Content
1 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 DALAM MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA WRIT SAMAN NO.BA-22NCvC-64-02/2018 ANTARA LAI SHTOW YING (NO. KP: 760228-04-5232/A3331393) ...PLAINTIF
/akn/my/judgment/high-court/2022/bd3a9841-20bd-4c4b-8f6c-d8b05460f1e9
High Court of Malaysia11 Feb 2022BA-22NCvC-64-02/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“s@cvpartners.com.my **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 Legislation referred 1. Courts of Judicature Act 1964. 2. Specific Relief Act 3. Rules of Court 2012, Order 45 rule 8. Cases referred: 1. Wee Choo Keong v Mb”
“ote : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 Legislation referred 1. Courts of Judicature Act 1964. 2. Specific Relief Act 3. Rules of Court 2012, Order 45 rule 8. Cases referred: 1. Wee Choo Keong v MbF Holdings Bhd & Anor a”
“enaran Mahkamah untuk menyertakan permohonan deklarasi melalui suatu permohonan berdasarkan kepada Akta Relif Spesifik 1950. Plaintif bergantung kepada kes Lim Fur Yang v Lin Fua Lin & Another Appeal [2021] MLRAU 72 di mana kedua-dua pihak telah membuat suatu permohonan di bawah Aturan 45 kaedah 8 KKM 2012 bagi pelaksa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 DALAM MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA WRIT SAMAN NO.BA-22NCvC-64-02/2018 ANTARA LAI SHTOW YING (NO. KP: 760228-04-5232/A3331393) ...PLAINTIF
1
LOW BENG LEE
3
LOW BAN SENG (NO. KP: 791114-14-5421) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Rayuan ini melibatkan penguatkuasaan pelaksanaan Penghakiman Persetujuan di mana Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Defendan-Defendan (Defendan) di bawah Aturan 45 kaedah 8 Kaedah- 29/07/2022 08:57:33 BA-22NCvC-64-02/2018 Kand. 86 2 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 Kaedah Mahkamah 2012 untuk penguatkuasaan terma-terma kepada Penghakiman Persetujuan yang tidak dipatuhi (Lampiran 65). [2] Berdasarkan kertas kausa dan setelah mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Defendan untuk menjual Hartanah yang dipegang di bawah No. Hakmilik GRN 35365, No. Lot 6188, Mukim Setapak, Daerah Kuala Lumpur (“Hartanah”) kepada She Poh Poh (“Pembeli”) selaras dengan klausa 5(b) Penghakiman Persetujuan yang direkodkan pada 19 Mac 2021 (PP) tertakluk kepada terma-terma dalam Surat Tawaran dan perjanjian jual beli yang akan ditandatangani. [3] Plaintif tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah dan telah merayu terhadap keputusan tersebut. Diperturunkan di bawah adalah alasan bagi Penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah ini. Latar Belakang Kes Kes Plaintif [4] Plaintif ialah seorang individu dan menetap di No. 13, Lot 3090, Jalan Chengal, Taman Setapak, 53000 Kuala Lumpur dan merupakan isteri kepada sepupu Defendan. 3 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 [5] Pada sekitar awal bulan Plaintif telah menyatakan hasrat untuk membeli hartanah iaitu sebuah kedai dua (2) tingkat yang dikenali sebagai GERAN No. 35365 No. Lot 6188, Mukim Setapak, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan (Hartanah) dengan harga sebanyak RM170,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Ribu) Sahaja daripada Low Sur Lai (No. K/P: 481204-71-5033/7617720). [6] Disebabkan oleh kekangan kewangan yang di hadapi Plaintif dalam membeli Hartanah tersebut, Plaintif telah mendekati Defendan untuk membantu Plaintif bersama-sama mendapatkan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian Hartanah tersebut. [7] Plaintif menyatakan bahawa Plaintif dan Defendan mengetahui dan memahami bahawa tujuan mendapatkan pinjaman perumahan adalah untuk melangsaikan pembelian Hartanah tersebut dan selepas pembayaran penyelesaian pinjaman tersebut kepada institusi kewangan, Defendan bersetuju untuk menyebabkan pindahmilik semula Hartanah tersebut kepada Plaintif apabila dimaklumkan