Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN WRIT NO.: BA-22NCvC-322-08/2022 ANTARA KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (No. Pendaftaran Koop. Negara No. 88) − PLAINTIF
BA-22NCvC-322-08/2022
High Court of Malaysia29 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“enjalankan tugas-tugas fidusiari dan menjaga penelitian ketekunan wajar dan profesionalisma bersama anakguam yang dirujuk/dipetik oleh peguam cara terpelajar Plaintif ialah − • Shanti Sundrekanabadi [2024] CLJU 582 yang merujuk kes Karpal Singh v. Atip Ali [1986] CLJ Rep 168; [1986] 2 CLJ 419; [1986] 1 MLRA 95. • Dato'”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN WRIT NO.: BA-22NCvC-322-08/2022 ANTARA KOPERASI PELABURAN KAKITANGAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (No. Pendaftaran Koop. Negara No. 88) − PLAINTIF
1
MOHAMED NOOR BIN MOHAMED AMIN (No. K/P: 731015-02-5753) (Pemilik Tunggal dan Berniaga atas nama dan gaya PETROMAS TRADING [No. Pendaftaran: AS0278730-H])
2
AZAINE BIN MOHAMED (Yang Beramal di bawah nama dan gaya
3
MOHAMED AMIN BIN OSMAN (No. K/P: 500718-71-5381) (Pemilik Perkongsian dan berniaga atas nama dan gaya WARKAH HARAPAN ENTERPRISE [No. Pendaftaran: AS0280607-H])
4
SYUKRINA BINTI MOHAMED AMIN (No. K/P: 850728-02-5712) (Pemilik Perkongsian dan berniaga atas nama dan gaya WARKAH HARAPAN ENTERPRISE [No. Pendaftaran: AS0280607-H]) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 29/11/2024 15:55:58 BA-22NCvC-322-08/2022 Kand. 159 Pengenalan [1] Pada 11-8-2022, Plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Defendan-Defendan berkenaan dengan − • 3 dokumen iaitu Perjanjian dan Deed of Assignment untuk dideklarasikan sebagai tidak sah dan tidak terpakai. • deklarasi bahawa 1 post dated cheque berjumlah RM3,500,000.00 atas nama Warkah Harapan Enterprise yang “tak laku” (dishonoured cheque) dan Defendan-Defendan membayar ganti rugi kepada Plaintif. • Defendan Kedua melanggar tugas fidusiari sebagai peguam cara & peguam bela. • Ganti rugi atas pelanggaran tugas fidusiari. • Ganti rugi atas salahguna kuasa, salahnyata representasi dan/atau fraud. • Ganti rugi Khas sebanyak RM3,466,628.20. • Ganti rugi Teladan. • Faedah. • Kos Fakta Yang Dipersetujui: [2] Plaintif ialah sebuah koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993. Antara objektif Plaintif sebagai koperasi ialah menjalankan perniagaan dalam pelbagai bidang untuk menjana pendapatan Plaintif. [3] Defendan Pertama diperkenalkan kepada Plaintif untuk membina sebuah stesen minyak bernama BHPetrol Lebuhraya Plus Hentian sebelah Ladang Bikam, Arah Utara Perak. [4] Defendan Kedua ialah peguam cara dan peguam bela. [5] Defendan Ketiga ialah ayah kandung kepada Defendan Pertama dan Defendan Keempat ialah adik perempuan kandung kepada Defendan Pertama. Defendan Ketiga dan Defendan Keempat menjalankan perniagaan perkongsian. [6] Pada 29-8-2024, Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama. Tuntutan Plantif terhadap Defendan Kedua, dan Defendan Ketiga & Defendan Keempat adalah ditolak. [7] Alasan penghakiman ini menyatakan alasan mengapa Mahkamah ini menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua dengan kos sebanyak RM5000.00 (tertakluk kepada fi alokatur). Stesen minyak bernama BHPetrol Lebuhraya Plus Hentian Sebelah Ladang Bikam, Arah Utara Perak (selepas ini disebut “Stesen Minyak BHPetrol”): [8] Plaintif memplidkan dalam pernyataan tuntutan seperti yang berikut: • pada 10-1-2022, Pengerusi Plaintif iaitu Haji Zaharuddin bin Alias dihubungi oleh seorang bernama Nazri bin Hassan dari syarikat Esprit Estate Agent Sdn Bhd mengenai cadangan pengambilalihan operasi Stesen Minyak BHPetrol kepada Plaintif yang akan menjadi dealer/operator Stesen Minyak BHPetrol. Kertas kerja disediakan oleh Nazri bin Hassan dan Defendan Kedua ialah peguam yang terlibat bagi tujuan itu. • Plaintif/wakil-wakilnya, Defendan Pertama dan Defendan Kedua serta seorang individu bernama Mohd Radzi bin Johar telah hadir dalam perjumpaan pada 10-1-2022 untuk membincangkan tentang proses pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol. • dokumen yang ditunjukkan kepada Plaintif ialah Supply and License Agreement bertarikh 27-6-2018; Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan bertarikh 23-4-2018. • Defendan Pertama telah mendorong Plaintif untuk menjadi dealer/operator Stesen Minyak BHPetrol dengan memaklumkan terdapat 2 lagi pihak yang berminat. Jika Plaintif berminat, Plaintif dikehendaki membayar deposit sebanyak 30% daripada jumlah RM4,500,000.00. • pada 11-1-2022, Defendan Kedua melalui e-mel kepada Plaintif menawarkan Plaintif untuk menjadi dealer/operator Stesen Minyak BHPetrol. Defendan Kedua membuat representasi bahawa Defendan Kedua ialah peguam yang mewakili Defendan Pertama dan Defendan Pertama telah dilantik oleh BHPetrol sebagai operator Stesen Minyak BHPetrol. • Plaintif bersetuju dengan tawaran tersebut dengan membalas e-mel Defendan Kedua. Plaintif menyatakan bahawa kelulusan due diligence ialah salah satu terma untuk dibuat oleh Defendan Kedua dan BHPetrol. • Plaintif membayar deposit 30% (RM1,350,000.00) kepada Defendan Kedua sebagai stakeholder. • pada 25-1-2022 Defendan Kedua memulangkan deposit kepada Plaintif jumlah sebanyak RM350,000.00 melalui cek dan jumlah sebanyak RM1,000,000.00 masih dipegang oleh Defendan Kedua. Alasan bagi pemulangan deposit ialah kerana Defendan Kedua menyatakan bahawa arahan BHPetrol ialah keseluruhan bayaran sebanyak RM3,500,000.00 perlu dibuat secara terus kepada Defendan Pertama. • pada 31-1-2022, suatu perjumpaan diadakan di pejabat Defendan Kedua dan Plaintif dimaklumkan bahawa Defendan Pertama telah dilantik secara rasmi sebagai dealer/operator Stesen Minyak BHPetrol dan semua bayaran telah dibincangkan dan dipersetujui oleh Plaintif, Defendan Pertama dan Defendan Kedua. • pada 3-2-2022, Plaintif menandatangani Deed of Assignment dan disertakan dengan dokumen “Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan” bertarikh 26-1-2022. • Plaintif menyatakan bahawa Deed of Assignment itu disediakan oleh Defendan Kedua dan atas nasihat dan pengesahan Defendan Kedua mengenai due diligence Plaintif menandatangani dokumen tersebut di pejabat Defendan Kedua. Salahnyata kuasa dan/atau salah representasi dan/atau frod oleh Defendan-Defendan: [9] Perenggan 20 hingga 24 pernyataan tuntutan menghuraikan mengenai tindakan Defendan-Defendan khususnya Defendan Pertama dan Defendan Kedua yang memplidkan mengenai salahnyata kuasa dan/atau salah representasi dan/atau frod. [10] Dalam mesyuarat rasmi pada 7-3-2022 Plaintif dan pihak BHPetrol telah hadir. Plaintif dimaklumkan oleh BHPetrol bahawa − • Defendan Pertama atau mana-mana pihak tidak pernah dilantik dan/atau diberi kuasa untuk mendapatkan dealer/operator bagi Stesen Minyak BHPetrol. • BHPetrol sendiri telahpun melantik dealer/operator bagi Stesen Minyak BHPetrol dan dokumentasi seperti perjanjian dll telah ditandatangani sewajarnya. • dokumen Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan bertarikh 26-1-2022 adalah palsu. • Plaintif membuat laporan polis terhadap Defendan Pertama. [11] Perenggan 25 hingga 38 pernyataan tuntutan memplidkan bahawa dalam mesyuarat pada 29-3-2022 di pejabat Defendan Kedua dan dihadiri oleh Defendan Pertama, Pengerusi Plaintif secara lisan memaklumkan bahawa Plaintif memutuskan untuk membatalkan pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol dan menuntut semula wang berjumlah RM3,500,000.00 yang dibayar kepada Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua. Pembatalan secara rasmi ialah melalui surat Plaintif bertarikh 30-3- 2022 kepada Defendan Kedua. Perenggan 26 pernyataan tuntutan memplidkan bahawa Defendan bersetuju, mengakui dan tiada pertikaian. Pada 15-4-2022, suatu post dated cheque berjumlah RM3,500,000.00 diserahkan kepada Plaintif dan cek tersebut tidak dapat ditunaikan (dishonoured cheque). Pada 29-4-2022, Defendan Pertama membayar sebanyak RM35,000.00 kepada Plaintif. Oleh itu, Plaintif menuntut baki yang masih terhutang iaitu sebanyak RM3,465,000.00 terhadap Defendan Pertama. [12] Plaintif juga menyenaraikan 11 butir-butir kecuaian, kegagalan dan/atau pelanggaran tugas fidusiari Defendan Kedua dalam urusan pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol yang menyebabkan kerugian kepada Plaintif. [13] Butir-butir mengenai ganti rugi khas diplidkan pada muka surat 21 pernyataan tuntutan iaitu sebanyak RM3,466,628.20. Pembelaan: Pembelaan Defendan Kedua: [14] Defendan Kedua membela dirinya dan menyatakan bahawa −
a
Defendan Kedua tiada pengetahuan mengenai pelantikan Defendan Pertama oleh Boustead Marketing Sdn Bhd (“BHP”).
