Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: D-02(NCVC)(W)-190-01/2018 ANTARA KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN SDN BHD … PERAYU
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2019/ff917941-ff8d-4e68-907e-d11efc32b2b9
Court of Appeal of Malaysia20 Sept 2019D-02(NCVC)(W)-190-01/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ellant, something which the latter had omitted to do. (See Hup Aik Tin Mining Company v Kam Hoy Trading ). The respondent creditor was therefore entitled under section 6 of the Registration of Businesses Act 1956 to rely on the particulars recorded in the register kept in the Business Registry to ascertain whether the”
“Sdn bhd & Anor v Lim Hua [2010] 7 CLJ 491). [35] Elemen-elemen yang membentuk res judicata dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Sykt Sebati Sdn Bhd v Pengarah Jabatan Perhutanan & Anor [2019] MLJU 79 seperti yang berikut: “[34] Firstly, on the issue of res judicata, it is necessary to reiterate the elements which”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: D-02(NCVC)(W)-190-01/2018 ANTARA KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN SDN BHD … PERAYU
1
DAN TIAN CHUAN SEN
2
TAN KOK YUAN
3
LIM HEE (NO. K/P: 450704-01-5051) (ketiga-tiganya berniaga atas nama … RESPONDEN-dan gaya AS TIMBER TRADING) RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu Dalam Negeri Kelantan, Malaysia Guaman Sivil No.: 22-NCVC-8-02/2015 Antara Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd … Plaintif
1
Dan Tian Chuan Sen (NO. K/P 850823-01-6257) 2
2
Tan Kok Yuan
3
Lim Hee (No. K/P: 450704-01-5015) (Ketiga-tiga berniaga atas nama dan gaya AS Timber Trading) …Defendan-Defendan KORUM: AHMADI HAJI ASNAWI, HMR ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMR NOR BEE ARIFFIN, HMR PENGHAKIMAN [1] Rayuan ini dibawa oleh perayu yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi di Kota Bharu yang menolak tuntutan perayu terhadap ketiga-tiga responden dan membenarkan sebahagian daripada tuntutan balas responden ketiga. Pihak-pihak [2] Bagi kemudahan rujukan, dalam penghakiman ini perayu disebut sebagai KPKSB, responden pertama sebagai TCS, responden kedua sebagai TKY dan responden ketiga sebagai LH. Kesemua responden disebut secara kolektif responden-responden. 3 [3] KPKSB dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). PKINK telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan konsesi pembalakan kawasan di Hutan Simpan Balah yang termasuklah antaranya kawasan yang dikenali sebagai Kompartmen 95, 98, 99,117, 120 dan 129 (K 95, K 98, K 99, K 117, K 120 dan K 129). KPKSB merupakan pengurus konsesi pembalakan bagi pihak PKINK. [4] Tindakan ini dibawa KPKSB terhadap TCS, TKY dan LH atas sifat mereka sebagai pemilik dan telah berurus niaga atas nama dan gaya AS Timber Trading (AS Timber) pada masa yang material. [5] Keterangan menunjukkan secara khususnya -
a
(a) TKY menyertai AS Timber pada 8.5.2008 bersama pemilik asal Asrul Hisyam Bin Abdul Rahim. Asrul meninggalkan AS timber pada 2.11.2008;
b
(b) TCS menyertai TKY dalam AS Timber pada 2.11.2008;
c
(c) TKY meninggalkan AS Timber pada 25.11.2009 dan digantikan dengan LH;
d
(d) TCS meninggalkan AS Timber pada 26.11.2009;
e
(e) LH menjadi pemilik tunggal AS Timber hingga kini. Latar belakang [6] Melalui surat bertarikh 1.4.2008, AS Timber menawarkan kepada KPKSB perkhidmatan menebang kayu balak di K 95, K 98, K 99, K 117, K 120 dan K 129. AS Timber menawarkan harga kontrak RM350.00 4 satu tan dengan kadar jualan kayu 60% KPKSB dan 40% AS Timber mengikut harga pasaran. Bayaran kepada AS Timber ditolak (set off) daripada pembelian kayu KPKSB. [7] Melalui 3 surat berasingan bertarikh 27.4.2008 yang ditandatangani oleh SP2, KPKSB bersetuju menawarkan kepada AS Timber kontrak untuk menebang dan mengeluarkan kayu balak dari K 95, K 98 dan K 99 dengan kadar bayaran sebanyak RM350.00 satu tan ke Betau Utama KM18. [8] Berdasarkan surat-surat tawaran tersebut, AS Timber diberikan keutamaan untuk membeli hasil balak yang dikeluarkan dari Kompartmen-Kompartmen tersebut selepas mengambil kira keperluan kilang KPKSB mengikut harga pasaran semasa yang dipersetujui bersama. Tawaran yang dibuat oleh KPKSB adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam perjanjian yang akan dibuat oleh kedua-dua pihak. [9] Surat tawaran bagi K 120 bertarikh 28.7.2008 dan kadar bayaran adalah sebanyak RM340.00 satu tan ke Betau Utama. [10] TKY menandatangani tawaran KPKSB bagi K 95, K 98, K99 dan K 120 pada 11.8.2008. [11] Surat tawaran bagi K 117 bertarikh 2.11.2008 dan kadar bayaran adalah sebanyak RM315.00 satu tan ke Betau Utama.Tiada tandatangan tentang penerimaan tawaran ini tetapi tidak dipertikaikan bahawa kerja-kerja dijalankan di K 117. 5 [12] Tidak disebut dalam surat-surat tawaran bagi K 117 dan 120 tentang AS Timber diberikan keutamaan untuk membeli hasil balak sebagaimana yang disebut dalam tiga surat tawaran terdahulu. [13] Tiada tawaran dibuat oleh KPKSB bagi K 129. [14] Susulan itu, SP2 bagi pihak KPKSB dan TKY bagi pihak AS Timber telah menandatangani Perjanjian Pengeluaran Balak bertarikh 29.8.2008 bagi K 95, K98, K99 dan K 120 (secara kolektif disebut Perjanjian Pengeluaran Balak). [15] Tiada Perjanjian Pengeluaran Balak ditandatangani untuk K 117. Ini kerana K 117 adalah sambungan kerja kawasan yang KPKSB telah kerjakan sendiri sebelum kontrak diberikan kepada AS Timber manakala Kompartmen lain ialah kawasan yang belum dikerjakan lagi. Namun begitu tidak menjadi isu bahawa kerja-kerja mengeluarkan balak telah dijalankan di K 117. [16] KPKSB memplid bahawa bayaran upah bagi kerja-kerja pengeluaran kayu balak telahpun dibayar kepada AS Timber melalui cek atau secara kontra dengan pembelian kayu balak oleh AS Timber. [17] Tidak ada perjanjian yang ditandatangani untuk transaksi jual balak oleh KPKSB dan AS Timber. [18] KPKSB memplid bahawa walaupun selepas dibuat pembayaran kontra, Timber masih terhutang dengannya sebanyak 6 RM3,200,159.23 bagi baki pembelian kayu balak setakat 30.12.2010. Penyata akaun telah dihantar dan diakui terima oleh AS Timber tetapi AS Timber gagal menjelaskan bayaran bagi harga pembelian. [19] Plaintif memplid selanjutnya bahawa TCS sebagai pemilik tunggal Berjaya Timber & Trading (Berjaya Timber) telah mengeluarkan 2 keping cek masing-masing bernilai RM500,000.00 bertarikh 1.2.2010 dan 15.2.2010 atas nama Berjaya Timber untuk membayar hutang AS Timber. Namun begitu, cek-cek tersebut tidak dapat ditunaikan. [20] Plaintif melalui peguam caranya telah mengemukakan surat tuntutan bertarikh 7.1.2015 menuntut hutang sebanyak RM3,200,159.23. [21] Tuntutan ini difailkan pada 1.2.2015 bagi menuntut amaun yang terhutang sebanyak RM3,200,159.23 setakat 30.12.2010 terhadap TCS, TKY dan LH dan juga TCS sebagai pemilik Berjaya Timber yang telah dijadikan defendan keempat dalam kes di Mahkamah Tinggi (kes sekarang). KPKSB bagaimanapun telah menarik balik tindakan terhadap TCS pada 15.3.2016, iaitu sebelum perbicaraan bermula pada 20.10.2016. [22] Pada asasnya, pembelaan TCS, responden-responden adalah-
a
(a) TCS dan TKY bukan lagi pemilik AS Timber pada masa kes ini difailkan pada 1. 2.2015. AS Timber adalah milik tunggal LH pada tarikh tersebut hingga kini;
b
(b) TKY mengakui bahawa KPKSB telah membayar upah kepada AS Timber bagi kerja-kerja pengeluaran balak oleh 7 mereka selepas dibuat penerimaan di Betau yang telah ditetapkan oleh plaintif (lihat perenggan 3);
d
(d) TCS, TKY dan LH bagaimanapun menafikan mereka telah membeli kayu-kayu balak yang dikeluarkan daripada Kompartment KPKSB. Mereka hanya ditugaskan untuk mengeluarkan kayu balak mengikut Perjanjian Pengeluaran Balak bertarikh 29.8.2008 dan tugas itu telahpun dilaksanakan.
e
(e) AS Timber telah mengeluarkan kayu bagi pihak plaintif sebanyak 28,648.66 meter padu atau 15,828 tan atas pecahan yang berikut :
i
(i) K 95 sebanyak 981.73 meterpadu atau 542.39 tan;
Subparagraph
(ii) K 98 sebanyak 8,653.61 meterpadu atau 4,781 tan;
Subparagraph
(iii) K 99 sebanyak 1,960.94 meterpadu atau 1,083.39 tan;
Subparagraph
(iv) K 117 sebanyak 9,663.97 meterpadu atau 5,339.21 tan;
v
(v) K 120 sebanyak 7,388.43 meterpadu atau 4,082 tan; Jumlah sepenuhnya = RM5,539,800.00 iaitu RM350.00 x 15,828 tan.
