Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM KES JENAYAH NO: JA-83D-1091-02/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
JA-83D-1091-02/2024
Magistrates Court of Malaysia4 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“nt should run concurrently or consecutively, the law could be found **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal in s. 282(d) ands. 292(i) of the Criminal Procedure Code. With regard to sentence of imprisonment, s. 282(d) provides: Every sentence of imprisonment shal”
“ure being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson v Jamieson [1952] AC 525 at 549). It is for the reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit part”
“juk kepada prinsip yang telah dinyatakan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Mohd Sulaiman Miskon v PP [2020] CLJU 1915 seperti berikut: “Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It”
“syen 183 Kanun Prosedur Jenayah. [16] Dalam menerima pengakuan salah Tertuduh, Mahkamah ini mengambil iktibar dengan nasihat Yang Arif Hakim Aslam Bin Zainuddin dalam kes PP v Manikavasagam Sundaram [2024] CLJU 592 seperti berikut: “Based on what has been adumbrated above, it is important for our magistrates and Sessio”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM KES JENAYAH NO: JA-83D-1091-02/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh di Mahkamah ini pada 7 Februari 2024 dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3) Akta yang sama.
2
Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut dan telah mohon dibicarakan. Tertuduh telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM 7,000 dengan seorang penjamin.
3
Kes telah ditetapkan untuk sebutan di hadapan Mahkamah ini pada 4 Mac 2024 untuk Tertuduh melantik peguam dan penyerahan dokumen-dokumen bicara di bawah seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.
4
Semasa sebutan kes pada 4 Mac 2024, Tertuduh telah diwakili oleh seorang peguam dan peguam tersebut telah memohon kepada Mahkamah supaya pertuduhan-pertuduhan di dalam kes ini dibacakan semula kepada Tertuduh. Kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dibacakan kepada Tertuduh dan Tertuduh telah membuat pengakuan salah bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.
5
Dalam rayuan mitigasi, peguam yang mewakili Tertuduh telah memohon kepada Mahkamah supaya Tertuduh dikenakan hukuman pemenjaraan dari tarikh Tertuduh ditangkap kerana Tertuduh yang berusia 54 tahun mempunyai tanggungan keluarga dan Tertuduh ini telah berada dalam tahanan sejak bulan Oktober
2023
Timbalan Pendakwa Raya pula memohon agar Tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal berbentuk pengajaran. [6] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak dan setelah meneliti fakta kes, ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan serta kronologi kes ini secara keseluruhan, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan dari tarikh sabitan (4 Mac 2024) bagi setiap pertuduhan dan telah memerintahkan supaya hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan ini berjalan secara serentak. Kronologi kes [7] Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai kes ini, adalah penting untuk kronologi kes ini dinyatakan secara ringkas. [8] Tertuduh ini pada asalnya telah dituduh di hadapan Mahkamah ini pada 23 Oktober 2023 dengan dua pertuduhan tentatif di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di bawah nombor kes JA-81-194-10/2023. Semasa sebutan kes pada 7 Februari 2024, Timbalan Pendakwa Raya telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Laporan Kimia telah diperolehi dan pertuduhan-pertuduhan di dalam kes ini telah dipinda ke seksyen lain dan telah didaftarkan di bawah nombor kes JA-83D-1091- 02/2024 (kes ini). [9] Timbalan Pendakwa Raya telah memohon supaya Tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) bagi nombor kes JA-81- 194-10/2023 di mana saya telah memerintahkan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan (DAA) atas alasan untuk mengelakkan “the charge hanging over his head”. Mahkamah ini kemudiannya atas dasar suo moto telah membuat satu permohonan semakan jenayah ke atas perintah Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan (DAA) yang telah diberikan tersebut ke Mahkamah Tinggi Jenayah Johor Bahru dan pada 3 April 2024, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan perintah Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan (DAA) yang telah diberikan oleh Mahkamah ini digantikan dengan perintah Tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA). [10] Pada tarikh Mahkamah ini memberikan perintah Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan (DAA) bagi kes di bawah seksyen 39B
1
(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu pada 7 Februari 2024, dua pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah didaftarkan di bawah nombor kes JA-83D-1091- 02/2024 di mana Tertuduh tidak mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut dan telah mohon dibicarakan. Tertuduh telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM 7,000 dengan seorang penjamin. [11] Semasa sebutan kes pada 4 Mac 2024, Tertuduh telah dikemukakan dari Pusat Koreksional Johor Bahru, Johor memandangkan Tertuduh tidak dijamin (jamin tidak dibayar) dan Tertuduh telah melantik seorang peguam untuk mewakilinya. Peguam tersebut telah memohon kepada Mahkamah supaya pertuduhan-pertuduhan di dalam kes ini dibacakan semula kepada Tertuduh. Kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 di bawah nombor kes JA-83D-1091- 02/2024 telah dibacakan kepada Tertuduh dan Tertuduh telah membuat pengakuan salah bagi kedua-dua pertuduhan tersebut. [12] Tertuduh kemudiannya telah dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dari tarikh sabitan (4 Mac 2024) bagi setiap pertuduhan dan Mahkamah ini juga telah memerintahkan supaya hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan tersebut berjalan secara serentak. [13] Tertuduh yang terkilan dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi melalui Peguamnya. Peruntukan dan Prinsip Undang-Undang [14] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman berdasarkan pengakuan salah Tertuduh perlu berpandukan kepada seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah yang memperuntukkan seperti berikut:
173
Procedure in summary trials The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials:
a
When the accused appears or is brought before the Court a charge containing the particulars of the offence of which he is accused shall be framed and read and explained to him, and he shall be asked whether he is guilty of the offence charged or claims to be tried.
b
If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law: Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him. [15] Perkara ini juga selaras dengan seksyen 183 Kanun Prosedur Jenayah. [16] Dalam menerima pengakuan salah Tertuduh, Mahkamah ini mengambil iktibar dengan nasihat Yang Arif Hakim Aslam Bin Zainuddin dalam kes PP v Manikavasagam Sundaram [2024] CLJU 592 seperti berikut: “Based on what has been adumbrated above, it is important for our magistrates and Sessions Court judges to be careful, cautious and circumspect before accepting pleas of guilty and not treat the process as something that is done mechanically without considering the facts of the case and the relevant statute to ensure and establish that an offence has been made out. Therefore, this is an apt opportunity for me to discuss the cases on accepting pleas of nolo contendere by the subordinate courts as a refresher for our judicial officers when they are faced with similar situations in the course of their work.” [17] Oleh itu, Mahkamah dalam kes ini juga telah memberikan perhatian kepada pengakuan salah Tertuduh, fakta kes serta peruntukan undang-undang yang berkaitan dan berpuas hati bahawa kesemuanya adalah berlandaskan undang-undang. [18] Tertuduh di dalam kes ini telah mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya seperti berikut: Pertuduhan Pindaan Pertama: Bahawa kamu pada 18/10/2023, jam lebih kurang 12.25 tengah malam, di tepi Jalan Larkin Perdana 3, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor, telah didapati kamu memiliki dadah berbahaya jenis Heroin dan Monoacetylmorphines berat bersih 0.60 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta Yang Sama. Pertuduhan Pindaan Kedua: Bahawa kamu pada 18/10/2023, jam lebih kurang 12.25 tengah malam, di tepi Jalan Larkin Perdana 3, di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor, telah didapati kamu memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 3.69 gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12
2
Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3) Akta Yang Sama. [19] Mahkamah Persekutuan dalam kes Bhandulananda Jayatilake v PP [1982] 1 MLJ 83 telah menyatakan seperti berikut: “Is the sentence harsh and manifestly excessive? We would paraphrase it in this way. As this is an appeal against the exercise by the learned judge of a discretion vested in him, is the sentence so far outside the normal discretionary limits as to enable this court to say that its imposition must have involved an error of law of some description? I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson v Jamieson [1952] AC 525 at 549). It is for the reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentence; whilst others equally conscientious have thought in their duty to view the same crimes the leniency. Therefore, sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judges. It is for the reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court’s interference”. [20] Nada yang sama juga telah disuarakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes PP v Ramakrishnan Subramaniam & Ors [2012] 9 CLJ 443 seperti berikut: “Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada, setiap orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk kesalahan yang dilakukan. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu. Adalah juga menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan menukar hukuman melainkan ianya berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan itu ternyata amat tidak memadai atau mencukupi atau keterlaluan atau tidak sah atau pun tidak merupakan hukuman yang wajar memandangkan semua fakta yang didedahkan, atau bahawa mahkamah tersebut jelas tersalah didalam memakai prinsip yang betul dalam penilaian hukuman. Prinsip undang-undang yang menentukan kawalan dan semakan keputusan berkaitan dengan hukuman telah digariskan dengan jelas dalam kes Bhandulananda Jayatilake v Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 83; [1981] 1 LNS 139 dan kes Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim v Public Prosecutor [2002] 3 MLJ 193; [2002] 3 CLJ 457”. [21] Penelitian kepada kes-kes di atas, adalah jelas bahawa bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman adalah terletak di bawah budi bicara Mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan bagi setiap kesalahan. Adalah juga penting untuk ditekankan bahawa prinsip hukuman adalah berbeza bagi setiap kes (on a case by case basis). Sama ada hukuman pemenjaraan perlu dijalankan dari tarikh sabitan atau tarikh tangkapan? [22] Mahkamah percaya bahawa isu ini telah menjadi asas yang mendorong kepada rayuan Tertuduh ke Mahkamah Tinggi memandangkan rayuan mitigasi Tertuduh melalui Peguamnya telah memohon kepada Mahkamah supaya Tertuduh dikenakan hukuman pemenjaraan dari tarikh Tertuduh ditangkap tetapi Mahkamah ini sebaliknya telah menjatuhkan hukuman penjara dari tarikh sabitan. [23] Dalam memutuskan perkara ini, Mahkamah ini telah berpandukan kepada seksyen 282 (d) Kanun Prosedur Jenayah yang memperuntukkan seperti berikut:
282
With regard to sentence of imprisonment the following provisions shall be followed:
a
…
b
…
c
…
d
every sentence of imprisonment shall take effect from the date on which the sentence was passed unless the court passing such sentence otherwise directs. [24] Ia juga telah dinyatakan oleh Mahkamah Agung dalam kes Ooi Sim Yim v PP [1990] 1 CLJ 435 di mana Mahkamah Agung telah menyatakan seperti berikut: “On the first issue as to whether the sentences of imprisonment should run concurrently or consecutively, the law could be found in s. 282(d) ands. 292(i) of the Criminal Procedure Code. With regard to sentence of imprisonment, s. 282(d) provides: Every sentence of imprisonment shall take effect from the date on which the same was passed unless the Court passing such sentence otherwise directs. Whilst s. 292(i) provides that a second or subsequent terms of imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the first term of imprisonment. The combined effect of these provisions is that unless the Court imposing a sentence runs from the date on which it was passed. If it is intended that it should run not from the date it was passed, but from the expiration of some other sentence, whether imposed by the same Court at the same time or imposed by another Court at any time, then the Court must make an order accordingly. If this is done, it should be done in open Court at the time the sentence is imposed, even though the concurrent sentence which the accused would have to serve. The exact words used is immaterial provided the Judge's intention is clear”. [25] Prinsip kes ini juga telah dijunjung oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Bachik Abdul Rahman v PP [2004] 2 CLJ 572 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “Section 282(d) prescribes the general rule that a sentence of imprisonment shall take effect from the date on which it was passed unless the court passing the sentence otherwise directs. Section 292 is a specific provision dealing with the date of commencement of a sentence of imprisonment of a person who is already undergoing imprisonment. Under this section the court may order the imprisonment to commence either immediately or at the expiration of the imprisonment to which he has been previously sentenced. An order that the subsequent prison term is to start immediately does not negate s. 292(2) as adverted to in Shafruddin Selengka v. PP [1994] 4 CLJ 762. It is expressly authorised by s. 292(1) and what is prohibited is only that the term of imprisonment cannot commence at any point of time prior to the date of conviction. To that extent it cannot be concurrent to a prison term being served but will be part-concurrent. The object of s. 292(2) can be discerned upon a ratiocination of the phrase "undergoing