Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO.: WA-B52NCC-2432-10/2023
WA-B52NCC-2432-10/2023
Sessions Court of Malaysia15 Apr 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“mbalikan beban undang-undang, tetapi aplikasi lazim beban evidensial terhadap fakta yang khusus dalam pengetahuan dan kawalan Defendan. 117) Merujuk kepada kes Keongco Malaysia Sdn Bhd v Ng Seah Hai [2011] CLJU 703, mahkamah memutuskan: “when both parties had given diametrically conflicting versions… this Court will ha”
“i tidak menerima permohonan Defendan untuk membuat inferens buruk terhadap Plaintif atas kegagalan memanggil wakil Orix sebagai saksi. Dalam Nurazlina binti Abd Kadir v Fauziah binti Mohd Yusof & Ors [2025] CLJU 253, Mahkamah Tinggi menegaskan bahawa **Note : Serial number will be used to verify the originality of this”
“kal sehingga disalurkan ke Akaun Wang Tak Dituntut. Hubungan kausal dan jangkaan munasabah dibuktikan. 165) Mahkamah Tinggi dalam kes Pax Investment Limited v Standard Chartered Bank Malaysia Berhad [2025] CLJU 2902, memutuskan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING p”
“luarkan tuntutan atau menyelesaikan pembiayaan. Estoppel tidak boleh digunakan sebagai instrumen perkayaan tanpa prestasi. 164) Dalam Pax Investment Limited v Standard Chartered Bank Malaysia Berhad [2025] MLRHU 2455, Mahkamah mengaplikasikan ujian “but for” dalam menilai hubungan kausal. Sekiranya Defendan melaksanaka”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO.: WA-B52NCC-2432-10/2023
1
KIT LOONG COMMERCIAL TYRE SDN. BHD.
2
KAYEL TYRE RETREAD SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 198801005787/173144-P) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN TECSA SOFTWARE SERVICES SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 201501014944/1140276-U) … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN 1) Tindakan guaman ini berasaskan daripada suatu projek teknologi maklumat untuk menaik taraf sistem Enterprise Resource Planning (“ERP”) Microsoft Dynamics NAV 2009 yang digunakan oleh Plaintif Pertama kepada Microsoft Dynamics NAV 2017 dengan perkhidmatan ICT yang disediakan dan/atau dibekalkan oleh Defendan. Plaintif Pertama ialah syarikat induk kepada Plaintif Kedua. Defendan pula menjalankan perniagaan perkhidmatan teknologi maklumat dan ICT. 23/07/2026 01:52:13 Kand. 69 2) Perbicaraan kes telah dijalankan dengan saksi-saksi, Ten Shai Cheong (“SP1”) bagi Plaintif-Plaintif dan Das Amit (“SD1”) bagi Defendan. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan kertas kausa, pliding terpinda, fakta dipersetujui, isu-isu untuk dibicarakan, Ikatan Dokumen Bersama Bahagian B dan B1, serta hujahan bertulis pihak-pihak beserta otoriti yang dirujuk, dan Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif. Alasan penuh keputusan Mahkamah ini akan dihuraikan di bawah. 3) Mahkamah ini ingin mengingatkan bahawa keputusan Mahkamah ini bukan dibuat semata-mata atas sebab projek tidak mencapai hasil komersial yang diharapkan. Persoalan sebenar dalam tindakan guaman ini ialah sama ada Defendan telah melaksanakan obligasi yang boleh dikenal pasti di bawah Tecsa Master Services Agreement bertarikh 17 Januari 2018 (“TMSA”) dan Statement of Work bertarikh 7 Mac 2018 (“SOW”), dan sama ada hasil kerja bagi pembayaran yang telah diterima dapat dibuktikan melalui rekod projek yang sepatutnya berada dalam milikan Defendan. PIHAK-PIHAK DAN DOKUMEN KONTRAK 4) Plaintif Pertama merupakan sebuah syarikat pelaburan dan pembekalan perkhidmatan pengurusan ("Investment Holding Company and Provision of Management Services"). Manakala Plaintif Ke-2 merupakan anak syarikat yang dimiliki 100% saham oleh Plaintif Pertama. 3 5) Defendan merupakan sebuah syarikat yang membekalkan perkhidmatan dan perniagaan maklumat, komunikasi dan teknologi ("Providing Information, Communications and Technology (ICT) Services and ICT Business"). 6) Pada setiap masa yang material, Plaintif Pertama telah menggunakan satu perisian perancangan sumber perusahaan (enterprise resource planning) ("ERP") yang dikenali sebagai Microsoft Dynamic Navision 2009 sejak tahun 2010 (selanjutnya dirujuk sebagai "NAV") untuk perniagaan Plaintif Pertama dan anak-anak syarikat Plaintif Pertama. 7) Pada sekitar penghujung tahun 2017, dalam satu perjumpaan antara Plaintif Pertama dan Defendan, Defendan melalui wakilnya yang dikenali sebagai Amit Das, Joe Chong June Hui, Anik Datta dan Matthew John Rodgers telah memperkenalkan perkhidmatan teknologi maklumat ("IT") yang boleh dibekalkan oleh Defendan kepada Plaintif Pertama. 8) Dalam perjumpaan tersebut, kesemua wakil Defendan telah merepresentasikan bahawa mereka adalah sangat berpengalaman dalam industri multimedia dan bercadang untuk membekalkan perkhidmatan menaiktaraf NAV yang sedang digunakan oleh Plaintif Pertama pada ketika itu kepada versi yang terkini dan mengubahsuaikannya (customize) mengikut spesifikasi-spesifikasi yang sesuai dan dipersetujui untuk perniagaan Plaintif Pertama dan perniagaan anak-anak syarikat Plaintif Pertama. 4 9) Lanjutan itu, pihak-pihak telah bersetuju untuk memasuki satu perjanjian Tecsa Master Services Agreement (“TMSA”) bertarikh 17 Januari 2018 dan satu perjanjian Statement of Work Microsoft Dynamics Navision 2017 (“SOW”) bertarikh 7 March 2018. 10) Terma-terma yang terlandung di dalam SOW bahawa, inter alia:-
a
Appendix E, E.1: memperuntukkan anggaran jumlah hari yang diperlukan untuk keseluruhan projek tersebut adalah 185 hari;
b
Appendix E.1 / Exhibit 4: Jadual Bayaran yang memperuntukkan tarikh-tarikh tamat anggaran untuk setiap fasa dan tempoh masa pembayarannya; (Fasa 1: RM82,800 / 26% / April 2018; Fasa 2: RM105,800 / 33% / Julai 2018; Fasa 3: RM88,600 / 28% / September 2018; Fasa 4: RM43,200 / 13% / November 2018);
c
Harga kontrak bagi Projek tersebut dibawah SOW adalah berjumlah RM320,400.00;
d
Jadual projek dan maklumat belanjawan SOW ini ialah anggaran terbaik berdasarkan maklumat yang diberikan kepada Tecsa oleh pelanggan pada tarikh berkuat kuasa dan semua perubahan pada jadual semasa akan diuruskan secara proaktif. Walau bagaimanapun, walaupun apa-apa yang bertentangan terkandung dalam SOW ini, sebarang perubahan kepada SOW ini mesti dilakukan melalui Permintaan Perubahan ("Change
e
Tempoh SOW ini bermula daripada tarikh tandatangan kontrak ("tarikh berkuat kuasa") dan berakhir secara automatik tanpa notis pada tarikh apabila Perkhidmatan selesai ("Tarikh tamat");
f
Appendix B SOW memperuntukkan butir-butir perkhidmatan yang perlu dihantar serah oleh Defendan bagi setiap fasa. 11) Selanjutnya, melalui email Defendan bertarikh 18 Jun 2018, Defendan telah memberikan satu pelan projek yang memperuntukkan tempoh-tempoh masa bagi setiap item perkhidmatan dan juga bahawa keseluruhan projek akan disempurnakan pada 12 Februari 2019. 12) Plaintif Pertama dan Defendan telah menandatangani TMSA pada 17 Januari 2018. TMSA mengandungi rangka umum hubungan perkhidmatan. SOW bertarikh 7 Mac 2018 pula memperincikan skop projek, fasa kerja, deliverables, anggaran man-hours, fi, mekanisme penerimaan dan jadual projek. Kedua-duanya mestilah dibaca bersama dan secara komersial. 13) Harga keseluruhan yang telah dinyatakan bagi projek ini ialah RM320,400.00. Bagi fasa 1, iaitu permulaan projek, analisis dan reka bentuk, berjumlah RM82,800.00. Bagi fasa 2, iaitu pembangunan, berjumlah RM105,800.00. Kedua-dua jumlah ini, keseluruhannya RM188,600.00, telah diterima oleh Defendan menerusi pembiayaan oleh ORIX Credit Malaysia Sdn. Bhd. (“ORIX”). Manakala, baki berikutnya iaitu sejumlah RM131,800.00 adalah berkaitan fasa yang berikutnya. 14) Pengaturan pembiayaan dibuat melalui Plaintif Kedua kerana, menurut SP1, Plaintif Pertama ialah sebuah syarikat pelaburan yang tidak mempunyai rekod transaksi operasi yang mencukupi bagi tujuan pembiayaan. Plaintif Kedua, sebuah subsidiari milik penuh, memperoleh kemudahan ORIX pada kadar 4.22% bagi tempoh 48 bulan. Defendan mengetahui bahawa ORIX ialah pembiaya, Defendan telah dinamakan sebagai pembekal dan Defendan telah menerima pembayaran terus daripada ORIX. 15) Mahkamah ini mendapati dan menerima bahawa dokumen pembiayaan menggunakan perihalan pembelian perisian. Walau bagaimanapun, perihalan dalam dokumen pembiayaan tidak dengan sendirinya menghapuskan TMSA dan SOW atau mewujudkan kontrak jualan perisian berasingan tanpa bukti persetujuan, lesen, nombor siri, bukti pemasangan atau penghantaran. Substansi urus niaga ini mesti dikenal pasti daripada keseluruhan dokumen dan pelaksanaan pihak-pihak yang terlibat. TUNTUTAN PLAINTIF-PLAINTIF 16) Melalui Pernyataan Tuntutan Terpinda, Plaintif-Plaintif memohon terhadap Defendan antara lain yang berikut:
a
RM188,600.00 dibayar kepada Plaintif Kedua sebagai bayaran Fasa 1 dan Fasa 2;
b
RM131,800.00 dibayar kepada Plaintif Kedua sebagai baki pembiayaan yang kemudiannya disalurkan ke Akaun Wang Tak
c
RM54,096.00 sebagai faedah pembiayaan ORIX;
d
ganti rugi am;
e
faedah 5% setahun;
f
kos; dan
g
relif lain yang difikirkan adil. 17) Asas tuntutan guaman Plaintif-Plaintif di sini ialah bahawa Defendan telah menerima pembayaran tetapi tidak menyiapkan projek, tidak menyerahkan workable solution dan tidak mengemukakan deliverables yang diterima atau disahkan menurut SOW. Plaintif-Plaintif menyifatkan keadaan ini sebagai suatu tindakan kemungkiran kontrak dan kegagalan balasan menyeluruh yang menimbulkan hak restitusi serta tuntutan atas ganti rugi. PEMBELAAN DAN BANTAHAN DEFENDAN 18) Defendan dalam pernyataan pembelaannya menafikan kemungkiran sebagaimana yang didakwa Plaintif-Plaintif. Defendan dalam pembelaannya, secara ringkas, menyatakan yang berikut:
a
Plaintif Kedua bukan pihak yang terlibat dalam TMSA/SOW dan tiada locus standi bagi tindakan ini;
b
Appendix B SOW tidak mengandungi tarikh mula dan tamat yang tegas dan nyata;
c
Fasa 1 dan Fasa 2 telah disiapkan dan pembayaran tanpa bantahan merupakan penerimaan;
d
harga ialah anggaran berdasarkan man-hours;
e
terdapat jualan perisian berasingan kepada Plaintif Kedua;
f
projek ditamatkan secara persetujuan bersama;
g
emel kontemporari “go live” menafikan kemungkiran kontrak;