f
(f) daripada jumlah RM5,539,800.00, KPKSB hanya membayar RM300,000.00 melalui 3 pembayaran pada 19.2.2009 dan 22.3.2009 dan kini masih terhutang dengan AS Timber sebanyak RM5,239,800.00. 8
g
(g) KPKSB juga pada masa yang sama telah membeli daripada AS Timber kayu berjumlah RM5,509,945.94 dalam bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember 2009, Januari, Mac dan April 2010 dan butiran invois disenaraikan dalam perenggan 4(e);
h
(h) mengenai bayaran RM1 juta melalui 2 cek Berjaya Timber, TCS memplid bahawa bayaran tersebut adalah sebagai deposit untuk mendapat kawasan balak yang dijanjikan oleh KPKSB memandangkan KPKSB telah berhutang dengan MSY Wood Enterprise (MSY Wood) dan Berjaya Timber. Bayaran RM1 juta tersebut telah ditarik balik kerana KBKSP gagal mendapatkan kawasan balak yang dijanjikan untuk diberikan kepada kedua-dua syarikat tersebut;
i
(i) MSY Wood dan Berjaya Trading telah memfailkan tindakan terhadap KPKSB pada 16.1.2013 masing-masing melalui kes Mahkamah Tinggi Kota Bharu No. MT (2) –NCVC-15- 01/2013 (NCVC 15) dan No. MT (2) –NCVC-16-01/2013 (NCVC 16), menuntut hutang bagi kayu balak yang dijual kepada KPKSB sebanyak RM1,2790,593.06 dan RM981,247.06;
j
(j) dalam kedua-dua kes NCVC 15 dan NCVC 16, KPKSB telah mengemukakan pembelaan tolakan dan membuat tuntutan silang dengan memplid bahawa AS Timber berhutang dengannya bagi pembelian kayu sebanyak RM3,226,608.89 dan setelah ditolak upah bagi kontrak mengeluarkan kayu sebanyak RM1,389,149.34, AS Timber 9 masih terhutang sebanyak RM1,837,457.55. Mahkamah hanya membenarkan tuntutan MSY dan Berjaya Timber dan tidak membenarkan pembelaan tolakan dan tuntutan silang oleh KBKSB;
k
(k) tuntutan KPKSB dalam kes ini adalah res judicata, remeh, mengaibkan dan menyalahgunakan proses mahkamah kerana telah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16. [23] LH selaku pemilik tunggal AS Timber mengemukakan tuntutan balas bagi bayaran baki upah sebanyak RM5,239,800.00 dan harga kayu yang dijual kepada KPKSB sebanyak RM5,509,945.94. [24] Dalam jawapannya, KPKSB memplid, antara lain, bahawa –
a
(a) AS Timber bukan sahaja kontraktor bagi mengeluarkan kayu balak dari K95, K 98, K 99, K 117 dan K120 tetapi juga telah membeli kayu balak daripada KPKSB;
b
(b) keseluruhan upah AS Timber untuk mengeluarkan kayu balak dari K 95, K98, K 117 dan K 120 telahpun sempurna dijelaskan;
c
(c) bukan KPKSB yang membeli kayu balak daripada AS Timber tetapi AS Timber yang membeli daripadanya. AS Timber tidak mempunyai kayu balak untuk dijual kepada KPKSB;
d
(d) tindakan plaintif ini tidak res judicata, remeh, mengaibkan atau penyalahgunaan proses mahkamah kerana tiada kaitannya dengan NCVC 15 dan NCVC 16. 10 [25] Dalam pembelaan kepada tuntutan balas LH, KPKSB memplid pembelaan yang sama seperti dalam jawapannya. [26] Selepas suatu perbicaraan penuh, Mahkamah pada 31.12.2017 telah menolak tuntutan KPKSB dan membenarkan tuntutan balas LH sebanyak RM5,012,104.10 bagi upah pengeluaran kayu balak. [27] LH tidak merayu terhadap penolakan tuntutan bagi pembelian balak oleh KPKSB. Alasan rayuan [28] 3 alasan dikemukakan mengapa Hakim perbicaraan yang bijaksana dikatakan telah terkhilaf dalam keputusannya, iaitu –
a
(a) apabila memutuskan bahawa tuntutan KPKSB terhalang oleh prinsip res judicata;
b
(b) apabila menolak tuntutan KPKSB dengan hanya bergantung kepada dapatan Hakim yang bijaksana dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16; dan
c
(c) apabila membenarkan tuntutan balas LH bagi upah kerja-kerja pembalakan. Keputusan Mahkamah ini Undang-undang mengenai campur tangan mahkamah rayuan 11 [29] Kami sedar tentang peranan terhad mahkamah rayuan berkenaan dengan penemuan fakta mahkamah perbicaraan. Kami mengambil panduan mengenainya daripada keputusan kes Mahkamah Persekutuan dalam kes Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1. Steve Shim CJ SS berkata di muka surat 10 – “[14] In our view, the Court of Appeal in citing these cases had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention, ie to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. Clearly, the phrase ‘insufficient judicial appreciation of evidence’ merely related to such a process. This is reflected in the Court of Appeal’s restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on the issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to appellate intervention, is that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on appeal. This is consistent with the established plainly wrong test.” [30] Hakim perbicaan mestilah “plainly wrong” dalam dapatannya sekiranya Mahkamah ini perlu campur tangan dan mengetepikan dapatan fakta olehnya. Dalam kes Ming Holdings (m) Sdn Bhd v Tuan 12 Syed Azahari bin Noh Shahabudin & Anor [2010] 4 MLJ 577, Mahkamah Persekutuan melalui James Foong HMP berkata di muka surat 591 - “[41] Before we leave this subject and move on to the next two questions, we feel a need to remind that a trial judge has the advantage over an appellate court in hearing the witness and observing his demeanour. Thus, unless the trial judge is plainly wrong in his finding, the appellate court should not reverse a finding of fact by the trial judge. This ‘plainly wrong’ test has been long established and can be observed in the judicial committee of the Privy Council pronouncement in Chow Yee Wah & Anor v Choo Ah Pat [1978] 2 MLJ 41 where Lord Fraser said : In the face of that finding by the trial judge on the question of fact the Federal Court were only entitled to displace his conclusion if they were satisfied that his view was plainly wrong and that any advantage which he enjoyed by having seen and heard the witness was not sufficient to explain his conclusion, as the authorities already quoted show.” [31] Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan “plainly wrong” dikupas oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441; [2015]2 CLJ 453 – “[60] It is now established that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial judge is “the plainly wrong test” principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1; [2004] 4 CLJ 309 (at p. 10) per Steve Shim CJ SS. More recently this principle of appellate intervention was affirmed by 13 the Federal Court in UEM Group Berhad v Genisys Intergrated Pte Ltd [2010] 9 CLJ 785 where it was held at p 800: It is well –settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence. (see Chow Yee Way & Anor v Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v Thomas [1947]AC 484; and Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1; [2004] 4 CLJ 309.” [32] Campur tangan Mahkamah ini diwajarkan jika berbangkit daripada kekhilafan Hakim perbicaraan, telah berlaku suatu ketidakadilan dan kekhilafan tersebut perlu diperbetulkan (lihat Perembun (M) Sdn Bhd v Conlay Construction Sdn Bhd [2012] 4 MLJ 149). Sama ada tuntutan KPKSB terhalang oleh prinsip res judicata [33] Isu mengenai pemakaian prinsip res judicata merupakan persoalan pokok dalam rayuan ini. [34] Doktrin res judicata adalah berasaskan pemuktamadan kepada suatu keputusan kehakiman. Idrus Harun HMR (YA pada masa itu) dalam Dato’ Sivananthan Shanmugam v Artisan Fokus Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 1062 memberikan suatu ringkasan yang menyeluruh lagi padat tentang prinsip ini dan pemakaiannya. Dinyatakan muka surat 1072 -1073 – 14 “[19] …… The terms ‘res judicata’, ‘issue estoppel’ and ‘cause of action estoppel’ are sometimes used loosely but the modern tendency has been to use res judicata comprehensively to cover all those terms of estoppel (see North West Water Ltd v Binnie& Partners ( a firm) [1990] 3 All ER 548 and OCBC Bank (Malaysia) Bhd v Kredin Sdn Bhd [1997] 2 CLJ 534). Res Judicata simply means a matter adjudged, and its significance lies in its effect of creating an estoppel per rem judicatam. The res judicata rule dictates that when a matter between two parties has been adjudicated by a court, the matter may not be pursued further by the same parties and their privies because the judgment becomes the truth between such parties, its application produces finality in litigation and one ought not to be vexed twice for the same cause of action. Since a res judicata creates an estoppel per rem judicatam, the doctrine of res judicata is really the doctrine of estoppel per rem judicatam (see Asia Commercial Finance ( M) Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 CLJ 783; [1995] 3 MLJ 189). [20] The plea of res judicata comprises two distinct forms of estoppel that is to say, cause of action estoppel and issue estoppel. Drake J in North West Water Ltd v Binnie& Partners ( a firm), supra stated that cause of action estoppel was confined to cases where the cause of action and the parties were the same in the second suit as they were in the first suit. In such a case the bar is absolute (OCBC Bank (Malaysia) Bhd v Kredin Sdn Bhd, supra). On the other hand, issue estoppel would involve going over precisely the same issue or point already decided in the first action or refer to an issue that has been previously litigated and determined between the same parties and the same issue is raised in a subsequent proceedings between the same parties 15 involving a different cause of action to which the same issue is relevant and one of the parties seeks to reopen the issue. The High Court decision in Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang Darul Makmur [2009] 1 LNS 1457; [2010] 8 MLJ 57 clearly shows that the requirements of issue estoppel are that the parties to the judicial decision or their privies were the same persons as the parties to the proceedings in which the estoppel is raised and that the same question had been decided. In Asia Commercial Finance ( M) Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd, supra the Supreme Court succinctly explained that the term ‘issue estoppel’ literally meant simply an issue which a party was stopped from raising in subsequent proceeding. Issue estoppel prevents contradiction of a previous determination, whereas cause of action estoppel prevents reassertion of the cause of action (see also Chemfert Sdn bhd & Anor v Lim Hua [2010] 7 CLJ 491). [35] Elemen-elemen yang membentuk res judicata dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Sykt Sebati Sdn Bhd v Pengarah Jabatan Perhutanan & Anor [2019] MLJU 79 seperti yang berikut: “[34] Firstly, on the issue of res judicata, it is necessary to reiterate the elements which constitute res judicata. For this purpose we find the book Spencer Bower and Turner, Res Judicata, 3rd Edition.