a sentence of imprisonment" in s. 292(1). This is explained in Sarkar on Criminal Procedure, 7th edn at p. 1251 in the following terms: A person sentenced to imprisonment must, for the purpose of s. 427, be deemed to be undergoing that sentence from the very moment the sentence is passed. The accused may be on bail or in custody in the earlier case at the time of passing of the subsequent sentence. Literal construction of the terminology 'undergoing a sentence of imprisonment' would lead to absurd results especially where two separate sentences are awarded one after the other on one day in two separate trials. Either the Judge would not exercise the discretion only because in earlier case (the) convicted (person) had not gone inside the jail by that time or he will have to actually send the convict inside the jail some time and call him back immediately to pronounce judgment in the second case. Such absurd and farcical situation could not be said to have been intended by the legislature (Sadashiv Chhokha Sabte v. State of Maharashtra [1993] Cr LJ 1469 (Bom) (DB))”. [26] Maka dapat disimpulkan bahawa suatu hukuman pemenjaraan hendaklah mula berkuatkuasa dari tarikh hukuman tersebut dijatuhkan kecuali jika Mahkamah yang menjatuhkan hukuman tersebut mengarahkan sebaliknya. Penggunaan budi bicara untuk menentukan tarikh bermulanya suatu hukuman penjara bergantung kepada keadaan fakta dalam sesuatu kes. [27] Dalam konteks ini, Mahkamah percaya bahawa budi bicara ini hendaklah digunakan dengan berhati-hati selaras dengan prinsip undang-undang dengan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk kepentingan awam. [28] Adalah penting untuk mengambil kira fakta bahawa Tertuduh ini pada asalnya telah dituduh di hadapan Mahkamah ini dengan dua pertuduhan tentatif di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 23 Oktober 2023 dan Tertuduh berada dalam tahanan sejak daripada itu. [29] Setelah Laporan Kimia telah diperolehi pada 7 Februari 2024, Timbalan Pendakwa Raya telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa dua pertuduhan tentatif di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dipinda ke seksyen lain dan telah didaftarkan di bawah nombor kes JA-83D- 1091/02/2024. Timbalan Pendakwa Raya telah memohon supaya pertuduhan-pertuduhan di bawah nombor kes JA-83D- 1091/02/2024 dibacakan terlebih dahulu kepada Tertuduh. Dua pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang telah didaftarkan di bawah nombor kes JA-83D- 1091/02/2024 telah dibacakan kepada Tertuduh dan Tertuduh tidak mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut dan telah mohon dibicarakan. Tertuduh telah dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM 7,000 dengan seorang penjamin. [30] Setelah Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan, Timbalan Pendakwa Raya telah memohon supaya Tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 memandangkan pertuduhan telah dipinda ke seksyen lain dan telah didaftarkan di bawah nombor kes JA-83D- 1091/02/2024. Mahkamah selanjutnya telah memerintahkan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan (DAA) daripada pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. [31] Selanjutnya, apabila Mahkamah telah memerintahkan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan (DAA) daripada pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya, ia membawa maksud bahawa tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut. Tertuduh tidak lagi berada dalam tahanan sejak tarikh tertuduh ditangkap untuk kesalahan tersebut. [32] Akan tetapi, semasa sebutan kes pada 4 Mac 2024, Tertuduh telah dikemukakan dari Pusat Koreksional Johor Bahru, Johor memandangkan Tertuduh tidak dijamin (jamin tidak dibayar). Penelitian kepada fakta kes dan juga ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya semasa Tertuduh membuat pengakuan salah bagi kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, tiada sebarang Laporan Tangkapan semula dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Ini menunjukkan bahawa selepas Mahkamah ini memerintahkan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan (DAA) daripada pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya, Tertuduh tidak ditangkap semula untuk pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. [33] Dalam keadaan tersebut, adalah tidak berlandaskan undang-undang sekiranya Tertuduh dikenakan hukuman pemenjaraan dari tarikh Tertuduh ditangkap. Atas alasan tersebut, Mahkamah ini telah memerintahkan agar Tertuduh dikenakan hukuman penjara dari tarikh sabitan dan bukannya dari tarikh tangkapan. Analisis Hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh [34] Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3) Akta yang sama yang memperuntukkan seperti berikut: Section 12. Restriction on import and export of certain dangerous drugs.
1
No person shall except under the authorization of the Minister—
a
import into Malaysia any dangerous drug specified in Parts III, IV and V of the First Schedule; or
b
export from Malaysia any dangerous drug specified in Parts III and IV of the First Schedule.
2
No person shall have in his possession, custody or control any dangerous drug to which this Part applies unless he is authorized to be in possession, custody or control of such drug or is deemed to be so authorized under this Act or the regulations made thereunder.
3
Any person who contravenes subsection (2) of this section shall be guilty of an offence against this Act and shall be liable on conviction to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both. [35] Mahkamah juga merujuk kepada prinsip yang telah dinyatakan oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Mohd Sulaiman Miskon v PP [2020] CLJU 1915 seperti berikut: “Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It must then consider the facts and circumstances of the case, giving “discounts” for less than the most serious manner of commission”. [36] Berpandukan kepada kes di atas, apabila seorang Tertuduh itu disabitkan, sama ada melalui perbicaraan penuh ataupun pengakuan salah sebaik pertuduhan dibacakan, hukuman yang boleh diberikan kepada Tertuduh tersebut adalah hukuman yang paling maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut di bawah undang-undang. Kemudian barulah diberikan pengurangan atau diskaun kepada hukuman tersebut setelah mengambil kira rayuan mitigasi yang telah dikemukakan oleh Tertuduh untuk pengurangan hukuman. [37] Ini bermakna, dalam kes semasa, Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa dan budi bicara untuk menjatuhkan hukuman yang paling maksimum yang diperuntukkan di bawah seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 terhadap Tertuduh iaitu penjara selama 5 tahun. Walaupun demikian, Mahkamah ini telah mempertimbangkan fakta kes serta rayuan mitigasi Tertuduh untuk mengurangkan hukuman Tertuduh mengikut peruntukan undang-undang. Pengakuan Salah Tertuduh [38] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa pengakuan salah oleh seseorang Tertuduh mewajarkan pengurangan atau diskaun terhadap hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Mahkamah. Prinsip berkenaan pemberian diskaun bagi kes-kes pengakuan salah telah dinyatakan di dalam kes PP v Ravindran & Ors [1992] 1 LNS 47 seperti berikut:-
i
The general rule is that an accused person who pleads guilty is entitled to a discount;
II
(ii) A plea of guilty would entitle the accused to a discount of between 1/3 to 1/4 of the sentence;
III
(iii) Failure on the part of a judge in not granting credit or discounts may result in the judge not exercising his discretion in sentencing judicially;
IV
(iv) The credit or discount to be given in favour of the accused person is not on the maximum sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial [39] Kes-kes lain seperti PP v Low Kok Wai [1988] 3 MLJ 123 dan PP v Govindnan A/L Chinden Nair [1998] 2 MLJ 181 juga telah menyatakan prinsip yang sama di mana seseorang Tertuduh wajar diberikan pengurangan dengan pengakuan salahnya. [40] Dalam kes semasa, Tertuduh telah membuat pengakuan salah pada tarikh sebutan kedua dan bukannya pada kali pertama pertuduhan dibacakan kepada Tertuduh. Walaupun pengakuan salah tersebut tidak dibuat pada kali pertama pertuduhan dibacakan kepada Tertuduh, Mahkamah ini telah mempertimbangkan faktor tersebut untuk mengurangkan hukuman Tertuduh mengikut peruntukan undang-undang. Trend Hukuman, Berat dan Jenis Dadah [41] Dalam membuat penilaian berkenaan hukuman yang perlu dijatuhkan terhadap Tertuduh, Mahkamah ini selanjutnya berhemat bahawa hukuman yang dijatuhkan bagi sesuatu kesalahan bukanlah hanya semata-mata tertakluk kepada spektrum peruntukan undang-undang