Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: BA-22NCC-174-12/2023 ANTARA KRS TRAVEL SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 477239-X) − PLAINTIF
BA-22NCC-174-12/2023
High Court of Malaysia16 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Syarikat Penerbangan Flynas bertarikh 31-12-2016 yang ditujukan kepada D3 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi D1, Plaintif telah dimaklumkan bahawa Syarikat Penerbangan Flynas telah membatalkan dua Air Charter Agreements bertarikh 22-9-2016 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur dan/atau Jakarta/Surabaya bagi operasi Umra”
“4.2.2. The action is time-barred pursuant to the Limitation Act 1953 as it was filed after six (6) years had lapsed since the date(s) where the alleged cause of action arose (if any).”
“tahui syarikat D1 sudah dibubarkan. Tiada apa-apa permohonan sanksi daripada pihak yang berkenaan untuk meneruskan tindakan terhadap syarikat D1. Dalam kes Yee Phey Fern v. Foong Khang Khai & 1 Lagi [2023] CLJU 2443 di mana Mahkamah memutuskan: “[21] Adalah amat jelas pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah merupakan f”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: BA-22NCC-174-12/2023 ANTARA KRS TRAVEL SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 477239-X) − PLAINTIF
1
LOFTY CREST LIMITED
2
YANG MULIA RAJA MOHD AZMI BIN RAJA RAZALI
3
DATO’ ABDUL NASSER BIN ABU KASSIM (NO. K/P: 560903-01-6077) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif mengambil tindakan undang-undang ini terhadap Defendan-Defendan melalui writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 26-12-
2023
Pada 24-3-2025 notis permohonan Plaintif di bawah Aturan 20 kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memohon suatu perintah bahawa Plaintif diberi kebenaran untuk meminda writ dan pernyataan tuntutan. Alasan pindaan ialah kerana Plaintif hanya mengetahui maklumat pembubaran Defendan Pertama (D1) pada 3-9-2024. [2] Pada 16-7-2025, Mahkamah ini menolak permohonan pindaan tersebut. Ringkasan fakta [3] Secara ringkasnya, Plaintif menyatakan fakta bahawa atas representasi oleh Defendan Kedua (D2) dan/atau Defendan Ketiga (D3), Plaintif bersetuju untuk memasuki suatu perjanjian agensi penjualan (Preferred Sales Agency Agreement) bertarikh 3-7-2016 dengan Defendan Pertama (D1). Melalui Preferred Sales Agency Agreement itu yang ditandatangani oleh Plaintif dan D1, D1 telah melantik Plaintif sebagai ejen jualan ekslusif (exclusive sales agent) bagi penjualan dan pengedaran perkhidmatan pengangkutan udara syarikat Penerbangan Flynas untuk pakej Umrah dan Haji bagi musim 2016/2017 di seluruh Malaysia dan tertakluk kepada terma-terma di dalam Preferred Sales Agency Agreement. [4] Syarikat Penerbangan Flynas mengeluarkan surat bertarikh 24-10- 2016 yang telah ditandatangani oleh Country Manager, Syarikat Penerbangan Flynas Malaysia dan D2 menyatakan bahawa Syarikat Penerbangan Flynas dan D1 telah mengiktirafkan perlantikan Plaintif sebagai ejen jualan ekslusif. [5] Atas arahan Defendan-Defendan, Plaintif telah melalui 2 bayaran pada 4-10-2016 dan 1-11-2016, mendepositkan wang sekuriti berjumlah USD800,000.00 bersamaan dengan RM3,560,000.00 (selepas ini dirujuk sebagai “Deposit Sekuriti”) ke dalam akaun bank OCBC Bank (Malaysia) Berhad, cawangan Petaling Jaya No. Akaun 707-1277126 milik D1 (selepas ini dirujuk sebagai “Akaun No.1 D1”). Pada sekitar bulan November dan Disember 2016, Plaintif telah membuat bayaran terdahulu (advanced payment) sebanyak RM21,992,235.00 ke dalam akaun bank OCBC Bank (Malaysia) Berhad, cawangan Petaling Jaya No. Akaun 707-1277118 milik D1 (selepas ini dirujuk sebagai “Akaun No.2 D1”) sebagai bayaran terdahulu bagi tempahan penerbangan Flynas pergi balik Kuala Lumpur−Jeddah dan Kuala Lumpur−Medina. [6] Melalui surat Syarikat Penerbangan Flynas bertarikh 31-12-2016 yang ditujukan kepada D3 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi D1, Plaintif telah dimaklumkan bahawa Syarikat Penerbangan Flynas telah membatalkan dua Air Charter Agreements bertarikh 22-9-2016 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur dan/atau Jakarta/Surabaya bagi operasi Umrah di antara Syarikat Penerbangan Flynas dan D1 dan menghentikan penerbangan Flynas pergi balik Kuala Lumpur−Jeddah dan Kuala Lumpur−Medina dengan serta-merta akibat daripada kegagalan D1 membayar Syarikat Penerbangan Flynas. Ekoran itu, segala tempahan penerbangan Syarikat Penerbangan Flynas pergi-balik Kuala Lumpur−Jeddah dan Kuala Lumpur−Medina yang telah dibuat oleh Plaintif telah dibatalkan yang mana bayaran bagi tempahan tersebut telah diterima oleh D1 daripada Plaintif melalui Bayaran Terdahulu tersebut. Akibat daripada pembatalan tersebut, setakat 31-12-2016, sejumlah RM18,072,638.62 daripada advanced payment telah digunakan oleh Plaintif sebagai bayaran bagi penerbangan Syarikat Penerbangan Flynas pergi balik Kuala Lumpur−Jeddah dan Kuala Lumpur−Medina. Setakat 31-12-2016, masih terdapat baki advanced payment sejumlah RM3,919,596.38 belum digunakan oleh Plaintif (selepas ini dirujuk sebagai “baki advanced payment”). Baki BayaranTerdahulu tersebut sewajarnya masih berada di dalam Akaun No.2 D1 dan dipegang secara amanah oleh D1. [7] Berdasarkan akujanji DefendanDefendan yang diberi kepada Plaintif dan atas arahan Defendan-Defendan, Plaintif telah membayar kos perbelanjaan sebanyak RM1,265,963.24 bagi pihak D1 untuk membayar ganti rugi kelewatan penerbangan, pembatalan penerbangan, pembelian tiket penerbangan baru, kos tempat penginapan, kos pengangkutan, kos makanan dan minuman dan juga kos bayaran Visa kepada para penumpang dan anak-anak kabin (selepas ini dirujuk sebagai “Kos Perbelanjaan”). [8] Pada 19-1-2017, suatu mesyuarat telah diadakan dengan kehadiran wakil-wakil D1 termasuk D2 dan wakil-wakil Plaintif. Plaintif menuntut Kos Perbelanjaan, Deposit Sekuriti dan baki advanced payment daripada Defendan-Defendan. [9] D1 mengeluarkan surat cadangan bertarikh 10-2-2017 kepada Plaintif yang menyatakan bahawa D1 bersetuju untuk membuat bayaran balik kepada Plaintif berdasarkan Preferred Sales Agency Agreement tersebut dan tertakluk kepada terma-terma seperti berikut:
a
D1 mengakui bahawa Deposit Sekuriti tersebut telah diterima oleh D1 dan bayaran balik sejumlah RM1.3juta akan dibayar kepada Plaintif sebelum 28-2-2017.
