Kol Khairul Azmizal Bin Ahmad Natal (Pegawai Memerintah (Komandan), Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) & 5 Lagi v Mohd. Zul Azuan Bin Abas (N-01(IM)-146-03/2018)
Court of Appeal of Malaysia·15 Aug 2018·N-01(IM)-146-03/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Cited by
0
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Authorities cited
9
Earlier cases and laws this decision relies on
Cites[1981] COD 61External
“(a) Discovery will not be ordered so as to make good defects in the applicant's evidence (R v. Inland Revenue Commissioners, ex p Taylor [1981] COD 61; R. v. Secretary of State for Education, ex p. J [1993] COD 146; R. v. Inland Revenue Commissioners, ex p National Federation of Small Employed and Small Businesses Ltd”
Cites[1982] AC 617External
“ers, ex p Taylor [1981] COD 61; R. v. Secretary of State for Education, ex p. J [1993] COD 146; R. v. Inland Revenue Commissioners, ex p National Federation of Small Employed and Small Businesses Ltd [1982] AC 617 at p. 635H).”
Cites[1987] QB 1077External
“fairly of the matter, (within the meaning of O.28 r 8)(see R v. Inland Revenue Commissoners, ex p J. Rothschild Holdings Plc [1987] 1 STC 183; R v. Governor of Pentonville Prison, ex p. Herbaga (No.2)[1987] QB 1077).”
Cites[1988] COD 3External
“(b) One will seldom obtain full private law type discovery in a Wednesbury challenge, (R v. Secretary of State for the Environment, ex p. Smith [1988] COD 3).”
Cites[1989] COD 329External
“s relevant to the existing dispute. Indeed, in judicial proceedings it has been held that discovery must be central to the application (see R v. Secretary of State of the Home Department, ex p Benson [1989] COD 329)." [25] Mahkamah Rayuan selanjutnya menegaskan seperti berikut: [17] In any event, the judicial review ap”
Show 4 moreShow fewer
Cites[1992] COD 67External
“rast, discovery will not be ordered where there is no reason to doubt the bona fides or accuracy of the reasons given on affidavit (see R v. Secretary of State for the Environment, ex p Islington IBC [1992] COD 67; R v. Secretary of State for Health, ex p. L.B. of Hackney [1994] COD 432). The most authoritative pronoun”
Cites[1993] COD 146External
“(a) Discovery will not be ordered so as to make good defects in the applicant's evidence (R v. Inland Revenue Commissioners, ex p Taylor [1981] COD 61; R. v. Secretary of State for Education, ex p. J [1993] COD 146; R. v. Inland Revenue Commissioners, ex p National Federation of Small Employed and Small Businesses Ltd”
Cites[1993] MLJU 96External
“enggunaan di mahkamah kerana ia boleh dikelaskan semula dari status sulit dan terhad menjadi dokumen yang dibatalkan pengkelasan. Peguamcara merujuk kes Yekambaram Marimuthu v Malayawata Steel Berhad [1993] MLJU 96 dan menghujahkan bahawa permohonan responden telah mematuhi kriteria yang digariskan oleh Aturan 53 dibac”
Cites[1994] COD 432External
“bona fides or accuracy of the reasons given on affidavit (see R v. Secretary of State for the Environment, ex p Islington IBC [1992] COD 67; R v. Secretary of State for Health, ex p. L.B. of Hackney [1994] COD 432). The most authoritative pronouncement remains that Lord Scarman in Island Revenue Commissioners v. Nation”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. N - 01 (IM) -146 - 03/2018 ANTARA PEGAWAI MEMERINTAH (KOMANDAN) PUSAT...
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. N - 01 (IM) -146 - 03/2018 ANTARA PEGAWAI MEMERINTAH (KOMANDAN) PUSAT LATIHAN ASAS TENTERA DARAT (PUSASDA), DEPOT ASKAR MELAYU DIRAJA SRI RUSA, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN ... PERAYU-PERAYU DAN MOHD ZUL AZUAN BIN ABAS RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus Permohonan Semakan Kehakiman : 25-17-12/Tahun 2016 Antara Mohd Zul Azuan bin Abas ... Pemohon Dan ... Responden-Responden] UMI KALTHUM BINTI ABDUL MAJID, HMR ZALEHA BINTI YUSOF, HMR YAACOB BIN HAJI MD SAM, HMR ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Ini adalah rayuan oleh perayu-perayu (responden-responden dalam permohonan Semakan Kehakiman) terhadap keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman yang telah membenarkan permohonan responden (pemohon dalam permohonan Semakan Kehakiman) di dalam Permohonan Penzahiran untuk memerintahkan perayu-perayu membekalkan dokumen-dokumen berkaitan dengan penurunan pangkat responden dan seterusnya pemberhentian responden daripada terus berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia. [2] Kami telah mendengar rayuan ini dan sebulat suara membenarkan rayuan perayu-perayu. Keputusan oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi dengan itu diketepikan. Tiada kos diperintahkan. [3] Kami memberikan alasan keputusan kami tersebut seperti di bawah ini. LATAR BELAKANG PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN [4] Pada 21 Disember 2016, responden memfailkan permohonan Semakan Kehakiman terhadap perayu-perayu menurut Aturan 53 kaedah 3(1) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012), untuk mendapatkan relif-relif berikut: a(i) Suatu perintah Deklarasi dan/atau Certiorari dilangsungkan kepada responden-responden (perayu-perayu di sini) untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia ini bagi membatalkan keputusan yang telah diberikan oleh responden pertama dan/atau Mahkamah Tentera dan/atau responden-responden bagi pihak responden keenam (Kerajaan Malaysia) yang menjatuhkan hukuman terhadap pemohon iaitu dengan menurunkan pangkat pemohon dari Koperal ke Prebet serta terhadap keputusan yang dibuat oleh pegawai pengesah dan/atau 'Pihak Berkuasa Yang Meluluskan' dalam mengesahkan keputusan dan hukuman turun pangkat (sekiranya ada) dan bahawa