Plaintif. [8] Plaintif menyatakan atas persetujuan Plaintif dan Defendan dengan syarat yang dinyatakan di atas, Plaintif dan Defendan melaksanakan Perjanjian Jual Beli bertarikh 6 Ogos 2001 antara Plaintif dan Defendan 4 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 dengan pemilik asal iaitu Low Sur Lai serta menandatangani Borang 14A (Memorandum Pindah milik) dan dokumen berkaitan dengan jual beli dan memohon dan memperoleh kemudahan pinjaman perumahan yang diperlukan untuk membeli Hartanah tersebut. Bahagian yang dipegang bagi setiap Plaintif dan Defendan adalah masing-masing sebanyak 1/3 bahagian. [9]
Preamble
Menurut Plaintif, Defendan memegang 1/3 bahagian masing-masing tersebut sebagai amanah bagi pihak Plaintif. [10] Plaintif turut menyatakan Plaintif adalah individu yang membayar cukai-cukai dalam pembelian, ansuran bulanan kepada pihak institusi kewangan, kesemua cukai tanah, cukai pintu yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk bil-bil utiliti bulanan dan bil-bil pembaikan yang perlu dibayar. [11] Plaintif menyatakan bahawa Plaintif adalah individu yang bertanggungjawab penuh ke atas jumlah perbelanjaan bagi kerja-kerja pengubahsuaian Hartanah tersebut termasuk kawalan mutlak dalam menentukan penyewa yang berminat untuk menyewa premis. 5 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 [12] Bagi kesemua bayaran sewa yang diterima Plaintif daripada Hartanah tersebut, Plaintif menyatakan bahawa bayaran sewa Hartanah tersebut telah diterima dan digunakan untuk kegunaan peribadi Plaintif secara mutlak dan tidak pada bila-bila masa berkongsi dengan pihak Defendan. [13] Jumlah sewa bagi Hartanah tersebut adalah dalam lingkungan RM2,400.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Empat Ratus) sahaja. [14] Selanjutnya, Plaintif telah menyatakan hasrat menebus cagaran ke atas Hartanah tersebut dan untuk Defendan menyebabkan semula pindahmilik bahagian-bahagian Plaintif yang dipegang secara amanah oleh Defendan. [15] Pada 31 Mei 2017, Plaintif melalui Peguamcaranya, Tetuan Veera & Co telah menghantar surat/notis kepada Defendan untuk mendapatkan persetujuan, kerjasama Defendan untuk menyebabkan pindahmilik bahagian-bahagian tersebut yang dipegang oleh Defendan kepada Plaintif namun tiada jawapan dari pihak Defendan. [16] Plaintif menyatakan sekitar bulan Januari 2017, Plaintif mengetahui bahawa Defendan telah memasuki suatu perjanjian jual beli dengan pihak 6 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 ketiga untuk menjual ½ bahagian dalam Hartanah tersebut dengan niat untuk melucutkan hak Plaintif yang sah. [17] Pada lebih kurang bulan Jun 2017, Plaintif memasukkan Kaveat Persendirian ke atas tanah tersebut untuk melindungi hak dan kepentingan Plaintif atas Hartanah tersebut. Kes Defendan [18] Kedua-dua Defendan Pertama dan Kedua adalah individu-individu yang tinggal di No.15, Jalan Billion Mewah 5, Taman Billion Mewah, 68100 Batu Caves, Selangor. [19] Defendan mempunyai hubungan dengan Plaintif sebagai sepupu. Plaintif adalah isteri kepada sepupu Defendan dan dianggap sebagai ahli keluarga terdekat menurut budaya dan adat orang Cina. [20] Defendan adalah anak kandung kepada Low Nam Lai iaitu adik kepada Low Sur Lai (pemilik asal kepada Hartanah tersebut). [21] Plaintif adalah isteri kepada anak lelaki Low Sur Lai bernama Low Huat Hing. 7 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 [22] Menurut Defendan, Plaintif mulanya berniat untuk membeli Hartanah tersebut dari Low Sur Lai namun pada ketika itu Plaintif tidak mempunyai kewangan yang mencukupi. [23] Atas sebab kekangan kewangan yang di hadapi Plaintif, Plaintif yang teringin sangat membeli Hartanah tersebut dan juga atas pertalian keluarga yang erat, Plaintif telah mempelawa Defendan untuk membeli Hartanah tersebut dengan harga belian berjumlah RM170,000.00 berdasarkan terma-terma berikut: i) Bayaran wang deposit sebanyak 10% daripada harga belian Hartanah tersebut kepada Low Sur Lai berjumlah RM17,000.00 dibayar antara Plaintif dan Defendan-defendan secara sama rata; ii) Plaintif didaftarkan sebagai pemilik ½ bahagian manakala Defendan-defendan memiliki ½ bahagian (atau Defendan-defendan masing-masing memiliki ¼ bahagian) ke atas Hartanah tersebut. iii) Plaintif, Defendan-defendan hendaklah membiayai baki harga belian Hartanah tersebut diantara lainnya 8 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 menerusi pinjaman perumahan yang diperoleh dari Public Bank Berhad (“Bank”). iv) Plaintif bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar kesemua bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan dengan Bank tersebut sehingga penyelesaian penuh dengan pihak Bank; v) Defendan-defendan tidak bertanggungjawab untuk membayar apa-apa ansuran bulanan pinjaman perumahan dari Bank tersebut; vi) Plaintif bersetuju untuk menggantirugi Defendan-defendan sepenuhnya sekiranya beliau gagal mematuhi syarat no. iv di atas. vii) Apa-apa perbelanjaan selain dari ansuran bulanan dengan pihak Bank seperti cukai taksiran dan perbelanjaan ubah suai Hartanah tersebut ditanggung antara Plaintif dan Defendan-defendan mengikut nisbah 50/50 (50% Plaintif, 50% lagi ditanggung Defendan-defendan); 9 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 viii) Sekiranya Hartanah tersebut disewakan kepada mana-mana pihak Ketiga, wang sewa yang diperoleh dibahagikan antara Plaintif dan Defendan-defendan mengikut nisbah tersebut; dan ix) Defendan-defendan berhak menggunakan Hartanah tersebut pada bila-bila masa. [24] Defendan menyatakan setelah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas, Defendan telah menandatangani Perjanjian Jual Beli bertarikh 6 Ogos 2001 dengan Low Sur Lai bersama Plaintif dan memperoleh pinjaman bank bagi tujuan pembelian Hartanah tersebut. [25] Defendan menyatakan pihak-pihak telah selama ini mematuhi Perjanjian antara Plaintif dan Defendan tersebut dimana segala ansuran bulanan dengan Bank adalah dibuat sepenuhnya oleh Plaintif dan sebarang perbelanjaan serta hasil sewa untuk atau dari Hartanah tersebut dibahagikan antara Plaintif dan Defendan mengikut nisbah yang telah dipersetujui. 10 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 [26] Defendan menafikan Defendan memegang ½ bahagian hartanah tersebut atas amanah bagi Plaintif. [27] Defendan mengakui bahawa Defendan telah melaksanakan Perjanjian Jual Beli bertarikh 27 Januari 2017 dengan Lip Weng Eng (No. K/P) dan penjualan ½ bahagian hartanah tersebut yang dimiliki Defendan-adalah tertakluk kepada perjanjian jual beli yang masih belum disempurnakan dan Defendan masih pemilik ½ bahagian Hartanah tersebut. [28] Defendan dalam tuntutan balasnya terhadap Plaintif menyatakan bahawa Plaintif telah enggan dan/atau gagal dan/atau cuai untuk membayar sewa yang diperoleh mengikut nisbah yang dipersetujui kepada Defendan sejak Mac 2017 sehingga September 2017 dan masih berterusan pada ketika itu. [29] Berikutan kemungkiran tersebut, Defendan melalui Peguamcaranya Tetuan LY Lu & Co menerusi surat bertarikh 27 Julai 2017 telah menuntut dari Plaintif tunggakan sewa Hartanah tersebut daripada Plaintif namun tuntutan tersebut tidak dipatuhi oleh Plaintif. 11 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 [30] Defendan merasakan bahawa hak Defendan untuk menggunakan Hartanah tersebut telah dinafikan dan hubungan baik antara Plaintif dan Defendan telah menjadi tegang. [31] Berikutan kegagalan pihak Plaintif untuk mematuhi arahan Mahkamah untuk memfailkan dokumen-dokumen pra bicara, Writ dan Penyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 26 Januari 2018 tersebut telah dibatalkan oleh Mahkamah pada 25 Julai 2018. [32] Plaintif kemudiannya merayu ke Mahkamah Rayuan atas pembatalan Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut dan Mahkamah Rayuan pada 29 Mei 2019 kemudiannya telah membenarkan rayuan Plaintif dan kes dihidupkan semula ke Mahkamah Tinggi. Penghakiman Persetujuan bertarikh 19 Mac 2021 [33] Perbicaraan telah berlangsung pada tarikh 28 September 2020, 29 September 2020 dan 30 September 2020. Namun, pada hari perbicaraan yang ketiga pada 30 September 2020, pihak-pihak telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pihak-pihak telah mencapai persetujuan dan telah memohon tarikh Pengurusan Kes bagi isu mengenai Kaveat Persendirian di atas hartanah tersebut. 