(iii) dengan sengaja mendorong orang itu untuk melakukan atau tidak membuat apa-apa yang dia tidak akan lakukan atau dia lakukan jika dia tidak diperdaya, dan yang mungkin, menyebabkan kerosakan atau mudarat kepada orang itu pada dalam badan, ingatan, reputasi atau harta orang itu.” [14] Berbalik kepada kes ini, Pihak pendakwaan hendaklah memenuhi elemen-elemen pertuduhan dibawah seksyen 415 Kanun Keseksaan bagi membuktikan kes prima facie terhadap OKT. Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal memenuhi elemen – elemen pertuduhan dibawah seksyen 415 Kanun Keseksaan dengan alasan alasan berikut: - [15] Pihak pendakwaan berhujah bahawa OKT diberikan kebenaran dan akses kepada sistem e-ticketing untuk melakukan pemulangan tambang sekiranya pembelian tiket oleh penumpang adalah tidak berjaya di mana penumpang telah membuat bayaran namun tiket tidak dapat dikeluarkan. Dalam situasi ini, OKT boleh membuat pemulangan tambang dan membantu penumpang untuk membeli tiket baru. [16] Namun begitu, dalam kes ini OKT telah melakukan pemulangan tambang bagi tiket-tiket yang telah berjaya dibeli dan penumpang telah menaiki tren menggunakan tiket tersebut. [17] Oleh itu, tiket masih sah dan digunakan oleh penumpang untuk menaiki tren tetapi wang yang dibayar kepada pihak KTMB telah dimasukkan melalui pemulangan tambang ke dalam akaun kad kredit OKT sendiri. [18] Pihak pendakwaan telah memanggil saksi SP1. SP1 adalah Pengurus Sumber Manusia di Syarikat KTMB dan telah membuat laporan polis bahawa terdapat pembelian tiket train secara online yang meragukan dibuat oleh OKT melalui tiga (3) kad kredit yang didaftarkan atas nama OKT. [19] Berdasarkan pertuduhan jumlah kerugian yang dialami oleh pihak KTMB adalah RM1,717.00. [20] Mahkamah mendapati keterangan SP1 tidak menyokong kes pihak pendakwaan bagi membuktikan OKT telah menipu pihak KTMB. Peranan SP1 dalam kes ini adalah sekadar untuk membuat laporan polis berdasarkan ID3 yang disediakan oleh SP5 dan selain daripada itu SP1 tidak tahu apa – apa berhubung dengan pertuduhan terhadap OKT dan terserah kepada pihak polis untuk membuat siasatan. Ini boleh dirujuk kepada soal jawab SP1 semasa pemeriksaan balas oleh peguam. S - Setuju pertuduhan hanya jumlah RM1,717.00 J - Tak pasti pertuduhan tak diberi pada saya S - Setuju, OKT diberi akses kepada system maybank pada 21 hb disember 2015 J - Saya tak pasti S - Tujuan diberi akses adalah membantu untuk selesaikan isu tunggakan pemulangan tambang. Setuju? J - Saya tak pasti S -. Fungsi auto refund telah diaktifkan pada 20 April 2017. Setuju? J - Saya tak pasti S - Akses OKT kepada system Maybank masih tidak dibatalkan walaupun ada auto refund J - Tak pasti S - Semalam ada bagitahu ID3 iaitu Dokumen yang diberi oleh En Kesavan yang mendorong kamu membuat kamu buat laporan polis, Setuju? J - Setuju S - Terangkan ID3 J - ID3 adalah pemulangan tambang dari system maybank sedangkan pembelian tiket berjaya. S - Dari ID3, bagaimana kamu tahu pembelian tiket berjaya. J - Berdasarkan semakan yang dibuat oleh unit IT S - Adakah unit IT ada memberi kamu Dokumen yang menunjukkan pembelian tiket itu berjaya J - Kepada saya tiada S - Jadi, pihak IT tak memberi kamu Dokumen yang menunjukkan pembelian tiket berjaya. Kamu nyatakan refund ini dari transaksi yang dah berjaya, tapi