Lampiran
Lampiran E Pelan Tanah Yang Terlibat. Adalah menjadi satu kewajipan untuk merujuk kepada penerangan berkaitan bahagian tanah baki A dan B yang betul supaya pengiraan pampasan adalah lebih tepat. 3.6 Tuntutan Pampasan Struktur Bangunan Perkara Penilai Responden Penilai Pemohon Award Pentadbir Tanah Bangunan : Struktur Binaan Tiada Garaj 1 RM70,000.00 Garaj 2 RM58,100.00 Office RM452,100.00 Jumlah : RM580,200.00 Garaj 1, 2 dan Pejabat Berdasarkan kepada Laporan Penilaian Responden menyatakan bahawa semasa siasatan dijalankan, didapati bahawa tiada struktur bangunan yang terlibat dengan jajaran pengambilan dan oleh yang demikian tiada pampasan diberikan. Namun semasa siasatan Agensi Pengambil telah bersetuju untuk mengambil tanah baki bahagian B dan juga struktur bangunan tersebut. Pentadbir Tanah telah memberikan pampasan sebanyak RM265,000.00 bagi struktur bangunan garaj 1, garaj 2 dan pejabat namun nilaian terperinci tidak dinyatakan. Saya berpendapat bahawa tuntutan pampasan ke atas struktur bangunan ini sudah melebihi apa yang sepatutnya kerana tiada pampasan boleh diberikan kepada struktur bangunan yang telah melanggar syarat dan kategori tanah iaitu sebagai tanah pertanian. Oleh yang demikian, pampasan ke atas struktur bangunan DIKEKALKAN. 3.7 Tuntutan Penjejasan Tanah Baki (Pecah Pisah & Kesan Mudarat) Perkara Penilai Responden Penilai Pemohon Award Pentadbir Tanah Pecah Pisah Para 2 (c) Tanah Baki A 1,955 m.p. @ RM250 s.m.p. (RM23.23 s.k.p.) (5% kadar tanah) Jumlah : Tanah Baki B 2,153 m.p. @ RM250 s.m.p. (RM23.23 s.k.p.) (5% kadar tanah) Jumlah : Jumlah Keseluruhan : Tanah Baki 3,819 m.p. @ RM270 s.m.p. (RM25.09 s.k.p.) (80% kadar tanah) Jumlah : Tiada Kesan Mudarat Para 2 (d) Tanah Baki A 1,955 m.p. @ RM250 s.m.p. (RM23.23 s.k.p.) (5% kadar tanah) Jumlah : Tiada Tanah Baki A Tanah Baki B 2,153 m.p. @ RM250 s.m.p. (RM23.23 s.k.p.) (5% kadar tanah) Jumlah : Jumlah Keseluruhan : Jumlah Keseluruhan Saya telah meneliti hujah Penilai Pemohon berkaitan penjejasan baki tanah akibat pecah pisah yang akan berlaku selepas pengambilan. Penilai Pemohon telah mengesyorkan tuntutan pecah pisah dengan 80% kadar tanah ke atas baki tanah iaitu 3,819 m.p., manakala Penilai Responden pula hanya mempertimbangkan faktor pecah pisah dengan kadar 5% daripada kadar tanah bagi keluasan baki tanah A dan B. Saya bersetuju dengan Pentadbir Tanah di mana tiada award tambahan sewajarnya diberikan bagi tuntutan penjejasan tanah baki ke atas faktor pecah pisah kerana Pentadbir Tanah telah mengesyorkan supaya baki tanah B di ambil kesemuanya. Oleh yang demikian, tidak berlaku pecah pisah ke atas tanah baki. Manakala untuk tuntutan kesan mudarat ke atas tanah baki, Penilai Pemohon tidak menuntut sebarang pampasan manakala Penilai Responden pula mempertimbangkan kadar 5% daripada kadar tanah bagi keluasan baki tanah A dan B. Oleh yang demikian, setelah menyemak ke semua fakta yang dikemukakan, saya berpandangan bahawasanya memang wujud faktor kesan mudarat ke atas penjejasan tanah baki sepertimana dinyatakan oleh kedua-dua penilai dan bersetuju dengan kadar yang diberikan oleh Pentadbir Tanah iaitu sebanyak 15% ke atas nilai tanah bagi keluasan baki tanah A. Oleh yang demikian, award Pentadbir Tanah berkaitan penjejasan kesan mudarat ke atas baki tanah A adalah DIKEKALKAN. 