adakah terdapat kejanggalan di dalam prosedur semasa proses membuat keputusan tersebut. [38] Pada hemat Mahkamah penentuan perkara ini boleh dibuat oleh Mahkamah ini dengan meneliti affidavit sokongan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak Pemohon. Mahkamah ini adalah tidak sewajarnya tidak mempertimbangkan semakan kehakiman ini dengan hanya semata-mata disebabkan pihak Responden telah gagal memfailkan affidavit jawapan. Jika ini dilakukan Mahkamah ini telah gagal dalam menunaikan tanggungjawab untuk meneliti keputusan pihak Responden sama ada ianya telah memenuhi kriteria di perenggan [37] (a) hingga (c) di atas. [39] Mahkamah ini mendapati dalam affidavit sokongan Pemohon, Mahkamah dapat menemui berkenaan dengan permohonan kawasan pembalakan seluas 161.00 HA (Blok B) bagi projek membina jalan dari Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang ke Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu daripada Pengerusi MPKK Kampung Bantal, Jerantut di eksibit “AS-3”, kelulusan permohonan pindaan luas bagi kelulusan mengeluarkan saki baki kayu balak dan kayu jaras bagi projek membina jalan dari Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang ke Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu (Blok B) bertarikh 20.04.2022 di eksibit “AS-8”, perjanjian pembalakan di antara JPKK Kampung Bantal, Jerantut dan KSS Timber Sdn Bhd di eksibit “AS-5” dan surat pemakluman keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang Kali Ke-21/2023 bertarikh 14.06.2023 yang membatalkan kelulusan mengeluarkan saki baki kayu balak dan kayu jaras bagi projek membina jalan dari Kampung Mat Daling, Jerantut, Pahang ke Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu (Blok B) di eksibit “AS-17”. [40] Berdasarkan kepada keterbatasan keterangan dan maklumat yang ada di hadapan Mahkamah disebabkan Mahkamah ini hanya dapat bergantung kepada affidavit sokongan dan penyataan yang dikemukakan oleh Pemohon tanpa affidavit jawapan, Mahkamah ini perlu meneliti keputusan yang telah dibuat oleh pihak Responden bagi menentukan sama ada ia adalah mewajarkan satu semakan kehakiman dilakukan atau sebaliknya. [41] Mahkamah ini berpendapat bahawa Responden Kedua iaitu Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan mempunyai kuasa untuk memutuskan bahawa suatu kelulusan yang telah diberikan dalam kes ini iaitu mengeluarkan saki baki kayu balak dan kayu jaras bagi projek membina jalan tersebut boleh dibatalkan atau sebaliknya. Keputusan pembatalan tersebut telah dimaklumkan kepada Pengerusi JPKK Kampung Bantal, Jerantut melalui surat daripada Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bertarikh 20.07.2023 seperti yang terdapat di dalam affidavit “AS-17”. Pada surat tersebut telah dinyatakan bahawa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang memberikan kelulusan tersebut yang telah dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kali Ke-13/2022 pada 30.03.2022 telah dibatalkan. Pemaklumkan kelulusan tersebut telah diberikan melalui surat oleh Pengarah Perhutanan Negeri kepada Pengerusi JPKK Kampung Bantal, Jerantut bertarikh 20.04.2022. [42] Pada hemat Mahkamah ini adalah di dalam wewenang Responden Kedua untuk membatalkan kelulusan yang telah diberikan sebelum ini bagi kelulusan mengeluarkan saki baki baki kayu balak dan kayu jaras di Kawasan tersebut. Apa yang menjadi asas kepada permohonan Pemohon ialah keputusan tersebut telah dibuat sebelum mendengar sebarang representasi daripada Pemohon. [43] Pada hemat Mahkamah keputusan yang dibuat oleh Responden Kedua melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) itu tanpa sebarang representasi daripada Pemohon tidak akan menyebabkan keputusan tersebut adalah tidak sah atau melampaui bidang kuasa Responden Kedua. Ini adalah disebabkan Responden Kedua telah memberikan kelulusan kepada Pengerusi JPKK Kampung Bantal, Jerantut. [44] Penelitian kepada affidavit sokongan dan penyataan dalam semakan kehakiman ini tidak menunjukkan bahawa pada bila-bila masa JPKK Kampung Bantal, Jerantut telah membantah atau mempertikaikan keputusan Responden Kedua. [45] Namun begitu Mahkamah juga perlu mempertimbangkan hujahan Pemohon yang menyatakan bahawa tiada sebarang rayuan yang boleh dikemukakan kepada Responden Kedua. Peguam Persekutuan telah berhujah bahawa rayuan boleh dikemukakan kepada Responden Kedua. Hakikat yang tidak