Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-17-02/2022]
JA-45A-17-02/2022
High Court of Malaysia4 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-17-02/2022]
1
Tertuduh (OKT) telah dituduh mengedar dadah berbahaya seberat bersih 69.33 gram jenis Methamphetamine di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru di bawah no JA-45A-17-02/2022. [2] Di akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa Pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Oleh yang demikian, OKT telah diperintah lepas dan bebas tanpa dipanggil untuk membela diri. [3] Terkilan dengan keputusan Mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya terpelajar (TPR) telah memfailkan rayuan. Berikut merupakan alasan-alasan Mahkamah.
4
Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 23.9.2001, jam lebih kurang 1.15 tengah hari, bertempat di Jalan Sutera 3 Taman Sentosa, di dalam Negeri Johor, telah didapati mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 69.33 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
5
Pada 23.9.2021, jam lebih kurang 1.15 tengah hari bertindak atas maklumat, Pengadu (SP1) iaitu (Inspektor Muhammad Farizul bin Rosli) bersama-sama anggota serbuan telah pergi ke lokasi target di Jalan Sutera 3, Taman Sentosa, Johor Bahru, Johor (Tempat Kejadian). Mereka telah bergerak dengan menggunakan dua (2) buah kenderaan di mana kenderaan Toyota Vios dinaiki oleh tiga
3
orang anggota manakala Proton Preve pula dinaiki oleh SP1 bersama dengan dua (2) anggota yang lain. [6] Apabila sampai di Tempat Kejadian SP1 dan anggotanya telah membuat pemerhatian lebih kurang 15 minit pada jarak lebih kurang 40 meter di sekitar kawasan tersebut. Pemerhatian dibuat dalam kenderaan masing-masing. Semasa pemerhatian, SP1 lihat OKT turun dari tangga sebuah rumah kedai dan duduk di kerusi berdekatan warung menjual burger yang terletak bersebelahan kedai runcit beroperasi 24 jam. Kedudukan OKT pada masa itu adalah di hadapan tangga untuk naik ke tingkat atas bangunan. Setelah hampir dua (2) minit OKT duduk, SP1 terus pergi ke arah OKT dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis. [7] Semasa SP1 hendak membuat pemeriksaan fizikal ke atas OKT, OKT telah dengan spontan mencampakkan dari tangan kanannya satu (1) kotak tertera tulisan D&J Ice Plus (P5) ke bawah pada jarak setengah meter dari OKT. SP1 telah ambil kotak tersebut dan membuat pemeriksaan ke atasnya. Hasil pemeriksaan kotak, SP1 mendapati ia mengandungi :
i
1 peket plastik berwarna emas bertulis “XIAO QING GAN”, di dalamnya terdapat bahan disyaki dadah Methamphetamine (P5(1)) berat kasar 27.74 gram;
II
(ii) 1 peket plastik berwarna emas bertulisan di dalamnya terdapat bahan disyaki dadah Methamphetamine (P5(2)) berat kasar 27.86 gram;
III
(iii) 1 peket plastik berwarna emas bertulisan di dalamnya terdapat bahan disyaki dadah Methamphetamine (P5(3)) berat kasar 27.82 gram; dan
IV
(iv) 1 peket plastik berwarna emas bertulisan di dalamnya terdapat bahan disyaki dadah Methamphetamine (P5(4)) berat kasar 27.72 gram. [8] Seterusnya SP1 telah membawa OKT dan barang kes ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bharu Selatan (IPD JBS) dengan menaiki Proton Preve. Di IPD JBS, SP1 telah membuat laporan polis iaitu Taman Pelangi Report: 7449/21 (P7). SP1 kemudiannya telah menyerahkan OKT dan barang kes kepada Pegawai Penyiasat (SP4) iaitu Inspektor Fahmi Husni bin Dina. SP4 telah menyediakan satu borang serah menyerah sepertimana yang telah diekshibit sebagai P9. [9] Pada 10.10.2021, SP4 telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia (JKN) untuk dianalisa. Hasil analisa mendapati barang kes mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat bersih 69.33 gram. KES PENDAKWAAN [10] Perkara yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut:
a
Dadah yang dirampas tersenarai sebagai dadah berbahaya di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB).