IT tak beri kamu Dokumen. Bagaimana kamu boleh membuat keputusan sedangkan transaksi ni bukan 1 - 2 tapi banyak transaksi J - Saya buat laporan polis, dan minta untuk polis siasat. S - Ketika kamu buat laporan polis kamu di peringkat syak wasangka J - Sebab ni melibatkan bank dan memerlukan siasatan polis S - Ada kamu minta pihak polis untuk dapatkan maklumat dari bank? J - Tiada S - Apa nombor kad kredit penuh OKT? J - Dalam Lap polis tiada apa no kad kredit yang penuh. Berdasarkan laporan yang saya buat no kad kredit 496623xxxxxx7278 S - Apakan no xxxx tersebut J - Ini apa yang diberikan dalam system S - Kamu tahu tak no kad kredit penuh OKT? J - Saya tak tahu, sebab itu saya minta polis menyiasat. S - Tapi kamu kata kamu tak minta pertolongan polis untuk dapatkan maklumat Kamu tahu ke tidak no penuh kredit kad ini J - Tidak tahu [21] Mahkamah mendapati keterangan SP1 tidak menyokong langsung kes pihak pendakwaan bagi membuktikan pertuduhan keatas OKT. [22] Seterusnya Mahkamah merujuk kepada keterangan SP5, SP5 adalah Penolong Juruaudit Kanan di Jabatan Audit Dalaman & Pengurusan Risiko. Dalam semakan SP5 mendapati bahawa proses pemulangan (refund) tambang e tiket dan pembelian e tiket oleh OKT tidak mengikut terma dan syarat pembelian yang ditetapkan oleh pihak KTMB. Oleh yang demikian atas arahan SP2, SP5 telah membuat semakan dan menyediakan butiran proses pemulangan (refund) yang telah dibuat ke akaun nama pemegang kad kredit atas nama “krishna” (OKT) bagi tempoh Januari 2018 sehingga April 2018 melalui user id e-tiket “utt”. [23] Setelah itu, SP5 telah membuat semakan melalui Maybank eCommerce Merchant iaitu eksibit yang ditandakan sebagai ID 10 dengan senarai pembelian e-tiket yang telah dilakukan melalui user id e-tiket “utt” didapati tiga (3) kad kredit atas nama OKT telah digunakan untuk membuat bayaran pembelian e-tiket. [24] Seterusnya SP5 membuat semakan silang dengan senarai transaksi pembayaran e-tiket yang telah dilakukan dengan tiga (3) kad kredit atas nama OKT melalui system e-tiket KTMB iaitu ID9 dan didapati empat (4) user id e-tiket telah digunakan untuk membuat pembelian e-tiket iaitu: • utt • venijbshuttle • sna_kj • zainab_80 [25] Lanjutan daripada itu, SP5 telah menyediakan senarai transaksi pemulangan e-tiket (refund) seperti berikut: - Bil No Rujukan Tiket Tarikh transaksi Jumlah Tambang Jumlah unit Tiket Jumlah Refund Tarikh refund 1. 18013014108467 30/01/2018 204 2 204 04/02/2018 2. 18010810904557 08/01/2018 110 2 110 23/01/2018 3. 18022314281043 23/02/2018 640 12 640 25/02/2018 4. 18021513226620 15/02/2018 59 1 59 17/02/2018 5. 18032910574238 29/03/2018 474 6 474 03/04/2018 6. 18041315720067 13/04/2018 112 2 112 17/04/2018 7. 18040617643011 6/04/2018 118 2 118 12/04/2018 Pihak pembelaan telah membangkitkan isu percanggahan keterangan oleh SP2 dan SP5. Dalam hal ini, Mahkamah ini telah merujuk dan meneliti keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh SP2 dan SP5 dalam kes ini, dan hasil dapatan Mahkamah, secara ringkas, adalah seperti berikut: [26] Mahkamah mendapati berdasarkan keterangan SP5, OKT telah menggunakan empat (4) user id e-tiket untuk membuat pembelian e-tiket iaitu: • utt • venijbshuttle • sna_kj • zainab_80 tetapi tiada keterangan berkaitan user id – id tersebut telah diberikan oleh