b
manakala baki sebanyak RM2.26juta akan dibayar tertakluk kepada ketersediaan dana di dalam akaun D1.
c
bayaran balik Kos Perbelanjaan pula adalah tertakluk kepada penilaian Lembaga Pengarah D1 yang mana keputusan muktamad penilaian akan dimaklumkan kepada Plaintif pada dan/atau sebelum 28-2-2017.
d
bayaran balik baki advanced payment adalah tertakluk kepada penyelarasan akaun antara Plaintif, D1 dan Zabid Tours & Services Sdn Bhd bagi mewujudkan satu jumlah yang dipersetujui oleh pihak-pihak selepas pelarasan akaun bagi mengelakkan sebarang pertanyaan dan redundansi. Segala persetujuan seharusnya dicapai sebelum 28-2-2017 dan satu surat persetujuan wajar ditandatangani di antara pihak. [10] Pada 16-2-2017, Plaintif membalas melalui surat kepada D1 dan menyatakan seperti berikut:
a
baki Deposit Sekuriti sebanyak RM2.26juta seharusnya dibayar sebelum dan/atau pada 15-3-2017.
b
segala Kos Perbelanjaan yang dimuktamadkan oleh Lembaga Pengarah D1 haruslah dibayar dalam masa 2 minggu selepas keputusan penilaian Lembaga Pengarah D1 dan/atau selewat-lewatnya pada 15-3-2017.
c
segala persetujuan bagi bayaran balik baki advanced payment yang telah tercapai pada atau sebelum 28-2-2017 berdasarkan penyelarasan akaun antara Plaintif, D1 dan Zabid Tours & Services Sdn Bhd, bayaran balik baki advanced payment haruslah dibayar dalam masa 2 minggu dan/atau selewat-lewatnya pada 15-3-2017. [11] Setakat 6-4-2017, sejumlah wang sebanyak RM625,000.00 telah dikembalikan oleh D2 kepada Plaintif secara wang tunai pada 5-4-2017 dan 6-4-2017 masing-masing. Sejak 7-4-2017, tiada sebarang wang dibayar dan/atau dikembalikan oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif dan Plaintif telah melalui surat peguam cara Plaintif bertarikh 12-3-2020 menuntut terhadap Defendan-Defendan, namun Defendan-Defendan, langsung tidak menjawab dan/atau membalas tuntutan Plaintif. [12] Pada 16-12-2020, Plaintif telah dimaklumkan bahawa Akaun No.1 D1 dan Akaun No.2 D1 telah ditutup sejak 19-3-2019 dan tidak terdapat sebarang wang di dalam akaun-akaun tersebut termasuk Deposit Sekuriti dan baki advanced payment. Plaintif memplidkan bahawa tindakan Defendan-Defendan menutupkan Akaun No.1 dan Akaun No.2 dan premis pejabat urusan D1 tanpa membayar balik Deposit Sekuriti, baki advanced payment dan baki Kos Perbelanjaan yang masih terhutang kepada Plaintif jelas menunjukkan bahawa satu frod telah dilakukan oleh DefendanDefendan yang mana Defendan-Defendan telah berkelompot melakukan satu penipuan (conspiracy to defraud) dan salahnyataan secara curang (fraudulent misrepresentation) terhadap Plaintif. Akibat daripada salah laku, penipuan dan ketidakjujuran Defendan-Defendan, Plaintif telah mengalami kerugian kewangan yang teruk dan diletakkan di atas perbelanjaan yang tidak patut dan pengaliran wang Plaintif yang tidak stabil. Pada sekitar Januari 2021, Plaintif telah membuat satu laporan polis terhadap Defendan-Defendan berkenaan dengan tindakan penipuan dan kesalahnyataan secara curang yang dilakukan oleh Defendan-Defendan secara bersubahat. Pembelaan dan notis permohonan Defendan-Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif [13] Pada 30-1-2024, Defendan-Defendan memfailkan pembelaan dan memplidkan bahawa tuntutan Plaintif perlu ditolak dengan kos. [14] Antara perkara yang dinyatakan dalam pembelaan ialah −
a
Plaintif telah memfailkan notis pemberhentian tindakan sepenuhnya terhadap Defendan Pertama dengan kebebasan untuk memfailkan semula melalui Guaman No.: BA-22NCC- 142-10/2020 dan Mahkamah Tinggi Shah Alam (MTSA) telah merekodkan Notis Pemberhentian tersebut pada 1-11-2021.
b
D1 hanya mengakui Preferred Sales Agency Agreement dimasuki antara Plaintif dan D1.
c
perlantikan Plaintif sebagai ejen jualan eksklusif adalah untuk jualan penerbangan dari Kuala Lumpur sahaja.
d
Plaintif gagal dan/atau memungkiri Perjanjian untuk membayar sebanyak USD1,000,000.00 kepada D1 pada 15- 9-2016. Tiada apa-apa peruntukan dalam Perjanjian mengenai pembayaran balik deposit sekuriti.
e
Plaintif seharusnya menuntut terhadap Syarikat Penerbangan Flynas kerana terdapat sebahagian jumlah wang telah dibayar kepada syarikat Penerbangan Flynas untuk pakej Umrah dan Haji.
f
surat cadangan Defendan bertarikh 10-2-2017 adalah tertakluk kepada ketersediaan dana setelah dana tersebut berada dalam akaun D1, tertakluk kepada kajian oleh lebaga Pengarah D1 dan tertakluk kepada rekonsiliasi akaun antara Plaintif, D1 dan Zabid Tours & Services Sdn Bhd.
g
Plaintif adalah dihalang oleh had masa menurut Akta Had Masa 1953 kerana tempoh 6 tahun telah berlalu sejak kausa tindakan terakru seperti yang dinyatakan oleh Plaintif iaitu pada bulan Oktober 2016. [15] Pada 18-10-2024 Mahkamah ini memutuskan untuk menolak permohonan Defendan-Defendan menurut Aturan 18 Kaedah 19(1)(a),
b
(b), (c) dan/atau (d) dan/atau Aturan 92, Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk suatu perintah bahawa writ dan pernyataan tuntutan Plaintif bertarikh 26.12.2023 dibatalkan. Pindaan kepada writ saman dan pernyataan tuntutan [16] Afidavit sokongan yang diikrarkan oleh salah seorang daripada pengarah Plaintif menyatakan bahawa permohonan pindaan ini adalah ekoran dan tercetus daripada pembubaran syarikat D1.