b
OKT mempunyai milikan, jagaan dan kawalan serta pengetahuan terhadap dadah yang dirampas di Tempat Kejadian.
c
OKT telah mengedar dadah berbahaya di bawah peruntukan seksyen 39B(1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dengan menggunapakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB. PEMBUKTIAN PRIMA FACIE DI AKHIR KES PENDAKWAAN A. DADAH YANG DIRAMPAS TERSENARAI SEBAGAI DADAH BERBAHAYA DI DALAM JADUAL PERTAMA AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 [11] SP4 telah menyerahkan kotak barang kes (P5) yang mengandungi 4 paket plastik (P5(1-4) kepada Liew Chyi (SP3) iaitu Pegawai Sains di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa. Satu resit JKM dengan nombor makmal FR-J-04963 (P15) telah dikeluarkan oleh SP3 kepada SP4 sebagai bukti penerimaan. Barang kes diterima dalam keadaan baik. Selesai analisa, SP3 telah merekodkan hasil analisa dalam satu Laporan Kimia (P16) dengan mengesahkan kandungan barang kes terdiri daripada seberat bersih 69.33 gram dadah berbahaya jenis Methamphetamine. [12] Berdasarkan pengecaman barang kes oleh SP1, SP3 dan SP4, Mahkamah ini berpuas hati bahawa barang kes yang dianalisa tersebut adalah barang kes yang sama sepertimana ia telah dirampas oleh SP1 sehingga ia diserahkan kepada SP4. Seterusnya barang kes tersebut telah diserahkan oleh SP4 kepada SP3 di JKM untuk analisa. Semasa soal balas Peguam OKT, kredibiliti SP3 adalah utuh dan tidak goyang. Sebagai saksi pakar, SP3 telah menjalankan analisa dan mengeluarkan P16 selari dengan keperluan seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Merujuk kepada kes Munusamy v PP (1987) 1 MLJ 492 (SC): “Held: (5) In this type of cases where the opinion of the Chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the court is entitled to accept the opinion of the expert on its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible opinion is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step”. [13] Seterusnya, di dalam kes di peringkat Mahkamah Rayuan, kes Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP (2006) 6 MLJ 197 juga telah merujuk kepada kes Munusamy v PP. Mahkamah di dalam kes Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP telah memutuskan bahawa, Mahkamah perbicaraan wajar menerima keterangan Pegawai Sains JKM sebagai satu keterangan prima facie melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. B. OKT MEMPUNYAI MILIKAN, JAGAAN DAN/ATAU KAWALAN SERTA PENGETAHUAN TERHADAP DADAH YANG DIRAMPAS DI TEMPAT KEJADIAN [14] Pendakwaan seterusnya hendaklah membuktikan OKT mempunyai milikan dadah berbahaya itu sekaligus mempunyai kawalan dan/atau jagaan terhadapnya. Seraya itu, Pendakwaan juga hendaklah membuktikan OKT mempunyai pengetahuan kewujudan dadah berbahaya yang telah dirampas oleh SP1. Adakah keterangan yang dikemukakan oleh SP1 dan SP4 mencukupi untuk mengesahkan intipati ini? Mahkamah memberi penekanan terhadap keterangan yang diberikan oleh SP1 dan SP4.
