Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SAMAN PEMULA NO. CA-24NCVC-31-02/2023 ANTARA KOPERASI PERUMAHAN KLUANG BERHAD ...PEMOHON (NO. PENDAFTARAN: 2581)
CA-24NCvC-31-02/2023
High Court of Malaysia7 Nov 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“partner or counsel. But that does not alter the primary principles of partnership. The settlement of any dues by a client is always to the firm and not to any individual partner. That is also why the Legal Profession Act 1976 (Act 166) mandates the cover of insurance to protect clients, the firm and the practice." [14]”
“ahkamah Rayuan dalam Toh Fong Cheng & Ors v. Pang Choon Kiat & Ors and another appeal [2020] CLJU 2123; [2020] 1 LNS 2123; [2020] MLJU 1476 menjelaskan perkara ini sebegini: "[136] Section 11 of the Partnership Act 1961 makes all the partners of the firm liable jointly or all debts and obligations of the firm incurred”
“branch of the legal firm and that he had no knowledge of the matter does not absolve him in law of his liability as a partner of the firm.". (Rujuk juga MBF Capital Bhd & Anor v.Tommy Thomas & Anor [1997] CLJU 295; [1997] 1 LNS 295; [1997] MLJU 481) [21] Pemohon tentunya tahu bahawa peruntukan yang dinyatakan dalam Akt”
“he had no knowledge of the matter does not absolve him in law of his liability as a partner of the firm.". (Rujuk juga MBF Capital Bhd & Anor v.Tommy Thomas & Anor [1997] CLJU 295; [1997] 1 LNS 295; [1997] MLJU 481) [21] Pemohon tentunya tahu bahawa peruntukan yang dinyatakan dalam Akta Perkongsian 1961 secara jelas da”
“Legal Firm whereas D3 and D4 were partners in the Petaling Jaya branch at the material time. See the case of Southern Empire Development Sdn Bhd v. Tetuan Shahinuddin & Ranjit & Ors [2008] 5 CLJ 195; [2008] MLJU 60 in the context of liability of a partnership for a law firm vis-a-vis liability and the case of Alan Mich”
“p.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 [13] Hakim Mary Lim (pada waktu itu) dalam Buana Perdana Sdn. Bhd. v. Chan Siew Cheong & Ors [2011] CLJU 1315, [2012] 8 MLJ 367, [2012] 1 AMR 560 menjelaskan dengan lebih terperinci sebegini: "...The partnership rem”
“ersekutuan. (Rujuk : Khalek Awang & Anor v Koperasi Perumahan Kluang Bhd & Anor Appeal [2021] 10 CLJ 238, (Mahkamah Rayuan), Koperasi Perumahan Kluang Bhd lwn Mohd Nazrul Izad Mohd Arshad & Yang Lain [2019] CLJU 2027 (Mahkamah Tinggi). [5] Sejajar dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan tersebut, Pemo”
“does not thereby cease to be liable for partnership debts or obligations incurred before his retirement.” [20] Mahkamah Rayuan dalam Toh Fong Cheng & Ors v. Pang Choon Kiat & Ors and another appeal [2020] CLJU 2123; [2020] 1 LNS 2123; [2020] MLJU 1476 menjelaskan perkara ini sebegini: "[136] Section 11 of the Partnersh”
“for partnership debts or obligations incurred before his retirement.” [20] Mahkamah Rayuan dalam Toh Fong Cheng & Ors v. Pang Choon Kiat & Ors and another appeal [2020] CLJU 2123; [2020] 1 LNS 2123; [2020] MLJU 1476 menjelaskan perkara ini sebegini: "[136] Section 11 of the Partnership Act 1961 makes all the partners o”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SAMAN PEMULA NO. CA-24NCVC-31-02/2023 ANTARA KOPERASI PERUMAHAN KLUANG BERHAD ...PEMOHON (NO. PENDAFTARAN: 2581)
7