h
keterangan SP1 adalah bercanggah; dan
i
kegagalan Plaintif-Plaintif memanggil wakil ORIX mewajarkan inferens di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. 19) Defendan turut membantah tuntutan sejumlah RM131,800.00 atas alasan ia adalah baki yang terhutang kepada Defendan dan Plaintif terhalang oleh estoppel daripada mengambil pendirian sebaliknya. Jumlah RM54,096.00 pula dikatakan terlalu jauh, berbangkit daripada kontrak pihak ketiga, tidak diperuntukkan oleh TMSA/SOW dan tidak dibuktikan telah dibayar. FAKTA YANG TIDAK DIPERTIKAIKAN 20) Antara fakta yang tidak dipertikaikan ialah kewujudan TMSA dan SOW serta penglibatan Defendan sebagai pembekal dalam pengaturan ORIX. 21) Penerimaan sejumlah RM82,800.00 dan RM105,800.00 oleh Defendan daripada Orix diakui dan sejumlah baki RM131,800.00 telah tidak dituntut oleh Defendan untuk beberapa tahun yang kemudiannya telah dimasukkan ke dalam Akaun Wang Tak Dituntut. 22) Pihak-pihak juga mengakui surat tuntutan Plaintif bertarikh 26 April 2019 dan jawapan peguam Defendan bertarikh 28 Mei 2019. 23) Tidak dipertikaikan juga bahawa hasil akhir sistem NAV 2017 tidak pernah digunakan oleh Plaintif Pertama. 24) Pertikaian sebenar bagi tindakan guaman ini ialah sama ada kerja Fasa 1 dan 2 telah dibuat dan/atau telah diselesaikan dan telah diserahkan dalam bentuk yang memenuhi kontrak, serta akibat undang-undang kesan kegagalan projek tersebut. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN 25) Mahkamah ini mendapati pertikaian berikut dan menyusun isu-isu yang berbangkit seperti berikut:
i
Defendan membangkitkan isu locus standi dan priviti bagi Plaintif
II
(ii) kandungan obligasi dan tempoh pelaksanaan;
III
(iii) sama ada Fasa 1 dan 2 disiapkan dan/atau diselesaikan serta diterima;
IV
(iv) sama ada terdapat kontrak jualan perisian berasingan;
v
sama ada wujud penamatan bersama yang telah diplidkan;
VI
(vi) kebolehpercayaan saksi-saksi dan kesan dokumen kontemporari;
VII
(vii) inferens buruk kerana tidak memanggil ORIX atau tidak mengemukakan rekod deliverables; dan
VIII
(viii) kelayakan kepada setiap komponen relif yang dipohon. KETERANGAN SP1 — TEN SHAI CHEONG 26) SP1 ialah Senior Technology Officer dan terlibat secara langsung dalam projek ini. Beliau menerangkan bahawa matlamat projek ialah untuk menaik taraf NAV 2009 kepada NAV 2017 yang telah disesuaikan dengan operasi kumpulan Plaintif, bukan semata-mata untuk memperoleh lesen perisian generik. Kerja penyesuaian penting kerana sistem perlu berfungsi dengan proses perniagaan sedia ada. 11 27) SP1 menyatakan wakil-wakil Defendan, termasuk SD1, telah mengesahkan bahawa Defendan mempunyai kepakaran melaksanakan projek tersebut. Merujuk kepada Penyata Saksi Plaintif-Plaintif di Soalan dan Jawapan 4(d) dan (e), SP1 telah memberi keterangan seperti berikut: “Pada penghujung 2017, wakil-wakil Defendan iaitu Amit Das, Joe Chong June Hui, Anik Datta dan Matthew John Rodgers telah memperkenalkan perkhidmatan IT kepada Plaintif dan memberi representasi mereka berkemampuan menaik taraf NAV kepada versi terkini serta melakukan penyesuaian khas mengikut keperluan Plaintif.” 28) SP1 seterusnya mengesahkan secara khusus yang berikut: “Dalam perjumpaan tersebut, kesemua wakil Defendan telah merepresentasikan bahawa mereka adalah sangat berpengalaman dalam industri multimedia dan bercadang untuk membekalkan perkhidmatan menaiktaraf NAV yang sedang digunakan oleh Plaintif Pertama pada ketika itu kepada versi yang terkini dan mengubahsuaikannya (customize) mengikut spesifikasi-spesifikasi yang sesuai dan dipersetujui untuk perniagaan Plaintif Pertama dan perniagaan anak-anak syarikat Plaintif Pertama.” 29) SP1 selanjutnya menyatakan pada jawapan kepada Soalan 4(f): “Rentetan representasi tersebut, satu perjanjian induk bertajuk TECSA Master Services Agreement (TMSA) bertarikh 17.01.2018 dan satu lagi perjanjian Statement of Work (SOW) bertarikh 07.03.2018 telah dimeterai antara Plaintif Pertama dan Defendan.” 30) Berasaskan representasi dan cadangan dari wakil-wakil Defendan tersebut, TMSA dan SOW ditandatangani oleh Plaintif-Plaintif dan Defendan. Jadual projek menunjukkan anggaran keseluruhan 185 hari dan pihak-pihak pada mulanya menyasarkan penyempurnaan projek tersebut sekitar bulan November 2018, kemudian tarikh diselaraskan tetapi projek masih tidak siap sehingga surat tuntutan dikemukakan pada bulan April 2019. 31) Berkenaan tuntutan Plaintif sejumlah RM188,600.00, RM54,096.00 dan RM131,800.00, SP1 menjelaskan di muka surat 6-7 Nota Prosiding bahawa jumlah tersebut ialah bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 serta baki yang tidak dituntut oleh Defendan. Beliau menegaskan bagi bayaran sejumlah RM188,600.00, “setakat ini tak ada hasil-hasil yang solid ataupun yang induk kita boleh guna”, tiada workable solution, tiada konfigurasi lengkap dan tiada deliverable yang diterima secara formal. Keterangan SP1 setelah semasa di pemeriksaan utama adalah seperti berikut: PP: “Okay, lagi satu soalan. Boleh kamu jelaskan kepada Mahkamah mengapa kamu membuat tuntutan RM188,600, RM54,096 dan RM131,800 mengikut pernyataan tuntutan kamu. Boleh kamu jelas satu per satu mengapakah kamu membuat tuntutan ini terhadap defendan?” SP1: “Okay, tuntutan pertama RM188,600 merupakan bayaran fasa 1 dan fasa 2 untuk pembangunan dan pengubasuai Navi yang diupgrade kan itu. Tapi setakat ini tak ada hasil-hasil yang solid ataupun yang induk kita boleh guna untuk tuntutan pertama. Tuntutan yang kedua baki wang sebagai RM131,800 tu ialah baki bagi jumlah pinjaman daripada plaintif dua dari Orix. Duit ini sepatutnya dituntut oleh defendan tapi sebab defendan tak tuntut, duit ini telah disarankan ke dalam unclaimed fund. So, sepatutnya kami telah pinjam dari Orix, duit dah keluar, hasil kerja tak ada dan baki ini kita masih bayar faedah kepada Orix. Itu sebab kita nak tuntut balik duit ini.” 32) Semasa pemeriksaan balas, SP1 juga mengesahkan perkara yang sama berkenaan tuntutan sejumlah RM188,600.00 dengan menyatakan yang berikut: PD: “Yeah, 188. My apologise Puan. RM188,600 dituntut balik kerana tak ada hasil yang solid yang boleh diguna okay. Jadi Encik bagitahu Mahkamah, betul?” SP1: “Ya.” 33) Semasa di periksa semula, SP1 menjelaskan yang berikut: PP: “Okay, during the meeting ah. Okay, tadi Encik Veren juga ada mengatakan bahawa…ditanya berkenaan dengan Encik Ten mengatakan RM188,600 yang dituntut balik tak ada hasil solid yang boleh digunakan dan jawapan Encik Veren adalah ya. So, apakah yang Encik Veren maksudkan tak ada hasil solid tersebut? Maksud apa hasil solid itu?” SP1: “Agreement plaintiff with defendant is a software customisation, it’s not software purchasing. In order to get the loan, we need to have, we need to work out this purchasing documentation. As what appendix B (i) muka surat 43 mentioned, we need to prepare this document.” 34) SP1 merujuk kepada mekanisme Appendix B yang mensyaratkan deliverables yang disahkan oleh pihak-pihak. Beliau menafikan Plaintif pernah menandatangani sebarang dokumen penerimaan. Semasa pemeriksaan balas, beliau menerima bahawa tiada tarikh tertentu tercetak di ruangan Appendix B, tetapi menjelaskan bahawa SOW dan pelan projek perlu dibaca bersama. Pengakuan tersebut tidak sama dengan pengakuan bahawa Defendan mempunyai tempoh masa tanpa had. 35) Mengenai emel bertarikh 29 Disember 2018 yang membincangkan “go live”, SP1 menngesahkan bahawa emel itu tidak mengandungi aduan kelewatan. Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa perbincangan “go live” ialah usaha untuk menyelaras projek yang sedang lewat dan bukannya pengesahan bahawa semua deliverables telah diterima. Mahkamah ini menerima penjelasan ini kerana tiada acceptance certificate atau rekod serahan akhir untuk menyokong tafsiran Defendan. 36) Seterusnya, berkenaan Plaintif Kedua, SP1 secara terus terang mengakui bahawa Plaintif Kedua tidak dinamakan sebagai pihak dalam TMSA/SOW. Beliau menjelaskan peranan Plaintif Kedua bukan rekaan selepas pertikaian tetapi penglibatan Plaintif Kedua ialah selaku peminjam, menanggung liabiliti ORIX, dan pembayaran kepada Defendan dibuat daripada kemudahannya dengan pengetahuan Defendan. 37) Semasa di peringkat pemeriksaan semula SP1 menyatakan yang berikut: PP: “Okay, tadi Encik Veren ada mengatakan bahawa dirujuk kepada muka surat 77 ah, yang hire purchase agreement di bundle B. Dan Encik Veren juga ditanya bahawa setiap pembayaran adalah untuk pembayaran beli software daripada Orix dan jawapan Encik Veren adalah ya. Dan kamu jelaskan jawapan kamu?” SP1: “Seperti yang dijelaskan awal tadi, in order to dapat pinjam ni kita kena mengikut hire purchase. Hire purchase maksudnya kena ada satu produk. Software customisation tidak boleh dirujukkan sebagai satu produk. That’s why with Orix advice kita tukar jadi it is for the procedure. So, in fact I already mention. We are not purchase a new software, the agreement is we doing, we engage defendant to customise the new version of the NAV. All this invoice, DO, we attach to defendant is to fulfil the procedure to get the loan.” 38) SP1 menjelaskan bahawa sejumlah RM131,800.00 ialah baki kemudahan ORIX yang tidak dituntut Defendan. Beliau memberi keterangan bahawa Plaintif memohon nota kredit melalui emel 22 Mac 2022 supaya baki pembiayaan dapat dibatalkan. Tanpa nota kredit, baki kekal direkodkan dan akhirnya wang itu disalurkan ke Akaun Wang Tak Dituntut. Menurut SP1, Plaintif Kedua berterusan menanggung liabiliti pembiayaan walaupun tiada hasil projek. 39) Bagi sejumlah RM54,096.00, SP1 menyatakan ia ialah jumlah faedah pembiayaan pada kadar 4.22% bagi tempoh 48 bulan. Apabila dicadangkan bahawa Defendan bukan pihak perjanjian pembiayaan, SP1 menjawab bahawa akibat kegagalan Defendan melaksanakan perjanjian, Plaintif tidak dapat menikmati manfaat pembangunan, sedangkan faedah tetap menjadi beban kepada Plaintif. 