Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KES JENAYAH NO.: NA-63ES-38-12/2021 ANTARA
NA-63ES-38-12/2021
Sessions Court of Malaysia13 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“pliance with the basic rule of law. These are the fundamental canons of our criminal jurisprudence and they are quite in conformity with the constitutional mandate contained in Articles 20 and 21 of the Constitution of India. [36] Dalam nada dan irama yang sama, Mahkamah Agong India menyatakan dalam kes Sasi Thomas v.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KES JENAYAH NO.: NA-63ES-38-12/2021 ANTARA
1
THE CHINA ENGINEERS (MALAYSIA) SDN BHD (KOH FOH PALM OIL MILL (OKS) telah dituduh di bawah subperaturan 12(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 seperti yang berikut: Pertuduhan Pindaan Bahawa kamu pada 24 April 2021 jam lebih kurang 12.35 tengah hari bertempat di premis The China Engineers (Malaysia) Sdn. Bhd., Kok Foh Palm Oil Mill, di Lot 82, 83 & 88, Ladang Kok Foh, Bahau dalam Daerah Jempol di dalam Negeri Sembilan didapati membenarkan pengeluaran asap hitam dari cerobong nombor 2 bagi ‘boiler’ berkapasiti 35,000 kg.wap/jam lebih gelap daripada kelegapan No. 1 dalam Carta Ringelmann apabila diperhatikan selama agregat melebihi lima (5) minit dalam tempoh pemeriksaan selama satu (1) jam. Dengan ini kamu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 12(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 29 Peraturan yang sama. Hukuman: Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit (RM100,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua (2) tahun atau kedua-duanya.”
2
Pihak Pendakwaan telah mengemukakan seramai 2 orang saksi. Saksi-saksi tersebut adalah seperti yang berikut: Saksi Nama Jawatan
3
Pihak Pendakwaan telah mengemukakan ekshibit seperti yang berikut: SENARAI EKSHIBIT PENDAKWAAN PENANDAAN DOKUMEN EKSHIBIT P1 Izin mendakwa P2 Kuasa dakwa PO – Pn Zainoorliza binti Zainal Abidin P3 Izin dakwa baru P4 Pertuduhan Pindaan P5 Kuasa dakwa PO – En. Muhammad Fitri bin Soroni P6 Surat kuasa SP1 – En. Hisham bin Busin P7 Alat Ringelmann Chart P8 Bacaan Ringelmann Chart P9 Peta lakar ID11 9 keping gambar P14 Surat kuasa SP2 – En. Mohd Azizi bin Mohd Jali P15 Borang selongkar P16 Field Citation ID 17 CD burn P18 Sijil Perakuan Sek. 90A, Akta Keterangan bagi CD burn P19 Peristiharan Bertulis P20 Notis arahan ID21 Maklumbalas notis arahan P22 Lesen, no. 006013 P23
Schedule
Jadual Pematuhan, no. lesen 006013 [4] Manakala Pembelaan telah mengemukakan eskhibit yang berikut: D10 British Standards BS 2742:2009, Use of the Ringelmann and miniature smoke charts (“British Standard”) ID11 (A-I) 9 keping gambar D12 Senarai Butiran Screenshot Gambar Dalam CD (“Screenshot CD”) D13 Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP) Jabatan Alam Sekitar (Siri 1-5) Edisi 2015 D24 Laporan Imej Digital D25 (1- 2) 2 gambar yang kononnya dibesarkan daripada gambar ID11(E) IDD26 Gambar ID11(A) yang dibesarkan D27 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan: Pendaftaran AM2.3 Fakta Kes [5] Pada 24 April 2021 jam lebih kurang 12.35 tengah hari hingga jam lebih kurang 1.35 petang, Penolong Jurutera Encik Mohd Azizi bin Mohd Jali dan Penolong Pegawai Kawalan Encik Hisham bin Busin telah membuat pemeriksaan penguatkuasaan ke atas Kilang Sawit Kok Foh di alamat Kok Foh Palm Oil Mill, Bahau dalam daerah Jempol di dalam negeri Negeri Sembilan. [6] Siasatan bersasarkan aduan yang Jabatan terima berkaitan pencemaran udara iaitu asap hitam yang berpunca dari pengendalian Alat Pembakaran Bahan Api (APB) iaitu Boiler nombor 2 dan Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU) yang melepaskan udara pada satu (1) unit cerobong nombor 2. [7] Pemeriksaan pelepasan asap hitam menggunakan Carta Ringelmann pada satu (1) unit cerobong Boiler nombor 2 di luar Kawasan kilang dengan jarak lebih kurang 400 meter dari jam 12.35 tengahari hingga jam 1.35 petang (dalam tempoh 1 jam) mendapati kilang melepaskan asap hitam melebihi kegelapan nombor 1 dalam Carta Ringelmann selama 22.5 minit dalam tempoh pemerhatian satu (1) jam selepas dicatitkan bacaannya. Saksi kilang iaitu Encik Mohd Khairi bin Abdul Kudus juga hadir di tempat pasukan penyiasat melakukan pemeriksaan menggunakan Carta Ringelmann selepas dihubungi oleh pasukan penyiasat. [8] Siasatan juga mendapati kilang tidak mempunyai Lesen Pelanggaran dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan yang membenarkan kilang untuk melepaskan asap dari cerobong Alat Pembakaran Bahan Api dengan kegelapan tidak boleh lebih gelap daripada kegelapan No.1 dalam Carta Ringelmann bagi dua (2) unit cerobong sedia ada untuk dua (2) unit Boiler. [9] Siasatan ke atas kelengkapan atau peralatan yang berkaitan bagi menajlankan pemantauan prestasi Alat Pembakaran Bahan Api dan Sistem Kawalan Pencemaran Udara iaitu Smoke Density Meter didapati berfungsi untuk menyukat kegelapan pelepasan asap dari satu unit Boiler nombor 2. Walau bagaimanapun siasatan mendapati pengeluaran asap hitam berlaku atas sebab kegagalan terhadap pengendalian mesin sedia ada terutamanya pada bahagian kemasukan bahan bakar ke dalam Boiler. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN Kes prima facie [10] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah yang mulia ini mempunyai tugas untuk menimbangkan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan untuk memutuskan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS. [11] Ini selaras dengan peruntukan di bawah perenggan 173(f) dan (h) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] yang menyatakan seperti berikut: “(f) (i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. (ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal. (h) (i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence. (ii) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on an offence other than the offence charged which the Court is competent to try and which in the opinion of the Court it ought to try, the Court shall amend the charge. (iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [12] Maka, menurut subperenggan 173(h)(iii) Akta 593, untuk membuktikan satu kes prima facie, pihak pendakwaan perlulah mengemukakan bukti yang kredibel yang membuktikan kesemua intipati-intipati pertuduhan, di mana jika tidak disangkal, membolehkan Mahkamah menyabitkan tertuduh. [13] Ujian prima facie telah dihuraikan dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 MLJ 301, yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “The test at the close of the prosecution case would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative, then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case of the prosecution. If there is any such doubt, there can be no prima facie case”. [14] Begitu juga dalam kes Arulpragasan a/l Sandaraju v Public Prosecutor [1997] 1 MLJ 1 yang mana Mohd Azmi HMP (seperti dikenali pada masa itu), telah menyatakan bahawa “if the evidence on the essential ingredients of the charge are lacking or not credible, either by themselves or as a result of cross-examination, there can be no prima facie case”. [15] Oleh itu, di akhir kes Pendakwaan, tugas Mahkamah adalah untuk mempertimbangkan dan menilai secara maksimum keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan bagi menentukan sama ada satu kes prima facie telah dikemukakan terhadap OKS dengan menilai keterangan saksi pihak Pendakwaan yang kredibel yang telah membuktikan segala intipati pertuduhan. Ini adalah seperti yang dinyatakan dalam seksyen 180 Akta 593. [16] Justeru, bagi mengemukakan satu kes prima facie, pihak Pendakwaan perlu membuktikan 3 intipati kesalahan di bawah Peraturan 12(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 iaitu : (a) OKS merupakan pemegang lesen bagi The China Engineers (Malaysia) Sdn Bhd, Kok Foh Palm Oil Mill yang beroperasi di Lot 82, 83 & 88, Ladang Kok Foh, Bahau Daerah Jempol, Negeri Sembilan; (b) Pemerhatian Ringelmann Chart ialah pada cerobong `boiler’ no. 2 yang berkapasiti 35,000 kg/jam; dan (c) Pengeluaran kelegapan melalui cerobong `boiler’ no. 2 lebih gelap daripada kelegapan No. 1 dalam Carta Ringelmann selama agregat melebihi daripada lima (5) minit dalam tempoh satu jam pemerhatian; Pembuktian Initipati (a) OKS adalah pemegang lesen bagi The China Engineers (Malaysia) Sdn Bhd, Kok Foh Palm Oil Mill yang beroperasi di Lot 82, 83 & 88, Ladang Kok Foh, Bahau Daerah Jempol, Negeri Sembilan [17] Bagi intipati pertama, saya berpendapat keterangan yang dikemukakan oleh saksi Pendakwaan yang terdiri daripada SP1 dan SP2 yang disokong dengan pengemukaan eksibit eksibit P22 jelas dan mencukupi untuk membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa OKS merupakan pemegang lesen bagi The China Engineers (Malaysia) Sdn Bhd, Kok Foh Palm Oil Mill yang beroperasi di Lot 82, 83 & 88, Ladang Kok Foh, Bahau Daerah Jempol, Negeri Sembilan. Pembuktian Intipati (b) Pemerhatian Ringelmann Chart adalah pada cerobong `boiler’ no. 2 yang berkapasiti 35,000 kg/jam [18] Bagi intipati kedua, saya berpendapat keterangan yang dikemukakan oleh saksi Pendakwaan yang terdiri daripada SP1 dan SP2 yang disokong dengan pengemukaan eksibit P19 iaitu Perisytiharan Bertulis `boiler’ no. 2 tersebut yang bertarikh 04/05/2018 jelas dan mencukupi untuk membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa bagi siasatan yang dijalankan pada 24/04/2021, pemerhatian Ringelmann Chart yang dijalankan ialah pada `boiler’ no. 2 yang berkapasiti 35,000 kg.wap/jam. Pembuktian Initipati (c) Pengeluaran kelegapan melalui cerobong `boiler’ No. 2 lebih gelap daripada kelegapan No. 1 dalam Carta Ringelmann selama agregat melebihi daripada lima (5) minit dalam tempoh satu jam pemerhatian [19] Pihak Pendakwaan berhujah berdasarkan keterangan SP1 dan SP2 hasil pemerhatian Ringelmann Chart yang dijalankan oleh SP1 dan SP2 mendapati pelepasan asap yang keluar dari cerobong `boiler’ no. 2 lebih gelap daripada kelegapan No. 1 dalam Carta Ringelmann selama agregat 22.5 minit melebihi lima (5) minit dalam tempoh satu jam pemerhatian. Pengesahan pelepasan asap hitam yang keluar dari cerobong `boiler’ no. 2 tersebut dibuktikan dengan perkiraan oleh SP2 mengikut jumlah bilangan bagi skala 2 hingga skala 5 Ringelmann Chart yang diperolehi (eksibit P8) iaitu berjumlah 22.5 minit semasa pemerhatian selama satu (1) jam dijalankan yang mana tidak mematuhi Peraturan 12(1)(a) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. [20] Pihak Pendakwaan merujuk keterangan SP1 dan menyatakan dalam hujahan bertulis seperti yang berikut: “(a) Bersama SP2 beliau ditugaskan untuk membuat