(1) Any person or body whose land or interest is bound by a private caveat may at any time apply in Form 19H to the Registrar for its removal, and such application shall be accompanied by the prescribed fee. … Removal of private caveats by the Court 327 (1) Any person or body aggrieved by the existence of a private caveat may at any time apply to the Court for an order for its removal, and the Court (acting, if the circumstances so require, ex parte) may make such order on the application as it may think just. S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 9 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 [21] Dalam kes Wong Kuan Tan v Gambut Development Sdn Bhd. [1984] 1 CLJ (Rep) 441, Mahkamah Persekutuan memutuskan- “To put it more simply, the caveator in this case must first satisfy the Court that he has a “caveatable interest” in the land. Only if he has such an interest can he qualify to lodge a caveat under s.323 of the National Land Code. In the application to have the caveat removed the onus is cast upon the caveator to satisfy the Court that on the evidence presented his claim to an interest in the land raises a serious question to be tried and after having done so he must go on to show that on the balance of convenience, the caveat should be extended until the disposal of the main action.” [22] Selanjutnya Mahkamah ini merujuk kepada kes Luggage Distributor (M) Sdn Bhd v Tan Hor Teng & Anor [1995] 1 MLJ 719 yang telah memperincikan pendekatan tiga peringkat Inkuiri terhadap fakta yang perlu dilakukan- “The Supreme Court in Kumpulan Sua Betong Sdn Bhd v Dataran Segar Sdn Bhd [1992] 1 MLJ 263 made it clear that any claim to a caveatable interest that is asserted must be minutely inquired into in order to decide whether the caveat should remain on the register S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 10 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 document of title or be removed.” (per Jemuri Serjan CJ (Borneo), at p. 270). In my judgment, there are three stages through which an inquiry of this nature must go. The first stage is the examination of the grounds expressed in the application for the caveat. If it appears that the grounds stated therein are insufficient in law to support a caveat, then cadit quaestio, and the caveat must be removed without the necessity of going any further. … The matter does not come to an end once the caveator satisfies the Court that his claim as expressed in the application Form 19B amounts in law to a caveatable interest. He must go on to show, in appropriate case, that, based on the affidavits filed, his claim discloses a serious question meriting a trial. This then is the second stage. The degree of proof that has to be offered will, of course, vary from case to case. … The third stage is arrived at only after the first two hurdles have been crossed by the caveator. Here the question to be asked relates to the balance of justice, or what Lord Diplock termed in Eng Mee Yong (supra) as ‘the balance of convenience’. As to the matters that go to S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 11 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 determine in which direction the balance should tilt, these have already been set out in such clear terms by Lord Diplock in En Mee Yong that mere repetition becomes unnecessary. It is only upon satisfying these three stage of curial scrutiny that a caveat may be permitted to remain. That this should be so is only logical; for it is a serious matter to caveat a person’s property, and unless a case is properly made out, a caveat ought not be permitted to remain on the register a moment longer than is absolutely necessary.”. [23] Sebagai panduan, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Luggage Distributors (supra) yang telah menyenaraikan tiga syarat yang perlu dipenuhi oleh seorang Kaveator bagi mengekalkan Kaveat tersebut iaitu:- i. Sama ada Defendan, dalam permohonan memasuki Kaveat persendirian (Borang 19B) telah mendedahkan kepentingan yang boleh dikaveatkan; ii. Sekiranya ia mendedahkan kepentingan yang boleh dikaveatkan, sama ada bukti yang dikemukakan mendedahkan isu-isu yang akan dibicarakan; dan S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 12 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 iii. Jika soalan i dan ii dijawab positif, sama ada dalam imbangan kesenangan menyokong kaveat persendirian berada dalam rekod sementara menunggu pelupusan kes Defendan-defendan. Sama ada Defendan, dalam permohonan memasuki Kaveat persendirian (Borang 19B) telah mendedahkan kepentingan yang boleh dikaveatkan [24] Mahkamah mengambil maklum melalui Borang 19B, Defendan-defendan telah memasukkan Kaveat ke atas Hartanah atas alasan untuk menjaga kepentingan Defendan-defendan terhadap Plaintif yang dikatakan berhasrat untuk menjual Hartanah