Subsection
(1996) particularly useful. There the learned authors sets out at pg. 10, para 19 what is involved in the burden of showing res judicata which consist of six matters:
i
(i) the decision was judicial in the relevant sense;
Subparagraph
(ii) it was in fact pronounced; 16
Subparagraph
(iii) the tribunal had jurisdiction over the parties and the subject matter;
Subparagraph
(iv) the decision was – (a) final, and (b) on the merits;
v
(v) it determined the same questions as that raised in the later question; and
Subparagraph
(vi) the parties to the later litigation were either parties to the earlier litigation or their privies, or the earlier decision was in rem.” [36] Alasan mengapa Hakim yang bijaksana berpandangan kes sekarang ialah res judicata dapat dilihat daripada petikan-petikan yang berikut: “[36] Di dalam kes ini, Mahkamah telah meneliti fakta-fakta yang dikemukakan oleh Plaintif melalui dokumen dan keterangan saksi-saksinya dan telah melihat Rekod Perbicaraan 2 tindakan terdahulu tersebut. Mahkamah berpandangan bahawa isu dan tuntutan yang di bawa oleh Plaintif ini sebenarnya telahpun di bawa dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu di dalam dua tindakan yang terdahulu tersebut. [37] Walaupun Plaintif di dalam hujahan balasnya berkenaan isu res judicata, mengatakan bahawa di dalam tindakan terdahulu Plaintif hanya menimbulkan isu “set off” dan dalam kes sekarang untuk menuntut hutang pembelian balak, namun Mahkamah ini berpandangan jumlah hutang yang dituntut oleh Plaintif di dalam kes ini sebenarnya telah ditawarkan untuk dijadikan “set off” kepada Plaintif di dalam kes terdahulu. 17 [38] Jumlah yang dituntut oleh Plaintif di dalam kes ini berjumlah RM 3,200,159.23 iaitu kombinasi bagi transaksi sebelum 25.11.2009 dan selepas 25.11.2009 dan jumlah tersebut adalah jumlah yang sama juga ditimbulkan oleh Plaintif di dalam kes terdahulu sepertimana yang dirujuk oleh Peguam Defendan di dalam hujahannya di Tab-7, iaitu muka surat 70 Penghujahan Peguamcara Defendan-Defendan. [39] Ini pada pandangan mahkamah jelas menunjukkan bahawa jumlah hutang yang sama inilah yang pernah ditimbulkan oleh Plaintif di dalam 2 tindakan terdahulu. Malahan jika dirujuk kepada penghakiman yang memutuskan 2 tindakan tersebut, YA Hakim Dato’ Azman Abdullah telah membuat keputusan yang memihak kepada Plaintif iaitu Defendan di dalam kes di hadapan Mahkamah sekarang ini. Keputusan ini telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan dan Defendan iaitu Plaintif di dalam kes ini tidak merayu ke Mahkamah Persekutuan….. [40] Mahkamah ini berpendapat bahawa oleh kerana hutang yang ingin di set-off oleh Plaintif di dalam kes terdahulu adalah sama dengan jumlah yang ingin dituntut di dalam kes ini, ini menunjukkan bahawa pihak Plaintif sebenarnya telah membawa isu dan perkara berkenaan dengan hutang tersebut di dalam 2 tindakan terdahulu. Oleh kerana ianya telah diputuskan oleh Mahkamah sebelum ini yang tidak memihak kepada Plaintif iaitu bahawa Plaintif tidak berhak kepada set-off tersebut maka Plaintif adalah terhalang melalui prinsip res judicata untuk membawa isu tersebut sekali lagi di dalam tindakan ini. ………. 18 [45] Mahkamah mendapati bahawa berdasarkan alasan-alasan ini sahaja, maka tuntutan Plaintif adalah terhalang oleh prinsip Res Judicata dan seharusnya ditolak oleh Mahkamah ini, dan Mahkamah tidak perlu lagi melihat tuntutan ini melalui meritnya.” [37] Secara ringkas, Hakim yang bijaksana memutuskan tuntutan KPKSB ialah res judicata kerana amaun hutang yang dituntut oleh KPKSB daripada TCS, TKY dan LH sebanyak RM 3,226,608.89 adalah juga amaun yang daripadanya KPKSB mengasaskan pembelaan tolakannya dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16. Oleh sebab Mahkamah dalam NCVC 15 dan NCVC 16 telah memutuskan bahawa KPKSB tidak berhak kepada tolakan tersebut, maka KPKSB terhalang melalui prinsip res judicata untuk membawa isu tersebut sekali lagi dalam kes sekarang walaupun pihak-pihak kepada kes sekarang adalah berlainan daripada kes NCVC 15 dan NCVC 16. Rayuan KPKSB terhadap keputusan dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16 ke Mahkamah Rayuan telah ditolak dan tiada kebenaran dipohon oleh KPKSB untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan. Dengan itu, keputusan dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16 telah menjadi muktamad. [38] Tidak boleh dipertikaikan bahawa kausa tindakan dan pihak-pihak dalam kes sekarang dan kes NCVC 15 dan NCVC 16 adalah berbeza. [39] Dalam NCVC 15, KPKSB telah disaman oleh TCS yang berniaga atas nama MSY Wood. TCS membekalkan KPKSB atas permintaan KPKSB kayu balak dalam 27 siri penghantaran bermula dari 19
6
6.4.2010 hingga 27.4.2010, kesemuanya berjumlah RM1,279,593 setakat 31.12.2010. KPKSB gagal membayar hutang tersebut. [40] Dalam NCVC 16, KPKSB telah disaman oleh TCS yang berniaga atas nama Berjaya Timber. TCS membekalkan KPKSB kayu balak dalam 24 siri penghantaran bermula dari 10.8.2011 hingga 21.8.2011, kesemuanya berjumlah RM981,247.06 setakat 31.12.2013. KPKSB gagal membayar hutang tersebut. [41] TKY dan LH bukan pihak-pihak dalam NCVC 15 dan NCVC 16. [42] KPKSB mengemukakan pembelaan tolakan dan tuntutan silang dalam kedua-dua kes tersebut. [43] Mengapa KPKSB memplid dan mengemukakan keterangan mengenai hutang sebanyak RM3,226,608.89 oleh AS Timber dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16? KPKSB memplid disebabkan kegagalan Timber menjelaskan hutang kepada KPKSB sebanyak RM3,226,606.89, KPKSB, AS Timber dan TCS telah berbincang dan hasil daripada perbincangan mereka, ketiga-tiga pihak telah mencapai persetujuan secara lisan bahawa TCS akan membekalkan kayu balak kepada KPKSB dan harga kayu balak tersebut dikontrakan bayaran dengan hutang AS Timber sebanyak RM3,226,608.89. TCS merupakan pemilik AS Timber di mana sepanjang tempoh pemilikannya hutang AS Timber yang terkumpul adalah RM3,226,608.89 dan AS Timber telah gagal menjelaskan hutang tersebut. Berbangkit daripada persetujuan lisan tersebut, TSC telah membekalkan kayu balak kepada KPKSB dan 20 KPKSB telah mengkontrakan bayaran kayu balak yang dibekalkan itu dengan hutang AS Timber. Pembelaan tolakan adalah berasaskan persetujuan lisan tersebut. [44] Alasan KPKSB ini telah diambil kira oleh Hakim yang bijaksana dalam merumuskan pembelaan KPKSB - “Pembelaan Defendan.
Preamble
Menurut Defendan, mereka mempunyai urusan perniagaan dengan AS Timber sahaja dan tidak secara langsung dengan Plaintif. Perjanjian Kontrak Pengeluaran Balak [D1 D7] tersebut telah dimasuki antara Defendan dan AS Timber Trading adalah bertarikh 29/10/2008. Yang mana AS Timber Trading menerima tawaran kerja menebang kayu balak milik Defendan.
Preamble
Menurut Defendan sebenarnya AS Timber Trading yang berhutang dengan Defendan sebanyak RM3,359, 641.09 apabila AS Timber Trading dalam masa yang sama ada membeli kayu-kayu milik Defendan yang ditebangnya kerana menurut perjanjian AS Timber Trading diberikan keutamaan membeli balak-balak yang ditebang mereka jika Defendan telah mencapai keperluan mereka.
Preamble
Menurut Defendan, melalui suatu perjanjian lisan atas cadangan oleh Plaintif, pihak Plaintif akan membekalkan balak kepada Defendan untuk membayar secara set –off hutang AS Timber Trading sebanyak RM3,359, 641.09 tersebut. Setelah itu pihak Plaintif telah membekalkan kayu kepada Defendan sehingga berjumlah RM1,279,593.06 itu dan dengan itu 21 hutang AS Timber Trading telah di set-off dan berbaki lagi sebanyak RM2,147,206.95.
Preamble
Menurut Defendan mereka berurusan dengan Plaintif dan Tian Kong Siong yang merupakan orang yang sama mewakili AS Timber Trading dan mereka berdua ini mengetahui akan perkara ini. Dengan ini Defendan menafikan mereka berhutang dengan Plaintif di dalam kedua-dua tindakan saman ini malah AS Timber Trading masih lagi mempunyai hutang sebanyak RM RM2,147,206.95.” [45] Isu pembelian kayu balak oleh KPKSB dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16 adalah jelas tidak melibatkan kayu balak dari mana-mana Kompartmen KPKSB dan tidak juga melibatkan urus niaga dengan AS Timber. [46] Kes sekarang melibatkan transaksi jual beli balak antara KPKSB dengan AS Tmber berasaskan Perjanjian Pengeluaran Balak dan dari kawasan balak K 95, K 98, K 99, K 117 dan K 120. [47] Dua persoalan perlu ditentukan sebelum Hakim yang bijaksana memutuskan tentang pemakaian prinsip res judicata bagi kes sekarang, iaitu –
a
(a) pertamanya, sama ada isu hutang AS Timber kepada KPKSB telahpun dengan jelas dan nyata diputuskan dengan muktamad dan berdasarkan merit dalam NCVC 15 22 dan NCVC 16 dan keputusan tersebut menentukan isu yang sama yang dibangkitkan dalam kes sekarang; dan
b
