Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCvC-55-11/2024 ANTARA KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (No. Pendaftaran Syarikat: 200801021675) …PLAINTIF Dan
DA-22NCvC-55-11/2024
High Court of Malaysia18 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“en the parties; and (4) that the suit must be decided by a court of competent jurisdiction.” [Penekanan ditambah] 16. Dalam kes Jan De Nul (Malaysia) Berhad v. Berjaya Sompo Insurance Berhad [2017] MLRHU 379, terdapat 3 elemen res judicata yang digariskan oleh Mahkamah seperti berikut: “[27] The Oxford Dictionary of La”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCvC-55-11/2024 ANTARA KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (No. Pendaftaran Syarikat: 200801021675) …PLAINTIF Dan
1
GOLDLAND CAPITAL SDN BHD (DALAM PENERIMAAN) (No. Pendaftaran Syarikat: 201101009455)
2
TUAN KHAIRUL ANNUAR BIN TUAN YUSUF (No. K/P: 791116-03-5605) …DEFENDAN-DEFENDAN (MELALUI TINDAKAN UTAMA) DAN ANTARA TUAN KHAIRUL ANNUAR BIN TUAN YUSUF …PLAINTIF (No. K/P: 791116-03-5605)
1
KUMPULAN SEMESTA SDN BHD
2
MAJU MULIA GROUP SDN BHD (DAHULUNYA SELPUMP & MACHINERIES SDN BHD) 16/07/2026 09:10:42 DA-22NCvC-55-11/2024 Kand. 113
3
AZAHAR BIN MOHD SHARIFF
4
TENGKU MOHAMAD RIDZMAN BIN TENGKU ABDUL AZIZ
5
TENGKU ROZANNA PETRI BINTI TENGKU MOHAMED NASRUN
6
TUAN AMERA BIN TUAN ABD KADIR
7
TENGKU LONG HAZLAN BIN TENGKU LONG HANIFF (NO. K/P: 780529-03-6047) … DEFENDAN-DEFENDAN (Melalui Tuntutan Balas) ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 73)
1
1.
Lampiran
Lampiran 73 (Lamp.73) ini ialah notis permohonan Tuan Khairul Annuar bin Tuan Yusuf (TKA) yang merupakan Defendan ke-2 dalam tindakan utama dan Plaintif dalam tuntutan balas menurut Aturan 18 kaedah 19(1)(b) dan/atau (1)(d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 19 Kaedah-kaedah 7 dan 8 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau seksyen 25(2) baca bersama dengan perenggan 11 Jadual 2 bagi Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah untuk perintah-perintah seperti berikut: (i) bahawa perenggan-perenggan 5(b) hingga 5(i), 6(c)(i) hingga 6(c)(ix), 6(d) hingga 6(g), 6(h)(x) hingga 6(h)(xxxiii), perenggan 6(i) hingga 6(m), 6(f), 6(h)(xxii), 6(h)(xxviii), 6(h)(xxix), 6(h)(xxxi), 6(h)(xxxii), 10, 13, 14, 18, 22, 23, 26 dan 29(a) dalam Pembelaan Defendan-Defendan Ke-3 hingga Ke- 5 kepada Tuntutan Balas bertarikh 25.2.2025 (Kandungan 39) dibatalkan dan kekal ditolak; (ii) selanjutnya dan/atau secara alternatif, keseluruhan Pembelaan kepada Tuntutan Balas Defendan-Defendan Ke-3 hingga Ke-5 bertarikh 25.2.2025 (Kandungan 39) dibatalkan dan kekal ditolak; (iii) lanjutan kepada perenggan 2 di atas, Tuan Khairul Annuar adalah bebas untuk memasuki penghakiman terhadap Defendan-Defendan Ke-3 hingga Ke-5 dalam Tuntutan balas dalam terma-terma yang dipohon (c), (d), (e) dan (f) dalam Pembelaan Terpinda dan Tuntutan Balas Terpinda bertarikh 27.1.2025 (Kandungan 34); (iv) kos berbangkit dan yang berbangkit daripada permohonan ini ditanggung oleh Defendan-Defendan Ke-3 hingga Ke-5 dalam Tuntutan Balas; dan (v) perintah-perintah atau arahan-arahan lanjut dan/atau lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh Mahkamah yang mulia ini. 2. Alasan utama permohonan TKA adalah kerana pemfailan penyataan pembelaan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 (Lamp. 39) adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah dan ia adalah suatu cubaan pihak Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 untuk melitigasi semula perkara-perkara yang sepatutnya atau boleh dibangkitkan dan/atau telahpun dibangkitkan dan diputuskan secara muktamad antara pihak-pihak di forum yang kompeten melalui prosiding-prosiding terdahulu. 