penurunan pangkat tersebut adalah terbatal dan tidak sah; a(ii) Suatu perintah 'Prohibition' dan/atau Injunksi untuk menghalang responder-responden dari bertindak melebihi bidang kuasa dan/atau bertentangan dengan prinsip keadilan asasi agar tidak meneruskan dengan proses pemberhentian secara paksa terhadap pemohon melalui Borang 'Permohonan Pemberhentian Askar Laskar' (BAT B 83 (Pindaan 1996); a(iii) Suatu perintah Deklarasi dan/atau Certiorari dilangsungkan kepada responden-responden untuk memindahkan ke dalam Mahkamah Yang Mulia ini bagi membatalkan keputusan yang telah diberi oleh responden pertama, responden ketiga dan responden keempat dan/atau responden kelima bagi pihak responden keenam (Kerajaan Malaysia) untuk memberhentikan pemohon secara paksa atas alasan demi perkhidmatan awam dan bahawa keputusan buang kerja dan/atau pemberhentian secara paksa tersebut adalah terbatal dan tidak sah; a(iv) Suatu perintah Deklarasi bahawa pemohon kekal sebagai Koperal tanpa kehilangan kekanan pangkat, emolumen dan faedah; b) Satu siasatan untuk menentukan tunggakan gaji, emolumen, elaun-elaun dan faedah-faedah yang pemohon sepatutnya menerima dari tarikh pemohon diturunkan pangkat sehingga dibuang kerja dan seterusnya sehingga penyelesaian penuh serta bagi taksiran gantirugi; c) Gantirugi Am dan/atau gantirugi teruk dan/atau gantirugi teladan dan/atau gantirugi punitif kerana pihak responden-responden di atas tindakan-tindakan pihak responden-responden yang telah bergantung kepada maklumat tidak benar, maklumat yang telah basi 'stale' dan/atau tidak lengkap serta telah bersikap sambil lewa 'lackadaisical attitude' serta 'mala fide' yang berterusan mulai dari siasatan yang dijalankan (sekiranya ada di mana dinafikan) serta prosiding Mahkamah Tentera dan/atau prosiding tatatertib dengan niat untuk menurunkan pangkat pemohon dan seterusnya bertindak melebihi bidang kuasa dan 'ultra vires Regulations and Constitution', secara 'malice' dengan 'collateral purpose' dengan memberhentikan pemohon dari perkhidmatan secara paksaan yang mana seakibat dari tindakan dan/atau peninggalan pihak responden-responden tersebut secara terus menerus tanpa henti, pemohon mengalami trauma mental, emosi dan psikologi yang begitu amat sangat apabila menghadapi keluarga dan masyarakat, terpaksa mengharungi tekanan jiwa, mengalami kesedihan dan kedukacitaan (severe shock and mental aguish), setiap hari sehingga kini; d) Gantirugi pemecatan salah sekiranya diteruskan; e) Faedah pada kadar 5% setahun terhadap keseluruhan jumlah Penghakiman dari keputusan turun pangkat sehingga penyelesaian penuh; Dan/atau secara alternatif: f) Bahawa perlanjutan tempoh masa diberikan untuk memfailkan Notis Usul ini di luar tempoh masa mengikut kehendak-kehendak Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (sekiranya wujud); g) Untuk semua perintah-perintah yang diperlukan dan berbangkit diberi; dan h) Bahawa kos usul ini dan kos yang disebabkan oleh usul ini hendaklah menjadi kos dalam kausa. [5] Permohonan Untuk Semakan Kehakiman serta Pernyataan Menurut Aturan 53 kaedah 3(2) KKM 2012 disertakan dengan Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh pemohon/responden bertarikh 21 Disember 2016 (muka surat 55-96 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian B). Responden juga memfailkan Afidavit Tambahan Pemohon yang diikrarkan pada 6 Mac 2017 (muka surat 124-134 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian B). [6] Pada 10 Mac 2017, YA Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi memberi kebenaran (leave) untuk Permohonan Semakan Kehakiman oleh responden tersebut (muka surat 21-25 Rekod Rayuan Jilid 1 Bahagian A). [7] Pada 19 Jun 2017, perayu pertama mengikrarkan Afidavit Jawapan Responden-Responden (No.1), antara lain menafikan dakwaan-dakwaan pemohon dan menegaskan bahawa segala prosiding perbicaraan yang telah dijalankan terhadap pemohon telah dibuat dengan teratur dan seterusnya pemberhentian perkhidmatan pemohon adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang terpakai pada masa tersebut (muka surat 135 - 162 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian B). Perayu-perayu juga menfailkan Afidavit Jawapan (No.2) yang diikrarkan oleh perayu ketiga (muka surat 163 - 171); Afidavit Jawapan Responden-Responden (No.3) (muka surat 172 -176 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian B; Afidavit Jawapan Responden-Responden (No.4)(muka surat 177 - 188 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian B); dan Afidavit Jawapan Responden-Responden (No.5)(muka surat 189 - 194 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian B). Notis Permohonan Untuk Penzahiran Dokumen [8] Pada 18 Julai 2017, pemohon/responden memfailkan Notis Permohonan menurut Aturan 24 kaedah 3, 7, 8, 8A, 9, 10, 11, 12 dan 16 KKM 2012 serta Aturan 92 kaedah 4 untuk mendapatkan perintah penzahiran dokumen-dokumen terhadap perayu-perayu seperti berikut (muka surat 196 - 219 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian B): a) Responden-responden (perayu-perayu) dikehendaki mengemukakan dan/atau menzahirkan dokumen-dokumen berikut yang berada atau pernah berada dalam miliknya, jagaannya atau kuasanya untuk pemeriksaan oleh pihak pemohon serta membekalkan sesalinan dokumen-dokumen berikut kepada pihak pemohon:-
subparagraph
(ii) Laporan Siasatan dari Cawangan Perisikan Markas Tentera Darat Wisma Pertahanan untuk pemohon sahaja;
(ii) Laporan Siasatan dari Cawangan Perisikan Markas Tentera Darat Wisma Pertahanan untuk pemohon sahaja;
subparagraph
(iii) 'Statement' asal yang dikatakan diambil dari pemohon melalui soal siasat pada 3 Jun 2016 yang dikatakan mengandungi pengakuan oleh pe...