CIK HAZLINA BINTI HASSAN (NO. AHLI BC/H/829) ...RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN 12/06/2024 09:34:42 CA-24NCvC-31-02/2023 Kand. 54 MUKADIMAH [1] Pemohon telah memfailkan Guaman Sivil No. 22 NCVC-52-09/2016 (“Guaman 2016”) terhadap Mohd Nazrul Izad bin Mohd Arshad, Khalek bin Awang (sebagai rakan dalam Tetuan Khalek Awang & Associates) dan Zakhirah @ Zamariah binti Mohd Zabidi (sebagai rakan dalam Tetuan Khalek Awang & Associates). Kausa tindakan Pemohon adalah untuk perlaksanaan spesifik dan kecuaian/frod/kegagalan dalam pelaksanaan tugas fidusiari, berdasarkan kepada dakwaan Pemohon bahawa Mohd Nazrul telah menipu atau/dan bersubahat dengan Khalek Awang dan Zakhirah untuk menipu Pemohon. [2] Penghakiman Ingkar telah dimasuki terhadap Mohd Nazrul setelah beliau gagal memasukkan kehadiran. [3] Selepas bicara penuh, Mahkamah Tinggi telah memberi keputusan yang memihak kepada Pemohon dan mengisytiharkan Khalek Awang dan Zakhirah sebagai cuai/frod/gagal dalam melaksanakan tugas fidusiari mereka. Khalek Awang dan Zakhirah juga diperintahkan untuk membayar kepada Pemohon RM919,218.00 yang hendaklah dibuat tolakan (set off) dari jumlah RM1,134,397.00 yang diperintahkan untuk dibayar oleh Pemohon kepada PJD Harvest Sdn Bhd melalui perintah Mahkamah dalam suatu kes lain. [4] Rayuan Pemohon terhadap keputusan pembayaran secara tolakan itu dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 12.3.2021. Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Khalek Awang dan Zakhirah untuk membayar RM1,134,397.00 kepada Pemohon, selain faedah dan kos. Rayuan Khalek Awang dan Zakhirah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu telah ditolak. Notis Usul Khalek Awang dan Zakhirah untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. (Rujuk : Khalek Awang & Anor v Koperasi Perumahan Kluang Bhd & Anor Appeal [2021] 10 CLJ 238, (Mahkamah Rayuan), Koperasi Perumahan Kluang Bhd lwn Mohd Nazrul Izad Mohd Arshad & Yang Lain [2019] CLJU 2027 (Mahkamah Tinggi). [5] Sejajar dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan tersebut, Pemohon menuntut RM2,808,035.23 dari Khalek Awang dan Zakhirah. [6] Memandangkan notis tuntutannya tidak diendahkan, Pemohon memfailkan Saman Pemula yang di hadapan Mahkamah ini sekarang terhadap Tetuan Khalek Awang & Associates (“KAA”), yang mana Khalek Awang dan Zakhirah adalah rakan kongsi utama, dan juga terhadap Responden Kedua – Ketujuh yang semuanya merupakan rakan kongsi KAA. Saya telah menolak Saman Pemula ini dengan kos. [7] Berikut adalah alasan-alasan kenapa saya mencapai keputusan sedemikian. LATAR BELAKANG [8] Seperti yang telah saya jelaskan di perenggan terdahulu, Saman Pemula di hadapan saya ini difailkan oleh Pemohon (yang merupakan plaintif dalam Guaman 2016 itu) terhadap KAA dan Responden Kedua – Ketujuh yang semuanya merupakan rakan kongsi KAA. Pemohon memplid bahawa keputusan Mahkamah ini bagi Guaman 2016 boleh dikuatkuasakan terhadap semua Responden melalui Saman Pemula ini. Memandangkan Saman Pemula ini adalah susulan kepada Guaman 2016 itu, maka fakta dan latar belakang bagi Guaman 2016 bolehlah terpakai sepenuhnya bagi Saman Pemula ini. Mahkamah ini dapati Hakim Mahkamah Tinggi Hassan Abdul Ghani dalam alasan penghakimannya bagi Guaman 2016 telah mengungkapkan fakta dan latarbelakang yang amat terperinci dan lengkap bagi Guaman 2016 itu (rujuk Koperasi Perumahan Kluang Bhd lwn Mohd Nazrul Izad Mohd Arshad & Yang Lain (supra)). Oleh itu saya menurunkan sepenuhnya fakta dan latar belakang tersebut seperti berikut:
i
Pada sekitar bulan Jun 2010, seorang broker tanah yang dikenali sebagai Tan telah merepresentasi kepada setiausaha Plaintif bahawa Syarikat Pravest Sdn Bhd berhasrat untuk mengusahakan secara usahasama tanah miliknya H.S (D) 18906 PT 1664 Mukim Penor, Kuantan seluas 850.3 ekar (“Tanah itu”).