b
Defendan Pertama melantik Defendan Kedua sebagai peguamnya bagi urusan/transaksi pengambilalihan sebuah stesen minyak iaitu BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan (selepas ini disebut “BHPetrol”).
c
Defendan Kedua memajukan sekeping cek BIMB milik Warkah Harapan Enterprise berjumlah RM3,500,000.00 yang diberikan oleh Defendan Pertama untuk diserahkan kepada Plaintif. Cek ini ialah untuk menggantikan cek terdahulu oleh syarikat Defendan Pertama (Petromas Trading) yang tidak dapat ditunaikan (“dishonoured cheque”).
d
Defendan Kedua mengakui bahawa atas arahan Defendan Pertama, Defendan Kedua meminta seorang individu bernama Nazri Hassan untuk mencari pembeli dealership/operatorship bagi Stesen Minyak BHPetrol dan butir-butir harga dan jadual pembayaran dinyatakan. Defendan Kedua tiada pengetahuan mengenai Kertas kerja yang disebut oleh Plaintif.
e
Defendan Kedua mengakui bahawa dalam perjumpaan dengan Plaintif pada 10-1-2022 itu, Defendan Pertama ada menyerahkan kepada Plaintif dokumen − • Supply and Licence Agreement bertarikh 27-6-2018 antara BHP dan Petromas Trading. Dokumen ini mengandungi chop “Certified True Copy” yang ditandatangani oleh Feisal Mohd Anshar, Pengurus Hartanah BHP. • Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan bertarikh 23-4-2018. • Defendan Kedua menyaksikan Defendan Pertama membuat representasi kepada Plaintif.
f
bagi pembayaran deposit 30% oleh Plaintif yang berjumlah RM1,350,000.00 Defendan Kedua ada menerima pembayaran tersebut dan Defendan Kedua telah memulangkan semula keseluruhan amaun deposit kepada Plaintif.
g
Defendan Kedua ialah peguam yang menyediakan Deed of Assignment dan apa-apa dokumen yang dilampirkan dalam Deed of Assignment itu adalah dibekalkan oleh Defendan Pertama iaitu − • Supply and Licence Agreement bertarikh 27-6-2018 antara BHP dan Petromas Trading. Dokumen ini mengandungi chop “Certified True Copy” yang ditandatangani oleh Feisal Mohd Anshar, Pengurus Hartanah BHP. • Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan bertarikh 26-1-2022.
h
Defendan Kedua mengakui bahawa dalam perjumpaan dengan BHP dan dihadiri oleh Plaintif dan Defendan Kedua pada 7-3-2022 itu, BHP menyatakan bahawa − • BHP tidak pernah mencari dealer/operator baharu mahu pun memberikan kuasa kepada sesiapa (termasuk Defendan Pertama) untuk mengambilalih Stesen Minyak BHPetrol. • dokumen yang dirujuk oleh Plaintif iaitu Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan bertarikh 23-4-2018; Supply and Licence Agreement bertarikh 27-6-2018; dan Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan bertarikh 26- 1-2022 adalah palsu.
i
Defendan Kedua tiada pengetahuan mengenai perkara dokumen palsu yang dinyatakan oleh BHP dan Defendan Kedua tidak bersepakat dengan Defendan-Defendan lain untuk melakukan frod dan mengakibatkan kerugian kepada Plaintif.
j
tugas Defendan Kedua ialah menyediakan Deed of Assignment bagi pihak anakguamnya (Defendan Pertama) untuk ditandatangan dengan Plaintif. [15] Defendan Kedua menafikan bahawa alegasi dan butir-butir yang diperihalkan oelh Plaintif bahawa Defendan Kedua cuai, gagal dan/atau melanggar tugas fidusiari sebagai peguam. [16] Defendan Kedua bukan peguam yang mewakili Plaintif maka Defendan Kedua tidak berkewajipan di sisi undang-undang ke atas Plaintif. Sepanjang urusan dan transaksi pengambilalihan dan pembayaran wang, Plaintif bertindak sendiri dan tidak diwakili oleh peguam. Defendan Kedua tidak mengambil apa-apa arahan daripada Plaintif. [17] Defendan Kedua memplidkan bahawa berdasarkan keadaan dalam kes ini, Plaintif didapati cuai-serta dan menyumbang secara keseluruhannya atau sebahagiannya atas kerugian yang dialami Plaintif. Jawapan Plaintif kepada pembelaan Defendan Kedua [18] Plaintif menjawab bahawa Defendan Kedua sebagai peguam kepada Defendan Pertama mempunyai tugas dan kewajipan fidusiari untuk memastikan bahawa dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh Defendan Pertama adalah sah. Defendan Kedua mempunyai dan/atau seharusnya mempunyai pengetahuan penuh mengenai urusan dan transaksi pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol itu kerana Defendan Kedua ialah peguam yang mewakili Defendan Pertama sedangkan Plaintif tidak diwakili oleh peguam. [19] Deed of Assignment yang disediakan oleh Defendan Kedua ditandatangani oleh Plaintif berdasarkan nasihat dan pengesahan ‘due diligence’ oleh Defendan Kedua sewajarnya. [20] Pemulangan semula wang yang diterima oleh Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua tidak sama sekali membebaskan Defendan Kedua daripada kewajipan/tugas fidusiari dan/atau liabiliti Defendan Kedua. [21] Plaintif akan membuktikan kecuaian, kegagalan dan/atau perlanggaran tugas fidusiari oleh Defendan Kedua dalam perbicaraan kelak di mana Defendan Kedua telah bertindak di sebalik dan/atau bercanggah dengan obligasi, tugas dan/atau tanggungjawab sebagai peguam cara dan/atau melakukan perlanggaran tugas fidusiari dan/atau gagal mematuhi etika kewajipan professional sebagaimana diperuntukkan di bawah Rule 26 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 dengan memberikan maklumat yang mengelirukan kepada Plaintif yang pada masa material tidak diwakili oleh peguam cara. [22] Defendan Kedua, selanjutnya dan secara alternatifnya, memplidkan bahawa Plaintif adalah cuai sumbang kepada kerugian yang dialami Plaintif. Plaintif gagal memplidkan bahawa Defendan Kedua bersepakat dengan Defendan Pertama, Defendan Ketiga & Defendan Keempat untuk mengakibatkan kerugian terhadap Plaintif. Plaintif juga gagal memplidkan ganti ruginya secara spesifik berpunca dari kelakuan atau pengabaian oleh Defendan Kedua. Isu Untuk Dibicarakan [23] Peguam cara terpelajar Plaintif memfailkan Lampiran C1, C2 dan C3 iaitu Isu-Isu Untuk Dibicarakan Bersama Defendan Pertama; Bersama Defendan Kedua; dan Bersama Defendan Ketiga & Defendan Keempat, iaitu −
i
Sama ada Defendan Pertama dan/atau Defendan kedua memberi salahnyata, salah representasi kepada wakil-wakil Plaintif dan frod untuk mendapatkan hak dan mengambilalih sebagai dealer/operator stesen Minyak BHPetrol?
