(ii) OKT telah meletakkan ketakutan pembunuhan serta merta, atau cedera serta merta, atau halangan salah serta merta akan berlaku kepada mangsa. S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q PENEMUAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN Elemen Pertama: OKT telah melakukan rompakan. [32] Merujuk kepada keterangan SP1, beliau menjelaskan bahawa OKT telah masuk ke dalam rumahnya melalui gril pintu yang telah dirosakkan kerana ia sentiasa dalam keadaan berkunci. Manakala pintu pagar rumah hanya bertutup. SP1 terserempak OKT apabila SP1 yang keluar daripada bilik air dan mendapati telefon beliau yang diletakkan di atas oven yang berada di atas almari dapur berhadapan bilik mandi (digunakan untuk memainkan muzik) telah tiada di tempat itu. SP1 secara amat pasti ternampak seorang lelaki berbangsa India iaitu OKT, sedang turun dari tingkat atas ke tingkat bawah sambil menjerit dengan kuat pada SPI dalam Bahasa Melayu: Setelah ditanyakan oleh OKT dengan suara yang tinggi dan nada marah "MANA DUIT!", SP1 terpaksa menunjukkan lokasi wang yang disimpan oleh SPI. Duit yang disimpan adalah berada di atas kerusi kecil berdekatan dengan tangga. Dalam keadaan ketakutan takut dicederakan serta merta yang didatangkan oleh OKT kepada SPl sendiri atau ibunya, SPI terpaksa mendekati kerusi kecil tersebut, mengambil duit lebih kurang S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q RM600.00 yang terkandung dalam satu beg plastik dan menyerahkan duit tersebut kepada OKT atas arahan OKT demi mengelakkan kecederaan yang didatangkan oleh OKT terhadap ibunya atau SPI sendiri. Jarak antara SP1 dengan OKT semasa penyerahan duit itu ialah lebih kurang 2 kaki. Selepas duit diberikan kepada OKT, sekali lagi OKT telah menjerit pada SPI dengan memberikan arahan kepada SP1 dengan kata-kata berikut, "MASUK BILIK AIR SEKARANG DAN KUNCI DAN JANGAN KELUAR!". Dalam keadaan ketakutan itu SPl sekali lagi terpaksa mengikuti arahan OKT dan masuk ke bilik air dan menguncikan bilik air dari dalam. Selepas beberapa minit, SP1 telah keluar dari bilik air tersebut dan mendapati OKT didapati telah tiada di tempat kejadian. [33] Saya dapati berdasarkan keterangan SP1 tersebut, pengecaman OKT adalah amat positif apabila berlaku secara berhadapan dalam jarak 2 kaki ketika kejadian rompakan di samping pencahayaan yang tiada masalah di dalam rumah tersebut. Tambahan pula, terdapat komunikasi yang berlaku secara langsung di antara OKT dan SP1 walaupun komunikasi sehala iaitu arahan atau jeritan OKT kepada SP1 dalam nada tinggi atau marah iaitu kata-kata “MANA DUIT?” dan "MASUK BILIK AIR SEKARANG DAN KUNCI DAN JANGAN KELUAR!". OKT juga tidak memakai topeng ketika melakukan rompakan tersebut. Selain itu, SP1 S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q telah mengesahkan pengecamannya di dalam mahkamah ini secara "dock identification". Kaedah pengecaman ini hendaklah diterima oleh Mahkamah sepertimana yang diputuskan di dalam kes Ong Poh Cheng v PP [1998] 4 CLJ 1. Malahan mahkamah ini bersetuju dengan kes yang dirujuk oleh pihak pendakwaan iaitu kes Suthakar Sivakumar Lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2024]10 CLJ 335 (FC). Selain itu, mahkamah ini dapati pengecaman secara jarak dekat (di dalam kes ini ialah 2 kaki) adalah keterangan yang baik sepertimana di putuskan dalam kes Muharam bin Anson v. PP [1981] 1 MLJ 222. [34] SP1 juga telah menerangkan seluar yang digunakan oleh OKT semasa kejadian rompakan iaitu OKT memakai seluar jeans berwarna kebiruan dan bahagian kepala OKT yang jelas terdedah (fully exposed). SP1 juga secara positif telah mengecam telefon bimbit yang dicuri oleh OKT sebagai eksibit P6. Malangnya wang RM600 yang dikatakan dicuri oleh OKT tidak diketahui keberadaan walaupun sehingga perbicaraan tamat. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan-keterangan yang dijelaskan di atas, saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pertama pertuduhan di dalam kes ini secara prima facie. [35] OKT juga telah membangkitkan pembelaan di peringkat kes pendakwaan lagi apabila SP3 ditanya mengenai kedudukan beg S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q pinggang yang mengandungi telefon bimbit SP1 (eksibit P6), warna kereta, penggunaan dan milikan kereta tersebut, eksbit P12 iaitu perakuan serah-menyerah barang kes yang tiada tanda tangan penerima, laporan polis tangkapan iaitu eksibit P13 yang juga tidak ditandatangan, tangkapan yang ramai dan penemuan beberapa telefon bimbit bagi menidakkan peranan OKT dalam kes ini. [36] Mengenai isu kedudukan beg pinggang yang mengandungi telefon bimbit SP1 (eksibit P6) dan penemuan beberapa telefon bimbit serta tangkapan yang ramai di mana SP5 secara jelas telah menerangkan semasa pemeriksaan balas ke atas OKT bahawa 3 anggota Polis diperlukan kerana ada sedikit pergelutan. Secara khusus beg pinggang (eksibit P16) dipakai OKT dan dari beg tersebut ditemui telefon bimbit jenama Samsung A12 (eksibit P6). Kejelasan fakta ini yang merungkai isu-isu dinyatakan di atas juga wujud dalam eksibit P13 iaitu laporan tangkapan Polis yang bukannya laporan maklumat pertama. Kedudukan undang-undang yang mantap menyatakan laporan maklumat pertama juga bukanlah keterangan substantif. Oleh itu ketiadaan tandatangan padanya (eksibit P13) tidak memberi kesan kerana pembuatnya iaitu SP3 telah mengecam akan eksibit P13 terbabit. SP3 telah memberi keterangan dan eksibit P13 hanya “corroborate” keterangan SP3 tersebut. Mengenai isu ini, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q dalam kes-kes Balachandran v. Public Prosecutor [supra] dan Lim Guan Eng v. PP [2000] 2 MLJ 577 serta kes Herchun Singh v. Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209 (FC) di muka surat 211 (diperturunkan di sini): “…As regards omissions in the first information report, we would endorse Sohoni’s commentary on s. 154 of the Indian Criminal Procedure Code (16th Ed, Vol I, p 750); which is similar to s. 107 of our Criminal Procedure Code, as follows: It is a mistake to believe that a person cannot be the accused unless his name appears in the first information report. The provisions of the Code lay down no such stipulation. All that is required for purpose of this section is that there should be clear, definite information about the commission of a cognizable offence to set the investigation machinery in motion. Further, the information required need not contain the circumstances of the commission of the offence, nor the names of the offenders or the witnesses, for the main purpose of investigation is to ascertain these matters ... The first information report is not an Encyclopaedia. It is not the beginning and ending of every case. It is only a complaint to set the affairs of law and order in motion. It is only at the investigation stage that all the details can be gathered and filled up. But it cannot be said that omissions in the first information report would always be of S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q no significance. The report is not substantive evidence and omissions in it will not ipso facto lead to the case being thrown out. But it is a piece of corroborative evidence; omissions in it will, other things being the same, deprive the prosecution of the most valuable corroboration and thereby make the story suspicious. When a first information report contains an omission as to an important fact relied upon by the prosecution, the omission is important and in the absence of any other evidence, the court may in a given case refuse to consider the evidence of the informant on that fact because of such omission. For a correct appraisal of the effect of omission as contradicting the informant it is essential to keep in view the circumstances in which the report was lodged. For instance, an omission in a report hurriedly lodged under the press of events should not have the same significance as one in a report lodged after cool calculation…” [37] Seterusnya adalah isu perakuan serah menyerah barang kes (eksibit P12) yang tidak ada tandatangan penerima. Mahkamah ini mendapati rantaian keterangan berkenaan barang-barang kes yang dirampas pada 8/8/2023 sehinggalah barang kes diserahkan kepada SP4 (pegawai penyiasat) pada hari yang sama pada jam lebih kurang 6.45 