40) Mahkamah ini mendapati SP1 tidak cuba menafikan perkara yang merugikan kesnya, termasuk identiti pihak kontrak dan ketiadaan tarikh pada Appendix B. Keterangannya mengenai struktur projek, pembayaran dan ketiadaan sistem yang boleh digunakan adalah konsisten dengan fakta objektif bahawa tiada acceptance document dikemukakan dan sistem tidak pernah “go live”. KETERANGAN SD1 — DAS AMIT 41) SD1 ialah Ketua Pegawai Eksekutif Defendan dan saksi tunggalnya. Beliau mendakwa Defendan telah menyempurnakan Fasa 1 dan Fasa 2 serta berhak menyimpan RM188,600.00 bayaran yang telah diterimanya. Menurutnya, bayaran yang diterima tanpa bantahan pada masa material membuktikan kerja telah dan selesai dibuat. SD1 menyatakan bahawa tarikh dalam pelan projek hanyalah tempoh masa anggaran sahaja. Beliau juga mendakwa terdapat dua kontrak iaitu SOW dengan Plaintif Pertama bagi perkhidmatan dan satu lagi kontrak jualan perisian kepada Plaintif Kedua bernilai RM320,400.00. Namun beliau tidak mengemukakan kontrak jualan berasingan, purchase order yang berasingan, lesen, product key, rekod pemasangan atau bukti penghantaran perisian kepada Plaintif Kedua. 42) Semasa pemeriksaan utama di muka surat 59 Nota Keterangan, SD1 menjelaskan versi pembelaannya dengan lebih lanjut: “Okay, we had a discussion with Kit Loong initially and we did one agreement with Kit Loong and SOW and MSA we completed and it was upgrading and customisation for that particular software. After we did this agreement, then later on when we go and found that the software, they don’t have the software to upgrade which is too old. So, they need a software. Then we suggest them to buy the software. Then later on they told Kayel to come back to us to buy the software.” 43) Apabila ditanya jumlah kontrak yang dikatakan wujud, SD1 menjawab: PD: “So, in essence how many agreement?” SD1: “We have 2 contract.” 44) Bagaimanapun, semasa pemeriksaan balas di muka surat 60 Nota Keterangan, SD1 mengakui bahawa tiada komunikasi bertulis yang menunjukkan Defendan pernah memaklumkan kepada Plaintif bahawa sistem lama terlalu usang dan perisian baharu perlu dibeli: PP: “Do you agree with me that there is no document in the bundle show that you convey this message to my client, to the plaintiff that the version is too old and you need to upgrade the software, nothing in the bundle to suggest that. Do you agree with me or not?” SD1 : “I agree.” 45) Dalam pemeriksaan balas, SD1 tidak dapat mengemukakan time logs yang menyokong man-hours yang kononnya telah digunakan. Lebih penting, beliau tidak mengemukakan dokumen deliverables yang ditandatangani atau diterima oleh Plaintif Pertama. Kekurangan ini bukan perkara kecil kerana Appendix B sendiri menjadikan deliverables dan penerimaan sebagai ukuran prestasi serta asas pembayaran berfasa. 46) Dalam jawapan kepada Soalan 18 Penyata Saksi Terpinda, SD1 menyatakan: “Firstly the SOW refers to estimate dates and estimate man-hours to complete the Project. Secondly the Defendant had completed the Project within a shorter period than expected.” 47) Dalam jawapan kepada Soalan 19, SD1 menyatakan: “The Defendant had quoted to the 1st Plaintiff based on the estimated man hours taken to complete the Project and estimated time taken to complete the Project. The Defendant had completed the Project earlier than the forecasted time period given to the 1st Plaintiff.” 48) Semasa pemeriksaan balas, SD1 mengakui SOW memperuntukkan keseluruhan 185 hari: PP: “Do you agree with me that based on this statement of work, the schedule, the total require man-day is 185 days, according to this SOW, correct?” PP: “Which is about 6 months?” 49) SD1 turut bersetuju bahawa tarikh siap yang dianggarkan adalah sekitar November 2018: PP: “So, if 6 months from the 20 days after the signing which is about April, so the completion should be around November 2018, do you agree with me?” SD1: “Estimated, yes.” PP: “Yes ah, estimated.” SD1: “Estimated, agree.” 50) Walau bagaimanapun, SD1 kemudian mengakui bahawa tiada dokumen dalam ikatan dokumen di hadapan mahkamah ini yang membuktikan dan mengesahkan bahawa projek tersebut telah disiapkan pada bulan November atau Disember 2018 ataupun Januari 2019: PP: “Do you agree with me that no document proving that Defendant completed the work by November 2018 or December 2018 or even January 2019, no nothing. Do you agree with me? No document in the bundle?” 51) Beliau turut mengakui tiada dokumen membuktikan kerja telah disiapkan menjelang bulan Februari 2019: PP: “And also no document to prove that, you have completed the work by February 2019?” 52) SD1 turut mendakwa bahawa projek ini telah ditamatkan secara persetujuan bersama. Sandaran utamanya ialah korespondensi pada tahun 2022. Tiada perjanjian penamatan, minit mesyuarat, nota kredit, settlement, pelepasan hak atau dokumen yang menyatakan tarikh dan terma penamatan bersama. Dakwaan tersebut juga tidak diplidkan dengan secukupnya sebagai suatu persetujuan kontraktual yang muktamad. 53) Semasa pemeriksaan balas, SD1 menyatakan yang berikut: PP: “No ah. Next, page 87. In this email from plaintiff to you ah, okay. The plaintiff has requested for the credit note, as requested by Orix for the RM131,800. So, do you agree with me that despite plaintiff asking for you the credit notes, never once said that you were entitled to this claim, RM131,800” SD1: “I have answered. We have mutual termination, the case was closed.” PP: “Yes, Mr Amit. Please listen okay. Do you agree with me or not? No reply say that oh there is mutual termination, this RM131 should be…okay sorry. Just now Mr Amit say has a mutual termination is RM131,800, so the case is closed. So, if this is the true story, do you agree with me that you should issue for the credit note for RM131,800 to the plaintiff as requested. Do you agree with me or not” SD1: “No. Even the letter say terminated then what is there.” Pembelaan berhubung RM131,800.00 54) Mahkamah ini merujuk kepada jawapan kepada Soalan 15 Penyata Saksi Terpinda, SD1 menyatakan bahawa surat ORIX merujuk jumlah RM131,800.00 sebagai: “An outstanding amount due to the supplier.” SD1 kemudian menjelaskan: “In this case, the Defendant is the supplier, indicating that the Defendant is owed money by the 2nd Plaintiff.” 22 55) SD1 turut merujuk emel Plaintif yang menyatakan: “Otherwise, it will remain outstanding balance of RM131,800.00 from Kit Loong.” 56) Pembelaan Defendan bahawa emel-emel tersebut menunjukkan Plaintif mengakui jumlah itu terhutang kepada Defendan: “The emails clearly show that both Plaintiffs are fully aware that the Defendant does not owe this amount to them.” 57) Namun, dalam pemeriksaan balas, SD1 bersetuju bahawa jika perkhidmatan dan perisian telah disempurnakan, Defendan sepatutnya berhak menuntut keseluruhan RM320,400.00: PP: “If both has been completed, so by right you are entitled to claim the RM320,400, correct?” SD1: “Agree.” 58) SD1 turut bersetuju bahawa baki selepas pembayaran RM188,600.00 ialah RM131,800.00: PP: “So, the balance would be 131,800, do you agree with me?” SD1: “Agree.” 59) Semasa ditanya sama ada Defendan patut menuntut baki tersebut, SD1 menjawab: “Balance yes, I should collect the balance. It’s reasonable to collect.” 60) Walau bagaimanapun, bagi jumlah RM131,800.00, SD1 menyatakan bahawa Defendan tidak pernah menuntut jumlah tersebut selama kira-kira tujuh tahun sejak tahun 2018. Defendan menyifatkannya pada bahagian lain bahawa ianya sebagai baki terhutang, namun pada bahagian lain pula, SD1 berkata tiada lagi man-hours selepas penamatan dan oleh sebab itu Defendan tidak menuntutnya. 61) Semasa pemeriksaan balas, apabila ditanya mengapa Defendan tidak pernah menuntut baki RM131,800.00, SD1 menjawab: SD1: “It was a mutually termination.” 62) Selanjutnya, apabila ditanya mengapa Defendan tidak mengeluarkan invois bagi baki itu, SD1 memberi keterangan: SD1: “I never issue invoice to them to claim the money because the project was terminated.” 63) Di muka surat 80 Nota Keterangan, semasa pemeriksaan balas SD1 memberikan alasan yang lebih khusus: PP: “So, can you explain why you never claimed this RM131,800 from Orix or from the P2 lah?” SD1: “Because it was mutually termination by Kit Loong and Kayel. So, we both agreed and then after that…” MAH: “Mutual termination? Because of mutual termination?” 64) Berdasarkan keterangan SD1, bahawa baki RM131,800.00 tidak pernah dituntut kerana projek telah ditamatkan secara persetujuan bersama. Pengakuan bahawa penamatan bersama tidak diplidkan 65) Semasa pemeriksaan balas, SD1 dicadangkan bahawa pembelaan mutual termination tidak pernah diplidkan dalam pernyataan pembelaannya: PP: “Do you agree with me that the mutual termination was not pleaded in the defence and also it’s not a pleaded case. Do you agree with me?” SD1: “I didn’t understand your question actually.” 66) Peguam Plaintif kemudian kemukakan semula soalan kepada SD1 yang berikut: PP: “I will put it to you that this mutual termination was not raised in your defence at all, do you agree with me or not? And the only issue raised is that, you completed service and you completed the delivery. You mention that you completed the delivery, completed the service, you never mention there is mutual termination, do you agree with me or not?” SD1: “No.” 25 67) Walau bagaimanapun, apabila SD1 diminta menunjukkan perenggan Pembelaan yang memplidkan penamatan bersama, peguam Defendan sendiri menyatakan: PP: “So, in your defence can you find out which clause of your defence pleaded terminate mutually, the contract has mutually terminated?” PD: “If I may assist the Court. There is nothing in the pleading Puan.” 68) Petikan ini merupakan pengakuan penting oleh pihak Defendan bahawa pembelaan penamatan bersama tidak pernah diplidkan atau dinyatakan dalam Pembelaan Defendan. Surat jawapan Defendan juga tidak menyebut penamatan bersama 69) SD1 turut dirujuk kepada surat jawapan Defendan. Beliau mengakui bahawa surat tersebut tidak menyatakan kegagalan Plaintif membayar atau kewujudan penamatan bersama: PP: “In this letter you also did not state that the Plaintiff failed to pay you or mutual termination, nothing?” SD1: “Agree.” 70) SD1 juga mengakui bahawa Defendan tidak pernah memfailkan tuntutan balas atau tindakan berasingan bagi menuntut sejumlah RM131,800.00: PP: “Do you agree with me that, in this case you have never filed any counterclaim or you have never filed any fresh suit to claim RM131,800, do you agree with me?” Keterangan SD1 tentang masa dan kesan penamatan 71) SD1 dalam keterangannya pada hari perbicaraan berikutnya, SD1 telah memberikan penjelasan bahawa penamatan berlaku selepas penyempurnaan beberapa fasa tetapi sebelum peringkat go-live: SD1: “So, means we have completed analysis and design two phases as the time and material and resource utilization and then after that they have terminated, mutually they have terminated the contract. So, based on the contract, time and material and the utilization of resource after that no more. That’s why we did not bill them again.” SD1 meneruskan: “There did not use our resource so we did not bill them. And before go-live they just terminated mutually. Then after that we did not bill them anymore because we are not sending our resources to client site or not working into project anymore.” 72) Berdasarkan keterangan lisan dan versi SD1 ini adalah dapat disimpulkan oleh Mahkamah ini kepada beberapa fakta penting yang berikut bahawa:
1
Defendan menyatakan telah menyiapkan fasa analisis dan reka bentuk;
2
projek tersebut kemudiannya telah ditamatkan secara bersama;
3
penamatan itu berlaku sebelum peringkat go-live;
4
tiada lagi sumber manusia digunakan selepas penamatan; dan
5
oleh sebab itu Defendan tidak mengeluarkan invois lanjut untuk menuntut baki tersebut. 73) Selanjutnya, Mahkamah ini mendapati bahawa versi di atas ini perlu dibandingkan dengan pendirian dan sisi lain SD1 dalam penyata saksi Defendan yang telah menyatakan bahawa “completed the Project within a shorter period than expected”. Jika projek ditamatkan sebelum go-live, terdapat persoalan sama ada projek benar-benar telah disiapkan sepenuhnya seperti yang didakwa dalam Penyata Saksi SD1. Keterangan SD1 tentang ketiadaan dokumen penamatan 74) Apabila SD1 diminta menerangkan ketiadaan dokumen deliverables, beliau menyatakan: “Actually this implementation happens 4, 5 years before and it was mutually terminated and it was having so many resource, employee was working and there were lot of employees has been resigned also. And it has been terminated so we did not give that kind of documents…” 75) Dalam pemeriksaan semula, peguam Defendan cuba bertanya sama ada terdapat dokumen penamatan: PD: “Can you please tell the Court, is there any document to show before this Honourable Court on mutual termination?” PP: “Puan, I have to interrupt this because termination is not part of pleading Puan.” MAH: “Alright, allow objection.” 69) Apabila soalan diubah, SD1 menjelaskan: PD: “Why you said mutually termination, Mr Amit?” SD1: “Because it was 4 years back when we were doing the project they have said that project has been terminated. So, will not continue on it. So, we didn’t ask for the money and we just keep quiet.” SD1 seterusnya merujuk emel tahun 2022: “Then if you go to page 87 bundle B, there asking onto the date for the RM131,800 credit memo all and then mention the terminated. Actually it’s terminated before but until this email, we have no objection to Kit Loong… We never claim on that. So, that was terminated initially.” 76) Walaupun SD1 berkata projek telah ditamatkan lebih awal, tiada tarikh tertentu atau dokumen kontemporari penamatan dikenal pasti dalam keterangan tersebut. 77) Mahkamah ini tidak menolak keseluruhan keterangan SD1. Mahkamah ini mendapati pastinya terdapat aktiviti projek, perbincangan, analisis dan pembangunan pada peringkat awal. Akan tetapi, persoalan undang- undang bukan sama ada kakitangan Defendan melakukan sesuatu, sebaliknya persoalan berbangkit sama ada prestasi kerja yang dibayar telah disiapkan dan diserahkan mengikut kontrak atau sebaliknya. Pada persoalan itu, keterangan SD1 tidak disokong oleh rekod primer yang sepatutnya berada dalam kawalan Defendan. HUJAHAN PIHAK-PIHAK ISU 1 — BEBAN PEMBUKTIAN DAN KECUKUPAN PLIDING 78) Plaintif berhujah bahawa mereka telah memikul beban di bawah seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 melalui dokumen-dokumen TMSA, SOW, jadual pembayaran, cek ORIX, emel, keterangan SP1 dan ketiadaan dokumen penerimaan. Plaintif memetik seksyen 101: “Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.” 79) Plaintif juga merujuk kes Zung Zang Wood Products Sdn Bhd & Ors v Kwan Chee Hang Sdn Bhd & Ors [2012] 5 MLJ 319 bagi kesan kegagalan pihak yang mempunyai pengetahuan langsung mengemukakan keterangan atau dokumen material. Hujahnya ialah Defendan telah gagal mengemukakan deliverables yang ditandatangani walaupun dokumen itu, jika wujud, berada dalam milikan Defendan. 80) Defendan menghujahkan bahawa Pernyataan Tuntutan Terpinda tidak memperincikan terma, tarikh dan kemungkiran tertentu. Defendan bergantung pada RHB Bank Bhd v Seni Maju Sdn Bhd & Ors [2012] 10 MLJ 1, yang menyatakan bagi tuntutan kemungkiran kontrak, kewujudan kontrak, terma penting, kemungkiran, kerugian dan relif mestilah diplidkan. Defendan turut merujuk Aturan 18 kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; Blay v Pollard & Morris [1930] 1 KB 628; Haji Mohamed Dom v Sakiman [1956] 1 MLJ 45; dan Janagi v Ong Boon Kiat [1971] 2 MLJ 196 bahawa dokumen bukan pengganti pliding dan Mahkamah tidak boleh membina kes baharu. 81) Mahkamah ini menerima prinsip-prinsip tersebut tetapi Mahkamah ini mendapati pliding Plaintif, perlu dibaca secara keseluruhan, mengenal pasti TMSA/SOW, kegagalan menyiapkan dan menyerahkan perkhidmatan, jumlah bayaran yang telah diberikan dan relif. Defendan telah memahami kes yang perlu dijawab dan telah membela meritnya secara terperinci. ISU 2 — LOCUS STANDI DAN PRIVITI PLAINTIF KEDUA 82) Defendan berhujah Plaintif Kedua bukan pihak TMSA/SOW, sebagaimana diakui SP1. Berdasarkan Kepong Prospecting Ltd v Schmidt [1968] 1 MLJ 170, hanya pihak kepada kontrak boleh menguatkuasakan kontrak, hubungan induk-subsidiari tidak menghapuskan personaliti berasingan. Oleh itu, menurut Defendan, Plaintif Kedua ialah stranger dan tuntutannya gagal in limine. 83) Plaintif menghujahkan berasaskan fakta dan sifat relif yang dipohon. Berdasarkan fakta kes ini, Plaintif Pertama ialah pihak kontrak, manakala Plaintif Kedua pula telah mendapat kemudahan pembiayaan bagi pihak Plaintif Pertama daripada ORIX, Plaintif Kedua yang menanggung hutang dan faedah, dan kemudahannya menjadi sumber kewangan berjumlah RM188,600.00 untuk dibayar kepada Defendan. SP1 berkata Defendan tidak pernah membantah wang datang daripada Plaintif Kedua atau ORIX yang mana SD1 telah menjawab “Tiada.” 84) Plaintif membezakan hak masing-masing. Plaintif menghujahkan dan menyatakan bahawa Plaintif Pertama “mempunyai locus standi yang jelas dan sah” sebagai pihak TMSA/SOW, tanpa terjejas oleh pembayaran oleh Plaintif Kedua. Bagi Plaintif Kedua, tuntutannya ialah bagi pemulangan wang dan kerugian kewangannya sendiri. Sokongan undang-undang yang dirujuk ialah restitusi di bawah seksyen 65 Akta Kontrak 1950 dan Megah Berkat Sdn Bhd & Ors v MBSB Bank Berhad [2026] 1 MLRH 84 yang mana Mahkamah menerima bahawa apabila prestasi yang diberikan tidak memenuhi terma sah kontrak dan tidak dapat melaksanakan tujuan kontraktualnya, keadaan tersebut boleh merupakan suatu kegagalan balasan secara menyeluruh yang mewajibkan pemulangan bayaran yang telah diterima. Prinsip berkenaan dirumuskan seperti berikut: “A performance guarantee that fails to meet the valid terms of a contract results in total failure of consideration, obligating the guarantor to refund any charges paid for it.” ISU 3 — TEMPOH PROJEK DAN KEMUNGKIRAN MASA 85) Plaintif selanjutnya berhujah mengenai Appendix E/E.1 yang telah memperuntukkan anggaran 185 hari dan Klausa 4 SOW memerlukan kerja bermula dalam 20 hari. Pelan Projek Defendan pula mencadangkan go-live selewat-lewatnya 12 Februari 2019. Plaintif juga merujuk seksyen 40 Akta Kontrak 1950 bahawa apabila satu pihak enggan atau gagal melaksanakan janji secara keseluruhan, pihak satu lagi boleh menamatkan kontrak; “40. When a party to a contract has refused to perform, or disabled himself from performing, his promise in its entirety, the promisee may put an end to the contract, unless he has signified, by words or conduct, his acquiescence in its continuance.” 86) Pada asasnya, seksyen 40 ini memberi pihak yang tidak mungkir pilihan untuk menamatkan kontrak apabila pihak satu lagi enggan atau menjadikan dirinya tidak berupaya melaksanakan keseluruhan janjinya. Walau bagaimanapun, hak tersebut boleh hilang sekiranya pihak yang tidak mungkir, melalui perkataan atau kelakuannya, telah bersetuju supaya kontrak diteruskan. 87) Defendan berhujah bahawa Appendix B tidak menyatakan tarikh mula atau tamat; SP1 mengakui “Tiada”. Tarikh dan man-hours hanyalah estimated. Defendan telah merujuk kepada kes Charles Grenier Sdn Bhd v Lau Wing Hong [1996] 3 MLJ 327 dan menghujahkan tiada kemungkiran masa boleh timbul tanpa terma masa yang pasti. 88) Mahkamah ini mendapati Appendix B tidak boleh dibaca sendiri dan terasing daripada SOW, Appendix E/E.1 dan Pelan Projek. “Estimated” tidak bermaksud tempoh tanpa had. Yang lebih menentukan ialah sehingga surat tuntutan 26 April 2019, Defendan tidak menunjukkan sistem boleh guna atau acceptance bagi fasa dibayar. Kemungkiran bukan semata-mata kelewatan tarikh, tetapi kegagalan prestasi material dalam tempoh munasabah yang dipersetujui oleh pihak-pihak. ISU 4 — SAMA ADA FASA 1 DAN 2 DISIAPKAN SERTA DITERIMA 89) Plaintif menghujahkan bahawa sejumlah RM82,800.00 dan RM105,800.00 tepat sepadan dengan Fasa 1 dan Fasa 2 SOW. Appendix B memerlukan deliverables dengan tandatangan kedua-dua pihak. SP1 mengesahkan tiada dokumen sedemikian dan tiada workable solution. Plaintif merujuk Zung Zang Wood Products untuk inferens daripada kegagalan Defendan mengemukakan dokumen yang sepatutnya berada dalam kawalannya. 