pemerhatian pelepasan asap yang keluar dari cerobong no. 2, `boiler’ No. 2 menggunakan Carta Ringelmann (eksibit P7) pada jam 12.35 tengahari. Carta Ringelmann tersebut telah dipasang oleh SP2 mengikut kesesuaian pandangan mata SP 1 yang diletakkan di luar premis OKS pada kedudukan jarak anggaran lebih kurang 400 - 450 meter dari arah cerobong `boiler’ No. 2 yang diperhatikan. Sepanjang pemerhatian, tidak mempunyai masalah penglihatan atau rabun warna sewaktu beliau membuat pemerhatian Ringelmann Chart pada cerobong `boiler’ No. 2 tersebut. (b) Sewaktu pemerhatian dibuat, SP1 menggunakan borang Carta Ringelmann (eksibit P6) dan beliau mencatatkan setiap skala yang diperolehi ketika asap dilepaskan dari cerobong `boiler’ no. 2 pada selang masa setiap 15 saat dan pemerhatian Ringelmann Chart tersebut berakhir setelah satu (1) jam pemerhatian iaitu pada jam 1.35 petang. (c) Tugas SP2 pula ialah menjaga masa bagi selang masa setiap 15 saat menggunakan `stop watch’ telefon bimbit beliau. Wakil kilang OKS iaitu Encik Mohd Khairi yang berjawatan sebagai Penolong Pengurus telah dipanggil dan beliau hadir di lapangan 10 minit sebelum pemerhatian berakhir. Tujuan wakil kilang dipanggil ke lokasi pemerhatian hanya untuk memaklumkan keberadaan SP1 dan SP2 menjalankan pemerhatian Ringelmann Chart bagi cerobong `boiler’ no 2. (d) Setelah satu (1) jam pemerhatian skala Ringelmann Chart dibuat dan dicatatkan dalam borang (eksibit P8), SP1 dan SP2 memasuki kilang OKS bersama wakil kilang bagi menjalankan siasatan lanjut. (e) Di pejabat kilang OKS, SP1 dan SP2 telah mengadakan perbincangan dengan wakil kilang OKS dan membuat semakan dokumen berkaitan pemprosesan buah sawit mentah dan juga mereka membuat pemeriksaan pada bahagian operasi `boiler’ no. 2 yang berkapasiti 35,000 kg wap/jam. (f) SP1 juga telah membuat pelan lakar (eksibit P9) yang menunjukkan tempat dan jarak mereka membuat pemerhatian Ringelmann Chart pada cerobong `boiler’ No. 2 di luar kilang OKS dan pelan lakar tersebut telah disemak dan diperakui oleh SP2. (g) Setelah selesai menjalankan siasatan di kilang OKS pada jam lebih kurang 3.30 petang, SP1 dan SP2 beredar keluar dan balik ke pejabat.”. [21] Pihak Pendakwaan merujuk keterangan SP2 dan menyatakan dalam hujahan bertulis seperti yang berikut: “(a) SP2 berjawatan sebagai Penolong Jurutera yang sebelum ini bertugas di Agensi Nuklear Malaysia selama lebih kurang 13 tahun dan kini bertugas di Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Cawangan Kuala Pilah sejak Disember 2020 sehingga sekarang. (b) Sebagai seorang Penolong Jurutera, SP2 mempunyai kuasa (eksibit P14) untuk menjalankan tugas penguatkuasaan ke atas premis bagi menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan yang diperbuat dibawahnya. Pada 24/04/2021 jam lebih kurang 08.30 pagi, SP2 dan SP1 telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke atas premis OKS yang terletak di Bahau, Negeri Sembilan yang merupakan premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (eksibit P22 dan eksibit P23). Penguatkuasaan yang dijalankan adalah berkaitan pelepasan asap hitam cerobong `boiler’ no. 2 yang berkapasiti 35,000 kg.wap/jam (eksibit P19). (c) SP2 telah memasang Carta Ringelmann (eksibit P7) yang bersesuaian dan tidak terhalang dengan pandangan mata SP1 di dalam kawasan ladang sawit yang bersempadan dengan premis OKS pada anggaran jarak lebih kurang 400 – 450 meter antara Carta Ringelmann yang dipasang dengan pemerhatian cerobong `boiler’ no. 2. (d) Pemerhatian Carta Ringelmann (eksibit P7) selama 1 jam dimulakan pada jam 12.35 tengahari di mana SP2 ditugaskan menjaga masa bagi setiap selang masa 15 saat menggunakan `stop watch’ handphone beliau manakala SP1 membuat catatan pemerhatian asap yang keluar dari cerobong `boiler’ no. 2. Anggaran lebih kurang 10 minit sebelum permerhatian berakhir, wakil kilang OKS telah hadir di lokasi kejadian di mana pemerhatian Ringelmann Chart dijalankan. (e) Selesai pemerhatian Ringelmann Chart oleh SP1, SP2 telah membuat perkiraan bagi jumlah skala yang diperolehi merujuk kepada eksibit P8. Berdasarkan kepada rekod, SP2 mendapati premis OKS tidak mempunyai lesen perlanggaran di bawah Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi melanggar syarat yang boleh diterima bagi pengeluaran pencemar ke udara di mana OKS sepanjang masa perlu mematuhi kegelapan skala no. 1, Carta Ringelmann apabila diperhatikan. (f) Hasil perkiraan yang dibuat, SP2 mendapati jumlah skala yang diperolehi bagi skala No. 2 sehingga skala No. 5 (eksibit P8) adalah berjumlah 1350 saat atau bersamaan dengan 22.5 minit yang mana ianya telah menyalahi Peraturan 12(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 kerana OKS tidak mempunyai lesen perlanggaran di bawah Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk melanggar syarat yang boleh diterima. (g) Bersama wakil kilang, SP2 dan SP1 telah masuk ke kilang bagi menjalankan siasatan lanjut dan telah membuat semakan dokumen berkaitan dengan proses buah sawit serta menjalankan siasatan di bahagian operasi `boiler’ No. 2 yang berkapasiti 35,000 kg.wap/jam. Ketika itu `boiler’ No. 1 tidak beroperasi dan `smoke density meter’ bagi `boiler’ No. 2 bagi menyukat kelegapan pelepasan asap yang keluar berfungsi. (h) Sepanjang siasatan di premis OKS, SP2 telah mengambil sembilan (9) keping