1
Ini adalah rayuan Perayu/Defendan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) YB pada 15.6.2023 atas isu liabiliti dan kuantum.
JB-12BNCvC-11-06/2023
High Court of Malaysia2 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ntif juga bergantung kepada otoriti-otoriti yang sama dengan Defendan dalam membuat hujahan bagi kecederaan ini. [38] Dalam otoriti Dararlala Anak David Awal (F) v Andy Anak Christopher Enjat & Anor [2014] PILRU 21 jumlah RM10,000.00 telah diawadkan bagi kecederaan “Extraperitoral urinary Bladder injury”. [39] Manakala”
“(i) Nicholas Thomas Philip v Lim Jeh Haur [2018] PILRU 13 di mana RM40,000.00 diawadkan;”
“(iii) Yoon Fong Hin v Fazree Syed Majid [2018] PILRU 161 RM5,000.00 telah diawadkan. [45] Maka jumlah awad RM9,500 yang diputuskan oleh HMS YB dikurangkan kepada RM5,000.00 atas alasan jumlah ini adalah lebih berpatutan dan munasabah kerana laceration yan”
“ilateral Grade 1 Renal Injury” sebagaimana yang diputuskan oleh otoriti-otoriti yang dilaporkan dalam “Personal Injury Reports”. [33] Manakala otoriti Param Anand Murugesu v Radhakrishnen Sathisivan [2018] PILRU 99 yang Plaintif bergantung, jumlah RM20,000.00 telah diawadkan bagi kecederaan yang lebih serius iaitu “Gra”
“at kecuali sekiranya wujud fakta-fakta yang dapat meyakinkan Mahkamah supaya melaksanakan budibicara untuk memberikan jumlah kos penuh. [63] Dalam otoriti Fabian Yeow Fongze v Mas Hanum Mohd Selamin [2019] MLRHU 207 yang Plaintif sendiri bergantung untuk menuntut jumlah kos penuh RM553,050.00, penolakan 1/3 telah dibua”
“(ii) Azmadarmawi Saupi v Mohd Zamri Abu Bakar dan satu lagi [2020] PILRU 21 di mana RM30,000.00 diawadkan;”
“(ii) Lai Bak Seng v Assokumar Venugopal [2021] MLRHU 217 RM5,000.00 telah diawadkan;”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini adalah rayuan Perayu/Defendan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) YB pada 15.6.2023 atas isu liabiliti dan kuantum.
2
Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan dalam penghakiman ini.
3
Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah untuk suatu Ganti Rugi akibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada 29.12.2019, jam lebih kurang 7.55 pagi di Jalan Ladang Gomali, Segamat, Johor.
4
Plaintif merupakan penunggang motorsikal dengan nombor pendaftaran PJW 2480 manakala Defendan pula, merupakan pemandu dan pemilik berdaftar motokar dengan nombor pendaftaran AFX 7296. April 2, 2024 3
5
HMS YB telah memutuskan bahawa Defendan adalah 100% bertanggungan dalam kemalangan tersebut.
6
Setelah mendengar Rayuan dan menimbangkan penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah menolak Rayuan Defendan terhadap isu liabiliti.
7
Manakala berkenaan isu kuantum, Mahkamah ini telah membenarkan Rayuan Defendan sebahagian sahaja terhadap isu kuantum dengan mengenepikan beberapa awad kuantum yang diberikan oleh HMS YB.
8
Plaintif kini tidak berpuashati terhadap keputusan Mahkamah ini yang mengenepikan beberapa awad kuantum yang diberikan oleh HMS YB dan merayu terhadap keputusan ini.
9
Oleh yang demikian, alasan penghakiman di sini adalah berkenaan isu kuantum sahaja.
10
Saya telah memperingatkan diri berkenaan prinsip undang-undang “appellate intervention” dalam kes melibatkan awad kuantum yang diputuskan dalam otoriti-otoriti yang dibincangkan di bawah ini.
11
Dalam kes Rasidin Binpartorjo v Frederick Kiai, [1976] 2 MLJ 214 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: - “(2) On an appeal against the damages awarded, the appellant had to convince the appellate court that the April 2, 2024 4 learned trial judge had acted on a wrong principle of law or had misapprehended the facts or had for other reasons made a wholly erroneous estimate of the damage suffered;”
12
Selanjutnya dalam kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani Angasamy [1985] CLJ (Rep) 323, prinsip yang sama juga telah diketengahkan oleh Mahkamah Persekutuan: - “The principle that should guide this Court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case in particular the amount of the award. In a particular case therefore it is for the appeal Court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that, either there was an omission on the part of the Judge to consider some relevant materials, or he had admitted for purpose of assessment some irrelevant considerations. If the Court is satisfied or convinced that the Judge has acted upon wrong principle of law then it is justified in reversing; indeed, it is its duty to reverse the finding of the trial Judge.”
13
Mahkamah ini mendapati dalam memberikan awad untuk kuantum, HMS YB dalam alasan penghakimannya tidak menganalisa keterangan perubatan dan keterangan lisan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak. April 2, 2024 5
14
Mahkamah mendapati HMS YB juga tidak memberikan alasan-alasannya dalam memberikan awad untuk kuantum. Beliau kebanyakannya hanya menerima pakai jumlah kuantum yang dihujahkan oleh peguam Plaintif.
15
Dalam memberikan awad untuk kuantum, HMS YB hanya menyatakan bahawa awad yang diberikan olehnya adalah “commensurate” atau setimpal tanpa menganalisa jumlah kuantum yang dihujahkan oleh kedua-dua pihak bagi gantirugi am dan gantirugi khas.
16
Maka Mahakamah ini dalam melaksanakan bidangkuasa rayuan terpaksa menganalisa keterangan perubatan, keterangan lisan dan penghujahan kedua-dua pihak berkenaan awad kuantum yang diberikan oleh HMS YB.
17
Mahkamah ini mengekalkan semua awad kuantum yang diberikan oleh HMS YB kecuali yang dinyatakan di bawah ini.
18
Mahkamah tidak mengusik lain-lain awad kuantum gantirugi am dan gantirugi khas yang diawadkan oleh HMS YB kerana Defendan tidak dapat meyakinkan Mahkamah yang HMS tersilap dari segi pemakaian prinsip undang-undang atau fakta dalam jumlah kuantum yang diberikan untuk awad-awad tersebut.
19
HMS YB mengawadkan RM35,000.00 bagi kecederaan ini. April 2, 2024 6
20
Defendan berhujah bahawa jumlah RM35,000.00 yang diawadkan adalah tinggi kerana menurut Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 (“Revised Compendium”), awad bagi Acetabulum adalah dalam lingkungan RM24,000.00 hingga RM35,000.00.
21
Defendan juga selanjutnya berhujah bahawa berdasarkan otoriti-otoriti yang dilaporkan dalam “Personal Injury Reports”, telah diputuskan bahawa bagi kecederaan yang sama berserta dengan “Subluxation of the Left Hip”, jumlah yang diwadkan adalah RM40,000.00 dan bagi kecederaan bersama “limitation of movements of the left hip Abduction, Adduction, Internal Rotation and External Rotation”, jumlah yang diawadkan adalah hanya RM25,000.00.
22
Manakala Plaintif pula mengemukakan otoriti-otoriti dari “Personal Injury Reports” yang memutuskan bahawa bagi kecederaan yang sama, sejumlah RM35,000.00 hingga RM40,000.00 telah diawadkan.
23
Saya mendapati laporan perubatan kedua-dua pihak mengesahkan bahawa “fracture of the right acetabulum has united” dan tiada keterangan menunjukkan bahawa Plaintif mengalami “subluxation of the right hip” atau “limitation movements of the hip”
24
Maka adalah munasabah dan berpatutan yang jumlah award RM35,000.00 yang diputuskan oleh HMS YB dikurangkan kepada RM30,000.00 kerana tiada justifikasi untuk awad setinggi RM35,000.00. April 2, 2024 7 Right L3, L4 & L5 Transverse Process Fracture
25
HMS YB mengawadkan RM60,000.00 bagi kecederaan ini.
26
Defendan berhujah bahawa Revised Compendium mengesyorkan jumlah awad bagi fractures of 2 – 5 vertebra adalah dalam lingkungan RM22,000.00 – RM42,000.00.
27
Menurut Defendan, jumlah RM60,000.00 yang diawadkan oleh HMS YB adalah tinggi dan berdasarkan kepada otoriti yang dikemukakan, Plaintif sepatutnya diawadkan hanya RM40,000.00.
28
Manakala Plaintif berhujah jumlah yang berpatutan adalah RM60,000.00 berdasarkan kepada otoriti-otoriti yang dikemukakan.
29
Namun Mahkamah mendapati jumlah RM60,000.00 ini adalah jauh melebihi jumlah awad bagi kecederaan yang sama dalam otoriti-atoriti yang dihujahkan oleh Plaintif sendiri seperti berikut: -
i
Nicholas Thomas Philip v Lim Jeh Haur [2018] PILRU 13 di mana RM40,000.00 diawadkan;
II
(ii) Azmadarmawi Saupi v Mohd Zamri Abu Bakar dan satu lagi [2020] PILRU 21 di mana RM30,000.00 diawadkan;
III
(iii) Muhammad Muzzamil Abdullah v Muklishin Samsul [2021] PILRU di mana RM25,000.00 diawadkan. [30] Maka adalah munasabah dan berpatutan agar jumlah awad RM60,000.00 bagi kecederaan ini dikurangkan kepada RM40,00.00 April 2, 2024 8 kerana tiada justifikasi untuk jumlah setinggi RM60,000.00 diawadkan. Grade 1 Renal Injury [31] HMS YB mengawadkan RM20,000.00 bagi kecederaan ini. [32] Defendan berhujah bahawa jumlah yang seharusnya diawadkan adalah RM10,000.00 sahaja kerana ianya bukan “Bilateral Grade 1 Renal Injury” sebagaimana yang diputuskan oleh otoriti-otoriti yang dilaporkan dalam “Personal Injury Reports”. [33] Manakala otoriti Param Anand Murugesu v Radhakrishnen Sathisivan [2018] PILRU 99 yang Plaintif bergantung, jumlah RM20,000.00 telah diawadkan bagi kecederaan yang lebih serius iaitu “Grade 4 renal injury”. [34] Oleh yang demikian jumlah awad RM20,000 yang diputuskan oleh HMS YB dikurangkan kepada RM12,000.00 kerana kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah hanya “Grade 1 Injury” dan bukannya “Bilateral Grade 1 renal injury” atau kecederaan yang lebih serius. Tiada justifikasi untuk memberikan awad setinggi RM20,000.00 bagi kecederaan ini. Extraperitoneal Bladder Injury [35] HMS YB mengawadkan RM20,000.00 bagi kecederaan ini. April 2, 2024 9 [36] Defendan berhujah bahawa jumlah awad yang berpatutan adalah RM10,000.00 menurut otoriti yang dilaporkan dalam “Personal Injury Reports”. [37] Plaintif juga bergantung kepada otoriti-otoriti yang sama dengan Defendan dalam membuat hujahan bagi kecederaan ini. [38] Dalam otoriti Dararlala Anak David Awal (F) v Andy Anak Christopher Enjat & Anor [2014] PILRU 21 jumlah RM10,000.00 telah diawadkan bagi kecederaan “Extraperitoral urinary Bladder injury”. [39] Manakala dalam otoriti Wan Darus Lazim v Zainon Abdullah & Anor [2011] PILRU, awad sebanyak RM15,000.00 telah diberikan bagi dua (2) kecederaan sekaligus iaitu bagi kecederaan “Anterior rectus sheet tear” dan “Extra-peritoreal bladder injury”. [40] Oleh yang demikian, jumlah awad RM15,000.00 yang diputuskan oleh HMS YB dikurangkan kepada RM10,000.00 atas alasan jumlah ini adalah lebih berpatutan dan munasabah bagi satu kecederaan sahaja yang dialami oleh Plaintif sebagaimana dalam otoriti Dararlala Anak David Awal (F) (supra) yang kedua-dua pihak bergantung. Bilateral Gluteal Laceration Wound [41] HMS YB mengawadkan RM9,500.00 bagi kecederaan ini. April 2, 2024 10 [42] Menurut “Revised Compendium”, jumlah yang disyorkan bagi kecederaan “laceration wound” adalah antara RM2,500.00 hingga RM9,500.00 bagi “single to multiple lacerations”. [43] Defendan berhujah bahawa menurut otoriti-otoriti yang yang dilaporkan dalam “Personal Injury Reports”, jumlah RM4,000.00 adalah berpatutan. [44] Manakala otoriti-otoriti yang dihujahkan oleh Plaintif sendiri menunjukkan bahawa jumlah RM9,500.00 yang diawadkan oleh HMS YB adalah melebihi jumlah awad bagi kecederaan yang sama iaitu seperti berikut: -
i
Mariyai Tanimalay v Tang Beek Hiang [2018] PILRU7, RM5,000.00 telah diawadkan;
II
(ii) Lai Bak Seng v Assokumar Venugopal [2021] MLRHU 217 RM5,000.00 telah diawadkan;
III
(iii) Yoon Fong Hin v Fazree Syed Majid [2018] PILRU 161 RM5,000.00 telah diawadkan. [45] Maka jumlah awad RM9,500 yang diputuskan oleh HMS YB dikurangkan kepada RM5,000.00 atas alasan jumlah ini adalah lebih berpatutan dan munasabah kerana laceration yang dialami oleh Plaintif adalah “bilateral” dan bukannya “multiple”. Right Foot Drop [46] HMS YB mengawadkan RM30,000.00 bagi kecederaan ini. April 2, 2024 11 [47] Defendan berhujah bahawa awad ini harus diketepikan kerana awad ini adalah “overlapping” bersama awad bagi “Fracture Pelvis (Tile C”) di mana awad RM50,000.00 telah pun diberikan. [48] Defendan bergantung kepada otoriti-otoriti seperti berikut dalam membuat hujahan ini: -
i
Muhammad Bin Hassan v Lam Ngit Choi & Anor [2017] 1 PIR 40 di mana RM50,000.00 telah diawadkan bagi kecederaan “Left superior and inferior pubic rami and closed fracture of the left acetabulum with foot drop”. Plaintif sendiri bergantung kepada otoriti ini dalam hujahan mereka yang menunjukkan kecederaan ini adalah “overlapping” bersama “right foot drop”.
II
(ii) Au Sew Fon v Jason Yeoh Jin Kheng & 6 Ors [2019] 1 PIR 47 di mana RM 50,000.00 bagi kecederaan “Left superior and inferior pubic rami fracture and closed fracture of the left acetabulum” dan “Foot drop” yang dialami oleh Plaintif dalam kes tersebut. [49] Tambahan lagi, Plaintif gagal mengemukakan sebarang otoriti yang menunjukkan bahawa awad berasingan harus dibuat oleh Mahkamah untuk kecederaan “Fracture Pelvis (Tile C”) dan “Foot drop”. [50] Maka awad RM30,000.00 untuk kecederaan ini diketepikan secara keseluruhannya. April 2, 2024 12 GANTIRUGI KHAS Kos perjalanan [51] Kesemua kos perjalanan dan pengangkutan yang diawadkan oleh HMS YB adalah dikekalkan kecuali kos pengangkutan untuk rawatan ke Hospital Segamat bagi 2 kali sehari untuk 33 hari sebanyak RM6.600.00 dikurangkan kepada RM1,650 [33 hari x 2 X RM 50.00]. [52] HMS YB tersilap apabila gagal mengambil kira fakta bahawa Plaintif tidak mengemukakan sebarang resit dan keterangan untuk membuktikan perjalanan sebanyak 2 kali sehari oleh ayah, abang dan adik-beradik yang kerap melawat Plaintif di hospital sebagaimana yang diplidkan dalam butir-butir gantirugi khas Plaintif. Sila rujuk kepada kes Sheela Christina Nair v Regency Specialist Hospital sdn Bhd & 2 ors [2016] 2 PIR 26. Kos laporan perubatan [53] Kos laporan perubatan dan laporan pakar yang diawadkan oleh HMS YB adalah dikekalkan kecuali kos laporan pakar Dr Piues Sureah Doshi sebanyak RM3,670.00 diketepikan kerana Plaintif gagal mengemukakan resit bayaran untuk menyokong tuntutan ini. [54] HMS YB gagal guna pakai prinsip undang-undang bahawa bagi kos perbelanjaan sebegini yang dituntut sebagai gantirugi khas, Plaintif harus mengemukakan resit bayaran. April 2, 2024 13 Kos kasut khas [55] HMS YB telah membenarkan RM553,850.00 untuk kos “custom made shoe”, “custom made sandal”, “right walkon reaction brace”, “right ossur unloader hip brace”, “modified Donjoy@LSO with chair back brace” dan “right strap, pads and liner for walkon” untuk tempoh baki kehidupan Plaintif. [56] Tuntutan Plaintif ini disokong oleh laporan pakar “Prosthetist & Orthotist” (P3) dan keterangan lisan pakar tersebut (SP1). [57] Manakala Defendan telah memanggil seorang fisioterapi (SD2) untuk mengemukakan keterangan mengenai kos rawatan fisioterapi dan peralatan sokongan seperti “Tens Portable Machine”, “Ankle Foot Orthosis & Insole” dan Peddle Cycling” untuk masa depan Plaintif sepertimana terkandung dalam laporan perubatan (D18) yang disediakan oleh SD2. [58] Kuantum yang dicadangkan oleh Defendan melalui keterangan SD2 ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kuantum yang dituntut oleh Plaintif melalui keterangan SP1. [59] Mahkamah berpendapat pakar Plaintif (SP1) yang mempunyai kepakaran dan kelayakan dalam bidang “Prosthetist & Orthotist” adalah lebih layak daripada fisioterapi Defendan (SD2) untuk mencadangkan apakah peralatan masa depan yang harus digunakan untuk keperluan dan kebaikan Plaintif. [60] Oleh yang demikian, HMS YB tidak tersilap apabila menerima sebut harga untuk kos peralatan sokongan berjumlah RM553,050.00 yang April 2, 2024 14 dicadangkan oleh pakar Plaintif (SP1) dalam laporan perubatannya (P3). [61] Namun Mahkamah mendapati HMS YB tersilap apabila gagal memberikan sebarang alasan dalam alasan penghakimannya kenapa beliau memberikan jumlah penuh bagi awad ini dan tidak membuat sebarang penolakan. [62] Menurut amalan dalam pemberian sesuatu awad untuk kos rawatan masa hadapan, secara lazimnya penolakan 1/3 akan dibuat kecuali sekiranya wujud fakta-fakta yang dapat meyakinkan Mahkamah supaya melaksanakan budibicara untuk memberikan jumlah kos penuh. [63] Dalam otoriti Fabian Yeow Fongze v Mas Hanum Mohd Selamin [2019] MLRHU 207 yang Plaintif sendiri bergantung untuk menuntut jumlah kos penuh RM553,050.00, penolakan 1/3 telah dibuat untuk mengambil kira “contingencies and accelerated payment”. [64] Menurut Aliza Sulaiman PK (pada ketika itu) dalam kes Fabian Yeow Fongze (supra): - “The cost of purchase and maintenance of prosthesis is expected to continue for a period of 42 years which is the Plaintiff’s life expectancy. The SCJ held that there was no evidence to show that the injuries suffered by the Plaintiff are life threatening such that her life expectancy will be reduced. However, there are many factors that could contribute to the reduction or extension of the Plaintiff’s life expectancy and it is for this very reason that “the courts have, as a matter of April 2, 2024 15 practice, made reduction for contingencies to cater for accelerated receipt, contingencies and all the variables and uncertainties with regard to the future” as explained in Wong Kuan Kay. appellate intervention is necessary in light of the erroneous exercise of the SCJ’s discretion in not making a 1/3 contingency deduction on the cost of purchase and maintenance of the prosthesis.” [65] Manakala Mahkamah Rayuan dalam kes Wong Kuan Kay v Rohaizad Othman & Anor, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (Third Party) & Another Appeal [2015] 4 CLJ 902 telah memutuskan: - “With respect, we are not persuaded by the plaintiff’s argument. The learned trial judge had accepted that the clinical judgment of 30 years to be the plaintiff’s life expectancy. Sickness, accident and unemployment are contingencies that may affect future earnings. The trial judge’s exercise in discounting contingencies and hazards of life in the context of costs of future care was based upon a different consideration.” [66] Kes Mahkamah Rayuan ini telah diikuti oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Chan Yung Sheng v Zakaria Awang [2019] 5 CLJ 549 di mana Darryl Goon JC (pada ketika itu) telah memutuskan seperti berikut: - April 2, 2024 16 “Therefore, the deduction of 1/3 for contingencies by the learned Sessions Court Judge relate essentially to the duration of expense and the possibility that the plaintiff will not require the anticipated level of care for the estimated length of time. To vary an award by the value of the chance that certain contingencies may occur is to assure neither over-compensation nor under-compensation, depending on whether or not the event occurs. In light of the considerations we have mentioned, we are of opinion that it would be reasonable to allow a discount for contingencies. Further, this is a normal and recognised approach originating from common law.” [67] Mahkamah mendapati Plaintif tidak menghujahkan sebarang alasan kenapa penolakan 1/3 tidak harus dibuat dan awad penuh harus diberikan. [68] Hujahan Plaintif hanya menjurus kepada tuntutan ini harus dibenarkan berdasarkan kepada laporan pakar “Prosthetic” Plaintif serta otoriti Fabian Yeow Fongze (supra). Namun menurut otoriti ini penolakan 1/3 telah dibuat untuk mengambil kira “contingencies and accelerated payment”. [69] Maka Mahkamah berpendapat bahawa HMS YB tersilap apabila gagal melaksanakan budibicaranya untuk membuat penolakan 1/3 bagi awad ini. [70] Oleh yang demikian, awad ini dikurangkan daripada RM553,850.00 kepada jumlah RM369,233.34 setelah mengambil kira penolakan April 2, 2024 17 1/3 (RM184,616.66) untuk “accelerated receipt, contingencies and all the variables and uncertainties with regard to the future”. Pendapatan pra bicara [71] HMS YB telah memberikan awad sebanyak RM12,210.00 bagi kehilangan pendapatan pra bicara Plaintif sebagaimana yang dihujahkan oleh peguam Plaintif untuk tempoh 10 bulan yang dikira seperti berikut: - RM1,416.00 x 10 bulan – 2 bulan gaji pokok = RM12,210.00 [72] Menurut Defendan keterangan dokumen dan lisan menunjukkan bahawa Plaintif hanya tidak dibayar gaji selama 7 bulan sahaja iaitu dari Mac 2020 sehingga September 2020 serta penolakan sebanyak 1/3 harus dibuat bagi “contingencies”. [73] Manakala Plaintif pula pada tahap Rayuan kini berhujah bahawa beliau tidak bekerja selama 9 bulan dan menuntut sebanyak RM13,149.00 tanpa sebarang tolakan (RM1,461.00 x 9 bulan). [74] Defendan bergantung kepada keterangan Penolong Pengurus majikan Plaintif (SP3) yang mengesahkan bahawa Plaintif telah pun dibayar gaji untuk bulan Disember 2019 tetapi tiada slip gaji kerana Plaintif telah terlibat dalam kemalangan pada hujung bulan Disember, 2019. [75] Penyata KWSP tahun 2020 (P14B) pula mengesahkan bahawa Plaintif telah menerima gaji bagi bulan Januari 2020 dan Februari
2020
Manakala bagi bulan Oktober 2020 wujud slip gaji (D16) yang April 2, 2024 18 mengesahkan bahawa Plaintif telah menerima gaji bagi bulan Oktober 2020 tersebut. [76] Ini bermakna Plaintif hanya tidak menerima gaji dari bulan Mac 2020 sehingga September 2020 iaitu selama 7 bulan sahaja. Mahkamah mendapati Plaintif tidak dapat mengemukakan bukti yang beliau tidak bekerja selama 9 bulan. [77] HMS YB telah “misapprehended the facts” dan oleh yang demikian, awad kehilangan pendapatan pra bicara untuk jumlah RM12,210.00 yang diawadkan oleh HMS YB dikurangkan kepada RM6,820.66 iaitu bagi tempoh 7 bulan sahaja iaitu dari Mac 2020 sehingga September 2020 serta 1/3 penolakan harus diambil kira untuk “contingencies” [RM 1,461.57 x 7 bulan -1/3 = RM6,820.66]. Kehilangan keupayaan kapasiti pendapatan [78] HMS YB telah memberikan awad sebanyak RM150,000.00 untuk kehilangan pendapatan secara global. [79] Defendan berhujah bahawa awad ini harus diketepikan kerana Plaintif tidak dapat membuktikan kehilangan sebahagian pendapatan atau kehilangan pendapatan masa hadapan. [80] Manakala Plaintif berhujah bahawa akibat kecederaan yang dialaminya, beliau tidak lagi berupaya untuk melakukan pekerjaan yang memerlukan tenaga dan pergerakan fizikal yang kuat dan ini akan menghadkan pilihan pekerjaan beliau di masa hadapan. April 2, 2024 19 [81] Mahkamah mendapati keterangan Plaintif (SP4) sendiri menunjukkan bahawa beliau telah balik bekerja selepas kemalangan, tidak hilang pekerjaan dan pendapatannya. Ini boleh dilihat daripada keterangannya sewaktu soal balas seperti berikut: - “S: Itu adalah slip-slip gaji kamu dari bulan Oktober 2020 sehingga Oktober 2021, betul? Betul. Sehingga sekarang kamu masih lagi bekerja di syarikat yang sama, betul? Betul. Rujuk Ikatan C, muka surat 71 hingga 73 iaitu P13, ini adalah slip-slip gaji kamu sebelum kemalangan jalan raya. Ya, betul. Sebelum kemalangan jalan raya dan selepas kamu kembali kerja, kamu masih lagi terima jumlah gaji yang sama daripada syarikat kamu. Setuju. Setelah kamu kembali bekerja sehingga sekarang, kamu masih lagi boleh buat overtime. Betul. Sekarang kaki kamu dalam keadaan ada shortening, betul? Betul. April 2, 2024 20 Selepas kamu kembali bekerja sehingga sekarang, keadaan shortening kaki kamu tersebut tidak langsung menjejaskan gaji bulanan kamu. Ya, betul, tetap sama.” [82] Penolong Pengurus majikan Plaintif (SP3) juga telah mengesahkan bahawa Plaintif telah pun balik ke pekerjaan asalnya selepas kemalangan sewaktu disoal balas. [83] Tambahan pula sewaktu pemeriksaan semula, Plaintif (SP4) telah sahkan yang gaji tahunannya telah naik iaitu seperti berikut: - “S: Tadi peguam ada soal kamu, dengan kecacatan yang kamu alami ini, tidak menjejaskan pendapatan kamu, kamu jawab ya. Boleh kamu terangkan kenapa tidak menjejaskan pendapatan kamu. Maksud saya, gaji tahunan saya yang naik, lagipun itupun hari-hari pekerja kilang marah saya sebab saya tak boleh settle saya punya kerja lagipun saya memang tak boleh kerja sebab makin lama makin bertambah kesakitan saya, sakit pinggang, pinggul dan kaki saya.” [84] Slip-slip gaji Plaintif (D16) mengesahkan bahawa beliau telah menerima pendapatan yang lebih tinggi selepas balik kerja seperti berikut: - Bulan / 2020 Gaji Kasar Oktober 2020 RM 1,471.05 November 2020 RM 1,355.70 April 2, 2024 21 Disember 2020 RM 2,478.25 Januari 2021 RM 1,843.50 Februari 2021 RM 1,627.40 Mac 2021 RM 1,761.35 April 2021 RM 1,767.10 Mei 2021 RM 1,630.60 Jun 2021 RM 1,784.15 Julai 2021 RM 2,206.45 Ogos 2021 RM 1,878.10 September 2021 RM 1,719.55 Oktober 2021 RM 1,792.35 [85] Plaintif juga tidak mengemukakan sebarang bukti bahawa perkhidmatannya akan ditamatkan dan beliau tidak boleh mencari pendapatan pada masa hadapan. [86] Malah