The general rule for awarding damages is that, a plaintiff may only recover what he has lost, and any sum received in mitigation of his loss are to be taken into account in reduction of the damages. To this general rule there are well-established exceptions, where damages are awarded even though the plaintiff has technically not been left out of pocket in financial terms. Insurance benefits received pursuant to an insurance policy, for which the plaintiff has paid the premiums, is a settled exception to the general rule. There is no difference in principle whether the injured party received his entitlement under the insurance policy from the insurer in monetary terms, or derived the benefit thereof by the insurer making payment on his behalf. Hence, a plaintiff's right of action against a defendant for the full amount of loss suffered is not diminished or extinguished where such loss is indemnified by an insurer, whether or not the insurer chooses to exercise their right of subrogation. (paras 129, 136, 137, 138) [30] Keputusan kes Dr Kok Choong Seng adalah berasaskan jika Plaintif yang membayar premium dan rujukan dibuat terhadap pihak insurans yang berkontrak untuk melindungi personal injuries yang dialami oleh penuntut. [31] Dalam kes Plaintif ini, tiada dibuktikan bahawa beliau telah membayar apa-apa premium dan tidak pernah pun menuntut jumlah RM56,829.71 sebagai kos rawatan kerana semua bil rawatan beliau telah dibayar oleh majikannya (medical benefits as employee of HSBC). Oleh itu, saya bersetuju dengan Defendan bahawa fakta dalam kes Dr Kok Choong Seng adalah berbeza. [32] Saya juga didapati, tiada keterangan yang diberikan di mahkamah bahawa majikan Plaintif akan menuntut kembali jumlah yang dibayar untuk menanggungnya menjalani rawatannya di hospital. Maka, tiada asas untuk Defendan (atau syarikat insuran) untuk membayar atas dasar gantirugi sedangkan Plaintif tidak mengalami sebarang kerugian. [33] Pihak-pihak telah berhujah mengenai kes Frank Astle Ward v Malaysian Airlines System Bhd (1991) 1 MLRA yang dirujuk oleh Plaintif. [34] Plaintif bergantung dan memohon saya menerima pakai keputusan dalam kes Frank Astle Ward untuk membenarkan tuntutan bil rawatan kerana majikan Plaintif telah membayar premium dibawah kontrak pekerjaan yang membenarkan pekerjanya mendapat faedah rawatan sebagai ganjaran. Bagi tujuan ini, Plaintif berhujah bahawa tidak kira siapa yang membayar premium tersebut, tuntutan masih boleh dibuat. [35] Dalam kes Frank Astle Ward, Perayu adalah pekerja Malaysian Airlines System (MAS) sebagai juruterbang. Dalam menjalani masa pekerjaannya, Perayu terlibat dalam satu insiden terhempas dan beliau mengalami kecederaan. [36] Di peringkat Mahkamah Tinggi, MAS mengakui 100% liabiliti dan hanya isu kuantum dipertikai. Hakim yang bijaksana telah menaksirkan gantirugi sebanyak RM301,250.00 kepada Perayu tetapi telah membuat tolakan RM300,000.00 yang telah diterima oleh Perayu dari syarikat insuran dibawah general accident policy yang diambil oleh MAS bagi faedah semua pekerjanya. Perayu hanya mendapat perintah untuk bakinya RM1,250 sahaja beserta faedah. [37] Perayu merayu ke Mahkamah Agung (Supreme Court). [38] Isu yang releven dengan kes sekarang adalah mengenai samada mahkamah boleh menolak jumlah yang dibenarkan jika pihak tersebut telah menerima bayaran dari syarikat insuran. [39] Mahkamah Agung telah meneliti kes-kes Common Law yang dirujuk dan memutuskan bahawa: [22].. In our opinion the insurance cover is a service benefit contractually granted by MAS to their pilots on termination of their service arising from death or permanent disability. It is analogous to