Lampiran
Lampiran 1 masih belum diserahkan kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan di dalam Perintah Penggulungan tersebut. [4] Alasan-alasan pemohon semasa pendengaran ex parte adalah secara ringkasnya seperti berikut: - (a) Perintah Penggulungan tersebut telah diperoleh secara ingkar tanpa pengetahuan responden; (b) Perintah Penggulungan tersebut boleh menghentikan operasi responden sebagai pemaju perumahan dan ‘mall operator’ yang stabil yang mana akan memberikan kesan negatif yang tidak boleh dipampas; (c) responden merupakan sebuah syarikat yang solven; (d) Perintah Penggulungan tersebut akan memberi kesan kepada suatu Perjanjian Persetujuan dengan Sabah Development Bank (“Perjanjian Persetujuan”) yang sedang dipatuhi responden yang mana responden akan dikenakan penalti dan bayaran tambahan dalam anggaran RM90 juta jika responden gagal membayar dalam tempoh masa yang ditetapkan; (e) Perintah Penggulungan tersebut akan memberi kesan kepada lokus dan progress kes responden yang lain dalam Guaman JA-22NCVC-164-11/2020 yang mana responden sedang mempertahankan hartanah milik responden yang akan dilelong; dan (f) projek-projek perumahan yang sedang dimajukan oleh responden akan terjejas dan pembeli-pembeli yang tidak bersalah akan terkesan. [5] Setelah mendengar hujah-hujah peguam pemohon, Mahkamah ini telah menolak permohonan peguam pemohon untuk perintah penggantungan secara ad interim dan telah memerintahkan pemohon supaya menyerahkan semua kertas kausa berkaitan kepada semua pihak terlibat supaya permohonan ad interim pemohon didengar secara inter parte dan telah memberikan tarikh pengurusan kes seterusnya pada 13.11.2023. [6] Alasan Mahkamah ini di dalam menolak permohonan perintah penggantungan ad interim adalah kerana pemohon telah gagal menyerahkan Lampiran 1 kepada pihak-pihak yang terlibat dalam Perintah Penggulungan tersebut sebagai mana yang dikehendaki di bawah peraturan 7 dan peraturan 17 dalam Companies (Winding Up) Rules 1972. Perkara mengenai kewajipan serahan dibuat juga telah dinyatakan dengan jelas di dalam kes Ting Yuk Kiong v Mawar Biru Sdn Bhd & Anor [1995] 3 CLJ 136 seperti berikut: - “In exercising its discretion the Court has to consider certain factors and would act on certain principles which have been established by decided cases. In Re Warbler Pty Ltd [1982] 6 ACLR 526 the following principles are enumerated: (a) … (b) There must be service of notice of the application for a stay on all creditors and contributories and proof of this (Re South Barrule State Quarry Co. [1969] LR 8 Eq. 688, Re Bank of Queensland Ltd. [1870] 2 QS CR 113 referred to); …” [7] Seterusnya, pada 13.11.2023, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (“LHDN”) selaku pempetisyen dan pihak pelikuidasi dalam perkara Perintah Penggulungan tersebut telah hadir ke Mahkamah selepas diserahkan dengan kertas-kertas kausa berkaitan dan telah memohon diberikan satu tarikh singkat untuk menyatakan pendirian masing-masing bagi tujuan pendengaran perintah penggantungan ad interim secara inter parte. Pada masa yang sama, peguam pemohon juga memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihaknya telah mengemukakan cadangan penyelesaian kepada LHDN bagi perkara ini. Bagi tujuan itu, Mahkamah ini kemudiannya menetapkan tarikh 14.11.2023 untuk pihak-pihak hadir dan menyatakan pendirian masing-masing. [8] Pada 14.11.2023, peguam pemohon memaklumkan bahawa pihak LHDN telah menolak cadangan penyelesaian oleh pemohon dan pemohon sekali lagi memohon supaya satu perintah penggantungan ad interim diberikan sementara menunggu Lampiran 1 didengar dan dilupuskan secara penuh. Kali ini, alasan yang dihujahkan oleh peguam pemohon adalah lebih