90) Defendan berhujah “Items (i) and (ii) have been delivered and completed”; invois dibayar tanpa bantahan; emel bertarikh 29 Disember 2018 membincangkan go-live; dan tindakan kontemporari lebih dipercayai daripada dakwaan kemudian. Defendan telah merujuk KC Leong Holdings Sdn Bhd v Datin Moh Bee Ling [2015] 7 MLJ 10; Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229; Grace Shipping Inc v C F Sharp [1987] 1 MLJ 257; Armagas Ltd v Mundogas SA (The Ocean Frost) [1985] 1 Lloyd’s Rep 1; dan Guan Teik Sdn Bhd v Haji Mohd Noor bin Haji Yakob & Ors [2000] 4 MLJ 433 mengenai dokumen kontemporari dan kebarangkalian keseluruhan. 91) Mahkamah ini menerima kepentingan dokumen kontemporari tetapi mendapati invois dan perbincangan go-live bukan bukti muktamad penerimaan. Dokumen yang paling dekat dengan isu deliverables, time logs, hasil analisis/reka bentuk, ujian dan acceptance, tidak dikemukakan dan dibuktikan oleh Defendan. Keterangan SD1 bahawa “we have 2 invoices” tidak menggantikan bukti prestasi. Bayaran melalui pembiayaan juga bukan deemed acceptance tanpa klausa sedemikian. ISU 5 — KONTRAK JUALAN PERISIAN BERASINGAN 92) Defendan berhujah wujud dua kontrak iaitu TMSA/SOW dengan Plaintif Pertama dan jualan NAV 2017 bernombor siri 5646683 kepada Plaintif Kedua. Invois dan surat pengaturan pembayaran dikatakan kontrak jualan. Defendan juga merujuk kepada Sun Holding (Sun Park Hotel) Co Ltd & Ors v Export-Import Bank of Malaysia Bhd [2016] 1 MLJ 115 bahawa pihak-pihak terikat pada perjanjian bertulis. 93) Plaintif pula berhujah tiada kontrak jualan berasingan, purchase order, product key, bukti pemindahan lesen atau pemasangan. Jumlah RM320,400.00 bagi “jualan” sama tepat dengan harga SOW; harga starter pack dalam jadual pula USD3,500 dan kuantiti bagi Plaintif Pertama dicatat sifar. SD1 akhirnya mengakui RM320,400.00 ialah “bundle” perisian dan customisation. 94) Mahkamah ini mendapati surat pembayaran dan invois dibuat untuk menyesuaikan transaksi dengan mekanisme ORIX, ia tidak membuktikan consensus ad idem bagi jualan berasingan. Otoriti Sun Holding menguatkan keperluan berpegang pada dokumen bertulis dan tidak membantu Defendan mencipta kontrak kedua yang tidak dikemukakan. ISU 6 — PENAMATAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA 95) Defendan bergantung pada emel SP1 yang menyebut “terminated with agreement”, pengakuan SP1 bahawa persetujuan itu dengan Amit Das, dan keterangan SD1 bahawa projek ditamatkan sebelum go-live. Defendan menghujahkan penamatan menjelaskan mengapa baki RM131,800.00 tidak diinvois dan tidak dituntut oleh Defendan. 96) Plaintif menjawab bahawa mutual termination tidak langsung diplidkan, tiada perjanjian penamatan, tarikh, terma pelepasan, nota kredit atau penyelesaian. Plaintif bergantung pada R Rama Chandran v Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 CLJ 147 yang memutuskan “It is trite law that a party is bound by its pleadings” dan Janagi v Ong Boon Kiat bahawa Mahkamah tidak boleh memberi laluan ke atas kes yang tidak diplidkan. 97) Mahkamah ini mendapati emel tersebut membuktikan projek akhirnya tidak diteruskan tetapi tidak membuktikan pelepasan liabiliti bagi kemungkiran terdahulu. Pembelaan mutual termination sebagai pelepasan kontraktual gagal kerana tidak diplidkan dan tidak dibuktikan terma-terma pentingnya. Lebih-lebih lagi, versi SD1 bahawa penamatan berlaku sebelum go-live bertentangan dan/atau bercanggah dengan pernyataan bertulisnya bahawa keseluruhan projek disiapkan lebih awal. ISU 7 — KEGAGALAN MEMANGGIL ORIX DAN INFERENS BURUK 98) Defendan menghujahkan ORIX ialah saksi penting untuk menjelaskan sama ada pembiayaan bagi perisian atau SOW, mengapa RM131,800.00 tidak dituntut dan sama ada RM54,096.00 telah dibayar. Defendan merujuk seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950, Silver Corridor Sdn Bhd v Gallant Acres Sdn Bhd & Anor [2016] 5 MLJ 1 dan Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd v Serdang Baru Properties Sdn Bhd & Ors [2016] 9 MLJ 354. 99) Plaintif berhujah dokumen ORIX ialah Bahagian B dan pembayaran yang diterima Defendan langsung tidak dipertikaikan. Isu utama ialah prestasi Defendan, bukan pentadbiran dalaman ORIX. Defendan juga boleh menyepina ORIX untuk dipanggil sebagai saksi namun tidak berbuat sedemikian. Plaintif sebaliknya memohon inferens terhadap Defendan kerana tidak mengemukakan deliverables. ISU 8 — RM131,800.00, ESTOPPEL DAN KAUSASI 100) Plaintif berhujah Defendan tidak menuntut baki (ianya juga diakui sendiri oleh Defendan), enggan mengeluarkan nota kredit dan menyebabkan baki masuk Akaun Wang Tak Dituntut. Menggunakan ujian “but for” dalam Pax Investment, kerugian tidak akan berlaku jika projek disiapkan atau nota kredit dikeluarkan. 101) Defendan berhujah emel SP1 telah menyebut “outstanding balance of RM131,800.00 from Kit Loong” dan tajuk “payable due to Tecsa”; maka Plaintif mengakui hutang dan kini diestop daripada menuntut sebaliknya. Defendan merujuk Boustead Trading (1985) Sdn Bhd v Arab-Malaysian Merchant Bank Bhd [1995] 4 CLJ 283 bahawa estoppel ialah prinsip fleksibel untuk mencapai keadilan. 102) Mahkamah ini mendapati frasa itu menerangkan rekod akaun ORIX yang memerlukan nota kredit, bukan pengakuan bahawa Defendan memperoleh RM131,800.00 tanpa baki prestasi. Tiada reliance atau perubahan kedudukan Defendan. Defendan tidak menuntut jumlah itu selama bertahun-tahun. Estoppel tidak boleh menukar baki pembiayaan menjadi hak tanpa prestasi. ISU 9 — RM54,096.00 DAN REMOTENESS 103) Plaintif menghujahkan Defendan sememangnya mengetahui sejak awal bahawa pembayaran dibiayai ORIX, kos pembiayaan ialah akibat semula jadi dan boleh dijangka. SP1 menyatakan: “Because of the defendant didn’t fulfil the agreement we cannot enjoy the benefit of the development. So, this interest not benefit us.” Plaintif merujuk Pax Investment bagi causal link dan Popular Industries Ltd v The Eastern Garment Manufacturing Co Sdn Bhd [1989] 2 MLRH 705 bagi kerugian biasa akibat kemungkiran. 104) Defendan menghujahkan ia bukan pihak kepada kemudahan ORIX, tiada klausa TMSA/SOW mewajibkannya membayar faedah, keputusan pembiayaan ialah urusan peribadi Plaintif Kedua/, dan tiada resit setiap ansuran. Defendan merujuk Sun Holding [2016] 1 MLJ 115 bahawa pihak terikat pada kontrak bertulis dan kewajipan tidak boleh ditambah melalui dakwaan lisan. 105) Mahkamah ini mendapati tuntutan ini bukan penguatkuasaan klausa ORIX terhadap Defendan tetapi ganti rugi akibat kemungkiran Defendan kepada Plaintif. Defendan mengetahui pembiayaan, dinamakan sebagai supplier dan menerima cek ORIX. Jadual menunjukkan kadar faedah 4.22%, 48 bulan dan term charges RM54,096.00. Kos itu berada dalam jangkaan munasabah dan mempunyai kaitan langsung dengan pembayaran projek yang gagal menghasilkan manfaat. ISU 10 — KREDIBILITI SAKSI DAN PERCANGGAHAN 106) Defendan merujuk Khoon Chye Hin v PP [1961] 1 LNS 41 dan Ranggong ak Jenau & Ors v BLD Resources Sdn Bhd & Ors [2017] 5 MLJ 700 untuk menghujahkan percanggahan keterangan SP1 mengenai kontrak, pembiayaan, hutang RM131,800.00 dan penamatan menjejaskan kebolehpercayaan. Defendan juga menekankan dokumen kontemporari menurut Tindok Besar, Grace Shipping dan Guan Teik. 107) Plaintif menghujahkan SP1 telah menjawab secara terus terang bahawa Plaintif Kedua bukan penandatangan, Appendix B tidak menyatakan tarikh khusus dan emel menggunakan “terminated with agreement”. Penjelasannya adalah konsisten bahawa projek NAV telah ditamatkan selepas kegagalan prestasi, sedangkan kemudahan ORIX kekal dan perlu nota kredit. Sebaliknya keterangan SD1 bercanggah antara “completed the Project” dengan penamatan sebelum go-live; antara jualan perisian berasingan dengan pakej bundle; dan antara tiada urusan ORIX dengan pengetahuannya mengenai kemudahan serta cek ORIX. 108) Mahkamah ini perlu menilai bukan siapa paling tegas, tetapi keterangan siapa disokong fakta objektif. Ketiadaan sistem go-live, acceptance, time logs, bukti lesen dan dokumen penamatan menyokong teras keterangan SP1. Percanggahan keterangan SD1 menyentuh perkara teras dan mengurangkan berat pembelaan. PRINSIP BEBAN PEMBUKTIAN 109) Mahkamah ini merujuk prinsip undang-undang yang mantap bagi beban pembuktian kes sivil dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584 yang memutuskan bahawa: “at law there are only two standards of proof, namely, beyond reasonable doubt for criminal cases while it is on the balance of probabilities for civil cases.” 110) Dalam kes sivil, beban membuktikan sesuatu kes adalah terletak pada pihak yang menegaskan fakta tersebut. Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut: “101. (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.” 111) Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 pula memperuntukkan: “102. The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.” 112) Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa beban membuktikan sesuatu fakta khusus terletak pada pihak yang mahu Mahkamah mempercayai kewujudan fakta tersebut: “103. The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence...” 113) Dalam Selvaduray v Chinniah [1939] 1 MLJ 253, prinsip ini sering dihuraikan bahawa beban pembuktian terletak pada pihak yang menegaskan tuntutan sepanjang perbicaraan, dan beban evidential hanya beralih apabila pihak tersebut telah melepasi beban asalnya seperti berikut: “The burden of proof lies on the party throughout the trial. The standard of proof required of the plaintiff is on the balance of probabilities... If they fail to do so, it will not do for the plaintiffs to say that the defendants have not established their defence.” 114) Oleh itu, seksyen 101 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa sesiapa yang menghendaki Mahkamah ini memberi penghakiman mengenai sesuatu hak atau liabiliti yang bergantung pada fakta yang ditegaskannya mestilah membuktikan fakta tersebut dan seksyen 102 pula meletakkan beban pada pihak yang akan gagal sekiranya tiada keterangan diberikan oleh mana-mana pihak. 115) Merujuk kepada prinsip yang dinyatakan dalam kes Pan Malaysia Pools Sdn Bhd v Kwan Tat Thai & Anor and Other Appeals [2018] 4 CLJ 323, Mahkamah Rayuan menyatakan: “It is well established as a general rule that the burden of proof in a civil case is on the plaintiff but the burden will shift when the plaintiff has adduced sufficient evidence of probative value which requires the defendant to rebut the plaintiff’s evidence.” 