Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA KES NO: JA-63-34,35,36,37,38,39,40 & 41 -06/2020 PENDAKWA RAYA
JA-63-34-06/2020
Sessions Court of Malaysia26 Jun 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e originality of this document via eFILING portal 19 Semestinya Mahkamah ini mesti mengimbangkan faktor untuk ‘leniency’ dengan faktor ‘severity’. Mahkamah telah merujuk kepada kes PP V LOH OI LIN [1949] MLJ 120, yang telah menyatakan; “that there are factors such as prevalence, difficulty of detection and injury to pu”
“alah seoarang wanita dan apa jua alasan OKS di dalam kes ini, perbuatan tersebut adalah salah dan maruah seoarang wanita perlu dijaga sebaiknya. Mahkamah merujuk kepada kes kepada kes LOW OI LIN V R [1949] MLJ 210, Taylor J, menyatakan bahawa: “I would add that it is very doubtful whether the principle of one-third of”
“tence (Joginder Singh v. PP [1983] 1 LNS 63[1984] 2 MLJ 133 per Ajaib Singh J as he then was). The sentence must be one appropriate to the gravity of the offence (Lee Yoke Choong v. PP [1964] 1 LNS 82[1964] MLJ 138). Accordingly, the sentence should reflect the seriousness of the offence (PP v. Khairuddin [1981] CLJ 23”
“must be one appropriate to the gravity of the offence (Lee Yoke Choong v. PP [1964] 1 LNS 82[1964] MLJ 138). Accordingly, the sentence should reflect the seriousness of the offence (PP v. Khairuddin [1981] CLJ 234[1982] 1 MLJ 331). Mitigating factors are not to be disregarded, even if the offence calls for a deterrent”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA KES NO: JA-63-34,35,36,37,38,39,40 & 41 -06/2020 PENDAKWA RAYA
1
Ini adalah Rayuan oleh Pendakwa Raya terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah pada 26.6.2022. Pendakwa Raya telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 5.7.2022 yang merayu terhadap keputusan hukuman sahaja.
2
Orang Kena Saman (OKS) telah dituduh dengan lapan pertuduhan di dalam lapan kes yang berasingan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum dibawah seksyen 233 (3) Akta yang sama dan pertuduhan adalah seperti berikut : Kes JA-63-34-06/2020 “bahawa kamu, pada 31 Januari 2019 jam lebih kurang 8.16 pagi telah didapati menggunakan perkhidmatan aplikasi Whatsapp melalui nombor talian 019 6490412 telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya kepada nombor talian 013 7235029 seperti di Lampiran A dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca pada 31 Januari 2019 jam lebih kurang 8.20 pagi di alamat No. 8, Jalan Impian Ria 13, Taman Impian Jaya, 81400 dalam Daerah Senai, dalam negeri Johor Darul Takzim. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama. Hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000.00 atau penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan” Kes JA-63-35-06/2020 “bahawa kamu, pada 1 februari 2019 jam lebih kurang 1.12 pagi telah didapati menggunakan perkhidmatan aplikasi Whatsapp melalui nombor talian 019 6490412 telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya kepada nombor talian 013 7235029 seperti di Lampiran B dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca pada 1 Februari 2019 jam lebih kurang 6.00 pagi di alamat No. 8, Jalan Impian Ria 13, Taman Impian Jaya, 81400 dalam Daerah Senai, dalam negeri Johor Darul Takzim. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama. Hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000.00 atau penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan” Kes JA-63-36-06/2020 “bahawa kamu, pada 1 februari 2019 jam lebih kurang 7.17 pagi telah didapati menggunakan perkhidmatan aplikasi Whatsapp melalui nombor talian 019 6490412 telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya kepada nombor talian 013 7235029 seperti di Lampiran C dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca pada 1 Februari 2019 jam lebih kurang 7.20 pagi di alamat No. 8, Jalan Impian Ria 13, Taman Impian Jaya, 81400 dalam Daerah Senai, dalam negeri Johor Darul Takzim. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama. Hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000.00 atau penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan” Kes JA-63-37-06/2020 “bahawa kamu, pada 1 februari 2019 jam lebih kurang 3.40 petang telah didapati menggunakan perkhidmatan aplikasi Whatsapp melalui nombor talian 019 6490412 telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya kepada nombor talian 013 7235029 seperti di Lampiran D dengan niat untuk menyakitkan hati 5 orang lain, yang telah dibaca pada 1 Februari 2019 jam lebih kurang 3.45 petang di alamat No. 8, Jalan Impian Ria 13, Taman Impian Jaya, 81400 dalam Daerah Senai, dalam negeri Johor Darul Takzim. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama. Hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000.00 atau penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan” Kes JA-63-38-06/2020 “bahawa kamu, pada 3 februari 2019 jam lebih kurang 1.36 petang telah didapati menggunakan perkhidmatan aplikasi Whatsapp melalui nombor talian 019 6490412 telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya kepada nombor talian 013 7235029 seperti di Lampiran E dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca pada 3 Februari 2019 jam lebih kurang 6.00 pagi di alamat No. 8, Jalan Impian Ria 13, Taman Impian Jaya, 81400 dalam Daerah Senai, dalam negeri Johor Darul Takzim. Oleh itu kamu telah melakukan suatu 6 kesalahan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama. Hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000.00 atau penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan” Kes JA-63-39-06/2020 “bahawa kamu, pada 3 februari 2019 jam lebih kurang 1.36 pagi telah didapati menggunakan perkhidmatan aplikasi Whatsapp melalui nombor talian 019 6490412 telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya kepada nombor talian 013 7235029 seperti di Lampiran F dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca pada 3 Februari 2019 jam lebih kurang 6.00 pagi di alamat No. 8, Jalan Impian Ria 13, Taman Impian Jaya, 81400 dalam Daerah Senai, dalam negeri Johor Darul Takzim. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama. Hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000.00 atau penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan” Kes JA-63-40-06/2020 “bahawa kamu, pada 20 februari 2019 jam lebih kurang 5.27 petang telah didapati menggunakan perkhidmatan aplikasi Whatsapp melalui nombor talian 019 6490412 telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya kepada nombor talian 013 7235029 seperti di Lampiran G dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca pada 20 Februari 2019 jam lebih kurang 5.30 petang di alamat No. 8, Jalan Impian Ria 13, Taman Impian Jaya, 81400 dalam Daerah Senai, dalam negeri Johor Darul Takzim. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama. Hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000.00 atau penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu 8 ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan” Kes JA-63-41-06/2020 “bahawa kamu, telah didapati menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui akaun Instagram “faizzahidi_”ridahitam” telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya kepada akaun Instagram “mohdghafartalib” seperti di Lampiran H dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca pada 9 Januari 2019 jam lebih kurang 8.33 malam sehingga 4 Mac 2019 jam lebih kurang 3.56 pagi di alamat No. 8, Jalan Impian Ria 13, Taman Impian Jaya, 81400 dalam Daerah Senai, dalam negeri Johor Darul Takzim. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama. Hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000.00 atau penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan”
3
Pada 21.7.2020, kesemua kes telah dipanggil secara bersama dan Pihak Pendakwaan telah mengemukakan Surat Kuasa sebagai
Lampiran