Preamble
Menurut Plaintif, D2 dan D3 yang merupakan pengarah dan/atau pemegang syer D1 sewajarnya dan sememangnya mengetahui mengenai pembubaran tersebut tetapi D2 dan D3 menyembunyikan maklumat pembubaran. Plaintif hanya mengetahui maklumat pembubaran pada 3-9-2024. [17] Cadangan pindaan pada writ saman dan pernyataan tuntutan ialah pada perenggan 3, perenggan 20 hingga 22, perenggan 25 hingga 33, perenggan34(d), (f), (g) dan (h), perenggan 35(i) hingga (m), perenggan 39 dan perenggan 41 hingga 45. Pindaan pada perenggan-perenggan ini adalah suatu kronologi peristiwa yang menyatakan butiran penemuan Plaintif mengenai pembubaran D1 dan kesan pembubaran D1 dalam tindakan ini. Tindakan D2 dan D3 secara sengaja menyembunyikan dan tidak memberitahu maklumat pembubaran dengan niat untuk menggunakan pembubaran D1 sebagai senjata untuk membela diri dan melepaskan liabiliti daripada tindakan undang-undang ini. [18] Plaintif menyatakan bahawa tindakan penipuan D2 dan D3 yang menyembunyikan maklumat pembubaran D1 adalah kerana D2 dan D3 tidak ingin lagi menanggung kos untuk mengekalkan D1. [19] Plaintif memohon agar permohonan pindaan ini wajar dibenarkan kerana cadangan pindaan mempamerkan kronologi jelas berkenaan dengan tindakan ini dan demi membolehkan Mahkamah melupuskan tindakan ini dengan adil dan saksama. Cadangan pindaan ini merupakan suatu pindaan bona fide yang tidak memprejudiskan Defendan-Defendan. [20] Atas nasihat peguam cara Plaintif, cadangan pindaan ini tidak menukar sifat dan ciri-ciri (nature and character) tindakan serta bukan suatu tactical manoeuvre. Cadangan pindaan adalah relevan dan material mengenai fakta sebenar dan bukannya fakta baharu yang memberi elemen surprise berkenaan dengan tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan. [21] Cadangan pindaan: Perenggan yang hendak dipinda oleh Plaintif adalah seperti yang digariskan − “20. Ekoran kegagalan menjawab dan/atau membalas surat tuntutan peguam cara Plaintif tersebut, pada 9.10.2020, Plaintif telah memfailkan tindakan berdasarkan kausa tindakan kemungkiran perjanjian terhadap Defendan-Defendan di bawah No. Guaman: BA-22NCC-142-10/2020 (selepas ini dirujuk sebagai “Guaman 142”).
21
Sekitar 7.10.2020, Semasa peguam cara Plaintif membuat percubaan untuk membuat serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan Guaman 142 kepada D1. Plaintif telah dimaklumkan oleh peguam cara Plaintif bahawa premis pejabat urusan D1 di No. C-01-06, Ritze Perdana 2, No. 3, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan telah ditutup.
22
Dalam Guaman 142 tersebut, pada 3.11.2020 Plaintif telah memfailkan permohonan interlokutori untuk injunksi dan pemeliharaan wang dalam Akaun No. 1 D1 dan Akaun No. 2 D1. Namun, pada 16.12.2020, Plaintif telah dimaklumkan melalui Afidavit D3 bertarikh 21.12.2020 bahawa Akaun No. 1 D1 dan Akaun No. 2 D1 telah ditutup sejak 19.3.20219 dan tidak terdapat sebarang wang berada dalam akaun-akaun tersebut termasuk Deposit Sekuriti dan Baki Bayaran Terdahulu milik Plaintif.
23
xxx 24. xxx
25
Atas sebab tindakan frod Defendan-Defendan seperti yang dinyatakan di perenggan 23 di atas, pada 3.3.2021, Plaintif telah memfailkan permohonan untuk meminda Writ dan Pernyataan Tuntutan untuk memasukkan kausa tindakan frod tersebut, namaun permohonan tersebut telah menjadi akademik apabila kausa tindakan kemungkiran perjanjian terhadap D2 dn D3 telah dibatalkan atas prinsip “Privity to Contract” sebelum pindaan Plaintif didengar. Memandangkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Guaman 142 tidak dapat dipinda untuk memasukkan kausa tindakan frod terhadap Defendan-Defendan maka Plaintif telah menarik balik tindakan Guaman 142 dengan kebebasan untuk memfailkan semula tindakan terhadap Defendan-Defendan.
26
Selepas itu, pada 26.12.20223, Plaintif memfailkan tindakan ini terhadap Defendan-Defendan berdasarkan kausa tindakan frod penipuan, konspirasi untuk menipu helah, kesalahnyataan secara curang dan kekayaan tidak adil (secara kolektif dirujuk sebagai “frod”).
27
Pada 17.1.2024, Defendan-Defendan telah melantik peguam cara Tetuan YH THE & QUEK untuk memasukkan kehadiran serta memfailkan Pembelaan bagi kesemua Defendan-Defendan.
28
Pada 3.9.2024, Plaintif telah mengarahkan peguam cara Plaintif melakukan carian daftar syarikat D1 di BVI memandangkan Defendan-Defendan selepas 8 bulan dari tarikh pemfailan tindakan ini memfailkan permohonan untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif ini iaitu sekitar sebulan sebelum tarikh bicara. Hasil carian mendapati syarikat D1 telah dibubarkan pada 4.7. 2023.
29
Plaintif telah melalui Afidavit Balasan Plaintif bertarikh 20.9.2024 menyatakan pembubaran syarikat D1 di mana Defendan-Defendan melalui Afidavit Balasan Defendan-Defendan bertarikh 2.10.2024 mengakui bahawa syarikat D1 telah dibubarkan memandangkan D2 dan D3 tidak lagi ingin untuk menanggung kos yang selanjutnya dan tambahan untuk mengekalkan syarikat D1.
30
Berdasarkan pengakuan Defendan-Defendan, ia jelas ternyata bahawa D2 dan D3 mempunyai pengetahuan berkenaan dengan status syarikat D1 sejak tarikh tindakan ini difailkan terhadap Defendan-Defendan. Tambahan pula, D2 dan D3 yang merupakan pengarah dan/atau pemegang syer sewajarnya dan sepatutnya mempunyai pengetahuan penuh berkenaan dengan status syarikat D1. Namun D2 dan D3 telah memilih untuk menyembunyikan dan/atau tidak mendedahkan butiran dan fakta tersebut dan turut melantik peguam caranya untuk membela D1. Status syarikat D1 tidak pernah didedahkan oleh D2 dan/atau D3 pada setiap masa material sehingga butiran pembubaran D1 dikemukakan oleh Plaintif semasa membantah kepada permohonan Defendan-Defendan untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif.
31
Selepas permohonan membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif ditolak dan memandangkan D2 dan D3 telah memberhentikan lantikan peguam cara Defendan bagi D1, kedudukan dan locus standi D1 di dalam tindakan ini telah dipertikaikan. Ini menyebabkan tarikh bicara yang telah dijadualkan terpaksa ditunda. Tambahan pula, peguam cara D1 semasa pengurusan kes permohonan tarik diri sebagai peguam cara D1 turut mempertikaikan locus standi anak guamnya D1 padahal D1 pada setiap masa yang material telah diwakili oleh beliau. Tindakan-tindakan Defendan-Defendan ini semata-mata merupakan taktik Defendan-Defendan untuk menangguhkan perbicaraan tindakan ini dan percubaan untuk membela diri daripada tindakan Plaintif.