II
(ii) Sama ada Defendan Kedua bertanggungjawab untuk melakukan due diligence sebelum memberi representasi kepada Plaintif dan dalam menyediakan Deed of Assignment?
III
(iii) Sama ada Plaintif yang menandatangani Deed of Assignment berdasarkan nasihat dan/atau dorongan oleh Defendan Kedua?
IV
(iv) Sama ada dokumen-dokumen bagi transaksi pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol adalah palsu dan/atau tercemar dengan penipuan dan/atau salahnyata?
v
Sama ada Plaintif membuat bayaran kepada Defendan Pertama berdasarkan nasihat dan/atau representasi oleh Defendan Kedua?
VI
(vi) Sama ada Defendan Kedua melanggar tugas/kewajipan fidusiari dan/atau etika kewajipan sebagai peguam cara? Dan sama ada Defendan Kedua seharusnya membayar ganti rugi (will compensate) kepada Plaintif?
VII
(vii) Sama ada Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dengan sengaja menyerahkan cek yang tidak dapat ditunaikan dan/atau melambatkan pemulangan faedah dan/atau bayaran yang diperoleh oleh Defendan Pertama secara tidak sah?
VIII
(viii) Sama ada Defendan Ketiga dan Defendan Keempat tidak terlibat dan tiada pengetahuan dalam pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol?
IX
(ix) Sama ada Plaintif berhak kepada relief dan/atau ganti rugi akibat daripada tindakan Defendan-Defendan? Perbicaraan: [24] Perbicaraan penuh telah diadakan di Mahkamah ini pada 24-6- 2024, 25-6-2024, 26-6-2024, dan 1-7-2024 di mana Plaintif memanggil 3 orang saksinya iaitu − SP-1 En. Zaharuddin bin Alias, Pegawai Bank Muamalat dan Pengerusi Plaintif. SP-2 En. Saifulzaman bin Ahmad, Bendahari Plaintif. SP-3 En. Sazali bin Sajidin, Setiausaha Plaintif. Defendan Pertama sendiri menjadi saksi tunggal. Defendan Kedua sendiri menjadi saksi tunggal. Defendan Ketiga dan Defendan Keempat sendiri menjadi saksi tunggal. Keputusan: [25] Pada 29-8-2024, Mahkamah ini memutuskan – Berdasarkan keterangan di hadapan Mahkamah ini, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mencapai dapatan dan keputusannya iaitu −
a
Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan Pertama dan adalah diperintahkan Defendan Pertama membayar Plaintif baki bayaran sebanyak RM3,462,000.00 yang masih terhutang dan perlu dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. Mahkamah mengawardkan kos sebanyak RM35,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) kepada Plaintif.
b
tuntutan Plaintif terhadap − i. Defendan Kedua adalah ditolak dan kos sebanyak RM5000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Kedua. ii. Defendan Ketiga dan Defendan Keempat adalah ditolak dan kos sebanyak RM5000.00 (tertakluk kepada fi alokatur) dibayar oleh Plaintif secara bersesama kepada Defendan Ketiga dan Defendan Keempat.
c
permohonan melalui Notis Menuntut Sumbangan dan Tanggung Rugi oleh Defendan Pertama terhadap Defendan Kedua adalah ditolak dan tiada perintah atas kos.
d
permohonan melalui Notis Menuntut Sumbangan dan Tanggung Rugi oleh Defendan Kedua terhadap Defendan Pertama adalah ditolak dan tiada perintah atas kos.
e
permohonan melalui Notis Menuntut Sumbangan dan Tanggung Rugi oleh Defendan Ketiga dan Defendan Keempat terhadap Defendan Pertama adalah ditolak dan tiada perintah atas kos. [26] Rayuan Plaintif ke Mahkamah Rayuan ialah berkenaan dengan keputusan Mahkamah ini yang menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua. Dapatan, Analisa dan Keputusan Mahkamah [27] Lord Goddard dalam kes Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel Ltd 64 TLR 177 at p. 178 memutuskan − “… plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, so to speak, throw them at the head of the court, saying: ‘This is what I have lost, I ask you to give me these damages’. They have to prove it.”. [28] Mahkamah ini pasti prinsip bahawa “The well-established principle that the burden of proof at all times is borne by the Plaintiff on the balance of probabilities to establish his case against the Defendant or the existence of a legally enforceable claim against the Defendant. It is upon the Plaintiff, and certainly not the Defendant, to discharge that burden. It is for the Plaintiff to prove his case and satisfy the court that his claim is well-founded before the court can grant judgment on his claim” adalah terpakai dalam memastikan beban pembuktian. [29] Dalam kes MIE-AFA Corporation Sdn. Bhd. v. Razali Mohd Sham & Anor [2023] 1 LNS 1267, the court explained that the burden of proof lies throughout with the party who wishes the Court to belief the facts of their case; and the Federal Court in the case of Keruntum Sdn Bhd v. The Director of Forests and Ors [2017[ 4 CLJ 676 at page 698 held − “[78] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof lies, has discharged it, then the evidential burden shifts to the other party.”. [30] Dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v. Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584 yang mana YAA Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara memutuskan bahawa – “… there are only two standard of proof, namely beyond reasonable doubt for criminal cases and on the balance of probabilities for civil cases. As such, even if fraud is the subject in a civil claim, the standard of proof is on the balance of probabilities. There is no third standard. … The criminal aspect of the allegation of fraud and the standard of proof required is irrelevant in the deliberation …”. “… the standard of proof is only a balance of probability [NOT beyond reasonable doubt] and this burden has been discharged by the Plaintiff during the trial vide witness testimonies [weight attached to testimony/evidence], documents [admissibility] filed in this Court, admissions by the Defendant and facts pleaded in the Statement of Claim and Reply.”. [31] Mahkamah ini mematuhi prinsip undang-undang mengenai beban pembuktian. Penganalisaan keterangan lisan saksi-saksi Plaintif dan keterangan Defendan Kedua (saksi tunggal) dan keterangan dokumentarnya masing-masing dengan jelas menunjukkan bahawa Plaintif gagal mencapai tahap “on balance of probabilities” dalam membuktikan bahawa Defendan Kedua telah bertindak di sebalik dan/atau bercanggah dengan obligasi, tugas dan/atau tanggungjawab sebagai peguam cara dan/atau melakukan perlanggaran tugas fidusiari dan/atau gagal mematuhi etika kewajipan professional. [32] Dalam kes Suruhanjaya Sekuriti Malaysia v Chan Soon Huat [2018] 9 MLJ 782, the Court summarized the definition and application of balance of probabilities as proving an event is AT LEAST 51% more likely than not. [33] Mahkamah ini berpendapat bahawa the Court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but it is also incumbent upon the court to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact. In the present case, I had to take into consideration the witnesses’ power of observation, their accuracy for recollection, and capacity to explain what they remember. [34] Kemasukan wang yang besar/banyak itu ialah untuk merealisasikan hasrat/keinginan Plaintif bagi menjana pendapatan Plaintif demi kepentingan ahli-ahli Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad. Dalam mencapai hasrat/keinginan Plaintif tersebut, faktanya ialah Plaintif bersetuju untuk menerima tawaran daripada Defendan Pertama. [35] Sama ada Plaintif ada melakukan “due diligence” demi memastikan persetujuan untuk melabur dan berkecimpung dalam bidang “dealership/operatorship” Stesen Minyak BHPetrol, saksi-saksi Plaintif dengan yakin dan jelas menyatakan bahawa Lembaga Pengarah dan ahli-ahli Plaintif bersetuju dengan “projek” ini dan pelaburan berjumlah RM3,500,000.00 adalah diluluskan. Plaintif tidak diwakili oleh peguam untuk urusan/transaksi “projek” pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol. Surat-menyurat, komunikasi dan menandatangani dokumen dilakukan oleh 3 pegawai kanan Plaintif iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Plaintif. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Plaintif membaca dan memahami sendiri dokumen yang dipersetujui dan ditandatangani. Tiada nasihat dan rujukan kepada mana-mana peguam yang dilantik oleh Plaintif. Plaintif hanya melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang selepas projek” pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol dibatalkan oleh Plaintif dan menuntut segala kerugian yang dialami oleh Plaintif atas alegasi Defendan-Defendan punca kerugian Plaintif. [36] Dalam tuntutan ini, Plaintif melalui ketiga-tiga saksinya telah memberikan keterangan masing-masing dan menunjukkan keterangan dokumentar mengenai urusan/transaksi yang dibincangkan dan akhirnya dipersetujui di antara Plaintif dan Defendan Pertama untuk mengambilalih Stesen Minyak BHPetrol. Minat dan keinginan untuk menjadi dealer/operator Stesen Minyak BHPetrol dipelopori oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Dalam perbicaraan ini, Mahkamah diberitahu bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah jiran dalam taman perumahan yang sama dan/atau berdekatan di mana Defendan Pertama dan Defendan Kedua ada bertemu di kedai makan. [37] Defendan Pertama telah “bersedia” dengan dokumen-dokumen dan pernyataan untuk menawarkan Plaintif menjadi dealer/operator Stesen Minyak BHPetrol. Dokumen-dokumen yang dirujuk dan dikemukakan dalam perbicaraan ialah − • Supply and Licence Agreement (BHP Ladang Bikam Lay-by North Bound) Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (5783-T) And Petromas Trading (AS0278730-H) bertarikh 27-6-2018 (Ikatan Dokumen B3 ms 35-88). • Surat Tawaran BHPetrol kepada Petromas Trading (u.p Defendan Pertama) bertajuk Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (“Operator”) At BHPetrol Station Lebuhraya PLUS Hentian Sebelah (Lay Bay) Ladang Bikam North Bound, perak Darul Ridzuan bertarikh 23-4-2018 (Ikatan Dokumen B3 ms 89-94) yang ditandatangani oleh En. Tan Kim Thiam, Managing Director BHPetrol dan ditandatangani oleh Defendan Pertama (Petromas Trading) pada 7-5-2018. Peristiwa pada tahun 2022: [38] Defendan Pertama melantik Defendan Kedua menjadi peguamnya untuk merealisasikan urusan pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol oleh Plaintif dan dokumen-dokumen yang berikut dirujuk dan dikemukakan dalam perbicaraan: • E-mel Defendan Kedua kepada Plaintif bertarikh 11-1-2022 bertajuk “Stesen Minyak BHP Ladang Bikam, Arah Utara” mengenai tawaran oleh Petromas Trading yang merupakan operator Stesen Minyak BHPetrol yang telah dilantik oleh BHP kepada Plaintif untuk mengambilalih “operatorship” Stesen Minyak BHPetrol pada harga RM4.5 juta. (Ikatan Dokumen B3 ms 95). E-mel ini mengandungi terma “Kelulusan ‘due diligence’ tuan selepas penilaian oleh Klien kami dan BHP”. • Surat Plaintif kepada Defendan Kedua bertarikh 11-1-2022 bertajuk “Surat Tunjuk Minat Untuk Mengambilalih ‘Operatorship’ Stesen Minyak BHPetrol Ladang Bikam, Perak Darul Ridzuan Dengan Harga RM4.5juta”. (Ikatan Dokumen B3 ms 96). Surat Plaintif ini mengandungi terma “Kelulusan ‘due diligence’ oleh pihak tuan dan BHP”. Dalam 1 lagi surat Plaintif kepada Defendan Kedua pada tarikh yang sama (11-1-2022) Plaintif membayar deposit 30% sebanyak RM1,350,000.00 atas nama Defendan Kedua bagi menguruskan proses pengambilalihan tersebut. • Surat Defendan Kedua bertarikh 25-1-2022 kepada Plaintif mengandungi pemulangan cek berjumlah RM350,000.00 kepada Plaintif. Defendan Kedua memaklumkan bahawa baki deposit sebanyak RM1,000,000.00 disimpan oleh Defendan Kedua sebagai stakeholder di dalam akaun Klien Defendan Kedua. Apakah maksud terma dalam E-mel Defendan Kedua kepada Plaintif iaitu “Kelulusan ‘due diligence’ tuan selepas penilaian oleh Klien kami dan BHP” dan apakah maksud terma dalam Surat Plaintif iaitu “Kelulusan ‘due diligence’ oleh pihak tuan dan BHP”? [39] Defendan Kedua dalam keterangan lisannya menyatakan bahawa e-mel beliau kepada Plaintif adalah jelas nyata bahawa due diligence perlu dilakukan oleh Plaintif sebelum Plaintif bersetuju untuk menerima tawaran. Defendan Kedua menyatakan bahawa Surat Plaintif yang menulis “Kelulusan ‘due diligence’ oleh pihak tuan dan BHP” adalah meniru/menyalin terma yang dinyatakan oleh Defendan Kedua. [40] Keterangan saksi-saksi Plaintif menyatakan bahawa due diligence telah mereka lakukan dan terma due diligence itu hendaklah dilaksanakan oleh Defendan Kedua di mana Defendan Kedua mempunyai kewajipan untuk memastikan dokumen yang digunapakai dalam urusan/transaksi pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol adalah sah di sisi undang-undang. Adakah Defendan Kedua yang bukan peguam kepada Plaintif mempunyai obligasi untuk melaksanakan tugas due diligence untuk Plaintif? [41] Peguam cara terpelajar Defendan Kedua menafikan tugas due diligence dipikul oleh Defendan Kedua untuk Plaintif. Dokumen bertajuk “Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan” bertarikh 26-1-2022 (Ikatan Dokumen B3 ms 112-117): [42] Plaintif memplidkan bahawa dalam Surat BHP bertarikh 26-1-2022 kepada Plaintif iaitu “Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan” bertarikh 26-1-2022 adalah suatu dokumen palsu. Ini kerana En. Tan Kim Thiam, Managing Director BHP telah pun bersara iaitu pada 31-12-2019. Pegawai-pegawai Plaintif (Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) telah menandatangani dokumen ini sebagai persetujuan untuk menjadi operator di Stesen Minyak BHPetrol. Selanjutnya, dalam perjumpaan dengan wakil-wakil BHP, BHP memberitahu/memaklumkan Plaintif bahawa “operatorship” Stesen Minyak BHPetrol telah pun diberikan kepada pihak lain dan BHP tidak pernah melantik dan/atau memberi kuasa kepada Defendan Pertama atau mana-mana pihak untuk mendapatkan dealer/operator bagi Stesen Minyak BHPetrol. [43] Pengataan dan kedudukan pernyataan BHP kepada Plaintif berhenti setakat itu, Plaintif tidak menunjukkan apa-apa bukti untuk mensahkan bahawa “Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan” bertarikh 26-1-2022 adalah suatu dokumen palsu. En. Tan Kim Thiam, mana-mana wakil BHP mahupun saksi pakar dipanggil