mana – mana saksi pendakwaan kecuali SP5. SP2 mengatakan bahawa Maybank e-commerce hanya terdapat 2 user id iaitu user id “ktmb” dan “ktmb tiket” untuk kegunaan kakitangannya. SP2 juga telah menyatakan bahawa OKT hanya ada user id sendiri iaitu ktmb tiket dan siasatan dijalankan melibatkan user id berkenaan itu sahaja. SP2 dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas telah bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa katalaluan – katalaluan bagi user id tersebut diatas telah dikompromi. [27] Mahkamah rujuk kepada soal jawab oleh SP2 semasa pemeriksaan balas oleh peguam seperti berikut: S - Boleh ke Krishna menggunakan user id ktmb J - Tak boleh sebab dia ada password sendiri S - Itu secara teori tak boleh tetapi secara prastisnya selalu berlaku di pejabat ada staf pergi cuti, mc dan ada guna passpord dan tak tukar password. ID yang diberikan dari maybank hanyalah 2 Id, tetapi En Sazali mempunyai ramai staff. Walaupun kamu katakan id ktmb digunakan oleh staf Nurul, Mazlin, Kesavan sebenarnya sudah salah dan id tersebut telah dikompromise, berkenaan dengan staff pun sudah salah. Jadi sekarang boleh tak kamu mengatakan secara absolutely sure, yang OKT mempunyai akses kepada 1 ID sahaja, J - OKT ada user id sendiri iaitu ktmb tiket dan siasatan kita jalankan melibatkan user id berkenaan itu sahaja. S - Adakah siasatan untuk user id itu saja J - Itu yang kita temui la. S - Id KTMB tiket ini juga boleh digunakan oleh staf – staf yang lain? J - Tidak untuk kakitangan yang menjalankan refund unsuccessful transaction sahaja. User id ini untuk refund unsuccessful transaction sahaja S - Kalau user id KTMB boleh digunakan oleh beberapa staff, KTMB tiket ini ada atau tidak kemungkinan ia digunakan oleh staff lain juga? Kemungkinan ada atau tidak J - Ya, sekiraya ID dikongsikan oleh pemiliknya. S - Kalau user id dikongsikan oleh pemiliknya. J - Ya S - Saya pohon rujuk kepada dokumen lain dimukasurat 2, kalau Nampak ada tulis refunded by KTMB tiket dan buka kepada mukasurat 9, at the back of the page user id yang digunakan adalah ktmb sahaja. Saya katakan kepada kamu bahawa user id di unit sudah dikompromise yang sudah dicompromise yang saya katakan bukan sahaja user id KTMB tiket tetapi user id ktmb sudah dicompromise. ID di unit En Sazali iaitu kedua dua - user id ktmb tiket dan KTMB telah compromise kerana staff – staff lain boleh gunakan. J - Ya, rujuk kepada laporan yang dikemukakan. Ya setuju merujuk kepada lampiran ini. [28] Maka Mahkamah mendapati bahawa Pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan, siapa pemilik user id tersebut, siapa yang memberi user id kepada OKT, adakah keempat – empat user id ini milik kepada OKT. Menurut keterangan SP2, Maybank E-Commerce memberikan 2 user Id sahaja iaitu “ktmb” dan “ktmb tiket” untuk digunakan oleh stafnya manakala SP5 menyatakan terdapat empat (4) user id digunakan oleh OKT. Keterangan SP5 bercanggah dengan keterangan SP2 dimana SP2 hanya memberitahu bahawa OKT hanya menggunakan user id “ktmb tiket” sahaja dan staff – staff lain juga boleh gunakan user id – id tersebut sekiranya pemilik kongsikan password user id-id tersebut. [29] Mahkamah mendapati terdapat keterangan bercanggah yang material antara SP2 dan SP5. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2006] 2 MLJ 197, di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: - “Minor discrepancies are possible even in the version of truthful witnesses and such minor discrepancies only add to the truthfulness of their evidence. But discrepancies in the statements of witnesses on material points should not be lightly passed over, as they seriously affect the value of their testimony.” Selanjutnya, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes Mohamed Bin Kasdi v. PP [1969] 1 MLJ 135 yang telah menyatakan seperti berikut: - “…No hard and fast rule can be laid down for determining the credibility or otherwise of a witness, but when a witness gives or makes two statements which differ in material particulars there must necessarily be ground for believing that he is not a truthful witness…” [30] Oleh yang demikian, mahkamah mendapati terdapat percanggahan yang material antara keterangan SP2 dan SP5. Kewujudan empat (4) user id telah menjadi fakta yang dipertikaikan dan tiada keterangan daripada saksi saksi pendakwaan yang lain berkaitan dengan empat (4) user id tersebut. Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan perkara ini. [31] SP5 dalam keterangan juga telah menyatakan bahawa tiga (3) kad kredit OKT telah digunakan untuk membuat bayaran pembelian e-tiket tetapi pihak pendakwaan hanya kemukakan satu penyata akaun kad kredit OKT iaitu P12 sahaja. Disamping itu, tidak ada bukti dikemukakan bahawa penumpang – penumpang yang menaiki train telah membayar balik kepada OKT tambang tiket tersebut. [32] Berdasarkan keterangan SP5, terdapat tujuh (7) transaksi yang berjumlah RM1717 yang dikatakan OKT telah menipu Syarikat KTMB. Pihak pendakwaan seharusnya memanggil pembeli – pembeli tiket atau penumpang – penumpang yang membeli tiket – tiket tersebut bagi membuktikan wang telah dimasukkan ke dalam kad kredit OKT. Tetapi pihak pendakwaan hanya memanggil SP3 sahaja. [33] Dalam keterangan SP3, SP3 telah menyatakan bahawa beliau tidak membuat pembelian tiket dan jugab tidak membuat permohonan untuk refund. Tiket tiket perjalanan ke Butterworth bertarikh 21.2.2018 yang dikemukakan sebagai eksibit P6 telah dibelikan oleh Buffalo Travel Agency. [34] Pihak pendakwaan juga telah gagal untuk memanggil saksi dari Buffalo Travel Agency bagi membuktikan bahawa terdapat permohonan refund seperti mana pertuduhan. Mahkamah mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan dalam kes pihak pendakwaan [35] Berdasarkan kepada keterangan SP6 semasa pemeriksaan balas oleh peguam, dalam siasatan SP6 tiada bukti pelanggan telah bayar balik kepada OKT tambang tiket tiket yang OKT tolong belikan. [36] Pihak pembelaan berhujah bahawa OKT telah menolong membelikan tiket pelangan – pelangan tersebut dengan menggunakan kad kredit OKT. Apabila refund dibuat wang tersebut mesti dikreditkan ke akaun kad kredit OKT melalui sistem Merchant ecommerce Maybank kerana OKT adalah pembeli tiket – tiket tersebut. [37] Mahkamah mendapati kegagalan pihak pendakwaan memanggil penumpang – penumpang tersebut untuk memberi keterangan bagi mengetahui dalam keadaan apa OKT telah membelikan tiket kepada penumpang – penumpang tersebut dan bagaimana wang tiket tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun OKT telah menyebabkan kelompangan dalam kes pihak pendakwaan. Pada pendapat