Lampiran A dan Izin Pertuduhan sebagai Lampiran B hingga I. Kesemua pertuduhan dan hukuman di dalam lapan kes tersebut telah dibacakan dan diterangkan kepada OKS dalam Bahasa Malaysia. OKS memahami pertuduhan dan faham sifat dan akibat pengakuan dan memilih untuk minta bicara pada tarikh tersebut dan kes seterusnya ditetapkan untuk beberapa tarikh sebutan dan perbicaraan penuh. OKS juga telah diberi jaminan sebanyak RM6,000 dengan 1 penjamin. [4] Pada 26.6.2022, Pihak Pendakwaan memaklumkan ada perkembangan terkini dalam kes ini dan OKS berhasrat untuk mengaku salah. Kesemua pertuduhan dan hukuman di dalam 8 kes tersebut telah dibacakan dan diterangkan sekali lagi kepada OKS dalam Bahasa Malaysia. OKS memahami pertuduhan dan faham sifat dan akibat pengakuan dan memilih untuk mengaku salah ke atas kesemua pertuduhan tersebut. [5] Mahkamah telah berpuas hati bahawa tertuduh faham akan sifat, akibat dan kesan pengakuannya ke atas pertuduhan-pertuduhan tersebut dan kemudiannya menerima pengakuan salah OKS. [6] Seterusnya, Pihak Pendakwaan mengemukakan fakta kes yang ditanda sebagai P18, FIR FT/17/19 sebagai P19, Laporan Polis Sri Damansara 001815/19 sebagai P20, Borang Bongkar sebagai P21, Data Preservation Case Report sebagai P22, Digital Forensic 1 sebagai P23, Digital Forensic 2 sebagai P24, Kandungan Whatsapp seperti dilampiran A hingga lampiran G sebagai P4 (a-g), Kandungan direct mesej akaun Instagram lampiran H sebagai P5 (a-k), 1 unit telefon jenama Iphone 5s imei 35875705146377 sebagai P8 dan 1 unit simkad Celcom no talian 0196490412 sebagai P9. [7] OKS memahami fakta kes tersebut serta mengakuinya tanpa syarat. OKS juga mengakui kesemua eksibit-eksibit P4 (a-g), P5 (a-k), P8 dan juga P9 yang telah ditunjukkan padanya. [8] Dalam rayuan mitigasi untuk meringankan hukuman, peguambela OKS memaklumkan bahawa OKS berumur 22 tahun sekarang dan semasa pertuduhan dikenakan ke atasnya berumur 19 tahun. OKS datang daripada latar belakang keluarga 4 orang adik beradik dan ibu OKS baru bercerai dan merupakan ibu tunggal yang menjaga kesemua adik-beradiknya. OKS telah membuat pengakuan salah dan telah menjimatkan masa Mahkamah. [9] OKS telah memaklumkan bahawa berdasarkan fakta kes seperti di P18, apa yang berlaku adalah OKS mempunyai hubungan dengan anak pengadu dan di dalam perhubungan tersebut, telah berlaku penukaran gambar di antara mereka dan apabila OKS memaklumkan kepada pengadu bahawa anaknya telah menghantar gambar-gambar lucah kepada OKS namun tidak dipercayai oleh pengadu dan telah mengakibatkan OKS telah menghantar gambar-gambar tersebut kepada pengadu. [10] OKS menyedari bahawa perbuatan ini merupakan suatu kesalahan dan pertuduhan ini menyebabkan OKS tidak dapat meneruskan pengajian beliau untuk kursus perniagaan dan berharap agar dapat meneruskan pengajian selepas kes ini selesai. OKS memohon hukuman minima di antara RM1000 hingga RM2000 bagi setiap pertuduhan dan tiada kesalahan berlanjutan selepas mesej yang pertama telah dihantar kepada pengadu. OKS juga memohon agar eksibit P8 dan P9 dikembalikan kepada OKS kerana barang kes yang sebenarnya adalah bukan handphone tersebut tetapi sebaliknya adalah kandungan mesej di dalam handphone tersebut. [11] Seterusnya, Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa OKS telah dituduh dengan lapan pertuduhan dan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya untuk setiap pertuduhan. Mengambil kira trend hukuman, Pihak Pendakwaan memohon agar satu hukuman yang berbentuk pengajaran dan setimpal dapat dikenakan ke atas OKS agar OKS tidak akan melakukan kesalahan yang sama di masa akan datang dan menyerahkan kepada Mahkamah untuk menentukan jumlah hukuman atau denda yang akan dikenakan. Pihak Pendakwaan juga memohon satu perintah lucuthak barang kes di bawah seksyen 260 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi eksibit P8 dan P9 dan dikembalikan kepada Pegawai penyiasat sebagaimana diperuntukkan oleh seksyen yang sama. PENEMUAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH [12] Dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah telah merujuk kepada kes R V BALL [1951] 35 CR. APP. R 164 