i
KETERANGAN SP1 [15] Dalam keterangannya di Mahkamah, SP1 telah membuat pemerhatian dari kereta sebelum serbuan. SP1 melihat OKT turun dari tangga rumah kedai dan duduk di kerusi. Semasa OKT menunruni tangga, SP1 ada lihat OKT memegang sesuatu di tangan. Sebaik serbuan berlaku, SP1 mengesahkan telah lihat OKT secara spontan mencampakkan kotak (P5) ke bawah, ke tanah. Kotak dipegang menggunakan tangan kanan. Kotak tersebut telah terjatuh ke atas tanah pada jarak setengah meter/50 cm daripada kedudukan OKT. [16] Seterusnya Mahkamah merujuk kepada P8 iaitu Borang Senarai Geledah. TPR telah merujuk kepada SP1 kolum ‘tempat dijumpai’ di mana ia mencatatkan di atas tangga di bahagian belakang tempat penama ditahan dan bertanyakan kepada SP1 di manakah sebenarnya tempat barang kes dijumpai, kerana keterangan dalam P8 adalah berbeza dengan keterangan lisan SP1 (rujukan nota prosiding): : Saya merujuk kepada kolum tempat dijumpai. Dalam keterangan lisan barang kotak jatuh di atas lantai, tapi tempat dijumpai ini di atas tangga dibahagian belakang tempat penama ditahan? Bolehkah Insp terangkan? : Saya tak pasti untuk ini Puan. Saya tak pasti untuk kenyataan tempat jumpa. Mungkin salah dari segi typing atau penulisan dalam borang senarai geledah. : Insp sebagai ketua serbuan,yang buat pemeriksaan kat mana di mana barang kes dijumpai? : Di atas lantai. Di atas tanah.. Dibahagian bawah di atas tanah … : Siapa yang sediakan Borang Geledah ini? : Untuk borang senarai geledah ini penulisan akan dibuat oleh anggota saya, saya sebagai RO akan buat pengesahan untuk barang-barang yang dijumpai [17] Pada tahap ini, Mahkamah mendapati keterangan P8 dan SP1 mengandungi sedikit percanggahan. Mahkamah menuntut penjelasan ke atas percanggahan. Namun, penjelasan yang diberikan oleh SP1 ialah kesilapan dari segi penulisan. tetapi SP1 tidak pasti kerana P8 tidak disediakan olehnya. SP1 hanya mengesahkan kandungan. SP1 kemudian terus menegaskan tempat barang kes dijumpai adalah di atas tanah. Apabila merujuk kepada P11 (rajah kasar), SP1 telah membuat penandaan “X3” untuk menunjukkan tempat P5 dicampakkan oleh OKT. Mahkamah telah berpeluang meneliti dan mengkaji P11 serta membandingkannya dengan gambar tempat kejadian (P10(1-3)) bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas kedudukan “X3”. Berdasarkan P10, “X3” yang ditandakan oleh SP1 di dalam P11 merupakan lantai simen di laluan koridor yang menjadi laluan orang ramai di hadapan premis rumah kedai tersebut. Bergantung kepada keterangan SP1, P10 dan P11, Mahkamah mendapati tempat jatuh P5 bukanlah di atas tanah sepertimana yang dinyatakan oleh SP1. ii. KETERANGAN SP4 [18] Dalam siasatannya, SP4 selaku Pegawai Penyiasat kes telah pergi ke tempat kejadian pada 23.9.2021 bersama-sama seorang anggota serbuan lain iaitu Lans Kpl Nor Zaidi Bin Mohd Amir (RF208520). Malangnya SP1 tidak pergi bersama-sama SP4 pada tarikh tersebut disebabkan SP1 mempunyai urusan lain. Mahkamah sedikit hairan kerana tiada sebarang penjelasan daripada SP4 mengapakah SP4 tidak menunggu sahaja sehingga SP1 boleh pergi bersama-samanya. Mahkamah berpendapat kehadiran SP1 amat penting di tempat kejadian bagi menunjukkan dengan lebih tepat kedudukan OKT dan barang kes di situ. [18] Merujuk kepada keterangan SP4, kedudukan barang kes setelah dicampak oleh OKT adalah di atas lantai simen berdekatan dengan tangga. SP4 telah menandakan lokasi tersebut sebagai “X” di dalam P11. Apabila P11 dirujuk silang dengan P10 iaitu gambar tempat kejadian, ‘X’ adalah lantai simen yang berada di bahagian pintu masuk untuk naik ke tangga atas bangunan. [19] Tandaan “X” ini dibuat oleh SP4 berdasarkan pandu arah oleh Lans Kpl Zaidi. Di kedudukan ini, jarak OKT dengan kotak yang dicampak itu adalah satu (1) meter. Keterangan SP4 seperti berikut (rujukan nota prosiding): : Bagaimana Insp