yang mendasari kesalahan yang dipertuduhkan, bahkan sewajarnya konsisten dengan trend hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah bagi kesalahan yang berteraskan peruntukan yang sama. [42] Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman tersohor Mahkamah Agung dalam kes Mohamad Abdullah Ang Swee Kang v PP [1988] 1 MLJ 167 yang memutuskan bahawa trend penghukuman adalah merupakan faktor yang relevan dalam memutuskan hukuman bersesuaian ke atas pesalah dalam sesuatu kes. Dalam memberikan pencerahan berkaitan kedudukan trend penghukuman dalam penjatuhan hukuman, Mahkamah Agung telah menyatakan seperti berikut: “In assessing the length of custodial sentence, the Court must look at the overall picture in perspective by considering firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any”. [43] Sekiranya didalami trend hukuman ini, berat dan jenis dadah telah diberikan penekanan dalam penentuan hukuman terhadap seseorang Tertuduh. Kepentingan mengambil kira berat dan jenis dadah dinyatakan dalam kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah atasan. [44] Sebagai contoh, di dalam kes Oloofsen v PP [1964] 1 MLJ 305, Mahkamah Tinggi telah menegaskan bahawa pertimbangan perlu diberikan kepada jenis dan kuantiti dadah dalam menetapkan penalti mengikut berat dadah yang terlibat. [45] Prinsip ini juga telah dinyatakan oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Zaidon bin Shariff v PP [1996] 4 CLJ 441, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “Furthermore, the penalty under the Act is also dependent on the nature of the drugs involved. For example, an offence for possession of ganja attracts lighter sanctions than one for possession of heroin under the Act”. [46] Mahkamah Tinggi di dalam kes PP v Mashaifee Mohd Zaki [2016] 1 LNS 1825 juga menggariskan prinsip yang sama di mana Mahkamah memutuskan bahawa dadah jenis Heroin dan Methampethamine adalah jenis dadah yang lebih berbahaya berbanding dengan dadah yang lain dan telah menyatakan seperti berikut: “The court's attention was also drawn to the type and weight of drugs involved. Counsel for the accused submitted that cannabis was not as serious as methamphetamine, heroin and cocaine and more importantly the amount found on the accused was borderline in nature being 17 grammes over the minimum statutory requirement for trafficking (200 grammes for cannabis) under s. 39B”. [47] Sehubungan dengan prinsip ini, dengan ini diperturunkan sebahagian trend penghukuman dalam keadaan di mana Tertuduh membuat pengakuan salah bagi kesalahan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3) Akta yang sama dibahagikan mengikut berat dan jenis dadah.
a
PP v Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102 Tertuduh di dalam kes ini telah mengaku salah kerana memiliki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram. Presiden Mahkamah Sesyen telah melepaskan Tertuduh dengan bon berkelakuan baik di bawah seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah. Mahkamah Tinggi telah menggantikan hukuman tersebut dengan hukuman penjara selama 6 bulan dari tarikh sabitan.
b
Tan Leong Hwa v PP [2014] 9 CLJ 726 Tertuduh di dalam kes ini telah mengaku salah kerana memiliki 0.15 gram dadah jenis Methamphetamine dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret. Semasa rayuan ke Mahkamah Tinggi, hukuman tersebut telah digantikan dengan hukuman penjara selama 4 bulan dari tarikh sabitan.
c
Vijeyan Kunjoo v PP [2008] 5 CLJ 504 Di dalam kes ini, dadah yang terlibat adalah dadah jenis Heroin dan Monoacetylmorphine seberat 1.33 gram. Tertuduh mempunyai dua rekod kesalahan lampau di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan bagi kesalahan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Keputusan tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi semasa peringkat rayuan.