pension or gratuity and therefore should not be deducted. To be deductible the contractual payment should be analogous to wages such as “sick pay”..” [40] Mengenai isu deductibility ini juga, Mahkamah Agung telah merujuk kepada seksyen 28A(1)(a) Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan mengatakan “ [23].. that any sum paid or payable in respect of personal injury which does not result in death “under any contract of assurance or insurance” shall not be taken into account in assessing damages.” [41] Oleh itu telah diputuskan bahawa “the insurance benefits in this case are not deductable”. [42] Berbalik kepada fakta kes Plaintif sekarang, Plaintif masih lagi bekerja dengan majikannya (HSBC) dan tiada timbul isu tuntutan pencen atau gratuiti sepertimana dalam kes Frank Astle Ward. Faedah insurans yang timbul telah dianggap sebagai “lump sum pension or gratuity” yang mana tidak patut ditolak mengikut seksyen 28(1)(a) yang dibincangkan. Tambahan pula, dalam kes Frank, tiada timbul isu kos rawatan hospital swasta dan isu kemunasabahan (reasonableness) mendapatkan rawatan selain Hospital Kerajaan. [43] Yang lebih ketara adalah, jelas dari keterangan bukti yang dikemukakan di Mahkamah bahawa Plaintif tidak mengalami sebarang monetary loss. [44] Saya juga bersetuju dengan hujahan Defendan yang menekankan keputusan kes atasan yang menitik-beratkan keperluan membuktikan reasonableness in incurring such an expense at private care untuk di justifikasikan oleh Plaintif (rujuk kes Inas Faiqah (supra) dan Chai Yee Chong v. Lew Thai [2004] 2 CLJ 321). [45] Oleh itu, saya dapati tiada kekhilafan oleh HMS dalam menolak tuntutan bil rawatan ini. Penolakan kos ortosis. [46] Plaintif menuntut award sebanyak RM275,1500.00 sebagai kos peralatan ortotik. [47] Sebelum isu kos ortosis boleh tuntut, Plaintif seharusnya membuktikan keperluan kepada alatan tersebut. Dalam kes ini, samada Plaintif perlu menjalani pembedahan atau memutuskan untuk menggunakan alatan ortotik juga masih belum diputuskan. [48] Dari keterangan Plaintif, beliau sendiri mengesahkan tidak bersedia untuk menjalani pembedahan walaupun prosidur tersebut dicadangkan oleh para doktor yang merawat. Saya berpendapat, samada Plaintif boleh menuntut kos ortosis adalah jika ianya selaras dengan pendapat doktor yang merawat bahawa peralatan ortotik diperlukan. Plaintif sendiri tidak boleh membuat pilihan sendiri dan menuntut kos tersebut. [49] Saya setuju sebagaimana dihujahkan oleh Defendan dan juga dari keterangan doktor-doktor yang merawat bahawa pembedahan merupakan pilihan yang terbaik untuk Plaintif, secara medikalnya (best medical opionion). Saya juga bersetuju dengan penyataan Defendan bahawa dari keterangan Plaintif sendiri bahawa beliau sebenarnya tidak berniat untuk menggunakan peralatan ortotik itu sendiri tetapi sekadar untuk meningkatkan jumlah tuntutan. [50] Sehubungan dengan itu, sebagaimana diperhatikan oleh HMS dalam dapatan beliau, Plaintif sendiri tidak pernah membeli atau mencuba untuk menggunakan mana-mana unit ortosis yang dicadangkan. Plaintif juga mengakui bahawa beliau kini mula bekerja tanpa bantuan apa-apa alatan bantuan untuk berjalan. [51] Oleh itu, HMS tidak khilaf dalam keputusan beliau menolak tuntutan alatan ortotik ini. Keputusan [52] Bersandarkan kepada alasan di atas, rayuan Plaintif dengan ini ditolak dengan kos sebanyak RM5000 tertakluk kepada fi alokator. Keputusan HMS dikekalkan. Tarikh: 4 Mac 2025 ~signed~ (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam NCVC 9 Peguam: Bagi pihak Perayu Samantha Sam Tetuan G. Dorai & Co Bagi pihak Responden: Ratnavathy a/p Navaratnam Tetuan Viknes Ratna & Co.