(iii) 'Statement' asal yang dikatakan diambil dari pemohon melalui soal siasat pada 3 Jun 2016 yang dikatakan mengandungi pengakuan oleh pemohon;
subparagraph
(iv) Perintah dari Komadan secara bertulis Rujuk Surat PLATD-MK/G3/3/164 bertarikh 18 Mac 2016;
(iv) Perintah dari Komadan secara bertulis Rujuk Surat PLATD-MK/G3/3/164 bertarikh 18 Mac 2016;
subparagraph
(vi) Salinan pertuduhan dan/atau Laporan pertuduhan bersabit pemohon (Mohd Zul Azuan bin Abas) yang dibuat oleh Pegawai Risikan yang dikata...
(vi) Salinan pertuduhan dan/atau Laporan pertuduhan bersabit pemohon (Mohd Zul Azuan bin Abas) yang dibuat oleh Pegawai Risikan yang dikatakan dibacakan dalam prosiding pada 8 Jun 2016 dan 10 Jun 2016;
subparagraph
(vii) 'Statement' dan/atau Laporan dari saksi watak iaitu Mejar Md Rezal Hamka bin Abdul Mutalib (3008790) dan/atau dokumen-dokumen yang ma...
(vii) 'Statement' dan/atau Laporan dari saksi watak iaitu Mejar Md Rezal Hamka bin Abdul Mutalib (3008790) dan/atau dokumen-dokumen yang mana saksi watak bergantung;
subparagraph
(viii) Lain-lain statement-statement saksi-saksi, dokumen-dokumen dan/atau bukti yang dikatakan diambilkira dalam membuat keputusan untuk p...
(viii) Lain-lain statement-statement saksi-saksi, dokumen-dokumen dan/atau bukti yang dikatakan diambilkira dalam membuat keputusan untuk pemohon diturunkan pangkat dari koperal ke prebet dan dalam membuat keputusan untuk Pemberhentian Perkhidmatan;
subparagraph
(ix) Pita rakaman prosiding terhadap pemohon yang lengkap bagi tarikh 8 Jun 2016 dan 10 Jun 2016;
(ix) Pita rakaman prosiding terhadap pemohon yang lengkap bagi tarikh 8 Jun 2016 dan 10 Jun 2016;
subparagraph
(xi) Dokumen permohonan dan/atau Laporan bagi tujuan pemohon diturunkan pangkat dari koperal ke prebet yang dikemukakan oleh Pegawai Memeri...
(xi) Dokumen permohonan dan/atau Laporan bagi tujuan pemohon diturunkan pangkat dari koperal ke prebet yang dikemukakan oleh Pegawai Memerintah (Komandan) kepada Pihak Berkuasa Yang Meluluskan (Panglima Latihan Tentera Darat);
subparagraph
(xii) Laporan yang dikatakan diterima oleh Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia daripada Pegawai Memerintah;
(xii) Laporan yang dikatakan diterima oleh Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia daripada Pegawai Memerintah;
subparagraph
(xiii) Borang BAT D 70 (Plnd 7/70) terhadap Pemohon;
(xiii) Borang BAT D 70 (Plnd 7/70) terhadap Pemohon;
subparagraph
(xiv) Nota prosiding, Alasan Keputusan dan/atau Justifikasi Keputusan untuk pemberhentian perkhidmatan;
(xiv) Nota prosiding, Alasan Keputusan dan/atau Justifikasi Keputusan untuk pemberhentian perkhidmatan;
subparagraph
(xv) Surat Pemberhentian Perkhidmatan dan/atau Surat Kuasa Pemberhentian;
(xv) Surat Pemberhentian Perkhidmatan dan/atau Surat Kuasa Pemberhentian;
subparagraph
(xvi) Segala dokumen-dokumen bersabit pemberhentian perkhidmatan; dan
(xvi) Segala dokumen-dokumen bersabit pemberhentian perkhidmatan; dan
subparagraph
(xvii) 'Prosedur dalaman' yang dikatakan digunapakai dalam pemberhentian perkhidmatan. b) Sesalinan dokumen-dokumen di perenggan a(i) hingg...
(xvii) 'Prosedur dalaman' yang dikatakan digunapakai dalam pemberhentian perkhidmatan. b) Sesalinan dokumen-dokumen di perenggan a(i) hingga a(xvii) hendaklah diberikan kepada pihak pemohon dalam tempoh 7 hari dari Perintah Mahkamah (jika dibenarkan). c) Perintah lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini; dan d) Kos untuk permohonan ini adalah kos dalam kausa. [9] Perayu-perayu membantah permohonan tersebut melalui Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh perayu pertama bertarikh 18 September 2017 (muka surat 220-238 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian B). [10] Pemohon memfailkan Afidavit Balasan Pemohon Kepada Afidavit Jawapan perayu-perayu yang diikrarkan oleh pemohon bertarikh 2 Oktober 2017 (muka surat 239-263 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian B). Keputusan Mahkamah Tinggi [11] Pada 30 Januari 2018, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah membenarkan permohonan pemohon/responden (Lampiran 25) dan membuat perintah seperti berikut (muka surat 16-20 Rekod Rayuan Jilid 1 Bahagian A): a) Responden-responden (perayu-perayu) dikehendaki mengemukakan dan/atau menzahirkan dokumen-dokumen berikut yang berada atau pernah berada dalam miliknya, jagaannya atau kuasanya untuk pemeriksaan oleh pihak pemohon serta membekalkan sesalinan dokumen-dokumen berikut kepada pihak pemohon:-
subparagraph
(ii) Laporan Siasatan dari Cawangan Perisikan Markas Tentera Darat Wisma Pertahanan untuk pemohon sahaja;
(ii) Laporan Siasatan dari Cawangan Perisikan Markas Tentera Darat Wisma Pertahanan untuk pemohon sahaja;
subparagraph
(iii) 'Statement' asal yang dikatakan diambil dari pemohon melalui soal siasat pada 3 Jun 2016 yang dikatakan mengandungi pengakuan oleh pe...