dinafikan ialah di dalam surat pemakluman keputusan tersebut tiada sebarang petanda yang mencadangkan bahawa rayuan boleh dikemukakan kepada Responden Kedua terhadap keputusan pembatalan tersebut. Sekiranya rayuan boleh dikemukakan ia sewajarnya dikemukakan oleh Pengerusi atau JPKK Kampung Bantal, Jerantut. [46] Walau bagaimanapun Mahkamah perlu memahami bahawa hubung kait Pemohon dengan kes ini ialah apabila terdapat perjanjian pembalakan bertarikh 07.02.2020 di antara Pemohon dan Kampung Bantal, Jerantut seperti yang terdapat di eksibit “AS-5”. Begitu juga terdapatnya surat kuasa wakil di antara JPKK Kampung Bantal, Jerantut dengan Pemohon bertarikh 19.07.2022 di eksibit “SA-7”. Ini ditambah dengan surat daripada Pemohon kepada Pengarah Perhutanan Negeri Pahang bertarikh 05.09.2022 di eksibit “AS-13” yang menyatakan bahawa Pemohon telah dilantik sebagai kontraktor bagi menjalankan proses-proses mengeluarkan saki baki kayu balak dan kayu jaras di kawasan tersebut. Dalam surat tersebut juga telah dikemukakan salinan surat kuasa wakil bagi Blok A, Blok B dan Blok C. [47] Ini bermakna pihak Responden Pertama telah mengetahui berkenaan dengan kedudukan Pemohon berkaitan dengan kawasan kayu balak tersebut. Apakah ini tidak mewajarkan Pemohon diberi peluang untuk membuat representasi kepada Responden Kedua sebelum keputusan pembatalan itu dibuat oleh Responden Kedua. Mahkamah ini berpendapat kedudukan Pemohon sebagai kontraktor tidak dapat menolak hakikat bahawa kebenaran tersebut telah diberikan kepada Pengerusi JPKK Kampung Bantal, Jerantut dan bukannya Pemohon. Perjanjian pembalakan di antara Pemohon dan JPKK Kampung Bantal, Jerantut tidak sewajarnya dijadikan asas dalam keputusan Responden Kedua untuk membatalkan kelulusan yang telah diberikan sebelum ini kepada JPKK Kampung Bantal, Jerantut. [48] Mahkamah ini menyedari bahawa hak untuk didengar adalah merupakan tonggak utama dalam prinsip keadilan asasi. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Hj Mohammad Tufail bin Mahmud & Ors v Dato Ting Check Sii [2009] 4 MLJ 165 seperti yang berikut: “The right to be heard is an integral part of the rules of natural justice. The right to be represented by counsel of one’s choice is however conditional upon the laws regulating it. Such conditions are the subject matter of this judgment.” [49] Kedudukan prinsip keadilan asasi bahawa seseorang itu tidak boleh dinafikan hak untuk didengar yang merupakan kepada asas keadilan asasi juga telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ketua Pengarah Kastam v Ho Kwan Seng [1977] 2 MLJ 152 di mana YA Raja Azlan Shah, Hakim Mahkamah Persekutuan (ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “In my opinion, the rule of natural justice that no man may be condemned unheard should apply to every case where an individual is adversely affected by an administrative action, no matter whether it is labelled “judicial”, “quasi-judicial”, or “administrative” or whether or not the enabling statute makes provision for a hearing. But the hearing may take many forms and strict insistence upon an inexorable right to the traditional courtroom procedure can lead to a virtual administrative breakdown. That is because a formal hearing is too slow, too technical and too costly. Lord Shaw's caveat on administrative adjudication that “judicial methods may … be entirely unsuitable, and produce delays, expenses, and public and privateinjury” is too well-known to be side-stepped: see Local Government Board v Arlidge [1915] AC 120 138. In the last analysis, it depends on the subject-matter. The great need is to deal efficiently and fairly, rather than to preserve all the accoutrements of the courtroom; the considerations of basic fairness are paramount. A passage from the judgment of Lord Denning M.R. in R. v. Gaming Boardfor Great Britain, ex parte Benaim and Khaida, supra, is apt: “It is not possible to lay down rigid rules as to when the principles of natural justice are to apply: nor as to their scope and extent. Everything dependson the subject-matter: see what Tucker L.J. said in Russell v Norfolk (Duke of) [1949] 1 All ER 109 118 and Lord Upjohn in Durayappah v Fernando [1967] 2 AC 337 349. At one time it was said that the principles only apply to judicial proceedings and not to administrative proceedings. That heresy was scotched in Ridge v Baldwin [1964] AC 40. At