yang mengariskan prinsip asas untuk menjatuhkan sesuatu hukuman iaitu: “In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is public enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deters others who might be tempted to try crime and seeming to offer easy money on the supposition that, if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leave it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” [13] Mahkamah juga merujuk kepada kes PP V MD RASHID HARUN [2000] 3 CLJ 832, yang telah memutuskan seperti yang berikut: "Courts are duty bound to consider all these matters before deciding upon a suitable sentence (Joginder Singh v. PP [1983] 1 LNS 63[1984] 2 MLJ 133 per Ajaib Singh J as he then was). The sentence must be one appropriate to the gravity of the offence (Lee Yoke Choong v. PP [1964] 1 LNS 82[1964] MLJ 138). Accordingly, the sentence should reflect the seriousness of the offence (PP v. Khairuddin [1981] CLJ 234[1982] 1 MLJ 331). Mitigating factors are not to be disregarded, even if the offence calls for a deterrent sentence (Lee Peng Kong v. PP [1986] 2 CLJ 139 (refd). That is not to say though, that the circumstances of the individual offender are more important than the protection of innocent members of the community from injury to their persons, or from risk even to their lives (R v. Murukaiyan Rasoo). Public interest must not be relegated to the background. The correct approach is to strike a balance, so far as possible, between the interest of the public and the interest of the accused" [14] Hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan ini di bawah seksyen 233 (3) Akta 588 ialah denda tidak melebihi daripada RM50,000.00 atau penjara selama tempoh yang tidak melebihi daripada 1 tahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. [15] Mahkamah telah menimbangkan fakta kes dan eksibit-eksibit yang dikemukakan kepada Mahkamah dan rayuan mitigasi tertuduh serta hujahan pemberatan yang diberikan oleh Pihak pendakwaan dan mendapati bahawa hukuman denda adalah memadai, bersesuaian dan adil di dalam lingkungan hukuman yang diperuntukkan dikenakan ke atas OKS di atas faktor-faktor berikut : (a) Pengakuan Salah OKS : OKS telah mengaku salah kepada kesemua lapan pertuduhan dan pengakuan salah tersebut telah menjimatkan masa dan kos Mahkamah serta Pendakwaan. Mahkamah perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya bagi faktor mitigasi ini setelah mengimbangkan dengan jenis kesalahan yang dilakukan oleh OKS dan mendapati bahawa kesalahan yang dilakukan oleh OKS bukanlah suatu kesalahan yang bersifat kekerasan dan menjejaskan kepentingan awam secara teruk. Di sini Mahkamah telah merujuk kepada kes PP V JESICCA LIM LU PING & ANOR [2004] 2 CLJ 763 dimana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: “It is customary for the court to give the convict a reduced sentence for pleading guilty. The court recognizes that a plea of guilty disposes of a criminal case with lightning speed; it eases the backlog of undisposed criminal cases and unclogs the courts and prison of remand-prisoners. A reduced sentence for pleading guilty encourages the accused to be honest in admitting to the offence he has committed. A discount of between one quarter and one third of the sentence that would otherwise have been imposed is usually given.” Seterusnya, di dalam kes PP V YOGANATHAN BOY KUPPU @ UTHIRASAN [2017] 1 LNS 561 Mahkamah telah menyatakan rasional memberi diskaun seperti berikut: “[33] The accused here decided to plead guilty at the earliest available opportunity presented. His decision had saved much time which would otherwise have been consumed in hearing witnesses during the course of the prosecution and possibly the defence case. In the ordinary course of events, it is no exaggeration to say that a trial of this nature would have entailed some two weeks of intermittent dates to conclude at the earliest. In the already congested court docket of hearing cases, some degree of consideration ought to be given in this