkitkan ini terlalu remeh sebab tidak terdapat apa-apa kelompangan wujud dalam kes pendakwaan. Ini adalah kerana keterangan yang dikemukakan adalah lebih daripada mencukupi (overhelming), Perayu melakukan kesalahan sebagaimana dituduh. Kes pendakwaan tidak memerlukan lain-lain keterangan sokongan (lihat kes Idris Harun v PP Appeal case No. P-05-42-2004). Seksyen 40A ADB terpakai dalam keadaan kes ini di mana undang-undang menyatakan keterangan AP tidak boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai semata-mata dia telah cuba 24 bersubahat atau subahat itu semata-mata untuk mendapat keterangan terhadap orang yang disubahati. [54] Jelas alasan rayuan ini juga tidak bermerit. Alasan (m) & (n) Petisyen Rayuan [55] Alasan terakhir ialah dakwaan Perayu bahawa pertuduhan terhadap Perayu cacat dan / atau defektif. Perayu pada asalnya dituduh dengan tiga orang lain. Dua antara mereka, Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 (di Mahkamah Tinggi) telah dilepas dan dibebaskan pada tahap akhir kes pembelaan. Peguam bela menghujahkan dalam keadaan ini pertuduhan wajar dipinda untuk menunjukkan bahawa hanya Perayu terlibat dengan kesalahan mengedar dadah tersebut. Setelah meneliti rekod prosiding, kami berpuas hati Perayu tidak dalam apa-apa keadaan diprejudis atas alasan yang dibangkitkan Perayu. Fakta berhubung kes ini adalah jelas dan dalam pengetahuan penuh Perayu. [56] Penegasan kami di atas disokong oleh kes Msimanga Lesaly v PP [2005] 4 MLJ 314 iaitu suatu kes di mana Perayu telah dituduh bersama seorang lain dan dengan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Kesiksaan. Apabila tertuduh yang satu lagi dibebas dan dilepaskan pada tahap akhir kes pendakwaaan, dakwaan berasaskan niat bersama turut gugur. Dalam keadaan ini dihujahkan pendakwaan perlu meminda pertuduhan untuk meminda rujukan kepada inti pati Perayu bertindak dengan niat bersama. Mahkamah memutuskan perkara ini tidak boleh menyebabkan pertuduhan menjadi defektif terhadap Perayu. Ini adalah 25 kerana sudah menjadi undang-undang yang terasas seksyen 34 Kanun Kesiksaan tidak mewujudkan suatu kesalahan substantif tetapi semata-mata suatu kaedah undang-undang untuk menggambarkan tanggung jawab bersama oleh beberapa orang. (Lihat juga kes Chota bin Abdul Razak v PP [1991] 3 MLJ 77; Teh Thiam Huat v PP [1996] 3 SLR 631). [57] Berdasarkan alasan ini, hujahan peguam bela perayu ditolak. Penutup [58] Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami huraikan dalam penghakiman ini, kami sebulat suara menolak rayuan Perayu dan mengekalkan keputusan Hakim Bicara terhadap sabitan dan hukuman. Kami berpuas hati sabitan dan hukuman adalah selamat. Bertarikh : 2 Oktober 2017 signed (ASMABI BINTI MOHAMAD) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia 26 Peguam Bela Perayu: Tetuan Gerard Lazarus & Associates No.27, Tingkat 2 Jalan Tengku Kelana 41000 Klang Selangor Darul Ehsan Pendakwaan: Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bahagian Perbicaraan & Rayuan Aras 5, No. 45, Lot 4G7 Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya