Content
DI MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN DI DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN AC-62D-127-08/2024 PP V. KUAN HUI MIN
AC-62D-127-08/2024
Sessions Court of Malaysia22 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DI MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN DI DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN AC-62D-127-08/2024 PP V. KUAN HUI MIN
1
PENGENALAN Pertuduhan pindaan ke atas OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 19.3.2024 jam lebih kurang 12.15 pagi bertempat di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hilir Perak di daerah Hilir Perak, di dalam negeri Perak Darul Ridzuan, didapati telah menggunakan dadah berbahaya iaitu amphetamine dan methamphetamine, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan kamu juga telah mempunyai (2) sabitan lampau di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.” Kesalahan ini membawa hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun, dan hukuman sebatan tidak melebihi tiga sebatan. Seksyen 38B ADB juga menetapkan pesalah boleh dikenakan pengawasan tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.
2
2.1 OKT telah dituduh di mahkamah ini dengan pertuduhan tersebut di atas dan telah mengaku tidak bersalah. Seramai dua orang saksi pendakwaan telah memberi keterangan di hadapan mahkamah, iaitu SP1 (pegawai pengiring mengambil sampel air kencing OKT) dan SP2 (pegawa penghantar sampel ke Jabatan Kimia Malaysia).
2
2.2 Pada 21 Ogos 2025, Timbalan Pendakwaraya yang terpelajar telah mengemukakan pertuduhan pindaan yang telah dibacakan semula kepada OKT, dan OKT telah mengubah pengakuan beliau kepada suatu pengakuan bersalah.
2
2.3 Mahkamah telah menerima pengakuan salah OKT, dan mensabitkan beliau di atas pertuduhan pindaan tersebut. Mahkamah kemudiannya telah menjatuhkan hukuman penjara selama enam (6) tahun bermula dari tarikh tangkapan, dan tiga tahun pengawasan AADK.
2
2.4 Tertuduh telah memfailkan rayuan terhadap hukuman tersebut.
3
3.1 Mahkamah telah mempertimbangkan perkara-perkara berikut di dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT
3
3.1.1 Rayuan mitigasi oleh OKT Melalui peguambela yang terpelajar, OKT yang berusia 50 tahun pada tarikh sabitan merayu agar hukuman yang paling ringan dikenakan ke atasnya kerana walaupun beliau masih bujang, beliau menanggung kedua-dua ibubapanya. Beliau juga merayu agar pengakuan salah beliau terhadap pertuduhan pindaan tersebut diambilkira sebagai suatu faktor peringanan terhadap hukuman.
3
3.1.2 Mahkamah juga telah mengambil kira bahawa dua orang saksi pendakwaan telah memberikan keterangan mereka terhadap OKT. Walaupun peguambela berhujah bahawa pengakuan salah OKT telah dibuat sebaik sahaja pertuduhan pindaan dikemukakan, namun pindaan yang dibuat ke atas pertuduhan tersebut hanyalah ‘superficial’ sahaja, dan tidak melibatkan sebarang perubahan material pada elemen pertuduhan asal. Oleh itu mahkamah berpendapat bahawa pengakuan salah OKT bukanlah merupakan suatu faktor peringanan hukuman terhadap beliau.
3
3.1.3 Mahkamah juga mengambilkira bahawa sebatan tidak dapat dijatuhkan ke atas OKT yang merupakan seorang wanita. Oleh itu mahkamah berpendapat hukuman sebatan tersebut mestilah digantikan dengan suatu hukuman penjara yang bersesuaian.
3
3.1.4 Kepentingan awam mestilah diberikan kepentingan yang lebih tinggi berbanding dengan kepentingan peribadi OKT. Kesalahan penyalahgunaan dadah semakin kerap berlaku, dan mahkamah mestilah menjatuhkan hukuman yang bersesuaian sebagai satu pengajaran kepada pesalah-pesalah narkotik ini, dan sebagai satu usaha pencegahan bagi pelakuan kesalahan ini.
4
4.1 Setelah mempertimbangkan sebab-sebab di atas, mahkamah telah menjatuhkan hukuman tersebut kepada OKT. NORHAMIZAH BINTI SHAIFFUDDIN
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.