(b) keduanya, sama ada pihak-pihak dalam kes sekarang ialah pihak-pihak yang sama dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16 atau privi mereka. [48] Kami berpandangan Hakim yang bijaksana adalah dengan nyata salah (plainly wrong) dalam membuat dapatan bahawa isu hutang AS Timber kepada KPKSB telah diputuskan dengan muktamad dan berdasarkan merit dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16 (lihat alasan penghakiman di perenggan 35, 40, 44 dan 46, antaranya). Dapatan tersebut dibuat tanpa memberi penilaian yang mencukupi kepada pliding, fakta kes selain gagal menghayati dengan betul alasan penghakiman Hakim perbicaraan dalam NCVC 15 dan NVCV 16. Kami menyatakan alasan kami berikut ini. [49] Tidak dinafikan keterangan mengenai hutang AS Timber kepada KPKSB itu telah dikemukakan dalam perbicaraan NCVC15 dan NCVC 16. Peguam cara responden-responden melampirkan dalam hujahan bertulis keterangan dokumentari dan keratan nota keterangan saksi-saksi KPKSB dalam TAB 8 dan TAB 9 dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16 tentang hutang pembelian kayu balak. Namun begitu, tidak kelihatan dalam alasan penghakiman Hakim yang bijaksana telah memutuskan persoalan tentang hutang AS Timber sebanyak RM3,226,606.89. 23 [50] Alasan penghakiman Hakim y ang bijaksana dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16 menunjukkan bahawa MSY Wood dan Berjaya Timber telah membuktikan tuntutannya terhadap KPKSB bagi 27 dan 24 penghantaran bersiri kepada KPKSB dan pembelaan tolakan tidak dibuktikan melalui petikan ini - “Mahkamah Tinggi ini melalui perbicaraan penuh telah memutuskan membenarkan kedua-dua tuntutan Plaintif ke atas Defendan oleh kerana pihak Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya melalui Penyata Akaun yang dihantar oleh Plaintif kepada Defendan. Manakala pihak Defendan pula tiada sebarang bukti bertulis sama ada membantah Penyata Akaun yang dihantar oleh Plaintif kepada Defendan mahupun dokumen dari pihak Defendan kepada Plaintif akan persetujuan untuk set-off dengan balak atau penyata akaun yang menyatakan Plaintif berhutang dengan defendan secara berkala dari semasa ke semasa.” [51] Hakim yang bijaksana selanjutnya menerangkan mengapa pembelaan tolakan KPKSB ditolak. Lihat petikan-petikan yang berikut ini: “Sepanjang perbicaraan pihak Defendan melalui saksi-saksinya gagal mengemukakan sebarang dokumen yang dikatakan terdapat set-off dengan hutang AS Timber Trading melalui penjualan balak-balak oleh Plaintif kepada Defendan di dalam kedua-dua kes. Walaupun ianya orang yang sama sekalipun syarikat adalah entiti yang berlainan. Hutang ke atas AS Timber Trading tidak pernah dipersetujui oleh secara hitam putih untuk diset-off oleh kedua-dua Plaintif. Alasan yang sangat tipis yang diberikan oleh Defendan bahawa mereka tidak sempat menyediakannya secara hitam putih 24 adalah juga gagal disokong oleh sebarang surat menyurat atau dokumen pada masa yang berkaitan. ………… Pembelaan Defendan-defendan adalah penafian semata-mata bahawa harga tersebut yang dituntut telah diset-off dari kayu rampasan yang diambil oleh AS Timber Trading namun tanpa sebarang surat menyurat persetujuan. Keterangan SD4 seolah-olah menunggu Plaintif setuju baru hendak sediakan penyata atau lejer bukannya mengeluarkan setiap penyata secara bulanan atau mengikut transaksi dan peringatan bertulis. Surat Tawaran Lantikan adalah ke atas AS Timber Trading [lihat Bundle ‘C’ ms 1-4/CC ms 1-39]. Namun tidak ada pula tindakan saman ke atas AS Timber Trading dimasukkan sebagai Pihak Ketiga pada tindakan ini atau tindakan Tuntutan Balas ke atas Plaintif atau mana-mana guaman lain ke atas AS Timber Trading ini. Sekurang-kurang surat notis tuntutan kepada AS Timber Trading. Jika benar terdapat persetujuan lisan dan transaksi yang memakan wang tiga jutaan ringgit dikatakan Plaintif dan AS Timber Trading berhutang dengan Defendan, Mahkamah ini tidak mempunyai jawapan kenapa pihak Defendan di dalam transaksi berjuta ringgit begini gagal menyediakan sebarang dokumen dan penyata dan ini diakui oleh saksi-saksi Defendan bahawa semuanya secara lisan.” [52] Selain petikan-petikan di atas, tidak ada di mana-mana dalam alasan penghakiman bagi kes NCVC 15 dan NCVC 16 yang menunjukkan bahawa isu sama ada AS Timber Trading berhutang dengan KPKSB sebanyak RM3,226,608.89 bagi pembelian kayu balak 25 telah diputuskan. Penghakiman Hakim yang bijaksana adalah mengenai pertikaian antara MSY Wood dan Berjaya Timber dengan KPKSB manakala pembelaan tolakan ditolak kerana KPKSB gagal membuktikan bukti dokumentari “terdapat set-off dengan hutang AS Timber Trading melalui penjualan balak-balak oleh Plaintif kepada Defendan di dalam kedua-dua kes. … Hutang ke atas AS Timber Trading tidak pernah dipersetujui oleh secara hitam putih untuk diset-off oleh kedua-dua Plaintif.” [53] Mengenai persoalan Hakim yang bijaksana dalam kes NCVC 15 dan NCVC 15 mengapa AS Timber Trading tidak dimasukkan sebagai pihak ketiga dalam tindakan itu atau tuntutan balas ke atas TCS ini, dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16, KPKSB telah membawa pembelaan tolakan dan bukan memfailkan tuntutan balas terhadap TCS. Di sisi undang-undang, terdapat kesan yang berbeza antara pembelaan tolakan dengan tuntutan balas. Perbezaannya dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Shanghai Hall Ltd v Town House Hotel Ltd [1967] 1 MLJ 223 di muka surat 228 – “The essential difference between a counterclaim and a set –off is that a counterclaim does not operate merely as a defence but as an independent action enabling the defendant to obtain a judgment against the plaintiff and to recover any balance due to him or any other relief to which he is entitled. Since it is an independent action, the defendant may prosecute it although the plaintiff’s action is for some reason stayed, discontinued, or dismissed (O.21 r.16). It is not so with set-off because it is merely a defence and not an independent action and therefore the defendant cannot claim to have his set-off 26 tried if for some reason the plaintiff’s claim is discontinued. See Stooke v Taylor, supra.” [54] Kami bersetuju dengan hujahan peguam cara KPKSB yang bijaksana bahawa KPKSB tidak boleh mengambil pendirian yang tidak konsisten dalam kes NCVC 15 dan NCVC16 dengan mengemukakan pembelaan tolakan yang dibawa berdasarkan persetujuan lisan antara TCS, AS Timber dan KPKSB dan pada masa yang sama membawa tuntutan balas terhadap TCS atau pun terhadap AS Timber dan pemilik-pemiliknya bagi mendapatkan hutang AS Timber. Undang-undang menghendaki KPKSB membuat pilihan dan tidak boleh approbate dan reprobate (Cheah Theam Kheng v City Centre Sdn Bhd (In Liquidation) & Other Appeals [2012] 2 CLJ 16). [55] Peguam cara responden-responden telah merujuk kepada kes Asia Commercial Finances ( M) Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 CLJ 783; [1995] 3 MLJ 189 dan Dato’ Sivananthan Shanmugam v Artisan Fokus Sdn Bhd, supra bagi menyokong tegasan mengenai pemakaian “res judicata in its wider sense” dalam kes sekarang dan masih boleh terpakai walaupun melibatkan pihak–pihak yang berlainan. [56] Kami berpandangan “res judicata in its wider sense” tidak terpakai dalam hal keadaan kes sekarang. [57] Fakta kes Dato’ Sivananthan Shanmugam v Artisan Fokus Sdn Bhd, supra mestilah dibezakan. Fakta kes tersebut diperturunkan berikut 27 ini untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengapa perbezaan perlu dibuat:
a
(a) perayu dan seorang Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan (KAH) berunding dengan Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar Sabah (LPPB) untuk mendapatkan satu perjanjian usahasama (PU) antara LPPB dengan responden untuk membangunkan projek perumahan di mana responden akan dilantik sabagai satu-satunya pemaju bagi projek tersebut. Satu perjanjian saham (PPS) dibuat antara perayu, KAH, responden, Datuk Hoe Tze Fook (HFT) dan Lee Fuei Siong (LFS), kedua-duanya merupakan pengarah dan pemegang saham respondent. Menurut klausa 2.1 PPS adalah tertakluk kepada pembuatan PU antara LPPB dengan responden. Di bawah klausa 3.2, responden perlu membayar jumlah yang dipertikaikan kepada perayu dan KAH dan/atau penamanya Cosmotine Sdn Bhd (Cosmotine). Klausa 2.1 seterusnya menyatakan bahawa sekiranya PU tidak dilaksanakan dengan cara yang dinyatakan dalam klausa 3.2, kedua-dua perayu dan KAH dikehendaki memulangkan balik kepada responden deposit yang boleh boleh dikembalikan. Lanjutan daripada pelaksanaan PPS, HTF membayar Cosmotine RM.2,3 juta (amaun tersebut), iaitu amaun yang boleh dikembalikan. Sebagai balasan, Cosmotine mendepositkan ceknya dengan amaun yang sama dengan HFT (cek tersebut). Perayu dan KAH gagal mendapatkan PU antara LLPS 28 dengan responden dalam masa yang ditetapkan. HFT mengemukakan cek tersebut, namun begitu cek tersebut tidak dapat ditunaikan. Tuntutan dibuat tetapi perayu dan KAH tidak membuat bayaran;
b
(b) pada 28.8.2012 HFT memulakan tindakan terhadap Cosmotine di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Guaman HFT). HFT memperoleh penghakiman terus terhadap Cosmotine pada 6.12.2012. Cosmotine tidak merayu terhadap keputusan tersebut;
c
(c) pada 16.8.2012, responden memulakan tindakan sekarang terhadap perayu dan KAH pada 16.8.2012 bagi mendapatkan amaun tersebut. Pada
20
20.5.2013, penghakiman terus direkodkan terhadap KAH. KAH tidak merayu.;
d
(d) berkaitan dengan perayu, pada 5.12.2013 responden memfailkan permohonan di bawah Aturan 14A kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Berbangkit daripada permohonan teresbut, Hakim telah memasukkan penghakiman terhadap perayu. Perayu merayu;
e
(e) perayu menyatakan responden tidak ada kausa tindakan terhadapnya dan jika sekalipun ada actionable cause, kausa tindakan responden dilarang oleh prinsip estopel dan res judicata, merger dan election. 29 [58] Persoalan di hadapan Mahkamah Rayuan dalam kes tersebut adalah sama ada responden terhalang daripada mendapatkan penghakiman dalam tindakan sekarang memandangkan penghakiman telah diperoleh sebelum itu oleh HTF terhadap Cosmotine dalam Guaman HTF - “[15] It is the appellant’s case that pursuant to the agreement, only a single payment in the sum of RM2.3 million was paid and the said sum was paid by HTF to Cosmotine. The respondent however, did not pay any sum to the appellant and KAH and/or Cosmotine as stipulated in the agreement. Therefore when the respondent commenced this action against the appellant, the sum effect would be that two different entities would be claiming for the said sum of RM 2.3 million and effectively declared by the court as rightful recipients of the money. The reasoning assumes, as we understand it, that two different entities cannot be entitled to claim for the same subject matter. We are satisfied in this regard, that the respondent did not dispute that only a single payment of RM2.3 million was paid and that it was paid by HTF to Cosmotine. The High Court in the HTF suit eventually ordered that the party responsible to repay the said sum of RM2.3 million was Cosmotine and the party entitled to receive the said sum was HTF as set out in the summary judgment. Now, in the present action, the claim is directed against the appellant. The respondent is claiming the same sum of RM2.3 million from the appellant which is the subject matter of the HTF suit. Obviously this is contrary to the clear terms of the summary judgement. We agree with learned counsel for the appellant that as the decision in the HTF suit was in the respondent’s favour, the sum effect