3.8 Lain-Lain Tuntutan (Kacau Ganggu Pendapatan) Perkara Penilai Responden Penilai Pemohon Award Pentadbir Tanah Lain-Lain Tuntutan Tiada Kos Lori RM241,949.00 Kos Gaji RM281,610.00 Jumlah : RM523,559.00 Gangguan Pendapatan RM55,000.00 sbln @ 6 bulan Jumlah : Penilai Pemohon telah menuntut pampasan bagi kos operasi berkaitan penjejasan perniagaan terhadap kos lori dan gaji pekerja selama tempoh 6 bulan sebanyak RM523,559.00. Namun, tiada bukti pembayaran disertakan di dalam laporan dan ia hanyalah satu jumlah andaian pengiraan kos oleh Penilai Pemohon sahaja. Pentadbir Tanah telah memberikan award sebanyak RM330,000.00 bagi tuntutan gangguan pendapatan ini dan ianya boleh DIKEKALKAN. 4.0 RUMUSAN DAN PENDAPAT PENGAPIT KERAJAAN Dengan Izin Yang Arif, Berikut adalah rumusan dan pandangan Pengapit Kerajaan. Bil. Perkara Pengapit Kerajaan Award Pentadbir Tanah Pertambahan Award 4.1 Bangunan Garaj 1, 2 dan Pejabat Garaj 1, 2 dan Pejabat Kekal 4.2 Kenaikan Nilai Para 2 (b) Tiada Tiada Tiada 4.3 Pecah Pisah Para 2 (c) Tiada Tiada Kekal 4.4 Kesan Mudarat Para 2 (d) Tanah Baki A Tanah Baki A Kekal 4.5 Kos Sampingan Para 2 (e) Tiada Tiada Tiada 4.6 Kerja Pemulihan Para 2 (f) Tiada Tiada Tiada 4.7 Lain-Lain Tuntutan Gangguan Pendapatan RM55,000.00 sbln @ 6 bulan Jumlah : Gangguan Pendapatan RM55,000.00 sbln @ 6 bulan Jumlah : Kekal 4.8 Mahkamah membenarkan permohonan pemohon untuk kekalkan award Pentadbir sebanyak RM2,332,350.00 4.9 Lain-Lain Award Pentadbir Tanah Dikekalkan. Disediakan Oleh:- Sr MOHD HARIS BIN YOP PENGAPIT KERAJAAN PENILAI BERDAFTAR V-1010 TARIKH : 20 MAC 2025 DALAM MAHKAMAH TINGGI SIVIL SHAH ALAM RUJUKAN TANAH NO : BA-15-129-05/2024 Dalam perkara tanah di bawah pegangan PT 17682, Hakmilik HSM 6966 Mukim Rawang, Daerah Gombak Negeri Selangor & Dalam Perkara Akta Pengambilan Tanah 1960 DI ANTARA KP ASLI SDN BHD (Pemohon) PENTADBIR TANAH DAERAH GOMBAK (Responden) PENDAPAT PENGAPIT SWASTA AZMAN BIN MAMAT ANNEXURE B (A) FAKTA KES 1. Tujuan Pengambilan Tanah : Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen C2, Daerah Gombak, Negeri Selangor 2. Pengisytiharan Warta : Warta Kerajaan Negeri Selangor, Bilangan 252 (Seksyen 8) 3. Tarikh Warta : 12 Januari 2023 (Seksyen 8) 4. Tarikh Nilaian : 12 Januari 2023 5. Keluasan Tanah : 8,100.00 meter persegi 6. Keluasan Diambil : 5,947.00 meter persegi 7. Keluasan Tanah Baki 2,153.00 meter persegi 8. Amaun Pampasan Oleh Pentadbir Tanah Daerah Gombak : (B) PERBEZAAN PENILAI SWASTA DAN PENILAI KERAJAAN SERTA AWARD PENTADBIR TANAH (C) ASAS RUJUKAN KE MAHKAMAH Berdasarkan Borang N (Permohonan Supaya Bantahan Dirujuk Kepada Mahkamah) oleh Pemohon iaitu KP ASLI SDN BHD, Pemohon membuat bantahan dengan alasan di dalam Borang N seperti berikut;- (D) ASAS YANG DIGUNAKAN Melalui penelitian dan pengkajian ke atas semua maklumat dan fakta yang dikemukakan oleh Penilai Swasta dan Penilai JPPH, saya berpendapat bahawa pemberian pampasan