Lampiran
Lampiran 47 untuk mengetepikan perintah yang telah dibuat bagi Lampiran S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w 39 tersebut. Lampiran 47 tersebut telah ditolak dan pihak Defendan telah memfailkan rayuan ini. HUJAHAN PIHAK-PIHAK [24] Pihak Defendan menyatakan bahawa alasan utama bagi permohonan di Lampiran 47 tersebut ialah kerana tidak terdapatnya afidavit yang sah untuk menyokong permohonan pindaan di Lampiran 39 tersebut. Pihak Plaintif telah membuat permohonan yang sama melalui Lampiran 35 di mana Afidavit Munira Binti Kamarulzaman (No. K/P: 880307-08-5984) yang diikrarkan pada 16.4.2021 telah digunakan untuk menyokong permohonan di Lampiran 35 tersebut. [25] Pihak Plaintif kemudiannya telah menggunakan afidavit yang sama iaitu afidavit Munira Binti Kamarulzaman (No. K/P: 880307-08-5984) yang diikrarkan pada 16.4.2021 untuk menyokong permohonan di Lampiran 39 ini. Afidavit tersebut difailkan pada 31.10.2023 bersama-sama dengan notis permohonan di Lampiran 39. Menurut pihak Defendan, afidavit Munira Binti Kamarulzaman yang diikrarkan pada 16.4.2021 ini adalah terbatal apabila Mahkamah telah membatalkan Lampiran 35. Afidavit tersebut tidak boleh digunakan untuk menyokong Lampiran 39 yang baru difailkan pada 31.10.2023. [26] Pihak Defendan juga menyatakan Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu, melalui perintah yang diberikan pada 30.11.2018 tidak memberikan perintah sebagaimana perintah terpinda yang telah dimeterai S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w di Lampiran 46. Perintah bahawa pihak Defendan membayar kepada pihak Plaintif baki tunggakan sewa sejumlah RM48,900.00, bil air sejumlah RM152.50 dan kos RM4,000.00 merupakan Perintah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan bukan Perintah Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. [27] Pihak Defendan telah merayu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bertarikh 30.11.2018. Rayuan Defendan telah ditolak dan keputusan tindakan ini adalah terkandung di dalam Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 12.7.2019 dan bukan Penghakiman Mahkamah Sesyen bertarikh 30.11.2018. [28] Mahkamah Sesyen pada 5.12.2023 telah membenarkan permohonan di Lampiran 39 dan telah mengeluarkan perintah di Lampiran 45 bahawa pihak Plaintif diberi kebenaran untuk meminda Penghakiman bertarikh 30.11.2018 iaitu, bahawa pihak Defendan membayar kepada pihak Plaintif baki tunggakan sewa sejumlah RM48,900.00, bil air sejumlah RM152.50 dan kos RM4,000.00. Perintah terpinda yang telah dimeterai di Lampiran 46 telah mencerminkan pindaan tersebut. [29] Dengan membenarkan pindaan dibuat kepada Penghakiman tersebut ini bermakna bahawa Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menyatakan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi merupakan keputusan Mahkamah Sesyen. lni dengan jelasnya adalah salah di sisi undang-undang memandangkan keputusan yang mengikat pihak-pihak adalah keputusan S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w Mahkamah Tinggi dan bukan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Sesyen langsung tidak membuat Perintah Mahkamah Tinggi tersebut. [30] Pihak Plaintif pula menyatakan bahawa afidavit tidak mempunyai had masa dan afidavit Munira Binti Kamarulzaman yang diikrarkan pada 16.4.2021 boleh digunakan untuk menyokong permohonan pindaan perintah di Lampiran 39. [31] Pihak Plaintif juga membuat bantahan terhadap hujahan yang difailkan oleh pihak Defendan kerana pihak Defendan telah gagal mematuhi tempoh masa yang diberikan oleh Mahkamah untuk memfailkan hujahan. DAPATAN MAHKAMAH [32] Mahkamah menerima semua kertas kausa yang difailkan termasuklah kesemua hujahan pihak-pihak. Oleh sebab itu, bantahan awal pihak Plaintif adalah ditolak. [33] Permohonan di Lampiran 47 ini dibuat di bawah Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan seperti berikut:- "For the removal of doubt it is hereby declared that nothing in these Rules shall be deemed to limit or affect the inherent powers of the S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w Court to make any order as may be necessary to prevent injustice or to prevent an abuse of the process of the Court". [34] Dalam kes Badiaddin Mohd Mahidin & Anor V. Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 2 CLJ 75 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:- "for my part, I must hasten to add that apart from breach of rules of natural justice, in any attempt to widen the door of the inherent and discretionary jurisdiction of the Superior Courts to set aside an order of court ex debito justitiae to a category of cases involving orders which contravened "any written law' the contravention should be one which defies a substantive statutory prohibition so as to render the defective order null and void on ground of illegality or lack of jurisdiction... The discretion to invoke the inherent jurisdiction should also be exercised judicially in exceptional cases where the defect is of such a serious nature that there is a real need to set aside the defective order to enable the court to do justice.” [35] Mahkamah berpendapat bahawa afidavit Munira Binti Kamarulzaman yang diikrarkan pada 16.4.2021 boleh digunakan untuk menyokong permohonan di Lampiran 39. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa tiada had masa untuk afidavit. Lampiran 35 dibatalkan oleh Mahkamah akibat penarikan balik lampiran tersebut oleh pihak Plaintif. Pembatalan Lampiran 35 bukan bermaksud afidavit sokongan yang difailkan turut terbatal. Tambahan pula pembatalan tersebut bukanlah S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w berdasarkan pertimbangan merit kes tetapi atas penarikan balik pihak Plaintif. [36] Pada masa yang sama, fungsi afidavit dalam kes ini adalah untuk menyokong permohonan yang dibuat berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan dalam afidavit. Pihak Plaintif tidak pernah memfailkan notis niat untuk mengguna pakai afidavit sokongan Lampiran 35 yakni Lampiran 36. Pihak Plaintif telah memfailkan sekali lagi Afidavit Munira Binti Kamarulzaman yang diikrarkan pada 16.4.2021 sebagai Lampiran 40. Mahkamah berpendapat bahawa pihak Plaintif mempunyai beberapa salinan asal afidavit yang sama dan telah menggunakan afidavit berkenaan dengan sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pihak Plaintif. [37] Apa yang penting ialah kandungan afidavit yang dibuat. Permohonan di Lampiran 39 dibuat untuk membuat pindaan bagi memberi gambaran yang jelas berkenaan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen berkaitan tuntutan pihak-pihak yang terlibat. [38] Berdasarkan afidavit yang difailkan, dinyatakan bahawa terdapat kesilapan yang tidak disengajakan pada perintah bertarikh 30.11.2018 tersebut di mana kesilapan tersebut hanya disedari apabila pihak Plaintif menerima alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen bertarikh 31.1.2019. [39] Mahkamah berpendapat fakta yang dinyatakan dalam afidavit sokongan tersebut kekal tidak berubah walaupun afidavit sokongan S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w diikrarkan pada 31.10.2023 dan bukannya pada 16.4.2021. Tambahan pula, fakta tersebut hanya diketahui setelah alasan penghakiman diperoleh. Dengan kata lain, maklumat mengenai kekhilafan yang berlaku telah diketahui sejak tahun 2019 dan berterusan pada tahun 2021 dan juga 2023 apabila permohonan di Lampiran 39 ini dibuat. Oleh yang demikian, afidavit Munira Binti Kamarulzaman yang diikrarkan