S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q pagi (melalui borang serah menyerah iaitu eksibit P12), seterusnya dibawa ke Mahkamah adalah tidak terputus. Dalam keadaan ini, rantaian berhubungan dengan perjalanan dan identiti barang kes yang dirampas telah dibuktikan dan tidak wujud sebarang keraguan berkaitan dengannya. [38] Selain keterangan SP3 dan SP4 berserta borang serah menyerah iaitu eksibit P12 menunjukkan bahawa P6 dan P16 telah diserahkan oleh SP3 kepada SP4, gambar-gambar kes (eksibit P4) juga jelas menunjukkan bahawa barang kes yang dirampas dan diterima oleh SP4 merujuk kepada barang kes yang sama. [39] Mahkamah ini menurut prinsip undang-undang berpandukan keputusan-keputusan dalam kes Su Ah Ping v. PP [1980] 1 MLJ 75, Ekwe Sampson Odii v. PP [2016] 2 CLJ 387 (COA) dan di Mahkamah Persekutuan, Loh Kah Loon v. PP [2011] 5 CLJ 345, Mahkamah Persekutuan menyatakan: “[17] It can be seen from the above that there was no break in the chain of evidence regarding the exhibits. The identity of the exhibits was well established. Thus, on the facts of this case, the difference in the weight of the exhibits as found by the police and the chemist, by itself cannot be said to have created doubt as to the identity of the exhibits. The real S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q question is whether the exhibits recovered by the police is the same exhibits sent to and examined by the chemist and subsequently produced in court as evidence. We have no doubt that it was the same exhibits.”. [40] Seterusnya adalah isu mengenai warna kereta, penggunaan dan milikan kereta tersebut. OKT cuba membangkitkan kekeliruan fakta dengan warna kereta iaitu biru dan jenisnya adalah Peugeot namun SP1 (pengadu) dalam keterangan jelas menyatakan warna kereta adalah silvery blue manakala SP3 mengatakan warna kereta sebagai biru pudar bukannya kelabu dan jenisnya ialah Naza Bestari. Kesempatan Mahkamah ini merujuk kepada rakaman CCTV (eksibit P21 A-C) dan gambar-gambar pegun (eksibit P5 A-D) mendapati warna kereta adalah silvery blue. Berdasarkan keseluruhan keterangan kes pendakwaan, tiada kekeliruan dapat ditimbulkan walaupun warna kereta, penggunaan dan milikan kereta tersebut diteliti secara bersama ataupun berasingan kerana SP1 dapat mengecam OKT secara positif. Diperturunkan keterangan SP1 di peringkat pemeriksaan utama: SP1: Refer to photo a, the person standing in front of my house, i believe is the intruder, and i say so because he is not a family member or my friend and i can’t recognise the car, the car behind him. S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q Refer to photo B, yes, i know the person of the man, he entered my house. By referring to B, i believe he wanted to go inside my house. Refer to photo c, the man, i believe he is going back to the car. Refer to photo D, by looking at this photo, i belive i can’t, i don’t know what he is gonna do next, i am sorry. He was in front of my house, ya photo D. He was outside of my house. On that day, when this incident happens, i feel threaten. [41] SP3 dapat mengecam kereta tersebut semasa serbuan dan kereta yang sama diserahkan kepada SP4. Malahan keterangan SP3 mengatakan kereta tersebut dapat dihidupkan oleh OKT. Secara kesimpulan mengenai isu kereta ini, Mahkamah ini dengan jelas mendapati keberadaan ia di hadapan rumah SP1 semasa kejadian rompakan dan ditemui tempat tangkapan di Hotel 99 merupakan keterangan sokongan yang kukuh mengaitkan OKT dengan kejadian rompakan ke atas SP1. Selain itu eksibit P23 juga dapat mengaitkan OKT dengan penggunaan kereta tersebut. S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q Elemen Kedua: OKT telah meletakkan ketakutan pembunuhan serta merta, atau cedera serta merta, atau halangan salah serta merta akan berlaku kepada mangsa iaitu SP1. [42] Di dalam kes ini, SP1 menerangkan bahawa semasa kejadian, beliau dapat mengecam OKT sebagai penjenayah yang merompak sejumlah wang ringgit dan sebuah telefon bimbit ke atasnya. Keterangan SP1 telah menjelaskan setiap perbuatan OKT dengan terperinci. [43] Berdasarkan keterangan SP1 iaitu OKT, sedang turun dari tingkat atas ke