(iii) 'Statement' asal yang dikatakan diambil dari pemohon melalui soal siasat pada 3 Jun 2016 yang dikatakan mengandungi pengakuan oleh pemohon;
subparagraph
(iv) Perintah dari Komandan secara bertulis Rujuk Surat PLATD - MK/G3/3/164 bertarikh 18 Mac 2016;
(iv) Perintah dari Komandan secara bertulis Rujuk Surat PLATD - MK/G3/3/164 bertarikh 18 Mac 2016;
subparagraph
(vi) Salinan pertuduhan dan/atau Laporan pertuduhan bersabit pemohon (Mohd Zul Azuan bin Abas) yang dibuat oleh Pegawai Risikan yang dikata...
(vi) Salinan pertuduhan dan/atau Laporan pertuduhan bersabit pemohon (Mohd Zul Azuan bin Abas) yang dibuat oleh Pegawai Risikan yang dikatakan dibacakan dalam prosiding pada 8 Jun 2016 dan 10 Jun 2016;
subparagraph
(vii) 'Statement' dan/atau Laporan dari saksi watak iaitu Mejar Md Rezal Hamka bin Abdul Mutalib (3008790) dan/atau dokumen dokumen yang ma...
(vii) 'Statement' dan/atau Laporan dari saksi watak iaitu Mejar Md Rezal Hamka bin Abdul Mutalib (3008790) dan/atau dokumen dokumen yang mana saksi watak bergantung;
subparagraph
(viii) Lain-lain statement-statement saksi-saksi, dokumen-dokumen dan/atau bukti yang dikatakan diambilkira dalam membuat keputusan untuk p...
(viii) Lain-lain statement-statement saksi-saksi, dokumen-dokumen dan/atau bukti yang dikatakan diambilkira dalam membuat keputusan untuk pemohon diturunkan pangkat dari koperal ke prebet dan dalam membuat keputusan untuk Pemberhentian Perkhidmatan;
subparagraph
(ix) Pita rakaman prosiding terhadap pemohon yang lengkap bagi tarikh 8 Jun 2016 dan 10 Jun 2016;
(ix) Pita rakaman prosiding terhadap pemohon yang lengkap bagi tarikh 8 Jun 2016 dan 10 Jun 2016;
subparagraph
(xi) Dokumen permohonan dan/atau Laporan bagi tujuan pemohon diturunkan pangkat dari koperal ke prebet yang dikemukakan oleh Pegawai Memeri...
(xi) Dokumen permohonan dan/atau Laporan bagi tujuan pemohon diturunkan pangkat dari koperal ke prebet yang dikemukakan oleh Pegawai Memerintah (Komandan) kepada Pihak Berkuasa Yang Meluluskan (Panglima Latihan Tentera Darat);
subparagraph
(xii) Laporan yang dikatakan diterima oleh Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia daripada Pegawai Memerintah;
(xii) Laporan yang dikatakan diterima oleh Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia daripada Pegawai Memerintah;
subparagraph
(xiii) Borang BAT D 70 (Plnd 7/70) terhadap Pemohon;
(xiii) Borang BAT D 70 (Plnd 7/70) terhadap Pemohon;
subparagraph
(xiv) Nota prosiding, Alasan Keputusan dan/atau Justifikasi Keputusan untuk pemberhentian perkhidmatan;
(xiv) Nota prosiding, Alasan Keputusan dan/atau Justifikasi Keputusan untuk pemberhentian perkhidmatan;
subparagraph
(xv) Surat Pemberhentian Perkhidmatan dan/atau Surat Kuasa Pemberhentian;
(xv) Surat Pemberhentian Perkhidmatan dan/atau Surat Kuasa Pemberhentian;
subparagraph
(xvi) Segala dokumen-dokumen bersabit pemberhentian perkhidmatan; dan
(xvi) Segala dokumen-dokumen bersabit pemberhentian perkhidmatan; dan
subparagraph
(xvii) 'Prosedur dalaman' yang dikatakan digunapakai dalam pemberhentian perkhidmatan. b) Sesalinan dokumen-dokumen di perenggan a(i) hingg...
