22.2015 dan 16.5.2016 kepada Penjual untuk bekerjasama, tetapi Penjual masih berdiam diri. 23 Bagi pihak Plaintif, Defendan-Defendan beritahu Penjual bahawa Plaintif bersedia dan bersetuju untuk mendepositkan baki harga belian dengan Defendan-Defendan. 24 Tetuan Baljit & Co, peguambaru baru Plaintif, melalui surat bertarikh 16.3.2017 beritahu Penjual untuk menunaikan obligasi mereka di bawa Perjanjian Jualbeli. 25 Baljit & Co memfailkan Guaman No. BA-22NVCV- 190-03/2017 terhadap Penjual dan Defendan Pertama pun dipanggil sebagai seorang saksi. 26 Semasa perbicaraan kes itu, Defendan Pertama memberi keterangan bahawa firma beliau telah menyediakan Perjanjian tersebut dan beliau sendiri telah menyaksikan tandatangan pihak-pihak pada dokumen tersebut. 27 Mahkamah Tinggi memberi keputusan yang memihak Plaintif 28 Penjual failkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan 29 Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan perintahkan kos RM30,000 terhadap Plaintif. 30 Mahkamah Rayuan telah mendapati bahawa dokumen-dokumen yang telah disediakan oleh Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua adalah tidak konsisten dan/atau tidak menyatakan perkara yang betul, oleh kerana itu Mahkamah Rayuan telah memihak kepada Vendor dan/atau telah mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Plaintif menyatakan bahawa kesalahan dan/atau kecuaian Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua dalam menyediakan dokumen-dokumen berkenaan dengan penjualan dan pembelian untuk Hartanah tersebut telah menyebabkan Mahkamah Rayuan membenarkan Rayuan Vendor tersebut. 5 31 Plaintiff sebagai layperson sesungguhnya percaya bahawa dokumen-dokumen yang Defendan-Defendan sediakan itu teratur. 32 Plaintif pada setiap masa yang material merupakan seorang layperson yang telah diwakili oleh Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua dan oleh itu, Plaintif telah sesungguhnya percaya dan bergantung kepada segala nasihat yang telah diberikan oleh Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua. 33 Plaintif telah cuba berbincang dengan Defendan Pertama beberapa kali berkenaan kecuaian Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua tanpa hasil yang positif. 34 Plaintif kemudian telah pada 02.07.2020 menghantar satu surat tuntutan melalui Tetuan Andy & Co kepada Defendan Pertama melalui Pos AR Berdaftar 37 21 butir-butir spesifik mengenai kegagalan-kegagalan Defendan-Defendan dalam tugas dan/atau obligasi mereka. 38 Plaintif dalam memulakan tindakan ini terhadap Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua dalam kecuaian dan pelanggaran kontrak kerana kegagalan Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua untuk bertindak atas arahan Plaintif untuk mengendalikan penjualan dan pembelian untuk Hartanah tersebut dimana Plaintif telah mengalami kerugian-kerugian yang dituntut dan/atau dinyatakan di bawah. 39 BUTIR-BUTIR KECUAIAN (i) hingga (iv)