3. Mahkamah ini setelah meneliti afidavit-afidavit serta hujahan-hujahan kedua-dua belah pihak, menolak permohonan TKA dengan kos dalam kausa. TKA yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Latar belakang kes Prosiding-prosiding terdahulu 4. Terdapat 2 prosiding terdahulu yang berkaitan dengan kes yang dibicarakan ini. Prosiding pertama adalah prosiding Timbangtara No. 813 yang dibawa oleh TKA HOLDINGS SDN. BHD. (bukan salah satu pihak dalam prosiding yang dibicarakan ini) terhadap Defendan ke-3 hingga ke-5 dalam tuntutan balas kes ini berkenaan pemecahan atau kemungkiran perjanjian pemegang saham. 5. Prosiding kedua pula adalah prosiding guaman sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu No. 64 yang dibawa oleh TKA terhadap Defendan ke-3 hingga ke-5 dalam tuntutan balas kes ini berkenaan suatu perbuatan pencerobohan dan gangguan yang dikatakan telah dilakukan oleh Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 terhadap harta peribadi TKA. (Kedua-dua prosiding Timbangtara 813 dan prosiding Guaman 64 selepas ini akan dirujuk sebagai prosiding terdahulu). Ringkasan hujahan TKA 6. Peguam TKA yang bijaksana dalam menyokong permohonannya untuk membatalkan pembelaan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 berhujah bahawa pembelaan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 ini telah diplidkan dalam prosiding terdahulu. 7. Dalam prosiding Timbangtara 813, melalui satu Perintah Prosedur No. 2 bertarikh 21.9.2021, pihak Tribunal Timbangtara telah mengarahkan Defendan ke-3 hingga ke-5 untuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan serta butiran berkenaan pembelaan mereka. Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 telah gagal mematuhi Perintah tersebut. Penghakiman telah diberikan terhadap Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 atas kegagalan mematuhi Perintah tersebut. 8. Begitu juga dalam prosiding Guaman 64, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan satu Perintah bertarikh 7.3.2023 mengarahkan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 untuk mengemukakan butiran yang berkenaan dalam tempoh masa yang tertentu. Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 juga gagal mematuhi Perintah tersebut dan Mahkamah Tinggi telah membatalkan pembelaan mereka dan merekodkan penghakiman terhadap mereka. 9. Oleh itu, peguam TKA yang bijaksana menghujahkan bahawa tindakan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 yang memplidkan pembelaan yang sama dalam kes ini merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah dan membangkitkan isu res judicata. 10. Peguam TKA yang bijaksana juga menimbulkan bantahan berkenaan pembelaan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 telah difailkan lewat sehari. Analisis dan dapatan Mahkamah ini Peruntukan statut berkenaan rayuan tehadap penolakan permohonan pembatalan pliding 11. Rayuan TKA ini adalah terhadap perintah penolakan permohonan TKA untuk membatalkan penyataan pembelaan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 menurut Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Rayuan ini adalah pada pandangan Mahkamah ini bertentangan dengan peruntukan nyata seksyen 68(1)(f) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan seperti berikut: “68. (1) No appeal shall be brought to the Court of Appeal in any of the following cases: ...................... (f) where a High Court dismissed any application to strike out any writ or pleading; ..................” 12. Walaupun begitu, Mahkamah ini menyerahkan kepada kebijaksanaan serta budibicara Mahkamah Rayuan dalam mengendalikan rayuan ini. 13. Berbalik kepada kes yang dibicarakan ini, berkenaan isu kelewatan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 memfailkan pembelaan selama satu hari, Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa tiada sebarang prejudis yang mengakibatkan kegagalan keadilan telah berlaku kepada TKA di atas kelewatan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 memfailkan pembelaan mereka selama satu hari tersebut. 14. Pematuhan kepada Kaedah Mahkamah dan penetapan tempoh masa adalah penting bagi melancarkan perjalanan prosiding Mahkamah namun matlamat akhir yang paling penting dalam suatu prosiding adalah untuk mencapai keadilan kepada pihak-pihak. Oleh itu, kelewatan selama satu hari tersebut pada pandangan Mahkamah ini tidak sepatutnya menjadi alasan untuk Mahkamah ini menolak penyataan pembelaan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 yang telah difailkan. 15. Bagi isu res judicata, Mahkamah ini merujuk dan mengambil panduan daripada keputusan Mahkamah Rayuan melalui kes Gan Jin Sim @ Gam Gim Sim v. Gan Chon Tat & Anor (2017) CLJU 870; (2017) 1 LNS 870 di mana Mahkamah telah merujuk dan memetik beberapa keputusan Mahkamah Inggeris dan India yang menggariskan 4 syarat yang harus dipenuhi sebelum pli res judicata boleh diterima: “[58] The case of M. Nagabhushana (above) was referred to in the High Court case of Union Of India vs. Videocon Industries Ltd. heard on 5 March, 2012. In the High Court of Delhi, Reva Khetrapal J referred to an old Indian Supreme Court case, Syed Mohd. Salie Labbai (Dead) by LRs and Ors. vs. Mohd. Hanifa (Dead) by LRs and Ors. [1976] 4 SCC 780. In Syed's case (above), the Supreme Court laid down four conditions to be fulfilled before a plea of res judicata can be given effect: (1) that the litigating parties must be the same; (2) that the subject-matter of the suit also must be identical; (3) that the matter must be finally decided between the parties; and (4) that the suit must be decided by a court of competent jurisdiction.” [Penekanan ditambah] 16. Dalam kes Jan De Nul (Malaysia) Berhad v. Berjaya Sompo Insurance Berhad [2017] MLRHU 379, terdapat 3 elemen res judicata yang digariskan oleh Mahkamah seperti berikut: “[27] The Oxford Dictionary of Law (New Edition) states that in Latin, res judicata means a matter that has been decided. The classic definition of res judicata, as stated in Black’s Law Dictionary (7th Definition), was referred to in the judgment of the Federal Court in Manoharan Malayalan v. Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Anor [2008] 3 MLRA 395; [2009] 2 MLJ 660; [2009] 4 CLJ 679, in the following terms: - “[6] Res Judicata is defined in Black’s Law Dictionary, 7th edition as follows: - [Literally in Latin ‘a thing adjudicated’] 1. An issue that has been definitely settled by judicial decision. 2. An affirmative defence barring parties from litigating a second lawful lawsuit on the same claim, or any other claim arising from the same transactions and that could have been - but was not raised in the first suit. The three essential elements are (1) an earlier decision on the issue (2) a final judgment on the merits, and (3) the involvement of the same parties, or parties in privity with the original parties. Restatement (Second) of Judgments ss 17, 24 (1982) - Also termed res ad judicata, claim preclusion. Cf Collateral Estoppel.” [Penekanan ditambah] 17. Dalam kes Timbangtara 813, pihak yang terlibat adalah TKA Holdings Sdn Bhd yang merupakan pihak yang berlainan daripada pihak-pihak dalam prosiding yang dibicarakan ini. Bukan sekadar pihak yang berlainan, kausa tindakan juga adalah berlainan di mana dalam prosiding Timbangtara 813 tersebut, pertikaian adalah berkenaan perlanggaran perjanjian pemegang saham. 18. Begitu juga dalam prosiding Guaman 64, pertikaian adalah berkenaan pencerobohan, gangguan dan penukaran (conversion) terhadap harta peribadi TKA. 19. Oleh kerana pihak-pihak dan hal perkara dalam prosiding terdahulu adalah berbeza daripada kes yang dibicarakan ini, elemen-elemen untuk membangkitkan doktrin Res Judicata seperti yang telah digariskan dalam 2 autoriti yang dirujuk di atas telah gagal dipenuhi oleh TKA. 20. Dalam kedua-dua prosiding terdahulu, penghakiman ingkar telah diberikan terhadap Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 atas kegagalan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 mengemukakan butiran-butiran serta dokumen-dokumen yang diperintahkan untuk dikemukakan. Penghakiman diberikan terhadap Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 secara ringkas atas ketidakpatuhan teknikal tanpa melalui proses perbicaraan penuh dan tanpa pembelaan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 diteliti, didengar dan dipertimbangkan oleh Mahkamah atas meritnya. 21. Dengan merujuk kepada kes Tung Beng Lee & Anor v Aminuddin bin Ghazali & Anor (2016) MLJU 1428, peguam TKA yang bijaksana menghujahkan bahawa Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 telah berpegang kepada isu dan pembelaan yang sama yang mereka telah gagal dalam prosiding terdahulu. Jika Mahkamah ini membenarkan perkara ini dilakukan oleh Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 ia akan menyusahkan TKA buat kali ketiganya. 22. Dengan hormatnya, Mahkamah ini mendapati fakta material dalam kes Tung Beng Lee & Anor v Aminuddin bin Ghazali & Anor (supra) adalah berbeza sama sekali dengan kes yang dibicarakan ini di mana dalam kes tersebut, pembelaan Defendan Pertama telah diputuskan secara muktamad atas meritnya sedangkan dalam kes yang dibicarakan ini, pembelaan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 belum didengar dan dipertimbangkangan atas meritnya. Azimah Omar PK (pada ketika itu) mengatakan seperti berikut: Whether The 1st Defendant’s Defence Is Barred By Res Judicata. “[9] It is altogether clear that the Defence afforded by the 1st Defendant in the present originating summons, is the exact mirroring replica of the 1st Defendant’s case in the 2nd suit which had already been determined not by mere technicality, but the finality of the case’s merits. …” [Penekanan ditambah] 23. Mahkamah ini juga, setelah meneliti keseluruhan penyataan tuntutan balas TKA dan juga pembelaan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 terhadap tuntutan balas TKA, mendapati terdapat isu-isu yang mewajarkan satu perbicaraan penuh dijalankan dengan kehadiran saksi-saksi khususnya dalam pelbagai transaksi kontrak atau perniagaan yang didakwa berlaku dalam pliding pihak-pihak. 24. Penelitian Mahkamah ini terhadap keseluruhan pliding pihak-pihak juga menunjukkan bahawa kes ini bukanlah satu kes yang jelas dan nyata (plain and obvious) yang boleh dibatalkan secara ringkas. 25. Mahkamah ini berpegang kepada prinsip-prinsip mantap yang telah diputuskan dalam kes-kes Bandar Builder Sdn Bhd v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 1 MLRA 611; Tan Wei Hong & Ors v. Malaysia Airlines Bhd & Other Appeals [2018] 9 CLJ 425 dan Cepatwawasan Group Bhd & Anor v Tengku Dato’ Kamal Ibni Sultan Sir Abu Bakar & 17 Ors [2008] 2 MLJ 915 berkenaan konsep “plain and obvious case” dalam mempertimbangkan untuk membatalkan sesuatu pliding secara ringkas. Kesimpulan 26. Setelah Mahkamah ini meneliti dan mempertimbangkan secara mendalam tuntutan balas TKA, pembelaan Defendan-Defendan ke-3 hingga ke-5 dan juga prinsip undang-undang yang terpakai berkenaan pelaksanaan kuasa Mahkamah untuk membatalkan suatu pliding secara ringkas, Mahkamah ini mendapati bahawa kes ini bukanlah satu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan secara ringkas. 27. Oleh itu Mahkamah ini menolak permohonan TKA dalam Lampiran 73 dengan kos dalam kausa. Alasan Penghakiman ini bertarikh 16 Julai 2026. (MOHD ROSLI BIN YUSOFF) Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan. Peguam Plaintif: Nurul Hasanah binti Baharom (bersamanya Foo Tzen Fung) Tetuan Izral Partnership, Tingkat 2, Wisma Hamzah-Kwong Hing, No.1, Lebuh Ampang, 50100 Kuala Lumpur. Peguam Defendan-Defendan Ke-3 hingga Ke-5: Hasnal Rezua Merican bin Habib Merican (bersamanya Muzzammil Merican bin Hasnal Rezua Merican) Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua No. 36, Mulberry, Parcel 1, Empire Residence, Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.