respect. The court can now utilise judicial time which is at a premium to handle and dispose other matters before it. [34] This is of course aside from the cost savings factor involved. A plea of this kind at the earliest available opportunity itself indicates the remorse felt on the part of the accused. This is also a mitigating factor…. These factors above provide compelling enough reasons why the general rule that a plea of guilt ought to entitle the accused to a reduction should not be departed from.” Manakala, di dalam kes PP V WAN HASRUL NIZAM [2017] 4 CLJ 389, Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut: “[16] In the criminal justice system, the court should give the appropriate discount to the sentence supposed to be imposed at the end of a full trial after having heard the mitigation. In the present case, this court takes into account the plea of guilty and the respondent being a first offender as relevant mitigating factors, and acknowledged that the learned trial judge had correctly considered these factors in her grounds of judgment.” Oleh yang demikian, mengambil kira pengakuan salah OKS ketika pertuduhan dikemukakan walaupun kes ini didaftarkan pada tahun 2020 Mahkamah berpendapat OKS telah merasa insaf dan pengakuan tersebut juga telah menjimatkan masa serta kos semua pihak. Sekiranya Mahkamah gagal untuk mempertimbangkan pengakuan salah yang dibuat oleh OKS bermakna Mahkamah ini gagal menjalankan kuasa budi bicara dengan sewajarnya terutamanya apabila OKS tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan yang sama sejak 2020 sehingga ke hari ini. Pada hemah Mahkamah “pleading guilty encourages the accused to be honest in admitting to the offence he has committed.” (b) OKS merupakan Pesalah Kali Pertama : ‘The leniency accorded to a first offender recognises human fraility and yet shows respect for the offender as a rational individual, capable of responding to the unsure inherent in the sentence imposed’, (lihat Mallal’s Criminal Procedure (6th Ed),ms 4399). Di dalam kes ini, OKS merupakan pesalah kali pertama dan sebelum ini tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah. Ini merupakan satu faktor mitigasi yang mana Mahkamah telah memberi pertimbangan yang sewajarnya sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kes PP LWN KARTHISELVAM A/L VENGATAN [2008] 3 MLJ 368, bahawa, ‘…Adalah tidak syak lagi bahawa undang-undang menghendaki pesalah pertama dikendalikan secara berlainan dengan pesalah-pesalah yang mempunyai rekod sabitan kesalahan yang lalu. Sekiranya tidak, proses penghukuman akan bersifat mekanikal’. Mahkamah mengakui bahawa terdapat banyak kes yang memutuskan bahawa pesalah pertama tidak harus dihantar ke penjara tetapi diberi hukuman ringan yang bersesuaian dengan OKS sebagai pesalah pertama yang harus dijauhkan dari penjara, jika tidak, peluangnya bergaul dengan penjenayah lain yang telah dijatuhkan untuk pelbagai kesalahan berat mungkin akan memberi kesan buruk terhadap OKS. Oleh yang demikian Mahkamah berpendapat OKS tidak harus dihantar ke penjara untuk mengelakkan dia daripada dipengaruhi oleh penjenayah sedemikian. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes CHAN SIT HOONG V PP [1975] 1 MLJ 261 dan PP V CHIEW CHEE WAH [1995] 4 MLJ 26 yang menyatakan, “being a first offender the accused should be dealt with by imposition of a fine and should be kept away from prison . Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa sebagai pesalah pertama, OKS harus diberikan peluang untuk berubah dan seharusnya bersyukur kerana kebebasannya tidak disekat seperti penjenayah lain. Mahkamah berpendapat, ini adalah suatu kes yang sesuai bagi Mahkamah memberikan OKS satu hukuman denda sahaja kerana ini adalah kesalahan pertamanya dan kesalahan yang dilakukan oleh OKS bukanlah satu kesalahan yang melibatkan kekerasan. In the circumstances, it is only right for the Court to be lenient and temper justice with mercy as the accused hopes to turn a new leaf and live an honest life. (c) Latarbelakang