gambar menggunakan handphone beliau. SP2 juga telah menyemak pelan lakar (eksibit P9) yang dilukis oleh SP1 yang menunjukkan kedudukan pemerhatian Ringelmann Chart cerobong `boiler’ No.2 yang diperhatikan. (i) Sebelum mengakhiri siasatan, dan telah mengadakan perbincangan dengan wakil OKS dan SP2 telah melengkapkan borang selongkar (eksibit P15) dan mengeluarkan `field citation’ (eksibit P16) dan sesalinan dokumen tersebut telah diberikan kepada wakil OKS. Jam lebih kurang 3.30 petang, SP2 dan SP1 menamatkan siasatan dan beredar pulang ke pejabat. (j) Di pejabat SP2 telah memindahkan gambar ke dalam CD burn dan membuat perakuan di bawah Seksyen 90A(2) Akta Keterangan 1950 (eksibit P18). Satu notis arahan (eksibit P20) bertarikh 28/07/2021 telah dikeluarkan dan telah dipos secara A.R Berdaftar. Beliau telah menerima maklum balas notis arahan dari kilang OKS melalui surat bertarikh 09/08/2021.“. [22] Dalam hal ini, Mahkamah mengambil perhatian juga bahawa intipati ketiga dipertikaikan oleh pihak OKS sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 118 Hujahan Bertulis Pihak Pembelaan pada akhir kes pendakwaan seperti yang berikut: “Di dalam kes Pendakwaan ini, telah berlaku kepincangan serta jurang pada cara pihak Pendakwaan mengendalikan kes ini terutamanya apabila bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa - a) Pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa Carta Ringelmann (P7) adalah Carta Ringelmann yang diterbitkan oleh British Standards yang terkini dalam Siri BS 2742 atau Malaysian Standards yang setara, atau telah diluluskan oleh Ketua Pengarah sebagai setara dengan Carta Ringelmann yang diterbitkan oleh British Standard yang terkini dalam Siri BS 2742 atau Malaysian Standard yang setara; b) Pihak Pendakwaan gagal untuk mengemukakan Carta Ringelmann yang telah digunakan pada Tarikh Siasatan; c) Pemerhatian Carta Ringelmann yang dilakukan oleh SP1 adalah tidak boleh dipercayai (‘unreliable’) kerana terdapat banyak faktor pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi proses dan hasil pemerhatian yang akan menyebabkan hasil pemerhatian tidak menggambarkan keadaan sebenar asap yang dilepaskan daripada cerobong No. 2 di Kilang OKS; d) Hasil pemerhatian Carta Ringelmann yang dilakukan pada tarikh siasatan tidak tepat, tidak boleh dipercayai (‘unreliable’) dan tidak menggambarkan keadaan sebenar asap yang dilepaskan daripada cerobong No. 2 di Kilang OKS kerana SP1 dan SP2 gagal memastikan prosedur berkenaan JARAK telah dipatuhi dengan ketat; e) Kegagalan pihak Pendakwaan untuk mengemukakan data cerapan daripada CEMS pada Tarikh Siasatan bagi cerobong No. 2 di Kilang OKS telah mengakibatkan Mahkamah Yang Mulia ini tidak dapat mengesahkan dan membuat perbandingan pemerhatian Carta Ringelmann oleh SP1 dengan instrumen yang lebih tepat dan lebih ‘reliable’; f) Pihak Pendakwaan telah gagal untuk memastikan pemerhatian Carta Ringelmann telah dilakukan oleh SP1 pada setiap 15 saat secara konsisten dalam tempoh 1 jam; g) Pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa pemerhatian Carta Ringelmann telah dilakukan dalam tempoh 1 jam, tidak lebih dan tidak kurang; h) Tidak selamat untuk Mahkamah Yang Mulia ini bersandarkan kepada gambar-gambar ID11(A-I) memandangkan integriti dan ketulenan gambar-gambar tersebut adalah dipertikaikan sekeras-kerasnya; dan i) Mahkamah yang Mulia ini tidak boleh mengambil kira dan/atau merujuk kepada ID11(A-I) kerana pihak Pendakwaan gagal untuk memenuhi keperluan ‘admissibility’ bagi gambar-gambar ID11(A-I).”. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [23] Bagi membuktikan intipati ketiga, elemen yang berikut perlu jelas iaitu: (a) Carta Ringelmann; (b) Kaedah pengukuran kegelapan dengan menggunakan Carta Ringelmann; (c) Tempoh pemerhatian. Carta Ringelmann [24] Perkataan “Carta Ringelmann” ditakrifkan dalam Peraturan 2 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 seperti yang berikut: ‘“Carta Ringelmann” ertinya skala Ringelmann untuk menggred ketumpatan asap yang diterbitkan oleh Piawaian British yang terkini dalam siri BS 2742 atau Piawaian Malaysia yang setara, atau apa-apa carta, alat pencatat, alat penunjuk atau alat untuk mengukur ketumpatan asap yang diluluskan oleh Ketua Pengarah sebagai setara dengan skala Ringelmann tersebut.’. [25] Pihak Pembelaan mempersoalkan sama ada Carta Ringelmann yang digunakan merupakan Carta Ringelmann yang diterbitkan oleh British Standards yang terkini dalam Siri BS 2742 atau Malaysian Standards yang setara, atau telah diluluskan oleh Ketua Pengarah sebagai setara dengan Carta Ringelmann yang diterbitkan oleh British Standard yang terkini dalam Siri BS 2742 atau Malaysian Standard yang setara. [26] Dalam hal ini, Pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan bahawa Carta yang digunakan merupakan Carta Ringelmann yang diterbitkan oleh British Standards yang terkini dalam Siri BS 2742 atau Malaysian Standards yang setara atau telah diluluskan oleh Ketua Pengarah. [27] Berdasarkan keterangan SP1, saya mendapati SP1 menegaskan bahawa hanya Carta Ringelmann yang telah dibekalkan oleh pihak Jabatan digunakan untuk tugas-tugas penguatkuasaan pelepasan asap daripada cerobong. Walau bagaimanapun, semasa pemeriksaan balas SP2 bersetuju tidak ada apa-apa sticker yang diletakkan bagi mengesahkan alat Carta Ringelmann merupakan alat yang dibekalkan oleh Jabatan Alam Sekitar atau milik Kerajaan Malaysia. Keterangan SP2 Semasa Pemeriksaan Balas Pada 30.10.2024 Ok. Setuju dengan saya di hadapan Mahkamah ini, tak ada apa-apa surat ke apa yang mengatakan carta tersebut telah diluluskan oleh Ketua Pengarah kamu. Setuju dengan saya? Ok. Setuju dengan saya, kalau carta ini adalah yang dibeli oleh jabatan kamu atau dibeli oleh kerajaan Malaysia, setuju dengan saya sepatutnya dia akan dilekatkan dengan sticker yang mengatakan “Hak Milik Kerajaan Malaysia”? AZIZI Saya tak pasti. Ok, kamu sudah kerja dengan government sudah berapa lama? AZIZI 17 tahun. 