Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN NO. KES : AH-83ES-11-03/2025 ANTARA
AH-83ES-11-03/2025
Magistrates Court of Malaysia12 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“hieu & Ors v. PP [2016] MLRAU 192 yang memutuskan seperti berikut: [55] In our judgment, whether there should be an order for the vessel to be disposed of or forfeited or otherwise under s 34 of the Fisheries Act, the determining factor is whether the court is satisfied that the vessel was either the subject-matter or”
“ng yang digunakan atau yang dicadang untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu dilucuthakkan; [19] Mahkamah ini turut merujuk kepada keputusan mahkamah rayuan dalam kes Tan Van Chieu & Ors v. PP [2016] MLRAU 192 yang memutuskan seperti berikut: [55] In our judgment, whether there should be an order for the vessel t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN NO. KES : AH-83ES-11-03/2025 ANTARA
1
Koot Chee Kuang [selepas ini dirujuk sebagai “tertuduh”] telah dituduh dengan dua pertuduhan menurut Seksyen 8 (a) Akta Perikanan Malaysia 1985 dan Seksyen 11 (3) (a) Akta Perikanan Malaysia 1985.
2
Pertuduhan pertama terhadap tertuduh adalah seperti berikut: Bahawa kamu pada 10.06.2024 jam lebih kurang 1:30 pagi di kedudukan Latitud 04 darjah 03.233 minit Utara dan Longitud 100 darjah 35.799 minit Timur iaitu pada jarak 1.2 batu nautika dari daratan terhampir P. Payong, Perak di Perairan Perikanan Malaysia telah membenarkan untuk dikendalikan sebuah vesel penangkapan ikan tempatan dengan nombor pendaftaran PKFA 8776 tanpa sebarang lesen yang sah bagi maksud menangkap ikan. Maka dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah perenggan 8(a) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum di bawah perenggan 25(b) Akta yang sama.
3
Pertuduhan kedua terhadap tertuduh adalah seperti berikut: Bahawa kamu pada 10.06.2024 jam lebih kurang 1:30 pagi di kedudukan Latitud 04 darjah 03.233 minit Utara dan Longitud 100 darjah 35.799 minit Timur iaitu pada jarak 1.2 batu nautika dari daratan terhampir P. Payong, Perak di Perairan Perikanan Malaysia telah membenarkan untuk dikendalikan peralatan menangkap ikan jenis pukat tunda tanpa suatu lesen berkenaan dengannya di atas vessel penangkapan ikan tempatan dengan nombor pendaftaran PKFA 8776. Maka dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah perenggan 11(3)(a) Akta Perikanan 1985 dan boleh dihukum di bawah perenggan 25(b) Akta yang sama.
4
Hukuman yang diperuntukkan bagi kedua-dua kesalahan ini adalah seperti berikut: Hukuman di bawah perenggan 25(b) Akta Perikanan 1985 iaitu dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Penalti tambahan kepada hukuman
52
Di bawah subperenggan 52(1)(a)(i) dan subperenggan 52(1)(a)(ii) Akta Perikanan 1985, Rampasan dan pelupusan vesel, dsb.
1
Jika mana-mana orang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan―
a
di bawah perenggan 8(a), subseksyen 11(3), 11(3A), 15(1) atau seksyen 26; dan
b
kerana melanggar apa-apa syarat lesen yang berhubungan dengan kawasan penangkapan ikan yang dibenarkan di bawah lesen itu, mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan-
i
memerintahkan supaya vesel (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargo dan peralatan menangkap ikan), kenderaan, benda atau barang yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu atau yang berhubungan dengannya kesalahan itu telah dilakukan dilucuthakkan.
