Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. CB-12BNCvC-1-09/2022 ANTARA KITARAN SUKMA SDN BHD ... PERAYU (NO. SYARIKAT: 620138-T)
CB-12BNCvC-1-09/2022
High Court of Malaysia18 Jan 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t (see The Queen v Robinson & Anor (1898) 1 QB **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 734; Gurbachan Singh v Seagrott & Campbell (No 2) [1962] MLJ 370)….” [16] Ia juga tidak akan memberi apa-apa kesan kepada rayuan Perayu sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. CB-12BNCvC-1-09/2022 ANTARA KITARAN SUKMA SDN BHD ... PERAYU (NO. SYARIKAT: 620138-T)
1
CASA BESTARI SDN BHD
2
ROYAL PAHANG POLO CLUB SDN BHD … RESPONDEN- (NO. SYARIKAT: 451134-D) RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR GUAMAN NO. CB-B52NCvC-14-11/2020 ANTARA KITARAN SUKMA SDN BHD (NO. SYARIKAT: 620138-T) ... PLAINTIF DAN 31/01/2023 16:08:11
1
CASA BESTARI SDN BHD
2
ROYAL PAHANG POLO CLUB SDN BHD … DEFENDAN- (NO. SYARIKAT: 451134-D) DEFENDAN] ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Dalam kes ini terdapat dua permohonan iaitu KM 47 permohonan Perayu untuk kebenaran menggunakan Rekod Rayuan dan Rekod Rayuan Tambahan yang difailkan di luar masa bagi rayuan ini dan Perayu diberikan kebenaran untuk menggunakan Memorandum Rayuan yang difailkan di luar masa bagi rayuan ini. [2] Sementara itu di KM 54 Responden memohon supaya rayuan yang difailkan dibatalkan atau ditolak dan pemfailan Rekod Rayuan oleh Perayu di luar masa pada 03.11.2022 dan 11.11.2022 adalah dibatalkan. Pada masa yang sama Responden juga memohon supaya permohonan KM 47 ditolak. Latar Belakang Kes [3] Pada asalnya permohonan Perayu dalam kes ini telah didengar pada 07.11.2022 iaitu permohonan Perayu untuk satu perlanjutan masa bagi memfailkan Rekod Rayuan di luar masa seperti di KM 3. Mahkamah telah menolak permohonan tersebut. Namun begitu tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan dengan Notis Rayuan di KM 1. Oleh yang demikian Perayu telah memfailkan KM 47 bagi memasukkan Rekod Rayuan tersebut bersama-sama dengan Rekod Rayuan Tambahan. Alasan Permohonan Perayu [4] Dalam notis permohonan dinyatakan bahawa alasan permohonan ini adalah disebabkan Perayu mempunyai rayuan yang bermerit dan terdapat isu-isu lain yang menyumbang kepada kekeliruan dan kesukaran Perayu. [5] Adalah perlu dinyatakan bahawa Perayu telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan di KM 3 yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada 07.11.2022 melalui Rayuan No. C-04(IM)(NCvC)-519-11/2022. [6] Perayu menyatakan dalam hujahan bertulis bahawa mahkamah perlu memutuskan sama ada Notis Rayuan di bawah KM 1 masih boleh diteruskan atas alasan:
a
Rayuan di hadapan Mahkamah Tinggi ini masih kompeten; dan
b
Kedudukan rayuan ini akan terjejas sekiranya Rekod Rayuan tiada di hadapan di Mahkamah Tinggi ini. [7] Sebaliknya, Responden menyatakan bahawa rayuan di hadapan mahkamah ini adalah tidak kompeten. Ia disebabkan Rekod Rayuan dan Memorandum Rayuan tidak difailkan. Ini ditambah pula dengan fakta bahawa mahkamah ini tidak membenarkan permohonan perlanjutan tempoh masa untuk memfailkan Rekod Rayuan. [8] Perayu pula menyatakan bahawa Rekod Rayuan dan Memorandum Rayuan telah difailkan dalam sistem mahkamah. Oleh itu tidak timbul isu berkenaan dengan Rekod Rayuan dan Memoradum Rayuan tidak berada di mahkamah. Analisa [9] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa mahkamah ini akan memutuskan rayuan yang difailkan di mahkamah sekiranya ianya teratur seperti yang diperuntukkan di bawah A. 55 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012. Apa yang dimaksudkan dengan rayuan yang teratur ialah pematuhan-pematuhan seperti berikut:
a
Notis Rayuan difailkan dalam tempoh yang ditetapkan;
b
Rekod Rayuan difailkan dalam tempoh yang ditetapkan; dan
c