hendaklah berasaskan kepada perkara berikut :- 1. Peruntukan Perenggan 2(1), Jadual Ketiga, Akta Pengambilan Tanah 1960 Perenggan 2(1), Jadual Ketiga, Akta Pengambilan Tanah 1960 menyatakan 2. Peruntukan Perenggan 2(c), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 Peruntukan Perenggan 2(c), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 menyatakan ditanggung oleh orang yang berkepentingan itu semasa Pentadbir Tanah mengambil milik tanah tersebut, disebabkan oleh pengasingan tanah itu daripada tanahnya yang 3. Peruntukan Perenggan 2(e), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah 1960 Perenggan 2(e), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah 1960 menyatakan akibat dari pengambilan itu, dia terpaksa atau mungkin terpaksa menukar tempat kediaman atau tempat perniagaannya perbelanjaan yang berpatutan, jika ada, yang 4. Peruntukan Perenggan 3(3A), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 Peruntukan Perenggan 3(3A), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 menyatakan-mana bangunan di atas mana-mana tanah yang hendak diambil tidak boleh diambil kira bahawa jika bangunan itu tidak dibenarkan atas alasan ;- a. kategori kegunaan tanah; atau b. syarat atau sekatan nyata atau tersirat, untuk kepadanya tanah itu tertakluk atau disifatkan tertakluk di bawah undang (E) PENDAPAT PENGAPIT Berdasarkan kepada semua maklumat terhad dan fakta yang dikemukakan oleh Penilai Swasta dan Penilai JPPH sebagaimana yang dilampirkan di dalam Laporan-Laporan Nilaian (Laporan dan Penilaian) dan Hujahan Bertulis (Komen Bertulis), maka perkara-perkara berikut adalah diambilkira di dalam merumuskan pendapat saya selaku Pengapit:- Tanah berjadual merupakan tanah berkategori pertanian bersyarat nyata tanaman buah-buahan. Pada tarikh warta, tanah berjadual digunakan sebagai aktiviti hub pengangkutan atau transit bagi pengedaran ayam. Pendapat saya adalah seperti berikut;- a. Aktiviti hub pengangkutan atau transit telah bercanggah dengan syarat nyata iaitu tanaman buah-buahan b. Bertentangan dengan Seksyen 127, Kanun Tanah Negara. c. Tiada sebarang surat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi bangunan-bangunan di atas tanah tersebut yang dikemukakan oleh Penilai Swasta. d. Syarat Nyata mengikat keseluruhan aktiviti ke atas tanah berkenaan. Saya berpendapat, aktiviti yang dijalankan ke atas tanah berjadual telah melanggar syarat penggunaaan tanah yang dibenarkan. Berdasarkan Borang N, bantahan dan tuntutan yang dibuat oleh Penilai Swasta adalah seperti berikut;- 1. Pecah Pisah Tanah Baki Segitiga; RM822,140.00 Tanah baki adalah berkeluasan 3,819.00 meter persegi dan berbentuk segitiga. Jadual di bawah menunjukan nilaian Penilai JPPH, Penilai Swasta dan Pampasan Pentadbir Tanah bagi Penjejasan tanah baki Portion B;- Tuntutan oleh Pemohon terhadap Pecah Pisah ada asasnya. Ianya boleh dibuat di bawah Peruntukan Perenggan 2(c), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Penilai Swasta menuntut 80% dari nilai tanah bagi tanah baki. Antara asas tuntutan oleh Penilai Swasta adalah seperti berikut;- Pendapat saya sebagai Pengapit