(xvii) 'Prosedur dalaman' yang dikatakan digunapakai dalam pemberhentian perkhidmatan. b) Sesalinan dokumen-dokumen di perenggan a(i) hingga a(xvii) hendaklah diberikan kepada pihak pemohon dalam tempoh masa satu (1) bulan dari Perintah Mahkamah. c) Tiada perintah atas kos. Rayuan oleh Perayu-perayu [12] Melalui Memorandum Rayuan bertarikh 19 April 2018, perayuperayu telah mengemukakan sejumlah 15 alasan rayuan untuk mencabar keputusan YA Pesuruhjaya Kehakiman (muka surat 9-15 Rekod Rayuan Jilid 1 Bahagian A). [13] Bagaimana pun di hadapan kami, Peguam Kanan Persekutuan terpelajar (PKP) yang mewakili perayu-perayu memfokuskan rayuan perayu-perayu kepada tiga alasan rayuan berikut: Keputusan Mahkamah ini [14] Kami membuat pertimbangan terhadap ketiga-tiga alasan rayuan tersebut secara bersekali disebabkan ia berhubung rapat antara satu sama lain. [15] Peguam Kanan Persekutuan (PKP) terpelajar bagi pihak perayuperayu menghujahkan bahawa dokumen-dokumen yang dipohonkan oleh responden (pemohon) adalah dokumen-dokumen yang telah diklasifikasikan sebagai sulit dan terhad yang membentuk dokumen terperingkat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. PKP menghujahkan bahawa dokumen-dokumen yang dipohonkan penzahiran seperti (i) Laporan Tapisan Keselamatan dari Cawangan Perisikan Markas Tentera Darat semasa Ops Jari Hitam; (ii) Laporan Siasatan dari Cawangan Perisikan Markas Tentera Darat Wisma Pertahanan; (iii) Statement asal yang dikatakan diambil dari pemohon melalui soal siasat pada 3 Jun 2016; (iv) Perintah daripada Komandan secara bertulis Rujukan Surat PLATD - MK/G3/3/164 bertarikh 18 Mac 2016; (v) Perintah Harian asal bertarikh 7.8.2016, 8.8.2016, 9.8.2016 dan 10.8.2016 yang dipaparkan di Papan Kenyataan Kompeni dan ditampal dalam Buku Detail Harian Kompeni; (vi) Salinan pertuduhan bersabit pemohon oleh pegawai risikan yang dibacakan dalam prosiding pada 8 Jun 2016 dan 10 Jun 2016; (vii) Statement dan/atau laporan daripada saksi watak iaitu Mejar Md Rezal Hamka bin Abdul Mutalib; (viii) Lain-lain statement saksi-saksi, (ix) Pita rakaman prosiding terhadap pemohon bagi tarikh 8 Jun 2016 dan 10 Jun 2016; (x) Dokumen permohonan laporan bagi tujuan pemohon diturunkan pangkat yang dikemukakan oleh Pegawai Memerintah (Komandan) kepada Pihak Berkuasa Yang Meluluskan (Panglima Latihan Tentera Darat); (xi) Borang BAT D70 (Pind 7/70) terhadap pemohon; dan (xii) Nota prosiding, alasan keputusan dan/atau justifikasi keputusan untuk pemberhentian perkhidmatan pemohon adalah merupakan dokumen terkelas di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 yang tidak boleh dizahirkan sebagai dokumen awam dan hanya untuk urusan rasmi jabatan yang mana responden tidak layak untuk mendapat atau memilikinya. PKP juga menegaskan bahawa dokumen-dokumen yang dipohonkan oleh responden di perenggan (ii), (iii), (iv), (v), (vi), (vii) dan (x) tidak lagi relevan untuk Permohonan Semakan Kehakiman ini kerana responden telah terhalang oleh had masa memandangkan perkara tersebut berkaitan dengan keputusan penurunan pangkat responden yang diputuskan pada 10.8.2016 yang mana responden tidak membuat apa-apa permohonan kajian semula keputusan menurut peruntukan seksyen 130 Akta Angkatan Tentera 1972. PKP selanjutnya menghujahkan bahawa YA Pesuruhjaya Kehakiman telah khilaf apabila mengguna pakai prinsip penzahiran dokumen di bawah kes tuntutan civil untuk disamakan dengan permohonan semakan kehakiman seperti di dalam kes ini. Untuk menyokong hujahannya, PKP merujuk kepada kes B.A. Rao & Ors v Sapuran Kaur & Anor [1978] 2 MLJ 146 dan kes Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi & Anor v. Malaysian Trade Union Congress & Ors [2012] 9 CLJ 858 CA. [16] Peguamcara terpelajar bagi pihak responden sebaliknya menghujahkan bahawa responden mempunyai 'tangible interest' terhadap dokumen-dokumen yang dipohon untuk diperiksa dan dizahirkan kerana dokumen-dokumen yang dipohon "concerned the respondent himself and were of direct relevance to his grievances" dan "is necessary for the protection of his own interest, life, or of his honour and/or his fortune" dalam mencabar keseluruhan keputusan perayu-perayu dari tindakan penurunan pangkat koperal ke prebet sehingga pemberhentian perkhidmatan responden sebagai tidak sah. Peguamcara selanjutnya menghujahkan bahawa responden berhak menggunakan hak yang diberikan di bawah Aturan 53 dibaca bersama Aturan 24 KKM 2012 untuk mendapatkan dokumen untuk mencabar keputusan perayu-perayu di mahkamah secara efektif memandangkan permohonan semakan kehakiman merupakan satu-satunya 'avenue' yang terbuka kepada responden dan berkait rapat dengan hak pekerjaan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Peguamcara selanjutnya menghujahkan bahawa perayu-perayu gagal memplidkan secara khusus bahawa dokumen-dokumen tersebut adalah sulit dan terhad di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Peguamcara juga menghujahkan jika pun sesuatu dokumen itu dikatakan sulit atau terhad, ia tidak sama sekali menghalang dokumen relevan dari dikemukakan di mahkamah bagi tujuan penggunaan di mahkamah kerana ia boleh dikelaskan semula dari status sulit dan terhad menjadi dokumen yang dibatalkan pengkelasan. Peguamcara merujuk kes Yekambaram Marimuthu v Malayawata Steel Berhad [1993] MLJU 96 dan menghujahkan bahawa permohonan responden telah mematuhi kriteria yang digariskan oleh Aturan 53 dibaca bersama Aturan 24 kaedah 3 dan kaedah 7 KKM 2012. Peguamcara Responden juga merujuk kepada kes-kes autoriti berikut untuk menyokong hujahannya: Toh Kong Joo v Penguasa Perubatan Hospital Sultanah Aminah, Johore Bahru [1990] 2 MLJ 235; Government Of The State Of Selangor v Central Lorry Services & Construction Ltd [1972] 1 MLJ 102; Ranjit Kaur a/p S Gopal