memberikan keterangan mengenai pemalsuan dokumen tersebut. [44] Plaintif meletakkan beban untuk memastikan kesahan dokumen tersebut kepada Defendan Kedua. Kegagalan Defendan Kedua melaksanakan tugas ini adalah suatu kecuaian oleh Defendan Kedua. Ini kerana Plaintif telah menandatangani Deed of Assignment bagi “projek” pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol. Deed of Assignment (Supply and License Agreement) bertarikh 3-2-2022 [Ikatan Dokumen B3 ms 118 - 122]: [45] Deed of Assignment (Supply and License Agreement) bertarikh 3- 2-2022 ialah dokumen yang disediakan oleh Defendan Kedua mengenai Stesen Minyak BHPetrol tersebut di mana pihak-pihak ialah Defendan Pertama sebagai “Assignor” dan Plaintif sebagai “Assignee”. Dokumen ini telah disetemkan dan ditandatangani oleh Defendan Pertama dan Plaintif iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Plaintif. Defendan Kedua sebagai saksi bagi kedua-dua pihak. Pada Recital A, Deed of Assignment ini memperuntukkan bahawa suatu Supply and License Agreement bertarikh 27-6-2018 adalah dimasuki di antara BHP dan Defendan Pertama bagi Stesen Minyak BHPetrol. Pada Recital E, Deed of Assignment ini memperuntukkan bahawa sesalinan Supply and License Agreement bertarikh 27-6-2018 yang diakui salinan sah oleh pegawai BHP adalah dilampirkan bersama-sama dengan Deed of Assignment. [rujuk Ikatan Dokumen B3 ms 35-88]. [46] Sebaik sahaja Deed of Assignment itu ditandatangani, Defendan Kedua dalam suratnya kepada Plaintif meminta bayaran sebanyak RM3,500,000.00 dan untuk dimasukkan ke akaun Petromas Trading (milik Defendan Pertama). [rujuk Ikatan Dokumen B3 ms 125-126]. Resit penerimaan bayaran sebanyak RM3,500,000.00 dikeluarkan oleh Petromas Trading (milik Defendan Pertama) kepada Plaintif. [rujuk Ikatan Dokumen B3 ms 128-129]. [47] Plaintif (melalui Sazali bin Sajidin, Setiausaha Plaintif) membuat laporan polis pada 9-3-2022 iaitu 6 hari selepas Deed of Assigment ditandatangani dan bayaran penuh dibuat terhadap Defendan Pertama dan syarikat Defendan Pertama (Petromas Trading) berkenaan dengan aduan penipuan dan pemalsuan dokumen dalam urusan Stesen Minyak BHPetrol. [48] Sehari selepas laporan polis dibuat, Defendan Kedua menulis surat bertarikh 10-3-2022 kepada Plaintif yang mengandungi cek berjumlah RM1,000,000.00 yang dipegang oleh Defendan Kedua sebagai stakeholder. [rujuk Ikatan Dokumen B3 ms 132-134]. [49] Plaintif melalui suratnya bertarikh 30-3-2022 kepada Defendan Kedua bertajuk “Pembatalan Pengambilalihan Hak “Operatorship” Stesen Minyak BHP Ladang Bikam, Perak, Arah Utara, Lebuhraya PLUS” yang menyatakan bahawa suatu perbincangan pada 29-3-2022 telah diadakan dan dihadiri oleh Defendan Pertama, Defendan Kedua dan wakil-wakil Plaintif. Plaintif telah membuat keputusan untuk membatalkan pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol berkuat kuasa dengan serta-merta. Plaintif menuntut pemulangan semula bayaran yang telah dibuat oleh Plaintif kepada Defendan Pertama. [rujuk Ikatan Dokumen B3 ms 136-137]. [50] Defendan Kedua melalui suratnya bertarikh 8-4-2022 kepada Plaintif mengembalikan/memulangkan RM3.5 juta kepada Plaintif di mana sekeping cek BIMB milik Petromas Trading bertarikh 29-4-2022. [rujuk Ikatan Dokumen B3 ms 138-139]. [51] Plaintif melalui suratnya bertarikh 12-4-2022 kepada Defendan Kedua menyatakan bahawa Plaintif tidak bersetuju pemulangan semula wang Plaintif dibuat pada 29-4-2022. Plaintif menghendaki pemulangan semula dibuat dalam masa 3 hari dari tarikh surat Plaintif. Plaintif juga memaklumkan kepada Defendan Kedua bahawa Plaintif enggan menerima cek milik Petromas Trading kerana akaun Petromas Trading di BIMB telah dibekukan. [rujuk Ikatan Dokumen B3 ms 141]. [52] Defendan Kedua melalui suratnya bertarikh 15-4-2022 kepada Plaintif mengemukakan sekeping cek baharu berjumlah RM3.5 juta dari syarikat Warkah Harapan Enterprise bertarikh 29-4-2022 sebagai ganti kepada cek Petromas Trading. [rujuk Ikatan Dokumen B3 ms 142-143]. Hujahan Peguam cara terpelajar Plaintif: [53] Peguam cara terpelajar Plaintif berhujah bahawa disebabkan Defendan Kedua tidak melakukan “due diligence” iaitu tiada ketekunan wajar dan/atau tidak memeriksa kesahihan dan ketepatan maklumat yang diberikan oleh Defendan Pertama, maka, Defendan Pertama mempunyai peluang untuk bertindak secara FROD keatas Plaintif. Peguam cara terpelajar Plaintif berhujah bahawa Defendan Kedua memegang liabiliti kolektif, “he who has the key to open, must then close the gate”. [54] Nas undang-undang kes mengenai tugas dan kewajipan peguam di dalam menjalankan tugas-tugas fidusiari dan menjaga penelitian ketekunan wajar dan profesionalisma bersama anakguam yang dirujuk/dipetik oleh peguam cara terpelajar Plaintif ialah − • Shanti Sundrekanabadi [2024] CLJU 582 yang merujuk kes Karpal Singh v. Atip Ali [1986] CLJ Rep 168; [1986] 2 CLJ 419; [1986] 1 MLRA 95. • Dato' Azizan Abd Rahman & Ors v. Concrete Parade Sdn Bhd & Ors And Other Appeals [2024] 5 CLJ 193. [55] Peguam cara terpelajar Plaintif menilai keterangan yang diberikan oleh Defendan Kedua dan berhujah − “58. Secara keseluruhannya, keterangan DW2 tidak membawa/ memberikan sebarang nilai probatif kepada pembelaan yang diplidkan. Pendek kata, kes Defendan Kedua adalah bersandarkan ‘kononnya’ – i. Hanya bertindak melalui arahan yang diberikan oleh Defendan Pertama; ii. Bahawa Defendan Pertama telah membuat representasi sebagai “dealer” dan memegang mandat untuk memberikan kapasiti “operator” bagi Stesen tersebut; iii. Defendan Kedua telah bertindak secara jujur dan suci hati di dalam transaksi pemperolehan Stesen tersebut.
59
Dengan hormatnya, fakta-fakta di atas mendorong Plaintif untuk membuat satu pemeriksaan terperinci (minute examination) berkenaan keterangan atau kontensi DW2 bagi test the Second Defendants’ case against the veracity of the facts. Dalam pada ini, pemerhatian-pemerhatian berikut adalah dibuat: i. Pada permulaannya, DW2 sebagai seorang pengamal undang-undang mempunyai tanggungjawab fidusiari keatas transaksi-transaksi yang dikendalikan, ini termasuk dan tidak terhad kepada ambang “due diligence” yang PERLU dilakukan sebagai seorang pengamal undang-undang; ii. Peranan DW2 seharusnya bersifat konklusif dan bukan sewenang-wenangnya bergantung kepada dokumen-dokumen yang diberikan oleh Defendan Pertama semata-mata; iii. Tiada dokumen-dokumen dan/ atau keteranganketerangan lain yang telah dikemukakan oleh DW2 untuk mendasarkan kontensi bahawa tindakan transaksi pemperolehan Stesen Tersebut telah dikendalikan secara tekun dan wajar.
60
Plaintif berhujah bahawa norma sesebuah perjanjian yang melibatkan transaksi komersial bukan sahaja perlu mendalilkan klausa yang jelas, namun, memerlukan ketekunan yang wajar “due diligence” di antara pihak-pihak.
61
Di peringkat ini, DW2 telah mengakui bahawa beliau telah ber tindak bagi pihak KOPUTRA berkenaan transaksi bersama BHPetrol dan beliau juga bertindak bagi pihak Defendan Pertama vis-à-vis melalui Petromas Trading.