would be that two different entities would be effectively declared by the same court, that is to 30 say the Kuala Lumpur High Court, as the rightful recipients of the said sum of RM2.3 million despite the clear fact that only one payment of the said sum was effected by HTF to Cosmotine and not by the respondent to the appellant and KAH and/or to Cosmotine. In other words two different entities cannot in law and in fact be declared as being entitled to the said sum of RM2.3 million. The two judgments, in our considered view, cannot co-exist in valid and effective force, and are really for the same debt as such satisfaction of one is, or would be, satisfaction of both. …………… [26] We would emphasise at this juncture that the present action could have been included in the HFT suit by reason of the fact that the relief, evidence relied on and the witnesses are the same. In truth, the claims and relief sought in both suits share one common object which is the refund of RM2.3 million from Cosmotine, the appellant and KAH which amount became liable to be refunded as a result of the alleged breach of the agreement. The only difference lies in the cause of action. ………. [28] Reverting to the instant appeal, what the respondent had done in effect was to divide its case into two separate claims and in the process proceed in two stages in order to suit its convenience while in actuality it was claiming for the same relief based on the same facts for which judgment had already been obtained earlier in the HTF suit. It cannot be denied that both claims arose from the same one and only transaction and were undoubtedly interrelated. Therefore it would be unjust to permit the respondent to make double claim by filing two separate actions for the same relief. In our judgment the instant action is an abuse of process of 31 the court ( see also North West Water Ltd v Binnie& Partners ( a firm), supra). ………. [30] The present suit as we have said earlier could have been included in the HTF suit an the issue in the present case could have been ventilated there for it to be specifically determined. The respondent chose not to do so and is now estopped from coming to the court to seek to raise the issues which might have been put but was not raised in the HTF suit at their option ( see (OCBC Bank (Malaysia) Bhd v Kredin Sdn Bhd [1997] 2 CLJ 534 and Arnold v National Ws=estminster Bank Plc [1991] 2 AC 93)….”. [59] Petikan-petikan di atas menjawab persoalan mengapa “res judicata in its wider sense” terpakai dalam kes Dato’ Sivananthan Shanmugam v Artisan Fokus Sdn Bhd supra dan mengapa tidak boleh terpakai bagi kes sekarang. Perbezaan fakta yang sangat ketara tidak memerlukan kami mengupasnya dengan lebih lanjut. [60] Berkaitan dengan pihak-pihak yang berlainan dalam kes NCVC 15 dan NCVC16 dengan kes sekarang, dihujahkan oleh peguam cara responden-responden yang bijaksana bahawa res judicata terpakai walaupun melibatkan pihak-pihak yang berlainan sekiranya isu yang sama dibicarakan dan diputuskan. Sandaran dibuat kepada kes Dato’ Sivananthan Shanmugam v Artisan Fokus Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 1062. 32 [61] Dalam kes Dato’ Sivananthan Shanmugam v Artisan Fokus Sdn Bhd, supra, diputuskan bahawa pihak-pihak tidak semestinya sama dalam kedua-dua tindakan berdasarkan fakta yang wujud dalamnya - “[21] A pertinent question which may inevitably be asked is whether there is any limit which should be put on the application of the doctrine of issue estoppel. We raise this question because, contrary to the above requirement that the parties to the judicial decision are the same persons as to the parties to the proceedings in which issue estoppel is raised, the parties in this appeal are completely different from the parties in the HTF suit. ……………………. [23] Now reverting to the question we raised above, it is important to ask whether it is an inflexible rule that the parties to the judicial decision must be the same persons as the parties to the proceedings in which the estoppel is raised. … ……………….. [25] In the present appeal, since the present action would undoubtedly involve going over precisely the same facts as in the previous HFT suit, and accepting the broader approach and the wider sense of res judicata as the preferred and correct legal position, the fact that the parties to this suit are different from the HFT suit does not disentitle the appellant to invoke the doctrine of issue estoppel to bar the respondent from relitigating a specific issue that hed been decided in the prior separate action. The doctrine also applies to a non-party. It is therefore not necessary for parties to be the same in both actions. What the doctrine seeks to prevent is an abuse of the process of the court by attempting to make a double claim as well as allowing the plaintiff 33 to relitigate its cause for the same relief and based on the same subject matter for which judgment had successfully been obtained in the HFT suit and to produce the same set of facts, the same witnesses and the same documents ( see Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang Darul Makmu, suprar). [62] Sekali lagi ditekankan perbezaan fakta kes Dato’ Sivananthan Shanmugam v Artisan Fokus Sdn Bhd, supra dengan kes sekarang dan NCVC 15 dan NCVC 16. Tidak timbul isu tuntutan berganda dengan pemfailan kes sekarang oleh KPKSB terhadap responden-responden. Hutang yang dituntut oleh KPKSB terhadap pemilik-pemilik AS Timber belum diputuskan dalam NCVC 15 dan NCVC 16. Penghakiman yang berjaya diperolehi oleh TCS dalam NCVC 15 dan NCVC 16 adalah berdasarkan tuntutannya sebagai pemilik WSY Wood dan Berjaya Timber bagi transaksi yang tidak melibatkan K 95, K 98,K 99, K117 dan K 120. [63] Hakim yang bijaksana telah mengambil pendirian yang tidak konsisten apabila membenarkan tuntutan balas LH yang melibatkan K 95, K 98,K 99, K117 dan K 120. Sekiranya prinsip res judicata terpakai kepada tuntutan KPKSB, maka prinsip yang sama terpakai bagi tuntutan balas LH kerana perkara tersebut turut dibangkitkan dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16. [64] Kami tidak dapat mengesahkan dapatan Hakim yang bijaksana tentang res judicata bagi alasan-alasan yang disebut di atas. 34 [65] Peguam cara KPKSB telah menghujahkan bahawa res judicata tidak boleh menjadi suatu instrumen ketidakadilan dengan bersandarkan kepada kes Carl-Zeiss-Stiftung v Rayner and Keeler Ktd and Others (No 2) [1966] 2 ALL ER 536 –House of Lords. Rujukan juga dibuat kepada kes Tanalachimy a/p Thoraisamy & Ors v Jayapalasingam a/l Kandiah & Ors (sued as liquidators of the Great Alonioners Trading Corp Bhd) and anor appeal [2014] 4 MLJ 85; Manoharan Malayalam v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Anor [2009] 2 CLJ 839). Kami bersetuju. Memandangkan maksud res judicata adalah untuk melakukan keadilan antara pihak-pihak, kes-kes yang diputuskan menunjukkan bahawa adalah terbuka bagi mahkamah untuk mengiktiraf dalam sesuatu keadaan yang luar biasa, bahawa pemakaian ketat res judicata boleh menyebabkan berlaku ketidakadilan (Simpang Empat Plantation Sdn Bhd v Ali Tan Sri Abdul Kadir & Ors [2006] 1 MLJ 193, Chee Pok Choy & Ors v Scotch Leasing Sdn Bhd [2001] 4 MLJ 346). Walau bagaimanapun, kami tidak bercadang untuk melanjutkan perkara tersebut memandangkan kami telah menyatakan pendirian kami tidak dapat mengesahkan dapatan Hakim yang bijaksana tentang pemakaian prinsip res judicata. Sama ada tuntutan KPKSB sebanyak RM3,200,159.23 sepatutnya dibenarkan dan sama ada tuntutan balas sepatutnya ditolak [66] Kami akan menangani tuntutan KPKSB dan tuntutan balas kedua-duanya bersekali. [67] Hakim yang bijaksana dalam membuat penilaian keterangan berkewajipan untuk membuat penilaian kehakiman keterangan (judicial 35 appreciation of evidence) selaras dengan panduan yang ditetapkan oleh kes-kes yang mengikat (Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors, supra). [68] Dalam kes sekarang, setelah membuat dapatan bahawa prinsip res judicata terpakai, Hakim yang bijaksana menyatakan dalam alasan penghakimannya bahawa beliau tidak lagi perlu melihat merit tuntutan KPKSB (lihat perenggan 45). Namun begitu, beliau masih membuat penilaian tetapi secara sambil lalu dari segi merit (lihat perenggan 47) dan memutuskan bahawa KPKSB gagal dalam tuntutannya. Dapatan beliau dibuat berasaskan dapatan Hakim yang bijaksana dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16 (lihat perenggan 48 dan 49) dan disebut di perenggan 50 yang berikut: ““[50] …… Mahkamah turut mendapati bukti-bukti yang telah dikemukakan di dalam kes-kes terdahulu tersebut digunakan semula di dalam perbicaraan ini, cuma di dalam perbicaraan kali ini Plaintif (dahulunya Defendan) telah mengemukakan bukti-bukti baru seperti “Delivery Order” (DO), invois dan dokumen-dokumen lain yang tidak dikemukakan di perbicaraan 2 tindakan terdahulu. Mahkamah tertanya kenapa dokumen-dokumen ini tidak dikemukakan semasa perbicaraan 2 kes terdahulu. Adakah ianya “recent invention” dan dicipta selepas perbicaraan terdahulu selesai dan sebelum tindakan ini difailkan? Apapun Mahkamah memutuskan bahawa prinsip estoppel res judicata terpakai dan dokumen-dokumen ini tidak boleh digunakan semula di hadapan Mahkamah ini.” 36 [51] Sebagai kesimpulan, Makamah memutuskan bahawa Plaintif telah terhalang daripada membuat tuntutan ini di atas prinsip res judicata seperti mana alasan-alasan yang telah dinyatakan di atas. Jikapun kes ini dilihat dari aspek meritnya, Mahkamah mendapati bahawa di atas imbangan kebarangkalian Plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya kerana keterangan-keterangan adalah tidak kukuh (kebanyakan secara lisan). Sebagai contoh Mahkamah merujuk kepada tuntutan Plaintif kononnya AS Timber ada membeli kayu balak daripada Plaintif dan berhutang seperti didakwa. SP2 iaitu saksi utama Plaintif dalam keterangannya mendakwa bahawa AS Timber telah membeli balak KPK berjumlah RM10 juta lebih dan tiada perjanjian ditandatangani untuk perkara tersebut. Untuk menyokong keterangan penjualan balak RM10 juta lebih ini, SP2 telah merujuk kepada penyata akaun yang disediakan oleh SP6 dan dokumen-dokumen Delivery Order yang disediakan oleh kerani-kerani Betau seperti SP7, SP8 dan SP9 serta invois-invois yang ditandatangani oleh SP3 dan SP4. Namun apabila disoal balas saksi-saksi Plaintif, didapati SP3 dan SP4 hanyalah terlibat di dalam menandatangani invois sahaja dan tidak terlibat di dalam penjualan balak. Yang tahu kononnya ada penjualan balak hanya SP2 seorang sahaja. Manakala kerani Betau yang menyediakan Delivery Order yang terdiri daripada SP7, SP8 dan SP9 menyatakan mereka tidak terlibat dengan penjualan balak. Bahkan SP8 akui semasa soal balas bahawa AS Timber tidak membeli balak. [69] Kes sekarang menyaksikan pengemukaan dokumen yang banyak, antaranya -