12 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 [34] Selanjutnya pada 19 Mac 2021, pihak-pihak telah mencapai penyelesaian dan Penghakiman Persetujuan telah ditandatangani oleh pihak-pihak dan direkodkan di Mahkamah. [35] Untuk kesenangan rujukan, terma-terma Penghakiman Persetujuan tersebut diperuntukkan seperti berikut:- 1) Plaintif bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar kesemua baki pinjaman perumahan dengan Public Bank Berhad termasuk untuk kesemua bahagian Defendan-defendan (“Baki Pinjaman Perumahan tersebut”) bagi hartanah yang dipegang dibawah No. Hakmilik GRN 35365, No. Lot 6188, Mukim Setapak, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Wilayah Persekutuan yang beralamat pos di No. KSH 6, Jalan Cengal, Taman Setapak, Batu 5, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur (“Hartanah tersebut”); 2) Plaintif dan Defendan-defendan dikehendaki untuk memasuki satu perjanjian jual beli dimana Plaintif membeli dan Defendan-defendan menjual ½ bahagian Hartanah tersebut milik Defendan-defendan kepada Plaintif pada harga belian berjumlah RM150,000.00 (“SPA No. 1”) dalam masa 1 bulan dari tarikh penghakiman ini dan tempoh penyempurnaan 13 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 untuk SPA No.1 adalah 3 bulan tertakluk kepada lanjutan masa 1 bulan dimana faedah pada kadar 8% setahun akan dikenakan dan Plaintif dikehendaki untuk menjelaskan Baki pinjaman perumahan tersebut tanpa apa-apa penolakan ke atas RM15,000.00 tersebut, serta fi guaman transaksi jualbeli Hartanah tersebut ditanggung oleh Plaintif dan Defendan-defendan masing-masing dengan duti setem dan fi pendaftaran pindahmilik dibayar oleh Plaintif sahaja. 3) Plaintif dikehendaki untuk membayar jumlah wang sebanyak RM72,000.00 kepada defendan-defendan menerusi bayaran ansuran RM1,200.00 sebulan pada atau sebelum 7 haribulan setiap bulan bermula dari tarikh penyempurnaan SPA No.1; 4) Defendan-defendan bertanggungjawab untuk menyebabkan penarikan balik kaveat persendirian yang didaftarkan oleh Lim Weng Eng (No. K/P: 830123-14-5617) menerusi nombor peserahan 1247/2017 (“Kaveat tersebut”) tertakluk kepada:- a. SPA No. 1 ditandatangani oleh Plaintif dan Defendan-defendan; dan 14 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 b. Satu salinan Penyata penebusan (Redemption Statement) untuk Baki Pinjaman Perumahan tersebut telah diisukan oleh Public Bank Berhad (sekiranya ada) dan diberikan kepada Defendan-defendan; dan c. Wang beza di antara harga belian dalam SPA No. 1 dan jumlah pinjaman bank Plaintiff atau seluruh harga belian, mengikut mana berkenan, telah dibayar oleh Plaintif kepada Peguamcara Defendan-defendan sebagai pemegang amanah “stakeholder”. 5) Sekiranya SPA No.1 tidak dapat dimasuki dan/atau disempurnakan dengan apa jua alasan sekalipun, pihak-pihak bersetuju bahawa: a. Hartanah tersebut hendaklah dijual kepada seorang pembeli alternatif yang dicadangkan oleh Plaintif dalam tempoh masa 3 bulan pada harga tidak kurang dari RM500,000.00; b. Sekiranya Hartanah tersebut tidak dapat dijualkan menurut perenggan 5(a) di atas, maka Hartanah tersebut hendaklah dijualkan kepada seseorang pembeli alternative yang dicadangkan oleh Defendan- 15 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 defendan dalam tempoh masa 3 bulan yang seterusnya pada harga tidak kurang dari RM500,000.00; dan c. Hasil jualan Hartanah tersebut di perenggan 5(a) atau 5(b) hendaklah dibahagi secara ½ kepada Plaintif, ¼ kepada Defendan Pertama dan ¼ kepada defendan Kedua tertakluk kepada baki Pinjaman Perumahan tersebut dibayar dari ½ bahagian hasil jualan Plaintif sahaja. 