17 tahun. So setuju dengan saya, kalau government yang belikan aset tersebut, ianya akan ditampalkan dengan sticker ataupun penandaan yang menulis “Hak Milik Kerajaan Malaysia”? AZIZI Betul. Ok. Dekat depan kamu pun ada sticker. AZIZI Ada. Sticker itu ada, kan? Kamu boleh tengok ditulis tak Hak Milik Kerajaan Malaysia? AZIZI Ada. Ok. So setuju dengan saya, dekat dalam sticker itu tak ada apa-apa pun yang dilekat dengan sticker Hak Milik Kerajaan Malaysia? Ok. Memandangkan tidak dilabelkan dengan Hak Milik Kerajaan Malaysia, terdapat kemungkinan bahawa carta tersebut tidak dibeli oleh jabatan kamu atau tidak dibeli oleh kerajaan Malaysia. AZIZI Tak setuju. Ok, sekarang saya nak rujuk kamu kepada satu dokumen yang dinamakan “Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan”. Puan, dokumen ini kami download daripada Perbendaharaan Malaysia, so saya mohon ditandakan, Puan. JUDGE Boleh, tanda. Ada bantahan? PO2 Dengan izin Puan. Pihak Pendakwaan tidak pasti daripada mana. Puan, dokumen ini kami download daripada Perbendaharaan Malaysia. Boleh didapati secara online. PO2 Pendakwaan perlu memeriksa semula, Puan, untuk pengesahan. JUDGE Ok, boleh periksa dulu. PO2 Berkenaan dokumen ini. Puan saya undertake dokumen ini saya sendiri yang download, Puan. So kalau nak semak, boleh semak, saya tak ada masalah. JUDGE Tak apa. Pendakwaan dibenarkan untuk menyemak. PO2 Maaf, Puan? JUDGE Ya, boleh semak dulu. Kasi. So sementara semak, boleh saya teruskan? JUDGE Ya, teruskan. Ok. En Azizi, tadi En Azizi beritahu Mahkamah walaupun dibeli oleh kerajaan ataupun jabatan, tak perlu tampal sticker Hak Milik Kerajaan Malaysia. Betul, tadi? Keterangan En Azizi? AZIZI Sepatutnya tampal. Ya? AZIZI Sepatutnya kena ada sticker. Sepatutnya kena ada. So memandangkan tak ditampal, ada kemungkinan tidak dibeli oleh kerajaan Malaysia lah. Setuju dengan saya? Sebab kalau dibeli oleh jabatan dan kerajaan Malaysia dia patut tampal kerana dia ada rekod, dalam rekod – kita panggil apa? Rekod aset. AZIZI Itu saya tak pasti. Ok, sekarang ini, saya nak rujuk En Azizi kepada dokumen Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan berkenaan pendaftaran aset. En Azizi, setuju dengan saya, sebagai pegawai kerajaan, staf kerajaan, En Azizi adalah tertakluk kepada arahan-arahan daripada kerajaan. AZIZI Ya. Termasuk D27. AZIZI Mana? Ini, dokumen ini D27. Termasuk dokumen ini lah. AZIZI Ok. Ok. So saya rujuk En Azizi kepada muka surat 2, item 3. Dia cakap, “Aset Alih yang diterima melalui pembelian dengan wang kerajaan, yang disewa beli dengan wang kerajaan, yang diterima melalui hadiah, pindahan dan melalui proses perundangan atau perjanjian hendaklah didaftarkan.” Setuju? So ini bermaksud, kalau beli dengan wang kerajaan, kalau kerajaan yang beli, this carta Ringelmann perlu didaftarkan dalam rekod. AZIZI Sepatutnya. Sepatutnya. Bukan sepatut, memang perlu. AZIZI Ya. Saya nak rujuk En Azizi kepada muka surat 9, di bahagian Pelabelan Aset. En Azizi tengok. Baca 9.10.1. AZIZI “Semua Aset Alih hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabel atau mengecat atau mencetak timbul bagi menunjukkan tanda Hak Kerajaan Malaysia dan nama Kementerian/Jabatan/PTJ yang berkenaan di tempat dan mengikut format yang bersesuaian pada Aset Alih berkenaan.” [28] Oleh itu, berdasarkan keterangan SP1 dan SP2 pendakwaan tidak mengemukakan apa-apa keterangan yang mengesahkan bahawa Carta Ringelmann yang digunakan merupakan Carta Ringelmann diterbitkan oleh British Standards yang terkini dalam Siri BS 2742 atau Malaysian Standards yang setara, atau telah diluluskan oleh Ketua Pengarah sebagai setara dengan Carta Ringelmann yang diterbitkan oleh British Standard yang terkini dalam Siri BS 2742 atau Malaysian Standard yang setara. [29] Pihak Pembelaan turut mempersoalkan sama ada Carta Ringelmann yang digunakan semasa siasatan dan yang dibawa ke Mahkamah semasa bicara merupakan Carta Ringelmann yang sama. [30] Dalam hal ini, Pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan bahawa Carta Ringelmann yang digunakan semasa siasatan dan yang dibawa ke Mahkamah semasa bicara merupakan Carta Ringelmann yang sama. [31] Saya mendapati semasa perbicaraan pada tarikh 16.10.2024, SP2 telah mengesahkan bahawa Carta Ringelmann yang dikemukakan di Mahkamah adalah versi yang berbeza dengan Carta Ringelmann yang digunakan pada tarikh siasatan; Keterangan Semasa Pemeriksaan Balas Pada 16.10.2024 Terima kasih, Puan. IDD26. En Azizi, memandangkan Ringelmann Chart yang ada di hadapan kita dan tarikh siasatan adalah berbeza. Setuju dengan saya? Setuju ataupun tak? Setuju. Setuju. Ringelmann Chart yang digunakan pada tarikh siasatan adalah lebih kotor