Singh v Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2010] 6 MLJ 1; Nibaran Chandra Bag v Mahendra Nath Ghughu AIR SC 1895; Wix Corporation South East Asia Sdn Bhd v Minister For Labour And Manpower & Ors [1980] 1 MLJ 224; Mohamad Alhamdu Bin Zainuddin v ACP Khaw Kok Chin Pengerusi Lembaga Tatatertib Briged Utara Pasukan Gerak Am PDRM, Ulu Kinta, Perak & 5 Ors [2017] 3 CLJ 709; Mohamed Ezam Bin Mohd Noor v Ketua Polis Negara & Other Appeals [2002] 4 MLJ 449; Takong Tabari (Suing In Her Personal Capacity And As The Administratrix Of The Estate Of Jeffrey Satuk Gabar (Deceased) v Government of Sarawak & 3 Ors. [1995] 1 CLJ 403. [17] Dalam kes Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi & Anor v. Malaysian Trade Union Congress & Ors (supra) responder pertama (MTUC) telah menulis kepada Menteri (perayu pertama) supaya membekalkan kepadanya dan mendedahkan kepada orang ramai: (i) perjanjian konsesi (CA) di antara perayu kedua, Kerajaan Negeri Selangor dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas); dan (ii) Laporan Odit 2005 yang mewajarkan pembenaran kenaikan 15% tariff air kepada Syabas. MTUC juga mengatakan bahawa CA telah dimaterai untuk kemaslahan awam dan bahawa CA dan Laporan tidak memudaratkan keselamatan negara. Menteri enggan melayan permintaan MTUC atas alasan bahawa Laporan adalah dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan bahawa CA juga adalah rahsia kerana fasal 45 CA memperuntukkan bahawa pendedahan kandungan kepada pihak ketiga hanya boleh dibuat dengan persetujuan semua pihak kepada CA. Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan pemohon (MTUC). Terkilan dengan keputusan tersebut, Menteri dan perayu yang lainnya telah membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. [18] Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Menteri dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan antara lainnya dalam keputusan majoriti telah memutuskan, di muka surat 876 seperti berikut: [34] The well-established principles expounded by the Court of Appeal in See Kok Kol v. Chong Kui Seng & Ors & Another Appeal [2010] 2 CLJ 481 where Low Hop Bing JCA referred to Dzulkifli Abdul Hamid v PP [1980] 1 LNS 91 where LP Salleh Abbas said in: If it the originator or the owner of document treats it and the information contained in it as an official secret and clearly marks it and keeps it as such, it is not open to anyone to regard it as otherwise; and the law must give protection to such document or information even though it contains information generally known to public. [35] The powers and duties to declassify the documents under Act 88 have been given to the relevant parties, not to the courts. The court should not usurp the power of the Minister concerned or public officer charged with the responsibility of such declassification. [36] On the facts of this case, the Minister's decision not to grant access to the Concession Agreement was not irrational as it was premised on cl. 45 of the Concession Agreement. The Minister had acted within the parameters of the Concession Agreement when he refused MTUC's application for access to the Concession Agreement as the disclosure requires consent by all parties to the agreement. [37] It would appear that the learned Judicial Commissioner had approached the judicial application on the premise of discovery of documents instead of reviewing the decision of the Minister...". [19] Dalam persoalan sama ada MTUC mempunyai 'legitimate expectation' terhadap dokumen yang dipohonkan, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut (muka surat 888): [84] The contention that these documents are not detrimental to national security or public interest is irrelevant in determining whether or not they are classified as official secret. Thus, in my view, the respondents' assertion that they had a legitimate expectation to those documents cannot be sustained to defeat an express provision in the OSA which prohibits wrongful or unauthorized communication of any official secrets...". [20] Kami telah meneliti alasan penghakiman YA Pesuruhjaya Kehakiman. Dalam penghakiman beliau, YA Pesuruhjaya Kehakiman bersetuju dengan hujahan peguamcara responden bahawa semua dokumen-dokumen yang diperlukan oleh responden adalah relevan dan responden mempunyai 'tangible interest' terhadap kesemua dokumen yang dipohonkan dalam Lampiran 25. YA Pesuruhjaya Kehakiman juga memutuskan bahawa perayu-perayu telah tidak memplidkan secara khusus dokumen-dokumen tersebut adalah sulit dan terhad di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan gagal menamakan pegawai yang diberi kuasa terhadapnya. YA Pesuruhjaya Kehakiman juga mendapati kesemua dokumen tersebut berada dalam milikan dan jagaan perayu-perayu. YA Pesuruhjaya Kehakiman memutuskan bahawa permohonan responden telah mematuhi kriteria yang dinyatakan di dalam kes Yekambaran s/o Marimuthu v Malayanwata Steel Sdn Bhd (supra). [21] Pada perenggan [19] penghakiman, YA Pesuruhjaya Kehakiman memutuskan seperti berikut: [19] Dokumen-dokumen (i), (ii), (iii), (vi), (vii), (x), (xi), (xii), (xiv), (xvi), (xvii) yang dikelaskan sebagai dokumen sulit dan dokumen (iv) yang dikelaskan sebagai dokumen terhad, responden-responden telah gagal mengemukakan keterangan untuk menyokong pengataan bahawa dokumen-dokumen tersebut adalah sulit, terhad antaranya siapa individu atau pegawai awam yang dilantik untuk mengelaskan dokumen-dokumen tersebut sebagai sulit, terhad. Saya merujuk kes B.A. Rao & Ors. v. Sapuran Kaur & Anor [1978] 2 MLJ 146 yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan seperti berikut: Held (2) a mere assertion of confidentiality and that affairs of State were involved without evidence in support could not shut out relevant