II
(ii) Tan telah membawa setiausaha syarikat Pemohon, seorang dari wakil syarikat Wonderful Mineral Resources Sdn Bhd dan seorang wakil dari syarikat Karisma Sempurna Sdn Bhd, ke pejabat KAA untuk berjumpa dengan Mohd Lukman bin Mat Isa, Pembantu Undang-Undang KAA dan Mohd Nazrul. Lukman telah merepresentasi KAA dilantik sebagai peguam Pravest yang mengendalikan fail berkaitan usahasama tersebut dan Mohd Nazrul adalah Pengerusi Pravest dan diberi segala kuasa berkaitan perjanjian untuk maksud usahasama tersebut.
III
(iii) Pada mesyuarat selanjutnya di pejabat KAA, Plaintif telah diserahkan dengan sesalinan Resolusi Pravest dan sesalinan surat pelantikan dari Pravest, kedua-duanya bertarikh 6.6.2010.
IV
(iv) Melalui KAA, Mohd Nazrul telah meminta wang sebanyak RM500,000.00 sebagai balasan bagi memasuki JVA. Plaintif telah membuat bayaran sebanyak RM500,000.00 tersebut melalui peguam Wonderful dan diakui terima oleh KAA sebagai pemegang amanah bagi pihak Pravest.
v
JVA telah ditandatangani antara Plaintif dengan Wonderful, Karisma dan Pravest pada 29.7.2010. Menurut JVA, Pravest bersetuju untuk menyewa Tanah itu kepada Plaintif yang akan mengusahakan tanaman kelapa sawit.
VI
(vi) Plaintif telah melantik pihak kontraktor untuk melakukan kerja-kerja awalan di atas Tanah itu. Pada 8.3.2011 wakil Pravest telah menghalang kontraktor Plaintif daripada meneruskan kerja di atas Tanah itu. Setelah menyedari apa yang berlaku, wakil Pravest tersebut telah memaklumkan Plaintif bahawa Pravest sebenarnya tidak pernah membenarkan sesiapa melaksanakan kerja-kerja di atas Tanah itu.
VII
(vii) Pada hari yang sama Plaintif melalui surat memaklumkan kejadian ini kepada KAA. Pada 10.3.2011, KAA telah membalas surat Plaintif sambil mengesahkan Tanah itu milik anak guam KAA dan membenarkan Plaintif meneruskan kerja.
VIII
(viii) Pada 11.3.2011, Plaintif menerima surat daripada Tetuan Cheang & Arif selaku peguam Pravest menafikan pengarah-pengarahnya pernah menandatangani JVA dengan Plaintif. Ekoran surat ini, Plaintif telah memberhentikan kesemua kerja di atas Tanah itu.
IX
(ix) Plaintif kemudiannya memfailkan Guaman Writ No. 22-55-2011 di Mahkamah Tinggi Kuantan [Guaman 2011] terhadap Pravest untuk mendapatkan perintah deklarasi, pelaksanaan spesifik dan injunksi terhadap Pravest untuk menguatkuasakan terma-terma JVA tersebut.
x
Selepas perbicaraan penuh, tuntutan Plaintif telah ditolak dengan kos. Mahkamah memerintahkan Plaintif membayar Pravest sebanyak RM 1,104,402.91.
i
Khalek Awang mengatakan KAA mengenali Mohd Nazrul apabila dia datang ke pejabat KAA mewakili Pravest dan melantik KAA sebagai peguam cara Pravest pada pertengahan 2010 bagi maksud menyediakan JVA. Mohd Nazrul memperkenalkan dirinya sebagai Pengerusi Pravest dan diberi kuasa untuk menguruskan dan memberi arahan kepada KAA berhubung JVA tersebut.
