a
(A) PENDAHULUAN
/akn/my/judgment/magistrates-court/2026/772af8d1-86d2-4c64-b2e8-4d52464603dd
Magistrates Court of Malaysia20 Jul 2026AC-A73KJ-331-12/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN GUAMAN SIVIL NO. AC-A73KJ-331-12/2025 ANTARA KISANLOURDES A/L VINCENT VIKNESH (NO. KP: 060713-08-0923) ... PLAINTIF DAN AHMAD RAZALI BIN HJ ABD RAHIM (NO. KP: 591115-08-5655) ...DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
a
(A) PENDAHULUAN
section
1. Defendan telah tidak berpuas hati dengan keputusan saya yang diberikan pada 20/7/2026 yang menolak permohonan Defendan tanpa perintah terhadap kos.
section
2. Dalam notis permohonan bertarikh 29/6/2026, Defendan telah mengemukakan 10 permohonan (prayers), antara lainnya:
a
(a) Memerintahkan Plaintif supaya hadir untuk menjalani pemeriksaan oleh pakar ortopedik Defendan, Dr Mahadev Shunmugam di Taiping, Perak.
b
(b) Memerintahkan Plaintif memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Dr Mahadev.
c
(c) Memerintahkan Plaintif membawa kesemua rekod perubatan yang berkaitan.
d
(d) Sekiranya Plaintif gagal menghadiri pemeriksaan oleh Dr Mahadev, kesemua laporan perubatan Plaintif diketepikan dan/atau dibatalkan.
e
(e) Memulangkan elaun perjalanan sebanyak RM200 yang telah dibayar kepada Plaintif pada 22/5/2026.
b
(B) FAKTA RINGKAS
section
3. Plaintif telah memulakan tindakan guaman terhadap Defendan melalui writ saman bertarikh 18/12/2025.
section
4. Kausa tindakan Plaintif ialah tort kecuaian daripada kemalangan jalan raya.
section
5. Tarikh bicara telah ditetapkan pada 12/11/2026.
section
6. Oleh itu, kes masih di peringkat pra-perbicaraan.
c
(C) ALASAN MAHKAMAH
i
(i) PUNCA KUASA PERMOHONAN DEFENDAN
section
7. Permohonan Defendan ini dibuat di bawah A 1A, A 3, A 34 k 1 dan k 10 dan A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("KKM").
section
8. Oleh itu, dapat dilihat bahawa permohonan Defendan ini bukan dibuat di bawah aturan spesifik dalam KKM yang memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk membuat perintah seperti yang dipohon oleh Defendan.
section
9. Sebaliknya, permohonan Defendan ini dibuat di bawah aturan am dalam KKM iaitu kuasa inherens Mahkamah dan kuasa Mahkamah dalam pengurusan kes.
section
10. A 34 k 1(1) KKM memperuntukkan sedemikian: "(1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Kaedah-Kaedah ini, Mahkamah boleh, pada bila-bila masa selepas permulaan prosiding, melalui usulnya sendiri, memerintahkan mana mana pihak atau pihak-pihak kepada prosiding itu untuk hadir di hadapan Mahkamah, supaya Mahkamah boleh mengeluarkan perintah atau memberikan arahan sebagaimana yang difikirkan patut supaya-
a
(a) semua perkara yang mesti atau yang boleh diuruskan dengan permohonan interlokutori dan yang belum diuruskan boleh diuruskan setakat mana yang boleh; dan
b
(b) arahan sedemikian boleh diberikan untuk kausa tindakan masa hadapan sebagaimana ternyata disesuaikan sebaiknya untuk menjamin penyelesaian yang adil, cepat dan ekonomi."
section
11. Penting diberikan perhatian bahawa penegasan dalam kaedah ini ialah "melalui usulnya sendiri".
section
12. Dapat dilihat bahawa permohonan ini bukan melalui usul Mahkamah, tetapi melalui notis permohonan yang difailkan oleh Defendan.
section
13. Oleh itu, saya berpendapat A 34 k 1 KKM tidak terpakai dalam permohonan ini.
section
14. Seterusnya, Defendan juga bergantung kepada A 34 k 10 KKM dalam permohonan ini.
section
15. A 34 k 10 KKM agak panjang dan saya cuma memetik peruntukan yang relevan sahaja.
section
16. A 34 k 10(3) KKM memperuntukkan sedemikian: “(3) Tiada apa pun dalam perenggan (1) boleh menghalang mana-mana pihak kepada suatu tindakan yang kepadanya kaedah ini terpakai daripada memohon kepada Mahkamah untuk arahan atau perintah lanjut atau yang berlainan yang, dalam hal keadaan itu, bersesuaian.”
section
17. Oleh itu, tindakan Defendan yang memfailkan notis permohonan adalah betul mengikut A 34 k 10(3) KKM.
subparagraph
(ii) KANDUNGAN NOTIS RAYUAN
section
18. Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya ingin mengulas tentang kandungan notis rayuan Defendan yang menyatakan saya telah menolak permohonan mereka tanpa mendengar merit permohonan.