32
Niat Defendan-Defendan untuk menggunakan status syarikat D1 sebagai satu alasan untuk melepaskan diri daripada tindakan Plintif turut ketara ternyata apabila D2 dan D3 tidak mengambil sebarang langkah untuk menghidupkan syarikat walaupun mempunyai pengetahuan berkenaan dengan status syarikat D1 dan turut telah melantik peguam cara Defendan-Defendan untuk mewakili D1 membela tindakan ini.
33
Tindakan D2 dan D3 yang dinyatakan di atas sememangnya merupakan satu skim penipuan dan jelas menunjukkan motifnya untuk menggunakan D1 sebagai satu platform untuk berkomplot menipu Plaintif. Ini turut ternyata apabila D2 dan D3 enggan mengambil tindakan untuk menghidupkan D1 dan turut melalui peguam caranya mempertikaikan status D1 di dalam tindakan ini yang mana semata-mata menunjukkan niat D2 dan D3 untuk menggunakan pembubaran syarikat D1 sebagai satu alasan untuk membela diri dan melepaskan liabiliti.
34
xxx:
a
xxx.
b
xxx.
c
xxx.
d
Namun, setakat April 2017, Defendan-Defendan hanya membuat bayaran balik sebanyak RM625,000.00 kepada Plaintif dan selepas itu, melalaui pengakuan Defendan-Defendan di dalam Guaman 142, Plaintif hanya berpengetahuan bahawa D2 dan D3 telah menutupkan Akaun No. 1 D1 dan Akaun No. 2 D1 pada sekitar Mac 2019 dan turut menutup premis perniagaan urusan D1. Tambahan, menurut hasil carian daftar syarikat D1, ia jelas menunjukkan bahawa Defendan-Defendan telah memohon untuk menghidupkan D1 pada
8
8.5.2018 dan selepas D1 dihidupkan Defendan-Defendan terutamanya D2 dan D3 telah menutupkan Akaun No. 1 D1 dan Akaun No. 2 D1 pada sekitar Mac 2019.
e
xxx.
f
Perbuatan frod terhadap Plaintif berterusan apabila D2 dan D3 secara sengaja enggan menanggung kos-kos untuk mengekalkan syarikat D1 walaupun D1 masih berhutang kepada Plaintif sehingga menyebabkan syarikat D1 dibubarkan.
g
D2 dan D3 juga secara sengaja menyembunyikan dan tidak mendedahkan pembubaran D1 padahal D2 dan D3 sewajarnya mempunyai pengetahuan penuh berkenaan status syarikat D1 pada setiap masa yang material.
h
Tindakan D2 dan D3 secara sengaja melantik peguam cara membela walaupun berpengetahuan bahawa D1 telah dibubarkan menunjukkan niat-niat penipuan Defendan-Defendan dan percubaan untuk melepaskan diri daripada sebarang liabiliti. BUTIRAN KONSPIRASI UNTUK MENIPU HELAH PLAINTIF OLEH DEFENDAN-DEFENDAN (CONSPIRACY TO DEFRAUD) BAGI MENCEDERAKAN PLAINTIF
35
xxx.
a
hingga (h) xxx.
i
Pengakuan D2 dan D3 telah menutup Akaun No. 1 D1 dan Akaun No. 2 D1. Tambahan, menurut hasil carian daftar syarikat D1, ia jelas menunjukkan bahawa Defendan-Defendan telah memohon untuk menghidupkan D1 pada 8.5.2018 dan selepas D1 dihidupkan Defendan-Defendan terutamanya D2 dan D3 telah menutupkan Akaun No. 1 D1 dan Akaun No. 2 D1 pada sekitar Mac 2019. Pengakuan D2 dan D3 tidak menanggung kos-kos untuk mengekalkan syarikat sehingga menyebabkan syarikat D1 dibubarkan.
j
D2 dan D3 juga menyembunyikan dan tidak mendedahkan status pembubaran semata-mata berniat menggunakan status pembubaran D1 sebagai alasan untuk membela diri dan melepaskan liabiliti di dalam tindakan ini.
k
Tindakan D2 dan D3 secara sengaja melantik peguam cara bagi membela D1 dalam tindakan ini dan tidak menghidupkan syarikat D1 menunjukkan niat D2 dan D3 cuba untuk membela diri dan melepaskan diri daripada liabiliti di dalam tindakan ini.
l
Perbuatan konspirasi untuk menipu oleh Defendan-Defendan yang mana D2 dan D3 telah menggunakan D1 sebagai platform untuk menipu dan selepas itu langsung tidak mengekalkan syarikat D1 sehingga dibubarkan telah mengakibatkan Plaintif dicederakan dan mengalami kehilangan dari segi kewangan. BUTIRAN KESALAHNYATAAN SECARA CURANG (FRAUDULENT MISREPRESENTATION) OLEH DEFENDAN-DEFENDAN TERHADAP PLAINTIF
36
xxx:
a
hingga (d) xxx.
e
Tindakan D2 dan D3 dalam menyembunyikan dan tidak mendedahkan status pembubaran D1 dan turut melantik peguam cara untuk membela D1. BUTIRAN KEKAYAAN TIDAK ADIL (UNJUST ENRICHMENT) OLEH DEFENDAN-DEFENDAN 37 hingga 38. xxx.
39
Walaupun Defendan-Defendan jelas berpengetahuan bahawa Deposit Sekuriti dan Baki Bayaran Terdahulu yang telah didepositkan ke dalam Akaun No. 1 D1 dan Akaun No. 2 D1 masing-masing sewajarnya dipegang secara amanah oleh namun, tindakan D2 dan D3 mengeluarkan wang tersebut dengan menutup Akaun No. 1 D1 dan Akaun No. 2 D1 tanpa mengembalikan wang tersebut kepada Plaintif dn turut secara sengaja tidak mengekalkan syarikat D1 sehingga menyebabkan ia dibubarkan jelas membuktikan Defendan-Defendan telah menikmati kekayaan secara tidak adil.
40
xxx.
a
hingga (d) xxx.
41
Memandangkan tindakan-tindakan Defendan-Defendan di atas, ia jelas menunjukkan bahawa Defendan-Defendan sememangnya berniat untuk menipu helah Plaintif dan menggunakan D1 sebagai alasan untuk mengelak liabiliti apabila D2 dan D3 selepas tuntutan Plaintif telah secara sengaja menutup Akaun No. 1 D1 dan Akaun No. 2 D1, menutup premis syarikat d1, dan tidak mengekalkan syarikat D1 sehingga menyebabkan ia dibubarkan. Tindakan penipuan D2 dan D3 turut berterusan apabila D2 dan D3 secara sengaja melantik peguam cara membela D1 dalam tindakan ini walaupun berpengetahuan bahawa D1 telah dibubarkan dan enggan menghidupkan syarikat
42
Maka D2 dan D3 selaku pengarah dan/atau pemegang syer kepada syarikat D1 adalah bertanggungan secara peribadi dan bersama ke atas ganti rugi-ganti rugi yang dialami oleh Plaintif disebabkan ianya menjalankan perniagaan untuk menipu helah Plaintif.