Mahkamah penumpang – penumpang tersebut adalah saksi material dalam kes ini dimana keterangan mereka akan menjadi penting dalam melengkapkan naratif kes pihak pendakwaan. [38] Meneruskan lagi, prinsip undang-undang seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Collins Chigbo Chima v. PP [2019] 1 LNS 107/[2019] MLJU 84 adalah jelas bahawa walaupun pihak Pendakwaan berhak untuk menentukan mana-mana saksi yang diperlukan dalam membuktikan naratif kesnya ianya tertakluk kepada syarat bahawa saksi itu mencukupi dalam memberi naratif kes Pendakwaan, saksi yang tidak dipanggil bukan saksi yang material dan tidak ada percubaan menyembunyi keterangan. [39] Tambahan lagi, SP4 memberi keterangan bahawa sekiranya penumpang telah direfund, nama penumpang tersebut tidak akan ada dalam “passenger manifest” dan ini bermakna penumpang itu tidak dapat membuat perjalanan menggunakan, tiket tersebut kerana nama tidak tersenarai dan penyelia train tidak akan membenarkan perjalanan penumpang tersebut. [40] Pembelaan telah menyoal saksi SP2, SP5 dan SP6, sekiranya OKT membuat pemulangan tambang dan tiket tidak dibatalkan maka Cash Remittance Sales (CRS) Akaun iaitu IDD13 tidak dapat dibalance. Saksi – saksi pendakwaan tersebut diatas tidak dapat menjawab soalan peguambela berkaitan CRS repot tersebut. [41] Pihak pendakwaan juga gagal memanggil saksi dari jabatan kewangan KTMB bagi menjelaskan bagaimana proses refund dibuat dan adakah refund telah dimasukkan ke dalam akaun OKT seperti mana pertuduhan. Adakah CRS repot dapat dibalancekan sekiranya refund telah dibuat dan tiket tidak dibatalkan. Mahkamah rujuk kepada keterangan SP2 seperti berikut: - Apablila tiket dikeluarkan dan penumpang ingin buat pembatalan tiket, penumpang perlu buat permohonan di kaunter tiket dan permohonan perlu diisi borang permohonan di kaunter tiket Apablia lengkap diisi dengan nama pemohon, no IC dan butiran tiket dan maklumat tiket semasa membuat bayaran. Kaitangan kaunter akan membuat pembatalan dalam sistem tiket dan Salinan borang permohonan nak dihantar ke pejabat kewangan. kakitangan jabatan kewangan akan buat proses pemulangan ke kad kredit berkenaan. Semakan yang kita buat, pembelian tiket dibeli secara online dengan menggunakan kad kredit berkenaan dan tiket2 berkenaan tidak dibatalkan tetapi semakan dalam system e commerce bank telah berlaku pemulangan tambang dalam kad kredit tersebut. Akaun kad kredit atas nama Krishna. [42] Mengikut keterangan SP2 sekiranya terdapat pembatalan tiket oleh penumpang, penumpang perlu isi borang permohonan di kaunter tiket dan salinan borang permohonan akan dihantar ke pejabat kewangan bagi proses pemulangan wang ke kad kredit. [43] Tetapi tidak ada bukti-bukti dikemukakan di Mahkamah bagi menunjukkan terdapat permohonan sedemikian dihantar ke Jabatan Kewangan. Mahkamah tidak dijelaskan bagaimana refund boleh dibuat oleh OKT tanpa kelulusan daripada Jabatan Kewangan KTMB. [44] Tambahan pula dalam dalam penyata saksi SP4 di (P7) perenggan 11 telah nyatakan bahawa sistem Maybank e-Commerce tidak mempunyai sebarang link dengan sistem e-Tiket sekiranya reversal dibuat ke atas satu-satu transaksi. Sistem e-Tiket dan Maybank e-Commerce adalah dua sistem yang berbeza. Proses reversal ini adalah proses yang kritikal dan perlu dibuat sekiranya