6) Tuntutan Plaintif dan Tuntutan Balas Defendan-defendan ditarik balik tanpa kebebasan memfailkan semula; dan 7) Tiada perintah untuk kos. [36] Walaubagaimanapun, Plaintif pada 13 Julai 2021 telah memfailkan satu Notis Permohonan (Lampiran 56) untuk mengenepikan PP yang telah direkodkan pada 19 Mac 2021 tersebut atas alasan terma-terma kepada PP tersebut adalah kurang jelas yang menyebabkan hak Plaintif diprejudiskan dan tujuan PP tersebut tidak dicapai secara keseluruhan. 16 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 [37] Setelah mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah pada 9 Disember 2021 telah menolak permohonan Plaintif di Lampiran 56 tersebut dengan kos sebanyak RM8,000.00. [38] Seterusnya, pihak Defendan kemudiannya telah memfailkan Notis Permohonan di Lampiran 65 pada 29 November 2021. Lampiran 65 adalah permohonan Defendan untuk Hartanah tersebut dijualkan kepada Seh Poh Poh (No. K/P: 730805-10-5366) (“Pembeli tersebut”) tertakluk kepada terma-terma di dalam Surat Tawaran bertarikh 28/09/2021 (“Surat Tawaran”) dan perjanjian jual beli yang akan ditandatangani (“Perjanjian Jual Beli”). [39] Permohonan di Lampiran 65 dibuat berikutan kegagalan Plaintif untuk mematuhi Klausa 2 dan Klausa 5 kepada PP bertarikh 19 Mac 2021. [40] Klausa 2 PP memperuntukkan Plaintif dan Defendan dikehendaki untuk memasuki satu perjanjian jual beli dimana Plaintif membeli dan Defendan menjual ½ bahagian Hartanah tersebut milik Defendan kepada Plaintif pada harga belian berjumlah RM150,000.00 (“SPA No. 1”) dalam masa 1 bulan dari tarikh PP iaitu pada atau sebelum 18/04/2021. 17 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 [41] Klausa 5 PP pula memperuntukkan: “Sekiranya SPA No.1 tidak dapat dimasuki dan/atau disempurnakan dengan apa jua alasan sekalipun, pihak-pihak bersetuju bahawa: -
a
(a) Hartanah tersebut hendaklah dijual kepada seorang pembeli alternatif yang dicadangkan oleh Plaintif dalam tempoh masa 3 bulan pada harga tidak kurang dari RM500,000.00;
b
(b) Sekiranya Hartanah tersebut tidak dapat dijual menurut perenggan 5(a) di atas, maka Hartanah tersebut hendaklah dijualkan kepada pembeli alternative yang dicadangkan oleh Defendan-Defendan dalam tempoh masa 3 bulan yang seterusnya pada harga tidak kurang dari RM500,000.00; dan
c
(c) Hasil jualan Hartanah tersebut di perenggan 5(a) atau (5(b) hendaklah dibahagi secara ½ kepada Plaintif, ¼ kepada Defendan Pertama dan ¼ kepada Defendan Kedua tertakluk kepada Baki Pinjaman Perumahan tersebut dibayar dari ½ hasil jualan Plaintif sahaja” 18 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 [42] Setelah mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah pada 11 Februari 2022 telah membenarkan permohonan Defendan-defendan di
Lampiran
Lampiran 65 tersebut dengan kos sebanyak RM5,000.00. [43] Pihak Plaintif yang tidak berpuas hati dengan Keputusan Mahkamah di Lampiran 65 tersebut telah pada 21 Februari 2022 memfailkan Notis Rayuan terhadap keseluruhan Keputusan bertarikh 11 Februari 2022 tersebut. Isu [44] Isu di hadapan Mahkamah ini ialah sama ada Mahkamah mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan pelaksanaan terma-terma di dalam PP terhadap pihak yang ingkar kepada PP yang telah direkodkan di Mahkamah. Analisis dan Keputusan Mahkamah ini Undang-undang yang Terpakai [45] Aturan 45 kaedah 8 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan – “Jika suatu perintah mandamus, perintah mandatori, injunksi atau penghakiman atau perintah untuk pelaksanaan spesifik 19 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 suatu kontrak tidak dipatuhi, maka tanpa menjejaskan