43
Tambahan kepada di atas, tindakan-tindakan frod, penipuan dan/atau salah laku Defendan-Defendan telah mengakibatkan Deposit Sekuriti, Baki Bayaran Terdahulu dan Baki Kos Perbelanjaan yang sewajarnya dibayar oleh syarikat D1 yang kini telah dibubarkan kepada Plaintif tidak dapat ditunaikan dan/atau dilaksanakan. Memandangkan D2 dn D3 adalah pengarah dan/atau pemegang syer kepada syarikat D1 dan tindakan konspirasi untuk menipu helah Plaintif oleh D2 dan D3 dengan menggunakan D1 sebagai platform dan/atau salah di sisi undang-undang, tirai perbadanan korporat D1 haruslah dan/atau diangkat dan/atau ditindik “lifting and/or piercing of the corporate veil of D1”.
44
Oleh itu, sehingga tarikh pemfailan Pernyataan Tuntutan ini, defendan-Defendan masih lagi berhutang kepada Plaintif untuk Deposit Sekuriti, Baki Bayaran Terdahulu dan Baki Kos Perbelanjaan yang tidak dibayar dan/atau tidak dapat ditunaikan dan/atau dilaksanakan oleh syarikat
45
xxx:
a
satu deklarasi bahawa tirai perbadanan korporat Lofty Crest Limited (kini telah dibubarkan) haruslah dan/atau diangkat dan/atau ditindik;”. Bantahan Defendan-Defendan kepada permohonan pindaan writ saman dan pernyataan tuntutan [22] Defendan-Defendan membantah kepada Cadangan Pindaan. [23] Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan berhujah − “4. At the outset, we submit that the Plaintiff’s application to amend the Writ and Statement of Claim should be dismissed because:
4
4.1. The new statements advanced by the Plaintiff in the ProposedAmended Statement of Claim (“P-ASOC”) and also the new cause of action introduced were based on facts obtained after the suit was filed. In other words, the proposed amendments to the SOC cannot be “dated back” to the date where the original Writ and SOC were filed and thus contradicts the doctrine of “relation back”.
4
4.2. Additionally, the amendment application is worthless and an abuse of process because:
4
4.2.1. The action is res judicata because the issues herein are identical if not the same as suit BA-22NCC-142- 10/2020 (“Suit 142”) and/or it revolves around issues which could have been raised but are ultimately not raised in Suit 142 i.e. whether D2 and D3 should be made personally liable for the Plaintiff’s claim and whether there was fraud by the Defendants.
4
4.2.2. The action is time-barred pursuant to the Limitation Act 1953 as it was filed after six (6) years had lapsed since the date(s) where the alleged cause of action arose (if any).
4
4.2.3. Lofty Crest Limited (“Lofty”) is still named as the First Defendant despite the fact that it was dissolved before this suit was filed i.e. on 04.07.2023 and no leave from the relevant authority has been obtained by the Plaintiff which would authorise it to commence a suit against Lofty.
4
4.2.4. In addition, the Plaintiff in the P-ASOC had attempted to introduce evidence and/or legal consequences, which ought to be prohibited from any pleadings (see Order 18, rule 7 Rules of Court 2012 [“ROC”]).
4
4.3. Furthermore, the Plaintiff’s new prayer in the Proposed-Amended Writ (“P-AW”) and paragraph 45 (a) of the P-ASOC i.e. a declaration to lift and/or pierce the corporate veil of Lofty, lacks any factual and legal basis thus unnecessary.
4
4.4. Therefore, not to mention the Plaintiff’s delay (approximately 1 year and 3 months after this Suit was filed) in making this application, it is not made bona fide and is in fact an abuse of the Court’s process by the Plaintiff to “tailor-make” its claims (if any) and/or an instrument to hurl attacks and untrue aspersions against the Defendants, all in attempting to hold the Defendants liable for a clearly baseless, defective and frivolous claim.
6
Majority of the Plaintiff’s Affidavits in this application, instead of justifying why the amendment application should be allowed, continued to make serious yet unproven allegations against the Second Defendant (“D2”) and the Third Defendant (“D3”) i.e. allegations of fraud and/or dishonesty and/or conspiracy (which are strictly denied). In other words, the Plaintiff failed to establish the merits (if any) in this application.”. Guaman terdahulu oleh Plaintif: Writ saman dan pernyataan tuntutan bagi Guaman No.: BA-22NCC-142-10/2020 [24] Plaintif memfailkan suatu tuntutan terhadap semua Defendan yang sama pada bulan Oktober 2020 di Mahkamah Tinggi Shah Alam (MTSA) Guaman No.: BA-22NCC-142-10/2020 menuntut terhadap ketiga-tiga Defendan (D1, D2 dan D3), iaitu −
a
Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga secara bersama dan berasingan “jointly and severally” membayar Plaintif seperti berikut:
i
USD800,000.00 sebagai deposit sekuriti yang telah dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama dan/atau Syarikat Penerbangan Flynas atas arahan
II
(ii) RM3,919,596.38 untuk semua 1465 tempat duduk yang telah ditempah dan dibayar tetapi tidak digunakan oleh Plaintif; dan
III
(iii) RM640,963.24 baki Kos Perbelanjaan yang telah dialami oleh Plintif akibat penangguhan dan pembatalan penerbangan-penerbangan yang telah ditempah dan dibayar oleh Plaintif
b
faedah pada kadar 5% setahun bagi (a) (i), (ii) dan (iii) yang dikira dari tarikh pemfailan ini sehingga tarikh penyelesaian penuh;
c
kos;
d
apa-apa perintah atau relief lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah. [25] Hasil semakan oleh Mahkamah ini bagi prosiding di MTSA bagi Guaman No.: BA-22NCC-142-10/2020 ialah − • Plaintif dan Defendan-Defendan adalah diwakili oleh peguam yang sama bagi Guaman No.: BA-22NCC-142- 10/2020 dan Guaman ini, masing-masingnya. • Plaintif memfailkan notis pemberhentian Guaman No.: BA- 22NCC-142-10/2020 terhadap Defendan Pertama (D1) dan MTSA memerintahkan −
a
Plaintif dibenarkan memberhentikan tindakan ini sepenuhnya terhadap Defendan Pertama dengan kebebasan untuk memfailkan semula;
b
Kos sebanyak RM10,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama tertakluk kepada fi alokatur; dan
c
Semua kos dan fi alokatur yang dibayar oleh Plaintif dalam tindakan ini, perlu dijelaskan sebelum Plaintif memfailkan sebarang prosiding baharu, jika ada. • berkenaan dengan tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua (D2) dan Defendan Ketiga (D3) pula, melalui notis permohonan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga, pada 28-4-2021 MTSA memutuskan dan memerintahkan bahawa −
a
pernyataan tuntutan terhadap D2 dan D3 dibatalkan.
b
tindakan terhadap D2 dan D3 ditolak.