II
(ii)
Preamble
Menurut Khalek Awang lagi, KAA ada meminta daripada Mohd Nazrul surat rasmi pelantikan daripada Pravest. Mohd Nazrul lalu menyerahkan surat pelantikan bertarikh 6.6.2010 kepada KAA yang mengesahkan perlantikan KAA sebagai peguam Pravest, satu resolusi Pravest yang ditandatangani oleh semua pengarah dan setiausaha Pravest, serta salinan asal hakmilik Tanah itu.
III
(iii) Khalek Awang mengatakan beliau tidak syak pelantikan KAA tidak teratur dan tidak diberi kuasa kerana Pravest telah keluarkan surat perlantikan menggunakan kepala surat Pravest, Resolusi Pravest ditandatangani oleh semua pengarah dan setiausaha syarikat dan diberi salinan hakmilik tanah tersebut. Butir-butir pengarah dan setiausaha syarikat bersamaan dengan carian SSM yang dibuatnya.
IV
(iv) Khalek Awang mengatakan RM500,000.00 yang dibayar oleh peguam Wonderful dipersetujui dibayar kepada Mohd Nazrul sebagai "consultation fee", sejajar dengan Resolusi Pravest yang membenarkan pembayaran consultation fee itu.
v
KAA menafikan tuntutan Plaintif dan mengatakan mereka telah bertindak secara profesional selaras dengan standard yang diperlukan ke atas seorang peguam cara dalam keupayaan, pengetahuan dan pengalaman mereka. KAA juga mengatakan Plaintif diwakili oleh peguamcara sendiri dalam JVA, justeru itu mereka tidak bertanggungjawab kepada Plaintif.
VI
(vi) Tetuan Andrew David Wong & Ong mewakili Khalek Awang dan Zakhirah Zabidi, sebagai orang yang diinsurankan di bawah skim Bar Council Professional Indemnity Insurance. DAPATAN [9] Keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan adalah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam perenggan sebelum ini. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan selepas bicara penuh bagi Guaman 2016 pada 27.2.2019, dan Mahkamah Rayuan selanjutnya telah membuat keputusan pada 12.3.2021 berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, yang secara ringkasnya menetapkan liabiliti Khalek Awang dan Zakhirah dan memerintahkan Khalek Awang dan Zakhirah membayar sejumlah wang yang dinyatakan kepada Pemohon. [10] Persoalan di hadapan Mahkamah ini sekarang adalah bolehkah keputusan dan perintah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan itu dikuatkuasakan terhadap Responden Pertama - Responden Ketujuh. Jika ya, Mahkamah ini dipohon untuk memberi kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding kebankrapan terhadap Responden Kedua - Ketujuh menurut Aturan 77 kaedah 4 dan 5. [11] Bagi maksud itu, perlulah terlebih dahulu bagi Mahkamah ini melihat apakah yang dimaksudkan dengan “perkongsian” seperti diperuntukkan di bawah Akta Perkongsian 1961, khususnya seksyen 3, 6, 7, 11 dan 12 Akta itu. Subseksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961 menjelaskan maksud “perkongsian” sebagai “the relation which subsists between persons carrying on business in common with a view of profit”. Seksyen 6 Akta itu pula memperuntukkan: “Persons who have entered into partnership with one another are, for the purposes of this Act, called collectively a firm, and the name under which their business is carried on is called the firm-name.” Seksyen 7 menyatakan: “... the acts of every partner who does any act for carrying on in the usual way business of the kind carried on