spesifik iaitu responden kini mengejar masa untuk membuat pembayaran progresif kepada Sabah Development Bank sebanyak RM90 juta pada atau sebelum 30.11.2013 yang mana jika gagal, responden akan dikenakan penalti dan bayaran tambahan lain yang akan menjadikan jumlah perlu dibayar meningkat kepada RM190 juta sebagai mana syarat yang ditetapkan di dalam Perjanjian Persetujuan di antara responden dan Sabah Development Bank. [9] Manakala pihak LHDN pula sebagai pendiriannya menyatakan bahawa memandangkan pihak pelikuidasi telah dilantik dalam Perintah Penggulungan tersebut maka pihaknya menyerahkan kepada pelikuidasi untuk meneruskan dengan apa-apa yang perlu bagi maksud pendengaran Lampiran 1 sama ada bagi tujuan ad interim atau interim. [10] Manakala bagi pihak pelikuidasi, peguam pelikuidasi memaklumkan bahawa pelikuidasi menentang permohonan penggantungan ad interim atau interim atas sebab alasan yang diberikan oleh pemohon iaitu untuk membayar Sabah Development Bank merupakan ‘preferential payment’ yang tidak boleh dibenarkan oleh Mahkamah kerana tidak melalui proses-proses likuidasi yang sepatutnya menurut undang-undang dan memprejudiskan kedudukan LHDN selaku pempetisyen dalam Perintah Penggulungan tersebut dan pemiutang-pemiutang responden yang lain. [11] Setelah mendengar pendirian kesemua pihak, Mahkamah ini telah menolak permohonan pemohon untuk perintah penggantungan ad interim dan seterusnya memerintah supaya Lampiran 1 didengar secara inter parte. Berikutan dengan tempoh akhir untuk responden membuat bayaran progresif kepada Sabah Development Bank pada 30.11.2023, Mahkamah dengan itu juga telah memberikan tarikh pendengaran Lampiran 1 pada 19.11.2023 dan telah mengarahkan untuk pihak-pihak memfailkan apa-apa afidavit yang perlu bagi tujuan pendengaran Lampiran 1 tersebut. [12] Pemohon kemudiannya telah memfailkan Afidavit Tambahan pada 16.11.2023 (Lampiran 10) bagi menyokong Lampiran 1. Pelikuidasi pula telah memfailkan Afidavit pelikuidasi yang diikrarkan oleh Dato’ Raveendra Kumar a/l Nathan pada 17.11.2023 (Lampiran 11) bagi menentang Lampiran 1. [13] Pada 19.11.2023, setelah meneliti Lampiran 1 secara keseluruhan termasuklah affidavit-afidavit yang difailkan oleh pihak pemohon dan pihak pelikuidasi, dan selepas meneliti hujah-hujah peguam pemohon dan peguam pelikuidasi yang bijaksana, Mahkamah ini telah menolak Lampiran 1 dengan kos. [14] Pemohon telah memfailkan Notis Rayuan pada 21.11.2023 untuk merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini yang tersebut. Maka, berikut merupakan alasan penghakiman bagi memperjelaskan kenapa Mahkamah ini mengambil keputusan yang sedemikian. Fakta-fakta kes [15] Sebagai mana yang dinyatakan sebelum ini, responden telah digulung pada 24.8.2023 atas permohonan LHDN selaku pempetisyen dalam Perintah Penggulungan tersebut. [16] Asas permohonan LHDN bagi Perintah Penggulungan tersebut bermula daripada kegagalan responden mematuhi Notis Tuntutan Statutori di bawah s. 466(1)(a) Akta Syarikat 2016 untuk responden membayar jumlah penghakiman muktamad sebanyak RM8,744,957.71 yang diperoleh oleh LHDN secara ingkar terhadap responden di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 23.2.2022 melalui Guaman Sivil No. JA-21NCvC-2-01/2022 (“Penghakiman Ingkar”). [17] Semasa pendengaran Lampiran 1, Mahkamah ini memerhatikan alasan utama yang menjadi sandaran pemohon supaya Perintah Pengulungan tersebut sama ada digantung di bawah s.492 atau ditamatkan di bawah s.493 Akta Syarikat 2016 adalah kononnya kerana Writ Saman dan Penyata Tuntutan Guaman Sivil No. JA- 21NCvC-2-01/2022 dan Petisyen Penggulungan No. JA-28NCC- 66-05/2023 telah tidak diserahkan secara sempurna kepada responden. Keputusan Lampiran 1 [18] S.492 dan s.493 Akta Syarikat 2016 iaitu peruntukan undang-undang di bawah mana Lampiran 1 diusulkan oleh pemohon ke Mahkamah ini memperuntukkan seperti berikut: - “Power of Court to stay winding up 492(1) At any time after an order for winding up has been made, the Court may, on the application of the liquidator or of any creditor or contributory and on proof to the satisfaction of the Court that all proceedings in relation to the winding up of the company ought to be stayed, make an order staying the winding up of the company for a specified time on such terms and conditions as the Court thinks fit. (2) Where the Court makes an order under subsection (1), the liquidator shall cease to conduct any further action on behalf of the company from the date of such order.” 493. “Power of Court to terminate winding up (1) At any time after an order for winding up has been made, the Court may, on the application of the liquidator or of any creditor or contributory and on proof to the satisfaction of the Court that all proceedings in relation to the winding up of the company ought to be terminated, make an order terminating the winding up of the company as the Court thinks fit. (2) In making an order under subsection (1), the Court may take into consideration, but not limited to, the following facts: (a) the satisfaction of the debts; (b) any agreement by the liquidators, creditors, contributories and other interested parties; or (c) other facts that the Court considers appropriate. (3) Where the Court makes an order under subsection (1), the company ceases to be in liquidation and the liquidator ceases to hold office and be released from all liability in respect of any act done or default made by the liquidator in the administration of the affairs of the company or otherwise in relation to his conduct as liquidator, with effect from the making of the order or such other date as may be specified in the order.” [19] Jika relif-relif yang diplidkan oleh pemohon dalam Lampiran 1 dibaca dengan teliti, pemohon seolah-olah mengajak Mahkamah ini untuk melupuskan Lampiran 1 melalui dua peringkat pendengaran iaitu: - (i) Peringkat pertama – pendengaran permohonan penggantungan di bawah s. 492 Akta Syarikat 2016 terhadap Perintah Penggulungan tersebut sementara menunggu pelupusan permohonan mengenepikan Penghakiman Ingkar yang akan difailkan oleh pemohon atau responden; dan (ii) Peringkat kedua – apabila memperoleh perintah untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar, pendengaran akan diteruskan bagi permohonan pemohon untuk mengenepikan atau menamatkan Perintah Penggulungan tersebut di bawah s. 493 Akta Syarikat 2016. [20] Namun demikian, alasan-alasan di dalam afidavit-afidavit pemohon (Lampiran 2 dan Lampiran 10) hanya menjurus kepada kepada permohonan pemohon untuk mendapatkan penggantungan di bawah s.492 Akta Syarikat 2016 sahaja. [21] Seterusnya, jika Mahkamah ini membenarkan penggantungan Perintah Penggulungan tersebut, kesannya akan menyebabkan pelikuidasi menjadi terhenti wujud untuk melaksanakan apa-apa tindakan bagi pihak responden dan responden akan boleh beroperasi seperti biasa secara sendiri. Kesan sedemikian jelas dinyatakan di bawah s.492(2) yang diperturunkan sekali lagi di bawah ini seperti berikut:- “(2) Where the Court makes an order under subsection (1), the liquidator shall cease to conduct any further action on behalf of the company from the date of such order.” [22] Manakala jika dirujuk pula kepada kesan penamatan Perintah Penggulungan sekiranya dibenarkan di bawah s. 493(1), maka responden akan terhenti wujud dalam likuidasi dan pelikuidasi juga akan terhenti wujud dan dilepaskan daripada tanggungjawabnya terhadap segala urusan