mempunyai laporan serta bukti yang kukuh dan refund yang berlaku adalah hanya kepada wang yang telah dibayar apabila tiket tidak berjaya dalam sistem e-Tiket. Hanya e-Commerce Maybank sahaja yang ditekan pada butang 'refund'. Pihak pendakwaan tidak memanggil mana – mana saksi dari Jabatan kewangan dan Maybank bagi menjelaskan proses refund ini. [45] Mahkamah mendapati kegagalan pihak pendakwaan memanggil pegawai Maybank, pegawai dari Jabatan Kewangan KTMB dan penumpang – penumpang yang menggunakan no rujukan tiket 18013014108467, 18010810904557, 18022314281043, 18021513226620, 18032910574238, 18041315720067, 18040617643011 seperti disenaraikan di P8 para 16 telah melemahkan kes pendakwaan dan Mahkamah mendapati terdapat satu inferens yang negative terhadap kes pendakwaan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. [46] Peguambela telah berhujah bahawa terdapat keraguan sama ada pembelian tiket – tiket online tersebut telah berjaya. Ini adalah kerana dalam keterangan SP2 dan SP4 telah menyatakan sesuatu tiket hanya akan berjaya dikeluarkan jika transaksi pembelian tiket itu ada dalam e-tiket KTMB repot, Sistem Ticketing and Reservation repot dan Merchant ecommerce Maybank settlement repot. [47] Pihak pembelaan juga berhujah bahawa repot-repot yang dinyatakan diatas iaitu ID9, ID10 berserta ID3 dan ID11 tidak ditandakan sebagai eksibit “P” oleh pihak pendakwaan maka kesahihan dokumen – dokumen tersebut tidak boleh di terima bagi menyokong keterangan saksi pendakwaan. [48] Tambahan pula, ID9 dan ID 10 tidak disediakan oleh Pegawai dari Jabatan Kewangan KTMB atau pihak Maybank tetapi disediakan oleh SP5 sendiri. Piak pendakwaan telah memohon untuk tandakan dokumen-dokumen diatas sebagai “P” tetapi pihak pembelaan telah membantah dengan alasan dokumen yang hendak dikemukakan di Mahkamah sebagai keterangan, dokumen – dokumen tersebut hendaklah dokumen asal (primary evidence) mengikut seksyen 64 Akta Keterangan 1950 selaras dengan “best evidence rules”. [49] Pihak pembelaan berhujah lagi bahawa pihak pendakwaan gagal memberitahu Mahkamah mengapa dokumen asal tidak dapat dikemukakan dan bagaimana dokumen “secondary evidence” tersebut memenuhi kehendak seksyen 63 dan 65 Akta Keterangan 1950. [50] Disamping itu, bagi penandaan dokumen 1D9, ID 10, ID 11 dan ID 3 sebagai P, puan pendakwaraya telah menyatakan bahawa beliau akan masukkan penerangan beliau dalam hujahan pihak pendakwaan tetapi pihak pendakwaan gagal berbuat demikian. Mahkamah ingin merujuk kepada keterangan berikut: DPP – ID 9 dan ID 10 disediakan daripada apa? SP5 – ID 9 disediakan drpd KTMB system STAR data base dan ID 10 daripada merchant e-comm maybank. DPP – untuk penanda ID 3, ID 9, ID10 saya akan masukkan dalam hujahan saya. Oleh yang demikian, pihak pembelaan berhujah bahawa mengikut sesyen 104 Akta Keterangan, beban pembuktian wujudnya keadaan yang membolehkan “secondary evidence” dikemukakan adalah pada pihak yang ingin mengemukakan “secondary evidence” tersebut. Section 104 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut: Burden of proving fact to be proved to make evidence admissible The burden of proving any fact necessary to be proved in order to enable any person to give evidence of any other fact, is on the person who wishes to give the evidence. ILLUSTRATIONS