II
(ii) memerintahkan supaya apa-apa ikan yang ditangkap dalam melakukan kesalahan itu atau benda lain daripada jenis yang mudah rosak yang disebutkan dalam seksyen 48, dan apa-apa bahan letupan, racun, pencemar, perkakas atau alat yang dilarang yang digunakan atau yang dicadang untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu dilucuthakkan; [5] Tertuduh tidak mengaku bersalah pada kali pertama pertuduhan dibacakan kepadanya pada 7 Mac 2025. Namun, tertuduh telah mengubah pendiriannya pada 12 Ogos 2025 dan memilih untuk mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan. [6] Pertuduhan di atas telah dibacakan, diterangkan dan difahamkan kepada tertuduh. Tertuduh mengakui faham pertuduhan yang telah dikemukakan terhadapnya dan memilih untuk mengaku salah. Mahkamah telah membacakan dan menjelaskan hukuman yang boleh dikenakan ke atas tertuduh sekiranya beliau disabitkan bersalah. Tertuduh mengakui faham kesan dan akibat pengakuan bersalahnya dan masih mahu mengaku salah ke atas pertuduhan. [7] Pihak pendakwaan kemudiannya telah mengemukakan ekshibit yang ditandakan seperti berikut: Fakta kes – ditandakan sebagai ekshibit P1 2 laporan polis - ditandakan sebagai ekshibit P2 dan P3 Borang bongkar - ditandakan sebagai ekshibit P4 Borang sita - ditandakan sebagai ekshibit P5 Borang serah terima barang kes - ditandakan sebagai ekshibit P6 Akuan jualan majikan - ditandakan sebagai ekshibit P7 Resit hasil lelongan ikan - ditandakan sebagai ekshibit P8 Gambar rajah kasar vesel - ditandakan sebagai ekshibit P9 Salinan buku lesen - ditandakan sebagai ekshibit P10 (A hingga I) Pengesahan koordinat jarak - ditandakan sebagai ekshibit P11 Pengesahan JUPEM - ditandakan sebagai ekshibit P12 Laporan pengesahan Vesel - ditandakan sebagai ekshibit P13 Laporan pengesahan penangkap ikan - ditandakan sebagai ekshibit P14 Gambar barang kes - ditandakan sebagai ekshibit P15 Perakuan seksyen 90A Akta Keterangan - ditandakan sebagai ekshibit P16 Sales of boat agreement - ditandakan sebagai ekshibit P17 Semua ekshibit telah dikemukakan kepada tertuduh dan diakui benar oleh tertuduh. [8] Setelah mahkamah berpuas hati bahawa tertuduh faham sebab dan akibat pengakuan salahnya dan pengakuan salahnya juga dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak, mahkamah telah menerima pengakuan salah tertuduh dan mendapati tertuduh bersalah serta disabitkan terhadap kedua-dua pertuduhan. Mahkamah ini selanjutnya telah memberikan peluang pihak pembelaan dan pihak pendakwaan berhujah berkenaan hukuman yang wajar bagi tertuduh. [9] Peguam tertuduh dalam mengemukakan rayuan bagi pihak tertuduh menyatakan bahawa tertuduh berumur 34 tahun dan mempunyai 2 orang anak dan seorang isteri yang tidak bekerja. Tertuduh juga menanggung seorang ibu yang sudah tua. Pendapatan tertuduh adalah RM4000 sebulan. Pendapatan ini digunakan tertuduh untuk menyara keluarga. Peguam turut berhujah bahawa tertuduh telah memberi kerjasama penuh sepanjang kes ini berjalan. Tertuduh menyerahkan vesel dan wang hasil tangkapan kepada budi bicara mahkamah dan tiada bantahan. Tertuduh hanya pohon dikenakan denda yang rendah. [10] Pihak pendakwaan pula memohon agar mahkamah memberikan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. Pihak pendakwaan memohon agar lesen tertuduh dibatalkan. Pihak pendakwaan juga memohon vesel dan peralatan menangkap ikan dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. Akhir sekali, pihak pendakwaan pohon wang hasil lelongan ikan dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. [11] Mahkamah ini setelah mempertimbangkan semua faktor-faktor pemberatan dan peringanan yang dihujahkan telah menjatuhi hukuman denda sebanyak RM4000 terhadap tertuduh dan sekiranya gagal dibayar dikenakan penjara 6 bulan untuk pertuduhan pertama. Bagi pertuduhan kedua, mahkamah ini turut mengenakan hukuman denda sebanyak RM4000 dan sekiranya gagal dibayar dikenakan penjara 6 bulan. Mahkamah ini memerintahkan agar lesen menangkap ikan tertuduh dibatalkan. Mahkamah juga perintahkan agar vesel, peralatan menangkap ikan dan duit lelongan ikan untuk dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. [12] Tertuduh tidak berpuas hati terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah ini. Tertuduh telah melalui peguambelanya memfailkan Notis Rayuan pada 28 Ogos 2025. Alasan penghakiman ini disediakan untuk menjelaskan sebab-sebab mahkamah ini membuat keputusan sedemikian. Hukuman [13] Mahkamah ini telah mengenakan hukuman denda sebanyak RM4000 dan sekiranya gagal dibayar dikenakan penjara 6 bulan bagi kedua-dua