tingkat bawah sambil menjerit dengan kuat pada SPI dalam Bahasa Melayu: Setelah ditanyakan oleh OKT dengan suara yang tinggi dan nada marah "MANA DUIT!", SP1 terpaksa menunjukkan lokasi wang yang disimpan oleh SPI. Duit yang disimpan adalah berada di atas kerusi kecil berdekatan dengan tangga. Dalam keadaan ketakutan takut dicederakan serta merta yang didatangkan oleh OKT kepada SPl sendiri atau ibunya, SPI terpaksa mendekati kerusi kecil tersebut, mengambil duit lebih kurang RM600.00 yang terkandung dalam satu beg plastik dan menyerahkan duit tersebut kepada OKT atas arahan OKT demi mengelakkan kecederaan yang didatangkan oleh OKT terhadap ibunya atau SPI sendiri. S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q [44] Seterusnya, selepas duit diberikan kepada OKT, sekali lagi OKT telah menjerit pada SPI dengan memberikan arahan kepada SP1 dengan kata-kata berikut, "MASUK BILIK AIR SEKARANG DAN KUNCI DAN JANGAN KELUAR!". Dalam keadaan ketakutan itu SPl sekali lagi terpaksa mengikuti arahan OKT dan masuk ke bilik air dan menguncikan bilik air dari dalam. Selepas beberapa minit, SP1 telah keluar dari bilik air tersebut dan mendapati OKT didapati telah tiada di tempat kejadian. Berdasarkan keterangan dan pengecaman oleh SP1 ini, saya mendapati bahawa elemen kedua ini juga dapat dibuktikan terhadap OKT. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [45] Secara kesimpulannya, saya telah membuat penilaian maksimum ke atas keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dengan merujuk kepada panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai & Anor [2003] 1 CLJ 734, yang memutuskan: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question; If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepaid to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q case? If the answer is in the negative, then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal." [46] Di akhir kes pendakwaan, berdasarkan alasan-alasan dan penemuan-penemuan yang telah dinyatakan di atas, dan setelah saya meneliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan di peringkat kes pendakwaan, saya telah membuat satu penilaian yang maksimum di akhir perbicaraan kes pendakwaan ini dan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan pindaan terhadap OKT di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan dan OKT seterusnya diperintahkan untuk membela diri. KES PEMBELAAN [47] Di peringkat pembelaan, setelah diberi 3 pilihan (panduan seperti dalam kes PP v Sanassi [1970] CLJU 118; [1970] 1 LNS 118; [1970] 2 MLJ 198; Ng Hoi Cheu & Anor v PP [1967] CLJU 113; [1967] 1 LNS 113; [1968] 1 MLJ 53; dan PP v Krishna Rao Gurumurthi & Ors [2000] 1 CLJ 446), OKT memilih untuk memberi keterangan bersumpah dan hanya mengemukakan dirinya sebagai saksi pembelaan. S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q PENEMUAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PIHAK PEMBELAAN [48] OKT telah memberikan keterangan bersumpah dengan menyatakan bahawa (diperturunkan kenyataan pemeriksaan utama OKT di sini): “…Pada 7/8/2023 lebih kurang jam 7.30 pagi saya bersama dengan anak kecil dan isteri yang tinggal di PJS 11, telah menyewa bilik hotel iaitu 1 malam iaitu jam 9 malam telah daftar masuk pada 6/8/2023, daftar keluar dari bilik pada 7/8/2023. Masa polis tangkap saya berada di Kelana Jaya. Sebelum kena tangkap kerja saya ialah menghantar parcel.Saya tiada lesen pandu kereta dan saya kerja bantu isteri hantar parcel. Saya tidak pernah ke kawasan Tun Dr Ismail dan tidak pernah berjumpa pengadu sebelum kes mahkamah. 