(ii) kegagalan Perayu membuktikan kewujudan Thomas Tan dengan memanggilnya sebagai saksi. [28] Responden menghujahkan lagi Perayu mempunyai beban mengemukakan keterangan yang dapat mematahkan anggapan undang-undang dan tidak hanya bergantung kepada satu penafian atau dakwaan kosong. Rujukan telah dibuat di antaranya kepada keputusan di dalam kes Public Prosecutor v Tan Tatt Eek & Other Appeals [2005] 2 MLJ 685; [2005] 1 CLJ 713 dimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: “...Where a rebuttable presumption of law applies in favour of a party, on proof or admission of one fact, another fact is to be presumed. Once that presumption applies, the persuasive or evidential burden (as the case may be) is on the other party to disprove the presumed fact (see Phipson On Evidence (15th Ed)...” PERTIMBANGAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [29] Setelah mendengar hujahan pihak-pihak serta mempertimbang keterangan dan Alasan Penghakiman HMT, Mahkamah membuat dapatan seperti berikut. [30] Di atas isu pertama, Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan hujahan pihak Perayu bahawa Perayu telah diprejudis akibat daripada penggunaan anggapan milikan di bawah seksyen 37(d) ADB kerana terdapat keterangan mencukupi untuk membolehkan HMT membuat dapatan milikan langsung. [31] Pada pandangan Mahkamah ini, keterangan kes Pendakwaan setakat menunjukkan Perayu telah membeli kedua-dua “speaker” itu, kemudian membawanya ke FedEx dan mengisi borang pengeposan. Tidak ada keterangan langsung yang menunjukkan dari masa Perayu membeli kedua-dua “speaker” itu dan beredar dari kedai penjual/ SP7, Perayu mempunyai kawalan dan jagaan yang tidak terputus ke atas kedua-dua “speaker” itu sehingga dia dibawa ke pejabat FedEx. [32] Dalam fakta Rayuan ini, barang dadah dijumpai tersorok di dalam “speaker” dan pihak Pendakwaan tidak mempunyai semua fakta yang dapat membuktikan secara langsung Perayulah orang yang telah berusaha menyorokkan barang dadah di dalam “speaker” selain dari mempunyai kawalan dan jagaan ke atas kedua-dua “speaker” itu. Maka keadaan itu jelas membawa kes ini di dalam apa yang telah diperkatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Lim Hock Boon v PP [supra] dimana telah dinyatakan: “[34] It is worthy of note that there is only one offence of trafficking under the Act. However, there are several acts that may constitute the offence. If the prosecution is not able to bring its case within one of the acts (see Ong Ah Chuan v. Public Prosecutor [1980] CLJU 181; [1980] 1 LNS 181) under s. 2 of the Act, but is nevertheless able to establish the existence of primary facts that draw the presumptions under the Act, then the court is enjoined to draw those presumptions, subject of course to the bar as set out by Muhammed Hassan, supra.” [penekanan ditambah] [33] Rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Abdullah Atan v PP & Other Appeals [supra] dimana tujuan dan kesan anggapan telah dibincang: “[56] The fundamental rule in criminal law is that the prosecution must prove every element of the offence charged beyond reasonable doubt, and that the accused bears no onus of proof. This general rule is however subject to exceptions as there is a limit to what the prosecution can reasonably be expected to prove. The English common law authorities codified in our written law affirmatively recognise that it is lawful in certain cases to shift the onus to the accused to exculpate himself in certain situations. These situations include defences which relate to facts especially within the knowledge of the accused including the proof of lawful authority; or where a statutory presumption provides that a particular fact is presumed to exist unless the contrary is proved (see PP v. Gan Boon Aun [2017] 4 CLJ 41; [2017] 3 MLJ 12; Alma Nudo Atenza v. PP & Another Appeal [2019] 5 CLJ 780; [2019] 4 MLJ 1; and Jazlie Jaafar v. PP [2020] 2 CLJ 28). [57] The role of presumptions in the wider context of the criminal legal system may be simplified thus: where a statutory presumption is invoked to presume the existence of certain fact as being the ingredient of the offence, the onus then shifts to the accused to disprove the presumed fact on the balance of probabilities and to thereby exculpate himself from the charge. If he does so, he earns an acquittal. If he does not, he is guilty of the charge.” [penekanan ditambah] [34] Di atas pertimbangan itu, Mahkamah ini berpendapat keputusan di dalam kes Seyedalireza Seyedhedayatollah Ehteshamiardestani v PP [supra] yang dirujuk oleh Perayu harus dibezakan. Di dalam kes itu, Hakim perbicaraan telah menggunakan 2 anggapan di bawah ADB iaitu seksyen 37(d) terhadap milikan dan seksyen 37(da) terhadap perbuatan pengedaran dan pada masa yang sama, sebagai alternatifnya menggunakan juga takrif perbuatan di bawah seksyen 2 ADB. Adalah jelas penggunaan anggapan berganda adalah satu kekhilafan asas dan penggunaan takrif di bawah seksyen 2 pada masa yang sama anggapan perbuatan pengedaran digunakan menunjukkan kecelaruan di dalam penggunaan beban pembuktian oleh Hakim perbicaraan. Keadaan itu tidak hadir di dalam Rayuan semasa ini. Pada hemat Mahkamah, penggunaan tunggal anggapan di bawah seksyen 37(d) adalah berpadanan dengan fakta dan keterangan. [35] Seterusnya mengenai isu kedua pula, yang menjadi tumpuan khusus Perayu di dalam hujahannya, Mahkamah mendapati setelah mempertimbang keputusan HMT di akhir perbicaraan dan di dalam Alasan Penghakimannya secara keseluruhan, penggunaan perkataan “…keraguan yang munasabah iaitu pemilikan dadah berbahaya bagi tujuan pengedaran” tidak menyebabkan apa-apa kekeliruan kerana penggunaan 2 beban pembuktian yang berbeza di atas isu milikan. Pada pendapat kami, rujukan perkataan “pemilikan” itu terjurus kepada perbuatan pengedaran dan tidak membangkitkan pertindihan di antara penggunaan anggapan seksyen 37(d) mengenai milikan sebelum itu. Pada pertimbangan kami, ianya hanya satu isu pilihan perkataan dan struktur ayat dan bukan isu salah arah dalam menggunakan 2 beban pembuktian untuk satu elemen kesalahan. Bahkan, boleh dikatakan, seperti diputuskan HMT, Perayu hanya perlu membangkitkan keraguan munasabah terhadap elemen pengedaran dan bukan perlu mematahkan anggapan berganda terhadap milikan dan perbuatan pengedaran. [36] Justeru itu, kami tidak bersetuju dengan Perayu bahawa HMT telah melakukan kekhilafan dengan meletakkan ke atas Perayu dengan 2 beban berbeza terhadap elemen milikan barang dadah. Pada dapatan kami, Perayu hanya mempunyai satu beban pembuktian di atas elemen ini iaitu untuk mematahkan anggapan milikan di bawah seksyen 37(d) di atas imbangan kebarangkalian. [37] Akhir sekali, di atas isu ketiga, perlu disebut terlebih dahulu bahawa undang-undang memerlukan tertuduh melunaskan beban pembuktian atau “evidentiary burden” dalam membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan. Seperti yang diperuntukkan oleh seksyen 103 Akta Keterangan 1950, pihak yang ingin Mahkamah mempercayai kewujudan sesuatu fakta memikul beban membuktikan fakta itu. Mengenai beban pembuktian keterangan (evidential burden) ini, rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Sarumathi Rengasamy v PP [2015] CLJU 1519; [2015] MLRAU 139 dimana telah diputuskan: “[46] With respect, it is incorrect to say that the learned trial Judge had shifted the onus of proof to the appellant. In our view, learned counsel has taken the learned trial Judge's comments out of its proper content. The above passage should be understood to mean that the prosecution, having discharged its legal burden to establish a prima facie case at the close the prosecution case, the evidential burden shifted to the defence