a
(a) ekshibit P5 ialah penyata belian balak PKPSB oleh AS Timber yang dikenali sebagai Akaun No. 3501/A18SP2 ; 37
b
(b) ekshibit P6 ialah penyata akaun upah membalak AS Timber yang dikenali sebagai Akaun No.4205/A01;
c
(c) ekshibit P7 ialah penyata akaun deposit AS Timber yang dikenali sebagai Akaun No. 4300/A 19;
d
(d) sewa loader daripada AS Timber kepada KPKSB, kontrak invois ekshibit P8, P9, P10, P11,P12,P13, P14, P15, P16, P55, P56;
e
(e) penyata upah penyelenggaran jalan sekunder yang kena dibayar oleh plaintif kepada AS Timber – ekshibit P17 dan P18. Dokumen-dokumen ini disediakan oleh SP6;
f
(f) ekshibit 19 ialah bayaran pendahuluan bagi K 117;
g
(g) ekshibit P20 ialah bayaran pendahuluan bagi K 120;
h
(h) ekshibit P 21 ialah baucar bagi bayaran pendahuluan;
i
(i) invois KPKSB mengandungi bil-bil kenyataan hantaran balak (delivery note) ialah ekshibit P22, P23, P24 dan P25, P26,P27,P28,P29,P30,P31,P32,P34,P35,P36,P37,P38,P39, P40,P41,P42,P43,P44,P45,P46,P47,P48,P49,P50,P51, P52, P53, P54; P55 dan P 56;
j
(j) ekshibit P 58, P 60 dan P 62 ialah baucar bayaran kepada AS Timber;
k
(k) ekshibit P59, P61, P63,P64,P65 P66, P67,P68, P69,P70, P71,P72,P73,P74,P75,P76,P77, P78, P79, P80, P81, P82, P83, P84, P 85,P86,P87,P88, P89, P110 ialah jurnal baucar. Journal baucar menunjukkan penyata pengeluaran balak 38 dan upah membalak dan menunjukkan kontra antara upah membalak dengan jualan balak yang dibeli oleh AS Timber daripada KPKSB;
k
(k) ekshibit P90, P91 dan P92 ialah resit bayaran bagi bayaran jualan balak yang diterima daripada AS Timber;
l
(l) ekshibit P93, P3A dan P93B, P94, P94A dan P4B, P95, P95A dan P95B ialah penyata akaun bank KPKSB, notis pulangan cek dan salinan slip bank;
m
(m) ekshibit P 96 dan P 96A ialah cek Berjaya Timber;
n
(n) ekshibit P97 ialah nota kredit kepada AS Timber;
o
(o) ekshibit P 98 ialah lesen membalak bagi K 95;
p
(p) ekshibit P 99 ialah esen membalak bagi K 98;
q
(q) ekshibit P100 ialah lesen membalak bagi K99;
r
(r) ekshibit P101 ialah lesen membalak bagi K117 –P101;
s
(s) ekshibit P102 ialah lesen membalak bagi K 120;
t
(t) ekshibit P103 ialah notis tuntutan bertarikh 7.1.2015;
u
(u) ekshibit D106 ialah surat daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK). [70] Hakim yang bijaksana menyebut tentang adanya penyata akaun dan delivery note. Hakim yang bijaksana walau bagaimana pun tidak membuat penilaian nilai probatif dokumen-dokumen tersebut berkaitan dengan tuntutan penjualan balak oleh KPKSB. 39 [71] Keterangan menunjukkan terdapat 3 penyata akaun AS Timber yang disenggarakan oleh KPKSB, iaitu penyata akaun belian balak KPKSB oleh AS Timber yang dikenali sebagai Akaun No. 3501/A18 (ekshibit P5) bertarikh 31.12.2009, penyata akaun upah membalak yang dikenali sebagai Akaun No. 4205/A01 (ekshibit P6) dan penyata akaun deposit AS Timber yang dikenali sebagai Akaun No. 4300/A19 (ekshibit P7). Kayu balak yang dikeluarkan dikira mengikut formula tertentu. Namun begitu, menurut SP2, terdapat potongan 5 % bagi setiap tuntutan bayaran yang dibuat oleh AS Timber bagi setiap tan ( lihat contract invoice AS Timber di ekshibit P2, P3 dan P4). TCS dan TKY bersetuju bahawa memang terdapat potongan 5% bagi jumlah tan kayu balak yang ditebang. [72] Keterangan juga menunjukkan AS Timber mula menjalankan kerja-kerja pengeluaran kayu balak pada awal tahun 2009 dan bermula di K 117 dan K120. Terdapat permintaan bayaran pendahuluan oleh AS Timber melalui surat bertarikh 18.2.2009 sebanyak RM200,000.00, RM100,000.00 bagi setiap K117 dan 120. KPKSB membuat pembayaran sebanyak RM50,000.00 bagi setiap satu Kompartmen (ekshibit P19 dan P20). AS Timber membuat permohonan pendahuluan selanjutnya sebanyak RM300,000.00 melalui surat bertarikh 20.4.2009. KPKSB meluluskan sebanyak RM200,000.00 (eskhibit P21). [73] Ekshibit P5, P6 Dan P7 disediakan oleh SP6. [74] SP6 ialah kerani akaun KPKSB yang ditugaskan meneliti dokumen sokongan tuntutan dan bayaran. SP6 mengetahui bahawa AS 40 Timber menjadi kontraktor KPKSB berdasarkan upah membalak yang disediakannya. SP6 juga mengetahui bahawa AS Timber merupakan pembeli balak KPKSB berdasarkan invois yang diberikan kepadanya. Beliau juga mempunyai pengetahuan bahawa pembelian balak oleh AS Timber dibuat secara kontra upah membalak dan juga melalui bayaran melalui cek dan online. Kaedah pembayaran ini disokong oleh keterangan SP2. [75] SP2 menyatakan beliau telah menyerahkan ekshibit P5, P6 dan P7 secara ke diri kepada TKY. TKY tidak membawa apa-apa keterangan untuk menyangkal keterangan SP2. Ini menjadikan keterangan SP2 tidak dipatahkan. TCS bagaimanapun bertegas bahawa penyata akaun tidak diserahkan kepada AS Timber. [76] Berkenaan dengan pembelian kayu balak oleh AS Timber, SP2 menyatakan bahawa AS Timber mula membeli kayu balak daripada KPKSB pada bulan 29.7. 2009 hingga 30.12.2010 bagi tujuan kontra dengan upah membalak. Pembelian dan penjualan dibuat di Betau. Penyerahan kayu balak yang dijual dibuat kepada pemandu AS Timber bersama dengan kenyataan hantaran balak (delivery note). [77] Delivery note disediakan oleh SP7,SP8 dan SP9. [78] SP7 bekerja sebagai kerani dengan KPKSB untuk menerima kayu, merekodkan penerimaan kayu dan menyediakan delivery note sama ada kepada pembeli atau ke kilang KPKSB. SP7 memberi keterangan bahawa AS Timber membeli kayu balak daripada KPKSB. 41 Beliau menyediakan sebahagian daripada delivery order bagi kayu balak yang dijual oleh KPKSB kepada AS Timber. Beliau juga yang menyediakan rekod-rekod pengeluaran balak di Betau. [79] SP8 bekerja dengan KPKSB sebagai penyelia Betau. Tugas beliau adalah untuk menyelia dan merancang kerja-kerja di Betau. Beliau mengesahkan bahawa AS Timber membeli balak daripada KPKSB. Beliau juga menyediakan sebahagian daripada delivery order bagi kayu balak yang dijual oleh KPKSB kepada AS Timber. [80] SP9 bertugas dengan KPKSB sebagai kerani Betau. Tugas beliau sama dengan tugas SP7. Beliau turut mengesahkan mengenai pembelian kayu balak KPKSB oleh AS Timber. Beliau juga menyediakan sebahagian daripada delivery order bagi kayu balak yang dijual oleh KPKSB kepada AS Timber. [81] Dalam delivery note, disebut antara lain potongan bagi setiap batang balak sebanyak 8%. Ini merupakan potongan standard bagi setiap batang balak. Penentuan harga bagi setiap batang balak ditentukan berdasarkan harga semasa batang balak atau secara persetujuan bersama. Invois akan dikeluarkan oleh KPKSB sebulan sekali kepada AS Timber setelah tamatnya bulan di mana penjualan berlaku atau pada akhir bulan. Invois di ekshibit P22, P23, P24, P25, P26, P27, P28, P30, P30, P31, P32, P33, P34, P35, P36, P37, P38, P39, P40, P41, P42, P43, P44, P45, P46, P47, P48, P49, P50 , P51, P52, P53, P54, P55 dan P56 diserahkan ke diri kepada TKY pada masa KPKSB dan AS Timber mengadakan perbincangan mengenai jumlah tuntutan kerja- 42 kerja membalak yang dilakukan oleh AS Timber. SP2 menyatakan invois yang diserahkan tidak pernah dibantah oleh AS Timber. TKY tidak membawa apa-apa keterangan untuk menyangkal keterangan SP2. Ini sepatutnya menjadikan keterangan SP2 tidak dipatahkan. TCS bagaimanapun bertegas bahawa delivery note tidak diserahkan kepada AS Timber. [82] Penyata-penyata akaun dan delivery note ialah keterangan dokumentari mengenai penjualan kayu balak kepada AS Timber. Setakat ini, keterangan saksi-saksi dan keterangan dokumentari kontemporari menunjukkan terdapat pembelian kayu balak KPKSB oleh AS Timber. [83] Hakim yang bijaksana, walaupun menerima hakikat bahawa P6 menyediakan penyata akaun, delivery note disediakan oleh SP7, SP8 dan SP9 serta invois-invois yang ditandatangani oleh SP3 dan SP4 (lihat penghakiman di perenggan 50), tetapi telah tidak meneliti akaun-akaun tersebut. Persoalan bahawa dokumen-dokumen seperti delivery order dan invois-invois berkemungkinan suatu “recent invention” dan dicipta selepas perbicaraan terdahulu selesai dan sebelum tindakan ini difailkan, adalah tidak berasakan keterangan. Beliau tidak mengambil kira keterangan SP6 yang menyatakan bahawa dokumen-dokumen yang dikemukakan di Mahkamah termasuk penyata-penyata akaun di ekshibit P5, P6 dan P7 bukan dokumen-dokumen yang baru dibuat kerana dokumen-dokumen yang dikemukakan ialah dokumen-dokumen asal. 43 [84] Apabila sesuatu dokumen telah ditandakan sebagai ekshibit, sebagaimana dalam kes sekarang, Mahkamah yang menimbang teliti fakta tersebut boleh memberikan nilai probatif yang rendah kepada ekshibit tersebut tetapi Mahkamah tidak boleh mengetepikannya tanpa membuat apa-apa penilaian mengenainya (YB Dato’ Hj Husam Hj Musa v Mohd Faisal Rohban Ahmad [2015]1 CLJ 787). Kami berpandangan Hakim yang bijaksana ternyata salah apabila langsung tidak membuat penilaian probatif dokumen-dokumen yang telah diterima masuk sebagai ekshibit. Kami akan memperkatakan perkara ini dengan lebih lanjut. [85] Keterangan SP2 dan keterangan TCS yang menyatakan bahawa delivery note tidak diserahkan kepada AS Timber dan fakta bahawa tidak ada surat daripada AS Timber mengemukakan bantahan terhadap ketepatan delivery note tersebut, kesemuanya juga memerlukan penilaian dan pertimbangan. Hakim yang bijkasana tidak berbuat demikian. [86] Pada pandangan kami KPKSB telah berjaya menunjukkan bagaimana tuntutannya sebanyak RM3,200,159.23 menjadi kena dibayar oleh AS Timber. [87] Kadar upah dalam tuntutan balas LH pada asalnya adalah sebanyak RM7,465,356.50. Amaun ini telah dipinda kepada RM5,539,800.00. Tuntutan baki upah yang dituntut adalah RM 5,239,800.00. Walau bagaimanapun, berasaskan surat JPNK bertarikh 44