evidence; ... [22] Selanjutnya pada perenggan [25] penghakiman, YA Pesuruhjaya Kehakiman telah memutuskan seperti berikut: "[25] Pemohon telah mencabar bahawa kesemua keputusan responden pertama hingga responden kelima yang menurunkan pangkatnya dari Koperal kepada Prebet dan pemberhentian perkhidmatannya adalah tidak sah. Pemohon mempunyai 'tangible interest' terhadap kesemua dokumen-dokumen yang dipohon kerana kesemua dokumen-dokumen tersebut adalah berkaitan dengan pemohon, kesemua dokumen-dokumen tersebut telah dirujuk dan keputusan yang dibuat berdasarkan kesemua dokumen-dokumen tersebut. Oleh itu kesemua dokumen-dokumen yang dipohon oleh pemohon untuk penzahiran akan dapat membantu mahkamah ini membuat keputusan untuk meneliti secara terperinci sama ada proses keputusan yang dibuat oleh responden pertama hingga responden kelima terhadap pemohon telah dibuat mengikut undang-undang dan prinsip 'natural justice'. Ini menjadikan kesemua dokumen-dokumen tersebut relevan kepada kes ini agar kes ini dapat diselesaikan secara adil." [23] Aturan 53 kaedah 6 KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: "Discovery, etc. (O.53, r.6) [24] Di dalam kes Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar (DIG) Pengerusi Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia & 3 lagi v. Muhammad Farid Muntalib [2015] 1 LNS 15, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan perintah untuk penzahiran, menegaskan seperti berikut: [11] The principles governing discovery in a judicial review application is clearly stated by this court in the case of Rekapacific Bhd v. Securities Commission And Anor [2005] 2 MLJ 269 2 MLJ as follows:- Parties seeking discovery and inspection of documents may experience more difficulty than in ordinary action, notwithstanding the incorporation of O.24 into judicial review proceedings.
preamble
Whereas in most actions discovery occurs automatically under O.24 rr.1 and 2 there is no inherent right, in applications for judicial revie...
Whereas in most actions discovery occurs automatically under O.24 rr.1 and 2 there is no inherent right, in applications for judicial review, to orders for discovery or inspection. The retention of control by the court may indicate that such orders will be more difficult to obtain in cases under O.53. Certainly this was the view of the Court of Appeal in R. v. Secretary of State for the Home Office, ex p Harrison (unreported, 10 December 1987) where it was stated that on an application for judicial review discovery would be appropriate in fewer cases and was likely to be more circumscribed. In general, the following principles appear to govern the grant or refusal of discovery under O.53:
a
(a) Discovery will not be ordered so as to make good defects in the applicant's evidence (R v. Inland Revenue Commissioners, ex p Taylor [1981] COD 61; R. v. Secretary of State for Education, ex p. J [1993] COD 146; R. v. Inland Revenue Commissioners, ex p National Federation of Small Employed and Small Businesses Ltd [1982] AC 617 at p. 635H).
b
(b) One will seldom obtain full private law type discovery in a Wednesbury challenge, (R v. Secretary of State for the Environment, ex p. Smith [1988] COD 3).
c
(c) By contrast, discovery will be ordered under O.53 where it is required so that the justice of the case may be advanced and where it is necessary for disposing fairly of the matter, (within the meaning of O.28 r 8)(see R v. Inland Revenue Commissoners, ex p J. Rothschild Holdings Plc [1987] 1 STC 183; R v. Governor of Pentonville Prison, ex p. Herbaga (No.2)[1987] QB 1077).
d
(d) Discovery will also be ordered to go behind the contents of affidavits if there was some matter before the court which suggested that the contents of the affidavits were not accurate, (re H, The Guardian, 18 may 1990). By contrast, discovery will not be ordered where there is no reason to doubt the bona fides or accuracy of the reasons given on affidavit (see R v. Secretary of State for the Environment, ex p Islington IBC [1992] COD 67; R v. Secretary of State for Health, ex p. L.B. of Hackney [1994] COD 432). The most authoritative pronouncement remains that Lord Scarman in Island Revenue Commissioners v. National Federation of Self-Employed and Small Businesses Ltd [1982] AC 617. In relation to discovery under O.53 he indicated that: ... Upon general principles, discovery should not be ordered unless and until the court is satisfied that the evidence reveals reasonable grounds for believing that there has been a breach of public duty; and it should be limited strictly to documents relevant to the issue which emerges from the affidavits. The second limb of this statement is unexceptional. It is a guiding rule that discovery and inspection must be restricted to matters relevant to the existing dispute. Indeed, in judicial proceedings it has been held that discovery must be central to the application (see R v. Secretary of State of the Home Department, ex p Benson [1989] COD 329)." [25] Mahkamah Rayuan selanjutnya menegaskan seperti berikut: [17] In any event, the judicial review application is not concerned with correctness of a decision but rather with the manner the decision was made. Hence, the categories of documents which a court could consider were necessary to be discovered would be much more confined than if the litigation was realted to the merits of the case. [19] The other reason advanced by the respondent for the documents was because the documents were referred to in the appellants' affidavit in reply. This, to our view is not a valid ground for discovery as it was not the assertion of the respondent that there was a conflicting version in the affidavit in reply of the appellants such that the documents are