another time it was said that the principles do not apply to the grant or revocation of licences. That too is wrong. Reg v Metropolitan Police Commissioner Ex parte Parker [1953] I WLR 1150 and Nakkuda Ali v Jayaratne [1951] AC 66 are no longer authority for any such proposition. See what Lord Reid and Lord Hodson said about them in Ridge v Baldwin [1964] AC 40 77–79 133.” And in the following passage he said this: “It follows, I think, that the board have a duty to act fairly. They must give the applicant an opportunity of satisfying them of the matters specified in the sub-section. Theymust let him know what their impressions are so that he can disabuse them. But I do not think that they need quote chapter and verse against him as if they were dismissing him from an office, as in Ridge v Baldwin [1964] AC 40; or depriving him of his property, as in Cooper v Wandsworth Board of Works (1863) 14 CBNS 180.” [50] Malahan Mahkamah Persekutuan juga menjelaskan bagaimana tatacara untuk penzahiran prinsip keadilan asasi tersebut perlu dilakukan oleh Badan Awam yang membuat keputusan terhadap sesuatu pihak. Ini dinyatakan dalam kes Tan Hee Lock v Commissioner For Federal Capital & Ors; Haris Bin Idris v Commissioner For Federal Capital & Ors [1973] 1 MLJ 238 seperti yang berikut: “It is clear from the authorities that natural justice does not mean that a person performing an administrative or ministerial act must follow the procedure of a court of law or adopt procedure analogous to that of a court of law.” [51] Penelitian kepada keterangan dalam kes ini adalah didapati bahawa keputusan yang dibuat itu adalah keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). Mahkamah juga mendapati tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa keputusan tersebut telah dilakukan di luar daripada bidang kuasa dan budi bicara Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). Apa yang dinyatakan oleh Pemohon ialah dia tidak diberikan peluang untuk membuat representasi yang pada hemat Mahkamah ini tidak menjejaskan keesahan keputusan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) tersebut. Ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip keadilan asasi untuk Pemohon didengar. Sebaliknya pihak yang sepatutnya yang menimbulkan isu ini adalah pihak JPKK Kampung Bantal, Jerantut yang tidak ditimbulkan dalam kes ini. [52] Berdasarkan kepada penganalisaan kepada fakta dan keterangan dalam kes ini Mahkamah berpendapat Responden Kedua mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan membatalkan kelulusan tersebut tanpa terlebih dahulu memberi peluang kepada Pemohon untuk membuat representasi. Keputusan tersebut adalah di dalam bidang kuasa Responden Kedua. [53] Mahkamah juga mendapati tiada keterangan yang dikemukakan untuk menunjukkan bahawa keputusan pihak Responden Kedua itu adalah melangkaui daripada bidang kuasa yang ada pada Responden Kedua. Oleh itu Responden Kedua mempunyai kuasa di sisi undang-undang dan tidak melangkaui bidang kuasa atau berlawanan dengan bidang kuasa Responden Kedua. [54] Mahkamah ini berpendapat adalah tidak munasabah untuk Responden Kedua di dalam membuat keputusan untuk membatalkan suatu kelulusan yang terdahulu perlu memaklumkan kepada pihak-pihak dan menimbangkan representasi pihak-pihak tersebut sebelum membuat keputusan. Jika ini dilakukan ia telah menyebabkan Responden Kedua yang mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sesuatu keputusan tidak dapat membuat keputusan tersebut semata-mata kerana tiadanya representasi daripada pihak-pihak yang terkesan dengan keputusan tersebut. Ini adalah suatu yang tidak wajar dan tidak munasabah. Adakah keputusan Responden-Responden tidak rasional? [55] Seterusnya adakah keputusan Responden Kedua untuk membatalkan kelulusan tersebut adalah sesuatu yang munasabah. Ini adalah disebabkan pertimbangan yang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dalam membatalkan kelulusan tersebut tidak dapat ditunjukkan adalah sesuatu yang dilakukan tanpa sebarang pertimbangan yang sewajarnya. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa di dalam surat pemaklumkan berkenaan dengan pembatalan tersebut tiada disertakan alasan pembatalan tersebut. Ini ditambah lagi dengan tiadanya affidavit jawapan daripada pihak Responden untuk menjelaskan mengapakah keputusan itu dibuat. Adakah disebabkan tiadanya penjelasan daripada Responden Kedua berkenaan dengan keputusan tersebut ia telah menyebabkan keputusan tersebut adalah sesuatu yang tidak munasabah? Adakah sesuatu keputusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang kemudiannya dibatalkan di dalam suatu mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang lain akan menyebabkan keputusan pembatalan tersebut adalah tidak munasabah? Jika ini dilakukan ia akan menyebabkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) tidak dapat membuat apa-apa keputusan bagi membatalkan keputusan yang lalu atas alasan tindakan sedemikian adalah sesuatu yang tidak munasabah. [56] Pada hemat Mahkamah ini ia adalah tidak sejajar dengan prinsip-prinsip undang-undang pentadbiran awam. Ianya hanya dapat dikatakan sesuatu yang tidak munasabah atau tidak rasional sekiranya terdapat keterangan di dalam affidavit sokongan atau mana-mana dokumen yang dapat menunjukkan bahawa pertimbangan-pertimbangan yang dibuat oleh sesebuah Badan Awam tersebut dilakukan berdasarkan kepada alasan-alasan yang tidak munasabah untuk dilakukan oleh sesebuah Badan Awam. [57] Mahkamah ini merujuk kepada apakah yang dimaksudkan dengan suatu keputusan yang tidak munasabah seperti yang dinyatakan oleh Lord Greene dalam kes Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corpn [1947] 1 KB 223 seperti yang berikut: “It is true to say that, if a decision on a competent matter is so unreasonable that no reasonable authority could ever have come to it, then the courts can interfere. That, I think, is quite right; but to prove a case of that kind would require something overwhelming, and, in this case, the facts do not come anywhere near anything of that kind. I think Mr. Gallop in the end agreed that his proposition that the decision of the local authority can be upset if it is proved to be unreasonable, really meant that it must be proved to be unreasonable in the sense that the court considers it to be a decision that no reasonable body could have come to. It is not what the court considers unreasonable, a different thing altogether.” [58] Sebagai pelengkap kepada isu berkenaan dengan sama ada keputusan Responden Kedua adalah munasabah atau tidak wajar untuk diteliti pandangan yang dikemukakan oleh Professor Madya University of Oxford, Adam Perry berkenaan dengan perkara ini dalam artikelnya bertajuk Wednesbury Unreasonableness [2023] Cambridge Law Journal 483 dengan mengemukakan pandang yang menarik dalam analisa berkenaan dengan ketidakmunasabahan seperti yang berikut: “ First, unreasonableness concerns the balance of reasons for and against a decision. 17 In Tesco Stores v Environment Secretary, 18 Lord Keith said that “it is entirely for the decision maker to attribute to the relevant considerations such weight as he thinks fit, and the courts will not interfere unless he has acted unreasonably in the Wednesbury sense”. 19 The implication of the last clause is that unreasonableness regulates the weight placed on relevant reasons. Later courts are more explicit. For example, Lord Mance said in Kennedy v Charity Commission that “reasonableness review ::: involve[s] considerations of weight and balance”. 20 Second, unreasonableness is a high standard. 21 That means it takes more than the balance of relevant reasons opposing a decision to make it unreasonable. It takes more than wrongness, in other words. Lord Hailsham expressed this thought when he said that “[n]ot every reasonable exercise of judgment is right, and not every mistaken exercise of judgment is unreasonable”. 22 So did Lord Ackner when he said that the Secretary of State’s decision to issue certain directives could be reasonable “whether the Secretary of State was right or wrong to issue [them]”. 23 Third, unreasonableness review is neither an appeal nor a form of merits review. 24 The nature of the distinction between unreasonableness and merits review is something a good analysis would illuminate. For now, we can say that a decision is not unreasonable just because a court, based on its own assessment of the relevant reasons, considers it wrong. A court must not, in the guise of unreasonableness review, “substitute its, the judicial view, on the merits” 25 for the authority’s view. Fourth, unreasonableness is context-dependent: a decision is more or less likely to be unreasonable depending on a range of contextual factors. Two factors are especially important. One is an authority’s expertise on the matter decided relative to the court’s. The greater the authority’s relative expertise, the less likely its decision is unreasonable, other things being equal. 