28
28.9.2015 (ekshibit D106), tuntutan balas LH adalah sebanyak RM5,312,104.10 bagi pembayaran upah kerja-kerja pengeluaran balak mengikut pengiraan kuantiti balak yang dikeluarkan -
a
(a) K 95: 981.73 meterpadu (542.39 tan);
b
(b) K 98: 8,653.61 meterpadu(4,781 tan);
c
(c) K 99: 1, 960.94 meterpadu (1,083.39 tan);
d
(d) K 117: 9,663.97 meterpadu (5,339.21 tan;
e
(e) 120: 7,388.43 meterpadu (4,082 tan ). [88] Pengiraan jumlah upah, berdasarkan surat daripada JPNK, yang perlu dibayar kepada AS Timber adalah –
a
(a) bagi K95, K 98 dan K 99 sejumlah 11,596.28 meter padu atau 6,406.78 tan x RM350.00 satu tan = RM2,242, 373.00;
b
(b) bagi K117 sebanyak 9,663.97 meter padu atau 5,339.21 tan x RM315 = RM1,681,851.10;
c
(c) bagi K120 sebanyak 7,388.43 meter padu atau 4,082 tan x RM340 = RM1,387,880.00; Jumlah keseluruhan = RM5,312,104.10. [89] Amaun yang dituntut bagaimanapun menjadi RM5,012,104.10 selepas LH mengambil kira RM300,000.00 wang pendahuluan (ekshibit P59, P60 dan P61) (lihat perenggan 4 jawapan kepada pindaan 45 pembelaan). Adakah tuntutan upah LH sebanyak RM7,465,356.50 atau RM5,312,104.10 –RM300,000.00? [90] Walaupun pindaan telah dibuat kepada amaun tuntutan asal, kami mendapati daripada pemeriksaan balas SP2, peguam cara responden-responden telah mengemukakan cadangan yang bukan diasaskan kepada amaun pindaan bagi upah. Beliau telah mencadangkan bahawa jumlah transaksi pembelian kayu oleh AS Timber ialah RM10,591,799.88. Amaun ini dipersetujui oleh SP2. [91] Selanjutnya, pertanyaan peguam cara responden-responden yang bijaksana menunjukkan yang berikut: S 95: Setuju tak bahawa tuntutan kamu RM3,200,159.23 ialah total debit di tolak (-) total kredit, contoh: Total debit muka surat 976 RM7,232,158.79 tolak (-) total kredit RM3,657,023.48 = RM3,575,135.31 dan total debit di muka surat 979 RM3,359,641.09 di tolak (-) total kredit RM3,734,617.17 = (RM374,976.08) maka RM3,575,135.31 tolak (-) RM374,976.08 =RM3,200,159.23? J 95: Setuju. S96: dengan kata lain total transaksi jualan kayu sebanyak RM RM10,591,799.88 ditolak bayaran didakwa diterima sebanyak RM7,391,640.65 –RM3,200,159.23? J 96: Setuju. 46 [92] Daripada keterangan SP2 semasa pemeriksaan balas, pihak-pihak kelihatan bersetuju bahawa jumlah upah yang kena dibayar kepada AS Timber adalah sebanyak RM 7,202,770.91. Hakim yang bijaksana juga menerima bahawa “Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa dengan pengakuan Plaintif sendiri bahawa upah membalak kepada Defendan adalah RM7 juta..” (lihat perenggan 57). [93] Peguam cara responden-responden juga telah mengemukakan kepada SP2 persoalan yang berikut. Sekiranya RM10,591,799.88 ditolak dengan RM7,202,770.91, maka amaun baki adalah sebanyak RM3,389,028.89. RM3,389,028.89 - RM3,200,159.23 meninggalkan perbezaan sebanyak RM188,871.74. Kelihatan secara konsisten pihak-pihak bersetuju bahawa tuntutan upah adalah sebanyak RM7,202,770.91 dan bukannya RM5,312,104.10. Penentuan amaun tuntutan upah adalah penting kerana amaun ini menjadi asas pengiraan tuntutan KPKSB sebanyak RM3,200,159.23. [94] Semasa pemeriksaan semula, SP2 membuat penjelasan yang berikut mengenai pengiraan RM3,200,159.23 dan mengapa tidak sepatutnya ada perbezaan RM188,871.74. “S 20: Soalan 213 hingga 216 semasa pemeriksaan balas, En Nik tak setuju bahawa total belian RM10,591,799.88 perlu ditolak dengan total debit RM7,202,770.91 jika ianya diset off. Kenapa En. Nik tak setuju? 47 J 20: Perlu ditolak melalui 3 transaksi sebagaimana tertera di Ikatan G1 muka surat 978. 2 keping cek dan satu online masing-masing bernilai RM500,000 dan juga perlu ditolak kredit note sebanyak RM69,231.25 di muka surat 976, Ikatan G1. Baki selepas ditolak jumlah di atas adalah merupakan jumlah yang terhutang oleh AS Timber kepada KPK. Jumlah yang terhutang adalah RM9,022,568.63. Manakala upah keseluruhan iaiatu RM7,202,770.91 perlu ditolak bayaran-bayaran yang telah dibuat oleh KPK kepada AS Timber iaitu pendahuluan RM50,000 dua kali dan satu kali lagi RM100,000. 3 bayaran melalui baucar bayaran. Ini tertera di muka surat 980., Ikatan G1. Jumlah upah yang perlu dibayar kepada AS Timber selepas ditolak bayaran di atas adalah RM5,822,409.40, Oleh yang demikian inilah jumlah yang dikontrakan dengan hutang Timber. RM9,022,568.63 - RM5,822,409.40 = RM3,200,159.23 (hutang yang dituntut). [95] Pengiraan ini disokong dengan keterangan SP6. Resit-resit bagi pembayaran RM500,000.00 ialah ekshibit P 90, P91 dan P92. Selain RM300,000.00 wang pendahuluan (TCS mengakui menerima RM300,000.00 bayaran pendahuluan daripada KPKSB), terdapat 3 pembayaran lain oleh KPKSB kepada AS Timber yang mesti diambil kira dalam pengiraan upah AS Timber, iaitu baucar bayaran eksihibit P58, P60, P62 masing-masing bagi amaun sebanyak RM140,990.21 RM 48 9,340.68 dan RM840,030.62. Ekshibit P 58, P 62 dan P 60 disediakan oleh SP6. [96] TCS bagaimanapun, menafikan menerima bayaran sebanyak RM140,990.21, RM9,340.68 dan RM840,030.62. Beliau menyatakan bukan tandatangan beliau pada dokumen-dokumen tersebut. Perlu juga diulangi bahawa TCS juga menafikan menerima penyata-penyata akaun dan delivery note. [97] Hakim yang bijaksana pada pandangan kami telah tidak mengambil pendekatan yang ditetapkan oleh kes-kes yang diputuskan jika terdapat pertikaian tentang keterangan saksi-saksi. Undang-undang menyatakan bahawa jika terdapat pertikaian sedemikian, mahkamah hendaklah bergantung pada keterangan dokumentari yang tidak dipertikaikan yang berkecuali sifatnya. Keputusan dalam kes Mahkamah Rayuan Guan Teik Sdn Bhd v Haji Mohd Noor Bin Haji Yaakob & Ors [2000] 4 MLJ 433 di muka surat 439 juga memberi panduan yang mantap - “In cases where conflicting evidence are presented before a court, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also encumbent upon the court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact. In this instance the learned trial judge discredited the evidence of the appellant, accepted the evidence of the respondents wholeheartedly and disregarded the contemporaneous documents totally. We say that he had erred as he had failed to direct his mind as to the probative effect of the 49 contemporaneous documents. He should, after accepting the respondents’ evidence, weighed it against the contemporaneous documents and evaluate whether such documents support the respondents’ oral testimony. We say that this evaluation exercise is most crucial for it must be remembered that the respondents were testifying to events that happened eighteen years ago whilst the contemporaneous documents speak of matters then existing at the time such documents were issued.”. (Lihat juga kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229, where Chang Min Tat FJ said (at p 234): …Eastern & Oriental Hotel
Subsection
(1951) Sdn Bhd v Ellarious George Fernandez & Anor [1989] 1 MLJ 35 dan Len Min Kong v United Malayan Banking Corp Bhd [1998] 2 MLJ 478. [98] Pemalsuan tandatangan adalah suatu perkara yang serius. Tidak ada laporan polis yang dibuat mengenai pemalsuan tandatangannya (lihat Kulai Edible Oils Refinery Sdn Bhd & Anor v Lim Tian Huat & Ors [2011] 8 MLJ 331). Beban membukti berlakunya pemalsuan tandatangan TCS adalah atas responden-responden (lihat Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 MLJ 1). Selain keterangan lisannya, tiada keterangan lain yang dikemukakan oleh TCS untuk menyokong dakwaan pemalsuan tandatangannya. [99] Dalam kes sekarang, Hakim yang bijaksana telah menolak keseluruhan keterangan saksi-saksi KPKSB sebagai tidak menyakinkan, bercanggah, mempunyai lompangan (lihat perenggan 54) tanpa membuat penilaian keterangan saksi –saksi, tanpa membuat penilaian probatif dokumentari kontemporari yang dikemukakan dan tanpa memberikan 50 alasan mengapa beliau berpandangan keterangan saksi-saksi KPKSB sedemikian. Jika sekalipun beliau menerima keterangan responden-responden, beliau masih berkewajipan mengambil kira dokumen kontemporari dan membuat penilaian sama ada dokumen-dokumen tersebut menyokong keterangan responden-responden. Dalam apa jua keadaan, kami perhatikan bahawa Hakim yang bijaksana juga tidak membuat penilaian terhadap keterangan responden-responden. [100] Pada pandangan kami, memandangkan TKY tidak menafikan menerima penyata-penyata akaun dan delivery note selain tidak ada surat daripada AS Timber mengemukakan bantahan terhadap ketepatan penyata-penyata akaun dan delivery note tersebut, maka Hakim yang bijaksana sepatutnya menerima keterangan SP2 kerana keterangan dokumentari kontemporari yang dikemukakan adalah konsisten dengan dan menyokong tuntutan KPKSB. Dapatan Hakim yang bijaksana menolak tuntutan KPKSB mestilah diketepikan. [101] Hakim yang bijaksana telah mempersoalkan tentang penyenggaraan sepatutnya penyata-penyata akaun dan bersetuju dengan dapatan Hakim yang bijaksana dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16 bahawa cara pentadbiran KPKSB adalah tidak teratur khususnya pentadbiran kewangannya yang tidak mempunyai SOP atau protocol (perenggan 50 alasan penghakiman). Hakim yang bijaksana telah merujuk kepada petikan penghakiman Hakim yang bijaksana dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16 (perenggan 49 alasan penghakiman) yang menyatakan, antara lain, “Dalam kes ini, tiada rekod-rekod akaun dikemukakan hanya yang dibuat ‘ringkasan akaun’ untuk tujuan 51 perbicaraan kes ini tanpa disokong oleh tarikh disediakan dan diserahkan mengikut transaksi-transaksi semasa. Ringkasan akaun yang disediakan itu tidak pernah dihantar kepada Defendan (sic) dan tidak bukti sokongan dengan setiap lejer yang disediakan…”. [102] Kami berpandangan persoalan Hakim yang bijaksana adalah tidak berasaskan keterangan kerana beliau semata-mata bergantung pada dapatan dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16 dan tidak meneliti sendiri ekshibit P5,P6 dan P7 dan keterangan SP6. Dalam apa jua keadaan, beliau tersalah arah dalam isu penyenggaraan penyata-penyata akaun di sisi undang-undang. [103] Penyata akaun merupakan data kemasukan ke dalam buku akaun. Menurut seksyen 34 Akta Keterangan 1950, penyata-penyata akaun tersebut adalah relevan untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah. Seksyen 34 memperuntukkan –