c
kos sebanyak RM5000.00 dibayar oleh Plaintif kepada D2 dan D3. [26] Berdasarkan kepada prosiding bagi Guaman No.: BA-22NCC-142- 10/2020, Mahkamah ini mendapati adalah jelas nyata bahawa MTSA telah membatalkan dan menolak tuntutan Plaintif terhadap D2 dan D3. Keputusan MTSA tersebut untuk membatalkan tuntutan terhadap D2 dan D3 adalah diputuskan lebih awal daripada tarikh pemberhentian tindakan terhadap D1 yang difailkan oleh Plaintif. [27] Tiada apa-apa rayuan difailkan oleh Plaintif terhadap keputusan pembatalan tuntutan terhadap D2 dan D3 bagi Guaman No.: BA-22NCC- 142-10/2020. Guaman ini [28] Terdapat 2 permohonan interlokutori difailkan iaitu −
a
permohonan D2 dan D3 untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan; dan
b
permohonan Plaintif untuk meminda writ saman dan pernyataan tuntutan Kedua-dua permohonan interlokutori tersebut ditolak oleh Mahkamah. Tiada rayuan difailkan bagi (a) manakala bagi (b) Plaintif memfailkan rayuan. [29] Atas arahan D2 dan D3, peguam cara yang mewakili D1 memfailkan permohonan bertarikh 9-10-2021 (Kand. 34) untuk menarik diri daripada mewakili D1 atas alasan D1 itu telah dibubarkan (D1 dibubarkan pada 4-7-2023). Pada prosiding pendengaran Kand. 34, Mahkamah telah membenarkan kos sebanyak RM250.00 dibayar oleh D1 kepada Plaintif. Kini, peguam cara yang sama hanya akan mewakili D2 dan D3 sahaja. [30] Selanjutnya, Plaintif memfailkan permohonan untuk meminda writ saman dan pernyataan tuntutan (Kand. 55) bertarikh 24-3-2025 untuk memperihalkan mengenai pembubaran D1 dan perkara yang berkaitan dengan pembubaran termasuklah mengenai D2 dan D3. [31] Mahkamah ini menolak Kand. 55 ini dan keputusan Mahkamah ini bukannya membatalkan keseluruhan tuntutan Plaintif. Mahkamah ini juga telah menetapkan pengurusan kes pada 25-8-2025 untuk peguam cara Plaintif mendapatkan arahan anak guamnya. [32] Dalam kes ini, Mahkamah bersetuju dengan pernyataan dalam afidavit dan hujahan peguam cara Defendan-Defendan bahawa pliding Plaintif dan relief yang dimohon itu adalah identical walaupun ada sedikit perbezaan (jika ada) dengan Guaman No.: BA-22NCC-142-10/2020. Isu mengenai frod dan kospirasi yang dilakukan oleh D2 dan D3 kini ingin dihuraikan dengan lanjut oleh Plaintif ekoran daripada pembubaran D1 melalui pindaan.
Preamble
Menurut Plaintif, pindaan yang dicadangkan itu adalah bona fide demi untuk memasukkan fakta material kepada tuntutannya. Keputusan dan Dapatan Mahkamah mengenai permohonan pindaan writ saman dan pernyataan tuntutan Undang-undang [33] Prinsip undang-undang mengenai pindaan di bawah Aturan 20 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah jelas iaitu “the applicant must satisfy the Court that the application is made bona fide; the prejudice caused to the other party can be compensated by costs; and the amendments will not in effect turn the suit from one character into a suit of another and inconsistent character. Authority: Yamaha Motor Co. Ltd v. Yamaha (M) Sdn Bhd & Ors.”. Prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam keputusan kes Yamaha Motor Co Ltd v Yamaha Malaysia Sdn Bhd [1983] 1 MLJ 213, FC) dan kes Hong Leong Finance Bhd v. Low Thiam Hoe and Another [2016] 1 MLJ 301 (yang telah memperjelaskan lagi kes Yamaha Motor) adalah seperti berikut: “[18] It is pertinent to note that Yamaha Motor was decided under the old RHC 1980. The civil procedure has since then changed with the introduction of the pre-trial case management in the year 2000 under O 34 of the RHC 1980 (22 September 2000) and now under O 34 of the RC 2012 (1 August 2012). Nowadays the court recognises especially under the new case management regime that a different approach needs to be taken to prevent delay in the progress of a case to trial and for its completion. The progress of the case is no longer left in the hands of the litigants but with the court in the driver’s seat (see the case of Syed Omar bin Syed Mohamed v Perbadanan Nasional Bhd [2013] 1 MLJ 461; [2012] 9 CLJ 557).” Tetapi, dalam sesuatu permohonan interlokutori, Mahkamah perlu memutuskan sama ada pindaan yang dicadangkan ini memenuhi prinsip undang-undang yang mantap mengenai isu pindaan. [34] Dalam kes Dr. Thiagarajah a/l Retnasamy & Anor v Vijay Kanchan & Ors [2009] 1 MLJ 108 Mahkamah memutuskan bahawa − “…the Plaintiffs should have with due diligence been able to apply for any Amendments soon after the suit was filed or at the discovery stage at the very latest before the conclusion of the case management. To amend the prayer now would mean postponing the trial which has now commenced to the prejudice of the defendants as this would entail preparation of fresh documents and undergoing another case management. The delay cannot be compensated by costs as the defendants are entitled to have the claim against them determined without any further delay.”. [35] Mahkamah mendapati tindakan undang-undang yang difailkan di hadapan Mahkamah ini pada 26-12-2023 adalah suatu tindakan atas sebab “dengan kebebasan untuk memfailkan semula”. Apabila MTSA terdahulu i.e. pada 1-11-2021 yang membenarkan permohonan Plaintif untuk memberhentikan keseluruhan tindakan terhadap D1, pada ketika itu, D1 adalah sebuah syarikat yang “hidup” dan bukan berstatus “dibubarkan”. Pemfailan semula tuntutan Plaintif pada 26-12-2023 terhadap kesemua Defendan adalah dibuat tanpa “due diligence” berkenaan dengan status D1 yang telahpun dibubarkan pada 4-7-2023. [36] Plaintif bersungguh-sungguh ingin menuntut keberhutangan bagi jumlah bayaran balik yang masih terakru terhadap Defendan Pertama itu. [37] Mahkamah ini membaca afidavit sokongan Plaintif yang menyokong permohonan untuk memberhentikan tindakan dalam Guaman No.: BA-22NCC-142-10/2020, Mahkamah ini mendapati bahawa − • Plaintif telah pun terkejut apabila D2 mendedahkan bahawa Akaun No. 1 D1 telah ditutup sejak 19-3-2019 dan tiada aset lain bagi D1 selain daripada saham sebanyak 7000 unit yang dipegang oleh D1 dalam sebuah syarikat bernama Aves Consulting Sdn Bhd. • semasa pendengaran inter partes pada 2-3-2020, Plaintif menyatakan bahawa peguam cara Defendan-Defendan sekali lagi mengejutkan Plaintif dengan mendedahkan bahawa Akaun No. 2 D1 telahpun ditutup sejak 19-3-2019. Maklumat penutupan ini tidak pernah didedahkan oleh D2 di dalam afidavit D2 itu. • pada 29-1-2021, D2 dan D3 memfailkan permohonan untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan. • pada 3-3-2021 Plaintif memfailkan permohonan untuk meminda writ saman dan pernyataan tuntutannya. Cadangan pindaan dilampirkan dalam afidavit sokongan Plaintif. Berkenaan dengan perkara ini, Mahkamah ini telah meneliti kertas kausa yang berkaitan dan peguam cara Plaintif menyatakan bahawa MTSA terdahulu tidak mengizinkan permintaan Plaintif untuk permohonan pindaan didengar terlebih dahulu sebelum MTSA terdahulu mendengar permohonan pembatalan oleh D2 dan D3. Manakala, peguam cara Defendan-Defendan menyatakan bahawa afidavit dan hujahan bertulis mengenai permohonan pindaan sudah lengkap tetapi