26 For instance, the British Union for the Abolition of Vivisection claimed that an investigator’s findings as to the suffering caused by certain animal experiments were unreasonable. 27 In rejecting that claim, the reviewing court said that it should be careful not to “substitute its own inexpert view of the science” 28 for that of an “expert and experienced”29 scientist. The other main contextual factor is the impact of the decision. A decision that impacts a fundamental right or interest is subject to “anxious scrutiny”, 30 meaning that a court is “entitled to start from the premise” that the decision “requires to be justified”31 and that only an important justification will do. Thus, it was unreasonable for the Bloody Sunday inquiry to publish the full names of soldiers who had fired live rounds during the massacre given that (1) the decision risked “the most fundamental of all human rights” 32 – the lives of “the former soldiers and their families” 33; and (2) there was no “compelling justification” 34 for publishing the names. Fifth, unreasonableness is evidence-dependent. The court’s task is to test the authority’s “conclusion against the evidence before [the authority]” and “ask whether the conclusion can ::: be safely justified on the basis of that evidence”. 35 One implication is that a decision is unreasonable if there is clearly no support for that decision in the evidence before the authority. Another implication is that a decision is not unreasonable if evidence that would have counted decisively against it becomes available only after the decision has been made. 37 In one recent case, it was reasonable for a parole board panel to direct the release of a prisoner who had been smuggling large amounts of steroids and alcohol into a prison, given that the panel did not learn of the smuggling until after it made its decision.38 The sixth truism concerns moral legitimacy or justification. Judges generally believe that unreasonableness review is morally justified. Coke’s words still inspire: [N]otwithstanding the words of the commission give authority to the commissioners to do according to their discretions, yet their proceedings ought to be limited and bound with the rule of reason and law. For discretion is a science or understanding to discern between falsity and truth, between wrong and right, between shadows and substance, between equity and colourable glosses and pretences, and not to do according to their wills and private affections. It could be that judges are mistaken, and they should not engage in unreasonableness review. Perhaps they should engage in a more or less intrusive form of review instead. Judges are, however, typically intelligent people, knowledgeable in the law, acting in good faith. If they say that unreasonableness review is justified, then it is at least plausible that it is justified. So, an analysis of unreasonableness does not need to explain why it is justified, but it does need to explain why it “might plausibly be thought to be” 40 so. Finally, there are indicia of unreasonableness, that is, features of decisions reliably associated with unreasonableness.” [59] Professor Madya Adam Perry juga meletakkan petanda kepada ketidakmunasabahan berdasarkan keputusan-keputusan oleh Mahkamah di United Kingdom dengan menyatakan seperti yang berikut: “(1) Oppressiveness. The fact that a decision imposes costs on an individual disproportionate to its benefits suggests unreasonableness.42 For example, Ms. F had been raped by three soldiers while living in Kosovo. She suffered lasting psychiatric injury as a result. When F applied for asylum in the UK, she was refused. F appealed. A psychiatrist would be able to submit a report on F’s injuries, but not until a few days after the appeal hearing was scheduled. The special adjudicator refused to adjourn the hearing. In R. (F) v A Special Adjudicator, 43 the refusal was quashed as unreasonable. On the one hand, the psychiatrist’s report would have assisted F’s asylum application. On the other, the delay to the hearing was minor. Overall, it was clear that the costs of the refusal far exceeded its benefits.