pada 16.4.2021 boleh diguna pakai bagi permohonan Lampiran 39 yang difailkan pada 31.10.2023. Munira binti Kamarulzaman merupakan peguam pihak Plaintif yang masih kekal sehingga permohonan tersebut difailkan. [40] Mahkamah juga telah meneliti alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen yang telah memutuskan kes ini. Mahkamah mendapati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu telah khilaf dalam memberikan keputusan sebagaimana perintah bermeterai yang bertarikh 30.11.2018. Ini telah diakui sendiri oleh Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan dalam alasan penghakimannya. [41] Mahkamah merujuk Alasan Penghakiman bertarikh 31.1.2019 di perenggan-perengan berikut: 10. Setelah mendengar keterangan saksi-saksi Plaintif dan Defendan serta mendengar penghujahan oleh kedua-dua peguam bela Plaintif dan Defendan yang bijaksana, pada 30.11.2018, di atas imbangan kebarangkalian; Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif untuk; S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w i. jumlah RM75,521.68 sahaja iaitu yang tidak termasuk bil elektrik dan bil guaman; ii. Faedah 5% ke atas jumlah penghakiman tersebut dari tarikh Penghakiman sehingga penyelesaian penuh; Manakala tuntutan balas, di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah telah menolak tuntutan balas Defendan dan kos bagi kedua-dua tuntutan dibayar oleh Defendan kepada Plaintif sebanyak RM4000.00. ... 54. Plaintif hanya mengesahkan bil air yang berjumlah RM152.50 yang bertarikh 26.1.2017 sahaja yang mana telah dikemukakan salinan asal untuk jumlah tuntutan tersebut semasa perbicaraan penuh dijalankan sebelum tarikh klarifikasi. Mahkamah mengambil maklum perkara tersebut dan menganggap tuntutan tersebut telah dibuktikan oleh Plaintif. 55. Namun begitu, Mahkamah telah khilaf apabila gagal membuat pertimbangan yang sewajarnya bahawa tuntutan untuk lndah Water yang berjumlah RM29,100.18 juga bergantung kepada satu dokumen yang telah dikategorikan di dalam Bahagian C dan tiada salinan asal dokumen tersebut. Tambahan lagi bil tuntutan lndah Water tersebut tidak kelihatan sebagai satu bil tetapi hanyalah berbentuk "statement” yang diragui kewujudan dan kesahihan dokumen tersebut dan sepatutnya saksi daripada pihak lndah Water dipanggil untuk membuktikan kandungan butir-butir di dalam dokumen tersebut. Tiada mana-mana pihak terutamanya S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w Defendan memberi penekanan kepada dokumen ini sedangkan pada tarikh klarifikasi, penekanan yang menjadi perhatian Mahkamah adalah mengenai tuntutan bil utiliti. 56. Oleh yang demikian, Mahkamah adalah khilaf apabila membenarkan jumlah tuntutan untuk bil lndah Water ini yang sepatutnya tidak perlu diberi pertimbangan atas kegagalan Plaintif untuk melepaskan beban pembuktian kesnya apabila gagal untuk membawa dokumen asal atau saksi yang boleh memberi keterangan bagi dokumen tersebut. 57. Bagi bil guaman pula, Mahkamah tidak membenarkan tuntutan tersebut kerana berpendapat, Plaintif gagal untuk membuktikan jumlah tersebut secara terperinci dan tiada klausa spesifik mengenai bayaran bil guaman di dalam Perjanjian di atara kedua-dua pihak. 58. Atas alasan-alasan di atas, bagi tuntutan di bawah kategori ini, Mahkamah sepatutnya hanya membenarkan bil air yang berjumlah RM152.50 yang menjadi tunggakan di dalam bil tersebut dan tidak sepatutnya membenarkan bil lndah Water yang berjumlah RM29,100.18. lsu iv: Sama ada Defendan berhutang kepada Plaintif untuk jumlah sebanyak RM118,348.33. 