section
19. Pada 20/7/2026, semasa pengurusan kes secara e-review, saya mendapati Afidavit Jawapan telah pun difailkan pada 15/7/2026.
section
20. Seperti dapat dilihat melalui minit saya dalam prosiding e-review tersebut, saya telah membaca notis permohonan, afidavit sokongan dan afidavit jawapan Plaintif sebelum saya mengajukan soalan adakah perlu membuat permohonan sedemikian yang saya dapati hanya membazirkan kos dan masa kehakiman sahaja.
section
21. Peguam Plaintif dan peguam Defendan juga telah membuat hujahan dalam prosiding e-review tersebut.
section
22. Oleh itu, adalah satu pernyataan yang mengelirukan apabila Defendan menyatakan dalam notis rayuan mereka bahawa saya telah menolak permohonan Defendan tanpa mendengar merit permohonan.
subparagraph
(iii) SIFAT PERMOHONAN DEFENDAN
section
23. Seperti dinyatakan di atas, notis permohonan Defendan mengandungi 10 permohonan (prayers).
section
24. Tetapi isu yang benar-benar menjadi tunjang permohonan ini adalah seperti yang diketengahkan oleh pihak-pihak dalam prosiding e-review pada 20/7/2026, iaitu kos pengangkutan untuk Plaintif pergi ke Taiping dari Hutan Melintang untuk berjumpa dengan Dr Mahadev.
section
25. Itu sahaja. Adakah ini memberikan justifikasi yang cukup kepada Defendan untuk memfailkan permohonan ini, dan seterusnya memfailkan rayuan selepas permohonan ditolak?
section
26. Berdasarkan prosiding e-review pada 20/7/2026, saya berpendapat permohonan sedemikian hanya membazirkan kos dan masa kehakiman sahaja.
section
27. Defendan sanggup memberikan RM200 sebagai kos pengangkutan Plaintif, tetapi Plaintif meminta RM500. Bezanya hanya RM300.
section
28. Kos menyediakan permohonan ini, kos pemfailan kertas kausa dan kos memfailkan rayuan sahaja sudah melebihi RM300.
section
29. Saya juga sudah menasihatkan pihak-pihak untuk menyelesaikan isu kos pengangkutan ini sesama mereka. Adalah jelas nasihat saya tidak dihiraukan apabila Defendan memilih untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan saya.
section
30. Dalam kes Tan Geok Lan v La Kuan [2004] 2 CLJ 301, Mahkamah Persekutuan memutuskan sedemikian (di 310-314): "The learned trial judge should have also considered on the need to expedite the disposal of the case with a view of saving costs, reducing delays and minimizing the burden of the court. Our civil procedure had been revamped from time to time for the purpose. One example is the case management procedure (O.34 of the Rules of the High Court 1980 (the RHC)). The significance of this procedure is that it marks a change from the traditional position under which the progress of cases was left largely in the hands of the parties. Now, under the procedure the court controls the progress of cases by the exercise of its powers given to it to enable it, and not the parties, to dictate the progress of cases at the pre-trial stage, ensuring that the practices and procedures applicable during that stage are complied with promptly and not abused "It is trite law that it is the judge and not the parties who is in control of the proceedings. And also it is well-settled that an expectation that the trial would proceed to a conclusion upon the evidence to be adduced is not a legitimate expectation of the parties. The sole legitimate expectation of any party in the action is to receive justice and justice can only be achieved by assisting the judge and accepting his rulings (see Ashmore v. Coporation Of Lloyd's, supra). "The control of the proceeding is in the hand of the trial judge. Parties are not entitled as of right to have their case tried to a conclusion in such manner as they think fit. A party's only legitimate expectation is that he would receive justice which can only be achieved by assisting the judge and accepting his rulings. Hence, in a fitting case, where the judge decides on the manner of the disposal of a case on the ground of expediency and in the interest of saving time and costs the decision should not be subject to appellate interference."
section
31. Berpandukan nas di atas, adalah jelas permohonan ini dan rayuan yang difailkan oleh Defendan adalah terjumlah kepada pembaziran masa kehakiman dan penyalahgunaan proses Mahkamah.
section
32. Selain itu, saya berpendapat penolakan notis permohonan Defendan tidak melupuskan secara muktamad hak Defendan.
section
33. Defendan masih mempunyai ruang untuk membuat hujahan dan meyakinkan Mahkamah untuk membuat perintah tertentu berkaitan dengan laporan pakar dan pemeriksaan pakar dalam perbicaraan nanti.
d
(D) KESIMPULAN
section
34. Dalam keadaan sedemikian, Lamp 11 ditolak tanpa perintah terhadap kos. Bertarikh 31 Julai 2026 GAN PENG KUN HAKIM MAHKAMAH SESYEN SIVIL TELUK INTAN PERAK Peguamcara Plaintiff Muhammad Wafi Bin Abdullah Tetuan Ong & Partners Peguamcara Defendan Norleena Binti Jamal Tetuan K.B. Tan Kumar & Partners
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.