OKS : Sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman, adalah wajar untuk Mahkamah ini mempunyai pengetahuan dan menimbangkan tentang latarbelakang OKS “to strike a balance between the interest of the public and interest of the OKS” sepertimana yang diputuskan di dalam kes PP V MOHD FUAD [2001] 5 MLJ 549. Terdapat beberapa faktor untuk menyokong pengurangan hukuman. Semestinya Mahkamah ini mesti mengimbangkan faktor untuk ‘leniency’ dengan faktor ‘severity’. Mahkamah telah merujuk kepada kes PP V LOH OI LIN [1949] MLJ 120, yang telah menyatakan; “that there are factors such as prevalence, difficulty of detection and injury to public revenue which operate in the direction of severity and others such as leniency to first offenders which operate in the other direction and where as frequently happens a number of these factors applied in one case. The court must balance them as best as it can. Among the factors more commonly advanced are age, antecedence, family hardship, conduct subsequent to the offence, impact of conviction, health, and delay in disposal of cases.” Secara am, antecedent OKS adalah satu faktor mitigasi tetapi Mahkamah harus mengimbangi dengan the nature of the crime committed by the OKS where it required the dare, the dash and the defiance of the OKS in its commission seperti yang digariskan di dalam kes PP V TEH AH CHENG [1976] 2 MLJ 186. Di dalam kes ini, OKS berumur 19 tahun semasa pertuduhan kali pertama dikenakan dan OKS merupakan seorang pesalah muda. OKS tidak bekerja dan masih menunggu untuk melanjutkan pelajaran yang telah tertangguh disebabkan kes ini. OKS datang dari keluarga yang susah dimana OKS telah ditanggung oleh ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal yang menjaga 4 orang adik beradik yang lain. OKS juga telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini di masa hadapan. Mahkamah telah membandingkan kesemua faktor di atas terutamanya faktor pesalah muda yang datang dari keluarga yang susah dengan faktor kepentingan awam dan Mahkamah mendapati di dalam kes ini, ‘the scale of justice favours the Court to impose a fine upon the OKS.’ (d) Kuantum Hukuman : Mahkamah telah merujuk kepada kes MOHAMED ABDULLAH ANG SWEE KANG V PP [1988] 167. Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut: "In assessing the length of custodial sentence, the court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly the gravity of the type of offense committed. Secondly, the facts in the commission of the offense, thirdly the presence or absence of mitigating factors, and, fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offenses to determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrent does not justify the sentence in passing a sentence of greater length than what the facts of the offense warrant. The gravity of the type of offense involved must be considered in the light of the particular facts of the offense." Mahkamah telah merujuk kepada seksyen 233 Akta 588 sebelum menjatuhkan hukuman terseebut terhadap OKS. Mahkamah percaya hukuman tersebut adalah ‘proportionate and reasonable, within the Court’s jurisdiction and the financial positon of the OKS was also considered’ sepertimana yang digariskan di dalam kes CHAN SIT HOONG V PP [1975]1MLJ 261. Di dalam kes ini Mahkamah telah mengambil kira faktor hukuman mengikut peruntukan undang-undang, keseriusan kesalahan, imbangan kepentingan awam dan kepentingan OKS, pengakuan salah OKS, latarbelakang OKS, mitigasi OKS dan rayuan balas pihak Pendakwaan sebelum menjatuhkan hukuman tersebut. Mahkamah telah memutuskan bahawa pemenjaraan adalah tidak wajar dalam kes ini kerana Mahkamah ini tidak pernah bermaksud ‘to act as a vehicle of vengeance or as an “eye for an eye” and “tooth for a tooth” type of justice.’ Sebaliknya keputusan tersebut sesuai untuk OKS mengubah hidupnya to turn ‘a new leaf.’ Hukuman tersebut juga adalah sesuai bagi OKS mengubah hidupnya untuk memupuk nilai murni yang positif yang boleh membezakan di antara baik dan buruk, bertaqwa dan menguatkan imannya. Mahkamah berpendapat OKT harus diberi peluang untuk berubah dan ini terbukti apabila dia tidak melakukan apa-apa kesalahan lain sejak dia dihadapkan di Mahkamah pada tahun 2020. Pada hemah Mahkamah, jumlah denda RM2000.00 gagal bayar 3 bulan penjara bagi setiap pertuduhan sebanyak 8 pertuduhan dan berjumlah RM16,000 gagal bayar 24 bulan penjara adalah memadai, adil dan munasabah setelah mengambil kira faktor-faktor mitigasi OKS yang ada serta jenis kesalahan yang dilakukan. Mahkamah mendapati bahawa walaupun OKS dihadapkan dengan 8 kes dan 8 pertuduhan, ianya adalah berpunca daripada satu series tindakan yang sama. Fakta kes juga menunjukkan OKS hanya menghantar gambar-gambar lucah tersebut kepada bapa mangsa seorang sahaja setelah bapa mangsa tidak mempercayai kata kata beliau. Gambar-gambar tersebut hanya disebarkan kepada seoarng individu sahaja dan tidak disebarkan kepada umum. Kesan kerosakan maruah mangsa hanyalah berlaku dikalangan keluarga mangsa sahaja. Walaubagaimanapun, Mahkamah memandang berat perbuatan OKS ini kerana perbuatan seupama ini boleh menyakiti hati orang lain dan juga menjatuhkan maruah seseorang. Dalam kes ini, pihak yang terlibat adalah seoarang wanita dan apa jua alasan OKS di dalam kes ini, perbuatan tersebut adalah salah dan maruah seoarang wanita perlu dijaga sebaiknya. Mahkamah merujuk kepada kes kepada kes LOW OI LIN V R [1949] MLJ 210, Taylor J, menyatakan bahawa: “I would add that it is very doubtful whether the principle of one-third of the maximum imprisonment was ever generally applied in the Supreme Court. It is impossible to lay down rules for fixing sentences. There are certain factors such as prevalence, difficulty of detection and injury to the public revenue which operate in the direction of severity and others such as leniency to first offenders which operate in the other direction and where, as frequently happens, a number of these factors apply in one case the court must balance them as best as it can. The sentence ought to be an individual one, personal to the prisoner himself, assessed with regard to his moral and financial circumstances as well as to the nature of his offence. And I would add the courts should have greater regard for the offence, the circumstances of the case, the public interest and the reformation of the offender.” Mahkamah ini berpendapat “public interest is best served if he is prompted to turn from criminal ways to a scrupulous living. The Court have mindfully come to the said decision because the factual matrix indicates if the accused were to free himself from the shackles of imprisonment, becomes a filial and responsible son also an upright citizen, then he deserves not to be be in prison but given a second chance to change his life.” Justeru, Mahkamah berpendapat adalah tidak wajar untuk menjatuhkan satu hukuman berbentuk pemenjaraan terhadap OKS di dalam kes ini. Sebaliknya Mahkamah lebih cenderung untuk menggunapakai prinsip “restorative justice” agar OKS ini dijatuhkan hukuman denda yang memadai dengan jenayah yang dilakukan dan dikembalikan ke pangkuan masyarakat dan keluarga untuk meneruskan kehidupannya. [16] Oleh itu berpandukan kepada kesemua prinsip-prinsip hukuman yang telah dinyatakan, mahkamah dengan ini mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan tertuduh dengan pertuduhan yang telah dihadapkan terhadapnya di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan dengan ini menjatuhkan hukuman ke atas OKS dengan hukuman denda RM2000.00 gagal bayar 3 bulan penjara bagi setiap pertuduhan yang secara keseluruhan berjumlah RM16,000 gagal bayar 24 bulan penjara dan memerintahkan agar eksibit P8 dan P9 dilucuthakkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Malaysia. Bertarikh : 24 Ogos 2022 ...................chewanzaidi.............................. [DATO’ CHE WAN ZAIDI BIN CHE WAN IBRAHIM] Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah (4) Johor Bahru, Johor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.