responden. Sebagai kemudahan rujukan, s.493(3) diperturunkan sekali lagi di bawah bagi menunjukkan kesan penggantungan Perintah Penggulungan yang dikatakan: - “(3) Where the Court makes an order under subsection (1), the company ceases to be in liquidation and the liquidator ceases to hold office and be released from all liability in respect of any act done or default made by the liquidator in the administration of the affairs of the company or otherwise in relation to his conduct as liquidator, with effect from the making of the order or such other date as may be specified in the order.” [23] Berikutan kesan penggantungan dan penamatan yang signifikan kepada kedudukan responden dalam konteks liabilitinya terhadap pempetisyen dan pemiutang-pemiutangnya yang lain, maka Mahkamah ini perlu membuat keputusan sama ada mendengar Lampiran 1 secara sekaligus bagi permohonan di bawah s.492 dan s. 493 atau melalui berperingkat-peringkat sebagaimana yang dizahirkan melalui cara relif-relif diplidkan oleh pemohon dalam Lampiran 1. [24] Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat jika Lampiran 1 didengar secara berperingkat dan penggantungan Perintah Penggulungan diberikan terlebih dahulu, maka ia akan mewujudkan keadaan di mana pemohon selaku penyumbang mempunyai kebolehan untuk memintas kewajipan pemohon untuk mendapatkan kebenaran pelikuidasi terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar tersebut. [25] Kewajipan mendapatkan kebenaran pelikuidasi terlebih dahulu tersebut telah jelas dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes of Lai King Lung & Anor v. Merais Sdn Bhd [2020] 9 CLJ 449 iaitu seperti berikut:- “[20] Similarly, if a company is wound up by an order of court, the board of directors becomes functus officio. The management of the company is vested in the liquidator. Only the liquidator has the power under the 2016 Act to bring or defend any action or other legal proceedings in the name and on behalf of the company, A creditor or contributory cannot commence or continue with any action in the name of the wound-up company. Accordingly, if a creditor or contributory of the wound up company wishes to bring or proceed with an action, the creditor or contributory · must apply to the liquidator for his sanction to do so. In order to ensure that the defendant is not prejudiced in the event that the wound-up company's action is dismissed, the liquidators usually impose conditions (such as indemnities and guarantees) which must be satisfied by the creditor or contributory, as the case may be, before the sanction is given.” [26] Justeru, memandangkan pelikuidasi juga turut menyatakan pendiriannya untuk menentang Lampiran 1 antara lainnya atas alasan pemohon tidak memperoleh kebenaran pelikuidasi terlebih dahulu, maka Mahkamah ini memutuskan untuk mendengar permohonan pemohon di bawah s.492 dan s. 493 dalam Lampiran 1 secara sekaligus dan tidak secara berperingkat-peringkat. [27] Di dalam mengadili Lampiran 1, pertama sekali Mahkamah ini merujuk kepada kes Vijayalakshmi Devi Nadchatiram v. Dr Mahadevan Nadchatiram & Ors [1995] 2 MLJ 709, di mana Mahkamah Persekutuan telah memberikan panduan mengenai apakah faktor-faktor yang patut diberikan perhatian oleh mahkamah dalam apa-apa permohonan penggantungan perintah penggulungan di bawah s.243(1) Akta Syarikat 1965 (bersamaan dengan s.492(1) Akta Syarikat 2016 sekarang) seperti berikut: - “It is clear from [s. 243(1) CA] that the court has a discretion, on the application of the liquidator or Official Receiver, or any creditor or contributory to stay the proceedings under a winding-up order. But, before granting a stay, the section requires on proof to the satisfaction of the court that it