116) Plaintif telah membuktikan bahawa terdapat kontrak yang telah dimasuki di antara pihak-pihak, terdapat pembayaran yang telah dibuat, wujudnya kegagalan sistem digunakan dan ketiadaan penerimaan formal. Beban evidensial kemudiannya beralih kepada Defendan untuk membuktikan sebaliknya. Ini bukan pembalikan beban undang-undang, tetapi aplikasi lazim beban evidensial terhadap fakta yang khusus dalam pengetahuan dan kawalan Defendan. 117) Merujuk kepada kes Keongco Malaysia Sdn Bhd v Ng Seah Hai [2011] CLJU 703, mahkamah memutuskan: “when both parties had given diametrically conflicting versions… this Court will have to look at the other documentary evidence and/or the conduct of the parties to determine the probability and improbability of the case.” PLIDING MENGIKAT PIHAK-PIHAK 118) Defendan bergantung kepada keputusan kes di dalam RHB Bank Bhd v Seni Maju Sdn Bhd & Ors [2012] 10 MLJ 1 bahawa tuntutan kemungkiran mesti memplidkan kontrak, terma penting, kemungkiran, kerugian dan relif. Mahkamah ini menerima prinsip tersebut. Prinsip yang dinyatakan hendaklah dibaca secara keseluruhan. Mahkamah ini mendapati Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif telah memberikan notis yang mencukupi tentang TMSA/SOW, kegagalan Defendan untuk menyiapkan dan menyerahkan perkhidmatan, jumlah pembayaran dan kerugian yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan. 119) Dalam R Rama Chandran v Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 CLJ 147, Mahkamah Persekutuan menegaskan: “It is trite law that a party is bound by its pleadings.” Prinsip ini terpakai sama rata. Defendan tidak boleh menggantikan kes kontrak perkhidmatan dengan kontrak jualan perisian berasingan atau persetujuan penamatan yang tidak dinyatakan dengan fakta material yang jelas. 120) Mahkamah ini juga merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam kes Janagi v Ong Boon Kiat [1971] 2 MLJ 196 yang turut menekankan bahawa perbicaraan hendaklah terhad kepada pliding yang dipertikaikan dan Mahkamah ini tidak boleh membina kes baharu bagi sesuatu pihak. Mahkamah ini tidak boleh membuat dapatan berdasarkan teori kontrak berasingan yang tiada asas dokumentar dan tidak diplidkan secara sempurna. 121) Prinsip undang-udang yang mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding, khususnya sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Samuel Naik Siang Ting v Public Bank Bhd [2015] 6 MLJ 1 dan Blay v Pollard & Morris [1930] 1 KB 628 yang memutuskan bahawa pliding adalah asas kepada perbicaraan sivil. Mahkamah ini tidak boleh melayani isu-isu dan/atau hujah-hujah baharu yang tidak diplidkan secara sah kerana ia melanggar prinsip keadilan dan hak pihak lawan untuk mengetahui kes yang perlu mereka jawab. Defendan tidak boleh pada peringkat perbicaraan memperluaskan kes pembelaannya kepada isu penamatan secara persetujuan dan kontrak berasingan yang telah tidak diplidkan secara khusus. 122) Oleh itu, mahkamah ini perlu menilai, meneliti dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan pembuktian yang dikemukakan dan memutuskan samada Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian. DAPATAN MAHKAMAH ISU PERTAMA: LOCUS STANDI DAN PRIVITI PLAINTIF KEDUA 123) Defendan dalam hujahannya bersandar kepada kes Kepong Prospecting Ltd v Schmidt [1968] 1 MLJ 170 bahawa orang asing kepada kontrak tidak boleh menyaman atas kontrak. Prinsip priviti itu diterima. Plaintif Kedua tidak boleh menuntut prestasi khusus TMSA/SOW seolah-olah ia pihak penandatangan. 124) Namun begitu, tuntutan guaman di sini difailkan bersama oleh Plaintif Pertama, pihak kontrak, dan Plaintif Kedua, pihak yang menanggung pembiayaan serta membuat pembayaran yang diterima Defendan. Defendan sejak awal mengetahui struktur dan peranan Plaintif-Plaintif tersebut, mengeluarkan invois yang digunakan untuk pembiayaan, dinamakan sebagai pembekal dan menerima wang daripada ORIX. Tuntutan Plaintif Kedua bukan semata-mata penguatkuasaan janji abstrak dalam SOW, tetapi pemulangan wang dan kerugian yang ditanggungnya dalam transaksi tripartit yang telah dilaksanakan dengan pengetahuan Defendan sedari awal. 125) Dalam kes ini, perkara yang perlu dinilai bukan semata-mata sama ada Defendan telah melakukan sebahagian kerja pembangunan, tetapi sama ada hasil kerja tersebut telah memenuhi tujuan asas TMSA/SOW, iaitu penyerahan suatu sistem yang lengkap, diterima dan boleh digunakan secara operasi. Penamatan projek sebelum go-live, bersama-sama kegagalan menunjukkan penerimaan akhir atau penggunaan produktif sistem tersebut, menyokong dapatan bahawa Plaintif tidak menerima manfaat substantif yang menjadi asas pembayaran. 126) Mahkamah ini menerima dan menggunapakai prinsip Kepong Prospecting. Plaintif Kedua tidak diberi hak menguatkuasakan TMSA/SOW sebagai penandatangan. Namun tindakan ini dibawa bersama Plaintif Pertama; kemungkiran dibuktikan oleh pihak kontrak, manakala Plaintif Kedua menuntut restitusi pembayaran dan kerugian pembiayaan yang ditanggungnya. Defendan mengetahui struktur, menjadi supplier, menyediakan dokumen dan menerima wang pembayaran dari Orix. Dalam konteks relif itu, Plaintif Kedua mempunyai kepentingan langsung dan hak tindakan restitusi/ganti rugi, tanpa menjejaskan priviti. 127) Dengan mengguna pakai prinsip di dalam kes Kepong Prospecting, Mahkamah ini mendapati yang berikut;
a
Plaintif Pertama mempunyai locus standi untuk menguatkuasakan TMSA/SOW kerana Plaintif Pertama ialah pihak kepada kontrak tersebut. Hak Plaintif Pertama tidak terjejas semata-mata kerana pembayaran dibuat oleh Plaintif Kedua. Seksyen 2(d) Akta Kontrak 1950 membenarkan balasan datang daripada penerima janji atau mana-mana orang lain.
b
Secara dasarnya Plaintif Kedua pula tidak memperoleh locus standi untuk menguatkuasakan TMSA/SOW hanya kerana ia membiayai atau membuat pembayaran bagi projek tersebut. Prinsip privity yang ditegaskan dalam Kepong Prospecting Ltd & Ors v Schmidt [1968] 1 MLJ 170 ialah bahawa kontrak hanya boleh dikuatkuasakan oleh pihak-pihak kepadanya. Walau bagaimanapun, locus standi Plaintif Kedua masih perlu dipertimbangkan secara berasingan berdasarkan kausa tindakan peribadinya. Melalui Plaintif Pertama, Plaintif Kedua telah membuktikan bahawa wangnya yang diperolehi dari kemudahan pembiayaan Orix telah dibayar kepada dan diterima oleh Defendan, bahawa tujuan pembayaran tersebut telah gagal, dan bahawa Defendan tidak lagi mempunyai asas untuk mengekalkan wang itu, Plaintif Kedua boleh mempunyai tuntutan restitusi yang bebas daripada hak kontraktual Plaintif Pertama. Mahkamah ini hendaklah memastikan bahawa award sedemikian tidak menghasilkan pemulihan berganda. Atas pembuktian tersebut, mahkamah ini mendapati Plaintif Kedua mempunyai locus standi dalam tindakan guaman ini yang dibawa bersama oleh Plaintif Pertama terhadap Defendan. 128) Locus standi tidak boleh disamakan secara mekanikal dengan priviti. Plaintif Kedua mempunyai kepentingan langsung, sebenar dan mencukupi terhadap pembayaran yang keluar daripada kemudahannya. Menolak kedudukannya akan menghasilkan keadaan tidak adil dan Defendan boleh menerima wang daripada Plaintif Kedua dengan pengetahuan penuh, tetapi menafikan hak pihak itu menuntut pemulangan apabila balasan gagal. 129) Pada masa yang sama, kehadiran Plaintif Pertama menghapuskan sebarang kekosongan dari sudut penguatkuasaan obligasi kontrak. Plaintif Pertama menuntut atas kemungkiran kontrak yang dimasuki dengan Defendan. Manakala Plaintif Kedua menuntut kerugian kewangan dan restitusi yang dialaminya. Mahkamah ini mendapati kedua-duanya mempunyai locus standi bagi relif yang dipohon masing-masing. Bantahan in limine ini ditolak keseluruhannya. ISU KEDUA: TEMPOH PELAKSANAAN DAN KEMUNGKIRAN 130) Defendan menekankan pengakuan SP1 bahawa Appendix B tidak mencetak tarikh mula dan tamat. Hujah ini mengasingkan satu lampiran daripada SOW dan pelan projek. Dokumen kontrak menunjukkan 185 hari kerja dan urutan fasa. Emel pihak-pihak pula menunjukkan sasaran pelaksanaan. Walaupun sesuatu tarikh ialah anggaran, ia tidak memberi Defendan masa tanpa had. 131) Seksyen 40 Akta Kontrak 1950 mengiktiraf hak pihak penerima janji menamatkan kontrak apabila satu pihak enggan atau melumpuhkan dirinya daripada melaksanakan janji secara keseluruhan, melainkan penerima janji telah merestui penerusan kontrak. Kegagalan berterusan sehingga surat tuntutan April 2019, tanpa sistem boleh guna atau deliverables diterima, merupakan kemungkiran yang pergi ke akar kontrak. 132) Mahkamah ini membezakan antara kelewatan kecil dalam projek IT yang kompleks dengan kegagalan menyerahkan hasil yang dapat disahkan. Plaintif tidak berjaya hanya kerana tarikh berlalu, Plaintif berjaya kerana, setelah tempoh yang munasabah dan bayaran besar diterima, Defendan masih tidak menunjukkan output kontrak yang boleh diterima atau digunakan. ISU KETIGA: SAMA ADA FASA 1 DAN FASA 2 DISIAPKAN SERTA DITERIMA 133) SOW menghubungkan fasa kerja dengan deliverables. Bukti paling semula jadi bagi dakwaan Defendan ialah dokumen analisis, reka bentuk, konfigurasi, source/configuration records, time logs, laporan ujian dan pengesahan penerimaan. Walaupun sebahagian bahan kerja mungkin wujud, Defendan tidak menghasilkan satu rangkaian rekod yang menunjukkan penyempurnaan dan penerimaan Fasa 1 dan Fasa 2. 134) Pembayaran bukan pengakuan konklusif penerimaan apabila pembayaran dibuat melalui pembiayaan berdasarkan invois dan jadual fasa. Tiada klausa yang menjadikan bayaran semata-mata sebagai deemed acceptance yang menyingkirkan mekanisme penerimaan. Ketiadaan bantahan pada tarikh bayaran tidak menghalang tuntutan apabila kecacatan prestasi dan kegagalan menyeluruh kemudiannya nyata. 135) Dalam KC Leong Holdings Sdn Bhd v Datin Moh Bee Ling [2015] 7 MLJ 10, Mahkamah menekankan nilai bukti dokumentar kontemporari dan tingkah laku tanpa bantahan. Prinsip itu tidak membantu Defendan secara muktamad. Dokumen kontemporari di sini menunjukkan projek masih diselaraskan, ia tidak menunjukkan acceptance certificate, penyiapan atau penggunaan sistem. 