by the firm of which he is a member bind the firm and his partners, unless the partner so acting has in fact no authority to act for the firm in the particular matter ...” Mengenai liabiliti, seksyen 11, 12 dan 14 Akta itu masing-masingnya memperuntukkan: “Every partner in a firm is liable jointly with the other partners for all debts and obligations of the firm incurred while he is a partner; and after his death his estate is also severally liable in a due course of administration for such debts and obligations, so far as they remain unsatisfied but subject to the prior payment of his separate debts.” “Where, by any wrongful act or omission of any partner acting in the ordinary course of the business of the firm or with the authority of his co-partners, loss or injury is caused to any person not being a partner in the firm, or any penalty is incurred, the firm is liable therefor to the same extent as the partner so acting or omitting to act”. “Every partner is liable jointly with his co-partners and also severally for everything for which the firm while he is a partner therein becomes liable under section 12 or 13.” [12] Hishamudin Mohd Yunus J (pada waktu itu) dalam Southern Empire Development Sdn Bhd v Tetuan Shahinuddin & Ranjit & Ors [2008] 5 CLJ 195 menjelaskan bahawa walaupun perkongsian boleh disaman sebagai suatu entiti undang-undang, tetapi ia hanyalah suatu “artificial legal entity” kerana secara sendirinya ia tidak boleh berbuat apa-apa dan tidak boleh dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan. Apa-apa perbuatan atau tinggalan oleh rakan kongsi dalam suatu perkongsian adalah dianggap sebagai perbuatan atau tinggalan oleh perkongsian itu. Hakim Hishamuddin memutuskan: “ ...the liability of the firm/partnership is distinct and different from the liability of the firm's partners. It is true that a partnership, being not a human being but merely an artificial legal entity, on its own can do nothing. Thus on its own it can do no wrong. The partnership acts through its human agency - its partners. Every act or omissions of the partners directly pertaining to the partnership is in law deemed to be an act or an omission of the partnership.” [13] Hakim Mary Lim (pada waktu itu) dalam Buana Perdana Sdn. Bhd. v. Chan Siew Cheong & Ors [2011] CLJU 1315, [2012] 8 MLJ 367, [2012] 1 AMR 560 menjelaskan dengan lebih terperinci sebegini: "...The partnership remains an association of individuals who, by reason of their art and skills necessarily offer that expertise personally instead of through the establishment of a corporate sole. And, that is how a legal practice is operated in this country, just as much as anywhere else in the world. Insofar as the client is concerned, his dealings are with the firm and not a particular partner. He may, however, request for the services of a particular partner or counsel due to some peculiar reason or purpose and be charged the fees appropriate to that partner or counsel. But that does not alter the primary principles of partnership. The settlement of any dues by a client is always to the firm and not to any individual partner. That is also why the Legal Profession Act 1976 (Act 166) mandates the cover of insurance to protect clients, the firm and the practice." [14] Secara