kuasanya di bawah Akta, jika berkenaan dan kuasanya atau menghukum pihak yang ingkar kerana menghina, Mahkamah boleh mengarahkan supaya perbuatan yang dikehendaki dilakukan itu bolehlah, setakat yang praktik, dilakukan oleh pihak yang mendapatkan perintah atau penghakiman atau oleh seseorang lain yang dilantik oleh Mahkamah, atas perbelanjaan pihak yang ingkar, dan apabila perbuatan itu dilakukan perbelanjaan yang ditanggung boleh ditentukan dalam apa-apa cara sebagaimana yang Mahkamah boleh arahkan dan pelaksanaan boleh dikeluarkan terhadap pihak ingkar bagi amaun yang ditentukan sedemikian dan juga kos.” [46] Perenggan 16 kepada Jadual di bawah subseksyen 25(2) Akta Mahkamah Keadilan 1964 memperuntukkan antara lain: – 16. Jadual Kuasa untuk menyempurnakan, atau untuk mengarahkan mana-mana pegawainya untuk menyempurnakan, apa-apa pindah milik, pemindahhakkan, penyerahhakkan kontrak atau dokumen lain, termasuk sesuatu pengendorsan pada sesuatu surat cara boleh niaga, yang mana-mana orang telah diperintah oleh Mahkamah supaya menyempurnakannya, jika dia telah abai atau enggan menyempurnakannya atau berada di luar bidang kuasa, 20 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 dan yang demikian itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala tujuan seolah-olah telah disempurnakan oleh orang itu.” [47] Berdasarkan peruntukan di atas, Mahkamah ini berpandangan bahawa Aturan 45 kaedah 8 KKM 2012 memperuntukkan kuasa kepada Mahkamah untuk mengarah tindakan yang perlu dibuat (jualan Hartanah) menurut PP, dilaksanakan pada kos pihak yang ingkar iaitu Plaintif. Selanjutnya, perenggan 16 kepada Jadual di bawah subseksyen 25(2) Akta Mahkamah Keadilan 1964 pula memberi kuasa kepada Mahkamah untuk melaksanakan atau mengarahkan mana-mana pegawainya untuk melaksanakan dokumen-dokumen berkenaan termasuk perjanjian jual beli, borang pindah milik dsb. sekiranya Plaintif lalai atau gagal melakukannya. [48] Mahkamah ini mengambil maklum akan bantahan Plaintif terhadap permohonan Defendan di bawah Aturan 45 tersebut berdasarkan alasan-alasan berikut:- Permohonan Defendan adalah pra-matang, tidak sempurna dan cacat Pihak Defendan telah menggunapakai perenggan 5(b) PP setelah Plaintif gagal melaksanakan ketetapan di perenggan 5 (a). 21 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 Defendan telah menyerahkan sesalinan Offer to Purchase (OTP) bertarikh 28.09.2021 kepada peguamcara Plaintif melalui e-mel pada 4.10.2021. OTP tersebut telah ditandatangani oleh Defendan dengan Pembeli, She Poh Poh. Walaubagaimanapun, Plaintif mengatakan OTP tersebut adalah cacat (defective) kerana tiada sebarang draf perjanjian jual beli dikemukakan dan bayaran Earnest Deposit (deposit) dibuat. Oleh kerana OTP tidak sempurna, Plaintif mengatakan bahawa klausa 5(b) tidak efektif dan dengan itu, tidak perlu dipatuhi. Plaintif juga menyatakan bahawa tempoh masa untuk menggunapakai perenggan 5 (b) telah luput pada 18.10.2021, menurut jangka masa yang ditetapkan dalam PP. [49] Mahkamah ini mengambil maklum bahawa Defendan telah menyerahkan OTP bertarikh 28.09.2021 kepada peguamcara Plaintif melalui surat bertarikh 4.10.2022 sebagai langkah pertama untuk menjual Hartanah selaras dengan perenggan 5(b) PP. Seperti yang dipersetujui, Plaintif perlu mengembalikan OTP yang telah ditandatangani dalam tempoh tiga (3) hari iaitu pada atau sebelum 7.10.2021. Mahkamah ini berpandangan bahawa Plaintif masih perlu memberi maklumbalas kepada Defendan mengenai OTP tersebut. Mahkamah ini menerima penjelasan Defendan bahawa OTP tersebut adalah sebagai langkah 22 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 pertama menurut perenggan 5(b) PP. Hanya setelah ditandatangani oleh Plaintif, perjanjian jual beli serta bayaran deposit dibayar kepada penjual oleh pembeli. Plaintif tidak boleh menjadikan alasan ketiadaan draf perjanjian dan bayaran deposit untuk menolak