136) Oleh itu, Mahkamah ini mendapati Defendan tidak membuktikan bahawa RM188,600.00 telah diperoleh melalui prestasi kontrak yang lengkap. Aktiviti separa yang tidak menghasilkan deliverables boleh guna tidak memenuhi tujuan komersial pembayaran Fasa 1 dan 2. ISU KEEMPAT: DAKWAAN KONTRAK JUALAN PERISIAN BERASINGAN 137) Teori dua kontrak tidak disokong kontrak kedua. Dokumen ORIX menyebut perisian kerana itulah bentuk aset/pembekalan bagi pembiayaan. Namun invois dan dokumen pembiayaan bukan dengan sendirinya bukti consensus ad idem bagi jualan berasingan. Tiada bukti lesen NAV 2017 dipindahkan kepada Plaintif Kedua, tiada product key, dan tiada sistem diserahkan kepadanya. 138) Sun Holding (Sun Park Hotel) Co Ltd & Ors v Export-Import Bank of Malaysia Bhd [2016] 1 MLJ 115 menegaskan pihak terikat pada terma perjanjian bertulis. Prinsip tersebut sebenarnya menyokong pembacaan TMSA/SOW sebagai dokumen kontrak utama, bukannya penciptaan kontrak jualan yang tidak dikemukakan. ISU KELIMA: PENAMATAN SECARA PERSETUJUAN BERSAMA 139) Penamatan bersama memerlukan persetujuan yang jelas tentang penamatan dan, lazimnya, akibat kewangannya. Penggunaan perkataan “terminated with agreement” dalam korespondensi selepas beberapa tahun tidak membuktikan perjanjian penamatan lengkap pada tarikh material. Ia juga tidak menjawab apa yang berlaku kepada RM188,600.00, baki pembiayaan, deliverables atau liabiliti pihak-pihak. 140) Ketiadaan nota kredit sangat signifikan. Jika benar kontrak ditamatkan secara konsensual tanpa baki kerja, langkah komersial semula jadi ialah mengesahkan penamatan dan menyelaraskan invois/pembiayaan. Keengganan atau kegagalan berbuat demikian bercanggah dengan pembelaan penamatan yang teratur. Mahkamah ini menolak pembelaan ini. ISU KEENAM - KREDIBILITI DAN DOKUMEN KONTEMPORARI 141) Dalam Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229, Mahkamah Persekutuan mengingatkan bahawa lebih selamat merujuk perbuatan dan dokumen kontemporari daripada ingatan kemudian apabila keterangan lisan bercanggah. Dalam Grace Shipping Inc & Anor v C F Sharp & Co (Malaya) Pte Ltd [1987] 1 MLJ 257, Majlis Privy menekankan fakta objektif, dokumen, motif dan kebarangkalian keseluruhan. 142) Guan Teik Sdn Bhd v Haji Mohd Noor bin Haji Yakob & Ors [2000] 4 MLJ 433 pula mewajibkan Mahkamah menimbang keterangan bercanggah terhadap dokumen kontemporari. Setelah berbuat demikian, Mahkamah ini mendapati korespondensi “go live” menunjukkan projek berjalan, tetapi kegagalan mengemukakan acceptance dan deliverables menunjukkan projek tidak sampai kepada prestasi kontrak yang dibayar. 143) Mahkamah ini tidak menerima hujah Defendan bahawa beberapa ketidaktepatan SP1 menjadikan seluruh keterangannya tidak boleh dipercayai menurut Khoon Chye Hin v PP [1961] 1 LNS 41. Percanggahan mesti dinilai mengikut materialiti. Keterangan SP1 mengenai pembayaran, tiada sistem boleh guna dan tiada dokumen penerimaan disokong bukti objektif. 144) Keterangan SP1 bahawa projek ditamatkan sebelum go-live bercanggah dengan dakwaan SD1 bahawa Defendan telah “completed the Project within a shorter period than expected”. Mahkamah ini tidak menilai kedua-dua kenyataan tersebut secara terasing. Sebaliknya, Mahkamah ini menelitinya bersama TMSA/SOW, laporan kemajuan, dokumen UAT, komunikasi pihak-pihak dan ketiadaan dokumen penerimaan akhir atau bukti go-live. 145) Mahkamah ini mendapati dakwaan penyempurnaan oleh SD1 tidak disokong oleh dokumen sezaman yang lazimnya akan wujud jika projek benar-benar telah disiapkan dan diterima. Sebaliknya, dokumen dan perjalanan urusan pihak-pihak menunjukkan bahawa masih terdapat langkah pelaksanaan yang belum disempurnakan ketika projek ditamatkan. Oleh itu, atas imbangan kebarangkalian, versi SP1 adalah lebih konsisten dengan bukti objektif. ISU KETUJUH - INFERENS BURUK DAN SAKSI ORIX 146) Defendan memohon inferens di bawah seksyen 114(g) kerana Plaintif tidak memanggil ORIX. Defendan merujuk Silver Corridor Sdn dan Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd yang menunjukkan inferens boleh timbul apabila saksi material yang berada dalam kuasa pihak tidak dipanggil tanpa penjelasan. 147) ORIX bukan saksi material bagi persoalan sama ada Defendan menghasilkan deliverables di bawah SOW. Dokumen pembiayaan dan pembayaran tidak dipertikaikan. Defendan juga bebas menyepina ORIX jika keterangannya dianggap menentukan. Oleh itu, tiada asas membuat inferens yang memusnahkan kes Plaintif. 148) Sebaliknya, rekod teknikal dan acceptance berada secara khusus dalam pengetahuan Defendan. Dalam Zung Zang Wood Products Sdn Bhd & Ors v Kwan Chee Hang Sdn Bhd & Ors [2012] 5 MLJ 319, kegagalan pihak yang mengetahui fakta memberi keterangan atau menyangkal bukti boleh menguatkan kes lawannya. SD1 hadir, tetapi dokumen prestasi yang paling penting tidak dikemukakan. Mahkamah mengambil kira kekurangan itu dalam menilai berat keterangannya. 149) Mahkamah ini menolak inferens yang memusnahkan kes Plaintif. ORIX tidak boleh membuktikan sama ada Defendan menyiapkan customisation atau menyerahkan deliverables. Dokumen pembiayaan mencukupi bagi struktur dan jumlah pembayaran yang dilakukan. Ketiadaan ORIX boleh mempengaruhi berat bukti pembayaran faedah, tetapi tidak menafikan keseluruhan tuntutan, jadual pembiayaan sendiri memperincikan terma caj berjumlah RM54,096.00. 150) Mahkamah Persekutuan dalam Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim [2015] 2 CLJ 1037: “Adverse inference under that provision can be drawn if there is a withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence.” 151) Prinsip ini amat penting. Mahkamah perlu membezakan antara samada Plaintif mempunyai saksi atau bukti tetapi sengaja menahannya atau dengan Plaintif tidak berjaya mendapatkan saksi atau bukti pihak ketiga. 152) Mahkamah ini tidak menerima permohonan Defendan untuk membuat inferens buruk terhadap Plaintif atas kegagalan memanggil wakil Orix sebagai saksi. Dalam Nurazlina binti Abd Kadir v Fauziah binti Mohd Yusof & Ors [2025] CLJU 253, Mahkamah Tinggi menegaskan bahawa seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 tidak boleh digunakan secara automatik semata-mata kerana seseorang saksi tidak dipanggil. Berpandukan Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim [2015] 2 CLJ 1037, inferens tersebut hanya sesuai apabila terdapat “withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence”. 153) ORIX di sini ialah entiti pihak ketiga. Tiada bukti bahawa Plaintif menyembunyikan wakil ORIX, menghalangnya daripada memberikan keterangan atau sengaja menahan keterangan yang diketahui akan memudaratkan kes Plaintif. Oleh itu, Mahkamah tidak membuat inferens di bawah seksyen 114(g) semata-mata daripada kegagalan memanggil ORIX. 154) Walau bagaimanapun, keputusan tersebut tidak melepaskan Plaintif daripada beban pembuktian di bawah seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950. Setiap kepala tuntutan mengenai pembiayaan, caj, nota kredit dan wang tidak dituntut masih perlu dibuktikan melalui keterangan yang boleh diterima. Jika dokumen yang dikemukakan tidak membuktikan jumlah dan hubungan kausalnya, tuntutan tersebut boleh gagal kerana kekurangan bukti, dan bukannya kerana inferens buruk. 155) Walaupun ORIX tidak dipanggil sebagai saksi, Mahkamah tidak membuat inferens buruk di bawah seksyen 114(g). Dokumen pembiayaan, bukti pembayaran, penyata akaun dan pengiraan caj telah dikemukakan serta tidak dipertikaikan dari segi ketulenan dan kandungannya. Keterangan wakil ORIX hanya akan mengulangi bukti dokumentari yang telah tersedia. Oleh itu, kegagalan memanggil ORIX tidak menimbulkan jurang material dalam pembuktian kes Plaintif-Plaintif terhadap Defendan. 156) Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa Defendan tidak memanggil mana-mana saksi teknikal atau pegawai projek yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai status sebenar deliverables, UAT dan go-live. Berpandukan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950, dan setelah Plaintif terlebih dahulu membuktikan suatu kes prima facie, Mahkamah ini membuat inferens bahawa keterangan saksi material tersebut tidak akan membantu dakwaan Defendan bahawa projek telah disiapkan sepenuhnya. ISU KELAPAN - RESTITUSI DAN KEGAGALAN BALASAN 157) Plaintif bergantung pada seksyen 65 Akta Kontrak 1950. Peruntukan itu mewajibkan pihak yang telah menerima manfaat di bawah kontrak boleh batal yang dibatalkan memulangkan manfaat tersebut, setakat yang boleh, kepada pihak yang memberikannya. Prinsip restitusi juga menghalang perkayaan tanpa sebab apabila tujuan asas pembayaran gagal. Plaintif merujuk kepada Megah Berkat Sdn Bhd, Mahkamah Tinggi menjelaskan bahawa seksyen 65 mencerminkan obligasi restitusi lebih luas, apabila manfaat diterima tetapi instrumen atau prestasi gagal memenuhi tujuan kontraknya, jumlah diterima wajar dipulihkan. Mahkamah ini mengguna pakai prinsip itu setakat konsisten dengan fakta kes ini. 158) Mahkamah ini sedar bahawa “total failure of consideration” memerlukan kegagalan manfaat yang menjadi asas pembayaran, bukan ketiadaan setiap aktiviti. Di sini, kerja persediaan yang tidak diserahkan dan tidak boleh digunakan tidak merupakan manfaat kontrak yang dibayar. Tujuan pembayaran ialah fasa yang lengkap menuju sistem NAV 2017 yang boleh dilaksanakan. Namun, tujuan tersebut gagal dilaksanakan. ISU KESEMBILAN - TUNTUTAN RM188,600.00 159) Tuntutan sejumlah RM188,600.00 terbukti melalui pembayaran ORIX kepada Defendan bagi Fasa 1 dan 2. Defendan tidak menafikan penerimaan. Setelah Mahkamah ini mendapati deliverables berkenaan tidak disiapkan dan diterima, tiada asas adil untuk Defendan mengekalkan jumlah tersebut. 160) Jumlah ini bukan ganti rugi spekulatif tetapi wang sebenar yang telah dibayar dan diterima Defendan. Ia diperintahkan dibayar kepada Plaintif Kedua, pihak yang kemudahan pembiayaannya digunakan, dalam tindakan bersama dengan Plaintif Pertama selaku pihak kontrak. ISU KESEPULUH - TUNTUTAN RM131,800.00 161) Baki sejumlah RM131,800.00 tidak pernah dituntut Defendan bagi fasa berikutnya. Permintaan nota kredit pada 22 Mac 2022 dibuat untuk menutup baki pembiayaan. Defendan telah enggan dan/atau gagal mengeluarkannya. Baki wang tersebut itu kemudiannya telah disalurkan ke Akaun Wang Tak Dituntut. Rantaian tersebut konsisten dengan kegagalan Defendan dalam menyempurnakan projek dan kegagalan menyelaraskan pembiayaan selepas projek terhenti. 