Swasta adalah seperti berikut;- a. Baki tanah segitiga tidak ekonomik - 20% Penilai Swasta berhujah bahawa tanah baki tidak ekonomik disebabkan oleh bentuk segitiga dan sempit menyukarkan lori membuat Saya berpendapat, asas dan alasan oleh penilai Swasta adalah tiada merit. Tanah berjadual merupakan tanah pertanian bersyarat nyata tanaman buah-buahan. Walaubagaimanapun, tanah berjadual tersebut telah digunakan sebagai aktiviti hub pengangkutan atau transit bagi pengedaran ayam oleh pemilik. Ianya telah melanggar melanggar syarat penggunaaan tanah yang dibenarkan. Merujuk kepada Peruntukan Perenggan 3(3A), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, Nilai mana-mana bangunan di atas mana-mana tanah yang hendak diambil tidak boleh diambil kira bahawa jika bangunan itu tidak dibenarkan atas alasan kategori kegunaan tanah dan syarat atau sekatan nyata atau tersirat. Oleh itu, pada pendapat saya, alasan turning radius yang sempit bagi lori adalah tidak bermerit kerana penggunaanya telah melanggar syarat penggunaaan tanah yang dibenarkan. Saya bersetuju dengan tanah baki berbentuk segitiga akibat pengambilan akan mengurangkan nilai tanah. Kadar yang munasabah pada pendapat saya adalah 10% dari nilai tanah. b. Jalan masuk terhalang Saya bersetuju dengan penilai swasta bahawa pemilik terpaksa menggunakan jalan alternatif iaitu melalui lot-lot persendirian yang lebih jauh. Namun merujuk kepada nota siasatan Pentadbir Tanah, pihak MRL akan menyediakan jalan ke bahagian tanah baki untuk tuan tanah bagi menganti jalan sedia ada. Saya berpendapat dengan akujanji pihak MRL untuk menyediakan jalan untuk ke tanah baki maka pemilik masih boleh akses tanah baki dari jalan sedia ada. Oleh itu saya menolak faktor ini. c. Pertambahan kos tambak tanah Saya berpendapat, tuntutan bagi faktor ini adalah tidak bermerit. Samada berlaku pengambilan atau tidak, tanah baki tetap berkeadaan seperti asal. Oleh itu tidak timbul faktor kos tambahan, kos tambak tanah dan piling. Penilai Swasta juga telah menyatakan di bawah faktor (a) bahawa tanah baki tidak ekonomik dan tidak sesuai bagi hub pengangkutan atau transit. Oleh itu tiada keperluan bagi kos tambahan bagi pembinaan piling. d. Zon larangan penggunaan kawasan Foto di bawah adalah tangkap layar pelan pengambilan oleh Penilai Swasta. Foto di bawah adalah tangkap layar Pelan Struktur Searas dibawah Peraturan-Peraturan Keretapi (Zon Perlindungan Keretapi) 1998. Merujuk kedua-dua pelan di atas, didapati bahawa terletak di dalam jajaran tanah yang di ambil. Anak panah biru menunjukan Tanah baki tidak terlibat dengan zon larangan penggunaan kawasan Oleh itu pada pendapat saya, faktor zon larangan penggunaan kawasan adalah tidak bermerit dan hendaklah ditolak. Berdasarkan fakta-fakta yang diterangkan di atas, saya berpendapat pampasan pentadbir adalah memadai. 