ketahui tempat dadah dicampak suspek dan ketahui tandaan? : Saya tahu daripada Lans Kpl Zaidi. Dia tunjuk kedudukan OKT dibangku warna hitam dan tempat barang kes dicampak dibahagian tangga Semasa SP4 disoal balas oleh Peguam terpelajar dan pemeriksaan semula oleh TPR, SP4 tetap menegaskan dan masih berpegang teguh kepada keterangannya. Keterangan SP4 semasa pemeriksaan semula oleh TPR adalah seperti berikut (rujukan nota prosiding): : Dengan merujuk rajah kasar P11, dalam rajah kasar ada tandaan X3. Keterangan pegawai serbuan adalah barang kes dibuang di tanah pada tandaan X3. Namun keterangan Insp dadah dibuang pada X. Insp tak setuju OKT buang pada tanda X3. Ada sebarang penjelasan Insp? SP4 : Berdasarkan gmbar rajah kasar di mana keterangan pengadu OKT campak ke tanah, saya tak setuju kerana di kawasan situ tiada sebarang kawasan tanah atau berpasir. Dan hasil keterangan daripada tunjuk oleh Lans Kpl Zaidi di mana OKT campak barang kes tersebut di belakang iaitu di bahagian tangga bukan di tanah. [20] Berdasarkan kepada keterangan SP4 ini, Mahkamah mendapati telah terdapat dua set keterangan yang berbeza berkenaan lokasi barang kes ditemui di tempat kejadian. Keadaan ini telah menimbulkan pencanggahan yang ketara dalam keterangan SP1 dan SP4. Mahkamah tidak ditawarkan sebarang penjelasan terhadap percanggahan yang telah berlaku. Keadaan ini berterusan sehinggalah Pendakwaan menutup kes. Lans Kpl Zaidi juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan untuk menjelaskan bagaimana beliau pandu arah SP4 kedudukan barang kes dijumpai dan mengapakah ia berbeza daripada keterangan SP1 selaku ketua serbuan. ANALISA MAHKAMAH [21] Pada pandangan Mahkamah, percanggahan yang berlaku ini adalah material dan menyentuh kepada asas pemilikan dadah oleh OKT. Pihak Pendakwaan boleh sahaja menjelaskan percanggahan ini dengan memanggil Lans Kpl Zaidi untuk memberikan keterangan di Mahkamah, tetapi malangnya Pendakwaan tidak berbuat demikian. [22] Mahkamah ini akur bahawa, pihak Pendakwaan mempunyai kuasa budi bicara di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan seksyen 376 KTJ untuk mengatur saksi-saksi bagi tujuan memberi keterangan di Mahkamah. Namun di dalam kes ini sewajarnya Lans Kpl Zaidi dipanggil untuk memberikan keterangan bagi menjelaskan percanggahan terhadap tempat barang kes tersebut dijumpai di tempat kejadian. [23] Dalam hemat Mahkamah ini, tempat di mana dadah tersebut dijumpai adalah sangat material kerana ia asas/fundamental kepada pertuduhan terhadap OKT. Walaupun SP1 telah melihat OKT mencampakkan kotak, keterangan oleh SP1 dan SP4 hendaklah tidak bercanggah di antara satu sama lain, terutamanya di mana lokasi dadah tersebut dijumpai. Rujukan kepada kes Ooi Choon Hock v Public Prosecutor [2014] 2 MLJ 200 (MR) diputuskan oleh Abdul Malik Ishak JCA : [73] Since there was no explanation advanced by the prosecution in regard to the discrepancies, the Federal Court held that it was fatal and acquitted both the appellants although the prosecution’s case against both the appellants was strong as it was a case based on the evidence of an agent provocateur. The relevant paragraphs in the judgment of the learned Chief Justice in Zaifull bin Muhammad v Public Prosecutor and another appeal will now be reproduced (see pp 358–360):
33
In the present case, there are two material discrepancies that is as to the number of ‘ketulan’ and as to the gross weight of the cannabis. Both these discrepancies were never explained by the prosecution, save to say that the charge referred to by learned counsel was the original charge, and the charge was later amended to read as trafficking in 799.4g of cannabis. It was further contended by the prosecution that since the amended charge is based on the net weight, therefore, any discrepancy in the gross weight is immaterial.