OTP tersebut. Kedua-duanya akan menyusuli selepas OTP ditandatangani. Adalah jelas tercatat di dalam OTP bahawa deposit dan perjanjian jual beli akan ditandatangani dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan OTP oleh Plaintif. Oleh yang demikian Mahkamah ini berpandangan bahawa pengataan Plaintif bahawa OTP telah luput adalah tidak berbangkit kerana Plaintif sendiri yang menggagalkan penyempurnaan OTP tersebut kerana tidak memberi apa-apa maklumbalas terhadap OTP tersebut. [50] Mahkamah ini mengambil maklum bahawa terma-terma di dalam PP tersebut telah dimuktamadkan hasil daripada beberapa siri perundingan yang dijalankan antara Plaintif dan Defendan. PP tersebut telah direkodkan di Mahkamah ini pada 19.03.2021 tanpa apa-apa bantahan dari pihak Plaintif. Malahan, PP direkodkan setelah tempoh yang Panjang diberikan kepada Plaintif. Oleh itu Mahkamah ini berpandangan bahawa tempoh yang panjang dan munasabah telah diambil sebelum PP dimuktamadkan dan Plaintif tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menolak dengan alasan kurang jelas dan memihak kepada Defendan. Adalah juga fakta yang tidak dipertikaikan 23 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 bahawa tiada SPA No 1 dimasuki oleh pihak-pihak. Dengan yang demikian, Plaintif adalah terikat kepada perintah dalam PP tersebut seperti yang diputuskan dalam kes Mahkamah Agung Wee Choo Keong v MbF Holdings Bhd & Anor and Another Appeal [1993] 2 MLJ 217 – “It is established law that a person against whom an order of Court has been issued is duty bound to obey that order until it is set aside. It is not open for him to decide for himself whether the order was wrongly issued and therefore does not require obedience. His duty is one of obedience until such time as the order may be set aside or varied. Any person who fails to obey an order of Court runs the risk of being held in contempt with all its attendant consequences.” [51] Berdasarkan Wee Choo Keong supra, memandangkan perintah dalam PP tidak dirayu atau diketepikan, maka Plaintif adalah terikat untuk mematuhi terma-terma PP yang telah dipersetujuinya sendiri. Kegagalan mematuhi PP menyebabkan Plaintif boleh menanggung risiko menghina Mahkamah. Alasan Plaintif tidak mematuhi PP untuk mengelak konflik kepentingan tanpa penerangan jelas mengenai konflik yang dikatakan (alleged) adalah alasan yang tidak berasas dan tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini. 24 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 [52] Mahkamah ini juga mendapati bahawa Plaintif tidak pernah membangkitkan isu ketiadaan draf perjanjian jual beli dan pembayaran deposit kepada peguam Defendan. Oleh itu Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Defendan bahawa kenyataan tersebut adalah sesuatu yang terfikir kemudian (after thought) oleh Plaintif selepas 84 hari menjawab surat peguam Defendan sebagai justifikasi kegagalannya untuk melaksanakan terma PP. Penggantungan kepada Aturan 45 adalah salah [53] Plaintif juga berhujah bahawa PP bertarikh 19.03.2021 tidak memiliki sebarang terma pengingkaran atau kemungkiran (default clause) serta sebarang perintah yang berbentuk deklarasi yang membolehkan Defendan untuk bergantung kepada Aturan 45 kaedah 8 KKM 2012 untuk mendapatkan suatu perintah deklarasi bagi pelaksanaan klausa 5(b) PP tersebut. Pihak Defendan perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk menyertakan permohonan deklarasi melalui suatu permohonan berdasarkan kepada Akta Relif Spesifik 1950. Plaintif bergantung kepada kes Lim Fur Yang v Lin Fua Lin & Another Appeal [2021] MLRAU 72 di mana kedua-dua pihak telah membuat suatu permohonan di bawah Aturan 45 kaedah 8 KKM 2012 bagi pelaksanaan terma-terma sebuah PP yang direkodkan dalam tahun 2010. Plaintif juga bersandarkan kepada 25 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 kes Loh Koon Moy & Anor v Zaibun Sa binti