Memoranduan Rayuan dalam tempoh yang ditetapkan. [10] Sekiranya terdapat keperluan untuk melanjutkan tempoh yang ditetapkan oleh KKM 2012 tersebut maka pihak Perayu boleh memohon kepada mahkamah untuk menggunakan budi bicara di bawah A. 3 k 5 KKM 2012 untuk perlanjutan tempoh masa. [11] Kegagalan mematuhi tatacara yang diperuntukkan di bawah KKM 2012 berkenaan dengan rayuan boleh menjadikan rayuan tersebut tidak kompeten di mahkamah. Dalam kes ini tiada Rekod Rayuan dan Memorandum Rayuan yang difailkan dalam tempoh masa yang diperuntukkan di bawah A. 55 KKM 2012. [12] Ini bermakna bahawa di hadapan mahkamah ini pada hemat mahkamah tiada sebarang rayuan yang dikemukakan secara teratur. Ini ditambah pula dengan keputusan mahkamah telah dibuat berkenaan dengan permohonan untuk perlanjutan tempoh masa oleh Perayu bagi memfailkan Rekod Rayuan. Ekoran daripada penolakan permohonan tersebut rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan. Oleh itu tidak timbul lagi untuk diputuskan sekali lagi sama ada permohonan untuk pemfailan dokumen-dokumen tersebut di luar masa boleh digunakan dalam rayuan ini. Ia adalah disebabkan isu ini telah diputuskan melalui KM
3
[13] Sementara itu bagi KM 54 mahkamah berpendapat bahawa permohonan ini tidak teratur disebabkan A. 18 k 19 KKM 2012 adalah merujuk kepada permohonan untuk membatalkan writ dan penyata tuntutan. Ia tiada kaitan dengan pembatalan rayuan. A. 18 k 19 adalah seperti berikut: 18 Pliding
19
Pembatalan pliding dan pengendorsan (A. 18 k. 19)
1
Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding memerintahkan supaya dibatalkan atau dipinda mana-mana pliding atau pengendorsan, apa-apa writ dalam tindakan itu, atau apa-apa jua dalam mana-mana pliding atau dalam pengendorsan, atas alasan bahawa-
a
ia mendedahkan kausa tindakan atau pembelaan yang tidak munasabah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
b
ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan;
c
ia boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan itu dengan adil; atau
d
ia selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, dan boleh memerintahkan tindakan itu digantung atau ditolak atau penghakiman dicatatkan dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
2
Tiada keterangan boleh diterima atas suatu permohonan di bawah subperenggan (1)(a).
3
Kaedah ini hendaklah, setakat mana yang boleh dipakai, terpakai bagi suatu saman pemula seolah-olah saman itu adalah suatu pliding. [14] Selain daripada itu mahkamah juga berpendapat bahawa disebabkan tiadanya rayuan teratur di hadapan mahkamah maka mahkamah tiada mempunyai pilihan melainkan membatalkan rayuan pihak Perayu di KM 1. [15] Dalam hal ini mahkamah mendapat panduan daripada Mahkamah Rayuan dalam kes Hardial Singh a/l Singh v Abu Talib bin Othman & Anor [2005] 1 MLJ 72 yang menyatakan seperti berikut: “…. It is our view that since the application was not heard on merits by reason of the legal impediment faced by the appellant, the matter should have been struck out instead of being dismissed. A distinction must be drawn on the legal implications arising on the use of either of those words. For instance, where a matter is struck out due to absence of counsel, the next proper step that an aggrieved party may pursue is to apply for reinstatement. That step is not available if the matter is dismissed (see Tenaga Nasional Bhd v Prorak Sdn Bhd & Anor [2000] 1 MLJ 479; Asia Commercial Finance (M) Bhd v Pasadena Properties Development Sdn Bhd & Ors [1991] 1 MLJ 111; Gan Kim Kiat & Bros Realty Sdn Bhd v Leang Ah Kan [1983] 1 MLJ 351). Further, where an application is heard on merits, the proper order that a court can make is either to give an order in terms or dismiss it (see The Queen v Robinson & Anor (1898) 1 QB 734; Gurbachan Singh v Seagrott & Campbell (No 2) [1962] MLJ 370)….” [16] Ia juga tidak akan memberi apa-apa kesan kepada rayuan Perayu sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Perayu terhadap keputusan mahkamah ini yang menolak permohonan perlanjutan tempoh masa pemfailan Rekod Rayuan. Ini adalah disebabkan Mahkamah Rayuan berkemungkinan akan mengembalikan kes tersebut kepada mahkamah ini untuk meneruskan dengan rayuan seolah-olah rayuan tersebut adalah teratur dan perlu diputuskan oleh mahkamah. Kesimpulan [17] Akhirnya, KM 47 dan KM 54 ditolak. Bertarikh: 31hb. Januari 2023 (ROSLAN MAT NOR) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Perayu Solehatun Nisa’ Hasnan dan Muhamad Mustaqim Ahmad Huzaini Tetuan Ram Reza & Muhamad Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Bagi Pihak Responden-Responden Ong Siew Wan Tetuan Andrew-David Wong & Ong Kuantan, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.