tiada keterangan perubatan yang menunjukkan bahawa Plaintif tidak boleh kembali bekerja semula. Keterangan perubatan menyatakan bahawa Plaintif hanya boleh melakukan “table job” sahaja namun Plaintif sendiri dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa beliau kembali ke pekerjaan asalnya di syarikat yang sama serta menerima “overtime”. [87] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ngooi Ku Sion & Anor v Aidi Abdullah [1984] 1 CLJ (Rep) 294 yang memutuskan bahawa Plaintif perlu membuktikan tuntutan ini melalui keterangan dan bukan secara spekulatif seperti berikut: - “There is also a difference between loss of future earnings and loss of earning capacity although both items are under general April 2, 2024 22 damages. Future loss of earnings or loss of prospective earnings are awarded for real assessable loss ie, loss that is capable of assessment at the date of the trial. It must be proved by evidence and not by mere speculation. In the absence of such evidence if the Court is satisfied that the plaintiff has suffered a loss of earning capacity, he will be awarded a sum as part of the general damages for his disability suffered as a result of the injuries sustained, instead of compensation for loss of future earnings. It arises where there is a residual risk that the plaintiff might be thrown out of work altogether at some future date. The risk must be real and not speculative or fanciful.” Juga sila rujuk kepada kes Prabu Kalaiselvan v Taw Kim Beng & Taman Ungku Aminah Furniture Centre [2011] 1 LNS 1006. [88] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati HMS YB telah “misapprehended the facts” serta gagal mengguna pakai prinsip-prinsip undang-undang yang betul dalam membenarkan awad ini. [89] Maka sebanyak RM150,000.00 untuk kehilangan pendapatan secara global ini diketepikan secara keseluruhannya memandangkan keterangan Plaintif sendiri menunjukkan beliau telah kembali bekerja serta Plaintif membuat tuntutan ini atas spekulasi sahaja.
para
[90] Rayuan Defendan terhadap liabiliti ditolak. April 2, 2024 23 [91] Manakala Rayuan Defendan terhadap kuantum dibenarkan sebahagian sahaja sebagaimana diputuskan di atas. [92] Kedua-dua pihak menanggung kos masing-masing bagi Rayuan ini. [93] Manakala kos di Mahkamah Sesyen dikekalkan kecuali kos laporan perubatan Pakar Putra Melaka sebanyak RM3,670.00 yang tidak dibenarkan di sini, harus ditolak daripada jumlah kos di Mahkamah Sesyen. [94] Penghakiman untuk faedah oleh Mahkamah Sesyen dikekalkan. Bertarikh pada 2 April 2024 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. t.t. SURIA KUMAR DJ PAUL Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim Kaunsel: - Bagi Pihak Perayu : Hardip Singh bersama Halmey Bin Rapaee Bagi Pihak Responden : Ellen Cheran a/l Devendran April 2, 2024 24 Peguamcara: - Bagi Pihak Perayu Tetuan Terang, Manjit, Azmi & Hardip Singh Peguambela & Peguamcara Suite 23-01, Level 23, Menara Landmark Mall Box No. 23-01 No. 12, Jalan Ngee Heng 80000 Johor Bahru Johor Darul Ta’zim [Ruj. No.: TMAH/TMB-INS/33292/21/HS/yan] Bagi Pihak Responden Tetuan V Gobi & Associates Peguambela & Peguamcara No. 19, 1st Floor Jalan Genuang Perdana Taman Genuang Perdana 85000 Segamat Johor Darul Takzim [Ruj. No.: GVA/ACC/9340/19/z] Tarikh Pendengaran : 28 November 2023, 20 Februari 2024 Tarikh Keputusan : 2 April 2024
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.