Plaintif sendiri mengabaikan dan/atau tidak meneruskan permohonannya itu. • pada 28-4-2021 MTSA terdahulu membenarkan permohonan pembatalan oleh D2 dan D3. • lebih kurang dua bulan selepas itu iaitu pada 3-6-2021 Plaintif telah memfailkan notis pemberhentian tindakan sepenuhnya terhadap Defendan dan dengan kebebasan untuk memfailkan semula. • MTSA terdahulu membenarkan permohonan pemberhentian dengan kos sebanyak RM10,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan Pertama tertakluk kepada fi alokatur; dan semua kos dan fi alokatur yang dibayar oleh Plaintif dalam tindakan ini, perlu dijelaskan sebelum Plaintif memfailkan sebarang prosiding baharu, jika ada. [38] Saya telah meneliti cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Plaintif dan berdasarkan keterangan melalui afidavit dan dokumen serta memahami hujahan bertulis pihak-pihak, pindaan yang digariskan oleh Plaintif untuk dimasukkan dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya adalah sebenar-benarnya untuk memplidkan “kesalahan” Defendan-Defendan, khususnya D2 dan D3 yang “menyembunyikan/tidak mendedahkan” maklumat mengenai pembubaran syarikat D1 kepada Plaintif. [39] Dengan cadangan pindaan itu, Plaintif ingin menambah pengataan dan memplidkan bahawa kausa tindakan frod penipuan, konspirasi untuk menipu helah, kesalahnyataan secara curang dan kekayaan tidak adil (secara kolektif dirujuk sebagai “frod”) adalah dilakukan oleh Defendan-Defendan terhadap Plaintif. [40] Mahkamah ini berpendapat kausa tindakan frod yang diperihalkan oleh Plaintif telah pun diplidkan sejak Guaman terdahulu dan bukan berpunca selepas D1 itu dibubarkan. [41] Tindakan peguam cara D1 menarik diri daripada mewakili D1 sama sekali bukan taktik Defendan-Defendan untuk menangguhkan perbicaraan tindakan ini dan percubaan untuk membela diri daripada tindakan Plaintif. Apabila Mahkamah ini memutuskan agar tindakan ini diteruskan terhadap D2 dan D3 melalui perbicaraan penuh, maka segala prayers/reliefs yang dimohon oleh Plaintif berkenaan dengan tindakan D2 dan D3 ialah suatu frod bermotif untuk menggunakan D1 sebagai satu platform untuk berkomplot menipu Plaintif perlu dibuktikan oleh Plaintif. Beban pembuktian terletak kepada Plaintif untuk membuktikan kerugian yang dialaminya itu terhadap Defendan-Defendan. [42] Apabila syarikat D1 dibubarkan pada 4-7-2023 dan pembubaran ini hanya diketahui oleh Plaintif pada 3-9-2024, Plaintif ingin meminda perenggan-perenggan 32 dn 33 writ saman dan pernyataan tuntutannya iaitu − “32. Niat Defendan-Defendan untuk menggunakan status syarikat D1 sebagai satu alasan untuk melepaskan diri daripada tindakan Plaintif turut ketara ternyata apabila D2 dan D3 tidak mengambil sebarang langkah untuk menghidupkan syarikat walaupun mempunyai pengetahuan berkenaan dengan status syarikat D1 dan turut telah melantik peguam cara Defendan-Defendan untuk mewakili D1 membela tindakan ini.
33
Ini turut ternyata apabila D2 dan D3 enggan mengambil tindakan untuk menghidupkan D1 dan turut melalui peguam caranya mempertikaikan status D1 di dalam tindakan ini yang mana semata-mata menunjukkan niat D2 dan D3 untuk menggunakan pembubaran syarikat D1 sebagai satu alasan untuk membela diri dan melepaskan liabiliti.”. Mahkamah ini mendapati Plaintif telah membawa perkara baharu di mana Plaintif kini menyasarkan kepada D2 dan D3 melakukan frod dengan membubarkan syarikat D1 demi melepaskan liabiliti membayar hutang kepada Plaintif. Mahkamah menolak pindaan sedemikian. [43] Butiran mengenai frod, konspirasi dan salahnyata yang curang untuk mencederakan Plaintif sudah terkandung dalam writ saman dan pernyataan tuntutan asal, penambahan via pindaan berkenaan dengan penutupan Akaun-Akaun syarikat D1 sudah pun berlaku sejak tahun
2019
Plaintif sudah pun “terkejut” semasa Guaman terdahulu dan pindaan yang dicadangkan oleh Plaintif untuk mengulang pernyataan yang sama adalah tidak wajar. [44] Seterusnya, pindaan yang dicadangkan hendak memasukkan pengataan “(l) Perbuatan konspirasi untuk menipu oleh Defendan-Defendan yang mana D2 dan D3 telah menggunakan D1 sebagai platform untuk menipu dan selepas itu langsung tidak mengekalkan syarikat D1 sehingga dibubarkan telah mengakibatkan Plaintif dicederakan dan mengalami kehilangan dari segi kewangan.” adalah suatu perkara baharu berkenaan dengan sebab-musabab mengapa syarikat D1 itu dibubarkan dan mengapa syarikat D1 tidak dikekalkan oleh D2 dan D3 sebagai pengarah dan/atau pemegang saham syarikat. [45] Peguam cara Defendan-Defendan menghujahkan bahawa − “In addition, it is obvious that the proposed amendments are an attempt by the Plaintiff to “save” its defective claim by further introducing untrue and/or misleading assertions of facts, with the intention to subject the Defendants to prejudice and prejudgment. As such, the assertion by the Plaintiff that the dissolution of Lofty is material to the Plaintiff’s claim is in fact, false and the application lacks any merits.”. Mahkamah ini mendapati hujahan di atas adalah tepat. Tanpa cadangan pindaan tersebut, kerugian Plaintif yang diperjuangkan sejak tahun 2020 melalui Guaman terdahulu dan Guaman terkini pada tahun 2023 boleh diteruskan sebagaimana pliding Plaintif dan D2 & D3. [46] Mahkamah ini merujuk kepada kes Jupiter Securities Sdn. Bhd. v. Wan Yaakub bin Abd. Rahman (2002) 3 MLJ 264 di mana Yang Arif Faiza Tamby Chik di muka surat 266 menyatakan: “Salah satu daripada kriteria yang paling penting dalam meminda pliding adalah bahawa pliding tersebut mestilah bona fide. Permohonan defendan tidak bona fide kerana: (i) defendan gagal mendedahkan fraud yang dikatakan dalam pernyataan pembelaan yang asal, walaupun fakta-fakta telah diketahui oleh beliau; (ii) permohonan defendan untuk meminda adalah terlalu lewat dan merupakan “tactical manoeuvre” untuk melambatkan prosiding permohonan penghakiman terus; (iii) tiada alasan yang munasabah untuk defendan melambatkan pemfailan permohonan beliau untuk meminda pernyataan pembelaan sehingga dua hari sebelum pendengaran permohonan terus jika fakta-fakta yang dikatakan telah diketahui oleh beliau terlebih dahulu, dan (v) permohonan defendan telah menukarkan dasar pembelaan defendan kepada pendirian yang tidak konsisten dengan penyata pembelaan asal (lihat ms 269G, 270A-C, H- 271A). Jikalau alasan defendan diterima, ini akan bermakna bahawa defendan bebas memfailkan pernyataan pembelaan yang tidak mendedahkan segala fakta-fakta supaya prosiding tidak akan dilambatkan dengan niat untuk meminda kemudiannya untuk motif beliau tersendlri. Selanjutnya, tiada alasan yang munasabah untuk defendan menunggu sehingga ke saat-saat akhir sebelum pendengaran permohonan penghakiman terus untuk meminda, lima bulan telah berlalu sejak permohonan untuk penghakiman terus disampaikan ke atas beliau (lihat ms 271H — 272A).”. [47] Dalam menggunapakai keputusan kes Jupiter Securities Sdn. Bhd. (supra), Mahkamah memutuskan adalah jelas bahawa pindaan yang dipohon oleh Plaintif adalah −
i
tidak bona fide.