tersebut kepada pihak ketiga. Defendan-defendan meletakkan Kaveat tersebut sementara menunggu hakmilik individu disempurnakan kepada Plaintif agar pindah milik seterusnya dapat dilakukan kepada Defendan-defendan. Alasan utama Defendan-defendan ialah mereka mempunyai kepentingan benefisial ke atas Hartanah tersebut. [25] Mahkamah juga maklum Defendan-defendan menghujahkan walaupun Hartanah didaftar atas nama Plaintif, oleh kerana pembayaran sebenar dibuat oleh Defendan-defendan, mereka mempunyai S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 13 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 kepentingan benefisial yang perlu dilindungi seperti di dalam kes Tan Sri William Cheng Heng Jem & Anor (suing as the President and Deputy President of the Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia, and for and on its behalf) v Tan Sri Ngan Ching Wen & Ors [2013] 8 MLJ yang memutuskan- “Nevertheless such an unregistered unregistrable interest can be protected against a subsequent registered statutory title or encumbrance that is being acquired by a bona fide purchaser for good value, by the entry of a protective device (caveat).” [26] Berdasarkan perkara di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa Defendan-defendan telah berjaya menunjukkan mereka mempunyai kepentingan yang boleh di kaveat bagi Hartanah tersebut. Sekiranya ia mendedahkan kepentingan yang boleh dikaveatkan, sama ada bukti yang dikemukakan mendedahkan isu-isu yang akan dibicarakan [27] Persoalan selanjutnya ialah sama ada Defendan mempunyai kepentingan kaveat (caveatable interest) ke atas Hartanah tersebut untuk menyangkal saman tuntutan Plaintif untuk membatalkan Kaveat tersebut. S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 14 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 [28] Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah mempertikaikan kesemua tuntutan dan alegasi Defendan-defendan terhadap Plaintif. [29] Setelah meneliti permohonan Plaintif untuk membatalkan Kaveat Defendan-defendan melalui Borang 19H, Mahkamah ini mendapati alasan-alasan Plaintif adalah seperti berikut:- [29.1] Plaintif adalah pemilik berdaftar Hartanah yang mempunyai hakmilik yang tidak boleh disangkal ke atas Hartanah tersebut. Dengan itu Plaintif berhak untuk membuat apa-apa saja urusan berkaitan Hartanah tersebut; [29.2] Defendan-defendan tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang boleh dikaveat kerana PJB adalah palsu, satu rekaan Defendan-defendan semata-mata untuk mempertahankan diri dalam tindakan ini; [29.3] Plaintif tidak pernah bersetuju untuk menjual Hartanah kepada Defendan-defendan dan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan PJB Hartanah tersebut; [29.4] Defendan-defendan adalah terhalang oleh had masa kerana terdapat kelewatan di dalam memfailkan apa-apa permohonan berkaitan PJB (sub seksyen 9(1) Akta Had Masa 1953). S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 15 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 [30] Mahkamah ini, dengan menggunapakai prinsip undang-undang di atas, telah meneliti sama ada terdapat alasan untuk melepaskan Hartanah tersebut daripada Kaveat Defendan-defendan. [31] Bersandarkan kes Luggage Distributor (supra) Mahkamah ini telah meneliti affidavit jawapan Defendan-defendan untuk menentukan sama ada Defendan-defendan berjaya membuktikan bahawa mereka mempunyai kepentingan yang boleh dikaveatkan. Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan-defendan mempunyai kepentingan yang boleh dikaveat terhadap Hartanah tersebut melalui PJB bertarikh 29.09.2003 (PR -2). Mahkamah ini mendapati PJB tersebut adalah teratur dari segi undang-undang dengan terma-terma tawaran dan penerimaan yang dipersetujui kedua-dua pihak dengan balasan bayaran, telah ditandatangani oleh Plaintif dan Defendan serta di saksikan oleh peguamcara Zaitonbi bt Mustan. Defendan-defendan telah membuat pembayaran kepada Plaintif mengikut terma-terma yang telah dipersetujui di dalam PJB. [32] Mahkamah ini mengambil maklum latarbelakang Hartanah yang asalnya merupakan rumah setinggan yang didiami oleh ahli keluarga Plaintif dan Defendan. Untuk tujuan penganugerahan dan pendaftaran S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 16 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 Hartanah, ia telah didaftar atas nama Plaintif sebagai anak lelaki sulung keluarga. Apabila Plaintif enggan untuk membayar premium ke atas Hartanah, Defendan-defendan telah menjelaskan segala bayaran yang perlu dijelaskan untuk memastikan Hartanah tersebut menjadi milik keluarga mereka. [33] Mahkamah ini juga mengambil maklum mengenai laporan-laporan polis yang telah dibuat berhubung Hartanah oleh kedua-dua belah pihak, Plaintif dan Defendan-defendan yang masing-masing menuntut pindah milik dan membuat alegasi kacau ganggu dilakukan ke atas mereka oleh pihak yang