pertuduhan. Mahkamah ini berpendirian bahawa hukuman yang dikenakan ini adalah adil, tepat dan mengikut undang-undang. [14] Mahkamah ini telah mengambil kira faktor peringanan hukuman iaitu kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan kesalahan kali pertama. Selain itu, tertuduh telah memilih untuk mengaku bersalah sebelum bicara dimulakan dan faktor ini telah menjimatkan masa dan kos mahkamah serta semua pihak. [15] Mahkamah ini turut mengambil kira faktor pemberatan bahawa jenayah yang dilakukan oleh tertuduh ini adalah merupakan jenayah terhadap alam sekitar. Kes-kes melibatkan jenayah alam sekitar semakin meningkat di mahkamah ini. Hal ini memerlukan pihak mahkamah untuk memberikan satu hukuman yang boleh menjadi pengajaran kepada tertuduh dan segenap lapisan masyarakat. [16] Hukuman di bawah perenggan 25(b) Akta Perikanan 1985 ialah dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa hukuman denda RM4000 yang diberikan mahkamah ini adalah masih dalam lingkungan seksyen 25(b) Akta Perikanan 1985. Hukuman denda ini juga tidaklah keterlaluan mengambil kira faktor tertuduh melakukan 2 kesalahan pada waktu yang sama. Penalti Tambahan [17] Mahkamah ini turut mengenakan penalti tambahan kepada tertuduh dengan memberikan perintah agar lesen tertuduh dibatalkan. Mahkamah juga perintahkan agar vesel, peralatan menangkap ikan dan duit lelongan ikan untuk dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. [18] Perintah-perintah yang diberikan oleh mahkamah ini adalah mengikut undang-undang dan tidaklah diberikan dengan sewenang-wenangnya. Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 52 Akta Perikanan 1985. Di bawah subperenggan 52(1)(a)(i) dan subperenggan 52(1)(a)(ii) Akta Perikanan 1985 telah memperuntukkan seperti berikut: mahkamah hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan-
i
memerintahkan supaya vesel (termasuk kelengkapan, perabot, alatan bersangkutan, storan, kargo dan peralatan menangkap ikan), kenderaan, benda atau barang yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu atau yang berhubungan dengannya kesalahan itu telah dilakukan dilucuthakkan.
II
(ii) memerintahkan supaya apa-apa ikan yang ditangkap dalam melakukan kesalahan itu atau benda lain daripada jenis yang mudah rosak yang disebutkan dalam seksyen 48, dan apa-apa bahan letupan, racun, pencemar, perkakas atau alat yang dilarang yang digunakan atau yang dicadang untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu dilucuthakkan; [19] Mahkamah ini turut merujuk kepada keputusan mahkamah rayuan dalam kes Tan Van Chieu & Ors v. PP [2016] MLRAU 192 yang memutuskan seperti berikut: [55] In our judgment, whether there should be an order for the vessel to be disposed of or forfeited or otherwise under s 34 of the Fisheries Act, the determining factor is whether the court is satisfied that the vessel was either the subject-matter or was used in the commission of an offence. It is further our judgment that an order for forfeiture or disposal may be made by the court under s 34 notwithstanding that the DPP has made no application for the forfeiture or disposal of the vessel. [56] We take note that under s 52 of the Fisheries Act, by the use of the word "shall", it is mandatory for the court to order the forfeiture of the vessel where certain offences had been committed. [20] Berbalik kepada kes di hadapan mahkamah ini, mahkamah ini berpuas hati bahawa terdapat kesalahan yang sememangnya telah dibuat oleh tertuduh di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan Malaysia 1985 dan Seksyen 11 (3) (a) Akta Perikanan Malaysia 1985. Oleh itu, berdasarkan kepada otoriti-otoriti di atas mahkamah ini tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memerintahkan agar vesel, peralatan menangkap ikan dan duit lelongan ikan untuk dilucut hak kepada kerajaan Malaysia seperti yang telah diperuntukkan dalam akta. Kesimpulan [21] Mahkamah ini telah membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman secara adil dan menepati undang-undang bagi hukuman dan penalti tambahan yang dikenakan terhadap tertuduh. Namun demikian, mahkamah ini akur kepada sebarang keputusan Yang Arif Hakim di Mahkamah Tinggi. Bertarikh 16 Oktober 2025 FAKHRUL RAZZI BIN ABD HAMID MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET SERI MANJUNG PERAK DARUL RIDZUAN Peguam bagi pihak Perayu : Tetuan Ding & Co No. 1,Taman Min Aun, Sitiawan, Perak, 32000 Sitiawan, Perak Peguam bagi pihak Responden : Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perikanan Negeri Perak
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.