ringkasnya, menurut undang-undang, perkongsian adalah suatu entiti undang-undang yang tidak dapat dipisahkan dari rakan kongsi dalam perkongsian itu. Rakan kongsilah yang diktiraf sebagai “legal persons” bagi maksud hutang atau liabiliti sesuatu perkongsian dan liabiliti rakan kongsi itu adalah atas dasar “joint and severally liable”. [15] Guaman 2016 difailkan oleh Pemohon terhadap Mohd Nazrul, Khalek Awang dan Zakhirah atas kapasiti mereka selaku rakan kongsi KAA. Berdasarkan peruntukan-peruntukan dalam Akta Perkongsian 14 1961 yang telah dititipkan di perenggan terdahulu serta keputusan Mahkamah dalam kes-kes terdahulu yang disebutkan tadi, jelaslah walaupun KAA tidak dinamakan sebagai suatu pihak dalam Guaman 2016, namun liabiliti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terhadap Khalek Awang dan Zakhirah sebagai rakan kongsi KAA menyebabkan liabiliti itu dianggap sebagai liabiliti KAA. Namun demikian, liabiliti KAA itu perlu ditanggung oleh rakan-rakan kongsi KAA yang telahpun menjadi rakan kongsi KAA tatkala perbuatan atau tinggalan yang menjadi perkara dalam Guaman 2016 itu dilakukan. [16] Kausa tindakan Pemohon terhadap Mohd Nazrul, Khalek Awang dan Zakhirah dalam Guaman 2016 terakru pada 29.7.2010, tarikh bilamana JVA telah ditandatangani antara Pemohon dengan Wonderful, Karisma dan Pravest di pejabat KAA. [17] Tarikh Responden-Responden Kedua hingga Ketujuh menjadi rakan kongsi dalam KAA adalah seperti berikut: Responden Tarikh menjadi rakan kongsi KAA D2 1.4.2012 D3 5.8.2010 Responden Tarikh menjadi rakan kongsi KAA D4 1.8.2012 D5 1.12.2020 D6 1.12.2020 D7 16.5.2014 [18] Responden-Responden Kedua, Ketiga, Keempat dan Ketujuh telah menjadi rakan kongsi dalam KAA semasa Guaman 2016 difailkan pada 21.9.2016 oleh Pemohon terhadap Mohd Nazrul, Khalek Awang dan Zakhirah. Manakala Responden Kelima dan Keenam belum lagi menjadi rakan kongsi KAA pada tarikh 21.9.2016 itu. [19] Semasa Pemohon memfailkan Guaman 2016, ia dengan sengaja tidak menamakan Responden-Responden Kedua, Ketiga, Keempat dan Ketujuh walaupun mereka pada tarikh Guaman 2016 itu difailkan telahpun menjadi rakan kongsi KAA. Sebaliknya Pemohon dengan jelas hanya menamakan Khalek Awang dan Zakhirah. Bukan itu sahaja, jikapun Pemohon menamakan Responden-Responden Kedua, Ketiga, Keempat dan Ketujuh dalam Guaman 2016, penghakiman tentunya tidak boleh dimasukkan terhadap mereka kerana seksyen 11 dan seksyen 19 Akta Perkongsian 1961 menyatakan dengan jelas bahawa rakan kongsi sesuatu perkongsian akan hanya bertanggungan bagi sesuatu keberhutangan dan obligasi perkongsian yang terakru pada waktu dia adalah rakan kongsi. Seksyen 11 dan 19 tersebut adalah seperti berikut: “11. Liability of partners Every partner in a firm is liable jointly with the other partners for all debts and obligations of the firm incurred while he is a partner; and after his death his estate is also severally liable in a due course of administration for such debts and obligations, so far as they remain unsatisfied but subject to the prior payment of his separate debts.
19
Liability of incoming and outgoing partners
1
A person who is admitted as a partner into an existing firm does not thereby become liable to the creditors of the firm for anything done before he became a partner.