ataupun lusuh. Setuju dengan saya? Setuju. [32] Saya juga mendapati SP2 tidak dapat mengesahkan sama ada Carta Ringelmann yang dibawa ke Mahkamah pada setiap tarikh perbicaraan merupakan Carta Ringelmann yang sama daripada awal sehingga habis. Keterangan SP2 adalah seperti berikut:- Keterangan Semasa Pemeriksaan Balas Pada 30.10.2024 Boleh saya dapat pengesahan sama ada carta Ringelmann yang dipasang pada hari pertama sehingga kini adalah carta yang sama ataupun tidak? Saya tak pasti. Tak pasti. En Azizi, saya cadangkan pada tarikh sebelum ini yang dipasang di hadapan Mahkamah adalah carta yang berlainan daripada carta yang dipasang pada hari ini. Saya tak pasti. Ok. En Azizi, berdasarkan rekod pada – sebab sebelum ini saya yang soal balas En Hisham – saya sudah semak carta Ringelmann chart tersebut. En Azizi boleh sahkan tak dekat carta Ringelmann chart itu, ada tak apa-apa penulisan ataupun penandaan tahun 1957? Tak ada. Tak ada. Kosong? Memang tak ada? Kosong. So saya cadangkan pada hari ini, carta Ringelmann chart tersebut adalah tidak sama dengan apa yang telah dipasang pada perbicaraan pada hari-hari yang sebelum. Saya tak pasti. So memandangkan tak pasti, ada kemungkinan adalah carta yang berbeza, betul? Mungkin. [33] Oleh itu, SP2 sebagai Pegawai Penyiasat tidak dapat mengesahkan bahawa sama ada Carta Ringelmann yang digunakan semasa siasatan merupakan Carta Ringelmann yang dibawa ke Mahkamah pada setiap tarikh perbicaraan. [34] Bagi membuktikan intipati ketiga, elemen seterusnya ialah berkenaan dengan kaedah pengukuran kegelapan dengan menggunakan Carta Ringelman dan tempoh pemerhatian. [35] Pendakwaan berhujah hasil pemerhatian Ringelmann Chart yang dijalankan oleh SP1 dan SP2 mendapati pelepasan asap yang keluar dari cerobong `boiler’ no. 2 lebih gelap daripada kelegapan No. 1 dalam Carta Ringelmann selama agregat 22.5 minit melebihi lima (5) minit dalam tempoh satu jam pemerhatian. Pengesahan pelepasan asap hitam yang keluar dari cerobong `boiler’ no. 2 tersebut dibuktikan dengan perkiraan oleh SP2 mengikut jumlah bilangan bagi skala 2 hingga skala 5 Ringelmann Chart yang diperolehi (eksibit P8) iaitu berjumlah 22.5 minit semasa pemerhatian selama satu (1) jam dijalankan yang mana tidak mematuhi Peraturan 12(1)(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. [36] Dalam hal ini, Pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan mengenai kaedah pengukuran kegelapan dengan menggunakan Carta Ringelman dan tempoh pemerhatian. [37] Pembelaan menyatakan kegagalan pihak pendakwaan untuk memastikan prosedur berkenaan jarak telah dipatuhi dengan ketat telah menyebabkan hasil pemerhatian carta ringelmann tidak tepat, tidak boleh dipercayai (‘unreliable’) dan tidak menggambarkan keadaan sebenar asap yang dilepaskan daripada cerobong no. 2 di kilang OKS. [38] Pembelaan berhujah dalam proses pemerhatian Carta Ringelmann, terdapat dua (2) jenis jarak yang harus diperhatikan iaitu - (a) Jarak di antara pegawai pemerhati (SP1) dan tempat Carta Ringelmann di pasang; dan (b) Jarak di antara tempat Carta Ringelmann di pasang dan cerobong No. 2 di Kilang OKS. [39] Saya mendapati keterangan SP2 telah mengesahkan bahawa faktor jarak merupakan elemen penting dalam proses pemerhatian Carta Ringelmann. Keterangan Semasa Pemeriksaan Balas Pada 16.10.2024 Kalau lagi dekat, dia akan nampak lagi gelap. Setuju dengan saya tak? Lagi dekat? Setuju. Kalau lagi jauh, dia akan nampak lagi cerah pasal ada banyak cahaya masuk, betul? Betul. Betul? So, jarak itu adalah penting. Setuju dengan saya tak? Setuju.”. [40] Pembelaan merujuk prosedur yang ditetapkan di dalam British Standard (D10) berkenaan jarak di antara pegawai pemerhati dan tempat Carta Ringelmann di pasang seperti berikut: Sila rujuk m/s 2 British Standard (D10) [41] Sebaliknya, Pendakwaan berhujah dalam Hujahan Balas Pihak Pendakwaan di perenggan 2.4(b) bahawa “tidak ada mana-mana keterangan SP1 dan SP2 yang menyatakan British Standard (D10) merupakan satu dokumen yang dijadikan rujukan bagi menjalankan pemerhatian pelepasan asap yang telah dijalankan pada hari kejadian.”. Walau bagaimanapun, semasa diperiksa balas mengakui/mengesahkan pada Carta Ringelmann ada tercatat Brisitih Standard seperti yang berikut: Pemeriksaan Balas SP1 Ok. Ok, saya katakan Carta Ringelmann yang you gunakan ini adalah berdasarkan British standard untuk siri tahun 1957. Setuju? Yang tertulis itu saya setuju. [42] Saya mendapati dalam keterangan SP1 dinyatakan bahawa anggaran jarak pemerhatian ialah anggaran lebih kurang dalam 400 m 400 meter seperti yang berikut: Pemeriksaan Utama SP1 PO-1 Di mana tempat 1 kamu membuat pemerhatian? HISHAM Di luar Kilang Kok Foh. PO-1 Berapa anggaran jarak? HISHAM Dalam – HR Puan, all these are leading question. PO-1 Kamu katakan kamu buat di luar kawasan Ringelmann Chart, cuba jelaskan. HISHAM Saya memasang alat Carta Ringelmann ini anggaran lebih kurang dalam 400 m. Dalam anggaran sayalah, antara jarak kita memerhati dan juga pada alat cerobong tersebut. Pelepasan asap hitam. Lebih kuranglah seingat saya. [43] Walau bagaimanapun merujuk P8, jarak dari cerobong yang dicatatkan ialah 450 meter. Sebaliknya SP2 semasa pemeriksaan balas menyatakan jarak di antara pegawai pemerhati dan tempat Carta Ringelmann hanyalah lebih kurang 3 meter sahaja. Keterangan Semasa