ought to grant a stay. This means that the court has to be satisfied that it is right to stay the winding-up proceeding and if there be matters as to which the court has doubts, it should not grant a stay (Re Lowston Ltd [1991] BCLC 570). In summary, the principles which emerge from the above authorities are these: (1) The granting of a stay under s. 243 of the Act is discretionary and the onus is on the party seeking a stay to make out a positive or sufficient case. (2) The attitude of the creditors, contributories and the liquidator is a relevant consideration. (3) That in exercising its discretion, the court will consider not only the interest of the creditors, but also whether it is conducive or detrimental to commercial morality and to the interests of the public at large. (4) Last, and which by no means least, is that a stay will be refused if there is evidence of misfeasance or of irregularities demanding investigation. It must, however, be remembered that the above considerations are not meant to be exhaustive, but they have been summarised to indicate that they had not been considered or discussed in the written judgment of the learned judge.” (penekanan ditambah) [28] Mahkamah ini juga kembali merujuk kepada kes Ting Yuk Kiong di mana Mahkamah Tinggi turut memberikan panduan-panduan tambahan bagi perkara permohonan penggantungan perintah penggulungan seperti berikut (di m.s 139): - “In exercising its discretion the Court has to consider certain factors and would act on certain principles which have been established by decided cases. In Re Warbler Pty Ltd [1982] 6 ACLR 526 the following principles are enumerated: (a) The granting of a stay is a discretionary matter and there is a clear onus on the applicant to make out a positive case for a stay: Re Calgary and Edmonton Land Co Ltd [1975]. (b) There must be service of notice of the application for a stay on all creditors and contributories and proof of this (Re South Barrule State Quarry Co [1969] LR 8 Eq 688, Re Bank of Queensland Ltd [1870] 2 QS CR 113 refen-ed to). (c) The nature and extent of the creditors must be shown and whether or not all debts have been discharged. (Krextile Holdings Pty Ltd v. Widdows [1974) VR 689 at 694; Re Dalta Homes Pty Ltd [1972] 2 NSWLR 22 at 26 referred to). (d) The attitude of creditors, contributories and the liquidator is a relevant consideration. (Re Calgary and Edmonton Land Co Ltd referred to). (e) The current trading position and general solvency of the company should be demonstrated. Solvency is of significance when a stay of proceedings in the winding up is sought. (Re a Private Company [1935) NZLR 120: Re Mascot Home Furnishers Pty Ltd [1970) VR 593 at 598 referred to). (f) If there has been non-compliance by directors with their statutory duties as to the giving of information or furnishing a statement of affairs a full explanation of the reasons and circumstances should be given. (Re Telescriptor Syndicate Ltd[l963] 2 Ch 174 referred to). (g) The general background and circumstances which led to the winding up order should be explained. (Krextile Holdings Pty Ltd v. Widdows supra referred to). (h) The nature of the business carried on by the company should be demonstrated and whether or not the conduct of the company was in any way contrary to the "commercial morality" or the "public interest". (Krextile Holdings Pty Ltd v. Widdows supra, Re Dalta Homes Pty supra referred to). [29] Maka, berdasarkan nas-nas tersebut adalah jelas bahawa pemohon perlu melepaskan beban untuk mengemukakan bukti-bukti yang mencukupi dan yang boleh memuaskan hati Mahkamah bahawa pemohon atau responden mempunyai kes yang benar-benar positif bagi melayakkan penggantungan