necessary to resolve the conflict." [26] Berbalik kepada rayuan di hadapan kami ini. PKP menghujahkan bahawa afidavit responden tidak memperlihatkan apa-apa bukti atau keterangan yang boleh menunjukkan bahawa nyataan-nyataan fakta yang dideposkan dalam afidavit jawapan yang difailkan oleh perayuperayu adalah palsu atau tidak betul. PKP selanjutnya menegaskan bahawa dakwaan responden semata-semata yang responden tahu bahawa pengataan perayu-perayu adalah tidak tepat telah tidak disokong oleh apa-apa bukti dan yang demikian tidak mencukupi untuk perintah penzahiran dibenarkan oleh mahkamah. PKP selanjutnya menghujahkan bahawa dokumen-dokumen yang dipohonkan oleh responden merangkumi keseluruhan dokumen yang berada dalam simpanan perayu-perayu dan tidak dibuktikan relevansinya bahawa ketiadaan dokumen tersebut akan membuatkan responden tidak dapat membuat representasi kesnya secara yang material. Maka itu permohonan oleh responden terhadap dokume-dokumen tersebut lebih bersifat ingin memancing bukti (fishing expedition). [27] Terdapat dua tindakan terhadap responden oleh pihak berkuasa angkatan tentera. Tindakan pertama adalah keputusan menurunkan pangkat responden daripada koperal kepada prebet yang diputuskan oleh Pegawai Pemerintah (Komanden) responden setelah perbicaraan terus dijalankan dan responden diberi hak didengar terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya semasa prosiding perbicaraan terus yang dijalankan oleh perayu pertama. Responden tidak ada memfailkan apaapa permohonan memohon ulang kaji terhadap keputusan perayu pertama tersebut di bawah seksyen 130 Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77). Maka yang demikian tempoh masa untuk responden mencabar keputusan tersebut yang dibuat oleh perayu pertama pada 10.8.2016 pada akhir prosiding perbicaraan terus telah dihalang oleh had masa. Perayu pertama di dalam afidavit jawapan kepada permohonan penzahiran dokumen oleh responden yang diikrarkan pada 18 September 2017 menegaskan bahawa permohonan responden sekarang adalah seolah-olah membuka semula hak membuat kajian semula keputusan bertarikh 10.8.2016 di bawah seksyen 130 Akta 77 yang telah tertutup dan yang demikian segala dokumen yang dipohonkan berkaitan keputusan tersebut telah tidak lagi relevan dengan permohonan semakan kehakiman oleh responden di sini. Selanjutnya perayu-perayu menegaskan bahawa pemberhentian perkhidmatan responden adalah dibuat di bawah Peraturan 61(1)(n) Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera (Terma-Terma Perkhidmatan Bagi AngkatanTetap) 2013 (P.U(A) 183/201) di mana tidak terdapat peruntukan mengenai hak untuk diberikan dokumen oleh pihak berkuasa yang layak. Selanjutnya perayu pertama menegaskan bahawa dokumen-dokumen yang dipohonkan oleh responden adalah merupakan dokumen-dokumen terperingkat yang telah diklasifikasikan sebagai sulit atau terhad (perenggan 4.7 Afidavit Jawapan responden-responden (perayu-perayu). [28] Kami mendapati hujahan dan rayuan oleh perayu-perayu mempunyai merit. YA Pesuruhjaya Kehakiman gagal memberi pertimbangan sepenuhnya kepada afidavit jawapan perayu yang telah secara jelas dan nyata membuat penegasan bahawa dokumen-dokumen yang dipohonkan adalah merupakan dokumen sulit atau terhad di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 yang tidak boleh dizahirkan kepada awam. Kami juga berpendapat bahawa ketinggalan perayu untuk menzahirkan nama dan jawatan pegawai yang membuat klasifikasi sulit atau terhad tidak material untuk disebutkan dalam afidavit perayu-perayu kerana status dokumen tersebut masih kekal sah sebagai dokumen sulit dan terhad. Kami juga dapati YA Pesuruhjaya Kehakiman telah gagal mempertimbangkan relevansi dokumen-dokumen yang dipohonkan yang merangkumi dua fasa, iaitu fasa pertama berkaitan keputusan menurunkan pangkat responden daripada koperal kepada prebet oleh perayu pertama yang mana responden telah berada di luar had masa bagi kajian semula terhadap keputusan menurut seksyen 130 Akta 77; dan fasa kedua terhadap keputusan pemberhentian perkhidmatan responden oleh pihak berkuasa angkatan tentera. Kami dapati YA Hakim bicara telah khilaf apabila gagal menimbangkan relevansi setiap dokumen yang berkaitan dengan permohonan semakan kehakiman responden yang menjadikan permohonan responden sama ada telah terhalang oleh had masa, terlalu am dan merupakan satu 'fishing expedition' yang tidak wajar dibenarkan. Kami dapati YA Pesuruhjaya Kehakiman telah gagal menimbangkan prinsip penzahiran dokumen dan batasannya yang disebutkan dalam kes Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi & Anor v. Malaysian Trade Union Congress & Ors (supra) dan kes Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar (DIG) Pengerusi Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia & 3 lagi v. Muhammad Farid Muntalib (supra). Maka itu kami mendapati responden gagal mematuhi kriteria penzahiran yang digariskan dalam kes Yekambaran s/o Marimuthu v Malayanwata Steel Sdn Bhd (supra) dan Rekapacific Bhd v. Securities Commission And Anor (supra). Kesimpulan [29] Berasakan kepada huraian yang kami nyatakan tersebut, kami membenarkan rayuan perayu-perayu. Keputusan oleh YA Pesuruhjaya Kehakiman dengan itu diketepikan. Tiada perintah terhadap kos. (YAACOB HAJI MD SAM) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh Jun 2020 Peguamcara bagi pihak Perayu-perayu: Hafifah Yusof Peguam Kanan Persekutuan Unit Guaman Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Jalan Campbell, 70000 Seremban Negeri Sembilan Peguamcara bagi pihak Responden: Ebrina Zubir Tetuan Maniam Nair & Co. Peguambela dan Peguamcara No.117, Tingkat 2, Jalan Genuang, 85000 Segamat Johor
Something wrong on this page?
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.