Pemeriksaan Balas Pada 16.10.2024 Boleh macam itu? Ok. So, macam itu, apakah jarak di antara En Hisham dengan Ringelmann chart? En Hisham dengan Ringelmann chart? Lebih kurang 3m. Apa dia? Lebih kurang 3m. Lebih kurang 3m. Ok. 3m, ya? Saya rujuk kamu kepada D10. Now, minta maaf. Kalau jarak ini semua adalah tak betul, tak mengikut prosedur, setuju dengan saya, kemungkinan bacaan yang dibuat juga tak tepat? Saya tak pasti. [44] Saya mendapati SP1 dan SP2 tidak mengemukakan keterangan mahupun bukti yang menyokong jarak 450 meter yang dinyatakan dalam Borang Pemerhatian. Malahan Pendakwaan turut menghujahkan bahawa pihak Pembelaan hanyalah dengan andaian bahawa seolah-olah kandungan dokumen D10 merupakan SOP atau prosedur yang digunakan oleh SP1 dan SP2 semasa pemerhatian dijalankan. [45] Sebaliknya, semasa pemeriksaan semula, SP1 telah merujuk takrif Carta Ringlemann seperti yang berikut: Pemeriksaan Semula SP1 PO-2 En Hisham dah bersedia? Cakap di mic. Nanti tak dapat direkod. Ok, En Hisham. Tadi apabila rakan bijaksana saya bertanya berkenaan dengan Ringelmann Chart, ok. Dan dicadangkan bahawa Ringelmann Chart yang digunakan oleh En Hisham semasa pemerhatian adalah Ringelmann Chart bukan yang terkini iaitu tahun 1957. Edisi 1957. Dan juga dicadangkan bahawa penggunaan chart itu tak valid dan En Hisham kata tak setuju tadi. Ya, betul. PO-2 Boleh terangkan kenapa En Hisham tak setuju? Baik. Yang pertama sekali carta Ringelmann ini adalah carta Ringelmann yang dibekalkan oleh pihak jabatan untuk tugas-tugas penguatkuasaan pelepasan asap hitam daripada cerobong. Cuma ini sahaja yang dibekalkan oleh pegawai penguatkuasaan di lapangan. Kenapa ianya tidak menggunakan seperti yang dikatakan tadi adalah the latest punya edition? Sebab merujuk kepada Peraturan Udara Bersih Tahun 2014, iaitu maksud carta Ringelmann ataupun di bawah Peraturan 12 itu sendiri ada menyatakan bahawasanya peralatan yang kita gunakan iaitu carta Ringelmann itu adalah peralatan atau alat yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. Bermaksud, apa yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar maka kita boleh gunakan untuk tugas-tugas penguatkuasaan. Merujuk juga kepada definasi di bawah Peraturan 2 iaitu tafsiran berkaitan dengan maksud carta Ringelmann pun ada maklumkan bahawasanya di sini saya ambil di pertengahan sahaja tafsiran “atau apa-apa carta, alat pencatat, alat penunjuk, atau alat untuk mengukur ketumpatan asap yang diluluskan oleh Ketua Pengarah sebagai setara dengan skala Ringelmann tersebut.” Yang setara. Bermaksudnya apa yang dibekalkan oleh Jabatan iaitu yang kita nampak dekat depan ini, dia punya carta dia ini yang ada color hitam hingga putih itu, itulah yang kita gunakan untuk tugas penguatkuasaan pelepasan asap hitam daripada cerobong. Itu sahaja. Itu maklumat saya. [46] Persoalan yang berbangkit ialah jika pengunaan Carta Ringlemann tidak merujuk British Standard maka apakah rujukan atau panduan bagi memastikan Carta Ringelmann telah diletakkan secara teratur dan mengikut panduan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. [47] Keterangan SP2 sebagai Pegawai Penyiasat tidak dapat mengesahkan sama ada Carta Ringelmann telah diletakkan secara teratur dan mengikut panduan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. Tambahan pula, berdasarkan keterangan SP2 semasa pemeriksaan balas pada 16/10/2024 SP2 mengakui tidak pernah mengikuti kursus berkenaan dengan bacaan Carta Ringelmann mahupun mempunyai pengalaman berkaitan bacaan Carta Ringelmann. Walhal SP2 mengesahkan SP2 sebagai Pegawai Penyiasat dalam kes ini manakala SP1 merupakan pembantu. Pemeriksaan Balas SP2 pada 16/10/2024 HR Tak pasti. Leave for submission, Puan. Saya nak pergi isu lain, Puan. Now, En Azizi, En Azizi pernah beritahu Mahkamah bahawa En Azizi pernah pergi kursus berkenaan dengan kerja-kerja membuat bacaan Ringelmann. Betul? AZIZI Saya tak pernah. HR Tak pernah? So, kamu tak ada pengalaman langsung? AZIZI Saya tak ada pengalaman. Pemeriksaan Balas SP2 pada 16/10/2024 HR Kamu ketua penyiasat pada hari itu? AZIZI Betul. HR Betul? So, kamu kena lebih mengetahui daripada En Hisham. Setuju dengan saya tak? Memandangkan kamu ketua penyiasat. AZIZI Dia bantu saya. [48] Berkenaan dengan tugas SP2 sebagai Pegawai Menyiasat, saya merujuk kes PP lwn. TASIK DELIMA SDN BHD [2023] 5 LNS 44 yang telah membincangkan mengenai kelompangan siasatan pasukan penguatkuasa dan telah merujuk beberapa kes mengenai keperluan untuk melengkapkan penyiasatan bagi suatu kes jenayah seperti yang berikut: “[69] Saya telah merujuk tiga kes Mahkamah Rayuan mengenai keperluan untuk melengkapkan penyiasatan bagi suatu kes jenayah. Dalam kes Rahmani Ali Mohamad v PP [2024] 7 CLJ 405 menyatakan bahawa, "[16] In our judgment, the appellant's right to a fair trial has been compromised as a result of the failure of PW8 to carry out investigation to verify the appellant's version of fact. The appellant may thereby have lost a chance which was fairly opened to him of being acquitted and that there had been occasioned a failure or a miscarriage of justice (see: Mraz v. The Queen [1955] 93 CLR 493 quoted with approval in Lim Hock Boon V PP [2007] 1 MLJ 46.”