dan/atau penamatan Perintah Penggulungan diberikan kepada responden. [30] Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, alasan utama pemohon dalam memfailkan Lampiran 1 adalah responden mempunyai komitmen untuk melunaskan bayaran progres sebanyak RM90 juta kepada Sabah Development Bank yang mana jika gagal boleh menyebabkan pemohon dikenakan penalti dan bayaran tambahan yang mana akan mengakibatkan kesan kewangan yang lebih teruk kepada responden. [31] Bagi menyokong kedudukan kewangan responden, pemohon juga menegaskan dalam Afidavit Sokongan (Lampiran 2) dan Afidavit Tambahan (Lampiran 10) bahawa responden sebenarnya adalah sebuah syarikat yang solven dan mempunyai rekod-rekod pembayaran hutang terdahulu yang baik. Selain itu, pemohon turut mendeposkan bahawa aset-aset yang dimilki oleh responden adalah melebihi daripada jumlah yang dituntut oleh LHDN dalam Perintah Penggulungan tersebut. [32] Pemohon juga menambah bahawa projek-projek perumahan yang sedang dilaksanakan oleh responden dan operasi perniagaan responden selaku operator dan tuanpunya kepada unit-unit komersial sebuah pusat beli belah masih berjalan dengan elok dan masih menjana pendapatan yang baik kepada responden. [33] Lanjutan dari situ, pemohon mendakwa jika tidak kerana Penghakiman Ingkar dan Perintah Penggulungan yang diperoleh secara tidak teratur terhadap responden, responden masih berupaya untuk meneruskan operasinya seperti biasa. [34] Sementara itu, pihak pelikuidasi pula melalui Afidavit pelikuidasi (Lampiran 11) membantah terhadap Lampiran 1 terutamanya terhadap tindakan pemohon dan Lembaga Pengarah responden yang telah gagal untuk mematuhi notis yang dikeluarkan oleh pelikuidasi bertarikh 30.10.2023 (eksibit “RKN-4” Lampiran 11) yang meminta mereka mengemukakan Penyata Hal Ehwal (Statement of Affairs) responden kepada pelikuidasi sebagaimana diwajibkan di bawah s. 484 Akta Syarikat 2016. Malahan sehingga ke hari ini, pelikuidasi menegaskan bahawa pemohon atau mana-mana pengarah responden masih gagal untuk berbuat demikian. [35] Selain itu, pelikuidasi turut mengemukakan bukti-bukti melalui carian SSM yang dibuat oleh pelikuidasi yang menunjukkan bahawa kali terakhir responden memfailkan laporan tahunan kepada SSM adalah pada 4.9.1998 iaitu Laporan Tahunan bagi tahun kewangan berakhir pada 31.12.1997. Rekod SSM yang lain pula menunjukkan bahawa responden yang pernah digulungkan pada tahun 2012 tidak mempunyai apa-apa wang yang dipegang sama ada oleh pilikuidasi terdahulu atau mana-mana bank bagi pihak responden. [36] Adalah penting untuk ditekankan di sini bahawa segala penegasan pelikuidasi dalam afidavit pelikuidasi di Lampiran 11 adalah tidak dijawab oleh pemohon. Maka dakwaan-dakwaan pelikuidasi mengenai tindak tanduk pemohon dan pengarah responden yang tidak mengemukakan Penyata Hal Ehwal dan ketiadaan Laporan Tahunan terkini difailkan oleh responden kepada SSM hendaklah dianggap sebagai benar [rujuk Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank (1995) 1 CLJ 609]. [37] Di dalam kes SSM Management Sdn Bhd v. Aeon Big (M) Sdn Bhd [2019] 5 CLJ 695, Mahkamah Rayuan telah meletakkan kepentingan mengemukakan penyata kewangan terkini sebagai keterangan terbaik dalam isu ‘solvent’ seperti berikut: - “(5) Any attempt to displace the presumption of insolvency must go beyond opinions of insolvency by auditors. Rather than mere assertions of insolvency even by professionals, a company must produce the best evidence of its financial position in the form of audited statements and accounts. Having failed to produce its latest audited financial statements, the appellant fell far short of establishing its solvency. Further, the appellant's failure to respond to the six