62
Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, ianya ada lah “a non-issue” bahawa DW2 mempunyai mandat sebagai Peguam untuk memerhatikan dua (2) transaksi tersebut secara terperinci dan konklusif.
63
Selaras dengan itu, DW2 juga mempunyai kapasiti penuh dan mempunyai tonnes of resources untuk mengenalpasti kesahihan dokumen-dokumen.
64
Secara mudah, sekiranya transaksi tersebut dikendalikan oleh seorang Peguam, terutamanya apabila dokumen-dokumen sekuriti juga disediakan oleh seorang Peguam, “due diligence” adalah satu keperluan sebelum apa-apa pemeteraian dilakukan. Hal ini adalah “deria normal kontrak”.”. [56] Berkenaan dengan Deed of Assignment yang disediakan oleh Defendan Kedua, peguam cara terpelajar Plaintif berhujah bahawa penyediaan dokumen itu adalah atas arahan yang diberikan oleh Defendan Pertama. Deed of Assignment itu berkaitan dengan dokumen-dokumen bagi pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol. Menurut peguam cara terpelajar Plaintif tiada apa-apa pernyataan kukuh daripada Defendan Kedua bagi merekodkan “due diligence telah dilaksanakan. Maka, apabila BHP menyatakan bahawa dokumen-dokumen tersebut adalah palsu, Defendan Kedua perlu membuat laporan berkenaan dengan pemalsuan dan penyelewengan oleh Defendan Pertama. Perkara yang tidak diambil tindakan oleh Defendan Kedua ini adalah aneh dan bukan tindakan yang sewajarnya. Peguam cara terpelajar Plaintif berhujah bahawa kes ini adalah merupakan kes yang jelas bahawa pelanggaran “due diligence” telah berlaku dan ianya adalah straightforward di mana kecuaian ini adalah bercanggah kepada tugas hakiki yang menyebabkan kerugian yang boleh dielakkan ke atas Plaintif. Peguam cara terpelajar Defendan Kedua: [57] Peguam cara terpelajar Defendan Kedua memberikan definisi fidusiari iaitu − “A fiduciary is legally defined as − A fiduciary is someone who has undertaken to act for or on behalf of another in a particular matter in circumstances which give rise to a relationship of trust and confidence. The distinguishing obligation of a fiduciary is the obligation of loyalty. The principal is entitled to the singleminded loyalty of his fiduciary. This core liability has several facets. A fiduciary must act in good faith; he must not make a profit out of his trust; he must not place himself in a position where his duty and his interest may conflict; he may not act for his own benefit or the benefit of a third person without the informed consent of his principal. This is not intended to be an exhaustive list, but it is sufficient to indicate the nature of fiduciary obligations. They are the defining characteristics of the fiduciary. This definition was adopted from the English case of Bristol and West Building Society v Mothew (t/a Stapley & Co) (1998) Ch 1 and applied in the Malaysian High Court case of CL Cosmetic Industries Sdn Bhd v Syed Subri Syed Agil and Anor (2024)
7
7.5.4 This case, incidentally, also provides the 4 essential ingredients of conspiracy to injure as pronounced in 2 Court of Appeal cases cited therein, i.e. − a) an agreement between two or more persons; b) the agreement is for the purpose of injuring another; c) acts done in execution of that agreement resulted in damage to the other; and d) damage resulted. The Court of Appeal in the Yeohata Machineries Sdn Bhd’s case cited therein states that all 4 ingredients must be pleaded and proved.”. [58] Sebagai balasan kepada hujahan utama peguam cara terpelajar Plaintif, peguam cara terpelajar Defendan Kedua menghujahkan − “As a whole the Plaintiff’s submission failed to cite relevant evidence adduced to support its allegation that D2 was negligent or that it conspired with D1, D3 and D4 to commit fraud or that it breached its fiduciary duty to the Plaintiff. It also failed to prove that D2 had a duty to do due diligence for the Plaintiff. As regards negligence and breach of fiduciary duty, the Plaintiff failed primarily to prove that the Plaintiff was its client and therefore owed a duty of care or its duty as a fiduciary. As regards conspiracy to defraud, the Plaintiff failed to plead and prove particulars of conspiracy to defraud. It was also not proved that D2 was expressly or impliedly required to do due diligence for the Plaintiff. Paragraphs 1 to 19 of the Plaintiff’s submission is a jumble of inaccurate statements. It states in paragraphs 16 and 18 that the Plaintiff’s claim is based on the law of contract and that D2 admitted it would return RM3.5 million to the Plaintiff. D2 submits that it had no contract with the Plaintiff nor was there evidence of any admission that D2 would pay back to the Plaintiff. The case cited in paragraph 19 is also irrelevant. Plaintiff is a non-client of D2: The allegation that D2 owes a duty of care or a fiduciary duty to the Plaintiff is unsupported by evidence. The evidence of D2’s testimony cited in these paragraphs is irrelevant to the duties alleged to be imposed on D2. The Plaintiff was not a client of D2 and the testimonies of PW1, PW2 and PW3 is clear evidence that the Plaintiff did not rely on D2’s advice or representations in entering the contract. They testified that they relied on the representation of D1 and their own internal due diligence. The two cases cited by the Plaintiff in Tab 10 and 11 of IAP in paragraph 76 are irrelevant to show that D2 has a duty to the Plaintiff. The case of Shanti Sundrekanabadi cited by the Plaintiff has to do with the duty of a solicitor to the Court and the failure to comply with such duty may make the solicitor personally liable for cost. The passage in the Federal Court case of Dato’ Azizan cited by the Plaintiff is again a case involving the improper citation of case law precedents for the Courts consideration. This tantamounts to misleading the court. Both these cases deal with duties to the Court and are irrelevant to the instant case. Here the issue is whether D2 owed a duty to a non-client, the Plaintiff. The Federal Court case of Puspaleela cited in D2’s submission … is authority that a solicitor owes no duty to a non-client.”. Dapatan Mahkamah: [59] Plaintif gagal membuktikan kesnya, atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan Kedua. Bagi pembuktian terhadap frod ini juga Mahkamah terikat dengan prinsip undang-undang kes yang telah diputuskan sebelum ini bahawa beban pembuktian juga adalah atas imbangan kebarangkalian sepertimana diputuskan dalam kes Noraini bt Mohamed Hadi v Pembangunan Tanah dan Perumahan Sdn Bhd and another appeal [2021] 4 MLJ 152 bahawa − “[179] The standard of proof for fraud in civil claims is that of the balance of probabilities. In Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 MLJ 1; [2015] 7 CLJ 584 Richard Malanjum CJ (Sabah and Sarawak) held that the standard of proof for all civil matters, whether they involve elements of fraud or otherwise, must now be interpreted as being on a balance of probabilities. The learned CJ (Sabah and Sarawak) observed ‘that in a civil claim even when fraud is alleged the civil standard of proof, that is, on the balance of probabilities, should apply … in the absence of a statutory provision to the contrary, proof in civil proceedings of facts amounting to the commission of a crime need only be on a balance of probabilities … (and that) Yong Tim v Hoo Kok Chong & Anor [2005] 3 CLJ 229 … is no longer the law …’. The standard of proof for fraud in a civil proceeding is clearly now on a balance of probabilities. [180] See also Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor v Secure Plantation Sdn Bhd [2017] 4 MLJ 697. [181] The incongruity between proofs of fraud in civil and criminal matters had been put to rest in Maheswari a/p Eliathamby & Anor v Koperasi Serbaguna Kebangsaan Bhd & Ors [2019] 1 MLJ 440 where Abang