162) Defendan bergantung pada Boustead Trading (1985) Sdn Bhd bahawa estoppel ialah prinsip fleksibel bagi mencapai keadilan. Namun estoppel memerlukan representasi atau tingkah laku yang menjadikan tidak adil untuk pihak beralih pendirian. Permintaan nota kredit dan rujukan kepada “outstanding balance” bukan pengakuan bahawa Defendan telah memperoleh hak mutlak terhadap wang itu, sebaliknya ia menerangkan keadaan rekod ORIX yang perlu dibatalkan. 163) Defendan sendiri tidak menuntut baki selama bertahun-tahun dan mengaitkannya dengan tiada lagi man-hours. Adalah tidak konsisten untuk mengatakan wang itu hutang mutlak kepada Defendan tetapi pada masa sama tidak mengeluarkan tuntutan atau menyelesaikan pembiayaan. Estoppel tidak boleh digunakan sebagai instrumen perkayaan tanpa prestasi. 164) Dalam Pax Investment Limited v Standard Chartered Bank Malaysia Berhad [2025] MLRHU 2455, Mahkamah mengaplikasikan ujian “but for” dalam menilai hubungan kausal. Sekiranya Defendan melaksanakan projek atau mengeluarkan nota kredit apabila diminta, baki itu tidak akan kekal sehingga disalurkan ke Akaun Wang Tak Dituntut. Hubungan kausal dan jangkaan munasabah dibuktikan. 165) Mahkamah Tinggi dalam kes Pax Investment Limited v Standard Chartered Bank Malaysia Berhad [2025] CLJU 2902, memutuskan pada perenggan [123] untuk menerima bahawa ujian yang terpakai bagi menentukan kausasi (“causation”) ialah ujian “but-for”. Dengan merujuk kepada Ngan Siong Hing v RHB Bank Bhd [2014] 2 MLJ 449, Mahkamah menyatakan bahawa “the first step in establishing causation is to eliminate irrelevant causes, and this is the purpose of the ‘but-for’ test”, dan bahawa perkara yang relevan ialah mengenal pasti “the effective cause of the resulting damage in order to assign responsibility to that damage”. 166) Dengan memakai prinsip tersebut, Mahkamah ini perlu menentukan sama ada kerugian yang dituntut akan tetap berlaku sekiranya Defendan telah menyempurnakan sistem mengikut TMSA/SOW, membawa sistem tersebut ke peringkat penerimaan dan go-live, serta membuat pelarasan atau mengeluarkan nota kredit apabila projek tidak lagi diteruskan. Berdasarkan keseluruhan keterangan SP1 dan SD1 serta dokumen projek, Mahkamah ini mendapati bahawa kegagalan Defendan merupakan penyebab efektif kehilangan manfaat kontrak dan kerugian langsung terhadap Plaintif. 167) Mahkamah ini juga mengambil kira dapatan pada perenggan [153] Pax Investments bahawa “The Defendant’s breaches were the proximate cause of the loss, and the chain of causation was not broken by either the fraudulent conduct of third parties or any conduct of the Plaintiff.” Dalam kes semasa, tindakan ORIX atau penyaluran baki kepada Akaun Wang Tak Dituntut tidak dengan sendirinya memutuskan rantaian kausasi sekiranya keadaan tersebut berpunca daripada kegagalan terdahulu Defendan menyempurnakan projek atau membuat pelarasan kewangan yang sepatutnya. 168) Berhubung keterpencilan kerugian, Pax Investments pada perenggan [227]–[228] mengaplikasikan prinsip Hadley v Baxendale dan membezakan kerugian yang boleh dijangka daripada kerugian yang terlalu jauh. Oleh itu, setiap kepala tuntutan Plaintif, khususnya kos pembiayaan ORIX, hendaklah dinilai berdasarkan pengetahuan Defendan, jangkaan munasabah pihak-pihak ketika kontrak dibuat, hubungan kausal dan bukti kuantumnya. ISU KESEBELAS - TUNTUTAN RM54,096.00 169) Prinsip ganti rugi kontrak ialah pihak terkilan diletakkan, setakat wang boleh berbuat demikian, dalam kedudukan seolah-olah kontrak dilaksanakan, tertakluk kepada kausasi, remoteness dan mitigasi. Kos pembiayaan yang diketahui pada masa kontrak boleh merupakan kerugian yang boleh dijangka apabila prestasi yang dibiayai gagal sepenuhnya. 170) Defendan bukan pihak kemudahan ORIX, tetapi mengetahui struktur pembiayaan, menjadi pembekal yang menerima wang dan mengetahui pembiayaan komersial melibatkan kos. Oleh itu, faedah RM54,096.00 bukan kejadian luar biasa yang tidak diketahui. Ia ialah kos langsung kemudahan yang digunakan untuk membayar harga projek. 171) Di dalam kes Popular Industries Ltd vs The Eastern Garment Manufacturing Co Sdn Bhd [1989] 2 MLRH 705 mengiktiraf pemulihan kerugian biasa yang timbul daripada kemungkiran dan ganti rugi nominal apabila kemungkiran terbukti walaupun amaun tidak dibuktikan sepenuhnya. Dalam kes ini amaun faedah telah diperincikan melalui dokumen ORIX dan keterangan SP1. Mahkamah ini membenarkannya sebagai ganti rugi khas. ISU KEDUA BELAS - GANTI RUGI AM, FAEDAH DAN KOS 172) Plaintif Pertama kehilangan manfaat projek teknologi yang dijanjikan dan terpaksa berhadapan gangguan, kelewatan serta keperluan mencari penyelesaian lain. Kewujudan kemungkiran dan kerugian am dibuktikan, walaupun kuantumnya memerlukan bukti lanjut. Maka ganti rugi am diperintahkan untuk ditaksirkan. 173) Faedah 5% setahun diberikan atas jumlah penghakiman dari tarikh pemfailan tindakan sehingga penyelesaian penuh sebagaimana dipohon dan kos tindakan ini sejumlah RM12,000.00 diberikan kepada Plaintif-Plaintif setelah mengambil kira tempoh bicara, saksi, dokumen dan hujahan. RUMUSAN DAPATAN 174) Secara keseluruhan, atas imbangan kebarangkalian mahkamah ini mendapati Plaintif-Plaintif telah membuktikan kontrak, struktur pembiayaan, pembayaran, tujuan pembayaran, kegagalan sistem digunakan, ketiadaan deliverables yang diterima, permintaan pemulangan dan kerugian terhadap Defendan. Defendan tidak menghasilkan bukti teknikal dan dokumentar yang mencukupi untuk membuktikan prestasi Fasa 1 dan 2. 175) Pembelaan locus standi gagal kerana Plaintif Pertama ialah pihak kontrak dan Plaintif Kedua ialah pembayar serta pihak yang menanggung kerugian dalam transaksi yang diketahui Defendan. Pembelaan tiada tempoh gagal kerana SOW dan pelan projek tidak memberi tempoh tanpa had. Pembelaan kontrak jualan berasingan dan penamatan bersama gagal kerana tidak disokong oleh sebarang dokumen dan tidak diplidkan secara mencukupi. 176) Mahkamah ini telah menilai kelemahan keterangan SP1, dokumen kontemporari dan kegagalan memanggil ORIX. Kelemahan tersebut tidak mengatasi bukti objektif. Sebaliknya, kegagalan Defendan mengemukakan acceptance, deliverables dan time logs menyentuh teras pembelaannya. KEPUTUSAN DAN PERINTAH 177) Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah ini mendapati Plaintif-Plaintif telah membuktikan tuntutan terhadap Defendan atas imbangan kebarangkalian. Tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan dengan kos. 178) Mahkamah dengan ini memerintahkan seperti berikut:
a
Defendan membayar RM188,600.00 kepada Plaintif Kedua;
b
Defendan membayar wang sejumlah RM131,800.00 kepada Plaintif Ke-2 sebagai baki pembiayaan tersebut yang telah disalurkan ke Akaun Wang Tak Dituntut; dan
c
Defendan membayar RM54,096.00 kepada Plaintif Kedua;
d
(d)faedah pada kadar 5% setahun keatas jumlah-jumlah dalam perenggan (a) hingga perenggan (c) diatas dari tarikh pemfailan writ saman, iaitu 23.10.2023 sehingga penyelesaian penuh;
e
ganti rugi am untuk ditaksirkan; dan
f
kos RM12,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. Bertarikh pada 21 Julai 2026. ............. Fatimah ................ (SITI FATIMAH BINTI TALIB) HAKIM MAHKAMAH SESYEN SIVIL 11 KUALA LUMPUR KAUNSEL: Bagi pihak Plaintif-Plaintif : K. B. Ou Yong Peguambela dan Peguamcara Tetuan K B Ou Yong & Co Bagi pihak Defendan : Yogan Sivam dan M. Rajakumaran Peguambela dan Peguamcara
1
SENARAI OTORITI DAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG Akta Kontrak 1950, seksyen 2(d), 40 dan 65.
2
Akta Keterangan 1950, seksyen 101, 102, 103 dan 114(g).
3
Aturan 18 kaedah 12, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
4
Armagas Ltd v Mundogas SA (The Ocean Frost) [1985] 1 Lloyd’s Rep 1.
5
Blay v Pollard & Morris [1930] 1 KB 628.
6
Boustead Trading (1985) Sdn Bhd v Arab-Malaysian Merchant Bank Bhd [1995] 4 CLJ
283
283.
7
Charles Grenier Sdn Bhd v Lau Wing Hong [1996] 3 MLJ 327.
8
Grace Shipping Inc & Anor v C F Sharp & Co (Malaya) Pte Ltd [1987] 1 MLJ 257.
9
Guan Teik Sdn Bhd v Haji Mohd Noor bin Haji Yakob & Ors [2000] 4 MLJ 433.
10
Hadley v Baxendale (1854) 9 Exch 341; 156 ER 145.
11
Haji Mohamed Dom v Sakiman [1956] 1 MLJ 45.
12
Janagi v Ong Boon Kiat [1971] 2 MLJ 196.
13
KC Leong Holdings Sdn Bhd v Datin Moh Bee Ling [2015] 7 MLJ 10.
14
Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd v Serdang Baru Properties Sdn Bhd & Ors [2016]
15
Keongco Malaysia Sdn Bhd v Ng Seah Hai [2011] CLJU 703.
16
Kepong Prospecting Ltd & Ors v Schmidt [1968] 1 MLJ 170.
17
Khoon Chye Hin v PP [1961] 1 LNS 41.
18
Megah Berkat Sdn Bhd & Ors v MBSB Bank Berhad [2026] 1 MLRH 84.
19
Ngan Siong Hing v RHB Bank Bhd [2014] 2 MLJ 449.
20
Nurazlina binti Abd Kadir v Fauziah binti Mohd Yusof & Ors [2025] CLJU 253.
21
Pan Malaysia Pools Sdn Bhd v Kwan Tat Thai & Anor and Other Appeals [2018] 4 CLJ
323
323.
22
Pax Investments Limited (In Liquidation) v Standard Chartered Bank Malaysia Berhad [2025] CLJU 2902.
23
Popular Industries Ltd v The Eastern Garment Manufacturing Co Sdn Bhd [1989] 2
24
R Rama Chandran v Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 CLJ 147.
25
Ranggong ak Jenau & Ors v BLD Resources Sdn Bhd & Ors and another appeal [2017]
26
RHB Bank Bhd v Seni Maju Sdn Bhd & Ors [2012] 10 MLJ 1.
27
Samuel Naik Siang Ting v Public Bank Bhd [2015] 6 MLJ 1.
28
Selvaduray v Chinniah [1939] 1 MLJ 253.
29
Silver Corridor Sdn Bhd v Gallant Acres Sdn Bhd & Anor [2016] 5 MLJ 1.
30
Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584.
31
Sun Holding (Sun Park Hotel) Co Ltd & Ors v Export-Import Bank of Malaysia Bhd [2016]
32
Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim [2015]
33
Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229.
34
Zung Zang Wood Products Sdn Bhd & Ors v Kwan Chee Hang Sdn Bhd & Ors [2012] 5
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.