5 ke 6 orang anggota polis yang menangkap saya. Diorang masuk baru cakap Polis. Isteri yang buka pintu. Masa itu saya di dalam bilik. Semasa ditangkap, polis ada rampas handset saya dan isteri. Saya membaiki handset, ada dengan saya sebuah beg berisi 12 handset yang juga dirampas. Lepas ditahan saya di bawa ke Balai Polis Traverse. S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q Saya tidak tahu tentang apa-apa mengenai duit dan handphone putih dalam kes ini. (Eksibit P4 yang dirujuk) dan Saya pakai barang-barang itu semasa polis tangkap. Hand phone bertanda H8 milik saya, hand phone putih bukan milik saya. Ia tidak dijumpai dari saya. Saya sahkan ada tandatangan pada Eks. P9 (senarai barang bongkar). Semasa saya ditangkap di Balai Polis Traverse, saya dibelasah dan tidak boleh cakap apa, lepas itu kena getah paip, saya duduk lihat diorang buat kerja dan ada anggota Polis berkata “Jangan menangis dan beri kerjasama sahaja. Hampir 2 ke 3 jam diorang buat senarai suruh saya tandatangan dan saya terpaksa turunkan tandatangan. Saya tidak boleh buat report Polis kerana dalam kawalan Polis dan dengan amaran “Lu mau caj kes kecil ke kes besar, nak senang ke susah!…” Saya duduk dalam penjara 2 bulan dan selepas itu dilepaskan dengan dijamin. Masa saya keluar, terus keluar dan masih tidak buat laporan polis mengenai kena pukul. Semasa saya dalam reman 7 hari reman, tiada buat kawad cam. Semasa saya dalam tahanan juga tidak pernah tengok pengadu. S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q Saya ada beli kereta. Beli atas nama Jabar Ali. Kereta bukan milik saya. Yang bayar kereta Jabar Ali. Kenderaan saya gunakan Peugeot nombor plate BKM sahaja. Nombor tidak ingat. Eksibit P5 (gambar pegun CCTV dirujuk). Warna kereta ialah Grey Silver. Saya tidak pernah guna kereta kerana tiada lesen memandu. Semasa saya buat kerja, isteri yang memandu kereta. Isteri saya ialah pemandu grab. Kereta yang saya guna ialah Peugeot biru. Ada kemek di bahagian belakang. (Eksibit P5 dirujuk) Saya pasti itu bukan kereta yang digunakan. CCTV dimainkan iaitu eks. P21A (rakaman pertama). Kereta tiada apa-apa kemek. Saya bukan orang yang keluar dari kereta itu. Warna kereta dalam CCTV ialah Grey Silver. Saya tidak pernah pergi ke tempat dalam CCTV iaitu rumah pengadu. Saya tidak menggunakan kereta seperti dalam CCTV. S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q Semasa polis menangkap saya, mereka ada jumpa hand phone putih tidak dijumpai dari saya. Kereta dalam CCTV tiada kemek pada bahagian driver…” [49] OKT di dalam keterangannya menjelaskan bahawa beliau tidak pernah pergi ke Taman Tun Dr. Ismail pada hari kejadian, iaitu 7/8/2023 dan tidak pernah berjumpa dengan pengadu. Pada masa yang sama, OKT bersama-sama anaknya yang berumur 6 bulan dengan isterinya tinggal ataupun menginap di Hotel 99 di Kelana Jaya di PJS 11/8. OKT juga mengatakan bahawa mereka telah daftar masuk pada pukul lebih kurang 9 malam 6/8/2023 dan daftar keluar pada pukul lebih kurang 2 petang 7/8/2023. Tiada apa-apa keterangan dokumentar berkenaan pembayaran bilik hotel dikemukakan oleh OKT dan tiada saksi lain dikemukakan oleh OKT untuk sahkan keberadaan OKT terbabit. Malah wujud keterangan yang tidak dinafikan oleh OKT iaitu mengenai masa dan tempat OKT bersama 2 lagi yang diperiksa dan ditahan di Hotel 99 terbabit dan Isteri OKT juga berada di sana. Terdapat dua set keterangan di sini iaitu daftar keluar pada pukul lebih kurang 2 petang 7/8/2023 namun OKT masih dengan isteri dan berada di sana bersama 2 lagi dimana mereka ditangkap. Cuma masa yang berlainan iaitu jam 2.25 pagi S/N IOkYpOHf3kefthRZxkvl2Q 8/8/2023. Oleh itu, mahkamah ini mendapati pembelaan ini hanya penafian kosong semata-mata. [50] OKT juga seakan-akan membangkitkan pembelaan “alibi” apabila menafikan pada masa kejadian rompakan berada ditempat kejadian dan OKT bersama-sama anak dan isterinya. Namun jika OKT memilih pembelaan “alibi” ia gagal mengikuti keperluan seksyen 402A Kanun Tatacara Jenayah dan kesimpulan darinya, pembelaan alibi tidak boleh digunakan. Pendirian mahkamah ini tentang “alibi” adalah dipandu keputusan dalam kes-kes Rangapula & Anor v. PP (1982) 1 MLJ 91 dan Krishnan & Anor v. PP (1981) 2 MLJ 121. [51] Seterusnya, Mahkamah ini dapati undang-undang mengenai “penafian kosong semata-mata” dan “alibi” adalah undang-undang yang telah sedia mantap. Mahkamah bersetuju dengan kes-kes yang dirujuk oleh pihak pendakwaan iaitu kes-kes Dorai Pandian Munian & Anor v PP [2012] 10 CLJ 22, Vasan Singh v PP [1989] 2 CLJ 402, Dato' Mokhtar Hashim & Anor v PP [1983] 2 CLJ 10, PP v Zainal Ariffin Abu Bakar [2007]7 CLJ 644 dan Public Prosecutor v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