Iskandar JCA (now CJSS) concurred with Sinnaiyah’s case as follows: However, it must be noted as a matter of law that the standard of proof applicable in civil cases had been clarified by our apex court in the case of Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 MLJ 1; [2015] 7 CLJ 584. That decision was delivered on 10 August 2015. That case has put right, once and for all, what is the correct and proper standard of proof that shall be applicable in all civil cases in Malaysia. In the Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd our apex court had occasion to say as follows: The correct principle to apply is … where it was stipulated that at law, there are only two standards of proof, namely beyond reasonable doubt for criminal cases and on the balance of probabilities for civil cases. As such, even if fraud is the subject in a civil claim, the standard of proof is on the balance of probabilities. There is no third standard. Therefore, it is up to the presiding judge, after hearing and considering the evidence adduced as being done in any other civil claim, to find whether the standard of proof was attained. The criminal aspect of the allegation of fraud and the standard of proof required is irrelevant in the deliberation.”. [60] Dakwaan/tuduhan/alegasi oleh Plaintif bahawa Defendan Kedua tidak bertindak dengan “due diligence” telah memberikan peluang kepada Defendan Pertama bertindak secara FROD ke atas Plaintif dan Defendan Kedua seharusnya dipertanggungjawbkan untuk liabiliti kolektif, “he who has the key to open, must then close the gate” adalah tidak berasa. Ini kerana Mahkamah berpuas hati bahawa Defendan Pertama adalah bertanggungan secara individu dan berasingan dan bukan secara bersesama dengan Defendan Kedua. Plaintif telah gagal membuktikan “collective involvement” antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua bagi membuktikan collective responsibility di antara mereka. Tambahan lagi, Mahkamah berpendapat “key to open the gate” datangnya daripada Defendan Pertama dan “gate” tersebut, dalam kes ini Stesen Minyak BHPetrol, adalah dalam “compound” dan pengetahuan Defendan Pertama. [61] Selepas mendengar keterangan lisan saksi-saksi Plaintif dan Defendan Kedua sendiri, Mahkamah mendapati hasrat dan keinginan Plaintif untuk mengoperasikan Stesen Minyak BHPetrol tersebut dipelopori oleh Plaintif dan Defendan Pertama sendiri. Penglibatan secara langsung Defendan Kedua sebagai seorang peguam dalam urusan Plaintif dan Defendan Pertama adalah berdasarkan dokumen yang dimiliki oleh Defendan Pertama dan arahan Defendan Pertama yang kepada Defendan Kedua. [62] Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan peguam cara terpelajar Defendan Kedua dan fakta/kronologi peristiwa adalah jelas bahawa Defenda Kedua telah bertindak bagi Defendan dari mula hingga penamatan/pembatalan pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol atas kehendak Plaintif. [63] Berkenaan dengan isu Proposed Supply Agreement Between Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd And Petromas Trading (Operator) At BHPetrol Station Lebuhraya Plus Hentian Sebelah (Lay-By) Ladang Bikam, North Bound, Perak Darul Ridzuan bertarikh 26-1-2022, Plaintif meletakkan beban tugas 100% terhadap Defendan Kedua untuk memastikan dokumen itu sah dan bukan dokumen palsu. [64] Keterangan Defendan Pertama berkenaan dengan Perjanjian bertarikh 26-1-2022 ialah Defendan Pertama menyatakan bahawa Defendan Pertama tidak pernah menandatangani Perjanjian itu. Defendan Pertama hanya menandatangani Deed of Assignment bertarikh 3-2-2022 sahaja. Semasa Deed of Assignment ditandatangani, Perjanjian bertarikh 26-1-2022 tidak dilampirkan dan Deed of Assigment tidak merujuk kepada Perjanjian bertarikh 26-1-2022. Defendan Pertama menegaskan bahawa Defendan Pertama tiada pengetahuan/tiada kawalan/tidak terlibat berkenaan dengan segala urusan di antara BHPetrol dan Plaintif kerana urusan itu di bawah kendalian Defendan Kedua. [65] Persoalan ialah siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan Perjanjian bertarikh 26-1-2022 itu sah dan bukan dokumen palsu? Dalam keterangan Defendan Pertama menyatakan bahawa “Defendan Kedua menyediakan Proposed Supply Agreement bertarikh 26-1-2022 di luar pengetahuan dan/atau arahan dan/atau kawalan dan/atau persetujuan Defendan Pertama.”. [66] Mahkamah mendapati bahawa dakwaan/tuduhan Defendan Pertama bahawa Defendan Kedua ialah peguam yang menyediakan Proposed Supply Agreement bertarikh 26-1-2022 adalah benar-benar khilaf. Tiada bukti dikemukakan oleh Defendan Pertama, Proposed Supply Agreement bertarikh 26-1-2022 tidak memaparkan perkataan “Prepared by Tetuan Azaine & Fakhrul, Advocates & Solicitors” dan yang paling ketara ialah pada Recital E Deed of Assignment yang disediakan oleh Defendan Kedua, Deed of Assignment ini memperuntukkan bahawa sesalinan Supply and License Agreement bertarikh 27-6-2018 yang diakui salinan sah oleh pegawai BHP adalah dilampirkan bersama-sama dengan Deed of Assignment. [rujuk Ikatan Dokumen B3 ms 35-88]. [67] Apabila Plaintif bersetuju untuk menerima tawaran mengambilalih Stesen Minyak BHPetrol itu, Plaintif telah menjalankan “due diligence” di mana pelaburan sebanyak RM3,500,000.00 akan dikeluarkan oleh Plaintif telah dipersetujui oleh ahli-ahli Plaintif yang kemudiannya diuruskan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. [68] Dalam perbincangan, perjumpaan, mesyuarat dan komunikasi di antara Plaintif, Defendan Pertama dan Defendan Kedua menunjukkan bahawa Plaintif secara sukarela bersetuju untuk menerima tawaran “operatorship” Stesen Minyak BHPetrol. Selanjutnya, peranan Defendan Kedua sebagai peguam kepada Defendan Pertama melaksanakan tugasnya berkenaan dengan dokumentasi yang diperlukan. Apabila keseluruhan wang berjumlah RM3,500,000.00 telah berpindah tangan kepada Defendan Pertama baharulah Plaintif mendapati hasrat/keinginan Plaintif hapus sama sekali. Perjumpaan dengan pihak BHP adalah impak besar kepada keputusan Plaintif untuk membatalkan keseluruhan “projek” pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol tersebut. [69] Dalam keterangan di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah berpuas hati bahawa tuntutan Plaintif untuk mendapatkan kembali wang pelaburannya daripada Defendan Pertama adalah sah di sisi undang-undang. Surat pembatalan Plaintif dan maklum balas Defendan Pertama melalui peguamnya iaitu Defendan Kedua dengan jelas nyata membuktikan bahawa pengambilalihan tersebut tamat dan wang Plaintif perlulah dipulangkan oleh Defendan Pertama. Mahkamah ini bersetuju dengan peguam cara terpelajar Plaintif bahawa “jumlah terkini wang yang perlu dipulangkan oleh D1 kepada Plaintif tersebut adalah sebanyak RM3,462,000.00.”