34
The prosecution further argued that based on the evidence before the court, there is no break in the chain of the evidence with regard to the drug exhibit. The prosecution submitted that all the relevant witnesses called by the prosecution had positively identified the drug exhibit based on the contemporaneous markings made by the witnesses. On that premise, the prosecution contended that the discrepancies do not create any doubt in the identity of the drug exhibit.
35
With respect, we could not agree with the prosecution on this issue. We are of the view that, in the circumstance of this case, it is incumbent on the prosecution to offer some explanation for the discrepancies. With the discrepancies left unexplained, this created a reasonable doubt as to the identity of the drug exhibit. In the circumstance, the defence should not have been called at the close of the prosecution case. [24] Di dalam kes Ooi Choon Hock ini telah menegaskan bahawa percanggahan yang berlaku melibatkan ketulan yang dirampas, yang kemudiannya percanggahan ini tidak dijelaskan oleh Pendakwaan. Akhirnya, ketiadaan penjelasan ini telah mengundang satu anggapan keraguan kepada identiti barang kes yang dikemukakan di Mahkamah sekaligus memberi faedah kepada OKT. Kes tersebut juga telah memetik prinsip yang digunakan dalam kes Zaifull bin Muhammad v Public Prosecutor and another appeal. [25] Berbalik kepada kes di Mahkamah ini dan menggunapakai prinsip yang sama di dalam kes yang dirujuk, Mahkamah berpandangan percanggahan keterangan SP1 dan SP4 tentang tempat jatuhnya barang kes setelah dicampakkan oleh OKT adalah material. Ketiadaan penjelasan berkenaan percanggahan ini telah merosakkan kes Pendakwaan di mana telah membangkitkan isu milikan gagal dibuktikan terhadap OKT. Selanjutnya Mahkamah mendapati hal ini telah menimbulkan kecanggungan yang fatal terhadap kes Pendakwaan dan meragui identiti barang kes yang dikemukakan di Mahkamah. [26] Kewujudan isu ini sahaja telah cukup bagi Mahkamah ini mendapati isu pemilikan dadah berbahaya gagal dibuktikan terhadap OKT dan seterusnya memberikan faedah kepada OKT. Bila mana ia berlaku, maka, satu kes prima facie telah gagal dibuktikan terhadap OKT. Rujukan kes Magendran a/l Mohan v Pub;ic Prosecutor [2011] 6 MLJ 1 oleh Alauddin PCA : [27] When there are two inferences, the inference most favourable to the appellant should be drawn. In Tai Chai Keh v Public Prosecutor [1948–1949] Supp MLJ 105 at p 108, His Lordship Laville J said: ... Where there is more than one inference which can reasonably be drawn from a set of facts in a criminal case, we are of the opinion that the inference most favourable to the accused should be adopted. (See also Public Prosecutor v Syed Mohamed Faysal bin Syed Ibrahim [2004] 6 MLJ 302; [2004] 4 AMR 31). ANGGAPAN MENGEDAR DI BAWAH SEKSYEN 37(da) ADB 1952 [27] Oleh kerana elemen pemilikan gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan terhadap OKT, maka anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB telah gagal diaktifkan untuk membolehkan anggapan pengedaran dadah digunakan untuk mengaitkan OKT dengan dadah yang dijumpai di rumah Tempat Kejadian. KEPUTUSAN [28] Kesimpulannya, setelah menimbangkan secara maksima keterangan yang dikemukakan sepanjang kes Pendakwaan, Mahkamah ini berpendapat bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa OKT mempunyai milikan terhadap dadah yang dirampas di Tempat Kejadian. Oleh itu OKT adalah diarahkan untuk dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. Bertarikh: 22 OGOS 2025 Sgd. (SURIYATI HASIMAH BINTI MOHD HASHIM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Johor Pendakwaraya : Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor Darul Takzim Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar, 79100 Iskandar Puteri Peguam : Tetuan N. Mariappan & Associates No. 8-02 Jalan Permas 9/3 Bandar Baru Permas Jaya 81750 Masai Johor Darul Ta’zim
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.