2
A partner who retires from a firm does not thereby cease to be liable for partnership debts or obligations incurred before his retirement.” [20] Mahkamah Rayuan dalam Toh Fong Cheng & Ors v. Pang Choon Kiat & Ors and another appeal [2020] CLJU 2123; [2020] 1 LNS 2123; [2020] MLJU 1476 menjelaskan perkara ini sebegini: "[136] Section 11 of the Partnership Act 1961 makes all the partners of the firm liable jointly or all debts and obligations of the firm incurred while he is a partner ... [137] Neither would the kind of partnership, here that of a salaried partnership of D3, make any difference where liability is concerned. It is for D3 to get the necessary indemnity from the principal partner Madam FL Foo in the event of being sued; which indeed she had as can be seen at page 472 RR Enclosure 7 in her employment as a salaried partner effective from 3.5.2010. No amount of arrangements between the partners inter-se whether as salaried, commission or equity partners in charge of separate projects or assignments or branches would affect the world at large that deals with the partnership as a whole. Here D5 and D6 were said to be partners on the Kuala Lumpur branch of the Legal Firm whereas D3 and D4 were partners in the Petaling Jaya branch at the material time. See the case of Southern Empire Development Sdn Bhd v. Tetuan Shahinuddin & Ranjit & Ors [2008] 5 CLJ 195; [2008] MLJU 60 in the context of liability of a partnership for a law firm vis-a-vis liability and the case of Alan Michael Rosario v. Merbok MDF Sdn Bhd [2011] 1 CLJ 433 where the Court of Appeal held that the allegation that one partner was not an equity partner of the main branch of the legal firm and that he had no knowledge of the matter does not absolve him in law of his liability as a partner of the firm.". (Rujuk juga MBF Capital Bhd & Anor v.Tommy Thomas & Anor [1997] CLJU 295; [1997] 1 LNS 295; [1997] MLJU 481) [21] Pemohon tentunya tahu bahawa peruntukan yang dinyatakan dalam Akta Perkongsian 1961 secara jelas dan nyata menghalang Pemohon dari menamakan Responden Kedua, Ketiga, Keempat dan Ketujuh dalam Guaman 2016 walaupun pada tarikh Guaman 2016 itu difailkan mereka telahpun menjadi rakan kongsi dalam KAA. Ini kerana mereka bukan rakan kongsi KAA semasa tarikh kausa tindakan terakru. [22] Bagi Responden Kelima dan Keenam pula mereka hanya menjadi rakan kongsi KAA selepas tarikh Guaman 2016 difailkan, dan jelas sekali bukan rakan kongsi semasa tarikh kausa tindakan terakru. PENUTUP [23] Undang-undang dengan jelas memperuntukkan bahawa Pemohon hanya boleh mengambil tindakan perlaksanaan berkaitan keputusan dan perintah yang diberikan oleh Mahkamah bagi Guaman 2016 terhadap Mohd Nazrul, Khalek Awang dan Zakhirah. Dalam konteks rakan kongsi KAA pelaksanaan hanya boleh diteruskan terhadap Khalek Awang dan Zakhirah, dan bukan selain mereka. [24] Tindakan Pemohon dalam memfailkan Saman Pemula ini jelas merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Maka, Mahkamah ini menolak permohonan Pemohon dengan kos RM8,000.00 bagi setiap Responden. Bertarikh pada : 28 Mei 2024 -t.t- (MOHD RADZI BIN HARUN) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya PIHAK-PIHAK Peguam Pemohon : Encik Krishnan Narayanan Nair Tetuan N. Krishnan Nair & Co No. 109, Jalan Bukit lmpian 10 Taman lmpian Emas 81300 Johor Bahru, Johor Emel : krishnair5107@yahoo.com Ruj. : NKN/CIV-WS/1005/2017/K Peguam Responden Pertama : Puan Nur Hamizah binti Abdul Rahman Tetuan Khalek Awang & Associates No. 59-3. Tingkat 3, Blok E Platinum Walk No. 2, Jalan Langkawi, Setapak 53300, Kuala Lumpur Emel : khalekawang@yahoo.com Ruj. : :KA/L/G/KAA-2023) Peguam Responden Kedua, Keempat & Ketujuh : Encik Abd Shukor Tokachil Tetuan Shukor & Associates Suite 15.22.1Sth Floor, Wisma Zelan No. 1, Jalan Tasik Permaisuri 2 Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur Emel : shukor@shukorassociates.com Ruj. : SA/2.2/498/2023/KPLB(KAA) Peguam Responden Ketiga : Encik Syed Afiq Syed Albakri Tetuan Zharif Nizamuddin No.22-2. Plato Jalan USJ Heights 1/1C 47500 Subang Jaya, Selangor Emel : office@zn.legal Ruj. : L.23.012 Peguam Responden Kelima & Keenam Encik Justin Lee Soong Jun Tetuan Azim, Tunku Farik & Wong Unit 5-03, 5th Floor Wisma Badan Peguam Malaysia No. 2, Lebuh Pasar Besar 50100 Kuala Lumpur Emel : info@atfw.com.my Ruj. : 7.051.558
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.