satu lagi. [34] Keterangan Defendan-defendan dengan sokongan dokumen lebih meyakinkan Mahkamah ini bahawa terdapat kepentingan yang perlu dipelihara oleh Defendan-defendan dalam Hartanah tersebut dan Mahkamah mendapati terdapat keraguan terhadap tuntutan Plaintif yang tidak dapat menyangkal alasan-alasan yang membenarkan kemasukan Kaveat oleh Defendan-defendan. Dengan itu, terdapat merit bagi isu-isu yng dibangkitkan oleh Defendan-defendan untuk dibicarakan. S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 17 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 Jika soalan i dan ii dijawab positif, sama ada dalam imbangan kesenangan menyokong kaveat persendirian berada dalam rekod sementara menunggu pelupusan kes Defendan-defendan. [35] Setelah meneliti fakta-fakta secara keseluruhan, Mahkamah ini berpandangan Defendan-defendan telah berjaya membuktikan mereka mempunyai kepentingan yang boleh dikaveatkan ke atas Hartanah tersebut. Penegasan Defendan-defendan telah disokong dengan bukti-bukti berupa dokumen yang menyokong kenyataan terdapat PJB yang telah dimasuki tetapi belum disempurnakan pelaksanaannya oleh Plaintif. [36] Hakikat bahawa Defendan-defendan sendiri telah memfailkan tuntutan terhadap Plaintif untuk pelaksanaan spesifik PJB menunjukkan terdapat pertikaian sebenar antara Plaintif dan Defendan-Defendan berhubung Hartanah, Ketua Hakim Negara Suffian (pada masa itu) dalam kes Kasivisvanathan Chettiar v Pereira [1976] 2 MLJ 110 menyatakan – “The principal reason why we dismissed this appeal is that there is a real dispute between the parties regarding this land; that to resolve this real dispute the respondent had filed a suit against the appellant, and that it is desirable that the status quo be preserved S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 18 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 pending the disposal of that suit, so that the appellant cannot deal with the land until then.” [37] Berdasarkan dapatan inkuiri, adalah pandangan Mahkamah ini bahawa Defendan-defendan mempunyai kes prima facie dan tuntutan mereka adalah berasas dan tidak meremehkan. Tuntutan Defendan-defendan adalah dalam tempoh had masa yang sewajarnya dikira daripada tarikh infringement or threat of infringement ke atas hak Defendan-defendan oleh Plaintif di bawah PJB tersebut pada 13.03.2017, iaitu pada masa Defendan-defendan mengetahui bahawa Plaintif enggan memindahkan hakmilik menurut PJB selepas mendapat geran hakmilik Hartanh pada tahun 2015. Oleh yang demikian, Kaveat yang berasaskan dokumen yang sah (PJB) secara prima facie tidak harus dibatalkan atas dasar permohonan singkat di mana fakta-fakta yang terlibat adalah dipertikaikan secara serius (sila lihat Macon Engineers Sdn Bhd v Goh Hooi Yin [1976] 2 MLJ 53). [38] Berdasarkan perkara-perkara di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan-defendan telah memenuhi secara positif syarat-syarat yang disenaraikan di dalam kes Luggage Distributor (supra) dan dengan itu, keseimbangan kesenangan (balance of convenience) adalah memihak kepada mengekalkan Kaveat tersebut. S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 19 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 Kesimpulan [39] Justeru, atas dasar keseimbangan keberangkalian, Mahkamah ini menolak permohonan Plaintif untuk membatalkan Kaveat ke atas Hartanah tersebut dengan kos. Tarikh: 25 Julai 2022 signed (ROHANA ABD MALEK) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 2 Shah Alam S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 20 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 Counsels: Solicitors for the Plaintiff Tetuan M Manoharan & Co Peguambela & Peguamcara Suite C-5-5, Wisma Goshen Plaza Pantai Persiaran Pantai Baharu 59200 Kuala Lumpur Tel: 03-22832388 Email: manomallaw@gmail.com Solicitors for the Defendent: Tetuan Tee, Tan & Partners Peguambela & Peguamcara Suite DG 6 & 7, Ground Floor, Plaza Pekeliling Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Tel: 03- 40413161 Email: teetankl@yahoo.com S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg 21 | B A - 2 4 N C v C - 8 1 2 - 0 7 / 2 0 2 1 Legislation referred National Land Code 1965, subsections 323(1),327(1),340 (1) Contracts Act 1950 Specific Relief Act 1950 Rules of Court 2012 Cases referred: 1) Wong Kuan Tan v Gambut Development Sdn Bhd. [1984] 1 CLJ (Rep) 441 2) Tan Sri William Cheng Heng Jem & Anor (suing s the President and Deputy President of the Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia, and for and on its behalf) v Tan Sri Ngan Ching Wen & Ors [2013] 8 MLJ 3) Luggage Distributor (M) Sdn Bhd v Tan Hor Teng & Anor [1995] 1 MLJ 719 4) Sua Betong Sdn Bhd v Dataran Segar Sdn Bhd [1992] 1 MLJ 263 5) Kasivisvanathan Chettiar v Pereira [1976] 2 MLJ 110 6) Macon Engineers Sdn Bhd v Goh Hooi Yin [1976] 2 MLJ 53. S/N zazMaKMHXkmUyi1gXPmzrg