to displace that the impugned drugs were not for the purpose of trafficking and the inference of knowledge on the part of the appellant. [47] The burden upon the prosecution to prove the guilt of an accused must be carefully distinguished from the evidential burden of adducing evidence. The burden of proving guilt is always on the prosecution. The evidential burden on the other hand, consists of an obligation to produce evidence to raise up a particular issue. In Sheldrake v. DPP, Attorney General's Reference (No 4 of 2002), Lord Bingham stated at (P 289): "An evidential burden is not a burden of proof. It is a burden of raising, on the evidence in the case, an issue as to the matter in question fit for consideration by the tribunal of fact. If an issue is properly raised, it is for the prosecutor to prove, beyond reasonable doubt, that that ground of exoneration does not avail the defendant." [38] Rujukan juga dibuat kepada satu lagi keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Mohd Mizam Mahpol lwn PP [2011] CLJU 1953; [2012] 2 MLJ 748, dimana isu beban pembuktian keterangan telah juga dibincangkan: “[5] Menurut peguam satu prinsip undang-undang yang mantap ialah bahawa beban pembuktian terletak di bahu pihak pendakwaan, bukan perayu. Oleh itu peguam berhujah YA hakim bicara telah tersilap dari segi undang-undang apabila beliau meletakkan beban pembuktian di atas bahu perayu. Untuk menyokong hujahnya peguam telah merujuk kepada kes Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 LNS 18; [1991] 3 MLJ 169. Kami tidak dapat menerima hujah tersebut. Petikan yang dirujuk oleh peguam itu hendaklah dibaca keseluruhannya (ms. 145-146 rekod rayuan). Apabila ini dilakukan adalah jelas bahawa evidential burden yang disebut oleh YA hakim bicara itu bukanlah beban am ('general burden') seperti yang dipikul oleh pihak pendakwa dalam kes jenayah sehingga akhir perbicaraan untuk membuktikan 'beyond reasonable doubt' kes terhadap orang kena tuduh. Apa yang dimaksudkan oleh YA hakim bicara ialah 'burden' atas Mizam untuk menimbulkan 'reasonable doubt'. Penggunaan perkataan 'evidential burden' seperti yang dimaksudkan itu adalah sepertimana yang telah digunakan dan dijelaskan dalam PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim (No 3) [1999] 2 CLJ 215; [1999] 2 MLJ 1 (disahkan sub-silento oleh Mahkamah Persekutuan dalam Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP [2002] 3 CLJ 457-520), di mana di ms. 275 (CLJ); 63 (MLJ), Augustine Paul H (pada masa itu): “Be that as it may, I am unable to agree with the defence submission that this means that the prosecution must prove its case beyond reasonable doubt at that stage. A case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only upon a consideration and assessment of all the evidence (see Canadian Criminal Evidence (3rd Ed.) by PK McWilliams QC para 39:10000). It must be observed that in a criminal trial, if the defence raises a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the accused's guilt, there will be an acquittal, and if no such doubt is raised, a conviction [see Mah Kok Choeng v. R [1953] CLJU 53; [1953] 1 LNS 53; [1953] MLJ 46]. This evidential burden may be discharged by the defence either in the course of the prosecution case or as the course of its own case [see Wong Chooi v. PP [1967] CLJU 207; [1967] 1 LNS 207; [1967] 2 MLJ 180…” [Penekanan ditambah] [39] Setelah meneliti keterangan dan penilaian oleh HMT terhadap keterangan kes Pendakwaan dan Pembelaan di akhir kes Pendakwaan dan kes Pembelaan, kami tidak mendapati terdapat kekurangan atau kekhilafan yang telah dilakukan oleh HMT yang mewajarkan campur tangan Mahkamah ini. [40] Merujuk kembali kepada beban pembuktian keterangan yang dipikul oleh Perayu, keterangan semasa kes Pendakwaan bahawa: (i) Perayu yang telah membeli kedua-dua “speaker” itu;