II
(ii) permohonan Plaintif untuk meminda dibuat hanya selepas membaca afidavit Defendan-Defendan sedangkan Plaintif “mahir” mengenai fakta sejak Guaman terdahulu.
III
(iii) permohonan Plaintif untuk meminda writ saman dan pernyataan tuntutan dengan memasukkan naratif peristiwa adalah “tactical manoeuvre” untuk melambatkan prosiding perbicaraan yang mana tarikh perbicaraan boleh ditetapkan pada bila-bila masa. [48] Mahkamah ini tidak mempertikaikan bahawa D2 dan D3 boleh meminda pembelaan masing-masing jikalau pindaan kepada writ saman dan pernyataan tuntutan dibenarkan oleh Mahkamah ini, namun begitu selepas meneliti dengan kemas kepada bantahan peguam D2 dan D3, Mahkamah memutuskan bahawa akibat yang lebih teruk dan prejudis melampau terbeban kepada D2 dan D3 dan tidak dapat dipampas dengan wang ringgit. Dalam kes Datuk David Teng Lung Chi v Chiew Chin Sing, The Secretary of DAP Sarawak (Being Sued on Behalf of DAP Sarawak) & Anor and Another Appeal [1998] 5 MLJ 585, Mahkamah memutuskan, antara lain − “It is trite law that an amendment which would enable the real issues between the parties to be tried should be allowed subject to penalties on costs and adjournment, if necessary, unless the amendment would cause injustice of injury to the opposing party which could not be compensated by costs or otherwise…” Plaintif juga tidak berbuat apa-apa selepas mengetahui syarikat D1 sudah dibubarkan. Tiada apa-apa permohonan sanksi daripada pihak yang berkenaan untuk meneruskan tindakan terhadap syarikat D1. Dalam kes Yee Phey Fern v. Foong Khang Khai & 1 Lagi [2023] CLJU 2443 di mana Mahkamah memutuskan: “[21] Adalah amat jelas pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah merupakan fakta-fakta yang, pada semua masa yang material, berada dalam pengetahuan peribadi Plaintif. Sungguhpun demikian Plaintif memilih untuk tidak memplidkannya dalam PT. Alasan Plaintif bahawa fakta-fakta tersebut tidak dikemukakan secara tidak sengaja kepada peguam caranya amatlah tidak munasabah. [27] Adalah jelas bagi Mahkamah tindakan Plaintif memplidkan fakta-fakta yang Plaintif sendiri akui penting dan yang sememangnya sedia ada dalam pengetahuan peribadi Plaintif pada semua masa yang material, hanya selepas Defendan-Defendan memfailkan PPTB adalah suatu tindakan yang tidak bona fide (Pentamaster Smart Solution Sdn Bhd v Velocity Electrical Engineering SdnBhd & Anor (2021] 11 MLJ 900; [2021] 1 CLJ 747). [28] Dalam hal ini Mahkamah bersetuju dengan Defendan-Defendan bahawa tindakan sedemikian adalah suatu tactical manoeuvre di mana Plaintif sememangnya dari mula tidak berniat untuk mendedahkan sepenuhnya tuntutannya terhadap Defendan Pertama khususnya tetapi mengambil sikap “tunggu dan lihat”, iaitu menunggu pendirian Defendan Pertama dalam pembelaannya. Nampaknya strategi Plaintif ialah sekiranya Defendan-Defendan mempertikaikan dengan serius tuntutan Plaintif, maka Plaintif akan dedahkan fakta-fakta lanjut melalui Cadangan Penyataan Tuntutan Terpinda itu dengan mengemukakan fakta-fakta baru… . [29] Adalah jelas tindakan Plaintif dengan sengaja (intentionally and deliberately) mengemukakan tuntutannya dalam piece meal basis, Plaintif telah menyalahgunakan proses Mahkamah untuk kepentingannya sendiri dan bertujuan mengenakan tekanan ke atas Defendan Pertama khususnya. [30] Tindakan mala fide dan tactical manoeuvre Plaintif jelas memprejudiskan Defendan dan ini tidak boleh dipampas dengan kos.”. [49] Oleh yang demikian, Mahkamah pasti semua pihak sudah bersedia untuk menghadiri perbicaraan penuh dalam masa yang terdekat ini berdasarkan pliding dan kertas kausa yang telah difailkan. Mahkamah Rayuan dalam kes Christopher ak Bandi @ Josny v Tumbungak Nakis & Anor (Jamil bin Sindi, third party) [2016] 4 CLJ 831, memutuskan bahawa − “[19] ... As pointed out by the learned Chief Judge of Malaya, the Rules of Court 2012 now provides robust pre-trial case management by the courts before the trial is set down. The philosophy behind the new regime of civil procedure is simply to attend a ‘just, expeditious and economical’ disposal of an action. Litigants through the irrespective counsel must understand that they must put their house in order before a case goes to trial and once the trial commenced courts will not tolerate any delay except in the most exceptional circumstance. Putting one’s house in order simply means that parties and their counsel must be aware that they have a duty to frame their case fully in all their causes of action and defences prior to the start of trial. Conducting one’s case by instalment must not be allowed in the context of the present regime of civil procedure.”. Kesimpulan [50] Dalam hal keadaan dan alasan yang saya nyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati dalam mengaplikasikan prinsip undang-undang dalam kes Yamaha Motor ianya perlu dipakai dengan adil dalam memutuskan mengenai pindaan kepada writ saman dan pernyataan tuntutan. Berdasarkan itu, Mahkamah ini menolak permohonan Plaintif. Bertarikh: 27 Ogos 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif: Teoh Bi Shan Tetuan Bishan & Partners, Subang Jaya Bagi Pihak Defendan Kedua dan Defendan Ketiga: Lau Vin Yen Tetuan Y.H. Teh & Quek, Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.