Syed Ahmad [1978] 2 MLJ 29 di mana Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan perayu yang memohon pelaksanaan spesifik sebuah perjanjian. Sekiranya pelaksanaan spesifik dimungkiri, pegawai Mahkamah diberi kuasa untuk melaksanakan dokumen yang berkaitan bagi pihak perayu. [54] Autoriti-autoriti di atas, disandar oleh Plaintif untuk mengatakan bahawa terdapat prosedur yang perlu dipatuhi Defendan sebelum memohon penguatkuasaan dan pelaksanaan PP. Tidak seperti kes Lim Fur Yang supra, Plaintif di dalam kes ini telah terlibat secara langung daripada kes asal sehinggalah ke peringkat PP direkodkan. Oleh itu tiada sebab untuk ketidakjelasan terma-terma dijadikan alasan untuk tidak mematuhi perkara yang telah dipersetujuinya sendiri. Mahkamah ini mengambil maklum bahawa Plaintif sememangnya menghendaki Hartanah tersebut untuk dirinya sendiri. Walaubagaimanapun, oleh kerana kurang kemampuan, telah melibatkan Defendan yang telah bersama menampung pembiayaan Hartanah tersebut. Di samping itu, Plaintif sendiri telah diberi peluang untuk membeli bahagian-bahagian Defendan, tetapi apabila Plaintif sendiri gagal, peraturan lain telah dibuat untuk Plaintif sendiri mencari pembeli dan jika gagal, giliran Defendan pula mendapatkan pembeli. Oleh itu, PP ini telah menjadi perintah Mahkamah yang wajib dipatuhi Plaintif kerana ia tidak dicabar. 26 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 [55] Mahkamah ini berpandangan bahawa Permohonan Defendan di Lampiran 65 adalah teratur kerana adalah jelas Mahkamah ini mempunyai kuasa di bawah Aturan 45 kaedah 8 dan perenggan 16 Jadual Akta Mahkamah Keadilan 1964 untuk memerintahkan pihak yang ingkar untuk mematuhi terma-terma yang telah dipersetujui bersama dengan satu pihak lagi. Sekiranya Defendan masih perlu membuat permohonan lain untuk deklarasi dan/atau pelaksanaan spesifik, ia menjadikan PP yang telah direkodkan secara teratur di Mahkamah sia-sia kerana tidak mempunyai kesan mengikat. Kesimpulan [56] Setelah dipertimbangkan, di atas imbangan keberangkalian, adalah pandangan Mahkamah ini bahawa PP berkaitan Hartanah tersebut yang telah dipersetujui Plaintif dan Defendan dan telah dimeterai oleh Mahkamah adalah mengikat pihak-pihak. Apabila terdapat pihak yang ingkar, Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintahkan pihak-pihak menguatkuasakan pelaksanaan PP tersebut. [57] Berdasarkan perkara-perkara di atas, Mahkamah ini berpandangan keengganan Plaintif telah memprejudis Defendan dan menafikan Defendan daripada mendapat manfaat sebagai pemilik berdaftar 27 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 sebahagian dari Hartanah tersebut. Oleh itu adalah hak Defendan untuk membuat permohonan kepada Mahkamah untuk penguatkuasaan PP tersebut. Mahkamah dengan ini, membenarkan permohonan Defendan di bawah Aturan 45 KKM 2012 untuk mengutkuasakan perenggan 5 (b) PP dengan kos. Bertarikh: 21 Julai 2022 signed (ROHANA ABD MALEK) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 2 Shah Alam 28 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 Counsels: Solicitor for the Plaintiff/Prayer Tetuan Vilasiny Gan & Co No. 20-1, Jlaan PJS 5/28, Pusat Perdagangan PJ Selatan 46150 Petaling Jaya Selangor Tel: 03-77739105 Email: vgnco679@gmail.com Solicitor for the Defendents: Tetuan Christopher Vun & Partners Advocates & Solicitors D3A-8, Plaza Mont Kiara, 2 jalan Kiara 50480 Kuala Lumpur Tel: 03-64125494 Email: chris@cvpartners.com.my 29 | B A - 2 2 N C v C - 6 4 - 0 2 / 2 0 1 8 Legislation referred 1. Courts of Judicature Act 1964. 2. Specific Relief Act 3. Rules of Court 2012, Order 45 rule 8. Cases referred: 1. Wee Choo Keong v MbF Holdings Bhd & Anor and Another Appeal [1993] 2 MLJ 217 2. Lim Fur Yang v Lin Fua Lin & Another Appeal [2021] MLRAU 72 3. Loh Koon Moy & Anor v Zaibun Sa binti Syed Ahmad [1978] 2 MLJ 29
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.