letters of demand had weakened the probative force of the argument against insolvency. Hence, the contention of solvency failed.” [38] Maka, berdasarkan keterangan-keterangan afidavit sedia ada, Mahkamah ini berpendapat pemohon atau responden telah gagal untuk mengemukakan bukti-bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa responden adalah sebenar-benarnya ‘solvent’ bagi melayakkan perintah penggantungan diberikan di bawah s. 492 Akta Syarikat 2016. [39] Seterusnya, Mahkamah ini juga berpendapat bahawa kegagalan pemohon atau pengarah responden yang lain untuk mengemukakan Penyata Hal Ehwal responden kepada pelikuidasi sebagai mematuhi s. 484 Akta Syarikat 2016 juga telah memberikan kesan yang negatif kepada Lampiran 1. Ini kerana kegagalan tersebut juga merupakan satu kesalahan di bawah s.484(6) Akta Syarikat 2016 yang memperuntukkan seperti berikut: - “(6) Any person who contravenes the requirements of this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term not exceeding three years or to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to both and in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding five hundred ringgit for each day during which the offence continues after conviction.” [40] Dalam hal keadaan yang sebegini, Mahkamah ini perlu bertegas bahawa kepentingan awam dan ‘commercial morality’ adalah lebih penting berbanding kepentingan pemohon atau lain-lain penyumbang responden. Malahan tindak tanduk pemohon dan lain-lain penyumbang yang sedemikian juga telah memudaratkan prinsip-prinsip tadbir urus syarikat termasuklah prinsip-prinsip kebertanggung-jawaban pengarah-pengarah syarikat sebagai mana yang dihasratkan di dalam Akta Syarikat 2016. [41] Sehubungan dengan itu dan berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan sebelum ini, Mahkamah ini mendapati pemohon telah gagal untuk memuaskan hati Mahkamah ini bahawa pihaknya mempunyai asas-asas dan justifikasi yang mencukupi untuk melayakkan Mahkamah ini mengeluarkan perintah penggantungan kepada Perintah Penggulungan tersebut di bawah s. 492 Akta Syarikat 2016. [42] Akhir sekali, mengenai permohonan pemohon di bawah s. 493 Akta Syarikat 2016, Mahkamah ini berpendapat jika pun benar Penghakiman Ingkar dan Perintah Penggulungan tersebut telah diperolehi secara tidak teratur dan responden sebenarnya mempunyai keupayaan untuk meneruskan operasinya jika tidak kerana kedua-dua penghakiman dan perintah tersebut, maka perkara tersebut masih terbuka untuk diusulkan oleh pemohon atau pengarah-pengarah responden kepada pelikuidasi melalui kaedah-kaedah yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 2016 dan perundangan subsidiari yang dikeluarkan di bawahnya. [43] Oleh yang demikian, Mahkamah ini menolak Lampiran 1 dengan kos RM3,000.00 (tertakluk kepada fi alokator) dibayar oleh pemohon kepada pelikuidasi untuk dan bagi pihak responden. Tarikh: 06 MEI 2024 (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Johor Bahru Peguam bagi Pemohon En Ungku Ahmad Hafis bersama-sama dengan Pn Nurain Nadia Tetuan Nurain Nadia & Co. Johor Bahru Peguam bagi Responden En Eugene Loius Tetuan E.D. Louis & associates Kuala Lumpur Kes-kes yang dirujuk: 1. Lai King Lung & Anor v. Merais Sdn Bhd [2020] 9 CLJ 449 2. Ting Yuk Kiong v Mawar Biru Sdn Bhd & Anor [1995] 3 CLJ 136; 3. Vijayalakshmi Devi Nadchatiram v. Dr Mahadevan Nadchatiram & Ors [1995] 2 MLJ 709; 4. Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank (1995) 1 CLJ 609; 5. SSM Management Sdn Bhd v. Aeon Big (M) Sdn Bhd [2019] 5 CLJ 695, Undang-undang yang dirujuk: 1. S. 492 Akta Syarikat 2016; 2. S. 493 Akta Syarikat 2016; 3. S. 484 Akta Syarikat 2016 4. Kaedah-kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972