59. Atas dapatan-dapatan yang dibuat di perenggan 36 sehingga 58, dan mengambil kira semula kekhilafan Mahkamah di atas isu bil lndah Water, S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w Mahkamah berpendapat, berdasarkan Lampiran A di dalam Penyataan Tuntutan Plaintif, Plaintif hanya berhak untuk mendapat, 1. Baki tunggakan sewa setelah menolak deposit sewa sebanyak 2. RM48,900.00; dan Bil air tertunggak untuk RM152.50; (memandangkan deposit jumlah utiliti adalah sebanyak RM5000.00, deposit utiliti sepatutnya dikembalikan kepada Defendan untuk jumlah 4847.50). ... KESIMPULAN 65. Atas dapatan-dapatan di atas, dan di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah dengan ini berpendapat, Plaintif berhak untuk jumlah berikut; i. Baki tunggakan sewa setelah menolak deposit sewa sebanyak RM48,900.00; dan ii. Bil air tertunggak untuk jumlah RM152.50; (memandangkan deposit utiliti adalah sebanyak RM5000.00, deposit utiliti sepatutnya dikembalikan kepada Defendan untuk jumlah 4847.50); iii. Manakala tuntutan balas Defendan ditolak; Dengan kos yang dibayar oleh Defendan kepada Plaintif untuk kedua-dua tindakan sebanyak RM4000.00 S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w [41] Mahkamah juga telah merujuk kepada penghakiman Mahkamah Tinggi bertarikh 12.7.2019 seperti yang dinyatakan di perenggan [19] di atas. Mahkamah mendapati bahawa Keputusan Mahkamah Tinggi adalah menolak rayuan pihak Defendan. Mahkamah Tinggi tidak membuat apa-apa keputusan lain atau mengubah keputusan Hakim Mahkamah Sesyen. Dinyatakan dalam perintah tersebut bahawa “penghakiman oleh Puan Hakim seperti berikut dikekalkan”. [42] Oleh sebab itu, Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan pihak Defendan yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi yang telah memberikan perintah yang ingin dipinda tersebut dan bukannya Mahkamah Sesyen. Perintah tersebut merupakan perintah Mahkamah Sesyen dan ini dinyatakan dengan jelas pada alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen bertarikh 31.1.2019 serta perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 12.7.2019. [43] Memandangkan perintah Mahkamah Sesyen yang telah dimeterai bertarikh 30.11.2018 ini tidak mencerminkan perintah sebenar yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, sewajarnya perintah tersebut dipinda. Oleh sebab itu, Mahkamah telah membenarkan permohonan pindaan yang difailkan oleh pihak Plaintif di Lampiran 39 dan telah menolak permohonan pihak Defendan melalui Lampiran 47 ini untuk mengetepikan perintah yang diberikan tersebut. S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w KESIMPULAN [44] Mahkamah berpendapat bahawa pindaan pada perintah Mahkamah Sesyen bertarikh 30.11.2018 ini adalah perlu bagi menjelaskan keadaan sebenar perintah yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu. Pihak Defendan telah membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu dan Mahkamah Tinggi telah pun membuat keputusan. Pihak Defendan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut. [45] Perintah Mahkamah Sesyen Terpinda di Lampiran 46 merupakan perintah yang selari dengan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 12.7.2019. Mahkamah berpendapat tindakan Defendan dalam memfailkan permohonan di Lampiran 47 adalah bertujuan untuk mengelirukan pihak-pihak serta cubaan untuk melengah-lengahkan prosiding pelaksanaan yang sepatutnya boleh diambil oleh pihak Plaintif. Oleh yang demikian, kos sebanyak RM 2000 sewajarnya diberikan kepada pihak Defendan untuk dibayar kepada pihak Plaintif. Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BINTI WAN SALLEH Hakim, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Bertarikh: 3.10.2024. S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w PIHAK-PIHAK Peguam cara Pihak Plaintif: Encik Mohd Khairul Zaman [Tetuan Rajindar Singh Veriah & Co.] Peguam cara Pihak Defendan: Encik Clinton Nicholas Gomez [Tetuan Azam Lim & Pang] S/N Jyxj5KQEjEGh73sdts8o5w