d
PP v Jafa Daud [1981] 1 MLJ 315 Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh kerana memiliki 0.21 gram dadah jenis Heroin. Tertuduh mengaku salah. Terdapat dua kesalahan lampau berkaitan milikan dadah. Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara 8 bulan. Mahkamah Tinggi telah menggantikan hukuman tersebut dengan hukuman penjara 18 bulan mengambil kira kesalahan lampau Tertuduh. [48] Berbalik kepada kes semasa, Tertuduh telah dituduh dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3) Akta yang sama kerana didapati memiliki dadah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines berat bersih 0.60 gram (bagi pertuduhan pertama) dan Methamphetamine berat bersih 3.69 gram (bagi pertuduhan kedua). [49] Mahkamah ini menyedari bahawa trend penghukuman hanyalah bersifat panduan ke atas spektrum hukuman. Ia tidak sesekali mengatasi budi bicara Mahkamah dalam penentuan bentuk hukuman selari dengan peruntukan undang-undang. Maka, mengambil kira fakta-fakta tersebut, Mahkamah percaya bahawa hukuman penjara 6 bulan dari tarikh sabitan yang telah dijatuhkan ke atas Tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan adalah munasabah dan tidak keterlaluan lebih lebih lagi apabila Mahkamah telah memerintahkan supaya hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan tersebut berjalan secara serentak. Kepentingan Awam [50] Mahkamah ini telah memberikan keutamaan kepada kepentingan awam sebagai dimensi utama bagi menentukan bentuk hukuman yang perlu dijatuhkan. Hal ini dengan jelas telah ditekankan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Azwel Mohd Ali v PP [2012] 6 CLJ 809 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah mengambil kira bahawa di dalam kes ini terdapat isu kepentingan awam (public interest) dan juga isu kepentingan peribadi perayu yang perlu dipertimbangkan sebelum hukuman dikenakan. Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah memakai prinsip bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, Hashim Yeop Sani J, pernah memutuskan: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest...’’ [51] Namun, kepentingan seseorang Tertuduh juga tidak wajar diketepikan seperti yang dinyatakan di dalam kes Tan Sri Abdul Rahim Noor v PP [2001] 1 MLJ 193. Maka, Mahkamah ini turut memberikan penekanan kepada rayuan mitigasi Tertuduh yang merangkumi pengakuan salah Tertuduh, keadaan latar belakang kehidupan di mana kesemuanya dipertimbangkan secara kumulatif dengan fakta dan keadaan kes ini secara keseluruhan dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh. [52] Dalam pertuduhan yang dikenakan terhadap Tertuduh di dalam kes ini, hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh undang-undang adalah denda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun. Setelah mengambil kira rayuan mitigasi Tertuduh dan rayuan pemberatan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan dari tarikh sabitan bagi kedua-dua pertuduhan tersebut dan hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan tersebut adalah berjalan secara serentak. [53] Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Datu Nasir Bin Indal Jaya v PP [2023] 1 LNS 2104 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “At the risk of stating what is trite law, a court in exercising its appellate jurisdiction when dealing with an appeal against sentence may only do so in limited circumstances – see PP v. Ling Leh Hoe [2015] 4 CLJ 869. That the appellate court would have imposed a lesser sentence is irrelevant unless the appellant satisfies the court that the lower court has erred in principle and imposed a manifestly excessive sentence – see Adam bin Atan v. Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 33. Also see the time tested guideline as propounded by Raja Azlan Shah Ag LP in Bhandulananda Jayatilake v. Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 83. The offence for which the appellant was charged carried a punishment of imprisonment for a term of not less than two years but not exceeding five years and whipping of not less than three strokes but not more than nine strokes – see section 39A
1
of the DDA. One would immediately note that the sentence imposed by the learned Magistrate was not excessive and was within the law. In my view, the learned Magistrate had taken into account the factors in favour of a lesser sentence and balanced them with the competing factors as submitted by the prosecution. As such, I did not find any errors which required this Court to intervene”. [54] Dalam kes semasa, selepas mengambil kira permohonan Tertuduh melalui peguamnya untuk dikenakan hukuman penjara, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman penjara 6 bulan yang dijatuhkan ke atas Tertuduh bagi pertuduhan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah merupakan satu hukuman yang berpatutan, menurut peruntukan undang-undang dan tidak berlebihan (reasonable, well within the law and not manifestly excessive). Tambahan pula, hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan tersebut telah diperintahkan untuk dijalankan secara serentak. Kesimpulan [55] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh adalah wajar dan telah dilaksanakan secara berhemah mengambil kira trend hukuman semasa dan berlandaskan prinsip undang-undang matan yang diputuskan oleh Mahkamah atasan. Diharapkan agar hukuman tersebut dapat memberi pengajaran kepada masyarakat secara amnya dan Tertuduh secara khasnya. Bertarikh: 30 April 2024 (SHAARMINI A/P ARJUNAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET JOHOR BAHRU PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwa Raya Puan Nurain Syafiqeen binti Mohd Rozi Timbalan Pendakwa Raya Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim Bagi Pihak Tertuduh Puan Nurhazneena Zureen Jaesleen binti Mohamad Hanafiah Tetuan Rahim, Aidil & Partners Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.