. [70] Dalam Hasem Gharezadehsharbiani Hassan V PP [2014] 1 LNS 752, "[18]... In our view, the conduct of PW6 is most unsatisfactory and unacceptable. As an investigating officer, PW6 has an onerous responsibility to investigate all aspects and fairly, including feature of the case which not only favours the prosecution but also the appellant. The duty of the investigating officer is not merely to bolster up a prosecution case with such evidence as may enable the Court to record a conviction but to bring out the real unvarnished truth (see: Jamuna Chaudhary & Ors v. State of Bihar [1974] 3 Supreme Court Cases 774). The appellant cannot be penalized for lack of ingenuity in investigation by PW6 depriving him of the time honoured benefit of doubt (see: Pang Chee Meng V PP [1992] 1 CLJ 265 .". [49] Dalam kes ini, pendakwaan mempunyai beban untuk membuktikan siasatan hendaklah dijalankan dengan adil dan saksama. Ini termasuklah menjelaskan mengenai kaedah pengukuran kegelapan dengan menggunakan Carta Ringelmann supaya membolehkan pembelaan mengemukakan apa-apa hujah untuk menyangkal apa-apa pelanggaran undang-undang. Siasatan hendaklah dijalankan dengan adil dan saksama telah diputuskan dalam kes Mohd Helmi Akmal Mohd Ali lwn PP [2017] 7 CLJ 666 yang merujuk juga kes-kes dari India sebagai panduan, "[35] Dalam hubungan ini, barangkali suai manfaat jika kami perturunkan beberapa petikan keputusan Mahkamah Agung India yang menekankan bahawa siasatan hendaklah dijalankan dengan adil dan saksama. Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada pengumpulan keterangan yang boleh menunjukkan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan tetapi meliputi juga pengumpulan keterangan yang boleh menentukan tertuduh tidak melakukan kesalahan yang menjadi hal perkara yang disiasat. Dalam kes Manu Sharma v. State (NCT of Delhi), [2010] 6 SCC I, Mahkamah Agong India menyatakan: The criminal justice administration system in India places human rights and dignity for human life at a much higher pedestal. In our jurisprudence an accused is presumed to be innocent till proved guilty, the alleged accused is entitled to fairness and true investigation and fair trial and the prosecution is expected to play balanced role in the trial of a crime. The investigation should be judicious, fair, transparent and expeditious to ensure compliance with the basic rule of law. These are the fundamental canons of our criminal jurisprudence and they are quite in conformity with the constitutional mandate contained in Articles 20 and 21 of the Constitution of India. [36] Dalam nada dan irama yang sama, Mahkamah Agong India menyatakan dalam kes Sasi Thomas v. State and Ors [2006] 12 SCC 421 seperti berikut: Proper and fair investigation on the part of the investigating officer is the backbone of rule of law. A proper and effective investigation into a serious offence and particularly in a case where there is no direct evidence assumes great significance as collection of adequate materials to prove the circumstantial evidence becomes essential. Unfortunately, the appellant has not been treated fairly.”. [50] Saya berpandangan berdasarkan keterangan dan ketidakpastian SP2 mengenai kaedah pengukuran menggunakan Carta Ringelmann menyebabkan Pendakwaan tidak dapat membuktikan mengenai kaedah pengukuran kegelapan dengan menggunakan Carta Ringelman telah secara teratur dan mengikut panduan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah [51] Berkenaan dengan elemen tempoh pemerhatian, pendakwaan berhujah bahawa SP1 dan SP2 telah membuat pemerhatian Carta Ringelmann (eksibit P7) selama 1 jam dimulakan pada jam 12.35 tengahari. SP2 ditugaskan menjaga masa bagi setiap selang masa 15 saat menggunakan `stop watch’ handphone beliau manakala SP1 membuat catatan pemerhatian asap yang keluar dari cerobong `boiler’ no. 2. [52] SP2 mengesahkan bahawa beliau menggunakan telefon bimbit yang sama untuk mengambil gambar sedangkan SP2 telah ditugaskan untuk menjaga masa bagi setiap selang masa 15 saat. [53] Saya berpandangan berdasarkan keterangan SP2 Pendakwaan tidak dapat membuktikan mengenai pemerhatian semasa pengukuran kegelapan dengan menggunakan Carta Ringelman telah secara teratur dan mengikut panduan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. [54] Pada peringkat akhir kes pendakwaan, pihak pendakwaan perlulah mengemukakan bukti yang kredibel yang membuktikan kesemua intipati-intipati pertuduhan, di mana jika tidak disangkal, membolehkan Mahkamah menyabitkan tertuduh. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [55] Setelah Mahkamah meneliti keterangan melalui saksi-saksi Pendakwaan bersama ekshibit yang dikemukakan dalam kes ini, hujahan kedua-dua pihak serta setelah diaplikasikan prinsip penilaian maksima terhadap kesemua keterangan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan tidak berjaya membuktikan bahawa wujudnya suatu kes prima facie terhadap OKS berdasarkan keterangan untuk intipati ketiga. OKS dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. (MAZNI BINTI NAWI) Hakim Mahkamah Sesyen 4 Seremban 20 April 2025 Pegawai Pendakwa: Zainoorliza binti Zainal Abidin, Muhammad Fitri bin Soroni dan Mohd Shafiq Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Peguambela: Habizan Rahman Bin Habeeb Rahman, Sarina Binti Alwi,Hanif Asyraf Bin Mohd Salleh dan Anis Afina Tetuan Rahman Rohaida KFPO/JAS/April2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.