2. Pampasan Bangunan Terlalu Rendah; RM580,200.00 Penilai Swasta membuat tuntutan seperti berikut;- Penilai Kerajaan tidak menilai bangunan dan struktur. Pentadbir Tanah telah memampaskan sebanyak RM265,000.00 bagi bangunan dan struktur. Merujuk kepada Laporan Nilaian, Pemohon telah menjalankan aktiviti perniagaan iaitu aktiviti hub pengangkutan atau transit bagi pengedaran ayam oleh pemilik. Pendapat saya adalah seperti berikut;- a. Aktiviti hub pengangkutan atau transit bagi pengedaran ayam oleh pemilik telah bercanggah dengan syarat nyata tanaman buah-buahan b. Bertentangan dengan Seksyen 127, Kanun Tanah Negara. c. Tiada sebarang surat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi bangunan-bangunan di atas tanah tersebut yang dikemukakan oleh Penilai Swasta. d. Syarat Nyata mengikat keseluruhan aktiviti ke atas tanah berkenaan. Saya berpendapat, aktiviti yang dijalankan ke atas tanah berjadual telah melanggar syarat penggunaaan tanah yang dibenarkan. Merujuk kepada Peruntukan Perenggan 3(3A), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, Nilai mana-mana bangunan di atas mana-mana tanah yang hendak diambil tidak boleh diambil kira bahawa jika bangunan itu tidak dibenarkan atas alasan kategori kegunaan tanah dan syarat atau sekatan nyata atau tersirat. Pada pendapat saya, bangunan yang melanggar syarat penggunaan dan aktiviti tanah hendaklah tidak diambil kira berdasarkan Peruntukan Perenggan 3(3A), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Oleh itu pada pendapat saya, tuntutan tersebut tidak perlu dibayar. 3. Penjejasan Kos Operasi; RM523,559.00 Tuntutan oleh Penilai Swasta adalah seperti berikut;- Penilai Kerajaan tidak menilai penjejasan operasi. Pentadbir Tanah telah memampaskan sebanyak RM330,000.00 bagi penjejasan operasi Merujuk kepada Laporan Nilaian, Pemohon telah menjalankan aktiviti perniagaan iaitu aktiviti hub pengangkutan atau transit bagi pengedaran ayam oleh pemilik. Pendapat saya adalah seperti berikut;- a. Aktiviti hub pengangkutan atau transit bagi pengedaran ayam oleh pemilik telah bercanggah dengan syarat nyata tanaman buah-buahan b. Bertentangan dengan Seksyen 127, Kanun Tanah Negara. c. Tiada sebarang surat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi bangunan-bangunan di atas tanah tersebut yang dikemukakan oleh Penilai Swasta. d. Syarat Nyata mengikat keseluruhan aktiviti ke atas tanah berkenaan. Saya berpendapat, aktiviti yang dijalankan ke atas tanah berjadual telah melanggar syarat penggunaaan tanah yang dibenarkan. Merujuk kepada Peruntukan Perenggan 3(3A), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, Nilai mana-mana bangunan di atas mana-mana tanah yang hendak diambil tidak boleh diambil kira bahawa jika bangunan itu tidak dibenarkan atas alasan kategori kegunaan tanah dan syarat atau sekatan nyata atau tersirat. Pada pendapat saya, bangunan yang melanggar syarat penggunaan dan aktiviti tanah hendaklah tidak diambil kira berdasarkan Peruntukan Perenggan 3(3A), Jadual Pertama, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Oleh itu pada pendapat saya, tuntutan tersebut hendaklah ditolak. (F) KESIMPULAN Berdasarkan analisa di atas, saya merumuskan bahawa, tuntutan yang dibuat oleh Pemohon adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, pampasan adalah dikekalkan. Laporan ini disediakan oleh : AZMAN MAMAT Penilai Berdaftar (V1070) Bertarikh : 12 March 2025