. [70] Fakta bahawa Plaintif hanya mengetahui bahawa Proposed Supply Agreement bertarikh 26-1-2022 itu palsu apabila bertemu dengan BHP dalam mesyuarat. Sama ada Plaintif yang melihat, membaca Proposed Supply Agreement bertarikh 26-1-2022 tersebut dan ada membuat pindaan kepada Proposed Supply Agreement bertarikh 26-1-2022 melakukan apa-apa “due diligence”? Tiada keterangan dikemukakan oleh Plaintif untuk mensyaki bahawa Proposed Supply Agreement bertarikh 26-1-2022 itu palsu. Plaintif hanya menunggu “feedback” daripada BHP, sedangkan transaksi pembayaran sebanyak RM3,500,000.00 sudah pun dibayar kepada Defendan Pertama. [71] Berdasarkan fakta kes, penglibatan Defendan Kedua dalam urusan dan transaksi pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol tersebut adalah aktif. Namun begitu, Defendan Kedua sebagai seorang peguam yang mewakili anak guamnya iaitu Defendan Pertama hanya memastikan kepentingan anak guamnya terpelihara. Tiada kewajipan/tugas/obligasi Defendan Kedua untuk menasihatkan Plaintif. Maklumat dan representasi yang dibuat oleh Defendan Kedua kepada Plaintif adalah berdasarkan arahan Defendan Pertama dan pembekalan dokumen relevan mengenai pengambilalihan “operatorship” juga dibekalkan oleh Defendan Pertama. [72] Mahkamah berpendapat dokumen Perjanjian pada tahun 2018 ialah perjanjian BHP dan syarikat Defendan Pertama di mana En. Tan Kim Thiam, Managing Director BHP dan Defendan Pertama menandatangani perjanjian tersebut. Manakala dokumen pada tahun 2022 yang dikatakan ditandatangani oleh En. Tan Kim Thiam sedangkan En. Tan Kim Thiam itu telah bersara dari BHPetrol pada 31-12-2019. Apabila maklumat sahih diterima daripada BHP, Plaintif membuat keputusan untuk membatalkan keseluruhan “projek” pengambilalihan Stesen Minyak BHP dan menuntut semula wang bayaran. Sebagai peguam yang mewakili Defendan Pertama, Defendan Kedua melaksanakan tugasnya dengan menguruskan pembayaran kepada Plaintif. Sama ada cek yang dikemukakan itu “laku” dan “boleh ditunaikan” oleh Plaintif, ini bergantung sepenuhnya kepada dana dalam akaun Defendan Pertama (Petromas Trading) dan/atau akaun Defendan Ketiga & Defendan Keempat (Warkah Harapan Enterprise). Kegagalan Plaintif memperoleh semula wang RM3,500,000.00 perlu dilaksanakan terhadap Defendan Pertama (Petromas Trading) dan bukannya terhadap Defendan Kedua. [73] Dalam pembelaan Defendan Kedua memplidkan bahawa segala arahan bagi pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol datangnya daripada Defendan Pertama iaitu mengenai dokumen yang dimiliki oleh Defendan Pertama, penerangan/butiran mengenai pengambilalihan dan tawaran kepada Plaintif. Semata-mata Defendan Kedua menetapkan/menyatakan jumlah harga bagi pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol tidak menjadi faktor kepada kebertanggungan Defendan Kedua. [74] Tugas Defendan Kedua untuk menyediakan Deed of Assigment dan pada Deed of Assignment tertera perkataan “Prepared by Tetuan Azaine & Fakhrul, Advocates & Solicitors”. [75] Hujahan peguam cara terpelajar Defendan Kedua iaitu − “The testimonies of PW1, PW2 and PW3 clearly establishes that it was D1 that made all the material representations at their meetings on 10.1.2022, 31.1.2022, 3.2.2022 and the site visit on 12.2.2022. This is borne out by the police report of the Plaintiff made on 9.3.2022 against D1 on pages 223 to 225 in Ikatan B4. PW1 and PW2 also testified that the contents of the police report was only intended against D1. This is also supported by the Plaintiff’s pleaded case in paragraph 10 of SOC cited above. It was also PW1 and PW2’s testimonies that D2 was not engaged by the Plaintiff until after the DOA was executed on 3.2.2022. They also testified that D2 did not act for the Plaintiff on any matter after 3.2.2022.”. [76] Kewajipan professional Defendan Kedua adalah terhadap anak guamnya iaitu Defendan Pertama sahaja. Defendan Kedua telah menyediakan Deed of Assigment dan klausa 11 Deed of Assignment memperuntukkan − “11. The parties hereto acknowledge that, in the event of conflict between this Deed and the Letter of Offer and/or the new Supply and License Agreement with the Company, the latter shall prevail.”. Defendan Kedua telah melaksanakan tugasnya sebagai peguam dengan menguruskan pemulangan semua wang yang telah diterima daripada Plaintif. Keterangan Defendan Kedua di hadapan Mahkamah ini “Saya tidak memegang sesen pun duit Plaintif. Semua telah dipulangkan.”. [77] Untuk mengukuhkan hujahannya, peguam cara terpelajar Defendan Kedua merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Shearn Delamore & Co v. Sadacharamani Govindasamy [2017] 2 CLJ 665 iaitu − “Aside from the 3 elements of negligence simpliciter i.e. − i) that a duty of care is owed to the Plaintiff by the Defendant; ii) that there was a breach of that duty of care; and iii) that in consequence thereof he suffered damages, there is a 4th element where it involves professional negligence, i e. − iv) that the standard of care expected is that of a reasonable practitioner in that profession and not merely that of an ordinary reasonable man. The Shearn Delamore case above states that in a professional negligence case all 4 elements must be pleaded and proved.”. [78] Selanjutnya, peguam cara terpelajar Defendan Kedua berhujah − “Taking all the testimonial evidence of D1, PW1, PW2, PW3, D2, D3 and D4 as a whole, the question that ought to be answered by this court is that if D1’s pleaded defence and case against D2 is true (which is denied), why is it that D1 took great pains and effort to settle the Plaintiff’s claim against all Defendants. In any event, the evidence of D1’s dishonoured cheque and the dishonoured cheque from Warkah Harapan Enterprise that D1 delivered to the Plaintiff, is more than sufficient evidence of an admission that D1 was the perpetrator of the fraud against the Plaintiff. We submit that D1 used the services of D2 as an instrument to create an atmosphere of credibility for his crooked scheme.”. [79] Mahkamah ini mendapati semata-mata arahan Defendan Kedua agar Plaintif membayar jumlah RM3,500,000.00 ke akaun Defendan Pertama tidak boleh sama sekali mempertanggungkan Defendan Kedua. Sebagai peguam kepada Defendan Pertama, hasil daripada “projek” pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol adalah untuk Defendan Pertama. Hubungan Defendan Kedua dengan Defendan Pertama ialah peguam-anak guam dan bukan atas kapasiti perkongsian mahupun joint-venture. [80] Sepertimana peguam-peguam yang membentangkan kes mereka masing-masing di hadapan Mahkamah ini, peguam-peguam amat mengharapkan keterangan dan pernyataan fakta anakguam masing-masing. Defendan Kedua juga begitu. Defendan Kedua mewakili Defendan Pertama untuk merealisasikan rencana “projek” pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol dari awal dengan Defendan Pertama. Mahkamah tidak menemui apa-apa bukti rencana jahat oleh Defendan Kedua terhadap anakguamnya (Defendan Pertama) mahupun terhadap bukan anakguamnya (Plaintif). Segala dokumen yang berada dalam milikan Defendan Pertama “berdiri dengan sendirinya” untuk disuakan kepada Plaintif tanpa perlu menunggu Deed of Assignment disediakan oleh Defendan Kedua. [81] Deed of Assignment oleh Defendan Kedua tidak dicabar oleh mana-mana pihak dalam kes ini. Sewajarnyalah Deed of Assignment tersebut dibuat secara teratur di sisi undang-undang dan Defendan Kedua telah melakukan “due diligence” bagi penyediaan Deed of Assignment. Pembatalan pengambilalihan Stesen Minyak BHPetrol adalah keputusan BHP tanpa merujuk kepada Defendan Kedua. BHP juga diwakili oleh peguamnya ketika pertemuan dengan Plaintif dan Defendan Kedua. Pemulangan semula wang Plaintif sebanyak RM3,500,000.00 dibuat selepas berlakunya pembatalan dan siasatan polis ke atas aduan Plaintif. Defendan Kedua tidak disiasat oleh polis. Defendan Kedua menyatakan bahawa tiada apa-apa wang yang disimpan oleh Defendan Kedua sebagai stakeholder untuk diserahkan kepada Defendan Pertama. Penutup [82] Berdasarkan alasan yang dinyatakan dalam penghakiman ini, Plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan Kedua dan dengan itu Mahkamah ini memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif dengan kos. Bertarikh: 29 November 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Plaintif: Moganeysha bersama-samanya Suzana Ali & Ariffin Tetuan Moga & Associates, Kuala Lumpur Bagi Defendan Pertama: Nurul Huda bersama-samanya Muhammad Qurtubi Kamaruldzaman Tetuan Luqman Iswatt & Partners, Kuala Lumpur Bagi Defendan Kedua: Godfrey D’Cruz bersama-samanya Mak Jun Yeen Tetuan Godfrey D’Cruz & Co., Petaling Jaya Bagi Defendan Ketiga & Defendan Keempat Izzaida Zamani bersama-samanya Nur Aqilah Azaldin Tetuan CK Ling Izzaida & Irna, Petaling Jaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.