34
“Entries in books of account when relevant Entries in books of accounts regularly kept in the course of business are relevant whenever they refer to a matter into which the court has to inquire, but the entries shall not alone be sufficient evidence to charge any person with liability.” [104] Undang-undang menyatakan bahawa penyata akaun tidak semestinya dalam suatu bentuk atau format yang tertentu. Juga tidak perlu kemasukan (entry) dikemaskinikan pada masa transaksi berlaku. 52 Mahkamah Persekutuan dalam kes Sim Siok Eng & Anor v Poh Hua Transport And Contractor Sdn Bhd [1980] 2 MLJ 72 menyatakan – “ The law does not prescribe any special type or form of books of account to be kept by a businessman, nor does it specify any syatem by which these books are kept. Of course it is far more satisfactory if books are kept in a generally recognised form or system showing debts and credits entries between the parties, thus indicating on the face of the account the liability of the parties against whom the account is tendered. A book of account kept by an illiterate tradesman is just as admissible as that kept by a highly educated merchant banker. All that is necessary to show to the court is that the book must be one that is “regulary kept in the course of business”. This expression implies some sort of system which followed in the making of entries in the book in question, although such system need not be elaborate (Kesheo Rao v Ganesh). Where there is a system, the fact that entries in the books are not entered hour by hour or day by day as transactions took place does not mean that the book is not “ a book of account regularly kept in business (Deputy Commissioner Barabanki v Munshi Ram Parshad). [105] SP6 mengesahkan dalam pemeriksaan balas bahawa transaksi yang dibuat adalah sebagaimana tarikh yang tercatat pada dokumen-dokumen tersebut dan bukan baru dibuat bagi maksud perbicaraan ini. Pelarasan akaun dibuat selepas Mahkamah menolak pembelaan set off KPKSB dalam kes NCVC 15 dan NCVC 16. Dalam hal keadaan yang wujud, Hakim yang bijaksana sepatutnya menerima 53 penyata –penyata akaun tersebut, khususnya apabila AS Timber tidak pernah mengemukakan bantahan mengenainya. [106] Kami juga berpandangan bahawa tidak ada merit dalam pembelaan TCS dan TKY bahawa mereka tidak bertanggungan bagi hutang yang dituntut oleh KPKSB kerana pada masa tuntutan dibawa, mereka telah menarik diri daripada AS Timber. [107] Menurut kuasa seksyen 11 dan subseksyen 19 (2) Akta Perkongsian 1961 (Akta 135) TCS dan TKY tidak terlepas daripada dipertanggungjawabkan ke atas hutang AS Timber yang terakru semasa mereka menjadi pekongsi dalam AS Timber. Seksyen 11 dan subseksyen 19 (2) Akta 135 memperuntukkan – “ Liability of partners
11
Every partner in a firm is liable jointly with the other partners for all debts and obligations of the firm incurred while he is a partner; and after his death his estate is also severally liable in a due course of administration for such debts and obligations, so far as they remain unsatisfied but subject to the prior payment of his separate debts.”
19
Liability of incoming and outfoing partners
Subsection
(1) ….
Subsection
(2) A partner who retires from a firm does not thereby cease to be liable for partnership debts or obligations incurred before his retirement.” 54
Subsection
(3) A retiring partner may be discharged from any existing liabilities by an agreement to that effect between himself and the members of the firm as newly constituted and the creditors, and this agreement may be either express or inferred as a fact from the course of dealing between the creditors and the firm as newly constituted.” [108] TCS dan TKY juga tidak boleh menggunakan subseksyen 19
Subsection
(3) untuk dilepaskan daripada dipertanggungjawabkan. Tiada keterangan yang dibawa untuk menunjukkan terdapat perjanjian yang dimaksudkan dalam subseksyen 19 (3). [109] Tidak ada pertikaian bahawa hutang AS Timber yang dituntut oleh KPKSB adalah bagi tahun 2009 dan 2010. Walaupun TKY dan TCS telah meninggalkan AS Timber masing-masing pada 25.11.2009 dan 26.11.2009, keterangan menunjukkan TCS bekerja dengan AS Timber sehingga tahun 2012 manakala TKY sehingga tahun 2010. [110] Apabila TCS dan TKY, walaupun telah menarik diri daripada AS Timber, masih berurus niaga dengan KPKSB dan KPKSB tidak dimaklumkan tentang penarikan diri mereka, maka menurut seksyen 38 Akta 135, KPKSB berhak menganggap TCS dan TKY masih menjadi anggota AS Timber sehingga KPKSB menerima notis tentang perubahan keanggotaan AS Timber. Berkenaan dengan orang yang mempunyai habitual dealings dengan perkongsian, undang-undang menghendaki mereka mestilah dimaklumkan tentang persaraan atau penarikan diri seseorang pekongsi dan notis sahaja adalah tidak memadai. Proposisi undang-undang ini dikupas oleh Mahkamah 55 Persekutuan dalam kes Tan Sin Moh v Lebel Ltd [1988] 2 MLJ 51 di muka surat 52 - “ It was also apparent from the the judge’s note that the case of Kam Hoy Trading v Hup Aik Tin Mining Company was considered, a decision which was affirmed by the Federal Court in Hup Aik Tin Mining Company v Kam Hoy Trading which was cited before us by counsel for respondent as authority for the proposition that a person who has habitual dealings with a partnership is entitled to be specifically notified of the withdrawal of the partners, a mere notice to the Registrar of Businesses being insufficient. …….. The respondent was , on the evidence available, a person who had habitual dealings with the partnership and was therefore to be specifically notified of the withdrawal of the appellant, something which the latter had omitted to do. (See Hup Aik Tin Mining Company v Kam Hoy Trading ). The respondent creditor was therefore entitled under section 6 of the Registration of Businesses Act 1956 to rely on the particulars recorded in the register kept in the Business Registry to ascertain whether the appellant remained a partner of the firm at the commencement of the suit.” [111] TKY mengesahkan bahawa tidak ada notis kepada KPKSB memaklumkan tentang penarikan dirinya. TCS pula terlibat secara langsung berurusan dengan KPKSB bagi pihak AS Timber. Pembelaan TCS dan TKY mestilah ditolak. 56 [112] Bagi alasan-alasan yang disebut, kami berpandangan KPKSB telah membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian. [113] Kami juga berpandangan LH telah gagal membuktikan tuntutan balasnya atas imbangan kebarangkalian. Kami berpandangan Hakim yang bijaksana telah membenarkan tuntutan balas tanpa mengambil kira hakikat bahawa surat daripada JPK sahaja tidak memadai untuk menunjukkan bahawa LH berhak kepada tuntutan balasnya. Surat tersebut hanya menunjukkan amaun kayu balak yang dikeluarkan. Hakim yang bijaksana telah gagal mengambil kira keterangan yang menunjukkan bahawa kuantiti yang disebut dalam surat JPK adalah tertakluk kepada faktor pertimbangan yang lain, iaitu pembayaran upah telah dikontrakan dengan pembelian kayu balak oleh AS Timber, bayaran-bayaran yang telah diberikan kepada AS Timber yang mesti diambil kira tetapi tidak diambil kira sebagaimana yang telah disebut terdahulu dan pembayaran upah yang tertakluk kepada potongan 5% daripada muatan keseluruhan kayu balak yang dikeluarkan dari Kompartmen-Kompartmen KPKSB. [114] Keterangan LH tidak membantu tuntutan balasnya. LH yang membuat tuntutan balas tidak tahu menahu tentang hutang KPKSB yang dituntutnya. Semua urusan dijalankan oleh TCS. TCS yang memberitahunya tentang hutang KPKSB sebanyak RM7 juta dengan AS Timber bagi upah kayu. TCS berjanji untuk mendapatkan hutang KPKSB bagi pihaknya. Namun begitu, apabila TCS gagal mendapatkannya, kira-kira pertengahan tahun 2012, TCS mengarahkan LH berurusan sendiri 57 dengan KPKSB. Memandangkan beliau tidak mengenali KPKSB, beliau memutuskan untuk balik ke kampongnya di Kluang, Johor dan tidak lagi berniaga di Kelantan. Pada tahun 2015, beliau disaman oleh KPKSB sedangkan mengikut maklumat yang ada padanya, KPKSB yang berhutang dengannya. [115] Selain surat daripada JPK, LH tidak mengemukakkan apa-apa dokumen lain bagi membuktikan tuntutan balasnya. Tidak ada tuntutan yang dibuat kepada KPKSB atau tindakan dibawa terhadap KPKSB bagi hutang yang didakwa sedangkan pada masa yang material, TCS diberikan tanggungjawab khusus untuk mendapatkan bayaran tersebut. [116] Keterangan TKY juga tidak membantu tuntutan LH. TKY menyatakan beliau tidak tahu sama ada upah telah dibayar kepada AS Timber kerana TCS yang menguruskannya. [117] Tuntutan balas LH bergantung sepenuhnya pada keterangan TCS. Kami telah menyentuh tentang keterangan TCS dan pada keseluruhannya, keterangan beliau juga tidak mebantu tuntutan LH. Kami berpandangan Hakim yang bijaksana tidak akan membenarkan tuntutan balasan LH sekiranya beliau telah mengambil kira pembayaran-pembayaran yang telah dibuat oleh KPKSB dan dokumen-dokumen yang menyokong pembayaran tersebut. [118] Hakim yang bijaksana telah mendapat kelebihan mendengar dan melihat saksi-saksi memberikan keterangan. Namun begitu, telah berlaku kesilapan yang ketara dalam dapatan beliau kerana beliau telah 58 tersalah arah dalam pelbagai perkara. Campur tangan Mahkamah ini adalah perlu untuk mengelakkan berlakunya suatu ketidakadilan dan kesilapan tersebut perlulah diperbetulkan (Perembun (M) Sdn Bhd v Conlay Construction Sdn Bhd, supra). Kami dengan ini mengetepikan keputusan Hakim yang bijaksana. Rayuan KPKSB dibenarkan dengan kos sebanyak RM60,000.00 yang merangkumi kos rayuan ini dan di Mahkamah Tinggi, tertakluk kepada Alokatur. Deposit dikembalikan. Bertarikh 20 Ogos 2019 Signed by NOR BEE BINTI ARIFFIN Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya Peguam cara Perayu Haji Sulaiman Abdullah, Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan & Aznam Mohamed [Messrs. Adli Aznam & Akram] Peguam cara Responden Zainal Abidin Mustaffa & Mariani Abdullah [Messrs. Zainal & Mariani] 59
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.